Anda di halaman 1dari 12

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGANYAM KELARAI


MENGGUNAKAN KERTAS DASAR YANG BERLOREK BAGI
MURID TAHUN 4 IBNU MAS‟UD SK BUKIT TUNGGAL

Oleh:
Muhammad Zakwan Fikri Bin Mat Zaki & Idris Saleh
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail
zakwanfikri1990@yahoo.com & idris@ipgmkdri.edu.my

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ni dijalankan bagi menilai keberkesanan


penggunaan Kertas Dasar yang berlorek dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menganyam corak dan motif anyaman yang betul dalam
bidang Mengenal kraf tradisional. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada
10 orang murid tahun 4 Ibnu Masud dari Sekolah Kebangsaan Bukit
Tunggal, Kuala Terengganu yang mempunyai kemahiran yang kurang
memberangsangkan dalam menganyam corak dan motif anyaman
berdasarkan hasil daripada analisis dokumen mereka. Data dikumpulkan
adalah melalui proses pemerhatian, soal selidik, temu bual, analisis
dokumen dan ujian yang merangkumi ujian pra dan ujian pasca. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa sikap dan minat sampel yang mempunyai
kolerasi dengan kemahiran mereka dalam menganyam corak dan motif
anyaman dengan betul menggunakan kaedah ini. Secara umumnya,
penggunaan Kertas Dasar yang berlorek seperti disarankan adalah
menjawab objektif kajian. Kesimpulannya, kajian ini menekankan
penggunaan Kertas Dasar yang Berlorek dapat meningkatkan kemahiran
murid dalam menganyam motif anyaman dengan betul bagi murid tahun
4.
Kata Kunci : Kemahiran Menganyam bakul, Kertas Dasar, Berlorek

PENDAHULUAN
Pengkaji telah memperoleh satu permasalahan mengenai kemahiran menganyam sewaktu
menjalani sesi penilaian praktikum fasa 3 yang lalu bagi subjek PSV. Secara
keseluruhannya, murid tahun 4 Ibnu Mas‟ud ini tidak menguasai kemahiran menganyam
tersebut walaupun setelah pengkaji menggunakan pelbagai proses dan pendekatan yang
pelbagai untuk memudahkan pemahaman mereka.

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, pengkaji dapati bahawa murid tersebut


mempunyai masalah dalam membuat anyaman kelarai. Semasa sesi pengajaran
berlangsung, pengkaji juga memerhatikan hasil kerja murid-murid tersebut. Kebanyakkan
murid ini juga gagal menyiapkan hasil karya anyaman mereka di dalam waktu yang telah
diperuntukkan.

Hasil karya mereka kurang memuaskan dan pengkaji perlu fikirkan kaedah yang
baru untuk memudahkan murid membuat anyaman dengan baik dengan menggunakan

43
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

waktu yang singkat. An-Nashmy (1980, seperti dinyatakan dalam Siti Faizah Hassan,
2012) mencadangkan guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam
bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang memberi kesan kepada
jiwa dan menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan
yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat.

Wan Nur Azyyati (2007, seperti yang dinyatakan dalam Nik Siti Amanah Zuhri,
2011), menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin
berkesan pembelajaran tersebut. Oleh sebab demikian, pengajaran yang menggunakan
pelbagai pancaindera adalah lebih berkesan terutamanya pengajaran aktiviti mengenal
motif anyaman.

Barry (1976, seperti yang dinyatakan dalam Norma, 2004) telah menjalankan
kajian dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran alat
pandang. Beliau dapati bahawa warna memberi suatu pemahaman yang lebih mendalam
iaitu murid dapat sesuatu tanggapan yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara. Hal
ini bermaksud bahawa fungsi warna adalah membantu memudahkan pemahaman murid
terhadap mengenal motif anyaman dengan baik.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Hakim (2011), terhadap
keberkesanan petak seratus dalam meningkatkan penguasaan sifir 6 hingga 9 bagi murid
tahun 3, didapati bahawa penggunaan bahan yang bersifat maujud seperti gambar, carta
dan gambar rajah adalah berkesan dalam meningkatkan penguasaan sifir bagi murid –
murid dalam mata pelajaran Matematik.

