Anda di halaman 1dari 37

akulti Pendidikan dan Bahasa

HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH 5W1H


DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 2 UNTUK
MEMBINA AYAT YANG BERMAKNA BERPANDUKAN
GAMBAR

TANG KUI HUNG

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2013

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

ABSTRAK
Perkembangan kurikulum di Malaysia semakin berkembang dan sukatannya
dikaji dan digubal demi memantapkan ilmu pengetahuan kanak-kanak supaya
berupaya melangkah diri menghadapi cabaran pada masa yang akan datang. Dengan
secara langsung ini telah ditampilkan melalui Sukatan kurikulum yang semakin padat
akibat penggunaan perkataan yang harus dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid
semakin meluas dan mencabar. Oleh itu, sememangnya terdapat sebahagian murid
yang tahap pembelajaran yang perlahan akan berasa takut dan lemah semangat untuk
membina ayat. Golongan ini juga berasa cemas dan lemah semangat semasa
menghadapi perkataan yang semakin susah dan banyak dalam pembinaan ayat yang
diarahkan oleh guru. Kesannya, bagi menyelesaikan kerja rumah atau latihan yang
diberi oleh guru terutamanya membina ayat, murid kadangkala akan mencari jalan
pintas untuk melengkapkan tugasan yang diberi tanpa memikirkan ketepatan struktur
atau maksud ayat semata-mata untuk bertujuan menghantar kerja rumah kepada guru.
Contohnya, murid hanya membina ayat yang ringkas atau tunggal tanpa
maksud yang jelas dan arah penyampaian yang kabur. Mengikut tatabahasa Cina, ayat
tunggal atau ayat ringkas yang dibina adalah tidak salah, tetapi tujuan latihan adalah
kurang jelas. Oleh itu, ia akan menjejaskan ketepatan tujuan penyampaian dalam
struktur ayat dan kualiti ayat yang dibina oleh murid, dan seterusnya melembabkan
perkembangan kognitif murid serta minat murid dalam membina ayat.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah merancang kajian saya bagi membantu
dan membimbing murid dalam kemahiran membina ayat yang bermakna berpandukan
gambar dan meningkatkan minat mereka dalam membina ayat dengan kaedah 5W1H.
Dengan kaedah 5W1H, murid-murid akan didedahkan dengan penggunaan isitilah
"siapa", "di mana", "mengapa" "apa" bila dan "bagaimana" bagi mamandukan
murid-murid cara-cara membina ayat yang lebih bermakna dan menarik serta
memupuk minat murid dalam membina ayat.
Golongan tindakan kajian ini adalah terdiri daripada 30 orang murid Tahun
Dua. Dalam kajian ini, guru akan menjalankan pemerhatian dan penilaian secara
berurutan untuk mengumpulkan data bagi menganalisis keberkesanan kaedah yang
diselidik. Guru akan membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

pengayaan dan kumpulan pemulihan dengan mengikut kebolehan semasa membina


ayat. Saya berharap hasil kajian yang dibuat dapat menunjukkan peningkatan prestasi
kemahiran membina ayat berpandukan gambar serta peningkatan minat di kalangan
murid-murid.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

ABSTRAK

BAB 1 MASALAH KAJIAN


1.1

Pengenalan

1.2

Pernyataan Masalah Kajian

1.3

Soalan Penyelidikan atau Kajian

1.4

Objektif Penyelidikan atau Kajian

1.5

Kepentingan Penyelidikan atau Kajian

1.6

Batasan Penyelidikan atau Kajian

10

1.7

Rumusan

11

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR


2.1 Pengenalan

12

2.2

Konsep Membina Ayat

12

2.3

Konsep Kaedah 5W1H

15

2.4

Kajian-kajian lepas yang berkaitan penyelesaian masalah

17

berpandukan gambar
2.5

Rumusan

18

BAB 3 METOLOGI PENYELIDIKAN


3.1 Pengenalan

19

3.2 Rekabentuk penyelidikan

19

3.3 Sampel

20

3.4 Instrumen

21

3.5 Prosedur Pengumpulan Data

24

3.6 Analisis Data

26

3.7 Rmusan

27

RUJUKAN

28

LAMPIRAN

29

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

BAB 1
1.1
PENGENALAN
Sasaran kajian ini adalah tertumpu kepada penyelidikan terhadap masalahmasalah yang dihadapi oleh guru dalam kelas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran terutamanya dalam aspek membina ayat berpandukan gambar serta
masalah ketidakminatan murid-murid. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Cina
Malaysia (2001), Matlamat utama pendidikan adalah fokus kepada perkembangan
penguasaan kaedah mendengar, membaca dan menulis seseorang murid. Kemahiran
menulis turut menjadi suatu kriteria yang penting dalam menilai penguasaan dan
pencapaian tahap intelek seseorang murid. Oleh yang demikian, tumpuan bimbingan
penguasaan perkataan dan binaan ayat telah pun menjadi asas latihan pengusaan
kepada murid-murid.
Menurut Tiong Su Jun (2006), kemahiran membina ayat merupakan satu item
yang amat penting dalam pengajaran bahasa bagi sekolah rendah. Jadi, guru perlu
meningkatkan kualiti dan pengkanan dalam kemahiran membina ayat. Selain itu,
beliau juga menegaskan bahawa perkataan dan ayat memainkan peranan yang penting
sebagai medium dalam menghubungkan dan penyampaian mesej dalam komunikasi
seharian manusia. Dengan itu, boleh ditakrifkan penulisan merupakan kombinasi
pelbagai kemahiran. Penulisan bukan saja melibatkan kemahiran menulis , malahan
merangkumi kemahiran penyampaian, kemahiran pemerhatian serta kemahiran
analisis bagi membentuk suatu pembentukan mesej yang bermakna.
Tetapi semasa pengajaran, saya selalu mendengar sebilangan murid akan
merungut menyatakan membina ayat sangat susah. Murid hanya menulis ayat secara
ringkas sahaja sebaliknya ayat yang bermakna lebih kurang. Selain itu, ada murid juga
tidak dapat membina ayat yang betul berpandukan gambar atau salah tafsir. Oleh yang
demikian suatu kajian amat diperlukan untuk mengatasi masalah sedemikian .

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.2
Penyataan Masalah Kajian
( Statement of Research Problem )
Dalam bab ini akan menyenaraikan masalah-masalah sebenar yang dikaji serta
isu-isu yang mendorong dalam memilih hala tuju kajian ini. Menurut Sukatan
Pelajaran Bahasa Cina Malaysia (2001) yang amat menitik beratkan kemahiran
menulis, murid telah pun menjadi satu cabaran kepada guru masa kini. Salah satu
kriteria penting dalam latihan penulisan adalah mempertingkatkan kualiti ayat. Tetapi
di dalam temubual dengan guru sejawat saya, saya dapati guru-guru sering mendapat
response bahawa sesetengah murid mengadu kepada guru: Saya tidak tahu bina
ayat!, Perkataan ini terlalu susah difahami, Membina ayat sangat bosan dan
aduan-aduan lain. Ini telah menunjukkan ketidakminatan murid dalam sesi membina
ayat. Murid sering membina ayat mudah dan kurang bermakna dan kebanyakkan
mereka mengamalkan sikap menyeleweng asalkan dapat hasilkan kerja rumah yang
boleh dhantar kepada guru bagi mengelakkan hukuman.
Melalui kaji selidik dengan sekolah-sekolah yang lain, didapati sememangnya
terdapat segelingtir murid yang tidak minat terhadap membina ayat dan kebanyakkan
golongan murid ini membina ayat yang tidak bermakna dan tidak lengkap. Golongan
murid ini tidak berminat terhadap aktiviti membina ayat malahan melahirkan perasaan
bosan dalam pembelajaran aspek penulisan seterusnya melemahkan semangat belajar
murid terhadap aspek-aspek lain terhadap subjek itu. Ini akan menjadi satu masalah
parah jikalau tidak mengatasi dari sejak awal lagi.
Satu lagi masalah yang dihadapi adalah kebanyakan murid Tahun 2 sekolah
saya adalah bumiputra. Ini merupakan salah satu faktor lagi yang menyebabkan
murid-murid gagal membina ayat yang bermakna berdasarkan gambar. Pengaruh
keluarga sejak usia bayi lagi dalam interaksi dengan medium ibunda telah
memperlahankan lagi murid-murid bumiputra menguasai Bahasa Cina. Murid yang
lemah dalam penguasaan Bahasa cina sememangnya tidak banyak menguasai
perkataan-perkataan Bahasa Cina yang semakin mendalam mengikut peningkatan
tahun dan inilah fakor yang menyebabkan murid-murid tidak berupaya membina ayat
yang lengkap dan bermakna yang difahami oleh pembaca. Oleh yang demikian, satu
strategi yang berkesan perlu ditampilkan untuk membimbing murid dalam mengatasi
masalah ini.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.3
Soalan Penyelidikan atau Kajian
( Resarch Questions )

Soalan penyelidikan ialah perincian kepada pernyataan masalah penyelidikan.


Secara lebih jelas, soalan penyelidikan ialah pindahan bentuk objektif penyelidikan
kepada ayat soalan. Soalan penyelidikan dianggap sebagai inti pati kepada saya dalam
pemilihan kaedah kajian dan pembinaan instrumen kajian. Di samping itu, pemboleh
ubah dalam soalan kajian saya sangat penting untuk membimbing saya memperolehi
jawapan-jawapan dalam kajian saya.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas terdapat beberapa perkara yang perlu diformulasikan di
dalam kajian ini iaitu :
a)

Sejauh manakah kaedah 5W1H menjadi satu strategi yang berkesan dalam
mewujudkan minat murid-murid dalam sesi pembelajaran membina ayat
berpandukan ayat dan pembelajaran Bahasa Cina?

b)

Sejauh manakah kaedah 5W1H dapat dimanfaatkan secara optima bagi


mewujudkan minat murid-murid dalam sesi pembelajaran membina ayat
berpandukan ayat?

c)

Apakah persepsi guru dan pelajar terhadap keberkesanan kaedah 5W1H dalam
mengatasi masalah ketidakminatan murid dalam membina ayat yang bermakna
berpandukan gambar?

d)

Bagaimanakah kaedah dalam kajian ini dapat disampaikan dan diaplikasikan


dengan berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.4
Objektif Penyelidikan atau Kajian
( objectives of the Research )

Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan minat dan
kemahiran membina ayat berpandukan gambar di golongan murid-murid Tahun 2.
Secara khususnya, kajian ini secara terperinci ingin mencapai objektif berikut :
1.3.1.

Mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah 5W1H dalam meningkatkan


minat murid untuk membina ayat yang bermakna berpandukan gambar
dalam pengajaran Bahasa Cina.

1.3.2.

Mengetahui sejauh mana minat murid Tahun Tiga dapat dipupuk melalui
kaedah 5W1H dalam pengajaran kemahiran membina ayat berpandukan
gambar.

1.3.3.

Meningkatkan minat murid dalam mempelajari dan membina ayat


berpandukan gambar.

1.3.4.

Memperolehi persepsi guru dan pelajar terhadap keberkesanan kaedah


5W1H dalam pengajaran kemahiran membina ayat yang bermakna
berpandukan gambar.

1.3.5.

Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Cina dalam


melaksanakan pendekatan 5W1H dalam pengajaran kemahiran membina
ayat berpandukan gambar.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.5
Kepentingan Penyelidikan atau Kajian
( Significance of the Research )

Melalui data soal selidik yang diperolehi, pelajar yang tidak minat terhadap
membina ayat adalah dalam bilangan yang agak membimbangkan. Keadaan ini akan
seterusnya akan melemahkan minat belajar murid dan ini akan menjadi satu faktor
yang menjejaskan perkembangan pembelajaran murid jikalau tidak mengatasi dari
sejak awal lagi. Oleh yang demikian, adalah pentingnya memperkenalkan kaedah
5W1H bagi mengatasi minat pelajar dalam membina ayat berpandukan gambar serta
mempertingkatkan kualiti ayat yang diberikan. Gambar yang diberikan dapat menarik
perhatian murid untuk membina ayat. Dalam meningkatkan kualiti ayat pelajar, guru
diberi tanggungjawab untuk membimbing pelajar dengan mengaplikasi pelbagai
kaedah yang dianggap berkesan. Oleh itu, kajian ini adalah penting dan bermakna.
Kajian ini juga diharap akan dapat membantu guru-guru yang lain untuk
meningkatkan lagi kualiti kaedah pengajaran dalam aspek kemahiran membina ayat
berpandukan gambar dengan berpandukan maklum balas yang diberikan oleh penilai penilai tentang kelemahan dan ketidaksempurnaan pendekatan yang mungkin wujud
dan mengambil kira cadangan yang diberi. Seterusnya kajian ini akan dapat
membantu proses pemurnian pendekatan 5W1H dalam meningkatkan minat murid
dalam membina ayat yang bermakna berpandukan gambar secara lebih berkesan.
Data-data yang diperolehi daripada kajian ini juga diharapkan dapat
membantu guru-guru merancang kaedah pengajaran yang lebih berkesan berdasarkan
tahap kebolehan dan kebijaksanaan pelajar. Dengan menggunakan pendekatan ini
pelajar yang lemah mungkin akan dapat belajar mengikut tahap keupayaan
pembelajaran mereka dan bagi pelajar yang pandai mereka boleh meningkatkan
proses pembelajaran mereka ke tahap lebih mendalam tanpa sekatan dari pelajarpelajar lain. Pendekatan kaedah 5W1H boleh digunakan sebagai alat pengajaran dan
diharapkan dapat memperkayakan lagi teknik pengajaran guru.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.6
Batasan Penyelidikan atau Kajian
( Limitation of the Study )

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :


a) Kajian ini melibatkan 30 orang murid tahun Dua, di sebuah sekolah rendah
aliran Cina gred B di Sekolah Jenis Kebangsaan Nang Kiang, Sibu.
b) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca-punca dan jenis-jenis masalah
yang menyebabkan pelajar yang tidak minat terhadap membina ayat yang
bermakna di kalangan murid-murid Tahun 2 sahaja.
c) Pengaplikasian kaedah 5W1H hanya dijalankan bagi kemahiran membina ayat
berpandukan gambar dalam Bahasa Cina.
d) Pengaplikasian pendekatan kajian ini hanya dijalankan dalam tempoh masa yang
singkat iaitu 2 bulan.
e) Faktor latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang
mempunyai kaitan dengan minat pelajar akan mempengaruhi pemboleh ubah
luaran yang memesong dari tujuan asal kajian.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

10

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

1.7
Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah,
soalan penyelidikan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian.
Justerus kajian ini bertujuan bagi menggalakkan usaha untuk memperkenalkan
pendekatan 5W1H untuk meningkatkan minat murid dalam membina ayat yang
bermakna berpandukan gambar dalam mata pelajaran Bahasa Cina di sekolah . Ia juga
diperlukan untuk mengetahui sajauhmanakah aplikasi kaedah 5W1H dapat
memotivasikan pelajar untuk belajar dan menguasai kemahiran membina ayat
berpandukan gambar. Kemahiran menguasai cara membina ayat amat penting dalam
perkembangan pembelajaran pelajar kerana dengan kemahiran ini mereka dapat
menulis karangan yang lebih berkualiti.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

11

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
( Literature Review )

2.1
Pengenalan
Kajian ini merupakan satu kajian kes untuk mengenalpasti punca-punca
ketidakminatan murid-murid dalam membina ayat dan ayat yang kurang bermakna
dan ngelantur daripda kehendak gambar soalan khususnya kepada sasaran kajian iaitu
murid-murid tahun 2 dalam meningkatkan minat murid dalam membina ayat yang
bermakna. Dalam bab ini akan membincangkan tentang tinjauan kajian lepas
berkenaan dengan punca-punca ketidakminatan, kesukaran, serta masalah yang
didapati semasa murid-murid dalam membina ayat berpandukan gambar.

Kemahiran membina ayat merupakan satu

komponen penting dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kebanyakan guru sekolah semata-mata ingin


menghabiskan sesi pengajaran yang dirancang tanpa menitikberatkan penguasaan
kemahiran membina ayat di kalangan murid dan hanya mengarahkan murid membuat
tugasan sekolah di rumah. Selain itu, guru juga tidak mempunyai masa yang
mencukupi untuk mengajar murid dalam pengajaran dan pembelajaran membina ayat
yang lebih bermakna. Bagi murid yang tidak faham maksud sesuatu perkataan, jadi
susahlah untuk mereka membina ayat yang lebih bagus. Mereka akan berasa membina
ayat merupakan satu kerja yang susah. Jika bagi murid yang rajin, mereka akan
bertanya kepada guru, guru tuiton, ibu bapa, mencari kamus dan lain-lain, tetapi bagi
murid yang malas, mereka hanya membina dengan sebarangan sahaja.

Menurut Roselan Baki (2003), sebenarnya pelajar mempunyai potensi dan


keupayaan tinggi untuk menggerakkan pemikiran mereka kerana keupayaan kognitif
mereka tidak banyak berbeza daripada orang dewasa. Apa yang berbeza hanyalah
tindakan mereka terhadap sesuatu yang berlainan daripada orang dewasa kesan

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

12

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

kekurangan fizikal, pengalaman dan pengetahuan. Menurut Jean Piaget (1999),


kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadappersekitaran melalui empat tahap
pekembangan kognitif.

Kita juga mengadaptasikan pemikiran kita dengan

memasukkan idea-idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu


perkara. Beliau percaya proses adaptasi dilakukan melalui dua cara, iaitu melalui
(proses asimilasi menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif sedia
ada) dan proses akomodasi (mengubahsuai skemata sedia ada untuk memahami
maklumat baru).
Tony Buzan (1993) yang mempunyai kepakaran dalam peta minda
menyebutkan manusia hanya menggunakan satu peratus daripada otak kanan dan otak
kiri. Otak kanan berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan seni dan sastera
sementara otak kiri berguna untuk berfikir hal-hal yang berkait dengan angka.
Penggunaan otak kanan dan otak kiri, kata Tony Buzan (1993), boleh meningkatkan
kualiti berfikir seseorang. Amalan berfikir adalah suatu tabiat baik sama ada ia
menjadi amalan individu atau kelompok yang ingin mengembang dan menajamkan
minda. Pepatah ada menyebut bahawa fikir itu pelita hati yang membawa maksud
bahawa seseorang yang melakukan amalan berfikir, dia sentiasa menerima cahaya dan
petunjuk. Amalan berfikir bermula dengan tabiat membaca yang tinggi, tabiat
berbincang yang baik dan tabiat menghasilkan pemikiran dalam bentuk karya sama
ada bentuk kreatif mahupun deskriptif.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

13

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

2.2
KONSEP MEMBINA AYAT
Menurut Kamus Bahasa Cina Versi Baru , isitilah membina ayat dijelaskan
sebagai mengabungkan perkataan-perkataan untuk menghasilkan satu ayat yang
bermakna. ( Lee Xing Jian, 2006).
Menurut Chao Feng Pu (2005) mendefinisikan isitilah membina ayat
sebagai organisasi perkataan menjadi satu ayat. Membina ayat adalah latihan bagi
bahasa yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah. Ia merupakan
kemahiran yang paling asas dalam pembelajaran bahasa. Ia juga merupakan kaedah
yang paling biasa digunakan untuk latihan bahasa dalam keseluruhan penguasaan
bahasa. Ia bukan sahaja dapat mempertingkatkan kemahiran penyampaian bahasa
pelajar, tetapi juga dapat memupuk pemikiran kreatif murid.
Pan Ke Sheng ( 2011 ) juga menterjemahkan ayat merupakan unit asas yang
digunakan dalam sesuatu bahasa. . Ia merupakan komposisi perkataan-perkataan atau
gabungan perkataan yang dapat menyampaikan sesuatu pemikiran yang lengkap
kepada penerima. Contohnya, memberitahu seseorang tentang sesuatu perkara,
menyoalkan sesuatu pertanyaan, mengemukakan sesuatu permintaan ataupun
menonjolkan sesuatu perasaan.
Satu ayat yang lengkap sepatutnya terdiri daripada gabungan dua bahagian
iaitu bahagian permulaan dan bahagian perakhiran. Bahagian permulaan merujuk
kepada siapa atau apa yang ingin dikemukakan oleh penyebar dan ini merupakan
bahagian kepada ayat. Bahagian pengakhiran merupakan bahagian yang meyebarkan
apa yang berlaku , bagaimana berlaku atau apa benda dan ini merupakan
kepada ayat. Satu ayat dikatakan lengkap dan bermakna seharusnya dapat di nyatakan
dengan spesifik , jelas dan senang difahami oleh pembaca. Masalah yang sering
ditemui di kalangan murid adalah tidak berupaya membina ayat atau menjawab
dengan ayat yang lengkap. Satu ayat yang lengkap dan bermakna seharus dapat
menyatakan siapa yang melakukan , apa yang berlaku , bagaimana yang berlaku
atau bila berlaku . Jikalau kita sering memberi penekanan bagi menghasilkan ayat
yang lengkap pada bila-bila masa dan menjadikannya sebagai satu kebiasaan , saya
pasti murid-murid pasti masalah tidak berupaya membina ayat yang lengkap dan
Open University Malaysia - Tang Kui Hung

14

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

bermakna di kalangan murid pasti akan berkurang. Guru boleh mendedahkan latihan
mengabungkan perkataan-perkataan menjadi ayat, latihan membetulkan kesalahan
stuktur ayat dan latihan susun semula perkataan menjadi ayat.
Betapa penekanan guru terhadap membimbing kemampuan murid-murid
membina ayat dalam pengajaran biasa, betapalah kukuhnya asas
kemahiran menulis murid-murid pada masa depan.

( Chung Min , 2012 )

Untuk membolehkan penerima atau pembaca dapat betul-betul memahami apa


yang ingin disampaikan oleh penulis maka kita perlulah membina ayat yang lebih
spesifik dan khusus dan ini akan meninggikan kualiti

ekspresi. Persoalannya,

bagaimana kita dapat menulis sesuatu ayat dengan lebih khusus dan bermakna?
Chong Chi Min, 1997 telah memperkenalkan latihan Ayat Empat Unsur dengan
pengukuhan latihan kemahiran pengembangan ayat. Apakah yang dimaksudkan
dengan Ayat Empat Unsur ? Ayat Empat Unsur adalah ayat yang mengandungi
empat unsur iaitu terkandung masa , tempat, watak dan perkara . Inilah
kriteria yang perlu kita mengambil berat dengan lebih teliti. Biasanya kita boleh
dilatih dengan cara penyoalan iaitu dengan bila , siapa , dimana dan buat
apa . Cara ini juga amat membantu murid-murid focus kepada arah tuju dalam
pembinaan ayat.
Menurut Pan Dung Cheng (2009) , sesuatu ayat yang spesifik seharus
merupakan ayat yang lengkap tetapi sering kali murid-murid akan salah konsep dalam
menghasilkan ayat yang lengkap . Murid-murid sedemikian berpendapat berupaya
menghasilkan ayat yang lengkap adalah mencukupi untuk mencapai kehendak guru
tanpa mengambil kira keberkesanan penyampaian kehendak atau makna sesuatu ayat.
Beliau berpendapat, dalam satu ayat yang lengkap seharus menyampaikan perkaraperkara seperti masa berlaku , bilangan benda, dimana berlaku, jenis sesuatu bahan,
keistimewaan perkara, keistimewaan aktiviti atau tahap adegen dengan jelas. Inilah
yang dimaksudkan oleh beliau ayat yang lengkap dan spesifik dan lengkap. Ini
merupakan satu kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid.
Murid-murid perlu menguasai dan peka terhadap keistimewaan watak atau sesuatu
perkara dan menggunakan isitilah-isitilah dengan tepat supaya dapat membina ayat
yang lebih lengkap , bermakna dan spesifik .

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

15

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Menurut Luk Choi Hua ( 2012 ) juga menyatakan sesuatu ayat yang lengkap
adalah yang memberi penghiasan dan penjelasan yang teliti terhadap ayat tunggal
supaya penyampaian ayat lebih jelas, mudah difahami dan juga lebih menarik.
Menurut Chong Min (2012), membina ayat merupakan asas kepada kemahiran
penulisan . Asas bagi memperkembangkan kemahiran penulisan adalah penggunaan
isitilah-isitilah yang tepat dan ayat yang lengkap. Oleh yang demikian, para guru
haruslah memberi perhatian terhadap dua criteria asas ini demi membantu melatih
kemahiran penulisan murid-murid.
Menurut Kamus Bahasa Cina Versi Baru , isitilah spontaneus telah
dijelaskan sebagai hak membuat keputusan dan bertindak sendiri tanpa dihadkan oleh
orang lain. Menurut Ceng Qiu Yan (2012) juga menitikbertkan pelaksanaan
Pembinaan ayat spontaneus . Beliau berpendapat dengan galakkan cara ini, muridmurid dapat mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam pembelajaran
bahasa dan meningkatkan keberkesanan motivasi murid dalam pembelajaran bahasa.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

16

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

2.3
Konsep Kaedah 5W1H

Konsep Kaedah 5W1H mula dikemukakan oleh Rudyard Kipling pada tahun
1902. Dalam judulnya The Elephants Child tercatat sepatah patun :
Saya telah menggaji enam orang gaji yang setia. Apa yang diketahui
oleh saya kesemuanya dipelajari daripada mereka. Nama mereka adalah
apa hal, mengapa , bila , bagaimana, dimana dan siapa .
Dalam judulnya , Rudyard Kipling telah memperkenalkan kaedah 5W1H iaitu
siapa, apa, dimana, bila, bagaimana dan mengapa. Ia merupakan satu kaedah yang
menarik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. ( Dr. Bayron Calvin. 2009 ) .
Kaedah "5W" kemudiannya diuji dan diperkenalkan oleh ahli politik Amerika
Lasswell pada tahun 1932. Beliau mengemukakan kaedah 5W sebagai satu set mod
penyebaran maklumat. Setelah penggunaan teori kaedah 5W diaplikasi secara
berterusan dan diuji selidik dengan selanjutnya secara beransuran kaedah "5W + 1H"
telah digantikan dengan kaedah 5W sebagai satu set teori yang lebih matang untuk
diaplikasikan.
Kaedah analisis 5W1H, juga dikenali sebagai Kaedah Enam Penganalisisan. Ia
adalah satu cara berfikir dan juga merupakan satu teknik penciptaan. Kaedah Enam
Penganalisisan boleh diaplikasikan dalam pelbagai projek-projek, proses atau operasi
yang boleh dikaji secara dalam menerusi unsure-unsur dalam Kaedah Enam
Penganalisisan iaitu sebab (MENGAPA), objek (APA), lokasi (MANA), time
(APABILA), kakitangan (WHO), kaedah (BAGAIMANA). ( Lasswell, 1932 )
Dalam pengajaran bahasa tahap rendah, untuk mengajar kemahiran membina
ayat, guru boleh membimbing murid dengan mengunakan kaedah penyoalan bagi
membimbing murid-murid supaya dapat membina ayat yang lebih spesifik dan
bermakna. Jikalau dilihat daripada struktur tatabahasa bahasa Cina, suatu ayat
memerlukan kemahiran murid untuk memperkembangkan asas ayat tunggal kepada
ayat yang lengkap yang mengandungi subjek, predikat dan objek serta perhiasan
adjektif . Untuk kategori sekolah rendah tahap 1, mewajibkan mereka menghasilkan
ayat yang dilengkapi dengan criteria diatas sememangnya satu cabaran yang susah
dijejak oleh murid-murid. Guru boleh mengunakkan kaedah penyoalan berterusan
Open University Malaysia - Tang Kui Hung

17

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

untuk membimbing murid-murid langkah demi langkah supaya pembinaan ayat murid
lebih menarik dan spesifik. Dengan penyoalan berdasarkan pendekatan induktif,
murid-murid dapat mempelajari membina ayat daripada ayat ringkas kepada ayat
yang lebih kompleks dengan memperkayakan penghiasan gaya ayat. Dengan itu ,
ayat-ayat yang dihasilkan oleh

murid-murid akan semakin diperkayakan dengan

adjektif , penyampaian idea yang lebih kompleks tetapi jelas difahami dan semakin
spesifik. Melalui pendekatan induktif yang menekankan dari ringkas kepada
kompleks, dari senang kepada susah , langkah-demi langkah mengajar murid untuk
membina variasi jenis ayat yang bermakna dan spesifik. ( Chong Hui , 2011 )
Menurut Luo Fa Yan ( 2004 ) , telah menyatakan bermulanya suatu
pembelajaran kerana adanya pemikiran, bermulanya pemikiran kerana adanya syak.
Dalam suatu pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan direka dengan teliti ,
buka saja dapat menimbulkan perhatian murid dan mencetuskan keupayaan kognitif
murid , malah juga dapat menonjolkan isi penting yang perlu dikuasai oleh murid
dalam suatu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kualiti pengajaran.
Albert Einstein (1879-1955) terkenal sebagai ahli fizik yang paling terkenal
dari abad ke-20 telah memberi pandangan beliau terhadap kaedah pengajaran secara
penyoalan bahawa mengemukakan sesuatu soalan sering sekali lebih penting
berbanding dengan menyelesaikan satu masalah. Ini kerana penyelesaian suatu
masalah hanya melibatkan sesuatu teknik sahaja malah penyoalan boleh melibatkan
suatu bidang yang baru, suatu kemungkinan baru dan dapat perlihatkan masalah lama
daripada pandangan yang baru. Kreatviti dan imiginatif yang aktif ini akan
mendorong kecemerlangan teknologi sains .
WASukhomlinski (1918-1970), bekas pengamal pendidikan Soviet yang
terkenal juga menyatakan bahawa dalam hati seseorang terdapat satu sifat keinginan
tahu yang kuat dan mengharapkan diri mereka sebagai seorang peneroka atau seorang
penyelidik yang berjaya . Nafsu sedemikian juga terdapat dalam hati seseorang kanakkanak dan nafsu ini adalah lebih kuat daripda orang dewasa. Dengan itu, kaedah
penyoalan adalah penting kepada murid bagi memupuk kesedaran mereka terhadap
penyoalan , menbangkitkan kreativiti pemikiran murid dan juga meningkatkan
kecergasan kemahiran berfikir . ( Lee Ju Zee, 2011 ) .

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

18

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

2.4
Kajian-kajian lepas yang berkaitan penyelesaian masalah membina ayat
berpandukan gambar.

Masalah membina ayat sememangnya merupakan komponen penting dalam


kurikulum Cina KSSR dan juga KBSR. Ini boleh diperlihat daripada kriterian
penilaian kemahiran menulis ataupun karangan dalam Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) 2012, yang terdiri daripada 30% daripada murid-murid Tahun 6 SJK
Nang Kiang menghadapi masalah dalam menulis karangan sedangkan asas menulis
karangan adalah penguasaan kemahiran membina ayat yang bermakna. Keupayaan
membina ayat bukan setakat mengabungkan perkataan-perkataan menjadi ayat tetapi
membabitkan kefahaman dan penguasaan kemahiran penyampaian murid-murid
tentang sesuatu maklumat atau isu-isu. Contohnya, Sekolah untuk belajar bahasa .
Ayat ini tidak salah dari segi struktur tetapi kurang sesuai dalam segi penyampian
ayat yang lengkap dan bermakna.
Pandangan ini selaras dengan penjelasan Qing Yu Yue (1875) dalam Jilidnya
"Spring dalam Esei Hall" menyatakan "makna dan tujuan ayat adalah mencapai
kejayaan dalam penyampaian ." Menurut panduan KSSR, kemahiran menulis murid
cenderung kepada keupayaan menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang
telah dilalui dan juga menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul. Selain itu, murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif.
Menurut Mao Hong Feng (2009), dengan menggunakan kaedah penyoalan
dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan minat murid-murid dalam
pembelajaran bahasa dan mencetuskan kemahiran berfikir mereka serta membimbing
mereka dalam perkembangan ilmu pengetahuan ke tahap yang lebih tinggi.
Menurut Sii Leh ( 2011 ), penyelidikan tentang penumpuan keberkesanan
kaedah penyoalan adalah penting demi mencipta situasi masalah yang sudi dan dapat
dihadapi oleh para murid mengikut tahap mereka. Para murid juga perlu dilatih
supaya peka kepada pengemukaan soalan , kecergsan kemahiran berfikir berpandukan
pengetahuan sains dan memupuk semangat autonomous murid dalam pembelajaran.
Open University Malaysia - Tang Kui Hung

19

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

2.5
Rumusan

Kebanyakan pelajar tidak berminat membina ayat berpandukan gambar kerana


mereka berasa sukar untuk menterjemahkan kandungan gambar kepada ayat yang
bermakna. Perancangan dan penyediaan awal guru dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah sangat penting untuk memastikan objektif rancangan harian
tercapai. Kemahiran berfikir serta minat murid perlu dititikberatkan bagi membantu
pelajar membina keyakinan diri dengan dinamik dan progresif supaya pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Diharapkan melalui
penggunaan kaedah 5W1H dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam
membina ayat yang bermakna dan berkualiti berpandukan gambar.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

20

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Bab 3
METOLOGI PENYELIDIKAN
( RESEARCH METHOLOGY)

3.1
Pengenalan
Metologi penyelidikan berperanan membincangkan tentang reka bentuk kajian,
kaedah kajian, sampel, instrumen dan kesahihan rumusan kajian yang dijalankan. Ia
juga menyentuh tentang prosedur pengumpulan data serta prosedur penganalisisan
data.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan kaedah
5W1H untuk meningkatkan minat murid-murid dalam membina ayat yang bermakna
berpandukan gambar dalam Bahasa Cina di kumpulan murid Tahun 2.
Dalam bab ini akan membicarakan mengenai rekabentuk kajian, alat
kajian, persampelan, instrumen kajian, dan prosedur pengumpulan data.

3.2
Rekabentuk Penyelidikan atau Kajian
( Research Design )

Menurut Sabitha (2006) , reka bentuk sesuatu kajian boleh ditafsirkan sebagai
suatu pelan tindakan yang diselidik secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu
dijalankan. Ia juga berperanan sebagai panduan kepada penyelidik dalam proses
memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran data-data yang diperolehi dalam
kajiannya. Rumusan yang diperolehi daripada reka bentuk kajian juga boleh menjadi
panduan kepada penyelidik untuk membuat inferens berkenaan dengan variasi
pemboleh ubah yang dikaji.
Kajian ini dijalankan berasaskan kajian kuantitatif yang menggunakan
maklumat-maklumat atau data yang bersifat kuantitatif yang diukur dengan ujian serta
soal selidik. Ia merupakan satu metodologi yang dikemukakan oleh Ary, et.al., (1990)
dengan menggunakan pengukuran objektif dan menganalisis maklumat dengan

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

21

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

number untuk mendapatkan keterangan bagi punca perubahan yang terdapat dalam
fenomena sosial. Rekabentuk yang ditentukan dalam kajian kuantitatif adalah dengan
kaedah kajian deskriptif iaitu kaedah berbentuk tinjauan. Tinjauan dengan
menggunakan instrumen soal selidik dan dua ujian selari

dilaksanakan bagi

memperolehi maklumat-maklumat daripada responden. Kaedah Kajian ini dipilih


kerana ia merupakan kajian berupaya memperolehi maklumat-maklumat serta dapatan
maklumbalas secara langsung yang diperlukan sumber analisis kajian daripada muridmurid tentang punca-punca ketidakminatan dalam membina ayat dan jenis-jenis
kesilapan murid-murid dalam menghasilkan ayat yang berkualiti serta bermakna
terhadap subjek Bahasa Cina.
Rekabentuk kajian yang dicadangkan dalam kajian ini melibatkan gabungan
dua kaedah iaitu temu duga secara individu dan ujian. Saya telah menetapkan sasaran
penilaian saya adalah secara seluruh kelas. Selain itu , kaedah tinjauan ini juga
dilakukan dengan cara temuduga dengan guru subjek dan murid-murid yang gagal
membina ayat yang mencapai kehendak soalan secara individu. Dengan mengunakkan
kaedah penilaian dan kaedah temuduga, kita boleh memperolehi maklumat-maklumat
tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam membina ayat yang
spesifik dan bermakna disamping itu juga sebagai penentu bagi menentukan sasaran
kajian saya berpandukan data-data yang diperolehi.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

22

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

3.2
Sample
Menurut Mohd Yusof ( 2005 ) sampel dijelaskan sebagai kumpulan yang akan
dikaji yang diperolehi daripada sesuatu populasi. Persampelan pula bermaksud
membolehkan maklumat diperolehi daripada sebahagian daripada kumpulan yang
lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi sasaran. Pengambilan sampel
dari populasi mestilah benar-benar mewakili populasi. ( Azizi et. Al, 2007 ).
Menurut Sekaran (2000), persampelan adalah merujuk kepada proses memilih
jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap sifatsifat sampel dapat memungkinkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat
populasi sampel berkenaan. Bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel yang
digunakan dalam kajian ini, penyelidik telah merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz
Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie and Morgan (1970) dalam Azizi et. al (2006).
Seseorang penyelidik mungkin tidak berupaya menggunakan semua anggota
populasi dalam kajian. Oleh itu, wakil atau contoh am populasi yang dikenali sebagai
sampel sahaja yang akan digunakan dalam kajian (Mohd. Majid Konting, 2000). Oleh
yang demikian, sampel kajian saya hanya disasarkan kepada golongan murid-murid
Tahun 3 tanpa mengira latar belakang dan bangsa golongan sample.
Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 30 orang murid-murid keseluruhan
kelas Tahun 2 Tahap 1 yang ditetapkan iaitu murid-murid Tahun Tiga dari Sekolah
Jenis Kebangsaan Nang Kiang. Sampel kajian ini dikategorikan kelas sedarhana
berdasarkan pengasingan murid-murid mengikut tahap kebolehan yang telah dinilai
dan dibahagikan pada awal tahun.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

23

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

3.4
Instrumen Kajian

Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alatalat kajian yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh
dikutip melalui pemerhatian, soal selidik, penelitian dokumen, temubual dan
sebagainya. Data kuantitatif pula boleh dikutip contohnya melalui borang soal selidik
yang menpunyai skala tertentu, ujian dan inventori. Bagi memperolehi maklumat
yang diperlukan dalam kajian ini, dua instrument diperlukan, iaitu ujian dan temubual.
i) Penilaian Prestasi
Dalam usaha mendapatkan skor pelajar bagi kajian ini, tiga penilaian prestasi
telah diberikan kepada responden sebagai ujian selari yang telah diselaraskan oleh
pihak sekolah. Item penilaian prestasi pertama dan kedua menggunakan format yang
digunakan untuk peperiksaan sekarang. Penilaian prestasi ke-3 adalah format
alternatif yang diubah suai daripada versi asal penilaian prestasi berpandukan kriteria
KSSR.
Memandangkan penilaian prestasi ialah ujian selaras, item pengujian adalah
digubal oleh guru pakar bagi mata pelajaran Bahasa Cina peringkat UPSR di sebuah
sekolah di Bahagian Sibu. Bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan item
berkenaan, aspek penyelarasan dan penyemakan telah dijalankan dengan melibatkan
guru kanan kurikulum dan ketua panitia Bahasa Cina. Seterusnya item pengujian ini
disemak pula oleh ketua panitia Bahasa Cina bagi memastikan aspek bahasa dan
tatabahasa yang digunakan adalah gramatis.
Menurut Teori Pembelajaran berdasarkan pengalaman yang dikemukakan oleh
Kolb ( 1984 ) menyatakan pengetahuan seseorang boleh dihasilkan atau diperolehi
melalui transformasi pengalaman baru dengan pengalaman lampau. Oleh yang
demikian, dipercayai murid-murid dapat mempelajari sesuatu daripada penilaian
prestasi

pertama dan seterusnya mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam

penilaian prestasi ke-2 dan seterusnya ke-3. Soalan penilaian prestasi ke-2 dan ke-3
boleh diubahsuai daripada versi asal berdasarkan kerangka ujian.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

24

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Melalui kaedah penilaian prestasi, pengkaji dapat memperolehi maklumat


tentang:
1. Anggaran lingkungan masalah yang dihadapi oleh responden.
2. Kesahan dan kebolehpercayaan soalan-soalan dan item-item.
3. Tahap kefahaman arahan bagi setiap set soalan oleh responden.
4. Sejauh mana responden menguasai kemahiran yang dititik beratkan
oleh guru.
5. Sebagai panduan keberkesanan kaedah dalam sesuatu kajian.

ii) Temu Duga Individu.


Kaedah temu duga secara individu dijalankan berpandukan kepada Prosedur
Temu Duga Newman. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, responden yang
melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk
menjawab soalan itu semula. Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan
menemu duga responden berdasarkan lima soalan mengikut urutan. Pengkaji akan
mengklafikasikan kesilapan responden berdasarkan Kriteria Newman iaitu sama ada
kesilapan berpunca daripada kecuaian, motivasi, kebolehbacaan, kefahaman,
keupayaan untuk membuat transformasi (pemerhatian terhadap gambar dan membina
ayat yang berkaitan ) , kemahiran proses ( pemerhatian ) atau membuat pengkodan
( membina ayat yang betul). Dua borang yang diperlukan dalam sesi temu duga
individu iaitu Borang Analisa Jenis-jenis Kesilapan Dalam Pembinaan Ayat dalam
Bahasa Cina dan Borang Soal Selidik
a) Borang Analisa Jenis-jenis Kesilapan Dalam Pembinaan Ayat dalam
Bahasa Cina
Dalam borang ini, pengkaji boleh mendapat data-data mengenai jenis-jenis
kesilapan terutamanya ketika responden membuat pemerhatian terhadap gambar yang
diberi dan keupayaan mencatatkan hasil pemerhatian dalam bentuk ayat. Borang
analisa ini direka dalam satu set soalan yang diberi jawapan aneka pilihan. Melalui set
soalan diberi jawapan secara aneka pilihan membolehkan pengkaji mengenalpasti
tahap kefahaman responden terhadap set gambar yang diberi dan mengesan tahap
kefahaman dan kebolehan responden menginterpretasi kandungan gambar dalam
bentuk ayat.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

25

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

b) Borang Soal Selidik


Borang soal selidik merupakan satu alat utama yang digunakan oleh
pengkaji dalam memperolehi maklumat-maklumat atau data yang diperlukan
dalam sesuatu kajian. Kaedah soalselidik dapat membantu pengkaji mengukur
pembolehubah yang hendak diukur daripada saiz sample yang banyak dalam
kajian yang melibatkan persampelan yang mengkaji populasi (Mohd. Majid
Konting, 1990).
Soal selidik juga boleh ditakrifkan sebagai pertalian antara pengkaji
dengan isu-isu yang berkaitan sahaja dengan kajian. ( Mohd Sheffie Abu Bakar,
1991 ) Menurut Wimmer dan Dominick ( 1991 ) juga menyatakan bahawa
soalselidik dapat memberikan rangsangan bagi mendapatkan jawapan daripada
responden.
Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992), data-data yang diperolehi
melalui cara soalselidik adalah sekata dan ia dapat mempercepatkan kerja
mengumpulkan data dan memastikan kualiti data yang dikumpul serta
memudahkan pemerosesan data.
Borang soal selidik ini akan diberi kepada sampel di akhir kajian. Ia
merupakan pandangan responden terhadap matapelajaran Bahasa Cina dan disertakan
dengan skala Likert dalam bentuk Amat sangat setuju, sangat setuju, setuju,
tidak pasti, tidak setuju , sangat tidak setuju dan amat sangat tidak setuju
dengan menggunakan 7 skala. Skala Likert amat sesuai digunakan untuk mengukur
kriteria julat kepuasan, minat dan lingkungan masalah yang dihadapai oleh responden
yang diselidik. Melalui soalan yang dikemukakan dalam soalselidik, penyelidik dapat
mengkaji variasi pandangan dan skop masalah yang dihadapi oleh responden dan juga
julat kepuasan dan minat terhadap gaya pengajaran seseorang guru.
Skala pemeringkatan yang berasaskan skala Likert adalah seperti berikut:
Sangat
Tidak bersetuju
1

Sangat
bersetuju
2

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

26

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

3.5
Prosedur Pengumpulan Data
Saya mencadangkan menggunakan tiga strategi pengumpulan data. Strategi
pertama adalah bentuk penilaian prestasi. Dalam borang penilaian ini dapat
menerangkan pencapaian pelajar dalam penulisan, tahap pengunaan isitilah-isitilah
dan ketepatan mentafsir sesebuah gambar rajah. Selepas ujian, keputusan perlulah
dicatatkan berdasarkan prestasi pencapaian pelajar dalam borang penilaian. Oleh
kerana penilaian secara bertulis hanya dapat menguji tahap pemahaman tatabahasa
dan kemahiran menulis murid maka kaedah pemerhatian amatlah perlu untuk
pengumpulan data berkaitan sifat-sifat dalaman dan pandangan seseorang murid.
Kaedah pemerhatian akan dijalankan secara tersembunyi untuk memerhatikan reaksi
dan tingkah laku murid-murid dalam sesi pembelajaran.
Selain itu, kaedah temuduga juga adalah salah satu koleksi data yang berkesan.
Untuk memahami pembelajaran pelajar secara mendalam, saya akan bertemubual
dengan murid-murid secara berasingan bagi mengetahui lebih lanjut tentang
pandangan murid terhadap cara pengajaran guru dan keberkesanan pendekatan guru
dalam membimbing murid membina ayat berpandukan gambar. Sebelum memulakan
temu bual itu, saya telah membuat persediaan awal dalam menentukan skop soalan
temu bual supaya proses temu bual boleh dijalankan dengan lancar dan
menyeronokan.
Sebelum
Ujian

Pengubahsuaian
Kaedah

Soal selidik

Refleksi

Perancangan

Temubual

Penilaian
Prestasi I

Pemerhatian

Peringkat Pertama

Penilaian
Prestasi II

Pemerhatian

Refleksi

Rumusan

Peringkat Kedua
Rajah 1 : Jadual Prosedur Pengumpulan Data

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

27

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Langkah-langkah dalam Peringkat Pertama dalam Kajian:


1)

Soalan soal selidik diagihkan kepada murid-murid untuk dilengkapi.

2)

Guru membimbing murid-murid menyatakan keistimewaan dan kandungan


utama gambar secara lisan.

3)

Guru mengunakkan Kaedah 5W1H membimbing murid-murid supaya dapat


membina ayat yang lebih spesifik berpandukan gambar secara lisan.

4)

Guru mengunakkan Kaedah 5W1H melatih dan memberi tunjuk ajar kepada
murid-murid untuk membina ayat yang spesifik secara bertulis.

5)

Mengumpul data dan menganalis kesalahan yang dilakukan oleh murid dan
membuat pengubahsuaian pendekatan 5W1H.

Langkah-langkah dalam Peringkat Kedua dalam Kajian:


1)

Guru membimbing murid-murid menyatakan keistimewaan dan kandungan


utama gambar secara lisan.

2)

Guru mengunakkan Kaedah 5W 1H membimbing murid-murid supaya dapat


membina ayat yang lebih spesifik berpandukan gambar secara lisan.

3)

Guru mengunakkan Kaedah 5W1H yang diubahsuai untuk memberi tunjuk ajar
kepada murid-murid untuk membina ayat yang spesifik secara bertulis.

4)

Mengumpul data dan menganalis keberkesanan kaedah yang diaplikasikan.

5)

Membuat rumusan berdasarkan data-data yang diperolehi pada akhir kajian.

3.6
Open University Malaysia - Tang Kui Hung

28

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Analisis Data
Proses analisis data merupakan satu proses yang penting untuk mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi serta sebagai satu panduan dalam merancang
keberkesanan suatu kajian. Data-data yang diperolehi boleh dianalisis secara deskritif
mengikut kes. Proses analisis data boleh dijalankan dengan tiga cara iaitu kaedah
penilaian prestasi , kaedah pemerhatian kes dan kaedah temubual.
i)

Borang Penilaian Prestasi

Analisis: analisis kuantitatif


Objektif: Untuk dapat menganalisis dengan tepat dan mengesahkan kemahiran
literasi pelajar.
Ini adalah borang penilaian yang dijalankan selepas satu sesi pengajaran. Guru
akan menilai susunan struktur ayat dan pengunaaan tatabahasa pelajar adalah
betul dan memenuhi kehendak kandungan gambar.

ii)

Pemerhatian Kes

Analisis: analisis kualitatif


Tujuan: Untuk memerhati reaksi dan maklum balas pelajar di dalam kelas.
Kaedah ini adalah proses memerhati sifat dalaman dan luaran pelajar dalam
suatu sesi kelas untuk mendapatkan rumusan sebab-sebab ketidakminatan dan
kegagalan pelajar dalam membina ayat berpandukan gambar.

iii)

Temubual

Analisis: Analisis Kualitatif


Tujuan: Mengenal pasti pandangan dan idea individu seseorang pelajar sendiri
yang takut dibangkitkan di hadapan semua orang.
Melalui temubual, pelajar bebas untuk menyatakan pandangan dan komen
mereka berdasarkan skop soalan yang ditetapkan oleh guru, supaya guru-guru
dapat lebih memahami pelajar-pelajar.
Maklumbalas dari sesi temubual secara individu bagi setiap soalan boleh
dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada berpunca daripada
masalah pembacaan, pemahaman, transformasi, aplikasi kemahiran proses
atau kebolehan membuat pengkodan seseorang pelajar.
3.7

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

29

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Rumusan

Dalam bab ini menerangkan metodologi kajian yang telah digunakan untuk
menjalankan kajian. Bab ini juga menerangkan tentang reka bentuk kajian, populasi
dan sample, instrument kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisa
kajian. Metodologi kajian ini adalah untuk mendapat keputusan bahawa penggunaan
kaedah 5W1H dapat meningkatkan minat murid dalam membina ayat yang bermakna
berpandukan gambar dam pembelajaran Bahasa Cina.

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

30

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

RUJUKAN

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

31

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Lampiran A

BORANG MAKLUMAT MURID

Nama Pelajar

: ________________________________

Kelas

: ________________________________

Jantina

: ________________________________

Kaum

: ________________________________

Keputusan Penilaian Prestasi I : _____________________

Keputusan Penilaian Prestasi II : _____________________

Kategori Kumpulan Murid ( Eksperimen / Kawalan )

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

32

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Lampiran B
Ujian Penilaian Prestasi I

_______________

_______ %

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

33

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Lampiran C
Ujian Penilaian Prestasi II

_______________

_______ %

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

34

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Lampiran D
Ujian Penilaian Prestasi III

_______________

_______ %

1_____________________________________________________
2_____________________________________________________
3_____________________________________________________
4_____________________________________________________
5_____________________________________________________

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

35

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
Lampiran E
Borang Soal Selidik Pelajar

Sila bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala berikut :



1.
2.
3.
4.
5.

Item
1.

2.

4.

5.

6.

7.
8.

sangat setuju
setuju
berkecuali
tidak setuju
sangat tidak setuju

Perkara
Kaedah pembelajaran dengan kaedah 5W1H adalah
selesa dan fleksibel.

Saya lebih faham dengan kaedah pembelajaran ini.

Saya boleh memahami cara membina ayat yang


diajar oleh guru.

Saya lebih menguasai cara memerhati gambar.

Dengan kaedah pengajaran ini, saya memahami cara


membina ayat yang bermakna.

Kaedah 5W1H lebih memudahkan saya dalam cara


membina ayat.
5W1H
Kaedah pembelajaran ini lebih berpusatkan pelajar.

Kaedah pembelajaran ini lebih berpusatkan pelajar.

Skala
1

Jumlah mengikut item


Jumlah keseluruhan

~ Tamat ~

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

36

akulti Pendidikan dan Bahasa


HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan

Lampiran F
Borang Soal Selidik Guru

Sila bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala berikut :



1.
2.
3.
4.
5.

Item

sangat setuju
setuju
berkecuali
tidak setuju
sangat tidak setuju

Perkara

Skala

Semua murid menumpukan perhatian semasa


1.

Pengajaran dan Pembelajaran.

Murid suka terhadap mata pelajaran Bahasa Cina.


2.

Semua murid saya menyiapkan tugasan membina ayat

Pendekatan 5W1H dapat memotivasikan pelajar

4.

untuk belajar cara membina ayat berpandukan gambar

Kaedah pendekatan 5W1H senang diaplikasikan

5.

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pencapaian murid mendapat peningkatan yang jelas.

6.

Jumlah mengikut item


Jumlah keseluruhan
~ Tamat ~

Open University Malaysia - Tang Kui Hung

37

Anda mungkin juga menyukai