Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 1

PRASEKOLAH MUTIARA, KOTA BELUD SABAH

1.0 Latar Belakang/Pengenalan


Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ICT semakin
meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja
tetapi kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanakkanak kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup
komputer. Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam
kehidupan kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup
yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT
dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan
supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan
interaktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh
membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

2.0 Rasional
Rasional penubuhan prasekolah ini adalah seperti berikut:
2.1

Memberikan peluang pendidikan kepada kanak-kanak luar bandar.

2.2

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak luar bandar berkenaan dengan


pembelajaran berkonsepkan ICT

2.3

Memberikan persediaan kepada kanak-kanak untuk ke alam persekolahan


rendah/ tahun satu.

3.0 Nama, Misi dan Visi Prasekolah


3.1 Nama Prasekolah
Nama prasekolah yang dicadangkan adalah Prasekolah Mutiara. Nama Mutiara
dipilih adalah berdasarkan kepada makna perkataan mutiara tersebut iaitu sesuatu
yang kecil tetapi sangat bernilai. Melaui inspirasi Mutiara ini, diharapkan dapat

melahirkan murid-murid yang boleh bersaing di peringkat global dalam apa aspek
sekalipun.

3.2 Visi Prasekolah


Menghasilkan budaya pembelajaran yang berterusan dalam diri murid dan
mengasah bakat, kemahiran dan minat individu.

3.3 Misi Prasekolah


Misi penubuhan prasekolah adalah seperti berikut:
3.3.1

Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berlandaskan penggunaan


teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

3.3.2

Melahirkan individu yang boleh bersaing dengan individu lain di peringkat


global dalam semua aspek pendidikan.

4.0 Objektif Penubuhan


Penubuhan Prasekolah Mutiara dilihat selaras dengan kehendak yang digariskan
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) iaitu membangunkan ICT dalam pendidikan yang mengambil kira keperluan
kanak-kanak untuk mengetahui dan mempelajari literasi ICT, memperoleh kemahiran ICT
dan menggunakan ICT ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku secara
langsung.
Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah:
4.1

Memperkembangkan potensi individu melalui tunjang dalam Kurikulum


Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

4.2

Membentuk tahap perkembangan individu yang menyeluruh iaitu dari aspek


intelektual, sosial, fizikal dan emosi.

4.3

Melatih

kanak-kanak

yang

mahir

dalam

penggunaan

ICT

pembelajaran.
4.4

Memupuk perpaduan dalam kalangan kalangan murid pelbagai kaum.

dalam

5.0 Lokasi tapak dan Bangunan


Lokasi yang dipilih untuk dijadikan bangunan prasekolah ialah bertempat di negeri
Sabah. Tapak bangunan ini beralamat di Kampung Bangkahak Baru, Peti Surat 163, 89158,
Kota Belud, Sabah, Malaysia. Lokasi yang dipilih ini terletak di kawasan luar bandar.

6.0 Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Prasekolah


6.1

Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk lampiran 1)


Berdasarkan lampiran 1, pelan lantai bahagian dalam prasekolah yang direka
bentuk adalah menepati konsep pengajaran dan pembelajaran yang
difokuskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Bangunan ini adalah seluas 10 x 12 meter persegi di atas sebidang tanah
seluas 18 x 21 meter persegi. Antara sudut yang telah direka dalam
bangunan prasekolah ini ialah berteraskan komponen dalam KSPK iaitu
sudut sains dan teknologi, fizikal dan estetika, bahasa dan komunikasi,
pendidikan Islam dan moral, keterampilan diri dan kemanusiaan. Selain itu,
terdapat juga sudut ICT, sudut santai, sudut ekspresi kreatif murid dan sudut
1Malaysia. Dalam bangunan prasekolah ini juga mempunyai pusat
perpustakaan kelas iaitu mini library dan ruangan bagi sesi perbualan pagi.
Sudut ICT diadakan bagi memberikan kemahiran kepada murid dalam
menggunakan

komputer. Di

samping

itu,

sudut

santai

memberikan

kebebasan kepada murid untuk melepaskan rasa tekanan. Sudut ekspresi


kreatif

membantu

murid

untuk

meluahkan

dan

memperkembangkan

kemahiran dan bakat murid dalam berkarya. Seterusnya, sudut 1Malaysia


diadakan bertujuan untuk memupuk rasa perpaduan dan hormat antara
murid. Pusat perpustakaan kelas merupakan sumber bagi murid untuk
mendapatkan maklumat dan bahan bacaan.
Kerusi dan meja disediakan di ruang pembelajaran untuk keselesaan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
6.2

Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk lampiran 2)

Pelan lantai bahagian luar kawasan prasekolah dibina dengan beberapa


landskap, sudut dan taman. Antara sudut dan taman yang dibina ialah kolam
ikan, taman herba, sudut pasir dan air, taman permainan, ruang makan,
bahagian dapur,stor dan tandas. Terdapat dua pintu utama yang disediakan
bagi laluan masuk dan keluar.

