Anda di halaman 1dari 7

NAMA: HISHAMUDIN BIN MUDIN NO.

MATRIK : CT 10210256

FORUM 1: Berikan komen anda terhadap 10 dapatan kajian tindakan yang diperoleh pembacaan. Pengenalan Kajian Tindakan Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki ataumeningkatkan pendidikan melalui perubahan yan g menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, kajian Tindakan adalahbelajar daripada apa yang dibuat (learning by doing)

1.

KAEDAH

MENINGKATKAN

MINAT

MURID

DARJAH

TERHADAP

MATA

PELAJARAN MATEMATIK. Oleh: ZULIMAH MUKID.NORFAZILAH MOKTAR, SU MAOU JANG, AMIR AZROS ABDUL RASHID.

Ringkasan Proses Kajian : Kajian melibatkan pelajar seramai 27 orang dari tahun 4 Venus di Sekolah Balok, Kuantan Pahang yang mempunyai masalah tahap penguasaan asas Matematik yang lemah. Pengkaji ini telah mengkaji keberkesanan aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Kad interaktif adalah kad-kad manila kecil yang dilekatkan gambar berwarna dan simbol-simbol matematik untuk menarik perhatian murid . Komen : Kaedah ini amat kreatif dan menarik. Ia akan dapat mewujudkan suasana iklim pembelajaran yang aktif dan menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Melalui kad Interaktif Bernombor ini, murid dapat dibimbing menyelesaikan masalah kemahirankemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

2. PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI KALANGAN MURID SEMASA BERADA DI KAWASAN SEKOLAH. Oleh: HASRUL SAID SK SANGLANG, PONTIAN JOHOR. Ringkasan Proses Kajian : Kajian ini merupakan satu kajian yang menarik untuk meningkatkan penggunaan bahasa inggeris di kalangan pelajar di sekolah disamping memahirkan mereka berbahasa inggeris. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam kawasan sekolah dapat ditingkatkan sekiranya semua pihak bekerjasama. Ini melibatkan kesemua guru, pentadbir, kakitangan sokongan, dan juga murid-murid. Daripada hasil kajian penyelidik, dikatakan bahawa murid-murid disekolah ini hanya akan cuba untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris bila mereka berada dalam kawasan sekolah sahaja. Perkara sebaliknya berlaku apabila mereka berada diluar kawasan sekolah.Program ini telah berlangsung selama sebulan dan respon yang agak positif. Komen : Kajian tindakan ini agak umum dan tidak dinyatakan secara jelas bagaimana ia dilaksanakan. Skop kajian perlu lebih kecil dan terperinci. Kajian seperti ini hanya boleh dilaksanakan dengan jayanya hanya jika semua pihak bekerjasama.

3. MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10 Oleh ;JANTING ANAK RINGKAI SK Sg. MENGAP SERIAN SARAWAK Ringkasan Proses Kajian : Guru telah menjalankan Ujian Melafaz sifir darab, Mendarab menggunakan jejari tangan, Pengguna grid 1-100, Pola hasil darab (sifir 5 dan ) dan Hafala .Melalui kaedah ini, beliau akan menganalisis data serta merekodkan data yang diterima dalam bentuk graf palang dan carta pai. Komen : Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid lebih seronok menghafal sifir dengan teknik yang konkrit. Contohnya, mereka sentiasa mencuba mendapatkan hasil sifir darab

menggunakan tangan khususnya sifir darab yang melibatkan angka 6 hingga 9.

4.

KAEDAH

MENINGKATKAN

MINAT

MURID

DARJAH

TERHADAP

MATA

PELAJARAN MATEMATIK. Oleh: ZULIMAH MUKID.NORFAZILAH MOKTAR, SU MAOU JANG, AMIR AZROS ABDUL RASHID. Ringkasan Proses Kajian : Kajian masalah tahap penguasaan asas Matematik yang lemah. Pengkaji ini telah mengkaji keberkesanan aktiviti Kad Interaktif Bernombor. Kad interaktif adalah kad-kad manila kecil yang dilekatkan gambar berwarna dan simbol-simbol matematik untuk menarik perhatian murid. Para pengkaji mengumpul data melalui kaedah tinjauan untuk mengenalpasti murid lemah matematik, bertemubual dengan guru matapelajaran dan ibubapa

misalnya,melakukan pemerhatian semasa P&P, ujian pra dan pasca,bersoal selidik dengan responden melaui borang dan dokumentasi rekod peperiksaan,buku kerja dan sebagainya. Komen : Saya amat bersetuju dengan idea ini yang mana mudah bagi murid memahami konsep matematik melaui kaedah berpusatkan bahan.Saya percaya idea ini dapat mewujudkan suasana kelas yang aktif dan menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Melalui penggunaan kad Interaktif Bernombor ini, murid dapat dibimbing menyelesaikan masalah kemahiran-kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Walaupun bukan seorang guru Matematik, saya percaya apliksi kad interaktif ini di dalam kelas bukan sahaja menggalakkan perkembangan pemikiran kognitif murid tetapi mewujudkan persaingan sihat dikalangan murid lemah.

5. PENGGUNAAN BONEKA BAGI MENINGKATKAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH Oleh : MOHD. FHAYRUS BIN ABDULLAH SK LKTP, TEMBANGAU 3,KEMAYAN, PAHANG Ringkasan Proses Kajian: Kajian ini membolehkan kanak-kanak berupaya berkomunikasi dengan lancar dan jelas dengan menggunakan boneka. Hasil daripada kajian mendapati keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak untuk berkomunikasi akan lebih baik atau meningkat melalui aktiviti bermain boneka. Seperti yang kita ketahuai kanak-kanak memang suka bermain, dengan menggunakan permainan boneka untuk melatih kanak-kanak bercakap

menggunakan teknik main peranan amat baik disamping melatih mereka untuk

meningkatkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata yang semakin bertambah. Kanak-kanak prasekolah juga kini mempunyai keyakinan dan keberanian untuk berbual dengan guru dan rakan-rakan dengan lebih selesa. Komen : Kajian ini amat membantu dalam meningkatkan minat belajar murid. Bagi murid yang

berada di prasekolah kaedah bermain seperti ini amat berkesan dijalankan dalam pebelajaran. Ia juga amat membantu perkembangan bahasa, emosi, sosial,komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak tersebut. 6. KEY HUNT: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN PEMBOLEHUBAH DAN HIPOTESIS DALAM LAPORAN AMALI Oleh: SALMIAH BT ISMAIL SMK KHIR JOHARI SUNGAI PETANI Ringkasan Proses Kajian: Kajian ini menfokuskan terhadap usaha untuk menarik minat murid menjawab soalan 10 bahagian c kertas 2 sains teras SPM. Seterusnya membina keyakinan murid untuk cuba mengolah hipotesis yang mudah dan menjawab soalan berdasarkan kehendak soalan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan membolehkan para murid mengenalpasti kata kunci yang ada ayat pernyataan bagi setiap soalan dan mengolah hipotesis berdasarkan ayat-ayat pernyataan seta membantu para murid mengembangkan idea tersebut membentuk pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan dalam sesuatu eksperimen. Komen: Berdasarkan kajian tindakan Cikgu Salmiah ini, saya dapati beliau telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam kaedah penulisan pembolehubah-pembolehubah dan mengolah hipotesis berdasarkan ayat pernyataan yang diberikan. Pencapaian ini merupakan titik permulaan kejayaan murid dan juga menjadi rangsangan kepada murid untuk lebih berjaya dengan berbekalkan keyakinan diri yang tinggi. 7. MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI NOMBOR 1 HINGGA 9 DENGAN SEBUTAN ANGKA YANG BETULMELIBATKAN 5 ORANG DARI 8 ORANG

MURID TAHUN SATU A MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN RODA HIKMAH. Oleh: KHALIDAH MASTURAH BINTI KALIMIN Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang 81500 Pekan Nenas,Pontian

Ringkasan Proses Kajian: Tujuan kajian ini adalah bagi m eningkatkan tahap penguasaan matematik bagi

murid Tahun Satu A yang menghadapi masalah mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang betul Cikgu Khalidah mendapati murid-murid mudah bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kad Imbasan (Nombor). Murid-murid ini lebih cenderung kepada aspek permainan. Justeru itubeliau telah membuat satu pendekatan menggunakan Kaedah permainan menggunakan kinestetik untuk menarik perhatian di samping menguasai kemahiran Mengenal dan Menyebut Nombor 1 hingga 9. Fokus tertumpuh kepada meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 dan Menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul. Komen: Berdasarkan kajian ini saya dapati murid-murid boleh mengenal nombor tanpa mengira

gambar yang ditunjukkan dan mereka boleh menyebut angka dengan tepat jika disoal atau diberikan ujian. Ini memberikan perubahan yang positif dan membuahkan hasil yang positif bagi diri cikgu serta murid-murid itu sendiri. Murid-murid lebih ceria

ketika menjalankan aktiviti kerana melibatkan perubahan dalam pengajaran guru serta menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid untuk belajar. 8. MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTANDAN PERBENDAHARAAN KATA BAHASA INGGERISMENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLEPLAY) OLEH : PELATIH-PELATIH UNIVERSITIPENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Ringkasan proses kajian : Ketika kajian ini dijalankan pengkaji melaksanakan tinjauan masalah berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, rekod markah ujian bulanan, temubual, soalselidik kepada pelajar dan juga pemerhatian. Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah simulasi watak dalam kajian mereka terhadap pelajar-pelajar. Tingkatan 2Melur bagi menarik minat mereka untuk mempelajari subjek Bahasa Inggerisk hususnya dalam mempertingkatkan

penguasaan sebutan dan perbendaharaankata..

Komen: Melalui kajian ini, pelajar dibimbing untuk menyebut sesuatu perkataan dengan betul dengan cara yang menarik dan menghiburkan. Role Play sememangnya salah satu cara yang baik untuk membantu murid belajar secara gembira. Ia akan meningkatkan minat belajar dikalangan murid. Selain itu kajian ini juga bokeh dipanjangkan kepada subjeksebjek lain seperti mata pelajaran sejarah umpamanya, kaedah role play juga boleh dilaksanakan.

9. PENGGUNAAN BONEKA BAGI MENINGKATKAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH Oleh : MOHD. FHAYRUS BIN ABDULLAH SK LKTP, TEMBANGAU 3, KEMAYAN, PAHANG Ringkasan Proses Kajian: Kajian ini membolehkan kanak-kanak berupaya berkomunikasi dengan lancar dan jelas dengan menggunakan boneka. Hasil daripada kajian mendapati keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak untuk berkomunikasi akan lebih baik atau meningkat melalui aktiviti bermain boneka. Seperti yang kita ketahuai kanak-kanak memang suka bermain, dengan menggunakan permainan boneka untuk melatih kanak-kanak bercakap

menggunakan teknik main peranan amat baik disamping melatih mereka untuk meningkatkan penguasaan bilangan perbendaharaan kata yang semakin bertambah. Kanak-kanak prasekolah juga kini mempunyai keyakinan dan keberanian untuk berbual dengan guru dan rakan-rakan dengan lebih selesa.

Komen: Kajian ini amat membantu dalam meningkatkan minat belajar murid. Bagi murid yang

berada di prasekolah kaedah bermain seperti ini amat berkesan dijalankan dalam pebelajaran. Ia juga amat membantu perkembangan bahasa, emosi, sosial,komunikasi, fizikal dan pengetahuan kanak-kanak tersebut.

10. Meningkatkan Kefahaman Murid Tentang Konsep Fotosintesis. Oleh : Mastura Binti Ismail Sk Laneh, Lubok Merbau Kuala Kangsar Perak. Ringkasan Proses Kajian : Beliau melakukan kajian ini untuk menimbulkan minat murid dan mengubah tanggapan murid terhadap matapelajaran Sains melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta berkesan. Tinjauan yang telah dilakukan oleh penyelidik mendapati prestasi matapelajaran Sains dalam peperiksaan sekolah masih lemah dan tidak mencapai sasaran sekolah. Murid masih lemah dan belum menguasai konsep asas sains. Murid juga didapati kurang meminati subjek ini. Sasaran kajian ini melibatkan 14 murid tahun 4 (gred B dan C) untuk menguasai konsep fotosintesis. Penyelidik telah membuat ujikaji berbentuk inkuiri penemuan, membina kefahaman terhadap konsep dan pembimbing rakan sebaya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan, penggunaan carta, peta

minda dan gambarajah, ujian pos dan kajian soal selidik. Dengan melaksanakan kesemua kaedah pendekatan ini murid telah memahami konsep fotosintesis. Komen: Berdasarkan kajian tindakan ini, saya mendapati cara mempelajari sains dengan

menggunakan teknik berkumpulan dan inkuiri penemuan dapat memberikan kefahaman dan pengalaman yang bermakna dan berkesan kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Secara langsung ianya juga telah memberikan murid-murid kefahaman tentang konsep sains. Penggunaan konsep, teknik dan bahan bantu yang sesuai juga mampu membantu murid memahami sesuatu isi pelajaran dengan mudah dan berkesan.

RUJUKAN

http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?option=com_phocadownload&view=category &id=81:kajian-tindakan-2010&download=294:contoh-kajian-tindakan-pendidikanislam&Itemid=55 http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?option=com_phocadownload&view=category &id=81:kajian-tindakan-2010&download=295:contoh-kajian-tindakan-sains&Itemid=55 www.slideshare.net/Afanis4212/proposal-kajian-tindakan-meningkat-kemahiran-membaca. http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang dijalankan.html http://cikguzailani.blogspot.com/2011/02/kajian-tindakan-matematiksekolah.htmlhttp://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yangdijalankan.html http://www.slideshare.net/Fadzliaton/manual-kajian-tindakan http://cikguzailani.blogspot.com/2011/02/kajian-tindakan-matematik-sekolah.html

http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?option=com_phocadownload&view=category &id=81:kajian-tindakan-2010&download=295:contoh-kajian-tindakan-sains&Itemid=55

http://www.scribd.com/doc/12778350/Meningkatkan-Kemahiran-ti-Nombor-1-Hingga-9Dengan-Sebutan-Angka-Yang-Betul-Melibatkan-5-Orang-Dari-8-Orang-Murid-Tahun-Satu-aMelalui-Pendekatan-Perm

Anda mungkin juga menyukai