Anda di halaman 1dari 20

2.

0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Semasa mengajar di SJKC Kg Seri Sikamat, saya telah ditugaskan untuk

mengajar Bahasa Melayu Tahun 4M. Kelas Tahun 4M ini merupakan kelas

pertama di sekolah tersebut. Semasa menjalankan sesi PdPc di kelas Tahun

4M, saya mendapati murid kelas ini dapat digolongkan kepada 3 kumpulan,

iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah.

Melalui pemerhatian saya, murid yang kumpulan lemah dalam kelas ini tidak

dapat membina ayat dengan baik menggunakan bahasa Melayu.

Setelah saya mengkaji dengan mendalam, saya mendapati bahawa

dua isu utama yang menjadikan masalah ini berlaku ialah guru dan murid diri

sendiri. Bagi isu murid, saya mendapati 5 orang murid dalam kelas ini sangat

lemah dalam bahasa Melayu terutamanya dalam kemahiran menulis ayat.

Situasi ini berlaku kerana 5 orang murid kelas ini tidak berminat dalam

subjek bahasa Melayu dan menganggap subjek ini tidak penting. Melalui

perbualan saya dengan mereka semasa proses PdPc, saya dapat mengetahui

bahawa mereka berasa tidak perlu untuk mempelajari subjek Bahasa Melayu

ini. Sikap sambil lewa mereka terhadap subjek ini telah mengakibatkan

mereka semakin lemah dalam kemahiran menulis ayat dan seterusnya tercicir

dalam kelas.

Selain itu, saya juga mendapati 5 orang murid kelas ini tidak

berkeupayaan untuk membina ayat yang mengandungi imbuhan apitan

“meN…….-kan” dengan baik. Masalah ini jika dibiarkan berlarutan pasti

akan mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka terutamanya dalam

8
bahagian penulisan karangan. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif supaya

perlu mengambil tindakan yang sewajar bagi meningkatkan penguasaan

kemahiran membina ayat yang mengandungi kata kerja imbuhan apitan

“meN……kan” 5 orang murid ini dengan menggunakan jadual SKKOTB.

Sehubungan dengan itu, saya juga mendapati kaedah dan teknik

pengajaran yang digunakan oleh saya juga tidak cukup menyeluruh. Semasa

proses PdPc dijalankan, murid tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknik

berpusatkan guru yang saya gunakan sehingga ada yang cuba untuk membuat

kerja lain atau melaksanakan kerja rumah yang lain. Dalam hal ini, saya

mendapati saya perlu mengutamakan aktiviti yang berpusatkan murid supaya

murid tidak bosan dengan pengajaran guru.

Di samping itu, strategi pengajaran dan pembelajaran saya yang tidak

menitikberatkan prinsip 5P juga mengakibatkan murid tidak dapat menguasai

kemahiran membina ayat yang mengandungi kata kerja imbuhan apitan

“meN……kan”. Konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,

pemulihan dan pengayaan merupakan prinsip yang ditekankan dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Oleh itu, saya perlulah bijak

dan kreatif dalam menggabungjalinkan pelbagai kemahiran dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran, menyerap ilmu bidang lain seperti Pendidikan

Jasmani dan Sains dalam kemahiran yang diajar serta membuat penilaian,

pemulihan dan pengayaan bagi mengukuhkan kemahiran murid-murid.

Tambahan lagi, teknik mengajar yang saya gunakan dalam PdPc juga

lebih fokus kepada aktiviti yang melibatkan individu dan “chalk and talk”.

Keadaan ini menjadikan murid berasa bosan dan tidak berminat untuk

mengikuti isi pelajaran yang saya ajar pada setiap kali masuk ke dalam kelas.

Tegasnya, saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar seperti bahan

maujud untuk menarik perhatian murid. Hal ini demikian kerana murid pada

9
hari ini lengkap dengan alatan teknologi seperti telefon pintar dan kurangnya

pendedahan kepada benda yang maujud seperti yang ada pada kanak-kanak

zaman dahulu.

