Anda di halaman 1dari 16

SEJARAH SKLH SMKTHO

Pada asalnya sekolah yang beroperasi mulai 1 Januari 1983 setahun lebih awal daripada perancangan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Jalan Batu Pahat (SMR) menerima banyak bantuan dan bimbingan dari Sekolah Tinggi Kluang sehinggalah diisytiharkan beroperasi sendiri mulai 1984. Bermula dengan 993 orang pelajar dan 38 orang guru, sekolah ini telah mengorak langkah dengan hanya menempatkan pelajar Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1, sesuai dengan namanya Sekolah Menengah Rendah Jalan Batu Pahat.Pada awal kelahirannya, sekolah ini banyak menerima tunjuk ajar daripada Pengetua Sekolah Tinggi ketika itu Tuan Haji Kasmuri bin Sadiman. Pada tahun 1986, sekolah ini telah

diberikan nafas baru apabila namanya ditukar kepada nama khusus sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Batu Pahat (SMKJBP) Mereka bermuafakat dan bersatu hati dengan pihak sekolah untuk menukar nama sekolah ketika berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG pada 12 Januari 2001. Pada 30 Ogos 2001, hasrat tersebut telah disampaikan kepada YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein untuk memohon restunya bagi menggunakan nama bapa beliau. Akhirnya hasrat murni ini telah dipersetujui melalui surat rasmi bertarikh 2 April 2002. Kemudiannya Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memanjangkan pemohonan ini kepada kementerian pada 24 Disember 2002 dan akhirnya pada 13 Oktober 2003 permohonan tersebut diluluskan. Mulai 1 Januari 2004 nama sekolah sekali lagi bertukar kepada nama SMK Tun Hussein Onn (SMKTHO), Jalan Batu Pahat, Kluang.

Dari segi Perkembangan Akademik, sekolah ini telah memulakan kelas Rancangan Khas Agama pada tahun 1997. Kemudian Kelas Tingkatan 6 telah dibuka pada tahun 2002. Pada tahun yang sama sekolah ini telah dijadikan sebagai Pusat Sukan Negeri Johor. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 18 Julai 2008, telah memutuskan bahawa Sekolah Sukan Negeri akan beroperasi sepenuhnya mulai 2009 dengan pengambilan 100 orang pelajar Tingkatan 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein telah dipilih sebagai Sekolah Sukan Negeri Johor. Mulai tahun 2009 sekolah ini tidak lagi menerima pelajar Tingkatan 1 aliran biasa dan kelas aliran agama. Walaubagaimanapun kelas KAA tingkatan 2, 3, 4 dan 5 akan diteruskan sehingga 2012. PERKEMBANGAN FIZIKAL blok bangunan 3 tingkat (Blok A,B & C)

siap dibina pada tahun 1983 Blok Arif Blok bangunan ini menempatkan kemudahan makmal sains, studio pendidikan seni visual, galeri seni, kelas pembelajaran dan stor pekerja. 2. Asrama Pusat telah siap dibina pada tahun 1990 Asrama ini dibina bagi menempatkan pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan juga pelajar-pelajar yang memasuki kelas aliran agama (KAA). Asrama ini mengandungi 2 blok bangunan yang menempatkan pelajar perempuan dan pelajar lelaki. 3. Kemudahan Gelanggang serba guna pada tahun 1990 Gelanggang serbaguna ini mempunyai 2 gelanggang

a. Gelanggang Bola keranjang b. Gelanggang hoki 7 sebelah 4. Kemudahan astaka sekolah Astaka ini menyediakan 500 tempat duduk untuk pelajar menyaksikan acara sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah. Astaka ini juga telah digunakan oleh MSSD untuk kejohanan sukan daerah sebelum Stadium Kluang di bina. 5. Kemudahan bilik kebal untuk pihak PPD Kluang menyimpan kertas soalan dan peralatan peperiksaan. Kemudahan bilik kebal ini adalah untuk para pengawas menyimpan kertas soalan dan juga peralatan peperiksaan bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain peperiksaan yang melibatkan pendidikan. 6. Kemudahan bangunan tambahan 3

tingkat bersambung dengan blok Cemerlang. Bangunan tambahan ini dibina dibawah rancangan Kementerian Pelajaran untuk menampung bilangan kelas pembelajaran, makmal sains dan juga kelas Pendidikan Khas. 7. Kemudahan Surau sekolah Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan surau untuk para pelajar islam dan juga pelajar asrama pusat untuk menunaikan solat. Pembiayaan surau ini melalui sumbangan PIBG dan juga derma pihak luar yang sudi menyumbangkan derma tersebut. 8. Kemudahan Bilik Gimnasium Negeri Bilik gymnasium ini dilengkapi dengan peralatan gym yang dapat memberi kemudahan kepada para pelajar bersukan.

