Anda di halaman 1dari 12

CONTOH PENULISAN LAPORAN PENUH KAJIAN

BIL 1. 2. KANDUNGAN Sekilas Bicara Abstrak MUKA SURAT 2 3

3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian

6.

Objektif Khusus

7.

Kumpulan Sasaran

8.

Pelaksanaan Kajian

6 - 17

9. 10.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Bibliografi

17 18

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya, maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan pada kali ini. Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid pemulihan khas khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan. Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan ( GURU PEMULIHAN KHAS ) SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi 2010

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu murid-murid pemulihan khas tahun 2 seramai 2 orang. Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang bulan Januari hingga Februari. Pemerhatian ini khusus untuk melihat penguasaan anak-anak murid saya dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan

menyeronokkan yang memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran yang dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam kaedah IT Bestari ini membolehkan murid mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat

membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Saya telah ditugaskan mengajar murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun saya mengalami banyak masalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan. Beberapa cara telah digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang pastinya masih ada di kalangan murid tahap satu yang belum menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan dengan baik terutamanya murid-murid pemulihan khas . Beberapa orang murid pemulihan yang berada dalam tahap satu langsung tidak mempunyai minat dan usaha untuk menguasai kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi murid yang tersisih apabila berada di dalam kelas. Disebabkan mereka tidak pandai membaca walaupun suku kata yang paling mudah, guru mata pelajaran yang mengajar Bahasa Malaysia sukar untuk mengajar matapelajaran Bahasa Malaysia akibat daripada masalah tersebut. Dalam pemerhatian saya, mereka tidak menunjukkan kesungguhan dalam kemahiran mengeja suku kata yang diberikan. Mereka tidak dapat membatangkan sukukata dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh yang demikian mereka selalu melengkapkan suku kata atau perkataaan yang salah apabila guru meminta mereka melengkapkan semula sukukata yang disebutkan. Saya pernah menggunakan kaedah yang lain untuk membantu mereka mengingat semula suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah menyuruh mereka mengeja suku kata awalan sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti dengan suku kata kedua. Namun, mereka masih belum menguasainya. Akibatnya mereka berputus asa untuk mengeja perkataan tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut kurang berminat untuk menguasai

kemahiran dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal melengkapkan perkataan dengan baik. Saya perlu memperbaiki kelemahan pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk muridmurid saya . 2. FOKUS KAJIAN Murid pemulihan memang sangat bermasalah dalam mengenal perkataan-perkataan tertentu. Saya akan fokuskan kajian kali ini terhadap masalah mengeja,menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat mengecam bunyi suku kata dan menyebut perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut dengan baik. Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan perisian powerpoint mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv , saya berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka. 3. OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut : i. ii. Objektif umum Mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja , menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah agar Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv supaya mereka dapat menyebut sukukata dengan betul. murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv Meningkatkan kebolehan murid menggunakan perisian powerpoint dalam menguasai kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.

Guru dapat menguji keberkesanan perisian powerpoint yang dibina untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan khas dalam mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv 4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan. 5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1.

Tinjauan Masalah Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan mengutip data seperti berikut.

Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan

didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih banyak mendiamkan diri dan tidak mahu mengeja sukukata dan perkataan dengan betul. Murid juga tidak dapat melengkapkan perkataan dengan sempurna

Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 ) Ujian pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan penguasaan murid terhadap kemahiran yang akan diuji. Ujian ini mengandungi 24 perkataan kvkv bergambar yang perlu dilengkapkan oleh murid .

Murid yang tidak dapat melengkapkan kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat dalam kajian ini. Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mat a,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa ) Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan murid berdasarkan gambar.

KEPUTUSAN UJIAN PRA. Keputusan ujian pra yang telah dilakukan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1 diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat melepasi sasaran markah yang ditetapkan untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang demikian, saya telah membina bahan-bahan latihan secara interaktif dalam bentuk powerpoint bagi mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkv bagi membolehkan murid menguasai kemahiran yang dikehendaki dengan lebih baik. Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan ialah Kaedah IT Bestari Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu murid murid menggunakan bahan latihan powerpoint yang telah saya bina khas untuk murid-murid pemulihan yang terlibat. Aktiviti yang dijalankan Empat aktiviti yang dijalankan iaitu Nyanyi lagu sukukata dan perkataan Eja dan sebut perkataan Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv Latihan melengkapkan perkataan interaktif. Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan perkataan. Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010 Cara pelaksanaan Guru memaparkan senikata lagu . Murid mengeja sukukata pada lagu tersebut. Mendengar lagu suku kata yang dinyanyikan oleh guru. Murid menyanyikan secara individu dan berkumpulan Murid menyanyikan lagu sukukata dengan dengan iringan muzik Guru menambahkan pada senikata lagu dengan perkataan berdasarkan lagu suku kata yang diberi. Untuk pengukuhan guru menukar perkataan lain untuk menyanyikan lagu tersebut.

a) b) c) d)

Aktiviti 1 CONTOH LAGU SUKUKATA

ba be bi bi be bu bo bo

ba ba be be bi bi bi bi be be bu bu bo bo bo bo

ba be be be be bu bu bu

Tambahkan perkataan dibelakang bersama gambar ba ba ba ju

be be be si bi bi bi ru bi be bu bo bo bi be bu bi ri be bu be bu be ca bu ku

bo la bo la

pengukuhan : Guru menggunakan sukukata dan perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1


Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok menyanyikan lagu sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat mereka untuk menyebut sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat mengingat sukukata dan perkataan yang disebut. Penggunaan gambar perkataan dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat membantu murid mengingat perkataan kvkv yang digunakan. Pengukuhan dengan perkataan kvkv lain beserta dengan gambar dapat menambahkan lagi perkataan yang boleh diingati murid. Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010 Cara Pelaksanaan: Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk mengeja dan membunyikan sukukata serta menyebut perkataan kvkv yang disediakan. Murid diminta klik pada sukukata dan perkataan, suara mengeja dan menyebut sukuta akan kedengaran dan murid perlu mengikuti suara sukukata dan perkataan tersebut

Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat dimasukkan Refleksi dari aktiviti 2 Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv dengan mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan. Murid

dapat menggunakannya berulang-ulang, ini membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan betul Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat awal dan akhir, padan perkataan, isi huruf tertinggal menggunakan bahan powerpoint yang dibina guru Cara Pelaksanaan: Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint padan perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Gambar tidak dapat disertakan Refleksi dari aktiviti 3 Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat murid untuk terus menggunakan latihan powerpoint yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak membolehkan murid menguasai kemahiran menggunakan komputer dan dengan menggunakan hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja dengan perubahan sikap murid yang telah berminat untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya sediakan itu. Aktiviti 4 : Penggunaan bahan latihan Powerpoint melengkapkan perkataan kvkv dengan betul. Tarikh : 4 Mei hinga 8 Mei 2010 Cara Pelaksanaan: Murid mengguna bahan powerpoint yang telah dibina guru untuk melengkapkan perkataan kvkv berdasarkan gambar yang diberi. Murid melengkapkan perkataan kvkv secara rawak melalui nombor soalan yang diberi.

Gambar tidak dapat disediakan

Refleksi dari aktiviti 4 Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah dapat melengkapkan perkataan berdasarkan gambar dengan baik. Kaedah pengulangan melengkapkan perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS

1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei 2010 ) Ujian pos telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan dapat membantu penguasaan murid terhadap kemahiran yang diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra mengandungi melengkapkan perkataan kvkv yang diberikan.

24

Murid yang tidak dapat membaca dan melengkapkan kurang daripada 20 perkataan adalah gagal dalam kajian ini. Perkataan yang diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,kuda,lari,peti,bayi,mat a,yoyo,lori,beca,duku,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )

Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar. Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2 diatas. Keputusan menunjukkan murid telah berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksi Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT Bestari yang saya bina menggunakan program perisian powerpoint khusus untuk murid pemulihan ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid kvkv. Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan murid pemulihan dalam mengenal perkataan kvkv dengan mudah. Mereka telah dapat melengkapkan perkataan kvkv dengan baik berdasarkan gambar ataupun secara lisan. Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan membina bahan-bahan seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan yang lain pula. Saya juga amat berharap agar sentiasa mendapat sokongan daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama ada daripada sumbangan idea dan juga kewangan bagi membolehkan saya membina banyak lagi bahan-bahan seperti ini. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Sebagai lanjutan daripada kajian ini, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran asas mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan kvkvk. Saya akan cuba menambahkan lagi aktiviti interatif menggunakan aplikasi powerpoint yang telah saya pelajari sebaik mungkin....Insyaallah.. pemulihan khas untuk menguasai kemahiran mengeja, menyebut dan melengkapkan perkataan

BIBLIOGRAFI

Buku panduan, Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (masalah penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran & Pembelajaran ,Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, Belajar Cara Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia. Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah - sekolah Negeri Johor Jilid 2/2009 OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai