Anda di halaman 1dari 11

PENGGUNAAN ASSDA DAN MCUS MEMBANTU MURID MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA ULASAN NILAI MURNI TAHUN LIMA 1.

0 ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi masalah kepada murid-murid kerana kurang memahami cara menulis ayat majmuk. Untuk menghasilkan ulasan nilai murni yang baik, murid-murid perlu menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai. Sehubungan dengan masalah itu telah mendorong kajian ini dilakukan terhadap 25 orang murid Tahun Lima Gemilang yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kajian ini menumpukan kepada kemahiran membina ayat ulasan dengan menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang betul dalam ayat ulasan nilai murni. Dengan memperkenalkan teknik ASSDA + MCUS telah membantu murid menulis ulasan nilai murni dengan ayat majmuk. Dapatan kajian menunjukkan perubahan dan penggunaan teknik ini telah dapat mengatasi kelemahan murid. Kajian ini juga dapat membantu murid menulis ayat yang lengkap dan menepati petikan yang dibaca. Murid - murid juga dapat memperoleh markah yang lebih baik berbanding sebelumnya. Kajian ini juga mencadangkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ini akan dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang. Kata Kunci : nilai murni, ayat majmuk, penanda wacana, kata hubung, kata bantu.

2.0

PENDAHULUAN

Kemahiran menulis adalah satu bentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting kerana kemahiran menulis berkaitan dengan dua perkara iaitu kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambang tulisan bagi mencatatkan idea tersebut. Kemahiran menulis ini juga merupakan salah satu kemahiran bahasa yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Dalam kurikulum baru, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks. Kamaruddin Hj. Husin (1988), tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan 1

ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas tersusun. Menurut Raminah Hj. Sabran (1985), penulisan ialah proses pelahiran perasaan, fikiran, dan idea ke dalam bentuk grafik (disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya). Yahya Othman(2005) berpendapat, penulis itu dapat memberikan kefahaman kepada pembaca apabila penulis itu dapat menguasai kemahiran menulis secara mendalam dalam bidang penulisan. Penulisan tentang sesuatu yang disampaikan itu juga dapat menyatakan pandangan atau idea dalam bentuk penulisan supaya memberikan kefahaman kepada pembaca. Juriah Long dan rakan-rakan (1990), menulis adalah suatu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ini bermakna, bahanbahan yang ditulis adalah suatu idea yang tersirat dan tersurat apabila dijelaskan dalam bentuk penulisan. 3.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada masalah menulis ulasan nilai murni pada bahagian C Bahasa Melayu berdasarkan petikan. Memandangkan masalah murid-murid dalam menulis ulasan nilai murni berpunca daripada kurang mahir dalam penulisan maka pengkaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu muridmurid supaya dapat menulis ulasan yang baik dan cemerlang. Kajian A. Chellamal Bagavathy (2005), guru-guru bahasa kerap menghadapi masalah dalam pengajaran Bahasa Melayu kerana murid-murid sukar untuk memahami penulisan. Pencapaian dalam karangan masih kurang memuaskan disebabkan faktor kelemahan murid, sikap kurang kelemahan strategi berminat terhadap pelajaran, pengajaran, kesilapan memilih tajuk, kekurangan isi,

pembahagian perenggan, tidak merangka karangan, pengulangan isi, kesalahan tatabahasa, kesuntukan masa, tidak mengikut jumlah perkataan, tidak dapat mengenal 2

pasti format dan penggunaan bahasa dialek. Manakala Nadzeri Isa (2001) iaitu penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran penulisan karangan telah berjaya meningkatkan prestasi penulisan karangan dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, bahan rangsangan (petikan) nilai murni yang disediakan hendaklah sesuai dan mudah difahami oleh murid. Sehubungan itu pengkaji mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian ini bagi membantu murid-murid supaya dapat menguasai kemahiran menulis ulasan nilai murni yang baik dan cemerlang. Rajah 2.1 : Penulisan murid yang lemah dalam penulisan karangan ulasan

Rajah 2.1 di atas merupakan hasil tinjauan awal masalah murid yang tidak boleh menulis ulasan nilai murni berpandukan petikan yang disediakan mengikut kehendak dalam petikan dengan menggunakan penanda wacana dan kata bantu dalam ayat. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4 .1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA dan MCUS. 4.2 Objektif Khusus

i. ii. iii.

Meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA, MCUS dan kata bantu Membantu murid menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai dalam ulasan nilai murni. Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 bahagian C.

4.3 i. ii. iii.

Persoalan Kajian Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada bahagian C ? Adakah dapat membantu murid menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai dalam ulasan nilai murni? Adakah murid- murid boleh meningkatkan prestasi dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 bahagian C?

Kajian tindakan dilaksanakan untuk menjawab soalan- soalan seperti berikut:

5.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tahun Lima yang terdiri daripada 13 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan. 6.0 6.1. TINDAKAN YANG DIJALANKAN Jenis Intervensi / Rawatan

Murid mengalami kesukaran dalam menjawab soalan dan pencapaian murid dalam bahagian C bagi subjek ini masih berada di bawah paras pencapaian cemerlang. 6.1.1 Teknik ASSDA + MCUS

Memperkenalkan teknik ASSDA (penanda wacana penghubung tambahan) + MCUS (penanda wacana contoh) dan Kata Bantu Ragam (kata kunci). A S S D A Antaranya.... Selain itu... Seterusnya... Di samping itu... Akhir sekali...... M C U S misalnya.... contohnya... umpamanya... seperti Kita mestilah... Kita hendaklah... Kita haruslah... Kita perlulah... Kita sewajarnya...

6.2

PELAKSANAAN KAJIAN 4

Bil 1

Fasa Kajian Fasa 1(Gelung 1)Merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran diri sendiri

Tindakan 1. Mengenalpasti masalah pembelajaran murid-murid dalam penulisan karangan. 2. Menentukan tajuk kajian yang sesuai dengan tahap kebolehan murid 1. Merancang tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang timbul 2. Merancang objektif yang sesuai dengan masalah yang dihadapi 3. Menyediakan soalan kajian berdasarkan objektif 4. Menentukan sasaran kajian 5. Membuat instrumen untuk mengumpul data. Contoh ujian pra dan ujian pos

Fasa 2 (Gelung 1) Merancang

Fasa 3 (Gelung 1) Bertindak

1. Menjalankan ujian pra 2. Menjalankan intervensi sebanyak tiga kali 3. Memperkenalkan teknik ASSDA + MCUS 4. Menjalankan ujian pos 1. Merekod data hasil pemerhatian, ujian pra dan ujian pos 2. Menganalisis data yang diperoleh bagi menilai keberkesanan tindakan yang dijalankan 3. Membuat laporan

Fasa 4 (Gelung 1) Memerhati

7.0 7.1

CARA PENGUMPULAN DATA Ujian Pra

Ujian yang dijalankan menguji murid dalam membina ulasan nilai murni

7.2

Ujian Pos 5

Ujian pos akan dijalankan oleh pengkaji setelah menjalankan intervensi. Tujuan ujian pos ini dijalankan untuk melihat perbezaan markah ujian pra dan ujian pos setelah menggunakan teknik ASSDA dan MCUS. 7.3 Pemerhatian

Tujuan pemerhatian ini dijalankan untuk mengumpul maklumat berhubung kemahiran penggunaan teknik ASSDA dan MCUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam penulisan ulasan nilai murni. 7.4 Soal Selidik

Soal selidik ini dilaksanakan bagi mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumber yang boleh diperoleh. Antara tujuan soalan yang dikemukakan ini adalah bagi mendapatkan respon dan maklumat yang boleh membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran penulisan ulasan nilai murni. 8.0 8.1 DAPATAN KAJIAN Ujian Pra

Penggunaan tanda sempang ( / ) dan tidak menggunakan MCUS sebagai penanda wacana contoh yang ditulis. Penggunaan penada wacana tidak mengikut urutan teknik yang akan diajar. Sebaliknya murid menggunakan ayat, Pengajaran yang kedua.... . Rajah 8.1 : Hasil Penulisan Murid Dalam Ujian Pra

Hasil dapatan juga mendapati beberapa orang murid tidak melepasi aras cemerlang berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan. 8.2 Ujian Pos 6

Murid -murid telah dapat menjelmakan ayat yang terdapat dalam petikan dengan menulis nilai murni yang betul. Murid juga dapat menggunakan teknik ASSDA + MCUS secara optimum serta dapat menulis ayat ulasan dengan penggunaan kata bantu yang sesuai. Maksud ayat yang terkandung dalam petikan juga boleh difahami dan nilai murni juga dapat disampaikan dengan penanda contoh yang betul dan sesuai.

Dalam Rajah 8.3 di bawah, hasil kerja responden ini telah melepasi tahap memuaskan dan meningkat ke tahap baik pada ujian pos yang dijalankan. Dalam penulisan ini, responden memperoleh skor 16 kerana terdapat beberapa kesalahan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. Rajah 8.3 : Contoh Hasil Ujian Pos (sampel murid )

8.3

Pemerhatian

Hasil pemerhatian seramai 18 murid (72% ) daripada 25 responden boleh menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan teknik ASSDA + MCUS yang dipelajari. Sebaliknya 7 orang murid masih lemah tidak dapat memulakan ayat yang pertama manakala 6 orang juga masih lemah dan menulis ayat yang tidak mengikut struktur yang betul. 20 responden boleh menulis kata bantu dan penanda contoh yang sesuai dan berkaitan dengan isi petikan yang diberi. Manakala 5 responden tidak dapat memberikan contoh yang sesuai mengikut nilai murni dalam petikan. Responden masih lemah dalam penggunaan ejaan, tanda baca dan kosa kata. 8.4 Soal Selidik 7

Analisis soal selidik 10 item dibuat berdasarkan kepada jawapan YA dan TIDAK. Soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada kajian menulis ayat ulasan berpandukan petikan nilai murni dalam Penulisan Bahagian C Bahasa Melayu. Dalam soal selidik ini juga 80% responden menyatakan bersetuju mereka boleh mengingat nilai murni dan boleh memahami maksud petikan yang dibaca. Manakala 5 murid yang lain atau 20% yang masih lemah dalam kemahiran membaca ayat dan lemah untuk memahami maksud petikan. Pada item 5 dan 6, 68% atau 17 orang murid mengatakan ya boleh menulis ayat dengan menggunakan kata bantu dan MCUS yang sesuai namun begitu 32% atau 8 orang murid masih belum menguasai dan memahami penggunaan penanda wacana dan kata bantu. Secara umumnya analisis soal selidik menunjukkan 16 orang (64%) antara mereka bersetuju hanya menyenaraikan tiga daripada lima nilai murni yang dikehendaki dalam penulisan ini.

9.0

RUMUSAN / REFLEKSI

Hasil kajian tindakan secara keseluruhannya telah dapat menguasai kemahiran menulis karangan ulasan nilai murni pada bahagian C. Murid -murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada bahagian C. Perbezaan ini agak ketara setelah murid-murid didedahkan kepada penggunaan teknik ASSDA + MCUS dalam menulis ulasan nilai murni. Graf 9.1 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
10 10 8 6 4 2 0 CEMERLANG BAIK MEMUASKAN LEMAH 1 0 7

9 6 PRA POS

Pencapaian yang lebih jelas dapat ditunjukkan dalam graf 9.1 di atas, dengan peningkatan murid yang mencapai tahap cemerlang dan membantu murid yang lemah dan sederhana untuk memperoleh markah yang baik dalam menulis ulasan nilai murni.

10.0

RUMUSAN KESELURUHAN

Rumusan keseluruhan ini telah menjawab persoalan kajian tindakan yang dijalankan. i. Adakah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada bahagian C ? Murid -murid dapat meningkatkan kemahiran menulis ulasan nilai murni pada bahagian C apabila 7 orang berbanding hanya seorang murid pada Ujian Pra mencapai aras cemerlang dalam Ujian Pos. ii. Adakah dapat membantu murid membina ulasan nilai murni dengan menggunakan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai? Selepas kajian mendapati penggunaan ASDDA melonjakkan prestasi murid apabila 92% atau 23 murid dapat menulis ayat ulasan dengan menggunakan teknik ini berbanding 8 orang sebelum kajian dijalankan. Penggunaan kata bantu juga meningkat setelah 22 responden atau 88% boleh menguasai kemahiran ini berbanding hanya 15 (60%) murid sebelum kajian. Manakala penggunaan penanda wacana contoh MCUS juga menunjukkan 80% atau 20 daripada 25 murid murid telah boleh menguasai kemahiran ini.

Jadual 9.2 : Analisis Penggunaan ASSDA, Kata Bantu Dan MCUS


(Sebelum Kajian ) Kemahiran menguasai
Markah Penggunaan ASSDA Penggunaan Kata bantu Penggunaan MCUS 8 15 2 peratus

(Selepas Kajian ) Menguasai


markah 23 22 20 peratus

tidak menguasai
markah 17 10 23 Peratus

tidak menguasai
markah 2 3 5 Peratus

32% 60% 8%

68% 40% 92%

92% 88% 80%

8% 12% 20%

iii.

Adakah murid- murid boleh meningkatkan prestasi dalam penulisan Bahasa Melayu kertas 2 bahagian C? Jadual 9.1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos Gred Cemerlang Baik Memuaskan Lemah Ujian Pra 1 10 8 6 Ujian Pos 7 9 9 0

Aras cemerlang meningkat kepada 7 orang murid berbanding seorang sebelum kajian. Manakala murid yang lemah dalam ujian pra telah meningkat ke tahap memuaskan pada Ujian Pos. Jadual 8.5 : Statistik prestasi murid Pencapaian Markah Tertinggi (Max) Markah Tengah (Median) Markah Terendah (Min) 11.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Skor 17 11 5 Murid 1 3 5 Peratus 4% 12% 20%

Kajian tindakan yang dijalankan ini hanya mencapai 80% responden yang berjaya menguasai kemahiran teknik ASSDA + MCUS. Sebaliknya 20% (5 orang) murid yang lain masih belum mencapai skor yang diharapkan. Pada kitaran kedua nanti pengkaji bercadang untuk lebih fokus kepada kemahiran menulis ulasan nilai murni dengan menggunakan pendekatan yang sama tetapi teknik yang berbeza. Kajian yang selanjutnya juga saya akan menggunakan teknik baharu iaitu ASSDA + KS (kata hubung pancangan keterangan iaitu kerana dan sebab) dan memberi fokus kelemahan membina ayat majmuk yang mengandungi unsur nilai murni. Contoh ayat, Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas ialah rajin. Dia rajin belajar kerana ingin membantu ayah dan ibunya. Pengkaji berharap murid yang lemah ini akan mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan yang akan datang.

10

SENARAI RUJUKAN A.Chellamal Bagavathy(2005). Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada 25 Oktober 2012 di http://www.web.apps.emoe.go.my/. Juriah Long, Raminah Hj. Sabran, Sofiah Hamid (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti Kamarudin Husin (1988).Pedagogi Bahasa, Kuala Lumpur : Longman (M). Nadzeri Isa(2001). Kesan penggunaan bahan rangsangan terhadap prestasi penulisan karangan pelajar peringkat menengah rendah. Projek Master Sains. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Di peroleh pada26 September 2012 di http://www.ukm.my/. Raminah Hj.Sabran & Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Yahya Othman. (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors

11

Anda mungkin juga menyukai