Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AKMALRIZAL BIN KASSIM

NO. KAD PENGENALAN : 011231-06-0451

PROGRAM : PISMP AMBILAN JUN 2020

PENGKHUSUSAN 1) MAJOR: BAHASA MELAYU

2) MINOR: PENDIDIKAN MUZIK

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PRIMA SELAYANG

MINGGU PRAKTIKUM :1

TARIKH : 2 JANUARI 2024

KATEGORI : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

TAJUK JURNAL : MINGGU PENGURUSAN DAN LAPOR DIRI

PENSYARAH PENYELIA : PUAN ROZEHA BINTI HARUN

GURU PEMBIMBING : CIK PATHUNI BIBI BINTI HANIFFA

1.0 Isu yang Difokuskan:

Pada minggu ini, saya telah berjumpa secara bersemuka dengan pihak pentadbir sekolah di
SK Taman Prima Selayang. Selain itu, saya juga berkenalan dan beramah mesra serta
berkenalan dengan guru pembimbing. Oleh itu, saya perlu mempunyai kemahiran
interpersonal dan intrapersonal dalam komunikasi agar urusan pengenalan diri serta
penyampaian maklumat dapat disampaikan dengan tepat. Pada minggu ini juga saya telah
mengumpul beberapa bahan portfolio. Bahan-bahan tersebut telah diperoleh melalui pihak
pengurusan sekolah khususnya.

2.0 Analisis yang Difokuskan:

Analisis yang difokuskan adalah hubungan baik dengan barisan pentadbir, guru-guru dan
murid sekolah ini. Saya dapati guru pembimbing yang mula menghubungi saya sebelum
sempat saya menghubungi dia. Isu utama yang dihadapi adalah berkenaan komunikasi
antara saya dan guru-guru di sekolah ini. Pertimbangan terhadap sesuatu keputusan
menjadi agak lambat apabila untuk mendapatkan respon seseorang guru. Situasi ini dapat
difahami kerana guru-guru sendiri sibuk untuk menguruskan tugasan mereka yang lain.

1
3.0 Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian
Lepas)

Menurut Hovland, Jains &KeLley (1990), komunikasi adalah suatu proses melalui hubungan
seseorang (komunikator) menyampaikan stimulus (biasanya dalam bentuk kata-kata)
dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orang-orang lainnya (khalayak).

4.0 Cadangan atau Idea Penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya telah mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian bagi
menyelesaikan isu atau masalah tersebut. Antaranya ialah:

i. Saya perlu lebih mahir berkomunikasi bukan sahaja dalam kalangan guru malah
semua warga sekolah.
ii. Memulakan perbualan dengan pihak guru terlebih dahulu tanpa menunggu
sapaan daripada pihak mereka.

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian:

Sepanjang tempoh praktikum

6.0 Tindakan Susulan:

Pemantapan kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam komunikasi telah


banyak membantu saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan antara
warga sekolah terutamanya para guru. Selain itu, sifat ramah yang suka menegur
atau menyapa guru terlebih dahulu telah berjaya membuka hati guru untuk lebih
membimbing dan mengajar banyak perkara baharu berkenaan dunia sebenar
profesion keguruan. Sifat sombong atau angkuh dalam diri merupakan suatu sifat
yang perlu dielakkan dan perlu dijauhkan dalam usaha untuk menuntut ilmu
pengetahuan. Oleh itu, sifat keterbukaan dan berlapang dada perlulah diterapkan
dalam diri dalam usaha untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu pengetahuan
daripada mereka yang lebih senior. Justeru, kemahiran komunikasi yang baik telah
dapat membantu saya ke arah menjadi seorang siswa guru atau guru praktikum
yang sentiasa terbuka untuk menerima sesuatu ilmu yang baharu serta dapat kenal
dengan lebih rapat lagi akan kehidupan sebenar seseorang guru.

2
7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

3 Januari 2024

8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Pemantapan kemahiran interpersonal dan intrapersonal dalam komunikasi telah


banyak membantu saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan antara
warga sekolah terutamanya para guru. Selain itu, sifat ramah yang suka menegur
atau menyapa guru terlebih dahulu telah berjaya membuka hati guru untuk lebih
membimbing dan mengajar banyak perkara baharu berkenaan dunia sebenar
profesion keguruan.

9.0 Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada):

Sifat sombong atau angkuh dalam diri merupakan suatu sifat yang perlu dielakkan
dan perlu dijauhkan dalam usaha untuk menuntut ilmu pengetahuan. Oleh itu, sifat
keterbukaan dan berlapang dada perlulah diterapkan dalam diri dalam usaha untuk
mengumpul sebanyak mungkin ilmu pengetahuan daripada mereka yang lebih
senior. Justeru, kemahiran komunikasi yang baik banyak membantu saya ke arah
menjadi seseorang siswa guru atau guru praktikum yang sentiasa terbuka untuk
menerima sesuatu ilmu yang baharu serta dapat kenal dengan lebih rapat lagi akan
kehidupan sebenar seseorang guru.

Rujukan

Suresh Kumar. (2016). Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid dalam Merangsang


Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik dalam Kalangan Murid di Bilik Darjah. Jurnal
Ilmi, (6), 69-88.
Wan Normi Hasan. (2018). 'Kenapa murid tidak mendengar arahan saya?' - Cuba tips ini
dulu. Dipetik pada 14 Jun 2019 daripada https://www.gpsbestari.com/tip/tip-
mengajar/kenapa-murid-tidak-mendengar-arahan-saya-cuba-tips-ini-dulu-1.795038

Anda mungkin juga menyukai