Anda di halaman 1dari 8

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MELUKIS HAIWAN


DENGAN STRUKTUR YANG BETUL MENGGUNAKAN
KAEDAH GABUNGAN RUPA GEOMETRI
Oleh:
Ayu Fatiha Binti Sulaiman & Salleh bin Said
Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail
eskemstrowberry@gmail.com & sani_9525@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid
melukis haiwan dengan struktur yang betul. Objektif umum bagi kajian ini
adalah meningkatkan kemahiran melukis haiwan dengan struktur yang
betul dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan
Kaedah Gabungan Rupa Geometri ( KGRG ). Kajian ini dilaksanakan ke
atas 10 orang murid tahun 3 As-Siddiq, Sekolah Kebangsaan Tanjung
Gelam. Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen utama dalam
menganalisis dapatan kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati berlaku peningkatan
yang ketara selepas intervensi dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan
kaedah ini dapat meningkatkan minat, kemahiran murid melukis haiwan
dan merangsang imaginasi serta tahap kreativiti dalam penjanaan idea
untuk melakar atau melukis imej dengan struktur yang betul. Jesteru,
disarankan semua pihak yang bertanggungjawab menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual menggunakan
kaedah ini.
Kata Kunci: Geometri, imaginasi, kreativiti, kemahiran, melakar, melukis
PENDAHULUAN
Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,
kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Kebolehan
kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Oleh itu bagi mencipta
sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung pada pengalaman dan kreativiti dalam
memanipulasikan alat dan bahan yang mereka gunakan.
Dalam hal ini, guru perlu menunjukkan satu contoh yang betul supaya muridmurid dapat meniru bentuk yang dilakukan. Hal ini kerana mereka akan cepat belajar
melalui cara meniru bentuk dan cara yang betul daripada guru mereka.
Manakala merujuk kepada teori Jean Piaget (1970), teori konstruktivisme kognitif
dan lebih dikenali sebagai teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina
pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan
tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang
disampaikan.
128

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Berdasarkan pandangan daripada tokoh di atas, jelas menunjukkan bahawa murid


juga berupaya belajar dengan sendiri dan lebih faham dengan kaedah yang ditemuinya.
Justeru itu, dengan memberikan murid ruang untuk mencipta sesuatu hasil seni akan
dapat mengekalkan kaedah yang ditemuinya itu dalam ingatan untuk jangka masa yang
panjang.
Semasa pengkaji mengajarkan aktiviti dalam pendidikan seni iaitu menggambar
rupa bentuk singa. Demikian dapat dilihat pelajar tidak dapat melukis bentuk haiwan
dengan struktur yang betul. Hasil kerja mereka menunjukkan gambaran haiwan tersebut
tetapi strukturnya adalah tidak tepat. Bahagian badan, kaki, ekor dan kepala tidak dapat
distrukturkan dengan betul oleh murid.
Pengkaji telah menunjukkan gambar haiwan tersebut pada sesi pengajaran dan
pembelalajaran yang lepas. Namun begitu, murid masih lagi tidak dapat memvisualkan
gambar haiwan tersebut ke dalam lukisan. Berikut kemungkinan murid kurang
didedahkan dengan aktiviti mengambar melalui teknik memesis iaitu peniruan terhadap
gambar atau objek sebenar. Oleh yang demikian, murid tidak dapat mencapai objektif
hasil kerja yang diiginkan dengan betul.
Bertepatan dengan kajian ini, terdapat beberapa pendapat daripada beberapa tokoh
dan teori-teori yang menguatkan lagi kajian. Pertama, menurut Victor Lowerfeld dan
Brittain (1986), telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan
kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran
murid dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk meransang
pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif, mental dan perkembangan
menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada boleh
diaktifkan dengan cara-cara yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.
Pemilihan medium perlu sesuai dengan tahap pemikiran kanak-kanak. Justeru itu,
dengan memilih bahan yang dapat merangsang pemikiran kanak-kanak pasti dapat
menambahkan lagi tahap pencapaian mereka dalam sesuatu hasil seni.
FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini berfokus untuk meningkatkan kemahiran murid melukis
haiwan dengan struktur yang betul dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual menggunakan Kaedah Gabungan Rupa Geometri. Pengkaji telah
menggunakan Ujian Pra dan Pasca, instrumen pemerhatian, temu bual dan soal selidik
bagi tujuan tinjauan masalah. Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji telah mengenal
pasti beberapa isu yang berkaitan dengan masalah ini:
1. Murid berasa agak sukar untuk mengikut prosedur dalam penghasilan karya
seni.
2. Murid kurang keyakinan untuk melakar bentuk haiwan.
3. Murid mudah putus asa apabila hasil seni tidak memuaskan.

129

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah dapat meningkatkan kemahiran murid melukis haiwan
dengan struktur yang betul dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual menggunakan Kaedah Gabungan Rupa Geometri.
Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat:
1. Meningkatkan kemahiran murid melukis haiwan dengan struktur betul dan
realistik.
2. Meningkatkan kualiti hasil kerja murid.
3. Merangsang perkembangan imiginasi dan tahap kreativiti murid dalam
penjanaan idea untuk melakar dan melukis imej serta menstruktur imej dengan
betul.
Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:
1. Adakah Kaedah Gabungan Rupa Geometri dapat membantu meningkatkan
kemahiran murid melukis haiwan dengan struktur yang betul?
2. Adakah menerusi kaedah ini dapat meningkatkan kualiti hasil kerja murid ?
3. Adakah minat murid untuk menghasilkan hasil kerja / karya seni dengan lebih
menarik dapat diransang menerusi kaedah ini?
KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini adalah seramai 10 orang murid tahun 3 As-Siddiq Sekolah Kebangsaan
Tanjung Gelam, Kuala Terengganu juga merupakan sekolah luar bandar. Semua murid
berumur lingkungan 9 tahun dan berbangsa Melayu. Sebilangan besar murid-murid tahun
3 mempunyai tahap pencapaian yang cemerlang, sederhana dan lemah dalam kebanyakan
mata pelajaran. Malah terdapat beberapa orang murid mengikuti kelas pemulihan dan
terdapat juga beberapa orang murid berkeperluan khas. Responden untuk kajian ini dipilih
atas dasar sukarela dan minat terhadap pelajaran Pendidikan Seni Visual. Melalui kajian
ini, 10 orang responden telah dinilai melalui sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temubual
dan soal selidik oleh penyelidik. Hasil dapatan kajian, penyelidik telah membuat
perkaitan antara persoalan kajian dan objektif kajian yang ingin dicapai.

CARA PENGUMPULAN DATA


Instrumen Kajian
1. Ujian Pra dan Pasca
Instrument berbentuk ujian Pra dan Pasca telah dijalankan sebagai salah satu cara bagi
memperkukuhkan lagi kajian ini. Penyelidik menjalankan ujian Pra pada awal kajian dan
seterusnya menjalankan ujian Pasca selepas intervensi dijalankan. Ujian ini bertujuan
untuk melihat peningkatan kemahiran melukis murid dalam melukis haiwan dengan
struktur yang betul.
2. Pemerhatian
Menerusi pengutipan data menggunakan kaedah pemerhatian yang telah dijalankan pada
sesi pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah memerhatikan kemahiran murid
melukis struktur haiwan sepanjang sesi tersebut berjalan. Selain itu, penyelidik juga telah
130

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


melihat sejauh mana kaedah gabunagan rupa geometri meningkatkan kualiti hasil kerja
murid. Seterusnya, penyelidik juga menilai hasil karya atau kerja murid untuk melihat
kesan penggunaan Kaedah Gabunagn Rupa Geometri dalam melukis haiwan dengan
struktur yang betul. Menerusi pemerhatian ini, penyelidik juga melihat sejauh mana
kaedah tersebut dapat meransang perkembangan imiginasi dan tahap kreativiti murid
dalam penjanaan idea untuk melakar dan menstrukturkan imej dengan betul. Masalah
yang timbul juga diperhatikan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Kaedah Gabungan Rupa Geometri juga dilihat sama ada membantu
meningkatkan kemahiraran murid melukis struktur haiwan atau tidak memberi kesan
kepada murid.
3. Temubual
Dalam kajian ini juga, penyelidik telah menggunakan borang temubual bagi
menemuramah murid-murid. Tujuan borang ini digunakan untuk mengetahuai persepsi
sebenar murid terhadap Kaedah Gabungan Rupa Geometri yang dilaksanakan oleh guru
dalam membantu meningkatkan kemahiran murid melukis haiwan dengan struktur yang
betul serta masalah yang dihadapi oleh murid semasa tidak kaedah tersebut dalam aktiviti
pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, instrumen ini juga digunakan untuk
mengetahui sama ada kaedah ini memberi kesan kepada kualiti serta minat murid
terhadap hasil karya yang dilakukan.
4. Soal Selidik
Instrumen soal selidik juga telah digunakan semasa kajian ini dijalankan. Instrumen ini
berperanan untuk mengumpul maklumat secara lebih terperinci mengenai Kaedah
Gabungan Rupa Geometri dalam membantu murid melukis haiwan dengan struktur yang
betul. Melalui hasil data yang diperolehi daripada instrument soal selidik ini, penyelidik
dapat menilai sejauh mana kaedah tersebut memberi impak kepada kemahiran murid
dalam melukis haiwan dengan struktur yang betul. Segala maklumat yang direkodkan di
dalam borang tersebut akan diambil kira untuk dianalisis.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan
kajian tindakan ini.

Rajah 1: Lingkaran penyelidikan tindakan model penyelidikan tindakan Kurt Lewin


131

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


Perancangan
Menurut Rosinah Edinin (2011), model Kurt Lewin biasanya digunakan apabila masalah
atau isu kajian telah dikenalpasti dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang
tepat dapat digunakan.
Pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan Kaedah Gabungan Rupa
Geometri untuk membantu responden kelas 3 As-Siddiq menggambar bentuk haiwan
dengan struktur yang betul.
Rancangan ini termasuk membuat pemerhatian terhadap hasil seni yang
dilaksanakan, temu bual dan soal selidik.
Tindakan
Semasa fasa tindakan, pengkaji melaksanakan tindakan yang telah dirancang dan
mengenal pasti hasil dapatan.
Langkah pertama dalam perlaksanaan tindakan ini adalah pengkaji telah
melakukan Ujian Pra dan Pasca terhadap responden bagi mengesan perbezaan hasil seni.
Dari hasil seni tersebut, pengkaji menganalisis mengikut peratusan markah berdasarkan
penilaian yang ditetapkan.
Langkah kedua dalam pelaksanaan tindakan adalah pengkaji telah membuat
pemerhatian terhadap hasil seni responden iaitu menggambar bentuk singa. Dari hasil seni
yang dilakukan, pengkaji menganalisis bentuk haiwan yang dibuat berdasarkan
pemerhatian.
Langkah yang seterusnya adalah pelaksanaan intervensi. Dalam sesi PdP, pengkaji
telah melaksanakan pengajaran Kaedah Gabungan Rupa Geometri dalam kelas. Proses
PdP berjalan dengan baik dan responden dapat mengikuti pengajaran pengkaji dengan
baik.
Selepas melaksanakan intervensi, pengkaji membuat sesi temu bual dengan
responden. Pengkaji telah membuat temu bual terbuka untuk mendapat respon yang lebih
jelas daripada responden. Dengan itu, pengkaji boleh menganalisis data yang dikutip
berdasarkan temu bual yang dibuat.
Langkah yang seterusnya adalah membuat soal selidik mengenai intervensi yang
telah dilaksanakan. Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik bagi melihat sejauh
mana keberkesanan Kaedah Gabungan Rupa Geometri yang digunakan dapat
meningkatkan kemahiran responden dalam melukis haiwan dengan struktur yang betul.
Di samping itu, soal selidik yang diberikan adalah untuk menganalisis data berdasarkan
intervensi yang telah dilaksanakan pengkaji.
Pemerhatian
Pada fasa pemerhatian, pengkaji akan mengenalpasti hasil dapatan. Hal ini bermaksud
pengkaji perlu mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh daripada ujian dan juga
borang soal selidik.
Untuk tujuan pemerhatian, pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen
seperti melihat hasil seni yang dibuat oleh responden. Selain itu, pemerhatian berstruktur
digunakan bagi melihat perubahan tingkah laku responden.
132

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


Data yang diperoleh ini akan digunakan dan dijadikan sebagai pengukur sama ada
kajian ini berjaya atau gagal.
Refleksi
Pada fasa ini, pengkaji akan menerangkan sama ada kajian ini berjaya atau tidak. Kajian
yang berjaya akan menunjukkan peningkatan kefahaman responden serta perubahan
tingkah laku responden. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak mencapai sasaran, pengkaji
perlu mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian semula dengan
penambahbaikkan.
DAPATAN KAJIAN
I.

Adakah Kaedah Gabungan Rupa Geometri dapat membantu meningkatkan


kemahiran murid melukis haiwan dengan struktur betul?

Berdasarkan data-data yang telah dikumpul menerusi setiap ujian yang telah dijalankan,
pengkaji mendapati bahawa Kaedah Gabungan Rupa Geometri terbukti dapat membantu
meningkatkan kemahiran murid melukis haiwan dengan struktur yang betul. Berdasarkan
Ujian Pra dan Pasca yang telah dibuat keatas responden, pengkaji mendapati peningkatan
hasil kerja setelah menggunakan Kaedah Gabungan Rupa Geometri. Secara
keseluruhannya terdapat peningkatan purata sebanyak 25.8 % markah terhadap
keseluruhan responden.

PERBEZAAN PERATUSAN MARKAH


RESPONDEN BAGI
UJIAN PRA DAN PASCA
100
90
80
70
60
PRA

50

PASCA

40
30
20
10
0
R1

R2

R3

R4

R5

R6

Rajah 1 : Perbezaan Peratusan Markah Responden Ujian Pra dan Pasca


133

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


II.

Adakah menerusi kaedah ini dapat meningkatkan kualiti hasil kerja murid ?

Peningkatan hasil kerja murid juga dapat dilihat menerusi melalui ujian Pra dan Pasca
yang telah dijalankan. Data menunjukkan peningkatan peratusan markah yang diperoleh
oleh mereka sebanyak 25.8 %. Secara purata. Hal ini menunjukkan responden berjaya
menghasilkan hasil kerja yang berkualiti menerusi kaedah ini.
Selain itu, persoalan ini juga dijawab melalui item 8 merujuk borang soal selidik,
semua responden bersetuju menyatakan bahawa Kaedah Gabungan Rupa Geometri dapat
meningkatkan hasil kualiti kerja mereka.
No.

Item

Jumlah

8.

Hasil kerja saya lebih baik dengan menggunakan Ya


Kaedah Gabungan Rupa Geometri
6

Tidak
0

Jadual 2 : Jadual Analisis Soal Selidik Item 8


III.

Adakah minat murid untuk menghasilkan hasil kerja / karya seni dengan
lebih menarik dapat diransang menerusi kaedah ini?

Melalui data yang diperoleh daripada temubual dan pemerhatian yang dijalankan,
pengkaji boleh merumuskan bahawa murid lebih berminat untuk menggunakan Kaedah
Gabungan Rupa Geometri dalam penghasilan karya menggambar. Berikut merupakan
contoh jawapan yang diberikan oleh murid.
Responden
2
4

Jawapan Temubual
Kod
Ummm..minat..Senang, mudah faham
M2.7
Ummm..minat!
M4.7
Sebabsebab senang jer guna bentuk ni. Kalu
macang dok panda jandi panda wat lukis haiwan.
Jadual 3 : Jadual Analisis Temubual Responden 2 dan 4
Selain itu juga, dengan munggunakan kaedah ini murid dilihat bersungguhsungguh dalam menghasilkan hasil kerja yang menarik dan menunjukkan perasaan
seronok semasa menjalankan aktiviti.

134

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013


RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2002). Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Md. Nasir bin. Hj. Ibrahim. (2003). Teori-teori Pendidikan Seni SSP2233. Tanjong
Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Johari bin Ab.Hamid. (2004). Falsafah Dan Kritikan Seni. Tanjong Malim :
University Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang.(2008). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor :Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd
Pusat Perkembangan Kokurikulum. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual,
Kuala Lumpur :DBP.
Abidah Binti Zainuddin. (2009). Tinjauan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi Bidang Menggambar
di Sekolah Kebangsaan Binjai. Open University Malaysia.
Zulkifli Yaakob dan Mohd. Jamel Ismail. Modul OUM, HBEF1403. Fakulti Pendidikan,
Sastera Dan Sains Sosial. (2007). Kuala Lumpur. Open University Malaysia.

135

Anda mungkin juga menyukai