9. Kemudahan Bangunan 4 tingkat menggantikan bangunan blok Ikhlas Bangunan 4 tingkat mengandungi 2 blok yang bersambung memanjang. Blok Dedikasi disebelah hadapan dan blok Efisien disebelah belakang. Bangunan ini menyediakan kemudahan makmal sains,bilik mesyuarat guru,bilik guru, bilik sumber,perpustakaan,bilik peperiksaan,studio muzik dan kelas pembelajaran. 10. Pondok Pengawal Pondok pengawal dibina untuk menjaga keselamatan pelajar dari ganguan luar ketika sesi pembelajaran. Pondok pengawal ini juga berfungsi mengawal kemasukan orang luar yang tidak mempunyai apa-apa uruasan rasmi dengan pihak sekolah. 11. Kemudahan Pejalan Kaki & laluan

berbumbung Kemudahan pejalan kaki telah dibina di pintu masuk utama sekolah untuk melindungi pelajar dari panas dan hujan ketika keluar masuk sekolah sewaktu hari sekolah. 12. Pembinaan Tembok Pintu Masuk Utama Sekolah 13. Menurap Tar di Dataran Gemilangan Kemudahan ini adalah untuk latihan kawat kaki bagi unit berunifom dan juga pertandingan kawat kaki peringkat daerah. 14. Kemudahan Trek Tartan Kemudahan trek tartan ini telah dibina dengan kos RM200.000 dari bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembinaannya adalah untuk larian landas lompat jauh,merejam lembing dan

gelanggang melontar peluru. 15. Kemudahan Bangunan Simulator Bowling Kemudahan ini telah dibiayai oleh bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan adanya bangunan ini pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran dan seterusnya mencapai kejayaan besar dalam sukan bowling. 16. Kemudahan 2 bilik komputer yang baru Kemudahan bilik komputer ini telah dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan 20 komponen komputer adalah dari DRB-HICOM. Bilik ini menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berpandukan penggunaan multimedia. 17. Kemudahan Kompleks Sukan

Berbumbung Kompleks sukan ini dapat memberi kemudahan kepada skuad bola keranjang,bola jaring,sepak takraw,badminton dan pasukan kawat kaki unit berunifom untuk menjalankan latihan terutama ketika hari hujan. 18. Kemudahan Bangunan 2 bilik persalinan PJK. Kemudahan ini disediakn untuk memeudahkan para pelajar menukar pakaian sebelum dan selepas waktu pjk. 19. Kemudahan perpustakaan yang baru Memberi kemudahan yang terbaik dan selesa untuk pelajar mencari bahan rujukan dan mengadakan perbincangan. 20. Menaik taraf Bilik Sumber Menyediakan bahan-bahan rujukan/alat

bantu mengajar kepada guru. 21. Pembinaan Tangga Utama (Anjung Wawasan) Perkembangan SMKTHO sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum semakin menyerlah. Hasrat warga SMKTHO yang menginginkan pembaharuan sejajar dengan alaf baru telah mencetuskan idea untuk membina mercu tanda bagi sekolah ini. Hasilnya terbinalah Anjung Wawasan iaitu gabungan tangga dan anjung seri yang membawa imej baru kepada keperkasaan sekolah ini sama di arena kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Anjung Wawasan SMKTHO yang siap dibina pada tahun 2006 telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan Puan Normah Bt Jantan. Anjung ini merupakan simbol kepada kekuatan, keteguhan dan

kesepaduan yang erat antara pihak sekolah dan PIBG. Menerusi dana daripada PIBG, anjung yang utuh dan teguh telah berjaya dibina. Sungguhpun dalam kecanggihan dan pemodenan binaan, reka bentuk anjung ini masih kekal dengan ciriciri seni bina tradisional. Seni binanya yang unik memberikan gambaran dan memaparkan bahawa warga SMKTHO tidak pernah melupakan warisan budaya serta adat resam masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kerjasama dan perpaduan yang erat ini turut menyumbang kepada kejayaan yang besar bagi meletakkan SMKTHO di persada ilmu bertaraf dunia. Malah Anjung Wawasan yang telah memartabatkan SMKTHO dan memberi imej yang positif kepada warganya mahupun masyarakat luar. 22. Menaiktaraf bilik SPBT

Melancarkan lagi proses pengagihan buku teks kepada para pelajar. 23. Galeri Sekolah Memyimpan segala bahan-bahan koleksi dan sejarah sekolah. 24. Galeri Seni Mempamerkan hasil karya pelajar untuk rujukan pelajar-pelajar yang lain terutama dala melaksanakan kerja kursus SPM dan STPM. 25. Kemudahan Bangunan sains pertanian. Memberi kemudahan kepada para pelajar menjalankan aktiviti menyemai dan menanam pokok. 26. Menaiktaraf Stor Sukan

27. Menaiktaraf Bilik Guru Kemudahan Pelan dan Lokasi Sejarah Sekolah Pentadbiran VISI SEKOLAH Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI SEKOLAH Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti MATLAMAT SEKOLAH Menjadikan SSN SMKTHO Unggul Dalam BIdang Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah Picture PELAJAR TERBAIK SPM 2012

Nur Fatin Nabila Bt Mohamed Kader 2A+, 3A, 5A-, 1B+ Lim Jye Min 5A+, 2A, 2A-, 2B+ Jessy Foong 3A+, 3A-, 2B+, 3B Tan Kee Chin 2A+, 5A-, 2B+, 1B Goh Li Peng 1C Picture PELAJAR TERBAIK PMR 2012 Siti Norfaran Bt Mohamad 5A, 2B, 1C Atikah Bt Mansor 3A, 4B,1C Nur Ismi Syazwani Bt Mohd Isa 3A, 2B 3C 3A+, 2A, 1A-, 1B+, 1B,

Muhammad Zaimul Aiman B Mohamad 2A, 5B, 1D Muhammad Aiman B Ahmad 2A, 2B, 4C

JADUAL PERTANDINGAN 2013 Picture Picture Picture Picture

Anda mungkin juga menyukai