Anda di halaman 1dari 8

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK
Pecahan III i. Laporan Kajian Tindakan Dalam Pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan isu yang timbul dari makro pengajaran di atas .

KUMPULAN EL-N03(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA SUZAIN BIN SELEMAN NO. ID D20112053013 NO. TELEFON 0176141580

NAMA TUTOR E-LEARNING: : Dr. Eftah binti Moh@Haji Abdullah TARIKH SERAH: 4 Disember 2012

SEKAPUR SIRIH

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan meskipun mempunyai kekangan masa dan kerja. Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya ini, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid tahun 2 Pintar khususnya untuk meningkatkan tahap kemahiran tatabahasa. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pantai, Puan Hjh Suhailah binti Hj Kassim. Guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru rakan seperjuangan yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan kajian tindakan ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr.Eftah binti Moh@Haji Abdullah tutor KPD 3026 Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 2 kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan garapan idea, sokongan, tenaga dan pengalaman mereka, maka dapatlah saya menyiapkan kertas kerja kajian tindakan ini dengan baik, demi membantu murid-murid yang mempunyai pencapaian rendah di dalam kemahiran asas tatabahasa . Akhir kata, adalah diharapkan semoga hasil tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua . Sesungguhnya setiap yang baik itu kurniaan Allah s.w.t dan segala kekurangan adalah kelemahan saya. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 2 Pintar, Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban berkaitan dengan kemahiran tatabahasa . Seramai 16 orang pelajar tahun 2 dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan imbuhan awalan. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah murid dan ujian bulanan. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir menggunakan imbuhan awalan dalam menyesuaikan penggunaan dengan kata dasar. Tiga sesi pengajaran dan pembelajaran (30 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam tempoh 2 minggu iaitu pelajar belajar kemahiran yang tersebut di atas dan modul latihan berpandu secara kumpulan. Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Setelah diberitahu dan diterangkan secara mendalam maka amalan mereka berubah dan mereka dapat menulis dan menyesuaikan imbuhan awalan dengan betul. Berdasarkan dapatan kajian tersebut beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan. Adalah diharapkan agar kajian tindakan yang telah dibuat ini akan dapat membantu rakan sejawat atau sesiapa saja yang berminat membantu para pelajar yang mempunyai masalah yang sama. Saya juga amat berharap agar dapat membina bahan powerpoint yang sama untuk murid menguasai kemahiran-kemahiran perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu.

PENGUASAAN

SISTEM

TATABAHASA

BAHASA

MELAYU

SATU

KAEDAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN IMBUHAN AWALAN PADA KATA

DASAR YANG SESUAI DIKALANGAN MURID-MURID TAHUN 2 PINTAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI. OLEH : ENCIK SUZAIN BIN SELEMAN. 1.0 PENGENALAN Tatabahasa menurut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atau penyusunan kata. Suatu masa dulu tatabahasa ini dikenali sebagai nahu. Penguasaan tatabahasa sangat penting untuk menguasai sebarang bahasa di dunia ini. Pengetahuan dan penguasaan tatabahasa dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa rasmi dan bahasa penyatuan kaum di negara ini perlu dikuasai daripada peringkat awal lagi. Bila mana menguasai tatabahasa yang betul secara langsung ia akan menguasai bahasa itu sendiri. Pendek kata ilmu tatabahasa haruslah dikuasai oleh mereka kerana ilmu itu dapat memahirkan mereka dari segi membina ayat untuk tujuan penulisan dan juga sebagai penutur Bahasa Melayu yang baik. Kelemahan menguasai tatabahasa dalam penulisan dan pertuturan menandakan kurangnya keindahan gaya bahasa atau kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya Bahasa Melayu. Berdasarkan permasalahan ini, kajian tindakan telah saya lakukan bertujuan mengubah amalan murid supaya memahami dan menguasai sistem tatabahasa bahasa Melayu. Selain itu amalan ini dapat membantu mereka menghasilkan bahasa tulisan dan bahasa pertuturan yang gramatis. Kajian dilakukan terhadap 16 orang murid tahun 2 Pintar di Sekolah Kebangsaan Pantai, Seremban. Terlebih dahulu saya telah membuat pemerhatian dan membuat sedikit kajian terhadap mereka berdasarkan kepada Ujian Penilaian Pertengahan Tahun. Kaedah temu bual ringkas terhadap sebilangan murid dan pemeriksaan buku kerja telah saya jalankan sebelum kajian tindakan ini dilakukan. Permasalahan yang dapati ialah kesalahan penggunaan imbuhan awalan. 2. OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk :i. ii. iii. Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan imbuhan awalan. Meningkatkan keyakinan diri apabila mengemukakan jawapan. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan imbuhan.

3. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 16 orang murid Tahun 2 Pintar yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki Melayu, seorang murid lelaki India, 3 orang murid lelaki asli, 7 orang murid perempuan Melayu dan seorang murid perempuan asli. Mereka sering melakukan kesalahan imbuhan awalan dan imbuhan yang lain. Di sini saya hanya menumpukan terlebih dahulu imbuhan awalan sebagai pemahaman awal dan akan dikembangkan kemudian selepas pemahaman dan penguasaan mereka telah terbukti. 4. METHODOLOGI KAJIAN: Methodologi yang digunakan ialah : 4.1 Pemerhatian: Pemerhatian saya tertumpu pada jawapan yang di kemukakan oleh pelajar semasa menjawab soalan-soalan spontan. Mereka seakan-akan terkeliru di dalam memilih imbuhan yang sepatutnya diguna. Kadang-kadang mereka hanya meneka jawapan, sekiranya pelajar pertama menjawab salah, pelajar yang kedua akan menjawab dengan jawapan yang berbeza daripada jawapan rakan mereka yang pertama. Keadaan ini berterusan sehinggalah jawapan yang betul ditemui atau ditentukan oleh guru. Keadaan ini menggambarkan situasi sebenar mereka bahawa sememangnya mereka tidak memahami konsep dan aturan imbuhan pada prinsip dan peraturannya. Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya dapat melihat tahap kemahiran murid berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. 4.2 Semakan buku latihan: Semakan buku latihan adalah langkah kedua yang saya ambil untuk menilai tahap pemahaman pelajar kepada imbuhan awalan. Cara ini secara tidak langsung dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan. Buku murid akan disemak setiap minggu bagi memastikan murid membuat latihan yang diberikan, saya dapat melihat kemajuan yang diperoleh oleh murid-murid.

4.3 Soal selidik: Soalan soal selidik dibacakan kepada pelajar. Pelajar diberi kertas kosong untuk mereka menulis kata dasar dan menyesuaikan imbuhan yang sesuai. Mereka disarankan untuk menjawab secara jujur tanpa meniru atau menyalin jawapan rakan. Soalansoalan yang dikemukakan adalah soalan-soalan kata dasar untuk digabungkan dengan imbuhan awalan yang sesuai. Kata dasar ini menyentuh semua

kata-kata yang boleh di gabungkan dengan kata dasar tersebut seperti makan, jalan, tidur, sepak dan sebagainya. Item perkataan itu menyentuh kesemua kata awalan tersebut. 4.4 Ujian Pengesanan: Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid untuk menggunakan imbuhan awalan. Ujian Pengesanan yang diberi berbentuk mengisi tempat kosong dengan pelbagai kata imbuhan.

Keputusan Ujian Pantas.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

NAMA MURID AMIR FIKRI B. NOOR AZALY DARVINDRA A/L PUVANESWARAN HARIS AK MIRIS MIRZAN ESWANDDIEY B. MALIM MUHAMMAD ALEEF DANISH B. ALI IRWAN MUHAMMAD HAIQAT B. HAIRIL SHAM MUHAMMAD RAFI B. JOHARI SAFAIZAL AK BALI ALISSA ADHRINA BT. NOR ALIA ELLIANA BT. MOHD HASSAN NOR SUHADA BT. MOHD SHUKRI NUR AIN SYAZWANI BT. M. ZADIN NUR DINI BT. SUHIDI AL ZAHAR NUR SOFFIYYAH BT. SALIM SITI NORJANA BT. MASHUD SITI AISHAH BT. MAHPUT

LP L L L L L L L L P P P P P P P P

U1 10/20 6/20 10/20 8/20 5/20 4/20 3/20 12/20 14/20 4/20 14/20 15/20 12/20 10/20 14/20

U2 12/20 10/20 10/20 12/20 7/20 5/20 5/20 14/20 14/20 6/20 16/20 17/20 15/20 10/20 17/20

U3 17/20 12/20 14/20 10/20 14/20 8/20 8/20 7/20 15/20 17/20 6/20 18/20 18/20 16/20 12/20 16/20

12/20 14/20

5.0 REFLEKSI TINDAKAN 5.1 Penilaian Pencapaian Pelajar:

Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Keyakinan diri murid juga menunjukkan peningkatan yang positif. Melalui ujian ini, saya dapat melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran penggunaan imbuhan awalan. Ujian ini diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran diberikan kepada mereka. Hasil yang dapat dilihat meningkat pada setiap pengujian. Hasil kepada ujian terdapat pada jadual di atas. Pada peringkat permulaan seramai 10 orang murid mendapat 50% markah melebihi 10 jawapan betul , sementara 6 lagi mendapat di bawah 10 markah betul. Setelah dibuat pengajaran dan pembelajaran secara ansur maju dari mudah ke sukar, rata-rata menunjukkan perubahan yang ketara. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, saya mendapati, meskipun dalam tempoh dua minggu pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan, impak kepada penguasaan dan pemahaman mereka kepada imbuhan awalan jelas kelihatan daripada dapatan markah mereka. 6.0 PENUTUP Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat sekolah. Kajian ini bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi murid tetapi juga memperbaiki teknik pengajaran dan pembelajaran guru. Pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, teknik menyoal, memulakan set induksi, langkah-langkah pengajaran, alat bantu mengajar dan lembaran kerja sangat penting untuk memastikan murid mendapat pengetahuan. Faktor guru juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kemenjadian murid.

BIBLIOGRAFI Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam. (1985 ). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya. Ab. Rahim Selamat ( 1998 ), Belajar Cara Belajar, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise. Ahamad Sipon, Dr. ( News Straits Time Press, Sabtu, 30 Jun, 2001 ) Technical Education Boost, ( ms 1 ) Kuala Lumpur, Chok Suat Ling. Ed. Alsagoff, S.A. ( 1986 ), Ilmu Pendidikan : Pedagogi, Kuala Lumpur, HeinemannSdn. Bhd. Atan bin Long ( 1978 ), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur, DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia Bloom,

Anda mungkin juga menyukai