Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN TINDAKAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2015

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGANYAM KELARAI


MENGGUNAKAN KERTAS DASAR YANG BERLOREK BAGI MURID
TAHUN 4

Oleh:
ONG NGAN LOOI
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
SJK (C) CHEN MOH
JALAN 2/32, 46000 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

1
ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan


Kertas Dasar yang berlorek untuk meningkatkan kemahiran murid
dalam menganyam corak dan motif anyaman yang betul dalam bidang
Reka Bentuk dan Teknologi. Seramai 8 orang responden telah dipilih
dari kelas tahun 4J dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Moh.
Data dikumpulkan adalah melalui proses pemerhatian, soal selidik,
temu bual, analisis dokumen dan ujian yang merangkumi ujian pra dan
ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap dan minat
sampel yang mempunyai kolerasi dengan kemahiran mereka dalam
menganyam corak dan motif anyaman dengan betul menggunakan
kaedah ini. Secara umumnya, penggunaan Kertas Dasar yang berlorek
seperti disarankan adalah menjawab objektif kajian. Kesimpulannya,
kajian ini menekankan penggunaan Kertas Dasar yang Berlorek dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam motif anyaman
dengan betul bagi murid tahun 4.

Kata Kunci : Kemahiran Menganyam Kelarai, Kertas Dasar, Berlorek

2
Penghargaan
Terlebih dahulu, saya selaku Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi
ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan rahmat-Nya, saya dapat
menyempurnakan kajian tindakan ini dengan jayanya.

Setinggi-tingginya penghargaan dan terima kasih yang dirakamkan


kepada En Quan Seng Hin, Guru Besar, dan juga Pn Ng Yoke Khuan
selaku Penolong Kanan 1 yang tidak mengenal penat telah memberi
panduan, bimbingan, dorongan, tunjuk ajar dan sokongan moral kepada
saya untuk menghasilkan kajian tindakan ini.

Di samping itu, saya juga bersyukur mendapat kerjasama daripada ahli-


ahli panitia yang memberi cadangan dan komitmen yang tinggi semasa
saya menjalani aktiviti amali jahitan dalam kelas. Melalui perbincangan,
saya dapat merenung masalah pembelajaran murid dengan selanjutnya.

Selain itu, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala
galakkan dan dorongan kalian yang telah membakar semangatku untuk
meneruskan kajian ini.

Dengan menaruhi harapan saya, semoga kajian ini mampu memberikan


manfaat kepada semua pihak terutamanya guru-guru yang mengajar
subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

3
Refleksi Pembelajaran dan Pengajaran Lalu

Terlebih dahulu, saya telah mengesani suatu permasalahan mengenai kemahiran


menganyam sewaktu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran dalam sessi
amali mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Samasa merancang aktiviti
pengajaran , saya merenung cara tunjuk ajar yang sesuai untuk meningkatkan
fahaman murid tentang cara menganyam yang betul dan kemas. Saya telah
menayangkan video tentang susunan atur anyaman bakul serta menunjukkan
gambar-gambar teknik menganyam untuk meningkatkan kemahiran dan minat
murid . Secara keseluruhannya, murid tahun 4 J ini tidak menguasai kemahiran
menganyam tersebut walaupun setelah saya menggunakan pelbagai proses dan
pendekatan yang pelbagai untuk memudahkan pemahaman mereka.

Berdasarkan aktiviti yang dijalankan, saya mendapati bahawa murid tersebut


mempunyai masalah dalam membuat anyaman bakul. Melalui pemerhatian, saya
memerhatikan hasil kerja murid-murid serta mencari punca masalah murid dalam
mempelajari seni anyaman. Kebanyakkan murid ini juga gagal menyiapkan hasil
karya anyaman mereka di dalam waktu yang telah diperuntukkan.

Hasil karya mereka kurang memuaskan dan pengkaji perlu fikirkan kaedah
yang baru untuk memudahkan murid membuat anyaman dengan baik dengan
menggunakan waktu yang singkat. An-Nashmy (1980, seperti dinyatakan dalam Siti
Faizah Hassan, 2012) mencadangkan guru memilih kaedah yang boleh memberi
kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah
yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid. Dengan cara ini
pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan
lebih cepat.

Wan Nur Azyyati (2007, seperti yang dinyatakan dalam Nik Siti Amanah
Zuhri, 2011), menyatakan bahawa semakin banyak pancaindera yang digunakan
semakin berkesan pembelajaran tersebut. Oleh sebab demikian, pengajaran yang
menggunakan pelbagai pancaindera adalah lebih berkesan terutamanya pengajaran
aktiviti mengenal motif anyaman.

4
Barry (1976, seperti yang dinyatakan dalam Norma, 2004) telah menjalankan
kajian dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran alat
pandang. Beliau dapati bahawa warna memberi suatu pemahaman yang lebih
mendalam iaitu murid dapat sesuatu tanggapan yang lebih tepat akan sesuatu
bahan atau perkara. Hal ini bermaksud bahawa fungsi warna adalah membantu
memudahkan pemahaman murid terhadap mengenal motif anyaman dengan baik.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Hakim (2011),


terhadap keberkesanan petak seratus dalam meningkatkan penguasaan sifir 6
hingga 9 bagi murid tahun 3, didapati bahawa penggunaan bahan yang bersifat
maujud seperti gambar, carta dan gambar rajah adalah berkesan dalam
meningkatkan penguasaan sifir bagi murid – murid dalam mata pelajaran Matematik.

Menurut beliau lagi, penggunaan petak seratus ini dianggap berkesan dan
sesuai kerana dengan penggunaan bahan maujud memberi murid peluang untuk
meneroka dan memerhati corak serta pola nombor dengan jelas. Hal ini dapat
disimpulkan bahawa, penggunaan bahan maujud dapat membantu murid
meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal motif anyaman.

5
FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan instrumen analisis dokumen (hasil kerja murid),


pemerhatian, temu bual dan soal selidik bagi tujuan tinjauan masalah.

Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang


berkaitan dengan masalah ini:

1. Murid tidak memahami konsep anyaman bakul.


2. Murid-murid mudah terkeliru dengan susunan atur dalam anyaman.
3. Murid tidak menguasai kemahiran menganyam dengan baik.
4. Murid mempunyai kesukaran dalam memasukkan helaian anyaman untuk
menghasilkan motif anyaman yang lengkap menggunakan bahan gantian
kertas dalam aktviti membuat anyaman.
5. Murid tidak dapat membuat anyaman pelbagai motif anyaman.
6. Murid tidak memahami motif anyaman dengan baik.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk memperlihatkan keberkesanan aplikasi Kit
Pembelajaran Anyaman Bakul dalam meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti
membuat anyaman kelarai menggunakan bahan gantian kad manila serbaguna.

Objektif khusus kajian ini adalah:

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan


cepat.

6
2. Meningkatkan kemahiran murid dalam menganyam motif menggunakan
pelbagai jenis motif anyaman.
3. Meningkatkan kognitif murid dalam mengenal jenis – jenis motif anyaman
sekurang – kurangnya 70 %.

Persoalan yang ingin dirungkaikan melalui kajian ini adalah:

1. Adakah penggunaan Kit Pembelajaran Anyaman Bakul dapat meningkatkan


kemahiran murid dalam menganyam dengan mudah dan cepat?
2. Adakah penggunaan Kit Pembelajaran Anyaman Bakul dapat
mempertingkatkan kemahiran murid dalam menganyam corak anyaman
menggunakan pelbagai jenis motif anyaman?
3. Bagaimanakah penggunaan Kit Pembelajaran Anyaman Bakul dapat
meningkatkan kognitif murid dalam memngenal jenis – jenis motif anyaman
sekurang – kurangnya 70 %?

KUMPULAN SASARAN

Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid tahun 4 Ibnu
Mas‟ud di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu terdiri daripada 5
orang murid lelaki dan 5 murid perempuan yang berumur 10 tahun. Sampel yang
dipilih ini adalah terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai jantina, status
sosio ekonomi ibu bapa mereka dan tahap pencapaian akademik yang berbeza.
Pemilihan responden ini adalah melalui pemerhatian pengkaji terhadap umur
mereka yang bersesuaian, kepelbagaian tahap pengetahuan murid terhadap mata
pelajaran PSV melalui markah peperiksaan akhir tahun yang lalu yang telah
direkodkan.

TINDAKAN

Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan model reka bentuk kajian yang telah
dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1998) berpaksikan kepada empat kriteria
iaitu mereflek (reflect) , merancang (plan) , bertindak (action) dan memerhati
(observe). Langkah – langkah ini digambarkan seperti rajah dibawah:

7
Lingkaran
Kedua

Rajah 1: Model Kemmis & McTaggart

Mereflek

Langkah pertama prosedur tindakan yang dijalankan ialah membuat refleksi dengan
mengimbas kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung.
Pengkaji melihat pada kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Daripada refleksi tersebut,
pengkaji mengenal pasti masalah yang berlaku iaitu murid tidak faham mengenai
konsep anyaman kelarai, pengetahuan murid yang kurang tentang motif anyaman
kelarai dan cara membuat anyaman kelarai itu sendiri.

Merancang

Langkah kedua yang dibuat ialah merancang kaedah tindakan yang paling berkesan
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Penggunaan Kertas Dasar
yang berlorek ini telah dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran menganyam murid
merupakan intervensi yang paling sesuai dan berkesan dalam menyelesaikan
kesukaran murid dalam menganyam anyaman kelarai dan mengenal motif anyaman.
Sebagai persediaan untuk melaksanakan aktiviti ini, pengkaji telah menyediakan alat
dan bahan yang telah dirancangkan.

Bertindak

Langkah ketiga ialah pengkaji menjalankan tindakan bagi mengatasi masalah yang
menjadi fokus kajian. Tindakan yang dibuat oleh pengkaji ialah melalui penggunaan

8
Kertas Dasar yang berlorek bagi meningkatkan kemahiran menganyam murid.
Pengkaji turut menyediakan sampel dengan bahan – bahan rujukan seperti contoh –
contoh motif anyaman dalam bentuk grid. Pengkaji juga mempamerkan contoh –
contoh anyaman siap bagi memudahkan pemahaman murid.

Memerhati

Pada langkah keempat ini, pengkaji mengumpul dan menganalisis data bagi menilai
keberkesanan tindakan yang dijalankan. Pengkaji memilih untuk menjalankan
pemerhatian murid terhadap konsep anyaman kelarai, jenis motif anyaman serta
reaksi murid menghasilkan anyaman. Pemerhatian yang dijalankan direkodkan untuk
dianalisis bagi mendapatkan kesimpulan.

9
10

Anda mungkin juga menyukai