Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD FIRDEE AQASHA

SK BATU FERRINGHI
SKRIP CERITA TAHAP 1
SI TANGGANG ANAK DERHAKA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera
Terima kasih pengerusi majlis yang begitu ceria, barisan Hakim yang
arif lagi adil, penjaga masa yang teliti, para guru dan rakan-rakan
sekalian.
Senyum, senyum selalu
Senyum, senyum denganku
Tiada seindah senyuman
Hadirin yang dimuliakan,
Usahlah bermuram durja, gundah gulana, resah gelisah dan keluh
kesah.
Saksikanlah dan dengarkanlah, kisah Si Tanggang Anak derhaka
yang saya akan ceritakan pada pagi ini. Semoga terhibur dan
mengambil iktibar.
Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil
terdapat sebuah keluarga yang sangat miskin. Di dalam keluarga
tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si
Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepatah kais
pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.
Pada suatu hari, Si Tanggang meminta kebenaran kepada ibunya
untuk pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Tanggang
berjanji akan mendirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang
kalungkan intan permata pada tubuh ibunya.
Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak
kesayangannya itu. Mak Umpit merayu kepada Si Tanggang untuk
membatalkan hasratnya itu.
Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh
anaknya Si Tanggang. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang
meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.
Dalam perjalanan Si Tanggang untuk mencari kerja, dia terlihat ada

sebuah kapal dagang berlabuh di pantai. Si Tanggang mahu mencari


pekerjaan di sana. Maka bersusah payahlah Si Tanggang berenang
hingga sampai ke kapal yang sedang berlabuh itu.
Si Tanggang telah berjumpa dengan nakhoda kapal itu. Si tanggang
bersusah payah memujuk rayu kepada nakhoda. Mujurlah,
Si
tanggang diterima juga untuk bekerja. Dia berazam akan bekerja
sebaik mungkin bagi memenangi hati nakhoda itu.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si
Tanggang telah diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda
menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia
kini digelar Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan
namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga
sultan. Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan
Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata
tempat dan negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai


kampungnya. Mak Umpit berasa amat gembira. Mak Umpit dengan
segera mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.
Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Si
Tanggang berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan
yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Si Tanggang berpura-pura
tidak mengenali Mak Umpit. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang
mengatakan bahawa ibunya sudah tiada.
Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.
Kerana terlalu sedh, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki
dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung
semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus
menadah tangan ke langit dan berseru kepada Tuhan.

Melihat sikap anaknya itu,

Hancur luluh hati si ibu,


Doa dipohon kepada Yang Satu,
Si anak disumpah menjadi batu.

Akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu


akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap
ibunya....
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Para hadirin sekalian;
BegItulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi
dan menderhaka kepada orang tuanya. Janganlah menjadi angkuh
dan sombong kepada ibu bapa kita. Mereka telah bersusah payah
mendidik dan membesarkan kita dari kecil hingga ke dewasa. Oleh itu,
hargailah dan sayangilah ibu bapa kita.
Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada kedua ibu dan bapa.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai