Anda di halaman 1dari 22

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Sekilas Bicara

2.

Abstrak

3.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.

Fokus Kajian

5.

Objektif Kajian

6.

Objektif Khusus

7.

Kumpulan Sasaran

8.

Pelaksanaan Kajian

6 - 17

9.

Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

10.

Bibliografi

17

18

SEKILAS BICARA

Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah bersyukur saya


ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya,
maka dapatlah saya menjalankan dan menyempurnakan Kajian Tindakan
pada kali ini.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak


mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri
untuk

membantu

murid-murid

pemulihan

khas

khususnya

untuk

meningkatkan tahap kemahiran membaca dan melengkapkan.

Setinggi- tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar


SK. LKTP Tenggaroh Selatan, guru-guru Penolong Kanan serta guru- guru
rakan

seperjuangan

yang

terlibat

secara

langsung

mahu

pun

tidak

langsung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini..

Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka,


maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan
baik , demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di
dalam kemahiran asas membaca dan melengkapkan .

Wassalam.

Mat Zaidi b. Dahlan


( GURU PEMULIHAN KHAS )
SK. LKTP Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi
2010

1. Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk


meningkatkan
mengeja,

penguasaan

menyebut

dan

kemahiran
melengkapkan

perkataan kvkv dalam matapelajaran bahasa


Melayu Pemulihan Khas tahap 1 iaitu muridmurid pemulihan khas tahun 2 seramai 2
orang.
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian
saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang
dilakukan

sepanjang

Februari.

Pemerhatian

melihat

penguasaan

bulan
ini

Januari

hingga

khusus

untuk

anak-anak

murid

saya

dalam mengeja , menyebut dan melengkapkan


perkataan kvkv.
Saya telah menggunakan kaedah IT Bestari
iaitu menggunakan bahan Powerpoint dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mudah dan
menyeronokkan yang memberikan respon yang
sangat

baik

dari

kumpulan

sasaran

yang

dipilih. Setiap aktiviti yang disediakan dalam


kaedah

IT

Bestari

ini

membolehkan

murid

mengaksesnya sendiri dengan guru sebagai


pembimbing. Adalah diharapkan agar kajian
tindakan yang telah dibuat ini akan dapat
membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja
yang berminat membantu para pelajar yang
mempunyai masalah yang sama. Saya juga
amat berharap agar dapat membina bahan
powerpoint yang sama untuk murid menguasai
kemahiran-kemahiran

perkataan

yang

lain

dalam Bahasa Melayu khususnya murid-murid


Pemulihan Khas .

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


YANG LALU
Saya telah ditugaskan mengajar
murid-murid Pemulihan Khas SK. Tenggaroh
Selatan sejak tahun 2004 lagi, setiap tahun
saya
mengalami
banyak
masalah
untuk
membolehkan mereka menguasai kemahiran
mengeja,
menyebut
dan
melengkapkan
perkataan. Beberapa cara telah digunakan
untuk mengatasi masalah tersebut tetapi yang
pastinya masih ada di kalangan murid tahap
satu
yang
belum
menguasai
kemahiran
mengeja,
menyebut
dan
melengkapkan
perkataan dengan baik terutamanya muridmurid pemulihan khas .
Beberapa orang murid pemulihan
yang berada dalam tahap satu langsung tidak
mempunyai minat dan usaha untuk menguasai
kemahiran membaca. Mereka sentiasa menjadi
murid yang tersisih apabila berada di dalam
kelas.
Disebabkan
mereka
tidak
pandai
membaca walaupun suku kata yang paling
mudah, guru mata pelajaran yang mengajar
Bahasa
Malaysia
sukar
untuk
mengajar

matapelajaran
Bahasa
Malaysia
daripada masalah tersebut.

akibat

Dalam pemerhatian saya, mereka


tidak
menunjukkan
kesungguhan
dalam
kemahiran mengeja suku kata yang diberikan.
Mereka tidak dapat membatangkan sukukata
dan mengecam sukukata dengan betul. Oleh
yang demikian mereka selalu melengkapkan
suku kata atau perkataaan yang salah apabila
guru meminta mereka melengkapkan semula
sukukata yang disebutkan.
Saya pernah menggunakan kaedah yang lain
untuk membantu mereka mengingat semula
suku kata awalan. Kaedah tersebut adalah
menyuruh mereka mengeja suku kata awalan
sebanyak sepuluh kali. Kemudian, diikuti
dengan suku kata kedua. Namun, mereka
masih belum menguasainya. Akibatnya mereka
berputus
asa
untuk
mengeja
perkataan
tersebut. Ini juga membuatkan murid tersebut
kurang berminat untuk menguasai kemahiran
dengan sempurna dan akhirnya mereka gagal
melengkapkan perkataan dengan baik.
Saya perlu memperbaiki kelemahan
pada diri saya dengan membina bahan-bahan

pengajaran dan pembelajaran yang


berkesan untuk murid-murid saya .

lebih

2. FOKUS KAJIAN
Murid
pemulihan
memang
sangat
bermasalah
dalam
mengenal
perkataan-perkataan
tertentu.
Saya
akan
fokuskan kajian kali ini terhadap masalah
mengeja,menyebut
dan
melengkapkan
perkataan kvkv. Antaranya murid tidak dapat
mengecam bunyi suku kata dan menyebut
perkataan tersebut dengan tepat, mereka juga
tidak boleh mengingat bunyi suku kata awalan
dan akhiran. Akibat daripada itu, mereka juga
tidak boleh melengkapkan perkataan tersebut
dengan baik.
Dengan
mengadakan
aktiviti
interaktif menggunakan perisian powerpoint
mengeja,
menyebut
dan
melengkapkan
perkataan kvkv ,
saya
berharap
dapat
meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
tersebut dan menambahkan keyakinan serta
meningkatkan minat murid terhadap pelajaran
mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, muridmurid diharap akan mencapai objektif berikut :
i.

Objektif umum

ii.

Mengatasi masalah penguasaan kemahiran


mengeja , menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkv
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah agar

Murid dapat menyanyikan lagu sukukata kv


supaya mereka dapat menyebut sukukata
dengan betul.
murid dapat mengeja dan menyebut
perkataan kvkv
Meningkatkan kebolehan murid menggunakan
perisian powerpoint dalam menguasai
kemahiran melengkapkan perkataan kvkv.
Guru dapat menguji keberkesanan perisian
powerpoint yang dibina untuk meningkatkan
kemahiran murid pemulihan khas dalam
mengeja, menyebut dan melengkapkan
perkataankvkv

4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 2 orang murid pemulihan
Khas Tahun 2 , SK Tenggaroh Selatan.
5. TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN
5.1. Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya
diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah
dibuat bertujuan untuk memahami dengan
lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan
yang telah dilakukan dengan mengutip data
seperti berikut.

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke


atas tingkah laku murid-murid
semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan didapati
murid tiada motivasi untuk belajar
dan lebih banyak mendiamkan diri dan
tidak mahu mengeja sukukata dan
perkataan dengan betul. Murid juga
tidak dapat melengkapkan perkataan
dengan sempurna

Ujian pra ( Tarikh laksana : 27 Mac 2010 )

Ujian pra telah diberikan kepada


kumpulan sasaran untuk
mengesan penguasaan murid terhadap
kemahiran yang akan
diuji. Ujian ini mengandungi 24
perkataan kvkv bergambar yang perlu
dilengkapkan oleh murid .

Murid yang tidak dapat melengkapkan


kurang daripada 15 perkataan adalah terlibat
dalam kajian ini.

Perkataan yang
diuji (bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,b
aca,kuda,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duk
u,duri,guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )

Murid melengkapkan perkataan dalam


perisian powerpoint yang telah saya bina
untuk mengetahui kemahiran melengkapkan
murid berdasarkan gambar.
KEPUTUSAN UJIAN PRA.
Keputusan ujian pra yang telah dilakukan
adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1
diatas, didapati kedua-dua murid tidak dapat
melepasi sasaran markah yang ditetapkan
untuk ujian melengkapkan perkataan kvkv
berdasarkan gambar yang diberi. Oleh yang
demikian, saya telah membina bahan-bahan
latihan secara interaktif dalam bentuk

powerpoint bagi mengeja, menyebut dan


melengkapkan perkataan kvkv bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran
yang dikehendaki dengan lebih baik.
Perlaksanaan tindakan yang saya jalankan
ialah
Kaedah IT Bestari
Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
murid melengkapkan perkataan kvkv ini, saya
telah menggunakan Kaedah IT Bestari iaitu
murid murid menggunakan bahan latihan
powerpoint yang telah saya bina khas untuk
murid-murid pemulihan yang terlibat.
Aktiviti yang dijalankan
Empat aktiviti yang dijalankan iaitu
a) Nyanyi lagu sukukata dan perkataan
b) Eja dan sebut perkataan
c) Latihan interaktif sukukata perkataan kvkv
d) Latihan melengkapkan perkataan interaktif.

Aktiviti 1 : Nyanyian lagu suku kata dan


perkataan.
Tarikh : 30 Mac 2010 hingga 3 April 2010

Cara pelaksanaan

Guru memaparkan senikata lagu .


Murid mengeja sukukata pada lagu
tersebut.
Mendengar lagu suku kata yang
dinyanyikan oleh guru.
Murid menyanyikan secara individu
dan berkumpulan
Murid menyanyikan lagu sukukata
dengan dengan iringan muzik
Guru menambahkan pada senikata lagu
dengan perkataan berdasarkan lagu suku
kata yang diberi.
Untuk pengukuhan guru menukar
perkataan lain untuk menyanyikan lagu
tersebut.

Aktiviti 1
CONTOH LAGU SUKUKATA

ba ba
be be
bi bi
bi bi
be be
bu bu

ba ba
be be
bi
bi
be be be be
bu bu bu bu

bo
bo

bo
bo

bo
bo

Tambahkan perkataan dibelakang


bersama gambar
ba

ba

ba ju

be
bi

be
bi

be si
bi ru

bi

bi

bi ri

be

be

be

be

bu

bu

bu

bu

bo

bo

bo

bo

pengukuhan

be ca
bu

ku

la
la

Guru

perkataan lain

Refleksi dari aktiviti 1

menggunakan

sukukata

dan

Daripada
murid

aktiviti

sangat

yang

seronok

dijalankan

didapati

menyanyikan

lagu

sukukata dan perkataan, ini sedikit sebanyak


dapat menarik minat mereka untuk menyebut
sukukata dan perkataan. Mereka juga dapat
mengingat
disebut.

sukukata
Penggunaan

dan

perkataan

gambar

yang

perkataan

dihujung lagu juga sedikit sebanyak dapat


membantu murid mengingat perkataan kvkv
yang

digunakan. Pengukuhan

dengan

perkataan kvkv lain beserta dengan gambar


dapat

menambahkan

lagi

perkataan

yang

boleh diingati murid.


Aktiviti 2 : Mengeja dan menyebut perkataan
Tarikh : 14 April hingga 17 April 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang


telah dibina guru untuk mengeja dan
membunyikan sukukata serta menyebut
perkataan kvkv yang disediakan.

Murid diminta klik pada sukukata dan


perkataan, suara mengeja dan menyebut
sukuta akan kedengaran dan murid perlu
mengikuti suara sukukata dan perkataan
tersebut
Contoh slaid yang digunakan : Slid tak dapat
dimasukkan
Refleksi dari aktiviti 2
Dalam menjalankan aktiviti 2 ini, saya dapati murid
dapat mengeja dan menyebut perkataan kvkv dengan
mudah kerana dibantu bahan powerpoint yang telah
saya sediakan. Pada sukukata dan perkataan dalam
slaid itu telah ditambahkan suara menyebabkan murid
mudah untuk mengikuti suara sukukata dan perkataan.
Murid

dapat

menggunakannya

berulang-ulang,

ini

membolehkan murid mengeja dan menyebut dengan


betul
Aktiviti 3 : Latihan interaktif mengisi sukat
awal dan akhir, padan perkataan, isi

huruf tertinggal
menggunakan bahan powerpoint yang dibina
guru

Cara Pelaksanaan:
Murid menggunakan bahan latihan interaktif powerpoint
padan perkataan, mengisi sukukata awal dan akhir ,mengisi
huruf tertinggal perkataan kvkv berdasarkan gambar yang
diberi.
Gambar tidak dapat disertakan

Refleksi dari aktiviti 3


Aktiviti 3 yang dijalankan ini telah berjaya menarik minat
murid untuk terus menggunakan latihan powerpoint
yang disediakan. Ini kerana murid dapat menjalankan
aktiviti yang pelbagai iaitu mengisi sukukata awal dan
akhir perkataan, padan perkataan dan mengisi huruf
tertinggal perkataan . Cara ini sedikit sebanyak
membolehkan
murid
menguasai
kemahiran
menggunakan komputer dan dengan menggunakan
hyperlink dalam powerpoint ini semakin menarik minat
untuk murid terus belajar. Saya juga sangat teruja
dengan perubahan sikap murid yang telah berminat
untuk mengulangi latihan-latihan yang telah saya
sediakan itu.

Aktiviti 4 : Penggunaan bahan


latihan Powerpoint melengkapkan perkataan
kvkv
dengan betul.
Tarikh
: 4 Mei hinga 8 Mei 2010
Cara Pelaksanaan:

Murid mengguna bahan powerpoint yang telah


dibina guru untuk melengkapkan perkataan
kvkv berdasarkan gambar yang diberi.
Murid melengkapkan perkataan kvkv secara
rawak melalui nombor soalan yang diberi.
Gambar tidak dapat disediakan
Refleksi dari aktiviti 4
Semasa menjalankan aktiviti ini, saya dapati murid telah
dapat melengkapkan perkataan berdasarkan gambar
dengan

baik.

Kaedah

pengulangan

melengkapkan

perkataan ini,sangat membantu mereka melengkapkan


sebarang perkataan kvkv. Disamping itu mereka juga
dapat mempelajari bagaimana menggunakan bahan
latihan perpandukan komputer dan mereka dapat belajar

menggunakan papan kekunci dan tetikus yang ada pada


komputer. Ini sedikit sebanyak membolehkan mereka
bukan sahaja celik huruf, malahan juga celik IT.

UJIAN POS

1. Ujian pos ( Tarikh laksana : 25 Mei


2010 )
Ujian pos telah diberikan kepada
kumpulan sasaran untuk
Mengesan sejauh mana keberkesanan
aktiviti yang dijalankan
dapat membantu penguasaan murid
terhadap kemahiran yang
diuji. Ujian ini sama seperti ujian pra
mengandungi melengkapkan 24 perkataan
kvkv yang diberikan.

Murid yang tidak dapat membaca dan


melengkapkan kurang daripada 20 perkataan
adalah gagal dalam kajian ini.

Perkataan yang diuji


(bola,dadu,roda,jari,gigi,buku,ceri,topi,baca,ku
da,lari,peti,bayi,mata,yoyo,lori,beca,duku,duri,
guli,sudu,kayu,rusa dan sofa )
Murid melengkapkan perkataan dalam perisian powerpoint
yang telah saya bina untuk mengetahui kemahiran
melengkapkan perkataan murid berdasarkan gambar.

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan


adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2
diatas. Keputusan menunjukkan murid telah
berjaya melengkapkan perkataan kvkv dan
melepasi had yang ditetapkan

Penilaian dan refleksi


Berdasarkan Ujian Pos dan analisis yang telah
dilaksanakan , saya dapati bahawa Program IT
Bestari yang saya bina menggunakan program
perisian powerpoint khusus untuk murid
pemulihan ini merupakan salah satu kaedah
yang sesuai dan dapat menarik minat murid
pemulihan khas untuk menguasai kemahiran
mengeja,
menyebut
dan
melengkapkan
perkataan kvkv.
Hasil Kajian ini juga telah menunjukkan
perkembangan
murid
pemulihan
dalam
mengenal
perkataan
kvkv
dengan
mudah. Mereka telah dapat melengkapkan
perkataan kvkv dengan baik berdasarkan
gambar ataupun secara lisan.
Atas kesedaran ini , saya amat yakin
dan ingin meneruskan membina bahan-bahan
seperti ini untuk kemahiran-kemahiran asas
mengeja,
menyebut
dan
melengkapkan
perkataan yang lain pula. Saya juga amat
berharap agar sentiasa mendapat sokongan
daripada pihak sekolah serta rakan-rakan sama
ada daripada sumbangan idea dan juga
kewangan bagi membolehkan saya membina
banyak lagi bahan-bahan seperti ini.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.


Sebagai lanjutan daripada kajian ini,
saya bercadang untuk menjalankan kajian yang
seterusnya iaitu IT Bestari untuk kemahiran
asas mengeja, menyebut dan melengkapkan
perkataan kvkvk.
Saya akan cuba menambahkan lagi
aktiviti
interatif
menggunakan
aplikasi
powerpoint yang telah saya pelajari sebaik
mungkin....Insyaallah..

BIBLIOGRAFI

Buku
panduan,
Pelaksanaan
Program
Pendidikan
Pemulihan
Khas
(masalah
penguasaan 3M) (1998) Jabatan Pendidikan
Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum: Aplikasi Teori
Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &
Pembelajaran ,Kementerian
Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian


Pendidikan
Malaysia,
Belajar
Cara
Belajar. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Hj.
Musa (2000), Tatabahasa Dewan Jilid 2,
Perkataan, Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Jurnal Kajian Tindakan , Sekolah

- sekolah

Negeri Johor Jilid 2/2009


OthmanPuteh,Talib Abdullah, L. Shirley, Kamus
bergambar generasi baharu KBSR, Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pengolahan

Persembahan,

Microsoft

2007,http://www.webmediacenter.com

Powerpoint

Anda mungkin juga menyukai