2.2 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian

2.2.1 Kebolehtadbiran

Kajian ini boleh ditadbir kerana pelaksanaan intervensi membina ayat yang

mengandungi kata kerja imbuhan apitan “meN……-kan” adalah mudah

untuk diuruskan. Saya hanya perlu memastikan murid-murid mengikuti

jadual SKKOTB dan memberi bimbingan terarah kepada mereka sebelum

mula untuk membina ayat yang mengandungi imbuhan apitan “meN……-

kan”. Selain itu, dapatan dalam kajian ini juga dapat dikumpul dan dianalisis

dengan mudah dan tepat kerana melibatkan kemahiran menulis yang

mempunyai bukti yang kukuh, iaitu hasil tulisan murid. Di samping itu,

kajian ini juga dapat dijalankan dengan lancar kerana saya boleh

menggunakan waktu lapang selepas sekolah atau waktu guru yang tidak hadir

ke sekolah untuk menjalankan intervensi ini. Justeru, saya percaya bahawa

murid dapat meningkatkan kemahiran membina ayat yang mengandungi kata

kerja imbuhan apitan “meN…….-kan” dengan intervensi yang dicadangkan,

iaitu jadual SKKOTB dengan jayanya.

2.2.2 Kepentingan

Kajian ini penting kerana saya berpendapat bahawa fokus kajian ini mampu

memperbaiki amalan pengajaran saya dalam bilik darjah serta meningkatkan

kualiti pembelajaran kemahiran membina ayat yang mengandungi kata kerja

imbuhan apitan “meN……-kan” murid dan seterusnya menyediakan murid

ke peringkat menulis yang lebih tinggi, iaitu kemahiran mengarang.

10
Selain itu, pelaksanaan kajian tindakan ini juga dapat membantu

murid menguasai kemahiran membina ayat dengan cara yang lebih mudah,

iaitu dengan menggunakan jadual SKKOTB dan murid-murid secara tidak

langsung dapat mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah.

Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat dijadikan rujukan oleh

guru-guru atau pendidik yang berada di bidang pendidikan pada masa

hadapan. Maklumat yang ada dalam kajian ini dapat membantu guru yang

menghadapi murid yang mempunyai masalah yang serupa tanpa perlu

membuat kajian.

2.2.3 Kebolehgunaan

Hasil kajian ini dapat membantu saya menambah baik amalan pengajaran

pembinaan ayat yang mengandungi kata kerja imbuhan apitan “meN……-

kan” dengan betul. Selain itu, hasil kajian ini juga dapat membantu murid

untuk meluahkan idea dan fikiran mereka dengan menggunakan ayat yang

tepat dan gramatis supaya dapat difahami oleh orang lain. Justeru, hasil

kajian ini dapat digunakan oleh semua guru-guru yang mengajar bahasa

Melayu di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

2.2.4 Kawalan

Kajian ini dapat dikawal oleh pengkaji, iaitu saya kerana skopnya yang

kecil. Kajian yang dilaksanakan ini hanya melibatkan 5 orang murid

yang lemah dalam membina ayat yang mengandungi kata kerja

imbuhan apitan “meN…….-kan” sahaja. Selain itu, saya juga dapat

memberi perhatian yang lebih kepada murid-murid yang terlibat dan

memastikan mereka benar-benar mengikuti cara dan langkah

11
membina ayat yang mengandungi imbuhan apitan “meN……-kan”

dengan menggunakan jadual SKKOTB.

2.2.5 Kolaboratif

Saya mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak semasa

melaksanakan kajian ini. Pihak sekolah seperti guru besar, penolong

kanan dan guru subjek serta ketua panitia banyak membantu saya

bagi memudahkan urusan yang dijalankan. Sebagai contohnya, guru

besar mengizinkan saya menggunakan perpustakaan atau bilik

mesyuarat untuk menjalankan intervensi ini.

Selain itu, guru subjek juga membantu saya untuk memilih

beberapa orang murid yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu

tetapi berpotensi untuk meningkatkan kemahiran dalam membina ayat

yang mengandungi kata kerja imbuhan apitan “meN……-kan”. Ketua

panitia pula banyak memberi maklumat dan infomasi yang berkaitan

dengan tajuk kajian saya. Di samping itu, pensyarah penyelia juga

banyak memberi bimbingan, nasihat dan cadangan yang bernas

kepada saya sepanjang proses melaksanakan kajian tindakan ini.

2.2.6 Kerelevanan Kepada Sekolah

Kajian yang dilaksanakan ini dikatakan sangat releven kepada

sekolah kerana kemahiran membina ayat yang mengandungi kata

kerja imbuhan apitan “meN……-kan” yang dikaji ini terdapat dalam

dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sekolah rendah. Selain

itu, tajuk yang dikaji juga selaras dengan tema Warisan Kita yang ada

12
dalam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran yang sedia ada

sekarang. Di samping itu, jadual SKKOTB yang digunakan dalam

kajian ini juga releven dengan hasrat Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) yang menggalakkan guru-guru di sekolah supaya

menggunakan teknik-teknik yang inovatif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

2.3 Pengumpulan Data Awal

2.3.1 Lembaran Kerja (Analisis Dokumen)

Saya telah memilih lembaran kerja sebagai instrumen pertama pengumpulan

data awal kajian ini. Lembaran kerja yang diberikan ini bertujuan untuk

mengenal pasti murid yang tidak berupaya untuk membina ayat yang

mengandungi kata kerja imbuhan apitan “meN……-kan”. Saya telah

memberikan lembaran kerja yang mengandungi 5 kata kerja yang mempunyai

kata kerja imbuhan apitan “meN…….-kan” bagi murid membina ayat tanpa

bimbingan guru.

Semasa pengagihan lembaran kerja, saya juga memastikan murid

membina ayat tanpa merujuk kepada kawan di sebelahnya agar data yang

dikumpul mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut

Chia Chiow Ming, et al. (2015), tujuan membuat kesahan instrumen adalah

bagi menjamin item-item yang digunakan mempunyai ketepatan, releven

dengan tujuan kajian, memberi makna terhadap data melalui skor dan hasil

kajian yang dilaksanakan mempunyai kebolehgunaan yang tinggi. Jadual dan

graf di bawah merupakan analisis dokumen markah dalam lembaran kerja

yang diperoleh sebelum menggunakan jadual SKKOTB.

Jadual 2.1: Analisis markah dalam lembaran kerja murid

13
Murid Markah Peratus (%)

M1 10/10 100

M2 4/10 40

M3 5/10 50

M4 7/10 70

M5 8/10 80

M6 3/10 30

M7 9/10 90

M8 6/10 60

M9 10/10 100

M10 10/10 100

M11 7/10 70

M12 3/10 30

M13 1/10 10

M14 8/10 80

M15 9/10 90

M16 10/10 100

M17 8/10 80

M18 6/10 60

M19 7/10 70

M20 1/10 10

14
Graf Markah Lembaran Kerja murid
M20
10
M19
70
M18
60
M17
80
M16
100
M15
90
M14
80
M13
10
M12
30
M11
70
M10
100
M9
100
M8
60
M7
90
M6
30
M5
80
M4
70
M3
50
M2
40
M1
100
0 20 40 60 80 100 120

Rajah 2.1: Markah lembaran kerja murid dalam bentuk peratus

Berdasarkan analisis di atas, saya mendapati 5 daripada 20 orang

murid yang tidak berkeupayaan untuk membina ayat yang mengandungi

imbuhan apitan “meN……-kan” dengan betul. Skor yang dapat diperoleh

oleh 5 orang murid ini hanyalah dalam lingkungan 10 peratus hingga 40

peratus, iaitu sebanyak seorang murid mendapat 40%, 2 orang murid

mendapat 30% dan 2 orang murid mendapat 10%. Selain itu, saya juga

mengkaji dan menganalisis dengan lebih mendalam terhadap hasil kerja yang

dibuat oleh 5 orang murid ini.

15
Melalui analisis awal, saya mendapati 5 orang murid ini tidak

berkeupayaan untuk membina ayat yang mengandungi imbuhan apitan

“meN……-kan”. Berdasarkan hasil kerja 5 orang murid ini, saya mendapati

punca utama berlakunya kesalahan dalam membina ayat yang mengandungi

kata kerja imbuhan apitan “meN……-kan” ini disebabkan mereka tidak

memahami predikat yang perlu digunakan dan tidak mengetahui makna kata

yang hendak dibina. Rajah-rajah berikut merupakan contoh-contoh kesalahan

yang dilakukan oleh 5 orang murid ini.

Rajah 2.2: Contoh binaan ayat murid yang tidak mempunyai predikat

16
Berdasarkan contoh rajah 2.2, kita dapat melihat ayat yang dibina

murid A salah dari segi tidak mempunyai predikat “berdiri”. Murid ini juga

salah gunakan perkataan “kepada”. Ayat yang betulnya ialah “Saya berdiri di

tengah-tengah kawan saya”.

Rajah2.3: Contoh binaan ayat murid yang tidak mengetahui makna kata

Berdasarkan contoh rajah 2.3, ayat yang dibina oleh murid B ini

salah dari segi makna logik. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim &

Mohd Ra’in Shaari (2009), makna logik merupakan makna yang ditinjau dari

sudut kebenaran, yakni makna yang dapat diterima oleh akal manusia. Oleh

17
itu, ayat ini dikatakan tidak mempunyai makna yang logik walaupun isyarat

senyap ada berkaitan dengan papan tanda di perpustakaan. Hal ini demikian

kerana ayat ini tidak munasabah dan tidak diterima oleh akal manusia.

Justeru, binaan ayat yang betul bagi ayat ini ialah “Papan isyarat senyap di

perpustakaan itu jatuh di atas lantai.”

Rajah 2.4: Contoh binaan ayat murid yang tiada keterangan

Berdasarkan contoh rajah 2.4, murid W ini membuat kesalahan

binaan ayat dari segi tiada keterangan bagi ayat yang dibina. Keadaan ini

menjadikan ayat ini tidak lengkap dan menyebabkan pembaca keliru. Ayat

yang betul sepatutnya ialah “Saya berdiri di tengah-tengah kelas.”

Rajah 2.5: Contoh binaan ayat murid yang ada perkataan Inggeris

Berdasarkan contoh rajah 2.5, murid Z ini membuat kesalahan dari

segi penggunaan bahasa Inggeris “hurt” dalam ayat yang dibinanya. Ayat

18
yang betul sepatutnya ialah “Cap jari abang mempunyai corak yang

menarik.”

2.3.2 Temu Bual

Sebagai instrumen kedua pengumpulan data awal kajian ini, saya telah

memilih temu bual separa berstruktur. Temu bual separa berstruktur yang

dijalankan ini bertujuan untuk mengetahui dan mengenal pasti murid-murid

yang tidak dapat membina ayat. Temu bual merupakan satu teknik yang amat

berkesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuklah pemikiran, sikap,

nilai dan pendapatnya. Rajah berikut merupakan gambar yang diambil

semasa temu bual dijalankan.

Rajah 2.6: Gambar yang diambil semasa sesi temu bual.

Melalui temu bual yang dijalankan, saya mendapat beberapa

maklumat berkaitan dengan murid yang amat berguna dalam kajian saya.

Guru yang ditemu bual ini merupakan seorang guru yang berpengalaman

19
dalam mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah ini selama 15 tahun. Selain

itu, guru ini juga merupakan ketua panitia Bahasa Melayu yang amat disukai

oleh guru-guru lain di sekolah ini.

Berdasarkan analisis transkripsi yang dijalankan, saya telah

mendapati murid kelas yang menjadi sasaran kajian ini terdiri daripada

kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Murid yang

terdiri daripada kumpulan lemah ini kebanyakan latar belakangnya pelbagai.

Selepas itu, saya mendorong guru yang ditemu bual ini dengan

soalan-soalan terbuka seperti tahap pencapaian dan prestasi murid bagi

mengenal pasti kewujudan masalah binaan ayat dalam kalangan murid kelas

tersebut. Saya mendapati murid kelas ini mempunyai kesukaran dalam

membina ayat. Hal ini dapat dibukti dengan perkataan yang disebut oleh

penemu ramah, iaitu “ayat tergantung”.

Selain itu, saya juga mendapati punca kelemahan murid dalam subjek

Bahasa Melayu adalah disebabkan oleh sikap murid yang malu bertanya,

kurang membaca dan berlagak pandai. Selain itu, pengaruh ibu bapa yang

lebih mengutamakan penggunaan bahasa ibunda di rumah juga salah satu

punca yang menyebabkan murid-murid ini tercicir dalam subjek Bahasa

Melayu. Tambahan pula, guru yang kekurangan pengalaman mengajar dan

guru bidang lain yang mengajar bukan bidang opsyennya juga merupakan

satu punca yang menyebabkan murid kelas ini tidak dapat menguasai bahasa

Melayu dengan baik.

Di samping itu, guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar

yang menarik, teknik permainan atau aktiviti kumpulan dalam proses PdPc

juga merupakan salah satu puncanya murid berasa bosan dan tidak minat

untuk belajar subjek Bahasa Melayu. Akhir sekali, penemu ramah memberi

20
cadangan kepada saya supaya menggunakan pendekatan berpusatkan murid

bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid-murid.

2.3.3 Soal Selidik

Saya telah memilih soal selidik sebagai instrumen ketiga pengumpulan data

awal kajian ini. Soal selidik yang diberikan kepada murid ini bertujuan untuk

mendapat maklumat tentang latar belakang, keupayaan dan kebolehan,

kemahiran mengajar, cara mengajar, penggunaan bahan bantu mengajar serta

perhatian guru bahasa Melayu terhadap hasil kerja murid.

Soal selidik ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian A yang

merupakan biodata, latar belakang dan pencapaian murid dalam peperiksaan

sebelum ini dan bahagian B yang mempunyai 5 sub-bahagian yang

mengandungi 20 item soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan

dijalankan. Jadual berikut merupakan data yang didapati dalam borang soal

selidik.

Jadual 2.2: Borang Analisis Deskriptif Soal Selidik Skala Gutman

Murid Bahagian Jumlah Peratus


(%)
Setuju
A B C D E
(S)
S TS S TS S TS S TS S TS

M1 //// /// / /// / /// / //// 17 85

M2 // // // // / /// / /// / /// 7 35

M3 /// / / /// // // /// / /// / 12 60

M4 /// / /// / /// / // // /// / 14 70

M5 //// /// / /// / /// / /// / 16 80

M6 / /// / /// / /// / /// / /// 5 25

M7 //// //// //// //// //// 20 100

M8 /// / /// / /// / /// / // // 14 70

M9 //// //// //// /// / //// 19 95

21
M10 //// //// //// //// /// / 19 95

M11 //// /// / /// / // // // // 14 70

M12 / /// //// //// / /// / /// 3 15

M13 / /// //// //// //// / /// 2 10

M14 //// //// /// / // // /// / 16 80

M15 //// //// //// //// //// 20 100

M16 //// //// //// //// //// 20 100

M17 /// / /// / /// / /// / /// / 15 75

M18 // // //// /// / // // / /// 12 60

M19 /// / // // / /// // // // // 10 50

M20 //// //// / /// / /// //// 2 10

22
Graf Deskriptif Soal Selidik

M20

M19

M18

M17

M16

M15

M14

M13

M12

M11

M10

M9

M8

M7

M6

M5

M4

M3

M2

M1

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

Tidak Setuju Column1

Rajah 2.7: Data soal selidik yang diperoleh dalam bentuk peratus

23
Berdasarkan soal selidik yang diberikan kepada murid-murid,

dapatan yang diperolehi secara puratanya ialah 64.25 peratus. Dengan data

yang diperoleh, secara keseluruhannya murid masih berpuas hati dengan

keupayaan dan kebolehan, kemahiran mengajar, cara mengajar, penggunaan

bahan bantu mengajar serta perhatian guru bahasa Melayu terhadap hasil

kerja murid. Namun saya dapati bahawa terdapat 5 orang murid yang kurang

berpuas hati dengan pengajaran guru yang sedia ada sekarang. Lima orang

murid ini merupakan murid yang lemah dalam membina ayat apabila rujuk

kembali lembaran kerja yang telah dianalisis.

Selain itu, berdasarkan item-item yang ada dalam borang soal selidik,

saya dapat menganalisis bahawa 5 orang murid yang kurang berpuas hati

dengan pengajaran guru menanda tidak setuju pada item nombor 6, iaitu

“Anda dapat menguasai cara membina ayat yang mengandungi kata kerja

imbuhan apitan “meN......-kan” dengan baik dan berkesan dengan kemahiran

yang digunakan oleh guru.” Keadaan ini dapat membuktikan bahawa 5 murid

ini tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat yang melibatkan kata

kerja imbuhan apitan “meN……-kan” dengan cara yang digunakan oleh guru

sedia ada.

2.4 Tindakan

2.4.1 Model Penyelidikan Tindakan

Kajian ini menggunakan model Stephen Kemmis dan Mc Taggart yang

terdiri daripada empat peringkat yang meliputi refleksi, perancangan,

tindakan dan pemerhatian. Jika kitaran 1 yang dijalankan kurang memuaskan,

saya akan ulangi kitaran 2 dengan menambahbaikan perancangan yang sedia

24
ada. Rajah di bawah merupakan model reka bentuk yang mengandungi dua

kitaran.

25
Rajah 2.8: Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis dan McTaggart

(1988)

(a) Refleksi

Peringkat refleksi ini membawa erti mengenal pasti masalah, amalan, isu atau

situasi dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang

lalu. Refleksi ini melibatkan murid, guru, kemahiran yang digunakan,

persekitaran bilik darjah, isi kandungan yang diajar, bahan pengajaran yang

digunakan, komunikasi antara guru dengan murid serta disiplin murid dalam

bilik darjah.

(b) Perancangan

Apabila kita dapat mengenal pasti masalah, amalan, isu dan situasi dalam

bilik darjah, maka kita boleh mula membuat rancangan untuk proses kajian

yang akan dijalankan, mengenal pasti instrumen dan intervensi yang akan

digunakan dalam kajian serta membuat persediaan dengan merujuk jurnal dan

kajian orang lain yang mempunyai autoriti. Dengan kata lain, perancangan ini

lebih melibatkan hal-hal pentadbiran.

(c) Tindakan

Selepas kita membuat perancangan yang teliti, kita mula melaksanakan

tindakan kita. Semasa menjalankan tindakan, kita perlu membuat pemantauan

terhadap tindakan yang dijalankan dan memastikan langkah-langkah yang

26
dijalankan selaras dengan hala tuju perancangan yang telah dibuat

Pemantauan ini dapat memastikan kita mengambil tindakan yang betul dan

mengelakkan kita daripada terlalu jauh dengan fokus utama kajian.

(d) Pemerhatian

Selepas kita mengambil tindakan, kita perlu membuat pemerhatian terhadap

proses yang dijalankan. Kemudian, kita perlu mengumpul data dan

menganalisis data yang diperoleh. Sekiranya data yang diperoleh kurang

memuaskan, maka kita perlu ulangi kitaran 2 untuk menambahbaikan kajian

yang kita telah laksanakan.

27

Anda mungkin juga menyukai