SITI NORFADHILATUL MARYAM BINTI RAZALI PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011
PENYIELIA : ENCIK MOHD ASRI BIN HARUN
PENGENALAN Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 5). Hasil tinjauan yang diperhatikan, pengkaji mendapati empat daripada 34 murid kelas 5C menghadapi masalah lemah aspek menulis. Selepas menyemak buku tulis mereka, pengkaji mendapati tulisan mereka tidak kemas. Sekiranya masalah ini dibiarkan, penkaji bimbang berkemungkinan besar pencapaian peserta kajian terjejas. Apabila pencapaian terjejas, ia akan memberi kesan yang kurang memuaskan terhadap pencapaian keputusan peperiksaan yang bakal dihadapi oleh peserta kajian pada masa akan datang. Oleh hal demikian, tindakan harus dibuat bagi mengatasi masalah ini.
ISU & PERMASALAHAN Murid tahun 5C tidak dapat menulis dengan kemas. Teknik menulis dan sikap negatif murid agak lemah dalam kemahiran menulis. Kurang memberi kerjasama semasa sesi PdP. malasnya nak tulis... letih la cikgu menulis ni dia kacau kita dulu cikgu, saya tak ada pensel Contoh hasil tulisan murid Cara memegang pensil Aktiviti menguji kemahiran motor halus Contoh hasil kerja murid LITERATUR Siti Hajar Abdul Aziz (1997 ) yang menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lima faktor yang menyebabkan orang dewasa tidak mampu menulis. Salah satu faktornya ialah belum mempunyai kebiasaan atau budaya menulis dalam diri sendiri masih kurang. Mok Soon Sang (2010) menyatakan guru yang mengajar dalam kelas adalah orang yang paling sesuai membuat pemerhatian ke atas murid- murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis boleh diperhatikan daripada cara mereka memegang alat tulis, gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara am, kelemahan-kelemahan penguasaan kemahiran menulis adalah seperti. bentuk huruf tidak ditulis tepat, huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau telalu jauh dan perkataan- perkataan dalam ayat telalu rapat, kecil atau condong Selain itu, jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh dan ejaan perkataan seringkali salah.
LITERATUR Robert Lado (1980) menyatakan menulis bermaksud memberikan simbol grafik bagi melambangkan bahasa yang difahami oleh seseorang itu, supaya orang lain juga boleh membaca simbol grafik ini kalaulah mereka tahu bahasa itu dan simbol grafiknya. Gambar boleh melambangkan makna tetapi ianya tidak melambangkan unit-unit ini. Tulisan itu berupa perlambangan sebahagian unit dari bahasa ungkapan. Inilah beza yang penting di antara tulisan dan lukisan. Menyalin sebagai suatu latihan. Mereka yakin, walaupun tanpa bukti dari eksperimen, bahasa suatu cara yang baik dalam belajar menulis itu ialah dengan menyuruh pelajar banyak menyalin teks yang telah dibaca oleh pelajar. Suruh pelajar menyalin suatu frasa pada suatu kali dan kemudian suruhlah dia menyemaknya dengan cara membandingkan dengan teks asal itu. Ini boleh memberi pelajar itu suatu model bagi tulisan dan pengukuhan. Masalah yang paling besar dalam hal ini ialah kebosanan. Pelajar akan cepat merasa letih dan mula mencari dalih untuk berhenti. Walau bagaimanapun, motif tambahan boleh diberi dengan memberi rencana ringkas dari teks tersebut dalam bentuk soalan, dan menunjukkan progres pelajar itu kepadanya.
LITERATUR Nurul Hazwan Bte Kabol. (2013). Penggunaan Kaedah 3B (Batang Aiskrim, Buku Garis Empat dan Bimbingan Individu) Dalam Membantu Murid Pemulihan Menjarakkan Ruang Antara Perkataan Dalam Tulisan. Kerja Kursusn Penyelidikan II Institut Pendidikan Kampus Dato Razali Ismail. Rasyiqah Binti Yaacob. (2012). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Latih Tubi Dan Salin Jalin Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Murid Pemulihan. Terengganu : Institut Pendidikan Kampus Dato Razali Ismail. Zalaikha Binti Mohd Ali. (2012). Penggunaan Kombinasi Kaedah Dalam Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Lima. Sarawak : Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang.
LITERATUR Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Robert Lado. (1980). Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
OBJEKTIF Okjektif Umum Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran menulis murid dengan jelas dan kemas dengan menggunakan kaedah R&R Penulis
Objektif Khusus Objektif khusus kajian in dijalankan ialah: Meningkatkan keupayaan murid untuk menulis dengan kemas melalui Kaedah R&R Penulis. Membantu murid menguasai teknik kemahiran menulis dengan menggunakan Kaedah R&R Penulis. Menggalakkan proses pembelajaran yang dapat menarik minat murid menulis dengan kemas dan cantik menggunakan Kaedah R&R Penulis.
PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan yang berikut : 1. Adakah penggunaan Kaedah R&R Penulis membantu murid menguasai kemahiran menulis dengan baik ? 2. Adakah tahap tulisan murid 5C dapat ditingkatkan melalui Kaedah R&R Penulis? (teknik) 3. Bagaimanakah untuk menarik minat murid 5C menulis dengan kemas dan cantik menggunakan Kaedah R&R Penulis ?
Minggu Langkah Tindakan 1 Langkah 1: Penilaian Awal Peserta Kajian Pengkaji akan menjalankan pemerhatian bagi menilai kekemasan tulisan. Penilaian awal terhadap peserta kajian. Minggu Langkah Tindakan 2 Langkah 2: Perbincangan mengenai cadangan aktiviti PdP Guru mengumpul beberapa aktiviti yang sesuai untuk kemahiran menulis. Guru juga ada meminta cadangan daripada murid. INTERVENSI Minggu Langkah Tindakan 3 Langkah 3: Sesi Intervensi Kaedah R&R Penulis Pengkaji akan melaksanakan sesi intervensi bersama peserta kajian. Sesi 1: Waktu rehat hari Ahad Pengkaji akan memperkenalkan satu aktiviti mewarna bagi melatih peserta kajian berkaitan dengan kemahiran menulis iaitu melibatkan koordinasi mata dan tangan. Aktiviti ini hanya mengambil masa tidak lebih dari 10minit. Sesi 2: Waktu rehat hari Isnin Kesemua peserta kajian akan diperkenalkan dengan aktiviti menyalin semula simpulan bahasa pada ruang garisan yang disediakan. Maksud simpulan juga diberikan atas dasar untuk menambahkan lagi kosa kata murid.
Minggu Langkah Tindakan Sesi 3: Waktu rehat hari Selasa Aktiviti menulis semakin bertambah tetapi penkaji yakin bahawa sesi ini tidak membosankan peserta kajian kerana mereka hanya perlu menyalin lirik lagu pada ruang yang telah disediakan. Memang tidak dapat dinafikan ramai murid sekolah meminati muzik dan nyanyian dan sanggup menyalin lirik lagu yang terkenal. Sesi 4: Waktu rehat hari Rabu Peserta kajian diberi gambar rangsangan. Kemudian mereka perlu menulis pendapat mereka berdasarkan gambar itu. Minggu Langkah Tindakan 4 Langkah 4: Kaedah R&R Penulis / langkah 3 diulang beberapa kali (Pengukuhan) Pengkaji akan melaksanakan sesi intervensi bersama peserta kajian.
Rumusan Akhir Dapatan Kajian Pengkaji akan membuat rumusan akhir terhadap dapatan kajian yang diperoleh. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN Berikut adalah jadual pelan tindakan bagi perancangan pelaksanaan tindakan bagi kajian ini.
Bil. Aktiviti Tarikh Catatan 1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data berdasarkan pemerhatian awal. 3 Februari 2014 2. Menemukan objektif dan persoalan kajian. 2 Mei 2014 3. Merancang tindakan (perbincangan bersama guru/penyelia) 4 Mei 2014 4. Melaksanakan tindakan- Ujian Pra Penilaian Awal Peserta Kajian Jun 2014 5. Melaksanakan tindakan Jun-Julai 2014 6. Mengumpul data selepas tindakan Julai 2014 7. Menganalisis data selepas tindakan Julai 2014 8. Membuat refleksi Julai 2014 9. Menulis laporan penyelidikan tindakan Julai-September 2014 10. Pembentangan hasil dapatan kajian Oktober 2014 KELEBIHAN Menggabungkan beberapa kaedah daripada kajian-kajian lepas. Aktiviti yang dicadangkan bermula dari langkah mudah kepada sukar. Ada aktiviti berkaitan unsur seni muzik dan seni visual. Masa yang digunakan adalah pada waktu rehat jadi ia tidak mengganggu masa PdP murid.
Penggunaan Metode An Bayangan (Image Streaming) Dalam Upaya Meningkatkan Kemampuan Mengarang Siswa Kelas IV SDN Narimbang I Kecamatan Conggeang Kabupaten Sumedang