Anda di halaman 1dari 52

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS STRUKTUR AYAT MURID-MURID TAHUN TIGA

MENGGUNAKAN TEKNIK SAD

ROHANA BINTI MOHD ZALI

771204115412001

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT

MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2016

1
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

......................... ...........................................................

Tarikh (ROHANA BINTI MOHD ZALI)

771204115412

2
PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat

daripadanya maka kajian ini telah dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang

ditetapkan .

Penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan khusus kepada penyelia saya YM.Tengku

Nur Faizul bin Tengku Embong di atas segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang

telah diberikan.

Penghargaan juga dirakamkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah

berusaha keras menyediakan peluang pengajian ini dan Open University Malaysia yang

telah banyak membantu memastikan kejayaan ini ciperolehi.

Setinggi tinggi terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah yang dengan

ikhlas hati mencurahkan ilmu,kaki tangan sekolah SK Tok Randok secara keseluruhannya

, guru pembimbing serta rakan rakan yang banyak membantu dalam segala aspek untuk

menjayakan kajian ini.

ROHANA BINTI MOHD ZALI

Falkulti Pendidikan dan Bahasa,

Open University Malaysia,

Kuala Lumpur.

3
1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid

dalam cara dan gaya menulis struktur ayat yang betul seterusnya meningkatkan

kemahiran penulisan di kalangan murid Tahun Tiga. Kajian-kajian lepas menunjukkan

terdapat masalah dalam cara atau gaya menulis pelajar yang tidak diberi perhatian serius

di sekolah. Di dalam bab ini akan dijelaskan secara terperinci tentang permasalahan yang

timbul dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan yang mendorong kepada kajian ini

dijalankan. Adalah diharapkan bahawa hasil dapatan kajian ini akan memberi impak yang

baik kepada guru-guru dan murid-murid khasnya Tahun Tiga.

Menulis boleh didefinisikan sebagai satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang

berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk

berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga adalah satu proses untuk

memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun

perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut

peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas

dan tersusun.

Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar

bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata pelajaran yang lain. Ini

disebabkan bahawa bahasa merupakan alat untuk menyalurkan maklumat. Menulis dalam

apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat membantu mempertingkatkan

tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran.

4
Kesimpulannya bahawa kemahiran menulis jelas terbukti kepentingannnya khususnya

dalam membina struktur ayat berdasarkan kaedah digunakan iaitu SAD bermaksud S

untuk Siapa, A untuk apa dan D untuk di mana. Oleh demikian, murid dapat menulis ayat

berdasarkan teknik yang telah dinyatakan di atas.

1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Hasil daripada penandaan latihan diberikan tidak dinafikan bahawa murid-murid tiada

idea untuk disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya

kenal pasti ialah masalah membina struktur ayat yang betul berdasarkan gambar yang

diberikan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi

maksud ayat.

Bagi saya kelemahan dalam membina ayat yang mudah dan lengkap disebabkan

kekurangan idea dan murid tidak mengetahui konsep dalam membina struktur ayatnya.

Melalui pengalaman saya, murid tidak tahu membina ayat dengan betul tanpa mengikut

teknik yang betul. Oleh itu, saya telah memperkenalkan teknik membina struktur ayat

berdasarkan teknik SAD sebagai panduan kepada murid dalam membina ayat yang betul

dan lengkap. Sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan, saya pasti murid tidak dapat

menjawab dengan baik dalam membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya

akan menyebabkan kemerosotan markah murid.

5
1.2 Tinjauan Literatur

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kemahiran menulis di kalangan murid-murid

tahun tiga dalam mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh pelajar ketika membentuk

huruf dan ketika aktiviti menulis dijalankan. Oleh sebab itu, dalam bab ini, pengkaji akan

membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan kajiannya.

Kajian yang dijalankan oleh Raminah Hj. Sabran ( 1985 ) menegaskan bahawa penulisan

ialah penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk

grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami

maksudnya. Dalam kemahiran menulis, penekanan harus diberikan kepada tulisan yang

jelas dengan menggunakan tanda-tanda bacaan serta ejaan yang betul. Di peringkat

sekolah rendah gerak kerja penulisan dilaksanakan berdasarkan perkembangan fizikal

dan mental kanak-kanak itu. Gerak kerja yang dititikberatkan dalam peringkat ini ialah

kemahiran-kemahiran awal yang merangkumikemahiran pramenulis, penulisan mekanis

dan penulisan akal atau taakulan.

Menurut A.Waty M.Nor ( 2006 ) menyatakan bentuk tulisan sepatutnya menumpukan

kepada tiga komponen tulisan itu sendiri, iaitu bentuk atau formasi huruf (sama ada lurus

atau condong) saiz, dan jarak Bentuk huruf bergantung kepada jenis tulisan. Murid-

murid perlu belajar tentang lokasi titik permulaan menulis sesuatu huruf dan di mana titik

itu harus berakhir. Dengan kata lain, murid sepatutnya tahu memulakan huruf itu dan

bagaimana mengakhirinya. Kedudukan pelajar dan posisi kertas juga penting untuk

6
memastikan pelajar dapat menulis dengan betul. Pelajar perlu duduk tegak dengan

kedudukan kedua-dua tapak kaki mereka berada di lantai. Penekanan kepentingan

menghasilkan bentuk tulisan yang mudah dibaca perlu dipantau dari masa ke semasa

untuk memastikan masalah itu diatasi dalam kadar yang segera.

Dewan Bahasa Pustaka ( 1992 ) menyatakan asas menulis ialah pembentukan simbol-

simbol dalam bahasa. Dengan itu, kemahiran asaa dalam penulisan berkait rapat dengan

kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap. Di

samping itu menulis juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan

tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu pengalaman.

Berbeza dengan membaca, menulis perlu menjelaskan idea-idea mereka kepada pembaca

kerana mereka terpisah dengan penulis dari segi masa dan jarak. Hal ini ditegaskan oleh

Yahya Othman ( 2005 ) bahawa penulis terpaksa memberi lebih penekanan dan

menjelaskan dengan lebih mendalam supaya difahami oleh pembaca.Sebagai tambahan,

konvensyen-konvensyen dalam banyak bahasa memerlukan penggunaan ayat yang lebih

panjang dan tatabahasa yang lebih jelas daripada yang digunakan oleh penutur lisan.

Dapatan kajian yang dijalankan oleh Zamri Mahamad ( 2006 ) menegaskan bahawa

pelajar cemerlang juga menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran bahasa

berbanding dengan pelajar lemah bagi meningkatkan kemahiran menulis ketika belajar

bahasa Melayu di dalam kelas. Misalnya pelajar cemerlang menggunakan pola

mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa dan latihan bagi meningkatkan kemahiran

7
menulis. Ini terbukti bahawa untuk menguasai kemahiran menulis, maka penekanan dan

latih tubi amat perlu untuk menjadikan pelajar mampu menulis dengan baik

Menurut kajian literatur dari luar negara iaitu Edward de Bono (1996 ), pemikiran keratif

adalah sejenis pengendalaian maklumat secara khusus, seperti mana kita mengendalikan

maklumat secara logik, matematik, saintifik dan seumpamanya dalam bentuk penulisan.

