Anda di halaman 1dari 1

EFFE FIZFE SHUNTING

940215-12-5987
REFLEKSI

Pada semester lepas iaitu semester 4, saya telah menyertai program penanda aras
yang telah dilaksanakan di kedah bersama dengan rakan-rakan sekelas program pendidikan
awal kanak-kanak. Program ini turut disertai oleh pensyarah dari jabatan pendidikan awal
kanak-kanak. Tujuan utama program ini ialah untuk mendedahkan kami kepada sistem dan
pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di sana.
Program ini sememangnya telah membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan
dan pengalaman yang berkaitan dengan major saya iaitu pendidikan awal kanak-kanak.
Selain itu, saya juga dapat membandingkan kaedah yang digunapakai di permata sekitar
Kuala Lumpur dan Permata di negeri kedah. Secara umumnya, saya dapat melihat cara
pengurusan adalah lebih kurang sama kerana kesemua pusat permata menggunakan
kurikulum yang sama sebagai panduan. Disamping itu, saya juga dapat melihat struktrur
bangunan yang sesuai bagi pusat-pusat permata di sana.
Pengalaman ini sangat berguna kepada saya dan rakan-rakan sekelas kerana pada
semester ini iaitu semester 5. Kami akan menjalankan praktikum selama 3 bulan di pusatpusat permata yang terpilih. Saya berharap agar segala ilmu yang telah saya pelajari
semasa program lawatan penanda aras ini dapat membantu saya dalam menjalani
praktikum. Saya juga berharap agar program-program sebegini dapat diteruskan agar
pendedahan awal dapat diberikan kepada pelajar-pelajar major pendidikan awal kanakkanak sebagai persediaan untuk menjalani praktikum dan seterusnya dalam kerjaya
pendidik awal kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai