Anda di halaman 1dari 5

GARIS PANDUAN UNTUK PERTANDINGAN INOVASI TERBAIK 2013

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

1. Latar Belakang

Pertandingan ini yang diperkenalkan bagi menggalakkan kreativiti dan daya Pegawai

di Unit, Cawangan, Bahagian di Jabatan/Agensi/Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia. Dengan memiliki daya kerativiti dan inovasi yang tinggi,

pegawai dapat meningkatkan kecekapan dalam operasi masing-masing dan

membolehkan kerja-kerja dijalankan dengan lebih lancar, berkesan dan berkualiti.

2. Tujuan Anugerah

Anugerah ini diwujudkan untuk:

a) Memberi pengiktirafan secara normal kepada Unit, Cawangan, Bahagian

Di Jabatan/ Agensi/ Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang telah

berjaya memperkenalkan inovasi dalam proses kerja.

b) Memberi publisiti tentang inovasi-inovasi yang telah dilaksanakan dan terbukti

mendatangkan manfaat supaya dapat diamalkan oleh Unit, Cawangan, Bahagian di

Jabatan / Agensi/ Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk

meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan atau keluaran yang dihasilkan.

c) Menggalak persaingan yang sihat antara Unit, Cawangan, Bahagian di

Jabatan/ Agensi/ Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke arah

memperkenalkan lebih banyak lagi inovasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan

atau keluaran yang dihasilkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia


Malaysia secara amnya.

3. Bentuk Pengiktirafan

Pemenang Pertandingan:

Tempat Pertama : Sebuah Piala, Sijil dan RM 5,000.00

Tempat Kedua : RM 3,000.00 dan sijil

Tempat Ketiga : RM 2,000.00 dan sijil

4. Tatacara Permohonan

Permohonan untuk Pertandingan dibuka kepada semua Unit, Cawangan, Bahagian

di Jabatan/ Agensi/ Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sahaja.

Setiap Jabatan/ Agensi/ Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

dibenarkan memilih satu tajuk projek sahaja, tajuk projek hendaklah jelas.

5. Syarat Kelayakan

Projek yang dipertandingkan mestilah rekaan sendiri atau inovasi rekaan sedia ada

dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan. Peserta yang gagal

mematuhi syarat pertandingan akan disingkirkan.

6. Borang Permohonan

Penyertaan adalah PERCUMA. Borang permohonan seperti di Lampiran B

yang telah lengkap diisi (beserta 5 keping gambar pegun yang dikepilkan bersama

Lampiran C hendaklah dihantar kepada Urus Setia Pertandingan Inovasi Terbaik

pada atau sebelum 29 November 2013 ( Jumaat) ke alamat berikut:

Urus Setia
Pertandingan Inovasi Terbaik

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Aras 3, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan, Bukit Perdana

50610, Kuala Lumpur

(u.p. En. Mohamad Azrul Bin Azmi)

7. Format Laporan

Pemohon dikehendaki menyediakan laporan mengikut format laporan di Lampiran B.

8. Proses Penghakiman

Unit, Cawangan, Bahagian di Jabatan/ Agensi/ Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia yang telah disenaraipendekkan oleh Urus Setia Pertandingan

akan diminta memberi taklimat kepada Panel Penilai untuk memilih pemenang

Anugerah ini. Urus Setia akan memaklumkan jadual taklimat kepada semua yang

telah disenaraipendekkan untuk membuat persembahan masing-masing (tidak

kurang dari 30 minit). Segala keputusan Panel Hakim adalah muktamad dan

sebarang rayuan tidak akan dilayan.

9. Kiriteria-kriteria dalam penilaian faedah-faedah hasil sesuatu inovasi:

(a) Pengurangan kos operasi

(b) Penjimatan masa

(c) Peningkatan tahap produktiviti

(d) Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan


(e) Penjimatan guna tenaga manusia

(f) Didokumentasikan dengan sempurna

(g) Faedah-faedah lain

a) Pengurangan Kos Operasi

Sila nyatakan kos operasi yang telah dikurangkan dengan pelaksanaan inovasi

tersebut.

b) Penjimatan Masa

Sila nyatakan setakat mana inovasi tersebut telah menjimatkan masa melaksanakan

sesuatu urusan.

c) Peningkatan Tahap Produktiviti

Sila nyatakan setakat mana inovasi tersebut telah meningkatkan produk / hasil

kerja.

d) Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

Sila nyatakan sejauh mana inovasi tersebut telah meningkatkan kepuasan hati

pelanggan.

e) Penjimatan Guna Tenaga Manusia

Sila nyatakan setakat mana inovasi penjimatan guna tenaga manusia dapat

dijimatkan melalui inovasi tersebut.

f) Didokumentasikan dengan sempurna

Sila buat catatan inovasi tersebut dalam keadaan teratur dan sempurna.

g) Faedah-faedah lain
Sila nyatakan faedah-faedah lain yang dinikmati hasil daripada pelaksanaan

inovasi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai