Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN WELLESLEY

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN

1M1S

TARIKH

25 SEPTEMBER 2020 ( Jumaat )

MASA

7.20 PAGI – 12.00 tgh

TEMPAT

Gelanggang Sepak Takraw SK WELLESLEY


1.0 PENDAHULUAN

Pertandingan Sepak Raga Bulatan ini akan dijalankan sebagai kesinambungan kepada

pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Permainan sepak raga bulatan ini juga merupakan salah

satu permainan tradisional. Hal ini, berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan

yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan

permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.

Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini

yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek

kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini.

Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing

dan lain-lain.

Dengan ini, pertandingan Sepak Raga Bulatan sempena Karnival 1M1S diadakan untuk

mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan sepak takraw serta menyahut seruan kerajaan

bagi mewujudkan budaya sihat dikalangan warga sekolah.

2.0 RASIONAL

- Mengeratkan hubungan warga SK Wellesley.

- Mewujukan suasana yang ceria di SK Wellesley.


- Mencungkil bakat baru untuk diserap masuk sebagai pemain sepak takraw sekolah.

- Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

peserta.

- Menyihatkan tubuh badan melalui sukan sepak raga bulatan.

- Memberi kesedaran tentang kepentingan semangat kerjasama secara berpasukan

dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

- Merasai pengalaman,kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah

pertandingan.

- Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam

sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.

- Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat aktiviti futsal ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan

sihat, dan membudayakan sukan sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka

walaupun kita menjalani norma baharu sekarang ini. Di samping itu, aktiviti sepak raga

bulatan ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di

dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 SISTEM DAN FORMAT PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN

- Pertandingan akan dijalankan untuk murid Tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6.


- Pertandingan juga akan dijalankan mengikut aliran.

- Pasukan yang memperoleh jumlah timbangan yang paling banyak dalam

masa 2 minit akan dikira sebagai pemenang.

- Pertandingan akan dijalankan secara 3 pusingan iaitu pusingan pertama,

separuh akhir dan perlawanan akhir mengikut aliran.

4.2 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

- Murid akan dibahagikan kepada kumpulan bertiga.

- Setiap kumpulan dikehendaki menimbang bola dalam masa 2 minit.

- Seorang pemain hanya dibenarkan menimbang sebanyak 3 kali dan perlu

mengantar kepada rakan sepasukan.

- Setiap pasukan diberi masa selama 2 minit untuk menimbang bola.

- Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh

penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan

bertanding.

- Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

- Hadiah akan diberikan kepada pasukan yang mendapat tempat pertama,


kedua, ketiga dan keempat.

- Hadiah juga akan diberikan kepada, pemain terbaik Pertandingan sepak

raga bulatan.

4.3 MASA PERMAINAN

- Masa untuk setiap pasukan menimbang bola adalah 2 minit.

- Jika jumlah bilangan sama. Pasukan tersebut akan diberi masa lagi 2 minit

untuk menentukan siapa pemenang.

- Jika jumlah timbangan masih sama akan diadakan timbangan secara satu

lawan satu tanpa pengiraan masa.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Mohd Fahmy Bin Mustafa


[Guru Besar SK Wellesley]

Naib Pengerusi 1 : Pn Premalatha a/p Shamuganathan

[PK Kokurikulum]

Naib Pengerusi 2 : En En Mohd Talib bin Rahman


[PK Pentadbiran]

Naib Pengerusi 3 : Cik Mariani Binti Ahmad Basri


[PH HEM]

Setiausaha : En Luqman Hakim Bin Yaacob


[SU Sukan]

Bendahari : En Muhamad Fahmi Bin Najmi


Persiapan tempat : En Luqman Hakim

En Hasrol

Peralatan : En Wan Abdul Hadi

Pengadilan : En Selvaraj

En. Nurhadi

En. Hasrol

Aturcara / Hadiah : Pn Siti Hasaniah

Minuman Peserta : Pn Nurul Fazliana

Dokumentasi /jurugambar: Pn Tee Deng Leng

6.0 TEMPAT, MASA & TARIKH PELAKSANAAN

25 September 2020

7.30 Pagi hingga 12.00 tgh

Gelanggang Sepak Takraw SK Wellesley

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 da 6)

8.0 CADANGAN ATURCARA

21 September 2020 (Isnin)


Murid diberi surat kebenaran waris untuk menyertai pertandingan.

24 September 2020 (Khamis)

Murid diagihkan mengikut kumpulan masing-masing.

Murid diberi taklimat pertandingan.

25 September 2020 ( Jumaat)

7.30 pagi : Semua Peserta/murid berhimpun mengikut pasukan

7.40 pagi : Murid memanaskan badan dan diberi masa untuk membuat

timbangan

8.40 pagi : Pertandingan bermula, pusingan pertama

10.00 pagi : Rehat

10.30 pagi : Separuh akhir dan akhir

11.30 pagi : Majlis penyampaian hadiah

12.00 tgh : Semua murid bersurai


9.0 BELANJAWAN

BIL BUTIRAN RM

1. Bola sepak takraw Gajah Emas ( super x5)

1 biji RM63 X 3 189.00

Minuman dan roti

135 murid dan 10 guru) x RM1.20 174.00

Pingat

Tempat pertama, kedua, ketiga dan


keempat

3 keping pingat x RM6

RM18 x 4 Tahun 4

RM18 x 4 Tahun 5
216.00

RM18 x 4 Tahun 6

Trofi Pemain terbaik 20.00

1 trofi x RM20

JUMLAH 599.00

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………

( LUQMAN HAKIM BIN YAACOB )

Setiausaha Sukan SK WELLESLEY

Disahkan oleh:
………………………………..

Anda mungkin juga menyukai