Anda di halaman 1dari 15

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN

KV+KVKK DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS TAHUN 3 DI SJKC

ITAERDAYU BINTI SHAHIDAN


Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Hua 2, Bidor, Perak
itaerdayu@gmail.com

ABSTRAK

Kemahiran perkataan KV+KVKK merupakan salah satu kemahiran yang terkandung dalam Buku Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia .
Dalam kelas saya, didapati bahawa terdapat 7 orang murid yang mengalami masalah dalam membaca perkataan
KV+KVKK. Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan
intervensi Kit PKP Setem (Pemulihan Khas Pembelajaran Sehari Setema) dalam meningkatkan kemahiran murid
membaca perkataan KV+KVKK. Metodologi yang digunakan dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang
melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak
menguasai kemahiran KV+KVKK sama ada semasa pembelajaran atas talian mahupun bersemuka, tidak tahu
membunyikan suku kata ‘ng’, kurang mahir dalam ejaan, langsung tidak fasih dan tahu berbahasa melayu serta
tidak faham arahan guru. Saya pula merupakan seorang guru pemulihan yang baharu ditukarkan ke sekolah ini
serta tidak mempunyai pengalaman mengajar di sekolah jenis kebangsaan cina. Ini ditambah pula dengan faktor
latar belakang keluarga murid, kawasan rumah kediaman serta ciri-ciri murid pemulihan itu sendiri. Selepas
intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang ketara dalam memahami dan
menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KVKK. Penggunaan Kit PKP Setem berjaya mengukuhkan
kemahiran asas membaca kemahiran ini serta meningkatkan minat dan keyakinan murid. Guru juga lebih
bermotivasi dan berasa yakin dengan keupayaan diri dalam menyampaikan isi pengajaran. Kit PKP Setem ini
juga menunjukkan peningkatan pemahaman murid bagi membatang dan membaca perkataan KV+KVKK dengan
betul. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan
sahaja dapat menarik minat murid, malah dapat meningkatkan pemahaman murid dalam kemahiran membaca
perkataan KV+KVKK dengan baik. Oleh yang demikian saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi
kumpulan murid yang akan datang dalam kemahiran yang sama serta kemahiran yang seterusnya.

Kata kunci: pemulihan khas, kemahiran KV+KVKK, setema, intervensi, kajian tindakan, bahan bantu mengajar.

PENDAHULUAN

Murid-murid di SJKC Choong Hua 2 kebanyakannya tinggal di sekitar kawasan sekolah iaitu
di Taman Bukit Bidor yang mana penghuni dan kawasan kejiranan tersebut adalah terdiri
daripada masyarakat cina. Murid-murid Cina lebih selesa bertutur dengan menggunakan
bahasa ibunda manakala Bahasa Melayu dianggap sekadar bahasa perhubungan yang
digunakan secara santai (Chew Fong Peng 2016). Mengajar di sekolah jenis kebangsaan cina
ini adalah satu cabaran yang besar bagi saya sebagai guru melayu kerana saya merupakan guru
yang baharu sahaja bertukar ke sekolah ini sebagai guru pemulihan khas. Namun ianya
bukanlah menghalang saya untuk terus bertindak melakukan intervensi yang terbaik demi
meningkatkan pemahaman murid-murid pemulihan khas ini khusunya. Murid pemulihan ialah
mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat
negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran
serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran (BPKHAS KPM
2012).
Bagi tujuan meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran asas membaca,
pelaksanaan kajian tindakan adalah penting untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah bagi memastikan semua murid menguasai kemahiran
asas 3M (membaca, menulis dan mengira) kecuali murid berkeperluan khas (BPKHAS, KPM
2012). Kegagalan menguasai bacaan bermakna potensi murid tersebut untuk berbahasa tidak
dibangunkan dan dikembangkan (Nor Laila Kuslan 2014). Apatah lagi aktiviti membaca
merupakan salah satu kemahiran asas yang amat penting dalam proses pembelajaran Bahasa
Melayu (Nurhayati Nasir 2016).

Pernyataan Masalah/Isu

Saya mendapati murid masih belum dapat menguasai kemahiran membaca perkataan
KV+KVKK dan tidak memahami maksud perkataan KV+KVKK itu sendiri. Saya juga sukar
menerangkan maksud perkataan yang hendak saya ajarkan. Pembelajaran atas talian
menyebabkan murid sukar untuk berkomunikasi dengan saya dalam Bahasa Melayu. Mereka
bukan sahaja tidak boleh berbahasa melayu malah dalam Bahasa Inggeris juga. Keadaan ini
menjadikan saya sukar untuk berkomunikasi, menyampaikan pelajaran dan membuat penilaian
terhadap murid.
Kaedah penerangan atau bercerita tidak sesuai dilaksanakan kerana murid langsung
tidak faham apa yang diperkatakan oleh guru baik di dalam kelas mahupun secara atas talian
(google meet). Berdasarkan pemerhatian semasa pembelajaran secara atas talian, saya
mendapati murid menutup kamera, mendiamkan diri sewatu ditanya, dan tidak mahu membaca
perkataan yang saya paparkan. Saya hanya bercakap seorang diri, menyanyi seorang diri dan
yang lebih menyedihkan saya sendiri yang menjawab soalan yang saya ajukan. Saya terasa
motivasi saya untuk mengajar di sekolah ini hilang.
Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah pula mendapati bahawa murid kurang
bermotivasi, tidak fokus, tidak memberikan respon dan berbual sesama rakan mereka dalam
Bahasa Cina semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Murid juga akan
menjawab soalan yang saya ajukan dalam Bahasa Cina dan akan berpandangan antara satu
sama lain. Tahap penguasaan murid dalam kemahiran KV+KVKK ini adalah sangat rendah
kerana mereka tidak tahu untuk membunyikan suku kata KVKK seperti ditunjukkan dalam
Rajah 1.

Rajah 1: Pemerhatian hasil kerja murid menggunakan Instrumen Saringan 2 LINUS2.0 Bahasa Melayu Tahun 2

Sekiranya masalah ini tidak diatasi, saya akan menghadapi kesukaran untuk mengajar
kemahiran yang seterusnya dan murid juga akan menghadapi kesukaran untuk mengikuti
pembelajaran bagi kemahiran lain yang lebih sukar. Murid-murid ini sepatutnya sudah
menguasai kemahirana asas membaca agar mereka tidak ketinggalan semasa mengikuti
pengajaran dan pembelajaran semasa di tahap 2 yang lebih mencabar nanti.

Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kepada isu yang dihadapi saya melaksanakan kajian tindakan berdasarkan model
Kemmis & McTaggart (1988) yang telah diadaptasi (Rajah 1) yang melibatkan proses
memerhati, refleksi, merancang dan tindakan.
Rajah 2: Model Kajian Tindakan (adaptasi Kemmis & McTaggart 1988)

Tujuan
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan
KV+KVKK dalam kalangan murid pemulihan khas tahun 3 di SJKC.

Objektif
Objektif kajian ini adalah:
1. Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid pemulihan khas
mempelajari kemahiran membaca.
2. Meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan KV+KVKK melalui proses
pembelajaran yang menyeronokkan.
3. Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran terhadap murid yang berbeza bahasa dan budaya.

TINJAUAN LITERATUR

Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan dalam bilik darjah, saya telah merujuk kepada teori
humanis sebagai aplikasi kaedah dalam kelas saya. Teori ini berpendapat pembelajaran
manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Carl Rojers menyatakan bahawa setiap
individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Saya telah
merujuk kepada kepentingan kemahiran membaca dalam program pemulihan khas, aplikasi
kaedah atau intervensi menggunakan alat bantuan mengajar dalam kelas pemulihan khas serta
kepentingan motivasi antara guru dengan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Membaca dan Program Pemulihan Khas

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), semenjak merdeka, di negara ini masih
terdapat murid-murid sekolah yang tidak menguasai literasi membaca yang merupakan
kemahiran yang membolehkan mereka berkomunikasi dan menimba ilmu. Ketidakupayaan
membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan pelaksanaan program intensif bagi
membantu murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca sering berlaku dalam dunia
pendidikan (Fuziati 2012). Tujuan mempelajari kemahiran membaca adalah untuk
memperoleh sumber pengetahuan dan sebagai asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu
pengetahuan (Abdul Rashid 2011). Punca kemerosotan akademik dalam kalangan murid
sekolah rendah dipengaruhi oleh faktor ketidak lancaran menguasai kemahiran membaca dan
menulis (Wan Nurzuliana 2019). Kaedah pengajaran secara konvensional dan bersifat sehala
menjadi salah satu faktor murid-murid pemulihan sukar menguasai kemahiran membaca
(Zamri 2020) apatah lagi murid kaum cina mempunyai masalah dalam pembelajaran Bahasa
Melayu kerana sukar untuk dipelajari.
Kemahiran membaca merupakan proses kompleks yang melibatkan minda, persepsi,
linguistik, dan psikologi (Naimah et al.2014). Kepentingan literasi bahasa merupakan
sebahagian besar daripada keperluan pendidikan khusunya untuk membantu perkembangan
negara menjadi sebuah negara maju (Jaka Warsihna 2016). Bagi mata pelajaran bahasa melayu,
murid Tahap Satu difokuskan untuk mencapai tahap penguasaan minimum asas literasi iaitu
kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur (KPM 2016). Banyak kajian yang telah
dijalankan mendapati membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran
membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik (Abdull
Sukor & kalaidevi 2012). Kegagalan menguasai bacaan boleh menjejaskan pembelajaran dan
kemajuan dalam prestasi pembelajaran dan dalam semua mata pelajaran, termasuk ujian dan
peperiksaan (Abdul Rashid 2011; Scahill, 2010; Nurhayati Nasir 2016), menghalang
pembelajaran dan penguasaan ilmu ditahap yang lebih tinggi (Slavin, Cheung, Golf, &
Lake,2008; Hirsh, 2019), disamping membantut dan memadamkan minat serta keinginan
murid-murid untuk terus belajar dan mencari ilmu pengetahuan (Ruzaini Rani, 2015;Khotijah
Kamsul,2017).

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Program Pemulihan Khas

Sifat sosial murid yang berbagai-bagai boleh digunakan oleh guru untuk merancang aktiviti
PdPC dengan lebih menarik. Guru terutamanya terutamanya guru Bahasa Melayu perlu kreatif
dan inovasi dalam memupuk aktiviti PdPC supaya murid-murid terlibat secara langsung dalam
PdPC tersebut. Pencapaian objektif dalam sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada
pemilihan dan perancangan guru dalam aspek pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti (Che
Zanariah dan Fadzilah 2011). Guru Bahasa Melayu perlu menggunakan startegi pengajaran
yang sesuai dengan kepelbagaian murid di dalam kelas (Zamri 2014).
Dale(1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila
dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui
pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Penggunaan bahan-
bahan rakaman, gambar, papan tanda, pesanan ringkas juga boleh dijadikan bahan bacaan
kanak-kanak, dan tidak terbatas kepada bahan bacaan semata-mata (Fauzia Khursheed 2015).
Beberapa pengkaji telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan didik hibur seperti
Zakaria Bin Khalid dan Ariff Fadillah bin Khalil (2010), Saayah Abu, Rohaty Mohd.Majzub
& Nor Aishah Buang (2010); Hasnalee dan Zulkifley (2011) dan Noraini Othman (2012)
mendapati aktiviti didik hibur berjaya menambahkan minat kanak-kanak untuk membaca.
Melalui pendekatan ini juga, aspek perkembangan fizikal, sosioemosi, kognitif dan Bahasa
serta potensi kanak-kanak dapat ditingkatkan ketahap maksimum (KPM 2010). Menurut
Mazlan (2016), kaedah humor sebagai salah satu pendekatan didik hibur sesuai dijalankan
dalam PdP Bahasa Melayu. Muzik juga merupakan terapi (Mok Soon Sang, 2010).
Ketiadaan komunikasi secara dua hala antara guru dan murid pula akan mengakibatkan
sesi pembelajaran menjadi tidak efektif dan efisien. Isu ini dikeruhkan lagi apabila masih ramai
guru yang sukar mengubah teknik PdP kepada kaedah terkini seperti aplikasi teknologi untuk
membolehkan mereka menyampaikan bahan pengajaran secara dalam talian (Ahmad Rizal et
al. 2016). Penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan pelajar sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya meningkatkan pembelajaran yang cekap
(Jasmi, Ilias,Tamuri, dan Mohd Hamzah 2011). Strategi pengajaran yang Pelajar dapat
mengingat melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang melibatkan gambar dan visual
(Abdullah, Abdullah, Rosman, & Ilias, 2015). Berdasarkan kepada literatur ini, saya
menggunakan kad gambar, kad perkataan, slaid powerpoint, video nyanyian, papan padanan,
i-think board, dan step board yang saya namakan sebagai Kit Pemulihan Khas Sehari Setema
(PKP Setem) bagi meningkatkan penguasaan murid membaca perkataan KV+KVKK.

Motivasi KepadA Guru dan Murid

Kajian ini didasari oleh Teori Motivasi Dua Faktor Herzberg oleh Frederick Herzberg (1957).
Teori yang menumpukan kepada keadaan tempat kerja dalam menentukan tahap kepuasan
kerja ini menggabungkan ‘Motivasi’ yang diistilahkan sebagai faktor ‘intrinsik’ iaitu dalaman
dan faktor ‘hygienie’ sebagai faktor ekstrinsik (luaran).
Kefungsian keluarga jelas mempengaruhi motivasi pencapaian individu dalam
pelbagai aspek (Ahmad Khairuddin et al 2018). Murid bermotivasi untuk belajar jika mereka
dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan
dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran sedia
ada (Muhammad Faizal & Julie Williams (2014). Guru adalah jentera terpnting dalam
memastikan proses Pendidikan berjalan mengikut acuan yang diingini. Dengan situasi dunia
yang mementingkan Pendidikan, guru juga berdepan dengan pelbagai isu dan masalah yang
mencabar dalam mendidik anak bangsa (Zamri 2014).
Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti
hilang keyakinan, capat meradang, agresif, fikiran menjadi berstruktur dan hilang daya
konsentrasi ( Raja Maria Diana Raja Ali 2011). Malahan guru yang gagal mengawal diri akan
memberi kesan bukan sahaja kepada perhubungan antara guru dengan pelajar, malah kualiti
dalam pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri (Sapora Sipon 2010). Ganjaran banyak
membantu murid-murid aktif di dalam sesuatu sesi PdP (Zamri 2021).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu: pemerhatian
(isu), refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian semula dan refleksi semula. Kajian ini
melibatkan urutan langkah berikut:
a) Mengenalpasti isu
b) Membuat pemerhatian (I)
c) Refleksi berdasarkan ikuiri kendiri (I)
d) Membuat perancangan
i. Intervensi: Menggunakan Kit PKP Setem
ii. Indikator /petunjuk kejayaan intervensi:
- Penilaian prestasi melalui hasil bacaan murid dan ujian bertulis
(menggunakan Instrumen Saringan 2 LINUS2.0 Bahasa Melayu Tahun 2.
- Kurang kesilapan dan markah ujian skurang-kurangnya 4/5.
e) Melaksanakan tindakan
- Dilaksanakan secara atas talian (google meet) dan dalam bilik darjah mengikut
norma baharu (penjarakan sosial) selama 2 waktu mengajar.
f) Membuat pemerhatian semula (II)
g) Membuat refleksi semula (II)

Responden terdiri daripada 7 orang murid pemulihan khas Tahun 3.


DAPATAN KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan isu yang diperhatikan, saya telah membina inkuiri kendiri dan catatan dapatan
refleksi seperti yang dinyatakan dalam lampiran.

Berdasarkan reffleksi, saya membuat perancangan untuk meningkatkan tahap


pengusaan murid dalam kemahiran membaca perkataan KV+KVKK. Saya memperkenalkan
Kit PKP Setem (Pemulihan Khas Pembelajaran Sehari Setema) untuk membantu murid-murid
meningkatkan penguasaan kemahiran asas membaca perkataan KV+KVKK. Terdapat tujuh
jenis bahan yang terkandung di dalam Kit PKP Setem ini iaitu himpunan lagu-lagu suku kata
KVKK, himpunan slide power point mengikut tema bagi kemahiran KV+KVKK, kad padanan,
i-think board, step board,lembaran kerja peta i-think dan gambar untuk diwarnakan serta papan
putih mini yang saya gunakan dalam Aktiviti 1 hingga Aktiviti 7.

Pelaksanaan Aktiviti 1: Murid melihat tayangan video lagu suku kata. Murid menyanyikan lagu
sukukata dengan membuat pergerakkan sambil menghafal sukukata yang dinyanyikan. Murid
akan membaca sukukata secara latih tubi tanpa iringan lagu sebagai pengukuhan ingatan
mereka.

Rajah 3 : Perkongsian video dalam kumpulan whatapps dan nyanyian dalam set induksi (google meet)

Pemerhatian Aktiviti 1: Bagi saya penerapan unsur didik hibur dalam PdPC pemulihan khas
khususnya sangat memberikan kesan yang mendalam bagi menguatkan daya ingatan murid.
Melalui nyanyian lagu suku kata ini, murid akan mudah mengingat bunyi ejaan suku kata dan
sebutannya dengan betul. Lagu suku kata ini mempunyai penggunaan huruf vokal yang
pelbagai. Sebagai contoh, bang (vokal a), bing (vokal i), bung (vokal u), beng (vokal e) dan
bong (vokal o). Semasa pembelajaran bersemuka, saya menggunakan LCD dan Projektor bagi
melaksanakan pembelajaran bertema ini. Lagu suku kata akan saya mainkan sewaktu set
induksi dan semasa murid sedang melaksanakan aktiviti menulis dan membuat latihan untuk
mengukuhkan ingatan murid terhadap bunyi suku kata yang dieja.
Pelaksanaan Aktiviti 2: Murid membaca perkataan dan melihat gambar mengikut kemahiran
dan tema pada hari tersebut melalui persembahan powerpoint. Murid membaca secara latih tubi
perkataan dan gambar yang dilihat.

Rajah 4 : Sesi pengajaran bertema secara atas talian

Pemerhatian Aktiviti 2: Saya menggunakan pembelajaran secara bertema bagi memudahkan


murid memahami apa yang sedang mereka belajar. Dengan menggunakan tema, murid akan
lebih memahami maksud sesuatu perkataan. Terdapat 4 tema bagi kemahiran KV+KVKK ini
iaitu benda, benda yang tidak boleh dimakan, haiwan dan makanan. Murid akan belajar 6 atau
7 perkataan sahaja bagi satu tema. Satu hari, murid akan belajar satu tema.

Pelaksanaan Aktiviti 3: Murid memadankan gambar dengan perkataan pada papan padanan

Rajah 5 : Kad Padanan dan papan padanan


Pemerhatian Aktiviti 3: Dalam pembelajaran atas talian, murid dapat melihat tayangan slaid
powerpoint untuk mengeja dan menyebut perkataan yang di pelajari. Guru akan menggunakan
kaedah latih tubi ejaan dan bacaan secara lisan (buka mikrofon kemudian eja perkataan yang
ditunjukkan) dan bertulis (tulis di dalam chatbox) semasa google meet. Ianya dilakukan secara
individu mengikut giliran. Modul digunakan dalam pembelajaran secara luar talian di mana
murid akan memadankan gambar dengan perkataan yang terdapat di dalam modul tersebut.
Dalam pembelajaran secara bersemuka pula, murid akan melihat tayangan powerpoint bagi
kemahiran KV+KVKK, membaca secara latih tubi serta memadankan kad perkataan dan kad
gambar bagi kemahiran KV+KVKK secara individu dan berpasangan.
Pelaksanaan Aktiviti 4: Murid diberikan i-think board dan murid memadankan perkataan
dengan gambar pada peta buih tersebut secara individu atau berpasangan. Guru menyemak
jawapan murid dan meminta murid membuat pembetulan bagi hasil padanan yang salah.

Rajah 6: I-think Board

Pemerhatian Aktiviti 4: Semasa PdPR, saya telah menyediakan modul pemulihan khas kepada
murid yang mengandungi peta i-think iaitu peta bulatan atau peta buih dan gambar untuk murid
warnakan. Murid akan mewarna gambar tersebut, menampalkannya ke dalam peta i-think dan
melabelkan gambar tersebut. Semasa pembelajaran secara bersemuka, saya akan menggunakan
i-think board bagi menarik lebih keseronokkan kepada murid. Murid akan memadankan
perkataan dengan gambar mengikut tema.
Pelaksanaan Aktiviti 5: Murid diberikan step board. Murid akan menampal gambar, perkataan
dan membina ayat mudah berdasarkan gambar. Murid menulis ayat dengan pen marker
diruangan yang disediakan.

Rajah 7: Step Board

Pemerhatian Aktiviti 5: Murid akan diberi step board. Murid akan menampal gambar,
menampalkan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar, dan kemudian cuba membina ayat
seperti yang telah mereka pelajari. Penggunaan perkataan saya, ini, itu, suka dan ada amat
digalakkan dalam usaha untuk membimbing murid membina ayat mudah. Saya menekankan
penggunaan 3 perkataan sahaja di dalam satu baris ayat untuk membantu murid sesuai dengan
latar belakang mereka. Manakala semasa pembelajaran secara atas talian, saya hanya
menggunakan slaid powerpoint untuk membimbing murid membina ayat dengan mengadakan
aktiviti latih tubi bacaan ayat.

Pelaksanaan Aktiviti 6: Murid menyiapkan lembaran kerja yang mengandungi peta i-think
(peta buih atau peta bulatan). Murid menampal hasil kerja tersebut di dalam buku tulis.

Rajah 8: Lembaran kerja murid

Pemerhatian Aktiviti 6: Saya telah menyediakan gambar-gambar untuk diwarnakan dan peta i-
Think di dalam Kit PKP SETEM ini. Bahan ini akan digunakan sebagai latihan dan
pengukuhan kepada murid. Murid akan mewarna gambar yang telah dipelajari dan kemudian
menampalkannya pada peta i-Think. Hasil kerja tersebut akan ditampal pula di dalam buku
tulis murid. Bahan-bahan untuk aktiviti ini sesuai dan boleh dilaksanakan dalam sesi
pembelajaran atas talia, diluar talian mahupun pembelajaran secara bersemuka.

Rajah 9: Hasil kerja murid


Pelaksanaan Aktiviti 7: Murid membuat ejaan secara bertulis pada papan putih mini sebagai
latihan pengukuhan.
Pemerhatian Aktiviti 7: Sebagai pengukuhan, saya menggunakan papan putih mini berbentuk
awan ini dalam aktiviti ejaan secara bertulis untuk menguji semula tahap daya ingatan murid
terhadap apa yang telah mereka pelajari sebagai aktiviti penutup.
Penilaian Pencapaian Murid
Pencapaian murid-murid dinilai berdasarkan kepada dua ujian yang telah dijalankan iaitu Ujian
Pra dan Ujian Pos. Kedua-kedua ujian ini telah dijalankan ke atas murid yang sama. Kaedah
ujian ini digunakan bagi menilai tahap pemahaman, penguasaan dan kemahiran murid. Ujian
Pra digunakan untuk mendapatkan data yang menunjukkan kelemahan murid mengenai tajuk
yang dikaji. Ujian Pos pula bertujuan melihat kemajuan dan kelemahan selepas menjalankan
intervensi dan melihat keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam meningkatkan
kemahiran membaca perkataan KV+KVKK. Dua set soalan yang sama untuk Ujian Pos dan
Ujian Pra telah digunakan. Kedua-dua ujian menggunakan instrumen yang sama iaitu
Instrumen Saringan 2 LINUS2.0 Bahasa Melayu Tahun 2. Terdapat peningkatan pencapaian
murid yang ketara dalam memahami dan menguasai kemahiran membaca perkataan
KV+KVKK selepas intervensi dilaksanakan.

Jadual 1: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Murid Pemulihan Khas Tahun 3

Murid Ujian Pra Ujian Pos


(menggunakan Intsrumen saringan 2 (menggunakan Intsrumen saringan 2 Bahasa
Bahasa Melayu LINUS2.0 tahun 2018) Melayu LINUS2.0 tahun 2018)
Markah penuh 5 Markah penuh 5
1 0 5
2 0 5
3 0 5
4 0 5
5 0 5
6 0 5
7 0 5

5 5 5 5 5 5 5

0 0 0 0 0 0 0

MURID 1 MURID 2 MURID 3 MURID 4 MURID 5 MURID 6 MURID 7

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 10: Perbandingan Keputusan Ujian Pra & Ujian Pos Bagi Murid Pemulihan Khas Tahun 3

Berdasarkan Jadual 2 dan Rajah 4 menunjukkan data yang diperolehi oleh murid kumpulan
sasaran. Graf dalam Rajah 4 menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan ini menunjukkan
ke semua kumpulan sasaran dapat mencatat peningkatan dalam penguasaan kemahiran
perkataan KV+KVKK dengan baik. Murid mendapat skor penuh bagi ujian pos berbanding
skor 0 dalam ujian pra.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada
objektif kajian.

Objektif 1: Membangunkan pendekatan pengajaran yang menarik minat murid


pemulihan khas mempelajari kemahiran membaca.

Saya dapati bahawa penggunaan Kit PKP Setem membolehkan murid menguasai
kemahiran asas membaca perkataan KV+KVKK dengan baik dan menyeronokkan. Ini
disokong dengan kajian Zakaria Bin Khalid dan Ariff Fadillah bin Khalil (2010), Saayah Abu,
Rohaty Mohd.Majzub & Nor Aishah Buang (2010); Hasnalee dan Zulkifley (2011) dan Noraini
Othman (2012) mendapati aktiviti didik hibur berjaya menambahkan minat kanak-kanak untuk
membaca. Kit yang dilengkapkan dengan bahan-bahan maujud yang bermula daripada set
induksi hinggalah penutup PdPC ini sangat membantu saya dalam meningkatkan kefahaman
murid pemulihan khas ini. Murid pemulihan saya ini tidak lagi mendiamkan diri malah
melaksanakan aktiviti dengan alat dan bahan yang telah saya sediakan. Dapatan ini adalah
selari dengan kajian Abdullah, Rosman & Ilias (2015) yang mendapati pelajar dapat mengingat
melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang melibatkan gambar dan visual.
Himpunan lagu-lagu suku kata KVKK yang saya jadikan koleksi daripada video
youtube dan saya gunakan pada setiap hari iaitu semasa menjalankan set induksi amat
membantu murid mengingat cara membunyikan suku kata KVKK dengan betul. Lagu-lagu
yang saya sediakan ini adalah untuk membantu menarik minat murid dan mendapatkan
kesediaan mereka untuk belajar membaca serta meningkatkan kemahiran asas membaca.
Kenyataan ini di sokong dengan pendapat Mok Soon Sang (2010) yang menyatakan bahawa
muzik juga merupakan terapi. Unsur didik hibur dalam nyanyian yang diterapkan dalam sesi
PdPC ini mewujudkan suasana pembelajaran yang menceriakan. Kenyataan ini disokong oleh
Mazlan (2016) yang menyatakan bahawa kaedah humor sebagai salah satu pendekatan didik
hibur sesuai dijalankan dalam PdPC Bahasa Melayu.
Aktiviti melalui penggunaan kad padanan, i-think board, step board dan papan putih
mini juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus murid pemulihan khas.
Alat dan bahan yang digunakan ini dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap apa yang
sedang mereka pelajari berdasarkan tema. Murid akan faham maksud perkataan dan gambar
yang mereka lihat melalui tema yang diajar pada hari tersebut. Kenyataan ini disokong dengan
pendapat Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila
dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui
pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.
Saya juga mengamalkan pelaksanaan langkah-langkah intervensi konsep pengajaran
dari mudah ke sukar. Konsep ansur maju amat dititik beratkan dalam PdPC pemulihan khas.
Murid-murid didedahkan dengan huruf terlebih dahulu, kemudian suku kata, seterusnya
perkataan dan frasa serta akhir sekali ialah ayat. Konsep ansur maju ini dapat membantu proses
pembelajaran murid menjadi mudah. Penggunaan step board dalam kit ini menggunakan teknik
ansur maju dimana murid akan dibimbing membina ayat bermula daripada meletakkan gambar,
menulis nama perkataan bagi gambar tersebut dan seterusnya membina ayat mudah dengan
menggunakan tiga perkataan dalam satu ayat. Ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan
oleh Che Zanariah dan Fadzilah (2011) yang menyatakan bahawa pencapaian objektif dalam
sesuatu pengajaran adalah bergantung kepada pemilihan dan perancangan guru dalam aspek
pendekatan, kaedah, Teknik dan aktiviti.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja dapat menarik minat
mereka malah dapat meningkatkan penguasaan dalam kemahiran asas membaca dengan baik.
Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan, murid menunjukkan minat dalam
menggunakan Kit PKP Setem yang diperkenalkan kepada mereka tidak kiralah semasa
pembelajaran secara bersemuka atau secara atas talian. Kit ini berbentuk mesra pengguna,
mudah alih dan fleksibel. Mudah dibawa kemana-mana serta tahan lasak. Ia juga selamat
digunakan oleh murid dan menyeronokkan.
Saya menggunakan komputer riba, LCD projektor serta alat pembesar suara di dalam
kelas semasa aktiviti nyanyian semasa pembelajaran secara bersemuka. Saya dan murid-murid
akan menyanyi sambil menari. Ini amat menceriakan hati mereka. Ini disokong oleh kajian
Jasmi, Ilias, Tamuri, dan Mohd Hamzah (2011) serta Illias, Ismail, dan Jasmi (2013) yang
mendapati bahawa penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan belajar
sepanjang proses PdPC serta berupaya meningkatkan pembelajaran yang cekap. Kit ini sesuai
digunakan dalam kedua-dua situasi pembelajaran sepanjang pendemik ini. Murid lebih
bersemangat dan berminat untuk belajar membaca. Penerapan peneguhan positif seperti pujian
dan kata-kata galakan membantu saya meyakinkan murid untuk menyebut dan membaca
perkataan yang dipaparkan.
Kajian ini menunjukkan bahawa Kit PKP SETEM yang diperkenalkan dapat membantu
murid menguasai kemahiran perkataan KV+KVKK dengan mudah dan berkesan. Murid begitu
seronok dan merasakan kaedah ini memudahkan mereka melaksanakan aktiviti hands on
walaupun mereka tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa melayu dan tidak faham apa yang
diucapkan oleh guru. Kejayaan dalam menguasai sesuatu kemahiran itu dapat dilihat dengan
jelas melalui hasil kerja dalam setiap aktiviti yang dirancang dan riak wajah kegembiraan yang
mereka tunjukkan.

Objektif 2: Meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan KV+KVKK melalui


proses pembelajaran yang menyeronokkan.

Dalam pelaksanaan kajian tindakan, saya telah menjalankan tujuh aktiviti menggunakan Kit
PKP Setem berdasarkan kepada latar belakang dan budaya murid. Aktiviti ini telah banyak
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVKK yang
merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar untuk dikuasai oleh murid lebih-lebih lagi
dalam kalangan murid-murid di SJKC. Dapatan ini disokong dalam kajian Abdul Rashid
(2010) yang mendapati bahawa murid kaum cina mempunyai masalah dalam pembelajaran
Bahasa Melayu kerana sukar untuk dipelajari.
Berdasarkan kepada kajian tindakan yang telah dilaksanakan, saya mendapati sikap
murid-murid terhadap bacaan dalam program pemulihan khas pada peringkat awal telah
berubah berbanding sebelumnya. Prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh
murid adalah di luar jangkaan saya. Murid-murid berupaya membaca perkataan KV+KVKK
serta memahami maksud perkataan KV+KVKK menggunakan Kit PKP Setem dengan baik.
Ini menunjukkan mereka sudah faham dan lebih berkeyakinan untuk membaca seterusnya
mewujudkan komunikasi yang baik dengan guru yang berlainan bangsa. Objektif kajian saya
tercapai. Ini bertepatan dengan hasrat KPM (2016) iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
murid Tahap Satu difokuskan untuk mencapai tahap penguasaan minimum asas literasi iaitu
kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan menggunakan prinsip pengajaran pemulihan
khas dari mudah kepada sukar iaitu ansur maju. Teknik didik hibur diterapkan agar menarik
minat murid untuk belajar dan mencuba setiap aktiviti yang guru laksanakan. Aktiviti hands
on dan minds on juga dilaksanakan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. Selain
daripada itu, saya telah mengaplikasikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21
yang dapat membantu saya untuk menyampaikan pengajaran dengan cara yang mudah
difahami dan menarik minat murid-murid. Pernyataan ini disokong oleh pengkaji Fouzia
Khurseed (2015) dimana penggunaan bahan-bahan rakaman, gambar, papan tanda, pesanan
ringkas juga boleh dijadikan bahan bacaan kanak-kanak, dan tidak terbatas kepada bahan
bacaan semata-mata. Pembelajaran menggunakan kaedah satu hari satu tema meningkatkan
kefahaman murid terhadap maksud perkataan yang dipelajari pada hari tersebut.
Penilaian yang dibuat selepas pelaksanaan Kit PKP Setem menggunakan Instrumen
Saringan 2 LINUS2.0 bahasa Melayu Tahun 2 menunjukkan peningkatan tahap kefahaman
murid terhadap kemahiran membaca perkataan KV+KVKK. Murid telah faham cara sebutan
suku kata KVKK dan seterusnya dapat membaca perkataan KV+KVKK dengan betul. Setelah
murid dapat membaca perkataan tersebut, steterusnya murid dapat membina ayat mudah
dengan sendirinya menggunakan step board dalam Kit PKP Setem.

Objektif 3: Meningkatkan keyakinan serta motivasi guru dan murid dalam pengajaran
dan pembelajaran terhadap murid yang berbeza bahasa dan budaya.

Saya menjadi lebih yakin dengan penggunaan kit yang mengandungi pelbagai teknik
dan kaedah ini. Melalui pendekatan ini, murid-murid menunjukkan perubahan positif
terutamanya semasa sesi PdPc tidak kiralah semasa pembelajaran secara bersemuka mahupun
diatas talian. Penglibatan murid secara aktif dapat saya lihat dengan jelas walaupun murid
masih lemah bertutur secara lisan dengan saya. Pernyataan ini disokong dalam kajian
Muhammad Faizal dan Julie Williams (2014) yang menyatakan bahawa murid bermotivasi
untuk belajar jika mereka dilibatkan secara aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya
meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran sedia ada.
Sudah pastinya diperingkat awal kajian dijalankan saya agak risau jika arahan yang
diberikan tidak dapat difahami oleh murid. Namun, setiap aktiviti bagi setiap langkah yang
dirancang amat membantu saya mengawal dan membimbing murid seterusnya membantu
PdPC saya menjadi lebih menarik. Unsur didik hibur, aktiviti hans-on dan minds on yang saya
terapkan menjadi pemangkin untuk murid-murid ini belajar dan memberikan respon dalam
Bahasa Melayu. Penggunaan Kit PKP SETEM telah memberikan motivasi serta keyakinan
kepada saya sebagai guru melayu dan guru baharu yang berada di SJKC ini, dalam keadaan
pendemik ini. Hubungan antara saya dan murid juga semakin akrab. Pernyataan ini disokong
dalam kajian Sapora Sipon (2010) mendapati bahawa guru yang gagal mengawal diri akan
memberi kesan bukan sahaja kepada perhubungan antara guru dengan pelajar, malah kualiti
dalam pengajaran dan pembelajaran guru itu sendiri.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menggunakan Kit PKP Setem ini amat membantu dan
memberikan keyakinan diri kepada saya untuk melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
dengan mudah. Banyak pentaksiran yang boleh dibuat melalui aktiviti yang dijalankan
bermulalah daripada set induksi sehingga penutup PdPC. Setiap langkah terdapat pentaksiran
yang saya boleh lihat dan rekodkan. Pernyataan ini disokong oleh Shazali (2018) yang
menyatakan bahawa Buku Panduan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dapat memberikan idea
kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah pengajaran dan
pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.
Unsur PAK21 yang diterapkan juga dapat merangsang minda murid untuk belajar.
Murid tetap aktif dan bersemangat melaksanakan tugasan yang diberikan. Ganjaran, ucapan
dan penghargaan juga sering saya berikan kepada murid sebagai pemangkin kepada mereka
untuk belajar serta membina hubungan mesra dengan murid. Dapatan ini sesuai dengan
pendapat Zamri (2014) yang menyatakan ganjaran banyak membantu murid-murid aktif di
dalam sesuatu PdPC. Guru yang bermotivasi akan melahirkan murid yang berjaya dan
cemerlang. Murid yang bermotivasi akan melahirkan generasi yang celik huruf dan bersahsiah
terpuji.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian tindakan ini, pembelajaran pemulihan khas ini akan lebih bermakna
sekiranya kita sebagai guru berjaya menarik minat dan keyakinan murid mempelajari
kemahiran asas membaca dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Guru perlu lebih
kreatif menjayakan PdPC berdasarkan latar belakang dan budaya murid serta sentiasa mencari
jalan penyelesaian untuk menjadikan mereka meminati pembelajaran pemulihan khas lebih-
lebih lagi dalam kemahiran membaca bagi memenuhi aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025
iaitu kemahiran berfikir dan berpengetahuan. Saya akan terus mendapatkan kaedah yang
bersesuaian dengan kemahiran yang diajar dan meningkatkan tahap profesionalisme saya
dengan mencari bahan yang boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dalam bilik darjah sama ada secara bersemuka ataupun secara atas talian. Saya juga akan terus
menggunakan kit ini bagi topik yang seterusnya. Ini kerana kit ini bukan sahaja sesuai bagi
kemahiran KV+KVKK malah bagi semua kemahiran yang terdapat di dalam Buku Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Semoga segala usaha dan dan pengorbanan kita selama ini, mampu
mencapai matlamat memastikan semua murid pemulihan khas menguasai kemahiran asas 3M
(mambaca, menulis dan mengira) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
salah satu agenda nasional yang dihasratkan (Suhaimee 2019).

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar (The Problems To Read And Writing
Skills In Malay Language Among Rural Primary School Children). Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu (1-11)
Bahagian Perkembangan Kurikulum KPM (2018) Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) 43-59
BPKHAS KPM (2012) Garis Panduan Pelaksanaan Proram Pemulihan Khas (1-30)
BPKHAS KPM (2019) Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Program
Pemulihan Khas (2-3)
Jaafar, R (2020). Strategi Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Menulis Dalam Kalangan Pelajar
Etnik Cina dan India Ketika Belajar Bahasa Melayu (Learning Strategy In Listening and Writing
Skills Among Chinese and Indian Ethnic Student When Learning Of Malay Language). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 64-76.
Mahamod, Z. Ghani, K.A.A, & Mohammad, W.M.R.W (2016). Penggunaan Strategi Pengajaran
Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina Berdasarkan Sikap dan Kemahiran Bahasa (Malay
Language Learning Strategies Use Among Chinese Student Through Attitude And Language
Skills). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38-51

Peng, C.F (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina Sekolah
Rendah (Learning Problem Of Malay Language Among The Chinese Pupils Primary
School). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22
Ramlah , Nor Afni, Siti Fathimah Az-Zahra (2016). Aktiviti Didik Hibur Dalam Kalangan
Guru Prasekolah Di daerah Gombak (Edutainment Activities Among Pre-School Teacher
In Gombak Area). Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jilid 5 (2016) 19-29
Roslan Chin And Nurakmah Yusoff (2017) Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk
menguasai Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas (27-39)
Yashak, A, Shak, M.S.Y, Tahir, M.H.M, Shah, D.S.M & Mohamed, M.F (2020). Faktor
Motivasi Teori Dua Faktor Herzberg dan Tahap Motivasi Guru Pendidikan Islam
(Herzberg Two-Factor Theory’s Motivation Level). Sains Insani, 5(2), 65-74

Anda mungkin juga menyukai