Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS IPOH
31150 HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1084
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Nama : MUHAMMAD NABIL FIRDAUS BIN


MOHD SHAHRIL
No. K/P : 031106-14-0557
Angka Giliran : P23240922
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2023
Unit : A2
Nama Pensyarah : ENCIK MOHD SUFFIAN BIN ISMAIL
Tarikh Hantar : 25 SEPT 2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran
PEMERIKSA MODERATOR
berterusan ini adalah hasil kerja
saya sendiri kecuali
PENGESAHAN
Markah PELAJAR
nukilan dan ringkasanMarkah
yang setiap satunya saya jelaskan
sumbernya.
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Tandatangan Tandatangan
Tandatangan Pelajar: __________________________Tarikh :
_____________________
Tandatangan
Cop Pelajar:__________________________Tarikh
Cop :
_____________________
Tarikh Tarikh

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan seperti yang berikut:


TUGASAN 1
Penulisan Esei (30 markah)

Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Secara
amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa Tatabahasa menjadi asas untuk
penglahiran bahasa yang Indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat
dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu,
tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan
kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

 Berdasarkan pernyataan di atas:


 Huraikan tentang asas tatabahasa yang meliputi definisi, kepentingan, tatatingkat,
jenis dan aliran tatabahasa secara ringkas.
 Jelaskan proses pembentukan kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda dalam
bahasa Melayu.

1
 Bandingkan kata kerja aktif dan kata kerja pasif berserta contoh ayat yang sesuai.
 Penulisan esei perlu menggambarkan kemahiran anda dalam mengorganisasikan
idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam menginterpretasikan huraian di
atas.
 Huraian dan penjelasan yang anda kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk
penulisan tidak melebihi 1000 patah perkataan secara keseluruhannya.

Penghargaan

Pertamanya, saya Muhammad Nabil Firdaus dari Unit A2 ingin mengucapkan Syukur ke
atas hadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan
BMMB 1084 ini dalam masa yang ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Suffian yang memberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh
tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga rakan rakan seperjuangan lain yang turut membantu
secara langsung mahupun tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini.

Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kesilapan dalam proses
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan buruk itu
dari diri saya sendiri.

Sekian,
Terima kasih.

2
ISI KANDUNGAN

Bil. Butiran Muka Surat


1. borang pengesahan pelajar 1
2. Soalan tugasan 2
3. Penghargaan 3
4. Isi kandungan 4
5. 1.0 Pengenalan 5
6. 2.0 Definisi asas tatabahasa 6
7. 3.0 Kepentingan tatabahasa 7
8. 4.0 Tatatingkat tatabahasa 8
9. 5.0Jenis dan aliran tatabahasa 9
10. 6.0 Proses pembentukan kata 10-12

3
6.1 Proses pembentukan kata terbitan
6.2 Proses pembentukan kata majmuk
6.3 Proses pembentukan kata ganda
11. 7.0 Perbezaan kata kerja aktif dan pasif 12
12. 8.0 Rumusan 13
13. Rujukan 14

1.0 Pengenalan

Penggunaan bahasa Melayu sebagai medium dalam komunikasi sesama manusia


pada dunia masa kini semakin meluas di dunia. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan
Profesor Datuk Dr Baharudin Puteh dari Fakulti Bahasa Melayu dan juga merupakan bekas
Timbalan Naib Kaunselor Pendidikan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bahawa
kewujudan pengajian bahasa Melayu di Universiti luar negara seperti di Korea, Jepun,
Jerman, New Zealand dan banyak lagi negara lain. Oleh itu, agak janggal sekiranya bahasa
Melayu itu tidak digunakan dengan betul di negara sendiri sedangkan penduduk dunia
berusaha untuk mempelajari bahasa melayu dengan serius. Selain itu, mantan perdana
menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menegaskan supaya semua pihak
mengutamakan bahasa Melayu sebagai medium bagi pelbagai majlis. Justeru itu, Kita
sebagai rakyat Malaysia tidak perlu berasa malu untuk menggunakan bahasa Melayu

4
kerana bahasa Melayu tidak akan menjatuhkan martabat kita malah kita akan dipandang
tinggi oleh warga asing kerana mengekalkan penggunaan bahasa yang unik dan menarik.

2.0 Definisi asas tatabahasa

Tatabahasa menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, bermaksud pengetahuan atau


pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat. Asas tatabahasa
adalah sekumpulan garis panduan yang tidak boleh ditukar dalam mewujudkan satu
komunikasi yang baik dan berkesan. Tatabahasa juga merupakan kumpulan petua yang
membentuk frasa, klausa, perkataan dan ayat. Dengan adanya pengetahuan dalam
tatabahasa. Ia dapat membantu dalam menggunakan bahasa dengan lebih terperinci.

5
Tatabahasa lazimnya dikaitkan dengan dua bidang utama morfologi dan sintaksis.
Morfologi bermaksud aspek yang bermula dengan morfem dan kata. Manakala sintaksis
pula frasa, klausa dan ayat.

Morfologi ialah ilmu bahasa yang memeriksa struktur, bentuk kata. Struktur kata ialah
susunan bunyi dalam percakapan atau tanda tulisan yang mencipta satu ayat bahasa yang
bermakna. Sementara itu, tatabahasa yang berbentuk tunggal atau hasil dari proses seperti
pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan ialah contoh bentuk kata.

Sintaksis ialah ilmu bahasa yang berfokus pada analisis bentuk, struktur, dan
konstruksi. Dalam sintaksis prinsip-prinsip tatabahasa yang didasarkan pada cara kata-kata
atau kelompok kata digabungkan dan diatur untuk membentuk ayat.

3.0 Kepentingan asas tatabahasa

Setiap bahasa di dunia tidak kira di mana berada mempunyai tatabahasanya tersendiri, ini
termasuklah bahasa Melayu. Tatabahasa merupakan aspek yang paling penting dalam
bahasa kerana tatabahasa boleh didefinisikan sebagai suatu peraturan atau hukum dalam
sesuatu bahasa. Oleh itu, jika penggunaan tatabahasa yang baik boleh menghasilkan
pertuturan yang jelas dan mudah difahami orang lain. Sekiranya penguasaan tatabahasa
seseorang itu lemah, beliau akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan lancar
kerana penggunaan tatabahasa yang tidak betul semasa bercakap. Di samping itu, bahasa

6
Melayu lebih mudah untuk dipelajari jika terdapat tatabahasa yang menjadi panduan dalam
suatu bahasa. Sistem bahasa yang lengkap ini banyak membantu orang asing mahupun
orang melayu sendiri dalam mempelajari bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja dapat
bertutur dengan betul, malah dapat mengaplikasikan tatabahasa ini ke dalam penulisan dan
kehidupan seharian. Mempelajari tatabahasa juga sangat penting untuk kita menjaga
keaslian bahasa Melayu agar bahasa melayu tidak pupus dan rosak sehingga ke generasi
yang akan datang. Oleh itu, kita perlulah menekankan prinsip tatabahasa yang betul dalam
kehidupan harian agar tidak berlaku perkara sedemikian. Bak kata hilang bahasa, lenyaplah
bangsa

7
4.0 Tatatingkat tatabahasa

Wacana dapat menyatukan ayat dengan ayat lain. Contoh wacana


Wacan ialah hal ini, seterusnya, disamping itu dan sehubungan itu.
a

Ayat bermakna lengkap dan sempurna. Sebagai contoh, guru itu


sedang mengajar di kelas.
Ayat

Klausa mengandungi subjek dan predikat. Contohnya, Jamal


memenangi pertandingan menyanyi kerana dia berlatih bersungguh
Klausa sungguh

Frasa terdiri dariapada susunan dua perkataan atau lebih. Contohnya,


Frasa Cikgu Tasha, sedang makan di kantin.

Perkataan boleh berdiri dengan sendiri dan tidak boleh dipisahkan ke


bentuk yang lebih kecil. Contohnya baca, cawan dan senduk.
Perkat
aan

Morfem mempunyai fungsi gramatis. Contoh morfem bebas ialah


seperti lari, baca dan
Morfe
m

Fonem boleh membawa perbezaan makna. Contohnya, kata bintang


Fon dan lintang. Bunyi kata itu hampir sama tetapi (b) dan (l) yang
em membezakan dua ayat ini. Oleh itu, (b) dan (l) ialah fonem iaitu unit
terkecil yang membezakan makna.

8
5.0 Jenis dan aliran tatabahasa

Tatabahasa
Tradisional

Tatabahasa
Struktural
Penjenisan tatabahasa
Tatabahasa
Transformasi

Tatabahasa
Wacana

Aliran tatabahasa terbahagi kepada empat iaitu tatabahasa tradisional, struktural,


transformasi dan wacana.
Tatabahasa tradisional, yang merupakan panduan tertua dalam aliran linguistik,
menekankan pentingnya mematuhi peraturan bahasa yang telah ditetapkan, dengan
penekanan lebih pada kemampuan menulis daripada kemampuan lisan. Ini disebabkan oleh
sifat sejagat.

Di sisi lain, tatabahasa struktural mempunyai konsep yang serupa dengan analisis
linguistik. Pendekatan ini menitikberatkan pada identifikasi bentuk-bentuk yang ada, fungsi
struktural, dan hubungan yang saling terkait antara komponen-komponen dalam sebuah
berita dalam konteks pidato.

Sementara itu, tatabahasa transformasi melibatkan perubahan dalam penggunaan


bahasa, seringkali melalui penyusunan ulang kalimat. Pendekatan transformasi muncul
sebagai reaksi terhadap strukturalisme dan menentang idea “bahasa adalah kebiasaan yang
baku."

Tatabahasa wacana adalah pendekatan linguistik yang mempelajari bahasa dalam


konteks teks atau percakapan yang lebih luas. Ini fokus pada aspek-aspek seperti konteks,
kohesi, koheren, struktur teks, aktiviti komunikatif, dan variasi bahasa. Tujuannya adalah
untuk memahami bagaimana bahasa digunakan dalam situasi komunikasi yang nyata dalam
wacana yang lebih besar.

9
6.0 Proses pembentukan kata
6.1 Proses pembentukan kata terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan dengan proses pengimbuhan,
iaitu proses yang menggabungkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan
bentuk perkataan yang disebut kata terbitan ( Nik Safiah et.al, 1996)
Terdapat 4 jenis kata terbitan iaitu kata terbitan awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Kata terbitan berawalan

Jenis kata terbitan awalan Contoh


Awalan kata nama pe -(pelumba, perawi)
ke- ( ketua, kekasih)

Awalan kata kerja me- ( melawan, merasa)


ber- ( berbuat, bergerak)
Awalan kata adjektif ter-( terbesar, terbersih)

Kata terbitan berakhiran

Jenis kata terbitan akhiran Contoh


Akhiran kata nama -an ( helaian, makanan)
-man ( budiman, seniman)
Akhiran kata kerja -kan ( jadikan, besarkan)
- i ( turuti, ikuti)

Kata terbitan berapitan

Jenis kata terbitan berapitan Contoh


Apitan kata nama pe-...-an ( pelaksanaan, perasaan)
pem-...-an( pembuatan,pembinaan)
Apitan kata kerja me-...-kan ( merosakkan, menafikan)
meng-.-kan(menghiburkan,mengkhayalkan)
Apitan kata adjektif ke-..an ( kearaban, kehinaan)

Kata terbitan bersisipan

Jenis kata terbitan bersisipan Contoh


Sisipan kata nama -el- ( kelengkeng, telunjuk)
-er- ( keruping, serabut)
Sisipan kata adjektif -el- ( gelembung, selerak)
-em- ( gemilang, semerbak)
Sisipan kata kerja -el- ( jelajah, gelagat)

10
6.2 Proses pembentukan kata majmuk
Kata majmuk adalah hasil menggabungkan dua kata dasar atau lebih untuk
membentuk satu kata baru dengan makna yang berbeza. Kata majmuk mempunyai tiga
kategori, iaitu kata majmuk yang terbentuk dari penggabungan kata-kata biasa, yang berupa
istilah khusus, dan yang digunakan untuk menyampaikan makna kiasan.

