Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 7)

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB3123)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AKMALRIZAL BIN KASSIM

ANGKA GILIRAN : 2020192340166

NO KAD PENGENALAN : 011231060451

KUMPULAN : PISMP F9

NAMA PENSYARAH : PUAN ROZEHA BINTI HARUN

TAJUK TUGASAN : ANALISIS PERIBAHASA

TARIKH HANTAR : 16 MAC 2023

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS :


DARIPADA PENSYARAH
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

ISI KANDUNGAN i

PENGHARGAAN ii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KONSEP PERIBAHASA 1

3.0 RASIONAL PEMILIHAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU 1

4.0 PROSES PERUBAHAN MAKNA PERIBAHASA YANG 2-7


BERLAKU DALAM AYAT DAN PENGARUH PRAGMATIK

5.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN 8
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirrahim,

Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta
saya, Puan Rozeha binti Harun kerana telah memberi tunjuk ajar serta membimbing saya
untuk menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang tidak jemu memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
pertolongan dan peringatan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam melakukan kerja kursus ini. Terima kasih.
1.0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu yang bersopan santun, mengutamakan cara penyampaian bahasa yang
beradat dan santun dalam penyampaian. Peribahasa merupakan bahasa kiasan yang
penuh dengan makna tersirat tetapi padat dengan falsafah. Contohnya penggunaan
simpulan bahasa dan peribahasa dalam sulaman komunikasi memerlukan kognitif aras
tinggi untuk kita memahaminya (Nor Hashimah 2014). Komunikasi tersirat ini menunjukkan
keindahan, tingginya pemikiran dan akal budi orang Melayu terdahulu. Peribahasa itu halus
bahasanya. Bahasa halus bermaksud manis didengar, intonasi tidak keras dan perkataan
yang baik-baik sahaja. Oleh itu, peribahasa boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan. Oleh itu, peribahasa Melayu ini
dapat disimpulkan sebagai susunan perkataan yang terdiri daripada elemen kognitif yang
abstrak secara dalamannya dan harus ditafsir ke sifat konkrit secara luarannya.

2.0 KONSEP PERIBAHASA

Peribahasa merupakan susunan kata yang luas dan terkandung dalam konteks panduan,
teladan serta pengajaran yang terdapat di dalamnya (Patarai Cholen et, al., 2022).
Peribahasa juga turut merujuk kepada ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud
tertentu seperti maksud berkias, berlapik dan tersirat (Noor Aina Dani, 2005). Selain itu,
menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah et, al. (2011), peribahasa Melayu turut menyerlahkan
gambaran nilai sosial, moral, fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat di samping
mempamerkan falsafah bangsa Melayu. Berdasarkan pandangan-pandangan yang telah
dibentangkan ini, dapat membuktikan bahawa peribahasa Melayu sememangnya
merupakan satu cabang bahasa yang mempunyai makna tersirat, dimiliki oleh masyarakat
Melayu serta digunakan bertujuan untuk menyampaikan nasihat dan pengajaran tanpa
mengguris hati pendengar.

3.0 RASIONAL PEMILIHAN PERIBAHASA BAHASA MELAYU

Antara rasional pemilihan peribahasa bahasa Melayu adalah sebagai salah satu madah
dalam pertuturan bagi menyampaikan nasihat dan pengajaran tanpa menyinggung
perasaan individu lain. Hal yang demikian kerana, masyarakat terdahulu dikatakan mudah
tersinggung dengan perbualan sinis, teguran dan sindiran (Nurul Amisya Nabila Jaafar et,
al., 2022). Maka, bagi mengelakkan daripada menyinggung perasaan individu lain,
peribahasa bahasa Melayu ini telah diwujudkan dengan mencipta satu bahasa yang
berbentuk kiasan bagi menyampaikan nasihat dan pengajaran. Hal ini dapat membuktikan
bahawa keperluan penggunaan peribahasa yang ringkas, mudah dan mengandungi makna
tersirat mengenai sesuatu perkara atau situasi yang dihadapinya.

4.0 PROSES PERUBAHAN MAKNA PERIBAHASA YANG BERLAKU DALAM AYAT


DAN PENGARUH PRAGMATIK

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Ringan tulang Individu yang rajin dalam Danish seorang anak
melakukan kerja atau yang ringan tulang
tugasan kerana dia sering
membantu ayahnya
berniaga di bazar.
Jadual 1: Peribahasa Ringan Tulang

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna leksikal “tulang” ini adalah
merujuk kepada seorang manusia (Nor Hashimah Jalaluddin, 1992). Hal ini demikian
kerana, “tulang” tersebut merupakan sebahagian daripada anggota badan
manusia. Manakala, kata adjektif “ringan” ini pula mentakrifkan sifat manusia yang tidak
berat dalam melaksanakan sesuatu. Justeru, apabila diperhalusi, peribahasa “ringan tulang”
ini adalah merujuk kepada manusia yang tidak berat dalam melaksanakan tugas, iaitu rajin
bekerja dalam kehidupannya.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Ulat buku Individu yang rajin membaca Zahra dikenali sebagai
buku untuk mencapai ulat buku kerana dia
kejayaan sangat rajin membaca.
Jadual 2: Peribahasa Ulat Buku

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu itu, perubahan makna dalam struktur ayat ini dapat
dilihat daripada aspek semantik makna perkataan, iaitu perkataan “ulat”. Perkataan ulat
dalam konteks makna peribahasa ini merujuk kepada kata adjektif, iaitu sifat berusaha
dengan giat dan tabah untuk mencapai sesuatu. Perkataan “buku” pula menjadi simbolik
untuk seseorang mencapai sesebuah kejayaan. Justeru, apabila digabungkan, peribahasa
ini membawa makna seseorang yang rajin membaca untuk mencapai kejayaan dalam
kehidupannya.
PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT
MELAYU
Genggam bara api, biar Melakukan sesuatu perkara Jika kita hendak
sampai jadi arang yang sukar, hendaklah mencapai cita-cita, kita
bersabar hingga mencapai perlu berusaha dengan
kejayaan bersungguh-sungguh
dan sabar akan ujian
dan halangan yang
bakal dihadapi seperti
genggam bara api, biar
sampai jadi arang.
Jadual 3: Peribahasa Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Arang

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat pada frasa
“genggam bara api” yang merujuk kepada rajin berusaha. Frasa ini juga bersifat hiperbola
dan konotatif. Dikatakan hiperbola kerana, “bara api” yang sifatnya panas mustahil dapat
dicengkam dengan tangan manusia. Manakala bersifat konotatif pula kerana frasa
“genggam bara api” secara tersiratnya dimaksudkan pegangan kepada sesuatu
tanggungjawab yang diamanahkan dan frasa “biar sampai jadi arang” juga bertukar makna
apabila dimaksudkan sebagai sesuatu perkara itu hendaklah dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh sehingga selesai.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Bagai lebah menghimpun Sifat kerja keras dan tekun Pak Dolah bekerja bagai
madu yang dilakukan untuk lebah menghimpun
mencapai tujuan atau meraih madu untuk membina
kejayaan rumahnya dengan
segera.
Jadual 4: Peribahasa Bagai Lebah Menghimpun Madu

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat pada frasa
“lebah menghimpun madu” yang merujuk kepada lebah yang bekerja keras mengumpulkan
madu dari bunga-bunga untuk memenuhi keperluan sarangnya. Dalam konteks kehidupan
manusia, peribahasa ini mengajarkan pentingnya kerja keras dan tekun dalam mencapai
tujuan hidup. Sebagai contohnya, lebah yang harus bekerja keras dan tekun mengumpulkan
madu, manusia juga harus bekerja keras dan tekun dalam mengejar cita-cita dan meraih
kejayaan.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Belakang parang kalau diasah Jika berusaha dengan gigih, Adli yang lembab dalam
lagikan tajam orang yang bodoh akan pelajaran akhirnya lulus
berjaya juga juga dalam peperiksaan
setelah rajin menyertai
kelas tuisyen yang diajar
oleh Cikgu Rizal seperti
belakang parang kalau
diasah lagikan tajam.
Jadual 5: Peribahasa Belakang Parang Kalau Diasah Lagikan Tajam

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat pada frasa ayat
“belakang parang” merujuk kepada bentuk belakang parang yang tumpul. “kalau diasah
lagikan tajam” yang bermaksud apabila diasah berulang kali lama kelamaan belakang
parang itu akan menjadi tajam jua. Hal ini dapat membuktikan bahawa seseorang yang tidak
pandai dalam pelajaran, jika dia terus berusaha nescaya dia turut akan beroleh kejayaan.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Usaha tangga kejayaan Usaha atau kerja keras yang Kita haruslah berusaha
dilakukan secara terus dengan bersungguh-
menerus dapat membawa sungguh dalam
seseorang mencapai pelajaran demi masa
kejayaan depan kerana usaha
tangga kejayaan.
Jadual 6: Peribahasa Usaha Tangga Kejayaan

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat melalui konteks
kehidupan manusia yang mana peribahasa ini mengajarkan bahawa setiap orang harus
berusaha keras dan terus berusaha untuk meraih keberhasilan dan kejayaan. Seperti
tangga yang harus dinaiki satu persatu untuk mencapai tahap tertinggi. Oleh itu, setiap
usaha harus dilakukan dengan tekun dan terus menerus sehingga dapat mencapai tujuan
yang diinginkan.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Belum disuruh sudah pergi, Seseorang yang cerdik dan Farhana merupakan
belum dipanggil sudah datang rajin dalam melakukan pelajar yang belum
sesuatu disuruh sudah pergi,
belum dipanggil sudah
datang kerana dia bijak
dan rajin dalam
melaksanakan tugasan.
Jadual 7: Peribahasa Belum Disuruh Sudah Pergi, Belum Dipanggil Sudah Datang

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu itu, perubahan makna dapat merujuk kepada
konteks kehidupan manusia yang mana menggambarkan bahawa seseorang yang bijak dan
rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan tanpa diarah. Selain itu, frasa
“belum dipanggil sudah datang” pula merujuk kepada seseorang yang rajin dalam
melaksanakan tugasan tanpa disuruh.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Di mana ada kemahuan, di Jika mempunyai cita-cita, Walaupun Aiman
situ ada jalan seseorang akan berusaha tergolong dalam
dengan bersungguh-sungguh kalangan orang kurang
untuk mencapainya upaya (OKU), namun
dia tidak pernah
berputus asa untuk
belajar bagi mencapai
kejayaan kerana di
mana ada kemahuan,
di situ ada jalan.
Jadual 8: Peribahasa Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan
Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat melalui frasa “di
mana ada kemahuan” yang menggambarkan sekiranya seseorang itu mempunyai keinginan
mengenai sesuatu, pasti dia akan bersemangat untuk mendapatkannya. Manakala bagi
frasa ayat “di situ ada jalan” menggambarkan bahawa setiap perkara yang ingin dicapai
perlu seiring dengan usaha-usaha yang bersesuaian. Hal ini dapat dilihat dalam konteks
kehidupan manusia, sekiranya seseorang individu mempunyai kemahuan yang tinggi, sudah
pasti individu tersebut bersemangat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
mencari cara bagi mengatasi rintangan yang bakal dihadapi dalam mencapai tujuan yang
diinginkan.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Hendak seribu daya, tak Jika kita hendak melakukan Encik Roslan
hendak seribu dalih sesuatu, kita akan bertungkus lumus
menyempurnakannya dengan menyiapkan tugasan
sedaya upaya kita dan demikian yang diberi sehingga
juga sebaliknya selesai walaupun
tugasan tersebut
kerap terjadi masalah.
Pendirian encik
Roslan sama seperti
pepatah hendak
seribu daya, tak
hendak seribu dalih.
Jadual 9: Peribahasa Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat pada konteks
kehidupan manusia yang menggambarkan bahawa jika seseorang individu memiliki tekad
yang kuat dalam mencapai tujuan, maka dia akan gigih berusaha mencari segala cara dan
daya untuk meraihnya walaupun bakal menghadapi pelbagai rintangan. Namun, jika
seseorang individu itu tidak mempunyai keinginan atau tekad yang kuat, pasti akan wujud
pelbagai alasan atau dalih untuk tidak melakukannya.

