Anda di halaman 1dari 3

INLAND FOREIGNER (PEMEGANG PAS IMM13)

Pas IMM 13 merupakan suatu pas lawatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia mengikut
peruntukan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sejarah :
Pada awal tahun 1970-an, pergolakan politik dan agama tercetus di selatan Filipina. Susulan daripada
pergolakan tersebut, ramai warganegara Filipina yang beragama Islam lari ke Sabah dan Labuan untuk
memohon perlindungan.
Beberapa skim penempatan pelarian telah diwujudkan oleh kerajaan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau,
Semporna dan Labuan bagi tujuan di atas.
Memandangkan pelarian-pelarian ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dokumen
perjalanan yang sah, kerajaan telah mengambil suatu langkah untuk mengiktiraf kehadiran pelarian-
pelarian ini dengan meminda Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 menerusi Perintah Pasport
(Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 1972.
Menerusi pindaan tersebut, satu perenggan baru telah dimasukkan di bawah perenggan (j) dalam Jadual
(Perenggan 2) Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) 1966 iaitu:

“Persons exempted from section 2 and section 3 of the Passports Act, 1966.
(k) Any national of the Republic of the Philippines entering Sabah other than by a vessel of an
international shipping or air line, who satisfies the Minister that his entry is in the interest of Sabah.”

Pindaan di atas berkuatkuasa mulai 12 September 1972 dan selepas itu, pas lawatan HIF22 telah
dikeluarkan kepada pelarian-pelarian tersebut dengan bayaran RM20.00 untuk sahlaku selama setahun.
Pas tersebut boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.
Pengeluaran pas tersebut bertujuan membantu pemantauan kumpulan pelarian-pelarian tersebut
memandangkan mereka berbeza dari kumpulan pekerja-pekerja asing dan juga pendatang-pendatang
tanpa izin.
Pas lawatan HIF22 kemudiannya telah ditukar format kepada pas lawatan sosial IMM 13 dengan bayaran
RM90.00 untuk sahlaku selama setahun. Pas tersebut juga boleh dilanjutkan dari setahun ke setahun.
Pembaharuan pas tersebut selari dengan cadangan pihak Refugees Commission of the United Nations
yang mengambilkira keadaan di negera asal pelarian-pelarian tersebut yang tidak membenarkan mereka
untuk dihantar pulang.

Siapa Yang Layak Memegang Pas IMM 13? :


Pada dasarnya, pelarian-pelarian dari Filipina yang masuk ke Sabah dan Labuan antara tahun 1972
hingga 1984 layak memegang pas tersebut. Selain itu, anak-anak pelarian yang memiliki sijil lahir (sama
ada ibu atau bapa adalah pemegang pas IMM 13) juga layak memohon pas IMM 13 bagi membolehkan
mereka tinggal bersama ibu bapa mereka di Sabah dan Labuan.
Prosedur Permohonan :
(i) Pemohon perlu hadir ke pejabat Imigresen untuk membuat permohonan dengan mengemukakan sijil
lahir asal yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
(ii) Ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 perlu hadir bersama pemohon dengan mengemukakan pas
IMM 13 yang asal.
(iii) Sekiranya ibu atau bapa yang memiliki pas IMM 13 telah meninggal dunia, pemohon perlu membawa
salinan asal sijil kematian dan pas IMM 13 ibu atau bapa mereka yang telah disahkan oleh Jabatan
Pendaftaran Negara.

Kemudahan Yang Diterima :


Pemegang IMM 13 dibenarkan tinggal di negeri Sabah dan Labuan mengikut tempoh yang dinyatakan
dalam pas. Pemegang pas IMM 13 juga boleh bekerja di negeri Sabah dan Labuan tanpa perlu memohon
pas kerja (tetapi bukan untuk bekerja dalam sektor profesional dan perkhidmatan awam). Mereka juga
berhak untuk menerima pendidikan dan perkhidmatan kesihatan mengikut budi bicara pihak-pihak yang
berkenaan.

Pergerakan seharian warga asing yang menggunakan dokumen IMM13 untuk tinggal di negara ini hanya
sah dan terhad di kawasan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Syarat itu bertujuan bagi
memudahkan pihak Imigresen memantau dan mengawal pergerakan warga asing tersebut.
Bagaimanapun,warga asing yang ingin keluar dari negeri ini menggunakan dokumen tersebut perlu
memberikan alasan yang kukuh dan munasabah kepada pihak Imigresen sebelum sebarang kebenaran
boleh diberikan. 
Warga asing dibolehkan ke Semenanjung Malaysia untuk tempoh masa tertentu sama ada untuk
menghantar anak-anak mereka sambung belajar di institut pengajian swasta atau tujuan untuk lawatan
sementara
Selain itu,kebenaran turut diberikan sekiranya ia melibatkan penyakit kesihatan serius yang memerlukan
mereka menerima rawatan lanjut hospital di Semenanjung.Tempoh masa yang diberikan oleh Jabatan
Imigresen kepada warga asing ini adalah maksimum satu bulan sahaja, dan warga asing yang gagal balik
ke Sabah akan dikenakan tindakan undang-undang.
Jabatan Imigresen di Semenanjung akan mengambil tindakan atau pendakwaan yang sewajarnya
terhadap pendatang asing yang gagal balik dalam tempoh masa yang diberikan.Imigresen Sabah hanya
memantau pergerakan keluar masuk warga asing terbabit di negeri ini.Lain dari itu (di luar kawasan
Sabah) adalah menjadi tugas pihak Imigresen di kawasan terbabit
Pendatang asing yang miliki IMM13 turut diberikan kebenaran untuk bekerja secara sah di sektor tertentu
kecuali dalam bidang penjawatan awam di negeri ini.Kebenaran ini diberikan bertujuan untuk mencegah
gejala negatif yang mungkin berlaku sekiranya mereka tidak bekerja.Mereka juga perlu bekerja mencari
rezeki nafkah halal untuk keluarga masing-masing.
IMM13 yang diiktiraf oleh kerajaan itu dikeluarkan dan dikawalselia sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen
Sabah untuk diberikan kepada warga asing yang memohon status pelarian berikutan peperangan atau
kekacauan yangmanta melanda di negara asal mereka.
Jabatan Imigresen Sabah telah mengambil keputusan untuk membekukan pengeluaran dokumen
tersebut kepada pendatang asing yang ingin memohon berkuatkuasa sejak tahun 2013. Bagaimanapun,
pemegang dokumen itu yang telah diluluskan sebelum ini masih boleh memperbaharui dokumen
berkenaan di jabatan. 
Pihak Imigresen tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan IMM13 kepada mana-mana warga asing
yang ingin memohon dokumen berkenaan.. Justeru itu, untuk mengelakkan tohmahan negatif, pihak
Imigresen telah mengambil keputusan untuk membekukan segala urusan permohonan dokumen
berkenaan berkuatkuasa sejak tahun 2013.

Anda mungkin juga menyukai