Jenis kata majmuk Contoh


Rangkai kata bebas Alat tulis, bandar raya, meja tulis, bom
tangan
Berbentuk istilah khusus Segi tiga, mata pelajaran, batu kapur, urus
setia
Mendukung maksud kiasan Kaki ayam, anak emas, duit kopi, buah hati

6.3 Proses pembentukan kata ganda


Kata ganda ialah penggandaan kata dasar. Kata ganda boleh terdapat tiga jenis iaitu
penggandaan penuh, separa dan penggandaan berentak.

Penggandaan penuh
i)

Penggandaan penuh kata tunggal Kerja-kerja, sekolah-sekolah, buku-buku

ii)

Penggandaan penuh berimbuhan Contoh


Awalan pemimpin-pemimpin, pelajar-pelajar
Akhiran amalan-amalan, dermawan-dermawan
Apitan persatuan-persatuan, permainan-
permainan

Penggandaan separa
i)

Penggandaan separa kata tunggal Siku/ sesiku, rama/ rerama

ii)

Penggandaan separa kata berimbuhan Contoh


Awalan kata kerja= ber-: berlari-lari
ter-: tersenyum-senyum
kata adjektif= se-: sepandai-pandai
Akhiran kata nama= -an: sayur-sayuran
kata kerja= -kan: tanya-tanyakan
kata adjektif= -an: rindu-rinduan
Apitan kata kerja= ber-..-an: berkasih-kasihan
kata adjektif= ke-..-an: kekuning-kuningan

11
Penggandaan berentak

Jenis penggandaan berentak Contoh


Penggandaan berentak pengulangan vokal kata nama: kuih-muih, lauk-pauk
kata kerja: gotong-royong, cerai-berai
kata adjektif: hiruk pikuk
Penggandaan berentak pengulangan kata nama: bukit-bukau, gunung-ganang
konsonan kata kerja: huyung-hayang
kata adjektif: huru-hara, gopoh-gapah
Penggandaan berentak bebas kata nama: saudara-mara
kata kerja: ulang-alik
kata adjektif: simpang-siur

7.0 Perbezaan kata kerja aktif dan pasif serta contoh

Perbezaan kata kerja aktif dan pasif


Kata kerja aktif Kata kerja pasif
Ayat aktif mengutamakan pelaku sebagai Ayat pasif mengutamakan objek dan
subjek dan kata kerja mempunyai awalan perbuatan. Kata kerja di dalam ayat tidak
seperti me-, mem-, men-, menge-, dan mempunyai awalan atau berawalan “di-“
meny-. beserta dengan kata sendi “oleh”.
Contoh
Ali membaca buku Buku dibaca oleh Ali

12
8.0 Rumusan
Kesimpulannya, tatabahasa amat penting dalam meningkatkan kemampuan
berkomunikasi, keterampilan menulis, pemahaman bacaan, dan meningkatkan peluang
pekerjaan. Ini membantu individu menjadi komunikator yang lebih efektif, penulis yang lebih
baik, serta lebih siap menghadapi tuntutan dalam berbagai bidang pekerjaan.

13
Rujukan
Ahmad NazRi. Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. 18 May 2013,
www.slideshare.net/hajimeTMasia/tatabahasa-dalam-pengajaran-bahasa-melayu.
Awang Sariyan. Ceritera Bahasa. 2002.
Aziz, Abdul. Tatabahasa Bahasa Melayu : Perkataan. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman,
1996.
Bali, Mazni. “TATABAHASA DIGITAL.” Www.academia.edu,
www.academia.edu/11383329/TATABAHASA_DIGITAL.
Hassan, Abdullah . Morfologi. Kuala Lumpur, Pts Professional Pub, 2011.
Nik Safiah Karim, et al. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2015.
Sulaiman Masri, and Ahmad Khair. Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Kuala Lumpur
Utusan Publ. & Distributors, 2008.

14

Anda mungkin juga menyukai