Kreativiti tidak hanya berlangsung dalam perkaitan dengan seni sahaja, tetapi juga

merentasi bidang-bidang seperti sains dan teknologi, dan sains sosial yang banyak

membantu menjana penghasilan produk baru yang kadang kala sukar digambarkan oleh

pemikiran biasa.

Pelbagai definisi penulisan telah diutarakan oleh pakar penulisan dan bahasa antaranya

melihat penulisan sebagai satu cara melahirkan bahasa manusia melalui simbol-simbol

yang dapat dilihat. Dr. Leon James ( 1969 ) menjelaskan penulisan memerlukan

kemahiran memahami apa dan bagaimana komunikasi berlaku dalam kalangan

masyarakat. Penulis perlu menulis untuk komuniti dengan menggunakan peraturan

penulisan untuk menjadikan genre tersebut diterima dan digunakan dalam komuniti am.

Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan

rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis,

mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna.

Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya

mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk

8
garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf

dengan sempurna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai

masalah menulis.

Menurut Nesamalar Chitravelu ( 1995 ) menyatakan tidak semua orang berupaya untuk

menulis meskipun setiap manusia yang normal mampu bertutur dengan baik bahasa

ibunda pada tahun-tahun awal kehidupannya. Seseorang individu akan dapat menikmati

hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran butiran tulisannya. Oleh itu

pelajaran menulis sangat penting di sekolah.

Persoalan mengapa kita mengkehendakki pelajar-pelajar menulis di sekolah telah

ditegaskan oleh H. Douglas Brown ( 2001 ) bahawa di sekolah menulis adalah salah satu

cara menguasai kemahiran. Tanpa keupayaan untuk melahirkan keupayaan tersebut, kita

tidak akan berjaya dalam setiap pengujian. Pengujian yang bermula dari peringkat asas

persekolahan sehingga pelajar universiti. Selain itu, ia bettindak sebagai alat bagi

menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Sebagai

rumusannya, kemahiran menulis dalam bahasa Melayu yang dibincangkan tentang

literatur berkaitan di samping kajian dijalankan menjadi fokus utama kajian.

9
Tinjauan

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan Masalah

Pelajar Malaysia dikehendaki menguasai bahasa Melayu kerana bahasa ini amat penting

dalam kehidupan harian kita. Pelajar diwajibkan lulus bahasa Melayu dalam peperiksaan

dalaman sekolah, peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid

sekolah rendah serta Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) bagi murid sekolah menengah. Selain itu, sistem pendidikan di Malaysia juga

mewajibkan semua murid supaya lulus mata pelajaran bahasa Melayu. Salah satu syarat

yang penting bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ialah pelajar

mesti mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Murid-murid sekolah

dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dalam semua aspek iaitu perlu menguasai

tatabahasa dan juga harus mahir dalam penulisan bahasa Melayu. Jika tidak mereka

mungkin menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian.

Dalam aspek penulisan murid-murid dikehendaki menguasai kemahiran-kemahiran

seperti penulisan naratif, penulisan fakta, dan menguasai tanda baca yang meliputi tanda

noktah, tanda tanya, tanda seru, noktah bertindih, huruf besar dan sebagainya. Biasanya

guru-guru bahasa berasa tercabar dan kerap menghadapi masalah dalam pengajaran

kemahiran menulis. Ini kerana murid-murid agak sukar untuk memahami konsep

penulisan. Oleh itu, guru-guru bahasa dikehendaki menggunakan pelbagai teknik dan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan pemahaman murid dalam

10
bahasa Melayu iaitu dalam aspek kemahiran menulis. Guru-guru perlu bersedia untuk

memikul cabaran selaras dengan perubahan senario pendidikan era ini.

Di Malaysia, penulisan merupakan satu aspek pengajaran yang diberi penekanan dalam

kurikulum sekolah, terutamanya bagi tujuan menduduki peperiksaan. Walau

bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang memulakan alam persekolahan

mempunyai kemahiran menulis yang lemah. Guru perlu prihatin terhadap aspek

kelemahan yang dihadapi pelajarnya. Satu bentuk ujian penaksiran yang membolehkan

guru mengenal pasti kelemahan kemahiran menulis pelajar khususnya dari segi bentuk

tulisan, susunan huruf, dan ejaan dan sebagainya. Kelemahan-kelemahan itu perlu

diperbaiki oleh guru. Setelah memperoleh data tersebut, guru mengkaji punca-punca

masalah kelemahan kemahiran menulis dan merancang program bagi pelajar-pelajar

tersebut.

Sehubungan itu kajian perlu dibuat untuk melihat sejauh mana faktor-faktor yang menjadi

punca masalah menulis dikalangan murid tahun 3. Melalui penguasaan kemahiran

menulis yang baik, pelajar dapat mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang

tinggi seperti menganalisa, mengaplikasi dan menilai komunikasi.

11
2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam menulis

ayat berdasarkan gambar yang diberikan.Hasil refleksi didapati murid-muridi banyak

melakukan kesilapan apabila menulis ayat. Antara kesilapan yang sering diakukan oleh

murid iaitu :

1) Murid kekurangan idea dan tidak mengetahui konsep dalam membina struktur ayat

yang betul contohnya Saya makan. Ayat itu terlalu ringkas dan tidak mengikut teknik

SAD iaitu dalam pembinaan ayat semestinya mempunyai siapa, apa,di mana. Barulah

lengkap pembinaan ayat bagi murid tahun 3.

2) Murid lemah dalam penggunaan kata hubung dalam membina struktur ayat seperti

tidak meletakkan kata hubung sama ada perkataan di, ke, atau sebaliknya menyebabkan

struktur ayat menjadi tidak lengkap.

3) Murid menulis ayat menggunakan perkataan terbalik iaitu songsang contohnya

Ahmad bas menaiki. Ini juga menyebabkan struktur ayat menjadi tidak betul dan

lengkap.

Saya akan cuba membantu murid untuk mengatasi kelemahan yang dinyatakan di atas

agar murid dapat menulis struktur ayat dengan teknik yang betul . Saya yakin murid

boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka

menulis karangan dengan lebih baik. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih

mudah menulis karangan kelak.

12
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis

dalam membina ayat berdasarkan gambar yang diberi dengan cara betul di kalangan

murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Hulu Terengganu.

Objektif kajian ini secara khususnya adalah untuk:

a) Menulis struktur ayat berdasarkan gambar menggunakan teknik yang betul.

b) Meningkatkan kemahiran menulis struktur ayat yang betul dan lengkap.

3.2 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjawab 2 persoalan kajian seperti berikut yang dinyatakan

di bawah:

a) Bagaimanakah murid murid dapat menulis ayat mengikut teknik yang betul ?

b) Nyatakan kelemahan murid dalam menulis struktur ayat yang betul ?

3.3 Kepentingan Kajian

13
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauh mana program pendidikan bahasa

Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah berjaya melahirkan murid yang literat,

yakni bukan sekadar mengenal huruf dan angka, tetapi dapat menggunakan pengetahuan

dan kemahiran bahasa (khususnya menulis) untuk menyelesaikan masalah harian dalam

konteks formal dan tidak formal. Secara khusus, dapatan kajian juga turut menyediakan

maklumat tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah kebangsaan dalam

bahasa Melayu pada peringkat pendidikan asas, iaitu bahasa yang mendukung peranan

bahasa pengantar utama pendidikan atau bahasa ilmu.

Kepentingan kajian terhadap murid iaitu mereka dapat meningkatkan kemahiran dalam

membina ayat serta meningkatkan kemahiran penulisan dalam sesuatu ayat yang dibina.

Selain itu, murid dapat mengenalpasti kelemahan dalam sistem ejaan yang betul terutama

ejaan mengikut dialek kampung mahupun penggunaan huruf kecil dan huruf besar.

Melalui teknik yang diajar oleh guru, murid dapat mengaplikasikan teknik tersebut

terutama kepada murid yang kekurangan idea. Dengan ini, murid mendapat garis

panduan yang jelas dan memudahkannya membina struktur ayat yang betul berdasarkan

gambar yang telah diberikan.

Kepentingan kepada guru pula terhadap kajian yang dijalankan ialah memudahkan

pengajaran guru serta objektif pengajaran tercapai. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti

pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan murid berasa seronok untuk

mengikuti pengajaran guru. Selain itu, guru dapat meningkatkan prestasi markah murid di

14
dalam peperiksaan yang dijalankan. Manakala, kepentingaan terhadap panitia iaitu

peratus markah bahasa melayu meningkat dan melicinkan pengurusan panitia.

3.4 Definisi Operasional


Definisi Operasional yang digunakan dalam tajuk kajian ini seperti yang

dinyatakan di bawah :

3.4.1 Masalah
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ) perkataan ` masalah` bermaksud sesuatu yang

memerlukan penyelesaian atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Dalam kajian

ini masalah menjurus kepada faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan menguasai

kemahiran menulis di kalangan pelajar

3.4.2 Menulis
Menulis merupakan proses penghasilan simbil-simbol grafik yang disusun

berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi

ayat. Ayat-ayat disusun itu adakalanya panjang dan adakalanya pendek berdasarkan

beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf, dan bahan-bahan

bercetak .
Empat sebab mengapa kemahiran menulis diajar. Terdapat kecenderungan individu

belajar yang menguasai kemahiran membaca dan menulis, atau sebaliknya. Kedua,

bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar, kemahiran bagi meningkatkan kemajuan

penguasaan bahasa pelajar dan seterunya kepuasan kepada mereka. Ketiga, dapat

menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan secara tidak langsung dapat

mengelakkan perasaan jemu. Keempat, aktiviti secara formal dan tidak formal dapat

dijalankan serentak.

15
3.4.3 Murid Murid
Perkataan `murid-murid` adalah pelaku kepada perbuatan belajar, iaitu individu yang

sedang dalam jangka masa proses belajar, atau menimba ilmu dari seseorang atau

institusi pendidikan.

3.4.4 Tahun Tiga


Menurut Kamus Dewan (2005), perkataan ` tahun` bermaksud jangka waktu yang

lamanya dua belas bulan. Dalam kajian ini, perkataan ` tahun ` menerangkan tentang

umur murid. Murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada lingkungan murid

yang berumur 9 tahu

3.4.5 Kesimpulan Definisi Istilah


Kesimpulan definisi yang digunakan oleh penyelidik ialah masalah menguasai

kemahiran menulis dengan betul dalam kalangan pelajar lingkungan 9 tahun di

Sekolah Kebangsaan Tok Randok,Hulu Terengganu. Tahap kebolehan murid boleh

diukur melalui kebolehan menulis dengan baik dan kaedah yang lazim digunakan

oleh guru-guru untuk mengetahui faktor-faktor kelemahan.

3.5 BATASAN KAJIAN

Walaupun fenomena masalah yang dikaji adalah menyeluruh di seluruh tempat, kajian

ini hanya memfokuskan kepada bahasa Melayu dalam bidang pendidikan di negara ini

iaitu sekolah rendah. Kajian yang dimaksudkan ialah untuk mengenalpasti masalah

kemahiran menulis di kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian dilakukan terhadap pelajar

sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar tahun tiga. Kajian hanya dilakukan di

sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Kawasan atau kajian kes hanya dilakukan di

16
Hulu Terengganu. Sekolah ini berada di kawasan luar bandar dan sebuah sekolah terpilih

sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Kajian dilakukan di Sekolah Kebangaan Tok Randok, Hulu Terengganu. Seramai

4 orang pelajar dipilih di samping guru bahasa Melayu tahun tiga. Kaedah kajian

mengunakan skop kajian sampel, kaedah dan dapatan kajian. Skop kajian meliputi dua

jenis kesilapan menulis yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar. Sampel diambil

daripada 4 pelajar tahun tiga. Kaedah pengumpulan data hanya melalui pemerhatian

kepada pelajar-pelajar secara individu semasa menulis. Prosedur pengumpulan data

dilakukan dengan dua cara iaitu kuantitatif ( praujian dan pascaujian ) . Dapatan kajian

hanya boleh dirumuskan kepada pelajar-pelajar tahun tiga yang dikaji dan bukan

keseluruhan pelajar-pelajar tahun tiga. Manakala kajian ini akan dijalankan secara

berterusan selama 10 jam dalam tempoh 3 minggu.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid terpilih sebagai responden kajian saya iaitu seramai 4 orang murid dari Tahun 3

Bestari. 2 oarang murid lelaki dan 2 orang murid lelaki. Nama dinyatakan di bawah

bukanlah nama sebenar.

Bil Nama Murid Jantina


1. Ahmad Syukri Lelaki
2. Mohamad Jailani Lelaki
3. Jamilah Perempua

n
4. Kamariah Perempua

17
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 .1 Pelaksanaan Perancangan Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji masalah kemahiran menulis di

kalangan pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Hulu Terengganu selepas

melalui aktiviti pembelajaran. Kajian ini akan dijalankan menggunakan kaedah

pascaujian. Saya percaya bahawa reka bentuk Pascaujian adalah pilihan terbaik untuk

mengkaji masalah kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Kajian ini

akan dijalankan selama 10 jam berterusan selama 3 minggu. Setelah selesai pemerhatian

pembelajaran di dalam bilik darjah, guru akan menjalankan pascaujian kepada murid

tersebut. Tujuannya adalah untuk menilai aras kemahiran menulis para pelajar.

Selama 3 minggu guru membuat pemerhatian dan mengecam aktiviti penulisan ketika

sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah selesai menjalankan pemerhatian selama 3

minggu , ujian bertulis (pascaujian) disediakan dalam bentuk ujian. Dalam soalan ujian

bentuk soalan terdiri daripada menulis huruf pada lembaran kerja. Masa yang

diperuntukan selama 30 minit.

5.1.2 Tindakan

18
Langkah-langkah yang akan dijalankan adalah seperti yang berikut :

a). Ujian bertulis disediakan dalam bentuk ujian. Dalam soalan ujian bentuk soalan terdiri

daripada menulis huruf pada lembaran kerja. Masa yang diperuntukkan untuk menilai

tahap penguasaan selama 30 minit

b). Semua skor daripada pascaujian akan direkodkan dalam pengkalan data komputer

yang dipilih. Semua skor markah pelajar menggunakan skala Likert Lima Mata iaitu

Sangat Tidak Menguasai (1), Tidak Menguasai (2), Kurang Menguasai (3), Menguasai (4)

dan Sangat Menguasai (5) bertujuan memudahkan guru mengenal pasti tahap kemahiran

menulis pelajar.

Abu Bakar (1995) menjelaskan bahawa skala Likert mengadaikan jarak yang

sama anatara satu skala dengan skala yang berikut. Perincian skala ini boleh

diinterpretasikan seperti dalam jadual berikut:

JADUAL 1 : Perincian dalam slaka Likert

SKALA INTERPRETASI SKALA


1 Sangat tidak menguasai 04
2 RTidak menguasai 59
3 Kurang menguasai 10 12
4 Menguasai 13 15
5 Sangat menguasai 16 19

c). Memprogramkan komputer supaya memberikan kekerapan bagi setiap skor yang

dimasukkan agar tiada kesilapan dalam kemasukan data dan penggiraan skor.

19
5.1.3 Pemerhatian

Selain itu juga, saya akan membuat pemerhatian secara langsung kepada setiap murid

yang menjadi input untuk kajian ini. Setiap responden diuji secara individu oleh

penyelidik selama 10 minit. Responden menulis sambil duduk di atas kerusi. Mereka

menggunakan pensel untuk menulis di atas kertas yang bergaris. Responden diminta

menulis beberapa huruf dan kemudiannya menulis satu ayat ringkas. Pergerakan

responden ketika menulis akan dicatat.

5.1.4 Refleksi

Daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan. dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti . Hasil

kajian menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya

dalam penulisan melalui membina ayat yang dikuasai . Saya berasa puas hati dengan

perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk

menggalakkan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan minat serta

memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan oleh guru untuk difahami

oleh murid.

20
5.2 PROSEDUR TINDAKAN

1. Temubual

2. Pemerhatian

3. Analisis Dokumen

4. Tinjauan

5. Penilaian

6. Refleksi

21
5.2 JADUAL PELAKSANAAN

BIL PERKARA TARIKH CATATAN


1. Temubual diadakan untuk meneroka September 2015

dan memperoleh maklumat secara

mendalam
2. Pemerhatian Oktober 2015

3. Analisis dokumen melalui lembaran November 2015

kerja atau kertas peperiksaan


4. Tinjauan untuk memperolehi data November 2015

5. Penilaian Januari 2016

6. Refleksi Februari 2016

6.0 Cara Pengumpulan Data

22
Pencapaian markah pra ujian dan pasca ujian di ambil bagi pengumpulan data. Dapatan

secara lisan dari temubual ataupun temuramah dengan responden kajian juga dijadikan

bahan pengumpulan data. Dapatan kajian ini amat penting bagi guru-guru Bahasa Melayu

di Malaysia kerana dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu menambahbaikkan lagi

kaedah pengajaran mereka. Dapatan kajian adalah berlandaskan soalan kajian yang telah

ditetapkan.

Sekolah yang terpilih untuk dijalankan kajian ini ialah Sekolah Kebangsaan Tok Randok,

Ajil, Hulu Terengganu. Sekolah ini mula beroperasi semenjak tahun 2000, ianya terletak

2 km dari mukim Ajil. Terdapat 245 orang murid yang terdiri daripada 100 % murid

Melayu). Setiap Tahun mempunyai 2 kelas kecuali tahun 1. Ini bermakna semuanya

mempunyai 11 kelas.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Randok dikenali sebagai En. Marzilaini b.

Mohamad merupakan seorang guru besar yang hebat dan aktif di Hulu Terengganu.

Beliau memimpin seramai 24 orang guru yang terdiri daripada 6 guru leleaki dan 18 guru

perempuan. Semasa menjalankan kajian, penyelidik dibantu oleh seorang guru Bahasa

Melayu yang mempunyai kelayakan dalam opsyen Bahasa Melayu dan mempunyai

pengalaman mengajar selama 22 tahun serta mempunyai ijazah sarjana. Beliau

bertanggungjawab sebagai guru pemulihan dan seorang yang berdedikasi dalam

tugasnya.

23
Majoriti daripada murid-murid ini tidak berkesempatan dan berpeluang untuk

mempraktikan kemahiran dan pengetahuan yang mereka perolehi dalam matapelajaran

Bahasa Melayu kerana latarbelakang mereka yang tidak mendedahkan mereka kepada

kepentingan mengetahui tentang kepentingan Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan

mereka sendiri. Pengalaman sedia ada mereka dalam bidang Bahasa Melayu sangat-

sangat terbatas. Majoriti daripada murid merasakan bahawa Bahasa Melayu adalah

bahasa pertuturan harian mereka yang tidak perlu dipelajari secara mendalam tetapi

mereka masih boleh menggunankannya dalam komunikasi harian. Oleh itu, motivasi diri

dan keinginan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu adalah rendah di

kalangan murid-murid ini atas faktor yang telah dinyatakan.

6.1 Profil Responden

Responden kajian adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada murid-murid kelas

Tahun 3 Bestari Sekolah Kebangsaan Tok Randok. Disebabkan oleh kekangan masa

pemilihan responden dipilih bagi murid pemulihan melalui guru pembimbing iaitu 2

orang lelaki dan 2 orang murid perempuan . Responden yang berjumlah 25 orang adalah

terdiri daripada 10 orang murid perempuan dan 15 orang murid lelaki . Dari jumlah 25

orang tersebut, penyelidik telah memilih 4 orang murid sebagai responden yang akan

dijadikan kajian sepenuhnya dan juga akan ditemubual. Hasil dapatan adalah merupakan

data kajian ini.

Bilangan responden yang menjadi pemerhatian sepenuhnya ini adalah kecil iaitu seramai

4 orang sahaja kerana kekangan masa tetapi penyelidik percaya bahawa data kualitataif

akan dapat menyokong data kuantitatif dalam kajian ini.

24
Daripada 4 orang responden yang terpilih, 2 orang merupakan murid perempuan dan 2

orang merupakan murid lelaki dari tahun 3 Bestari . Purata umur responden ialah 9 tahun

dan aras kemahiran penulisan adalah diaras pencapaian sederhana.

JADUAL 1. jadual responden bagi program intervensi dan juga sesi temubual

KUMPULAN LATARBELAKANG KEKERAPAN JUMLAH (%)

PROGRAM JANTINA

INTERVENSI LELAKI 10 40

PEREMPUAN 15 60

JUMLAH 25 100

TEMUBUAL JANTINA

LELAKI 2 50

PEREMPUAN 2 50

JUMLAH 5 100

7.0 Analisis dan Interprestasi Data

25
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa program intervensi selama 10 jam ini

memberikan kesan ke atas pencapaian murid di dalam pasca ujian. Sekiranya program

intervensi ini berjaya, mestilah terdapat perbezaan yang signifikan diantara purata pra

ujian dan purata pasca ujian. Dapatan data kajian haruslah membuktikan bukti yang

signifikan berkaitan dengan penyataan masalah yang telah dinyatakan dalam bab yang

terdahulu.

7.1 Soalan kajian Pertama : Adakah murid-murid menulis ayat mengikut

kaedah yang betul ?

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian

dijalankan muris kekurangan idea dan tidak tahu cara yang betul dalam membina ayat. Ini

menyebabkan murid tidak memberi respons semasa pengajaran guru. Selepas guru

menerangkan teknik membina ayat menggunakan kaedah SAD ( siapa, apa, di mana )

barulah murid faham cara menulis ayat yang betul. Namun begitu, terdapat beberapa

masalah di dalam penulisan mereka dalam membina struktur ayat.

Dapatan kajian bagi soalan kajian pertama ini adalah berdasarkan permasalahan yang

telah digubal untuk dikaji iaitu :

i) Perkataan yang ditulis terlalu rapat di antara satu sama lain.

ii) Pembalikan huruf atau perkataan yang hampir sama

26
iii) Menulis huruf atau perkataan yang hampir sama. .

iv) Masalah tulisan kotor atau comot

v) Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

vi) Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

vii) Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan.

viii) Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

viiii) Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

x) Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Bil Responde K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 K9 K10

n
1 R1
2 R2
3 R3
4 R4

Rajah 1 : Masalah Kesilapan menulis

Berdasarkan data dapatan kajian yang dijalankan berlandaskan 10 item kecuaian tersebut

adalah didapati bahawa murid lebih banyak dalam menulis huruf yang yang tidak betul/

sama. Ini bermakna bahawa kesilapan penulisan murid bukanlah tidak mengikut teknik

yang betul tetapi dari segi penulisan menyebabkan markah mereka banyak di potong

akibat banyak kesalahan ejaan yang dilakukan . Kesalahan penulisan murid boleh di lihat

dalam (lampiran 1 )

7.2 Soalan Kajian Ke dua: Apakah masalah-masalah kemahiran menulis yang

terdapat dikalangan pelajar?

27
Bagi menjawab soalan kajian ke 2 ini, diagnosis telah dijalankan berdasarkan Kertas Pra

Ujian dan Pasca Ujian. Hasil Diagnosis menjadi bukti dapatan kajian bagi soalan ke dua

ini. Siri Diagnosis adalah seperti berikut:

Bil Responde K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 K9 K10

n
1 R1
2 R2
3 R3
4 R4
F 2 1 2 2 1 3 2 1 2 2

Petunjuk Kemahiran :

K1 : Perkataan yang ditulis terlalu rapat di antara satu sama lain.

K2 : Pembalikan huruf atau perkataan yang hampir sama

K3 : Menulis huruf atau perkataan yang hampir sama.

K4 : Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

K5 : Masalah tulisan kotor atau comot

K6 : Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul

K7 : Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan.

K8 : Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

K9 : Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya

K10 : Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

F = Frenkuasi / Kekerapan

28
Dapatan kajian telah mengenalpasti masalah-masalah dalam kemahiran menulis di

kalangan murid tahun tiga seperti yang tertera di atas. Namun begitu, antara masalah

yang sangat ketara bagi kemahiran 6 iaitu bentuk huruf yang tidak jelas /tepat / betul.

Masalah ini dialami oleh responden dengan kekerapan 3 / 4 bersamaan 75%.

Manakala bagi kemahiran ke 1, 3, 4, 7, 9 dan 10 pula ianya mencapai peratusan sebanyak

50% dimana 2 daripada 4 orang responden melakukan kesalahan di item ini yang mana

ianya menjadi masalah kedua tertinggi yang dihadapi oleh murid-murid. Kemahiran-

kemahiran bagi item tersebut yang menjadi masalah bagi murid-murid adalah menulis

perkataan yang terlalu rapat,.pembalikkan huruf, iaitu huruf yang hampir sama,bentuk

huruf di tulis condong,menulis tanpa mengikut garisan, huruf di tulis tidak mengikut

posisi dan menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Item ke 2, 5 dan ke 8 pula menduduki tempat ke 3 dalam senarai masalah yang dihadapi

oleh murid. Dengan kekerapan sebanyak 1/ 4 dan peratusan sebanyak 25% murid-murid

didapati menghadapi masalah menulis secara pembalikkan huruf, masalah tulisan kotor

dan comot, kesilapn menulis huruf kecil dan besar..

Graf bagi Masalah-masalah dalam kemahiran menulis di kalangan murid-murid SK Tok

Randok adalah seperti di yang tertera di mukasurat berikutnya.

29
PERATUS
80

70

60

50

PERATUS
PERATUS 40
30

20

10

0
K1 K2 K3 K4 K5 K6 K7 K8 K9 K10

MASALAH

RAJAH 2 : Masalah Yang Dihadapi Pelajar

30
7.3 Soalan kajian ke 3 : Adakah faktor kelemahan dalam kemahiran menulis

melibatkan tahap pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu Penulisan?

Soalan kajian ketiga ini adalah untuk mengukur sejauh mana faktor kelemahan dalam kemahiran

menulis melibatkan tahap pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu Penulisan. Ianya diukur

melalui pencapaian dalam pra ujian dan pasca ujian yang telah dijalankan dalam kajian ini. Pra

Ujian dijalankan sebelum pelajar diberikan pemulihan dalam masalah kemahiran menulis

manakala Pasca Ujian dijalankan setelah pelajar diberikan pemulihan dalam kemahiran menulis.

Ini dilakukan untuk mendapatkan bukti yang kukuh bahawa faktor kelemahan dalam kemahiran

menulis melibatkan tahap pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu penulisan. Jadual di bawah

menunjukkan pencapaian responden di dalam pra ujian dan pasca ujian yang telah dijalankan

JADUAL 2 : PENCAPAIAN PRA UJIAN DAN PASCA UJIAN

RESPONDEN PRA GRED PASCA GRED PENINGKA

UJIAN UJIAN TAN (%)


1 44 C 58 C 31.8
2 50 C 60 B 20.0
3 54 C 66 B 22.2
4 44 C 58 C 31.8

Jadual 2 menunjukkan pencapaian (Skor) responden di dalam format markah dan juga gred di

dalam pra ujian dan pasca ujian. Ia menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian

responden.
Ia juga menggambarkan pencapaian individu dalam kedua-dua ujian. Markah minima di dalam

pra ujian ialah 44 manakala markah minima bagi pasca ujian ialah 58. Nilai maksima bagi pra

ujian ialah 54 dan nilai maksima bagi pasca ujian ialah 66. Data membuktikan peningkatan

dalam markah maksima pasca ujian.

PERBANDINGAN MARKAH UJIAN

70

60

50

40
PRA
MARKAH PAS

30

20

10

0
1 2 3 4

RESPONDEN
8.0 DAPATAN KAJIAN.

Berdasarkan kepada dapatan dan kesimpulan kajian ini, saya ingin mengutarakan cadangan

kepada pihak terbabit agar dapat mengaplikasikan faktor-faktor kelemahan pelajar dalam

kemahiran menulis khususnya dalam membina struktur ayat berdasarkan gambar dan juga

mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar bagi merancang strategi pengajaran

yang dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran Bahasa Melayu Penulisan.

Penyelidik berpendapat bahawa menguasai kemahiran penulisan dalam bahasa Melayu akan

turut meningkatkan kemahiran murid dalam pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan itu,

mengenalpasti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh pelajar dan merancang strategi

pengajaran yang bijak adalah merupakan cara yang terbaik untuk mencapai matalamat tersebut.

Program kajian ini telah direkabentuk untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam kemahiran menulis dan menggalakkan pula para pendidik untuk menjalankan

langkah-langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa

input yang signifikan kepada guru-guru tentang pentingnya kesedaran tentang masalah-masalah

dalam kemahiran menulis dikalangan pelajar yang mana ianya membantu guru untuk merancang

pengajaran yang akan membantu pelajar untuk menguasai kemahiran penulisan.

Seperti yang telah diketahui matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk

melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan

semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:

mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan

sehari-hari;

bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan

bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;

menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan

pengetahuan dan hiburan;

menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;

memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan

menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli

masyarakat yang berbilang keturunan.

Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah

seharusnya menekankan langkah-langkah mengatasi masalah dalam kemahiran menulis dalam

pengajaran Bahasa melayu Penulisan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu

dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk
menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada langkah-langkah mengatasi masalah,

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar serta strategi mengajar yang dapat

merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

Justeru, dalam mencapai aspirasi yang dihasratkan, kajian ini telah menyediakan ruang bagi para

guru untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran Bahasa Melayu Penulisan,

malah kaedah pembelajaran yang mengambilkira masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar

dalam kemahiran menulis ini merupakan cara yang terbaik malah ianya tidak memerlukan kos

yang tinggi untuk menjalankannya.

Penyelidik berpendapat sebelum kajian ini dijalankan, kualiti pengajaran Bahasa Melayu

khususnya dalam penulisan boleh dikatakan kurang memuaskan pada kerana sebahagian besar

tenaga pengajar Bahasa Melayu yang terlibat tidak mencuba untuk untuk mengkaji terlebih

dahulu masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam kemahiran menulis sebelum merancang

pengajarannya, disamping banyak alat bantu mengajar yang dibekalkan oleh Kementerian

Pelajaran pada 1983 telah usang dan jarang sekali diganti dan ini menjejaskan pengajaran guru.

Kajian ini telah dapat menambahbaikkan aras pengajaran Bahasa Melayu Penulisan.

Perancangan Pengajaran dengan mengaplikasikan terlebih dahulu masalah-masalah dalam

kemahiran menulis telah dapat meningkatkan kecekapan murid sekali gus telah juga dapat

menghapuskan salah anggapan dikalangan murid-murid dan juga guru-guru bahawa Bahasa

Melayu Penulisan adalah matapelajaran yang sukar.


8.1 Rumusan Dapatan Kajian

Rumusan dapatan kajian membuktikan bahawa kajian yang telah dijalankan telah memberikan

kesan yang positif iaitu pengajaran dan pembelajaran yang menimbangkan masalah-masalah

dalam kemahiran menulis terlebih dahulu telah memberikan kesan yang signifikan terhadap

pencapaian murid dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu Penulisan. Tidak dapat

dipertikaikan bahawa data yang diperolehi secara kualitatif dan diagnosis adalah bukti yang

kukuh kejayaan kajian ini.

Markah yang diperolehi dari kedua-dua ujian membuktikan bahawa terdapat peningkatan

pencapaian kemahiran Bahasa Melayu Penulisan dikalangan murid-murid setelah masalah-

masalah dalam kemahiran menulis diatasi. Tambahan pula, dapatan data diagnosis menerangkan

dengan tepat tentang masalah-masalah tersebut. Guru-guru yakin dan percaya bahawa kajian ini

telah membantu mereka dalam merancang pengajaran yang efektif untuk memastikan pelajar

dapat menguasai kemahiran membina struktur ayat dalam bahasa melayu penulisan.

Dari siri diagnosis yang dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa masalah-masalah yang paling

ketara telah dapat dikenalpasti dan guru juga murid-murid telah mempunyai motivasi diri yang

tinggi dan lebih yakin untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menguasai

kemahiran penulisan dalam matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Pelajar juga telah

mencapai gred pencapaian yang lebih baik berbanding pencapaian mereka sebelum menjalani
program intervensi. Mereka benar-benar yakin bahawa kajian ini telah membantu mereka

menguasai kemahiran penulisan dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

Ringkasnya, Kajian Berasaskan Sekolah ini adalah telah berjaya. Ianya telah membuktikan

bahawa dengan mengenalpasti masalah-masalah dalam kemahiran menulis akan dapat membantu

guru merancang strategi pengajaran yang berkesan lantas telah membantu murid-murid untuk

lebih memahami dan menguasai kemahiran membina struktur ayat berdasarkan gambar.

Kajian ini telah berjaya atas beberapa faktor. Pertama, responden telah didedahkan sepenuhnya

dengan aktiviti menulis. Kajian ini telah dijalankan setiap hari selama 10 jam dan mereka juga

telah ditaklimatkan tentang kajian ini, oleh itu mereka telah benar-benar bersedia secara fizikal

dan mental untuk menjalani prose pembelajaran seperti biasa bersama penyelidik.

Selain daripada itu, responden juga telah berpeluang untuk melakukan banyak latihan menulis

tanpa rasa tertekan kerana penyelidik telah menjelaskan tentang keperluan latihan menulis ini

kepada mereka. Jadi, pemahaman mereka lebih mendalam kerana pengalaman sebenar dapat

dipraktikkan.

Tambahan pula, kumpulan kajian adalah terdiri daripada murid-murid yang ghairah untuk

belajar. Justeru, penyelidik tidak menghadapi masalah dari segi kawalan kelas kerana kesemua

respoden bersemangat untuk belajar dan sentiasa menumpukan perhatian.


Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kesilapan yang

dilakukan oleh murid-murid semasa menulis bermula dari

memegang alat tulis sehingga kepada menghasilkan perkataan dan ayat. Kebimbangan timbul

kerana jika tanda-tanda yang terdapat pada murid-murid

diabaikan atau tidak diberi perhatian wajar, kemungkinan masalah akan menjadi

rumit. Tanda-tanda yang berlarutan akan menyebabkan murid-murid mungkin

mengidap dysgraphia (severe problem with handwriting/ handwriting illness).

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid melakukan kesilapan

dalam menulis. Kajian lalu menunjukkan terdapat dua faktor utama yang

menyumbang kepada masalah menulis di kalangan kanak-kanak, iaitu faktor

dalaman dan faktor luaran. Contoh faktor luaran ialah prosedur pengajaran

dan bahan yang digunakan untuk menulis (Carlson & Cunningham, 1990).

Faktor dalaman pula lahir dalam diri murid-murid sendiri, contoh kemahiran motor visual dan

persepsi visual kanak-kanak, kesedaran kinestetik, keupayaan merancang pergerakan motor yang

baru (Berninger & Rutberg, 1992; Case-Smith & Pehoski, 1992). Mengikut Stout (1998)

perkembangan motor halus berkembang agak perlahan berbanding motor kasar dan budak lelaki

mengalami perkembangan motor halus yang lebih perlahan daripada budak perempuan.

Faktor kognisi seperti perhatian, tumpuan, memori dan kesediaan juga sering dibincangkan oleh

penulis, boleh mempengaruhi kebolehan menulis (Moore & Law, 1990) Murid-murid mungkin

tidak diberi panduan yang betul atau kurang bimbingan atau kurang penekanan diberi kepada

aspek menulis. Guru kurang perihatin kepada setiap orang murid ketika menulis menyebabkan
kesilapan-kesilapan yang dilakukan berterusan dan menjadi tabiat yang kurang baik kepada

murid-murid. Tulisan murid-murid lelaki lebih teruk berbanding murid-murid perempuan.

Pembentukan huruf yang tidak sempurna menyebabkan tulisan mereka bukan sahaja buruk tetapi

juga sukar dibaca. Kemahiran menulis secara mekanis memerlukan pendekatan pengajaran yang

sistematik kerana pendekatan pengajaran yang sistematik bukan sahaja memudahkan pengajaran

tetapi juga memudahkan pembelajaran. Murid-murid yang diajar menulis dengan cara yang betul

akan merasa selesa dan seronok untuk menulis. Murid-murid tidak sepatutnya dibiarkan

mengekalkan tabiat yang tidak baik ketika menulis sehingga mereka meningkat dewasa.

Intervensi pada peringkat awal membantu mengatasi masalah itu daripada berlarutan

Maklumat daripada kajian boleh memberi input berkesan kepada pendidik dan

Bahagian Pendidikan Guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran menulis secara

berkesan pada peringkat awal persekolahan khususnya.

Penguasaan kemahiran menulis tidak sempurna di kalangan murid-murid yang mengikuti

persekolahan mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang telah dinyatakan. Oleh itu beberapa

langkah seperti berikut perlu diambilkira.

Guru pelatih perlu diberi pendedahan untuk mengajar menulis dengan

kaedah yang betul dan sistematik. Kurikulum sekolah juga perlu lebih spesifik dan menjurus

kepada kemahiran menulis kerana aspek ini sering diabaikan berbanding kemahiran membaca

dan mengira. Salah satu komponen dalam program transisi pada Tahun Satu perlu menumpukan

kepada kemahiran menulis secara mekanis supaya murid dapat menguasai kemahiran ini
sebelum pengajaran sepenuhnya dijalankan.

8.2 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian telah membuktikan bahawa, mengenalpasti masalah-masalah dalam kemahiran

menulis dan merancang langkah-langkah mengatasinya adalah merupakan satu perkara yang

tidak dapat dipertikaikan lagi demi untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pencapaian responden

meningkat kerana pemahaman yang lebih mendalam tentang kemahiran menulis yang amat

diperlukan dalam Bahasa Melayu Penulisan dan juga kerana terbinanya tahap keyakinan diri

yang tinggi.

Kajian ini sangat berguna kerana ia menawarkan cara yang berkesan bagi guru-guru yang selama

ini menghadapi jalan buntu untuk meningkatkan kemahiran menulis dikalangan pelajarnya.

Kaedah pembelajaran yang memfokuskan kepada meningkatkan kemahiran menulis dapat

dirancang berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenalpasti dan ini telah dapat memenuhi

keperluan pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.

Ramai pelajar merasa kecewa dan tidak berminat lagi untuk belajar Bahasa Melayu Penulisan

kerana sebelum ini mereka merasakan ianya sesuatu yang amat sukar. Inilah yang telah

menghancurkan semangat mereka untuk belajar Bahasa Melayu Penulisan. Bagaimanapun, jika

para pendidik telah mengenalpasti masalah-masalah yang mereka hadapi dan menjalani

pengajaran yang dapat menghapuskan masalah tersebut ianya akan dapat memecahkan

kebuntuan guru dan juga pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Ianya juga adalah lebih

baik dan berkesan daripada kaedah tradisional yang selama ini dijalankan iaitu kaedah bercakap
dan kapur tulis. Ianya lebih berjaya pelajar untuk lebih aktif, bekerjasama, menarik dan

menyeronokkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa hasil daripada kajian ini menuntut kepada usaha guru yang lebih

kreatif , tekun dan lebihan masa dari guru turut perlu guru korbankan. Ianya satu kaedah langkah

demi langkah yang memerlukan masa yang panjang tetapi akan menunjukkkan pencapaian yang

positif. Malangnya, masa sering tidak memihak kepada guru kerana guru terikat dengan masa

untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Guru juga terhad untuk memilih

bahan daripada sukatan yang telah ditetapkan tersebut. Akibatnya, niat murni guru untuk

memantapkan lagi kemahiran menulis di kalangan pelajarnya dan menambahbaikkan proses

pengajaran Bahasa Melayu Penulisan ini sering terbantut.

Kesimpulannya, kajian tentang masalah-masalah kemahiran menulis dikalangan pelajar ini

tetap merupakan salah satu kajian yang terbaik dan terbukti telah dapat meningkatkan usaha

guru untuk mengatasi masalah tersebut dengan menjalankan pengajaran kemahiran penulisan

secara lebih efektif dan dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Bahasa

Melayu Penulisan di kalangan murid-murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tok Randok.

9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada batasan-batasan

ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan :


Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan hanya pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Tok

Randok sahaja. Soal selidik, diagnosis, pra ujian dan pasca ujian hanya melibatkan kumpulan

yang kecil sahaja. Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang ciri-ciri responden yang

lebih luas, satu kajian dengan responden yang merangkumi semua peringkat pelajar boleh

dilakukan. Kajian perbandingan yang melibatkan dua atau lebih sekolah yang melibatkan jenis

respoden dengan bilangan yang lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh

mencapai kajian pada peringkat lebih besar yang bersepadu yang mana hasilnya amat

bermanafaat untuk golongan pelajar dan juga pendidik.

Satu kajian hubungan sebab dan akibat ( Causal Study) untuk mengukur kesan faktor sosio

ekonomi responden yang berbeza-beza terhadap program intervensi ini juga turut dicadangkan.

Memandangkan kajian ini telah dijalankan dari kumpulan yang sama (homogenous )

latarbelakangnya iaitu dari sekolah pinggir bandar, adalah lebih baik jika kajian yang mendatang

dijalankan ke atas responden yang berlainan latarbelakangnya (heterogeneous ), samada

melibatkan dari kawasan bandar, kotaraya ataupun kawasan pendalaman. Ini akan memberikan

dapatan kajian yang lebih terperinci dan menyeluruh hasil dari kajian permasalahan dalam

kemahiran menulis ini.

Usaha juga patut dilakukan untuk mengkaji kesan kajian program intervensi yang sama ke atas

responden yang berbeza tahap kematangannya ataupun aras umurnya. Dicadangkan kajian yang

sama dijalankan ke atas responden yang berbeza umurnya ataupun berdasarkan tahun responden

berada di alam persekolahan. Ini sekali lagi akan membenarkan penyelidik memberikan

gambaran yang lebih jelas tentang dapatan kajian ini.


Meningkatkan lagi kajian dan skala sampel pelajar ke peringkat daerah dan juga negeri.

Peningkatan skala sampel pelajar yang besar ke peringkat daerah dan negeri akan menguatkan

lagi hasil kajian program intervensi yang telah dijalankan. Ianya juga telah diketahui umum

bahawa jumlah sampel responden yang lebih besar akan menjamin kepada keesahan dan

reliabiliti kajian tersebut. Ini akan menjadikan kajian tersebut lebih kepada kajian di peringkat

nasional / negara. Adalah baik permasalahan dalam kemahiran menulius ini dikaji pada peringkat

yang lebih tinggi supaya dapat mengukur keberkesannya ke atas sampel yang pelbagai.

Kajian patut dijalankan dalam jangkamasa yang lebih panjang dan lama. Masa mempengaruhi

keputusan hasil kajian. Adalah sangat benar bahawa faktor masa memainkan peranan yang

sangat penting dalam mendapatkan keputusan kajian. Adalah sangat baik sekiranya kajian

dijalankan dengan lebih lama kerana in akan membenarkan penyelidik lebih memahami dan

mengenali responden disamping lebih lama dapat memerhatikan tindakbalas responden.

Dicadangkan juga kajian dijalankan ke atas permasalahan yang lain dalam pelajaran Bahasa

Melayu. Ini untuk mengukur tahap implikasi permasalahan tersebut dalam prestasi Bahasa

Melayu. Dapatan kajian ini akan menjadi garis panduan bagi para pendidik dalam menjalankan

sessi pengajaran mereka kelak.

