Anda di halaman 1dari 2

BILANGAN JURNAL KE - 5

Bilangan Jurnal : Ke - 5

Minggu Praktikum : Minggu 5

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 31 Julai 4 Ogos 2017

Tajuk Jurnal : Kebersihan bilik darjah.

1. Masalah / Peristiwa

Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran, semua murid melibatkan


diri degan baik sekali dan bersungguh-sungguh. Adakalahnya mereka akan
membantu guru walaupun tidak diminta untuk membantu. Contohnya, apabila guru
sedang mengguinting kertas atau menampal sesuatu, murid akan datang membawa
gunting dan gam sendiri kemudian akan meminta kebenaran untuk membantu, tetapi
setelah mereka selesai mambantu, mereka membiarkan sahaja gam, gunting dan
cebisan kertas bersepah di atas lantai yang menjejaskan kebersihan bilik darjah.

2. Analisis

Pada mulanya saya berasa gembira kerana murid suka menolong guru
membuat kerja. Namun, mereka kurang peka dengan kebersihan bilik darjah mereka
sendiri setelah selesai membuat kerja atau aktiviti dengan guru. Terdapat
sebahagian besar jumlah murid yang berkelakuan demikian di dalam kelas. Jika hal
ini berterusan, keselesaan belajar di bilik darjah akan berkurangan. Oleh itu saya
perlu menggunakan satu peraturan baru terhadap murid yang menggunakan barang-
barang prasekolah untuk membuat aktiviti.

3. Cadangan Tindakan Susulan

Saya perlu memberi dendaan positif kepada murid yang iaitu aktiviti
membersihkan kelas bagi murid yang tidak menyimpan barang yang dipinjam
di tempat yang betul.
Saya juga perlu mengingatkan mereka untuk mengemas selepas tamat
aktiviti tertentu.
Saya harus tegas dalam memberi arahan aktiviti kepada murid agar mereka
dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan betul.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Masalah kebersihan bilik darjah di kalangan murid akan saya perbaiki secara
beransur-ansur sepanjang latihan praktikum guru di sekolah ini. Selepas melakukan
rujukan daripada bahan-bahan yang lepas serta perbincangan dengan guru
pembimbing dan rakan guru pelatih, Saya telah berjaya memotivasikan diri saya
supaya lebih tegas dengan murid. Selain itu, saya juga akan cuba untuk sentiasa
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid melalui setiap aktiviti.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disahkan Oleh Pensyarah


Penyelia

Tandatangan :__________________ Tandatangan :_______________

Nama :_________________ Nama :_______________

Tarikh :_________________ Tarikh:_______________

Anda mungkin juga menyukai