PERIBAHASA BAHASA MAKNA CONTOH AYAT


MELAYU
Rajin bekerja mudah belanja Jika rajin bekerja akan Kegigihan Afiq dalam
mendapat hasil yang banyak bekerja perlu dipuji
untuk dibelanjakan kerana hasil
kegigihannya, dia dapat
membeli apa sahaja
yang diinginkannya bak
kata pepatah rajin
bekerja mudah
belanja.
Jadual 10: Peribahasa Rajin Bekerja Mudah Belanja

Berdasarkan peribahasa bahasa Melayu ini, perubahan makna dapat dilihat melalui frasa
ayat tersebut, iaitu “rajin bekerja mudah belanja” yang menggambarkan bahawa dengan
bekerja keras dan tekun, seseorang dapat memperoleh penghasilan yang cukup untuk
memenuhi keperluan seharian dan berbelanja dengan senangnya. Hal ini dapat dilihat
bahawa, sifat rajin merupakan tunjang utama dalam menuju kejayaan. Sekiranya tiada sifat
rajin dalam diri, sudah tentu seseorang individu akan berasa malas untuk bekerja dan tidak
akan dapat hasil yang cukup bagi memenuhi keperluan hidup.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, keindahan dan kehalusan bahasa Melayu dapat dilihat melalui peribahasa
itu sendiri. Hasil kreatif peribahasa masyarakat Melayu yang sederhana hidupnya ini diwarisi
dari turun-temurun melalui tradisi lisan. Peribahasa berupaya mendidik walaupun melalui
teguran, sindiran, teladan dan pengajaran yang tersirat di sebalik peribahasa. Oleh itu,
mesej yang disampaikan dalam bentuk perlambangan dengan gaya yang indah, padat dan
ringkas itu lebih mudah diterima oleh masyarakat berbanding teguran secara terus yang
mampu mengguriskan hati pendengar. Semoga keindahan bahasa seperti peribahasa ini
dapat dijaga dan diteruskan penggunaannya agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.
RUJUKAN

Bahasa Othman. (2008). Peribahasa dan Simpulan Bahasa. Penerbitan Prestasi Cemerlang
Sdn. Bhd.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2014). Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu.
Penerbitan Multimedia.

Noor Aina Dani. (2005). “Peribahasa Bahasa Melayu-Peribahasa Bahasa Cina: Merungkai
Persamaan Makna dan Pertentangan Dedua”. Jurnal Bahasa, 3(3), 133-166.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia

Patarai Cholen, Suhasni Dollah, Rozeha Harun, Maria Tahir & Khushairi Fadzal. (2022).
Semantik Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn. Bhd.

Salinah Jaafar, Huraizah Abd Sani & Rohaidah Haron. (2018). Perubahan Fungsi dan
Makna Peribahasa dalam Laman Facebook. Jurnal Komunikasi Malaysia, 34(2), 354-373.

Sapinah Haji Said. (2004). Kamus Peribahasa Melayu. Pelangi Sdn. Bhd.

Zaitul Azma Zainon Ahmad & Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Bahasa dan Pemikiran
dalam Peribahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 11(3), 31-50.

Anda mungkin juga menyukai