Anda di halaman 1dari 14

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRM 3023 ASAS UKURAN

TUGASAN 2
KUMPULAN: UPSI 09 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NOR EDAYOU BT MOHD ARIFFIN NO. ID D20102042777 NO. TELEFON 017-5042667

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. AZHAR BIN AHMAD

TARIKH SERAH: 04 NOVEMBER 2012

PENGHARGAAN Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr.Azhar Bin Ahmad yang memberi tunjuk ajar serta nasihat untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta rakan rakan yang memberi semangat dan dorongan serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Dengan pertolongan semua pihak saya dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyempurnakan tugasan ini. Harapan saya semoga Allah S.W.T dapat membalas jasa semua pihak yang menolong saya ketika menyiapkan tugasan ini. Sekian terima kasih. Wassalam.

LAMPIRAN 1

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan Pengenalan Fasa persediaan Fasa imaginasi Fasa perkembangan Langkah tindakan Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Rujukan

2 4 5 6 6 7 8 10 11 14

Pengenalan:

Matematik di peringkat sekolah rendah adalah satu mata pelajaran yang menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masaalah di samping itu diserapkan juga nilai-nilai murni dan pengajaran dan pembelajaran. Elemen kreativiti, keusahawanan dan

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) perlu diserapkan melalui konteks yan g sesuai bagi setiap standard pembelajaran.

Fungsi media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang itu dapat memudahkan murid memahami isi pelajaran yang akan disampaikan oleh seorang guru itu. Guru perlu bijak dalam memilih bahan bantu mengajar yang hendak digunakan bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan agar objektif pengajaran dapat tercapai dan pelajar memahami apa yang diajar pada hari itu.

Menurut Mok Soon Sang (1966), penggunaan media pengajaran dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran Justeru itu , guru perlu bersesuaian dengan tajuk

dengan mudah, cepat, serta menarik minat murid-murid. menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik dan pelajaran yang hendak diajar.

Aktiviti pengajaran amat penting bagi murid agar objektif pelajaran tercapai. Aktiviti yang hendak dilaksanakan ialah dalam bidang sukatan dan geometri. Tajuk pelajaran saya pada hari ini ialah Timbangan Berat untuk murid tahun Dua. Murid akan dibimbing untuk

menimbang dan merekodkan objek yang jisimnya dalam gram dan kilogam. Istilah jisim dan berat adalah dua pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek . Walau bagaimanapun , kedua-dua penggunaan istilah ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya sama. Murid-murid akan dibimbing untuk menimbang dan merekodkan objek yang jisimnya dalam gram dan kilogram. Bagi melaksanakan aktiviti ini tiada masalah kepada murid kerana mereka telah pernah melihat alat timbangan di kedai-kedai runcit, pasar raya dan di pasar malam. Penggunaan alat timbangan ini berleluasa dan murid dapat melihat semasa menimbang sayur, gula, tepung, ikan, sayur dan sebagainya.

Bagi fasa persediaan iaitu pemerhatian dan analisis guru, guru meminta murid untuk membuat pemerhatian dan bertanya apa yang dapat dilihat berdasarkan pemerhatian mereka. Murid ditunjukkan dua alat penimbang bagi unit kilogram dan gram. Murid

dikehendaki memerhati dua alat penimbang tersebut sambil melihat nombor yang terdapat di dalam penimbang tersebut Guru bersoal-jawab dengan murid: a) b) Apakah unit yang terdapat pada penimbang A dan alat penimbang B? Cadangkan objek yang sesuai ditimbang dengan menggunakan kedua-dua set

penimbang tersebut? c) d) Mengapakah objek ini sesuai ditimbang dalam unit gram Mengapakah objek ini sesuai ditimbang dalam unit kilogram

TIMBANG 1

TIMBANG 2

Di sini guru akan menerangkan kepada murid skala pemberat boleh dibaca seperti jam, jarum akan bergerak apabila berat bertambah. Setiap senggatan yang besar ialah 100 gram (100 g), manakala bagi setiap senggatan yang kecil ialah 10 gram (10g). menunjukkan jarum letaknya 1 kilogram( 1 kg) . Langkah ini mengambil masa 5 minit Guru juga

Fasa Imaginasi pula adalah untuk menjana idea murid.

Pada langkah ini guru

mengukuhkan lagi kemahiran murid dengan melakukan aktiviti soal jawab berdasarkan benda maujud di dalam kelas. Guru menyediakan objek yang terdapat di dalam kelas

seperti buku latihan, buku teks, bekas air minuman, buku latihan, pensel, pemadam, pembaris dan beg sekolah. Murid dikehendaki mengenalpasti objek yang boleh ditimbang dengan menggunakan kedua-dua alat penimbang dan menyatakan sebab-sebabnya. Contoh objek I(lampiran 1).Murid dikehendaki membandingkan objek dan mengetahui mana yang lebih berat, ringan dan paling ringan.. Guru memanggil seorang murid untuk menjawab

soalan tersebut.

Murid membuat rumusan objek yang lebih ringan ditimbang dengan

menggunakan unit gram manakala objek yang lebih berat ditimbang dalam unit kilogram. Setelah murid membuat keputusan memilih objek yang akan ditimbang dengan penimbang unit gram dan kilogram maka guru akan menujukkan kepada murid bagaimana membaca skala pada muka penimbang. Langkah ini mengambil masa 10 minit Fasa Perkembangan pula ialah penambahbaikan pengetahuan murid. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Seorang murid akan dilantik menjadi ketua kumpulan. Setelah kumpulan dibentuk guru mengedarkan alat Guru telah

penimbang dengan skala kilogram dan gram kepada setiap kumpulan. menyediakan bahan yang akan digunakan oleh timbangan. (lihat lampiran 2)

murid untuk mengadakan aktiviti

Bahan dengan berat dalam gram dan kilogram yang telah ditetapkan di atas meja guru. Setelah itu guru akan menerangkan cara aktiviti ini dijalankan. Setaip kumpulan akan

mengambil akan mengambil empat jenis bahan atau objek dan mendapatkan bacaan berat bagi setiap bahan yang telah diambil dan merekodkannya dalam borang yang telah disediakan. Murid diberi tempoh masa selama 3 minit untuk mendapatkan bacaan. Setelah itu murid akan menukarkan bahan atau obejek yang lain untuk direkodkan bacaannya.aktiviti ini akan diulangi setelah semua kumpulan mendapat membuat timbangan untuk semua bahan atau objek dan dapat bacaannya. Setelah semua bacaan timbangan telah direkodkan, ketua kumpulan akan membentangkan hasil mereka. Dalam langkah ini muridmurid diterapkan nilai bekerjasama. Mereka perlu bekerjasama untuk menyiapkan tugasan mereka. Langkah ini mengambil masa selama 20 minit.

Langkah seterusnya ialah langkah tindakan yang merupakan amalan berterusan. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. Murid diberi masa selama 5 minit untuk menyiapkan tugasan tersebut. Setelah itu guru dan murid berbincang bersama-sama.

Murid dapat memahami berat sesuatu objek dalam unit gram dan kilogram jika mereka dapat membuat kembaran kerja dengan betul.

Berdasarkan aktiviti timbangan tersebut, dapat disimpulkan terdapat aras kesukaran dalam pelaksanaanya. Guru perlu memberi arahan dengan jelas bagaimana aktiviti itu hedak

dijalankan. Terdapat murid yang terlalu aktif dan nakal yang akan membuat perkara lain

menggunakan alat timbangan itu seperti memusing jarum pada timbang tersebut dan tidak mengikut arahan guru. Dalam hal ini guru harus bersikap tegas sewaktu menjalani aktiviti itu.

Kesimpulan yang dapat diberikan ialah guru mesti pandai memilih aktiviti yang bersesuaian dan bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah selamat, menarik dan sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Bahan bantu mengajar perlu terutamanya guru yang mengajar

matematik tahap satu. Pada tahap ini mereka perlu memahami konsep timbangan berat di dalam matematik .

Lampiran 2:

Beg sekolah, pensil, pen , buku latihan, pemadam, buku teks,cermin mata

Lampiran 3

NAMA AHLI KUMPULAN : 1._________________________________ 2.___________________________________ 3._________________________________ 4.___________________________________ 5._________________________________

ARAHAN : Rekodkan jisim objek yang disenaraikan.

Berat Bilangan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Gula Kopi Serbuk pencuci Milo Sabun mandi Mee segera Tepung Garam Pasir Jam tangan Kacang tanah Beras 10 batang pensel Buku latihan Pinggan Makanan ringan Minyak masak Serbuk kari Tepung beras Beg sekolah Objek / Bahan gram kilogram

10

Lembaran kerja:

Lampiran 4 Lembaran Kerja Nyatakan jisim objek berikut:

_____________kg

______________ kg

11

________________ g

____________________kg

12

____________________ g

13

Rujukan:

1. Mohd Uzi Bin Dollah, Noor Shah Bin Saad, KRM3013 Asas Nombor,. Modul Ijazah Sarjana Pusat Pendidikan Malim, Perak. 2. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, Tahun 2, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum). Luar (2011),Universiti Sultan Idris Tanjong

14

Anda mungkin juga menyukai