Menurut beliau lagi, penggunaan petak seratus ini dianggap berkesan dan sesuai
kerana dengan penggunaan bahan maujud memberi murid peluang untuk meneroka dan
memerhati corak serta pola nombor dengan jelas. Hal ini dapat disimpulkan bahawa,
penggunaan bahan maujud dapat membantu murid meningkatkan kemahiran mereka
dalam mengenal motif anyaman.

FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen (hasil kerja murid),
pemerhatian, temu bual dan soal selidik bagi tujuan tinjauan masalah.
Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan
dengan masalah ini:
6. Murid tidak memahami konsep anyaman kelarai.
7. Murid tidak menguasai kemahiran menganyam dengan baik.
8. Murid mempunyai kesukaran dalam memasukkan helaian anyaman untuk
menghasilkan motif anyaman yang lengkap menggunakan bahan gantian kertas
dalam aktviti membuat anyaman.
9. Murid tidak dapat membuat anyaman pelbagai motif anyaman.
10. Murid tidak memahami motif anyaman dengan baik.

44
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk memperlihatkan keberkesanan aplikasi Kit
Pembelajaran Anyaman Kelarai dalam meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti
membuat anyaman kelarai menggunakan bahan gantian kad manila serbaguna.
Objektif khusus kajian ini adalah:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat.
2. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam motif menggunakan pelbagai
jenis motif anyaman.
3. Meningkatkan kognitif murid dalam mengenal jenis – jenis motif anyaman
sekurang – kurangnya 70 %.
Persoalan yang ingin dirungkaikan melalui kajian ini adalah:
1. Adakah penggunaan Kit Pembelajaran Anyaman Kelarai dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat?
2. Adakah penggunaan Kit Pembelajaran Anyaman Kelarai dapat mempertingkatkan
kemahiran murid dalam menganyam corak anyaman menggunakan pelbagai jenis
motif anyaman?
3. Bagaimanakah penggunaan Kit Pembelajaran Anyaman Kelarai dapat
meningkatkan kognitif murid dalam memngenal jenis – jenis motif anyaman
sekurang – kurangnya 70 %?

KUMPULAN SASARAN
Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid tahun 4 Ibnu
Mas‟ud di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu terdiri daripada 5
orang murid lelaki dan 5 murid perempuan yang berumur 10 tahun. Sampel yang dipilih
ini adalah terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai jantina, status sosio ekonomi
ibu bapa mereka dan tahap pencapaian akademik yang berbeza. Pemilihan responden ini
adalah melalui pemerhatian pengkaji terhadap umur mereka yang bersesuaian,
kepelbagaian tahap pengetahuan murid terhadap mata pelajaran PSV melalui markah
peperiksaan akhir tahun yang lalu yang telah direkodkan.

45
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

TINDAKAN
Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan model reka bentuk kajian yang telah
dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1998) berpaksikan kepada empat kriteria
iaitu mereflek (reflect) , merancang (plan) , bertindak (action) dan memerhati (observe).
Langkah – langkah ini digambarkan seperti rajah dibawah:

Lingkaran
Kedua

Rajah 1: Model Kemmis & McTaggart

Mereflek

Langkah pertama prosedur tindakan yang dijalankan ialah membuat refleksi dengan
mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung. Pengkaji
melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Daripada refleksi tersebut, pengkaji mengenal pasti
masalah yang berlaku iaitu murid tidak faham mengenai konsep anyaman kelarai,
pengetahuan murid yang kurang tentang motif anyaman kelarai dan cara membuat
anyaman kelarai itu sendiri.

Merancang

Langkah kedua yang dibuat ialah merancang kaedah tindakan yang paling berkesan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Penggunaan Kertas Dasar yang
berlorek ini telah dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran menganyam murid merupakan
intervensi yang paling sesuai dan berkesan dalam menyelesaikan kesukaran murid dalam
menganyam anyaman kelarai dan mengenal motif anyaman. Sebagai persediaan untuk
melaksanakan aktiviti ini, pengkaji telah menyediakan alat dan bahan yang telah
dirancangkan.

Bertindak

Langkah ketiga ialah pengkaji menjalankan tindakan bagi mengatasi masalah yang
menjadi fokus kajian. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji ialah melalui penggunaan
Kertas Dasar yang berlorek bagi meningkatkan kemahiran menganyam murid. Pengkaji
turut menyediakan sampel dengan bahan – bahan rujukan seperti contoh – contoh motif

46
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

anyaman dalam bentuk grid. Pengkaji juga mempamerkan contoh – contoh anyaman siap
bagi memudahkan pemahaman murid.
Memerhati

Pada langkah keempat ini, pengkaji mengumpul dan menganalisis data bagi menilai
keberkesanan tindakan yang dijalankan. Pengkaji memilih untuk menjalankan
pemerhatian murid terhadap konsep anyaman kelarai, jenis motif anyaman serta reaksi
murid menghasilkan anyaman. Pemerhatian yang dijalankan direkodkan untuk dianalisis
bagi mendapatkan kesimpulan.

CARA PENGGUMPULAN DATA Instrumen Kajian 1. Pemerhatian


Pemerhatian yang telah dijalankan adalah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian yang
dijalankan menggunakan borang pemerhatian yang telah disediakan. Pemerhatian
dijalankan semasa peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, semasa aktiviti
dilaksanakan dan juga selepas aktiviti dilaksanakan
2. Temu bual
Temu bual yang dilaksanakan oleh pengkaji secara lisan dan interaksi dengan sampel
kajian atau guru yang mengajar PSV. Pengkaji telah mengadakan sesi temu bual bersama
murid dan guru bagi mendapatkan beberapa maklumat berkaitan kajian yang pengkaji
jalankan.
3. Soal selidik
Borang soal selidik digunakan bagi mengukur kemahiran sampel terhadap kemahiran
menganyam anyaman kelarai menggunakan bahan gantian kertas mengunakan skala
Likert dan jawapan item respons terhad.
4. Analisis Dokumen
Pengkaji telah menganalisis hasil kerja sampel untuk menilai kemahiran sampel dalam
menganyam anyaman kelarai secara permarkahan bergred bagi mendapatkan maklumat
berkaitan tahap pencapaian murid terhadap kajian yang telah dijalankan.
5. Ujian Pra dan Pasca
Pengkaji menggunakan instrumen ini bagi mengukur tahap kogntif murid dalam
mengenal jenis – jenis kelarai anyaman sekurang – kurangnya 70% daripada 10 motif
yang diperkenalkan iaitu sekurang – kurangnya sampel dapat mengenal 7 daripada 10
motif kelarai anyaman.

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 1. Pemerhatian


Aspek yang diberi perhatian adalah melibatkan kefahaman sampel terhadap konsep
anyaman, motif dan juga reaksi sampel sepanjang membuat aktiviti menganyam anyaman
kelarai tersebut berlangsung.
Jadual 1

47
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Jadual Analisis Data Pemerhatian Aspek Kemahiran Murid dalam Menganyam Corak dan
Motif Anyaman Kelarai Dengan Mudah dan Cepat
Kod Aktiviti Aspek yang Diperhatikan
1. Kefahaman murid 2. Kefahaman murid terhadap 3. Reaksi murid menganyam
terhadap konsep anyaman motif anyaman motif anyaman
dengan mudah dan cepat
3 2 1 3 2 1 3 2 1
Sebelum Penggunaan A1 0 6 4 0 6 4 4 3 3 (30%)
Kertas Dasar yang (60%) (40%) (60%) (40%) (40%) (30%)
berlorek
A2 3 (30%) 3 4 4 (40%) 2 4 6 3 1 (10%)
(30%) (40%) (20%) (40%) (60%) (30%)
A3 6 (60%) 1 3 5 (50%) 2 3 7 0 2 (20%)
(10%) (30%) (20%) (30%) (70%)
Selepas Penggunaan A4 10 0 0 10 0 0 9 1 0
Kertas Dasar yang (100%) (100%) (90%) (10%)
berlorek A5 10 0 0 10 0 0 8 2 0
(100%) (100%) (90%) (20%)
A6 10 0 0 10 0 0 9 1 0
(100%) (100%) (90%) (10%)
A7 10 0 0 10 0 0 8 2 0
(100%) (100%) (80%) (10%)
A8 10 0 0 10 0 0 7 3 0
(100%) (100%) (70%) (30%)
A9 10 0 0 10 0 0 8 2 0
(100%) (100%) (80%) (20%)
A10 10 0 0 10 0 0 9 1 0
(100%) (100%) (90%) (10%)
Hasil daripada pemerhatian awal bagi A1 yang tidak menggunakan Kertas Dasar
yang berlorek ini menunjukkan respons yang tidak memberangsangkan berbanding
respons sampel pada A2 hingga A10. Hal ini menunjukkan kaedah ini membantu murid
menganyam corak dan motif kelarai dengan mudah dan cepat kerana sesuatu perkara
yang susah akan menjejas perlakuan sampel.

2. Temubual
Bagi mendapatkan pandangan responden, pengkaji telah menjalankan sesi temubual bagi
setiap sampel. Jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pendapat sampel. Berikut
merupakan contoh soalan dan jawapan yang diberikan oleh sampel.

48
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Jadual 2
Respons Temu bual berkaitan dengan Pemahaman Sampel Terhadap Anyaman Kelarai
Sebelum Kertas Dasar yang berlorek

Soalan Pengkaji Jawapan Respons Sampel


Apakah yang kamu tahu mengenai S1: “Tidak tahu, cikgu” (LP1, S1)
anyaman kelarai Sebelum
S2: “Tahu, anyaman tikar” (LP1, S2)
Penggunaan Kertas Dasar yang
berlorek? S3: “Tak tahu, cikgu” (LP1, S3)
S4: “Tak pernah dengar” (LP1, S4)
S5: “Sejenis anyaman” (LP1, S5)
S6:“Tak tahu” (LP1, S6)
S7: “Tak faham” (LP1, S7)
S8: “Tak tahu pun, cikgu” (LP1, S8)
S9: “Anyaman mengkuang, cikgu” (LP1, S9)
S10:“Anyaman mengkuang, cikgu” (LP1, S10)

Berdasarkan jadual respons temu bual diatas, pengkaji dapati bahawa rata – rata
murid tidak mempunyai pemahaman yang betul mengenai konsep anyaman kelarai
sebelum penggunaan Kertas Dasar yang berlorek. Setelah memperkenalkan kit ini,
kebanyakkan murid mengatakan bahawa penggunaan Kertas Dasar yang berlorek ini
memudahkan dan sampel membuat anyaman kelarai dan mencepatkan proses
menghasilkan anyaman.
3. Soal selidik
Dapatan yang diperolehi adalah berdasarkan skala Likert bagi 12 penyataan soalan yang
telah pengkaji ajukan. Pengkaji menggunakan item respon terhad bagi menanda aras
respon sampel mengenai penggunaan Kertas Dasar yang berlorek ini dalam
meningkatkan kemahiran sampel menganyam, kemahiran sampel dalam menganyam
pelbagai motif anyaman dan pengetahuan kognitif sampel dalam mengenal jenis – jenis
motif anyaman.

49
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

10
Sangat Tidak
9 Setuju
8
7 Tidak Setuju

Bilangan Sampel 6
5 Tidak Pasti

4
3 Setuju
2
1
Sangat Setuju
0
SS1 SS2 SS3 SS4 SS5 SS6 SS7 SS8 SS9 SS10 SS11 SS12
Penyataan Soalan

Rajah 2: Analisis Data Soal Selidik Berkenaan Pemahaman Sampel Mengenai Kemahiran
Menganyam dan Pemahaman Mengenai Motif Anyaman Selepas Penggunaan Kertas
Dasar yang berlorek.

Respons sampel iaitu seramai 9 orang sampel memberikan respons sangat setuju
dan seorang sampel memberikan respons setuju ini sedikit sebanyak dapat membuktikan
bahawa sampel setuju bahawa penggunaan Kertas Dasar yang berlorek ini dapat
meningkatkan kemahiran menganyam sampel dan kognitif dalam mengenal motif – motif
anyaman.
4. Analisis Dokumen
Pengkaji telah memberikan gred kepada setiap hasil yang dibuat oleh sampel berdasarkan
rubrik permarkahan yang telah disediakan lebih awal bagi memerhati empat aspek yang
mempengaruhi kemahiran sampel dalam menganyam corak dan motif anyaman. Aspek
dinilai adalah melibatkan ketepatan motif anyaman kelarai, susun atur motif anyaman,
susunan warna bahan gantian dan kekemasan.
100 88.4 88.2 89.2
84.9 84.7 86.8 86.5
77.1
80
65.3
58.9
60

40

20

0
A1 A2 A3 A4 A5 A6 A7 A8 A9 A10

Sebelum Kit Anyaman Kelarai Selepas Kit Anyaman Kelarai

Rajah 5: Analisis Data Analisis Dokumen Kemahiran Sampel dalam Menganyam

50
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Pelbagai Jenis Motif Anyaman Kelarai Sebelum dan Selepas Penggunaan Kertas Dasar
yang Berlorek
Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 10 aktiviti yang dirancang untuk mengukur
tahap kemahiran sampel dalam menganyam corak dan motif anyaman kelarai
menggunakan pelbagai jenis motif anyaman. Kesimpulannya, kit ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat serta
meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam corak anyaman menggunakan
pelbagai motif kelarai berdasarkan analisis pemarkahan analisis dokumen.
5. Ujian
Ujian yang telah dijalankan ini memfokuskan kepada aspek kognitif murid dalam
mengenal jenis – jenis motif anyaman kelarai sekurang – kurangnya 70 %.
Jadual 3
Markah Ujian Sampel dalam Mengenal Jenis – Jenis Motif Anyaman Sekurang –
Kurangnya 70% Sebelum dan Selepas Penggunaan Kertas Dasar yang Berlorek

Sampel Sebelum(Ujian Selepas(Ujian


Pra) Pasca)
S1 30% 70%
S2 35% 90%
S3 25% 85%
S4 30% 75%
S5 35% 95%
S6 35% 100%
S7 30% 85%
S8 50% 90%
S9 55% 85%
S10 60 % 100%
Jadual di atas menunjukan bahawa kaedah ini dapat dapat meningkatkan
pengetahuan murid dalam mengenal jenis – jenis motif anyaman sekurang – kurangnya
70% berdasarkan analisis ujian bersama sampel yang telah pengkaji jalankan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat.

Pengkaji melakukan pemerhatian soal selidik dan temubual bagi mendapatkan data
mengenai tahap kemahiran sampel dalam menganyam corak dan motif anyaman kelarai
dengan mudah dan cepat selepas penggunaan Kertas Dasar yang berlorek.

Hasil analisis pemerhatian yang telah pengkaji jalankan, pengkaji dapati bahawa
keseluruhan murid tidak memahami konsep motif dan anyaman kelarai dengan baik
semasa melaksanakan aktiviti tersebut sebelum penggunaan Kertas Dasar yang berlorek.

Pengkaji dapati bahawa sampel menunjukkan peningkatan dalam kemahiran


menganyam corak dan motif anyaman kelarai dengan mudah dan cepat Setelah sampel

51
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

menggunakan Kertas Dasar yang berlorek berdasarkan pemerhatian, soal selidik dan
temubual yang pengkaji jalankan.
Secara keseluruhannya, penggunaan Kertas Dasar yang berlorek dapat
meningkatan kemahiran sampel dalam menganyam corak dan motif anyaman dengan
mudah dan cepat berdasarkan data – data yang telah pengkaji peroleh.
Meningkatkan Kemahiran Murid dalam Menganyam Motif Menggunakan
Pelbagai Jenis Motif Anyaman.

Pengkaji menggunakan instrumen temu bual, soal selidik dan analisis dokumen bagi
mendapatkan data mengenai tahap kemahiran sampel dalam menganyam corak dan motif
menggunakan pelbagai jenis kelarai anyaman. Pengkaji telah menjalankan kajian bagi
meningkatkan kemahiran sampel dalam menganyam motif menggunakan pelbagai jenis
motif anyaman dengan aplikasi Kertas Dasar yang berlorek.

Berdasarkan instrumen temu bual juga menunjukkan bahawa sampel akan


menggunakan Kertas Dasar yang berlorek untuk menghasilkan anyaman kelarai pada
masa akan datang. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kemahiran sampel
semakin meningkat dengan penggunaan kit ini.
Keputusan soal selidik menunjukkan sampel memberikan respons yang
memberangsangkan bagi aspek kemahiran menganyam corak dan motif menggunakan
pelbagai jenis motif anyaman dengan menggunakan Kertas Dasar yang berlorek.
Hasil analisis dokumen sampel selepas penggunaan Kertas Dasar yang berlorek
didapati dapat meningkatkan kemairan sampel dalam menganyam corak dan motif
menggunakan pelbagai jenis motif anyaman.

