Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

0600, JITRA KEDAH

SK KAMPUNG KUPANG 95400 SARATOK, SARAWAK

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN


MINGGU : 1 (12-16 JUN 2023)
NAMA : NURUL HAFIZATULHUSNA BINTI MOHD HALIN
PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA GURU PEMBIMBING : MOHAMAD ADIKA BIN ROSLAN
NAMA PENSYARAH/ PENYELIA : MOHD SHAHIDAN BIN RAMLI / MOHD FIKRI BIN ISMAIL

TAJUK : MURID PASIF DI DALAM KELAS

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:


Minggu ini adalah minggu pertama saya menjalankan praktikum. Saya menghadapi masalah
murid pasif bagi kelas Tahun 3. Kali ini saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid
yang pasif di dalam kelas. Masalah yang sangat ketara kerana terdapat beberapa orang murid
perempuan dan lelaki yang akan cuba mengelakkan diri daripada membuat aktiviti yang
disediakan oleh guru. Isu pertama yang ingin saya fokuskan pada hari ini ialah bagaimana
guru Pendidikan Islam dapat merancang aktiviti yang interaktif dan menarik ketika
melaksanakan PdP ketika berhadapan dengan murid pasif. Saya dapat melihat semua murid
berusaha untuk mencuba menjalankan aktiviti yang disediakan secara sukarela. Aktiviti ini

JURNAL
juga dapat menggalakkan komunikasi antara rakan kerana mereka perlu berbincang
untuk menjalankan aktiviti dengan betul. Sepanjang aktiviti permainan yang saya
jalankan dalam kelas, saya dapati terdapat murid yang mengelakkan diri untuk menjawab
soalan permainan yang saya berikan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan murid yang lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk bersuara menjadi
salah satu punca masalah ini berlaku. Di samping itu, rasa rendah diri dan tidak memiliki
keyakinan diri yang mantap juga menjadi punca di mana murid tidak menjalankan aktiviti
yang disediakan oleh guru, Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka
mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):

Menurut menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008) mengatakan bahawa guru harus
mengaplikasikan pengetahuan Psikologi Pendidikan semasa proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Seorang guru harus memahami tingkah laku pelajar dengan lebih mendalam
seperti tingkah laku yang sukakan perhatian guru, suka memencil diri, tingkah laku pelajar
pintar, dan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran kerana kesannya memberi impak yang
besar terhadap prestasi pelajaran pelajar
Manakala, Menurut Amir Hasan (2009), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu
mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Maka,
pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan perlu disokong
(dengan menggunakan bahan bantu mengajar) bagi merangsang perkembangan potensi
individu ketahap yang maksimum.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:


i. Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan dan memotivasikan murid agar dapat
menanam keyakinan dalam diri mereka.
ii. Saya juga harus memberikan ganjaran kepada murid yang berjaya sebagai peneguhan
iii. Saya akan merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk melibatkan
diri semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


2 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Saya akan cuba meminta pandangan guru-guru yang berpengalaman dalam mengendalikan
murid-murid yang pasif dan juga perlu menggunakan pengetahuan pedagogi dengan baik agar
proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat dijalankan dengan baik supaya proses Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah dapat berjalan dengan lancer dan objekifnya tercapai.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


4 Jun 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Berdasarkan kepada tindakan serta cadangan yang diusulkan untuk menyelesaikan masalah
ini, saya melihat semua jalan penyelesaian yang dicadangkan mempunyai potensi yang amat
tinggi untuk dilaksanakan. Peranan guru ini membantu sekolah dalam menghasilkan pelajar
yang berkualiti dan berdaya saing.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN:


Kesimpulannya, setiap guru harus kreatif dalam menyelesaikan setiap masalah yang wujud
dalam kalangan anak-anak murid. Guru yang cemerlang akan sentiasa mencari jalan dan
menempuh segala cabaran yang dihadapi demi melahirkan anak-anak murid yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Perancangan yang sistematik amat perlu bagi memastikan objektif
pembelajaran tercapai dan proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat berjalan dengan lancar
mengikut perancangan yang ditetapkan.

RUJUKAN
Amir Hassan Dawi. (2009). Sekolah dan M asyarakat. Quantum Books, Tanjong Malim.
Suppiah Naciappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan, Oxford Fajar

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan

Nama : _____________________ Nama : _____________________

Anda mungkin juga menyukai