Anda di halaman 1dari 5

JURNAL PRAKTIKUM

MINGGU : 8
TARIKH : 8 September 2013 12 September 2013
TAJUK : Murid Pasif di dalam Kelas

1. MASALAH
Minggu ini merupakan minggu ke lapan saya di sekolah ini, kali ini saya ingin
mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di dalam kelas, terutamanya
di dalam aktiviti berkumpulan. Masalah yang sangat ketara apabila hanya murid
yang sama sahaja yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dilakukan. Manakala
murid lain hanya memerhati dan kadangkala mengganggu murid lain.
2. ANALISIS
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke
hadapan menjadi punca masalah ini. Ia juga mungkin disebabkan rasa rendah diri
dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang
dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka
mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
3. CADANGAN UNTUK MENGATASI
1.Guru perlu menyediakan soalan mengikut tahap kemampuan murid agar mereka
dapat menjawab dengan betul dan dapat menanam keyakinan dalam diri mereka.
2.Guru harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan
yang memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang dijalankan dalam kelas.Menurut Skinner, peneguhan positif ialah
memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif
ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik
darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu
kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar,
emmberi hadiah dan sebagainya.
4. TEMPOH MASA
Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera.
Jika perkara ini dibiarkan bererusan, murid-murid yang lemah akan terus ketiggalan
dan tidak merasai keseronokan untuk belajar.
5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta bantuan rakan-rakan dan juga guru pembimbing bagi menilai
keberkesanan cadangan yang telah diutarakan.
6. TINDAKAN SUSULAN
Pengukuhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perkara iu
diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan untuk memuaskan
kehendak individu, mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Sebagai guru,
sangat penting untuk mengaplikasikan teori ini bagi menarik minat murid-murid
dalam aktiviti P&P








JURNAL PRAKTIKUM
Tandatangan Pensyarah Pembimbing

______________________________
Tandatangan Guru Pelatih

_________________________
_
MINGGU : 7
TARIKH : 1 September 2013 5 September 2013
TAJUK : Kebersihan Diri Murid

1. MASALAH
Pada minggu ini, saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri
murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri
sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius
tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke
dalam seluar supaya nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain
dalam berpakaian sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan
murid-murid datang pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan
tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main
terutama selepas waktu rehat.
2. ANALISIS MASALAH
Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu
unsur yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan
seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni.
Kebersihan menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di
mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil
lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga
kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah.
Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan.
Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses
pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-
murid menimba ilmu pengetahuan. Menurut Islam:

Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi
kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana
bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak
kesejahteraan kepada umum.
3. CADANGAN UNTUK MENGATASI
Dalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, ianya
menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah. Murid-murid bertanggungjawab
terhadap diri sendiri, guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Pihak sekolah pula
bertanggungjawab seperti mengadakan kempen kebersihan dan menguatkuasakan
peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-murid.
Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid-
murid menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan
perkara ini berlaku kerana ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur
dan tegas terhadap kebersihan murid-murid. Teguran secara terus merupakan cara
yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya terdapat murid-murid yang
kemas dan bersih dalam penampilan diri, guru perlu memberi pujian kepada murid
tersebut dan menjadikan contoh kepada murid-murid lain.
Selain itu, penampilan guru juga harus dijaga kerana murid-murid
menganggap guru merupakan contoh yang terbaik kepada mereka. Sekiranya guru
tidak menjaga kekemasan dan kebersihan akan memberi kesan kepada murid-
murid. Murid-murid akan beranggapan kenapa mereka mesti menjaga kekemasan
dan kebersihan diri sekiranya guru tidak melakukan sedemikian.
4. TEMPOH MASA
1 September 2013 12 September 2013
5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta bantuan rakan-rakan dan juga guru pembimbing bagi menilai
keberkesanan cadangan yang telah diutarakan.
6. TINDAKAN SUSULAN
Guru seharusnya memberi nasihat dan teguran secara berterusan. Ini kerana,
menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menegur murid-murid dan mengatasi
masalah ini supaya tidak berlarutan. Ketika proses P&P, guru-guru mengingatkan
dan menegur murid tentang menjaga kebersihan. Teguran tidak terhad di dalam
kelas sahaja, tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja sekiranya bertemu murid-
murid yang tidak berpakaian kemas dan kotor.













Tandatangan Guru Pelatih

_________________________
_
Tandatangan Pensyarah Pembimbing

______________________________

Anda mungkin juga menyukai