Kajian dicadangkan juga agar melibatkan gabungan antara permasalahan yang timbul dan cara

mengatasinya supaya dapatan kajian akan menunjukkan pencapaian yang lebih


memberangsangkan. Hasilnya para pendidik akan menjadi lebih kreatif dalam pengajaran

mereka.

Penggunaan teknologi terkini seperti bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia

interaktif dalam pendidikan Bahasa Melayu perlu dilipatgandakan supaya ilmu pengetahuan

dalam bidang Bahasa Melayu terutama isu-isu aspek kemahiran menulis tidak terbelakang atau

ketinggalan. Hal ini juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT

dalam sektor pendidikan. Untuk itu jawatankuasa kerja perlu dibentuk dikalangan guru-guru

berkaitan bagi menghasilkan lebih banyak bahan Bantu Mengajar Multimedia dalam pendidikan

muzik seperti CD-ROM interaktif dan kaedah E-Pempbelajaran untuk membantu meningkatkan

kemahiran matapelajaran Bahasa Melayu Penulisan di kalangan pelajar-pelajar. Buat permulaan

jawatankuasa ini boleh beroperasi di semua Pusat kegiatan Guru yang ada disetiap daerah.

Guru-guru Bahasa Melayu harus lebih menumpukan kepada perancangan penulisan objektif

pengajaran, masa dan aktiviti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Begitu juga Pensyarah Bahasa Melayu hendaklah menitikberatkan tentang kemahiran kaedah

pengajaran menulis terutama dalam membina struktur ayat berdasarkan gambar yang berbagai

dan pembinaan alat bantu mengajar serta menggalakkan unsur-unsur inovasi dalam rekaan alat

bantu mengajar mereka. Ini dapat membantu guru terlatih membuat pengubahsuaian bantu yang

sepatutnya dikehendaki.

10. RUMUSAN
Data yang telah didapati membuktikan bahawa mengkaji permasalahan dalam kemahiran

menulis dan melakukan pemulihan segera ke atas permasalahan tersebut boleh meningkatkan

kemahiran membina struktur ayat berdasarkan gambar Bahasa Melayu dikalangan pelajar. Dari

soal selidik dan pemerhatian, didapati bahawa pelajar sangat seronok dan berminat dengan

pelajaran yang disampaikan. Ianya telah membentuk satu sikap positif di kalangan pelajar

terhadap pelajaran Bahasa Melayu khasnya mempelajari aspek membina struktur ayat

berdasarkan gambar. Dapatan kajian ini sangat berguna bagi semua para pendidik yang

sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas yang sememangnya

menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka.

Keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini mendapati kefahaman murid dalam

mempelajari kemahiran membina struktur ayat berdasarkan gambar adalah tinggi. Tahap amalan

pelaksanaannya juga tinggi. Namun, tahap amalannya dari perspektif pelajar pula adalah

sederhana. Hal ini mungkin disebabkan wujudnya kekangan dan beberapa aspek yang memberi

kesan kepada amalan menggunakan pembelajaran untuk memulihkan kemahiran menulis

tersebut seperti faktor sikap dan prinsip guru itu, prasarana, pentadbir, masyarakat dan lain-lain.

Namun begitu, strategi mengkaji permasalahan dan malakukan pemulihan dalam dalam

pengajaran Bahasa Melayu Penulisan terutamanya di kawasan luar bandar amat perlu

diteruskan bagi menjamin prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Melayu penulisan setanding

dengan pelajar di kawasan bandar sekali gus membantu misi negara untuk melahirkan

masyarakat yang celik ilmu dan menghargai bahasa Kebangsaan negaranya sendiri.
RUJUKAN

Abbott, R. (1992). Lower-level developmental skills in beginning


writing. Reading and Writing: An Interdisciplinary Journal, 4, 257-280.

Abu Bakar Nordin . 1995 .Penilaian Afektif. Kajang : MASSA Enterprise.

Berninger, V., Yates, C., Cartwright, A., Rutberg, J., Remy, E., &
Carlson, Kathy, & Cunningham, Jo Lynn. (1990). Effect of pencil diameter
on the graphomotor skill of preschoolers. Early Childhood Research
Quarterly, 5(2), 279-293.

Case-Smith, Jane, & Pehoski, Charlane (Eds.). (1992). Development of


hand skills in the child. Bethesda, MD: American Occupational Therapy
Association.

Deborah Marr, Mary-Margaret Windsor, & Sharon Cermak, Handwriting


Readiness: Locatives and Visuomotor Skills in the Kindergarten. Year
Spring 2001
Volume 3 Number 1

Levine, M.D. (1987). Developmental Variation and Learning Disorders.


Educators Publishing Service, Inc.: Cambridge, Massachusetts.

Levine, M.D. (1994). Educational Care: A System for Understanding and


Helping Children with Learning Problems at Home and in School.
Educators .Publishing Service, Inc.: Cambridge, Massachusetts.

Lucas, F (1980) translated in Osley, Scribes and Sources, Godine, Boston

Waty M.Nor . 2006 . Jangan Abaikan Tulisan Pelajar. Majalah Pendidik, Januari 36 37

Dewan Dan Bahasa Pustaka . 1992 . Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Dr. Leon James . 1969 . Measuring foreign language aptitude and antitude (atas talian).
http://www.soc.hawaii.edu/leonj/leoj/leonsy/leon.html

H.Douglas Brown . 2001 . An Interactive Approach to language Pedagogy (2 nd Edition). New


York : Pearson Education.

Mohd Majid Konting . 2004 . Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Nesamalar Chitravelu . 1995 . ELT Methodology Principles and Practice . Kuala Lumpur : Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Raminah Hj Sabran . 1987 . Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia . Petaling Jaya : Fajar Bakti
Sdn Bhd.

Sheri L. Jackson . 2003 . Research Methods and Statistic : A Critical Thinking Approach .
Belmont : Thomson Wadsworth.

Yahya Othman . 2005 . Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur : PTS
Profesional .

Zamri Mahamad . 2006 . Penggunaan Strategi Membaca dan Menulis. Jurnal Bahasa 6 : 328
362 .

Lampiran 1
INVENTORI DIRI RESPONDEN
Arahan : Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan atau tulis maklumat dalam ruang yang
disediakan.

1. Jantina ( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Bangsa ( ) Melayu ( ) Cina


( ) India ( ) Lain-lain

3. Agama ( ) Islam ( ) Budha


( ) Hindu ( ) lain-lain
(nyatakan)....

4. Umur :...................................tahun
5. Kawasan kediaman :( ) Bandar ( ) Pinggir bandar
( ) Luar bandar

6. Jenis tempat tinggal : ( ) Rumah kampung ( ) Rumah teres


( ) Apartment ( ) Rumah pangsa

7. Bilangan adik beradik ( ) 1-4 orang ( ) 5-8 orang


( ) 9-12 orang ( ) lebih 12 orang

8. Pencapaian dalam matapelajaran ..................................................

9. Lokasi sekolah ( ) Dalam bandar ( ) lingkungan 2-5km


( ) lebih dari 5km dari bandar

10. Pekerjaan bapa :................................ 11. Pekerjaan ibu :......................................

LAMPIRAN 2 : SOALAN PRAUJIAN DAN PASCAUJIAN


LAMPIRAN 3 : CONTOH PENULISAN MURID

Anda mungkin juga menyukai