Secara keseluruhannya, penggunaan Kertas Dasar yang berlorek ini dapat


meningkatkan kemahiran sampel dalam menganyam corak dan motif kelarai
menggunakan pelbagai jenis motif anyaman dengan baik daripada tahap lemah dan
sederhanan kepada tahap yang cemerlang.

Meningkatkan Kognitif murid dalam Mengenal Jenis – jenis Motif Anyaman


Sekurang – kurangnya 70 %
Bagi mencapai objektif terakhir kajian, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan
ujian. Pengkaji telah menjalankan kajian mengenai peningkatan kognitif sampel dalam
mengenal jenis – jenis motif anyaman sekurang – kurangnya 70% dengan menggunakan
data – data yang dikumpulkan daripada instrumen ujian pra yang digunakan sebelum
penggunaan Kertas Dasar yang berlorek.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada ujian pra dan pos, pengkaji dapati
bahawa data tersebut jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara
kedua – dua ujian yang dijalankan sebelum dan selepas penggunaan Kertas Dasar yang
berlorek. Selain itu juga, data soal selidik juga menunjukkan bahawa sampel dapat
mengenai jenis – jenis motif anyaman dengan baik.

Menurut Rief (1993, seperti dinyatakan dalam Nik Siti Amanah Zuhri, 2011)
daripada dapatan psikologi kognitif, seseorang murid akan ingat 10% daripada apa yang

52
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada
apa yang didengar dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90%
daripada apa yang dilakukan sendiri. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
hasil data ujian pasca menunjukkan murid ingat akan motif anyaman dengan baik selepas
menghasilkan kesemua anyaman berdasarkan motif anyaman yang pengkaji perkenalkan.

Secara keseluruhannya, analisis data yang ditunjukkan telah memberikan


gambaran yang jelas kepada pengkaji bahawa penggunaan Kertas Dasar yang berlorek
dapat meningkatkan kognitif sampel dalam mengenal jenis – jenis motif anyaman
sekurang – kurangnya 70%.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1995). Glosari Budaya Malaysia: Corak dan Motif.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Norizal bin Ramli, Syed Jamaluddin b. Syed Mohd. Amin, Razali b. Ishak, Mohd.
Hamiruz b. Abdul Latif, Saiful Bahri b. Mohd. Nordin & Shaiful Fadly b. Md.
Hairuddin (2009). Seni Kraf Rotan: Motif dan Teknik. Rawang: Institut Kraf
Negara.

Muhammad Hakim b. Baharuddin. (2011). Keberkesanan Penggunaan Petak Seratus


Berfokuskan Objek Dalam Meningkatkan Penguasaan Sifir 6 hingga 9 Murid
Tahun 3. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Nik Amanah Zuhri bt. Omar. (2011). Menyelesaikan Masalah Dalam Bidang
Menggambar Aktiviti Kolaj Dengan Menggunakan Demonstrasi Model Hidup
bagi Murid Sk Pulau Rusa. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Norma bt. Haji Hassan. (2004). Hubungan di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dengan Minat Pelajar tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa,
Kelantan. Diperoleh Mac 13, 2013 dari
http;//images.dehewaraspak.mutliply.mutliplycontent.com/attachment/0/Rv@woK
CtMAAAi9jmo1/hubungan%20penggunaan%20ABM%20dgn%20minat%20pljr.
pdf?key=dehewaraspak:journal:27&nmid=5857 3975

Norizal bin Ramli, Syed Jamaluddin b. Syed Mohd. Amin, Razali b. Ishak,
Mohd.Hamiruz b. Abdul Latif, Saiful Bahri b. Mohd. Nordin & Shaiful Fadly b.
Md. Hairuddin ( 2009). Seni Kraf Rotan: Motif dan Teknik. Rawang:
Institut Kraf Negara.

Siti Faizah binti Hassan. (2012). Meningkatkan Kemahiran Murid Menganyam Corak
dan Motif Kelarai Menggunakan „Colourful Dice‟ dalam kalangan Murid Tahun
5. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

53
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

54

Anda mungkin juga menyukai