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran


7.1

Kurikulum Utama
Kurikulum utama yang menjadi rujukan ialah Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Kurikulum ini merangkumi enam komponen dalam
KSPK iaitu bahasa dan komunikasi, keterampilan diri, perkembangan fizikal
dan estetika, kerohanian dan moral, sains dan teknologi dan kemanusiaan.

7.2

Kurikulum Tambahan
Kurikulum tambahan yang ditawarkan adalah pendidikan penggunaan ICT.
Hal ini bagi mengasah kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan ICT
dalam pembelajaran.

7.3

Jadual Pembelajaran
Sesi pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tambahan masa selama 10 minit bagi setiap hari bagi mengajarkan
pendidikan ICT. Jadual pembelajaran boleh dirujuk pada lampiran 3.

7.4

Buku
Buku yang digunakan sepanjang sesi pembelajaran ialah adalah berdasarkan
kepada KSPK. Pengajaran ICT pula diintegrasikan dalam semua mata
pelajaran yang diajarkan di prasekolah seperti bahasa Melayu, Inggeris, sains
dan matematik.

7.5

Program Tambahan
Program tambahan yang dirancangkan adalah program yang melibatkan
kerjasama antara ibu bapa, pihak pengurusan prasekolah dan komuniti
setempat.

8.0 Aspek Pemakanan


8.1

Prinsip penyediaan makanan.


Penyediaan makanan disediakan sendiri oleh pembantu prasekolah. Dalam
sehari, murid diberi makan sebanyak 2 kali iaitu pada waktu sarapan pagi dan
rehat iaitu makan tengah hari. Pemakanan seimbang disediakan bagi
keperluan murid mengikut panduan pemakanan piramid makanan.

8.2

Menu Makanan
Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan dan tengah hari bagi
perancangan dalam sebulan. Menu akan ditukar pada setiap minggu.
Lampiran 4 menjelaskan set menu bagi sarapan dan tengah hari.

9.0 Aspek kebersihan dan keselamatan


9.1

Aspek Kebersihan
Untuk memastikan murid-murid prasekolah dapat belajar dalam keadaan
yang selesa dan kondusif tahap kebersihan sentiasa dipastikan berada pada
tahap yang optimum. Oleh itu, pihak prasekolah akan memastikan agar
bangunan prasekolah dibersihkan dua kali sehari iaitu pada awal pagi
sebelum pembelajaran bermula dan pada waktu tengahari selepas selesai
sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan kebersihan seperti sabun
tangan ubat gigi juga perlu mempunyai stok dan penyediaan tong sampah di
dalam dan luar prasekolah untuk memastikan murid dapat belajar menjaga
kebersihan.

9.2

Aspek Keselamatan
9.2.1

Bahagian dalam bangunan Prasekolah


Keselamatan di dalam prasekolah merangkumi pemilihan saiz dan
bentuk meja serta kerusi kanak-kanak. Meja dan kerusi perlulah
mempunyai saiz yang ideal untuk digunakan oleh kanak-kanak dan
reka bentuknya juga perlulah tidak mempunyai bucu yang tajam. Suis
elektrik dipasang pada aras yang tidak boleh dicapai oleh murid.

tambahan pula, tingkap dan pintu juga mempunyai grill mengikut


spesifikasi jabatan bomba.

9.2.2

Bahagian luar bangunan prasekolah


Setiap longkang yang ada disekeliling prasekolah diletakkan dengan
penutup khas longkang untuk mengelakkan muridmurid prasekolah
terjatuh. Kawasan persekitaran bangunan prasekolah juga dipagar
supaya murid-murid tidak berkeliaran di luar kawasan prasekolah.
Taman permainan pula dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti
alat permainan sentiasa diselenggarakan. Hal ini untuk memastikan
setiap peralatan yang digunakan oleh murid-murid prasekolah berada
dalam keadaan baik serta selamat digunakan. Pintu pagar masuk dan
keluar akan sentiasa dikunci ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Selain itu, rumput dan lalang di luar prasekolah juga
akan sentiasa dipotong agar tiada binantang berbisa mendiami
kawasan tersebut.

9.2.3

Ruang dapur
Benda-benda tajam seperti pisau disimpan dalam suatu bekas khas
dan diletakkan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.
Piring dan gelas yang digunakan juga diperbuat daripada plastik agar
ianya tidak membahayakan kanak-kanak. Semua peralatan juga
dibersihkan sebelum disimpan di tempat penyimpanan.

9.2.4

Tandas
Penyediaan dua tandas yang berasingan khas untuk murid lelaki dan
murid perempuan, Jubin yang digunakan di dalam bilik air juga
perlulah mempunyai permukaan yang agak kasar sedikit agar ia tidak
licin jika terkena air. Selipar tandas disediakan kepada kanak-kanak
untuk mengelakkan mereka tergelincir. Selain itu, singki dan mangkuk
tandas juga mempunyai saiz yang sesuai untuk kanak-kanak.

9.2.5

Bahan bantu mengajar


Bahan bantu mengajar yang digunakan mempunyai saiz yang sesuai
untuk dikendalikan oleh kanak-kanak. Bahan tersebut juga tidak boleh

mempunyai bucu yang tajam. Bahan bantu mengajar dilabel dengan


kemas dan disimpan di tempat yang khas selepas digunakan.

9.2.6

Murid
Semasa waktu pembelajaran, kanak-kanak akan berada di bawah
jagaan pihak prasekolah sepenuhnya. Waktu untuk ibu bapa
menghantar

dan

mengambil

anak

mereka

ditetapkan

agar

keselamatan murid sentiasa terjamin.


9.2.7

Lain-lain
Prasekolah ini juga dilengkapi dengan peralatan bagi mencegah dan
memadam kebakaran seperti alat pemadam api, pengesan asap dan
haba serta pelan laluan kecemasan. Alatan ini akan diselenggarakan
oleh pihak bomba mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak
bomba. Pihak bomba juga akan dijemput untuk memberikan ceramah
kebakaran untuk murid-murid prasekolah sebagai persediaan untuk
murid-murid

apabila

berlakunya

kecemasan.

Selain

itu,

peti

kecemasan juga disediakan untuk membolehkan rawatan awal


dijalankan jika kanak-kanak mengalami sebarang kecederaan. Ubatubatan juga sentiasa diganti sebelum tamat tarikh luputnya.
9.2.8

Pelan Kecemasan
Ketika berlaku kecemasan, semua yang berada di dalam bangunan
prasekolah akan keluar melalui mana-mana pintu yang berhampiran
dan kemudian berkumpul di kawasan berhampiran taman permainan.
Latihan kebakaran akan dilakukan setahun sekali.

10.0 Aspek Kesihatan


Setiap kanak-kanak yang berdaftar sebagai murid Prasekolah Mutiara layak untuk
menerima rawatan kesihatan pergigian dan kesihatan diri. Sekiranya ada murid yang
mengalami masalah kesihatan mereka akan dibawa ke klinik kesihatan atau hospital yang
berdekatan. Sebelum murid yang sakit dibawa untuk mendapatkan rawatan, pihak
prasekolah akan menghubungi ibu bapa terlebih dahulu bagi mendapatkan kebenaran.

Tambahan pula, jika kanak-kanak itu berada dalam keadaan yang kurang sihat semasa
dihantar ke prasekolah, pihak prasekolah tidak akan membenarkan anak itu dihantar ke
sana. Pihak prasekolah akan menyarankan ibu bapa untuk menghantar anak mereka terus
ke klinik atau hospital dengan kadar segera. Jika kanak-kanak mengalami penyakit yang
boleh berjangkit seperti cacar/campak, maka kanak-kanak itu akan diberikan cuti supaya
murid lain tidak dijangkiti.

11.0 Kos penubuhan


Modal permulaan bagi penubuhan RM 35 000 penubuhan prasekolah ini adalah hasil
perkongsian 3 orang pemilik Prasekolah Dinamik iaitu:
1)

Ali bin Abu

2)

Bedal bin Bedul

3)

Effe fizfe Shunting

Anggaran pendapatan dan perbelanjaan Prasekolah Mutiara yang lengkap adalah


seperti dalam lampiran 5.

12.0 Staf
Seramai 2 orang staf iaitu seorang guru dan seorang pembantu dipilih untuk bekerja
di prasekolah ini. Mereka di pilih berdasarkan kepada minat dan juga pengalaman mengajar
dan keputusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris dan
Sains di peringkat diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia, serta mahir dalam penggunaan ICT. Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti
berikut:

Bil

Nama

No. K/P

Kelulusan

Pengalaman
Berkaitan

Effe Fizfe Shunting

940203-125987

Ijazah

Menjadi guru tadika

Pendidikan

di

Kota

Kinabalu

Awal Kanak- selama 4 tahun.


2

Stella Jeffey

901112-12-5949

Kanak IPG
Diploma

Mengasuh

kanak-

Asuhan

kanak

sebuah

di

Kanak-Kanak

taman

asuhan

UMS

selama 5 tahun.

12.0 Penutup
Sambutan terhadap pendidikan prasekolah sekarang adalah sangat menggalakkan
kerana ibu bapa sudah mulai sedar akan kepentingan pendidikan awal bagi anak-anak
mereka. Melalui prasekolah juga, ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka membuat
persediaan bagi menjalani alam persekolahan. Oleh itu, seawal lima tahun, ibu bapa sudah
menghantar anak mereka ke prasekolah.
Diharapkan Kertas Kerja ini dipertimbangkan untuk diberi kelulusan. Sokongan dan
kerjasama dari pihak tuan dalam meluluskan permohonan ini akan dapat membantu
menyerlahkan kecemerlangan kanak-kanak Malaysia melalui pendidikan Prasekolah yang
berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai