Anda di halaman 1dari 194

1

MENGURANGKAN MASALAH KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID MASALAH


PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH LIPATAN ORIGAMI

MOHD YUSRI BIN SAHID
PUAN NOOR ZAMRINA BINTI JUSOH

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi membantu murid masalah pembelajaran untuk meningkatkan
koordinasi mata dan tangan murid menggunakan kaedah lipatan origami. Tujuan kajian ini
dijalankan juga adalah bertujuan membantu peserta kajian bagi meningkatkan tumpuan di
dalam kelas dan seterusnya dapat menguruskan diri masing-masing. Peserta kajian yang dipilih
adalah terdiri dari pelajar yang mempunyai masalah koordinasi mata tangan yang agak rendah.
Kedua-dua peserta kajian merupakan murid disalah sebuah sekolah di daerah Tumpat.
Pemerhatian melalui senarai semak serta ujian pra dan pos dipilih sebagai instrument kajian.
Instrument ini dipilih bagi mengesan peningkatan dalam penguasaan kaedah lipatan origami
yang dipilih seterusnya dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan peserta kajian. Kaedah
lipatan origami yang digunakan dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan peserta kajian
apabila mata dan tangan difokuskan kepada satu bahan pada satu-satu masa Dapatan kajian
juga mendapati peserta kajian telah menunjukkan peningkatan skor dalam ujian pos pada
kitaran kedua berbanding keputusan ujian pos pada kitaran pertama setelah intervensi
dilaksanakan. Kedua-dua peserta kajian telah melihatkan peningkatan yang agak ketara
daripada skor markah yang pertama kepada skor markah senarai semak yang terakhir. Hasil
dapatan menunjukkan m1 meningkat dari 39% kepada 94% manakala M2 meningkat dari 44%
kepada 89%. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kaedah lipatan origami dapat membantu
meningkatkan koordinasi mata tangan murid yang berada pada tahap rendah dan boleh
diaplikasikan kepada semua murid yang menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan.

Pengenalan
Kajian yang dilaksanakan ini adalah berkaitan dengan koordinasi mata-tangan dengan menggunakan
kaedah demonstrasi lipatan. Murid masalah pembelajaran bermaksud kanak-kanak yang mempunyai
masalah kognitif (terencat akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat
pendidikan formal, Abd Rahim Talib (2009). Masyarakat terutamanya telah menyedari bahawa anak-
anak masalah pembelajaran ini memerlukan bantuan daripada segi moral,mental dan fizikal. Dengan
bantuan yang diberikan kepada murid-murid, mereka dapat dibantu untuk memulakan kehidupan
berdikari dan menguruskan diri sendiri pada masa hadapan. Bagi murid yang mempunyai masalah
dalam koordinasi mata-tangan, mereka berdepan dengan masalah yang besar kerana banyak aktiviti
tidak dapat dilakukan seperti menulis, memegang pensil dan memasukkan guli ke dalam balang. Hal
ini berlaku kerana perhatian mereka tidak boleh menumpukan perhatian pada aktiviti yang dijalankan
sama ada di sekolah atau pun semasa berada di rumah. Oleh hal yang demikian, pengkaji
mengenalpasti murid yang mempunyai masalah semasa menjalankan praktikum kali ketiga untuk
membantu mereka dalam masalah koordinasi mata-tangan. Masalah yang dihadapi mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan diri mereka. Untuk membantu murid yang
dikaji, pengkaji berpendapat bahawa kaedah demonstrasi lipatan sesuai digunakan untuk membantu
meningkatkan koordinasi mata dan tangan kerana murid belajar melalui pengalaman seterusnya
mengaplikasikan dalam kehidupan. Tambahan lagi, murid yang dikaji mempunyai kognitif yang
lemah dan ingatan yang singkat. Oleh itu, kaedah demonstrasi lipatan origami sesuai digunakan bagi
membantu peserta kajian.


2


Fokus Kajian
Isu Kajian

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan koordinasi mata dan tangan melalui kaedah demonstrasi lipatan.
Masalah yang dihadapi peserta kajian adalah berkaitan dengan masalah koordinasi mata dan tangan
semasa membuat aktiviti di dalam kelas dan turut mempengaruhi aktiviti pengurusan diri terutamanya
semasa berada di rumah. Masalah koordinasi mata tangan yang dihadapi murid yang dipilih memberi
kesan dalam membuat aktiviti seperti memasukkan manik ke dalam tali, mempunyai masalah dalam
memegang pensil dengan betul hingga menyebabkan tulisan yang dihasilkan tidak dapat difahami oleh
guru yang mengajar, membutang dan memakai baju, aktiviti melipat baju dan seluar, melambung dan
menangkap bola dan aktiviti-aktiviti lain yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran oleh
pengkaji atau pun guru lain. Oleh hal yang demikian, pengkaji ingin membantu murid tersebut dalam
meningkatkan koordinasi mata dan tangan menggunakan kaedah lipatan origami.

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid masalah pembelajaran yang menghadapi masalah
koordinasi mata dan tangan dengan menggunakan kaedah lipatan origami untuk meningkatkan
koordinasi mata-tangan mereka kembali seperti biasa.

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan koordinasi mata-tangan murid dengan
menggunakan kaedah lipatan origami.
Objektif khusus kajian ini adalah untuk mencapai :
1. Meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah lipatan origami.
2. Membantu murid melakukan aktiviti pengurusan diri dengan menggunakan kaedah
lipatan origami.
3. Menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
pengurusan diri

Soalan Kajian
1. Adakah koordinasi mata dan tangan dapat ditingkatkan melalui kaedah lipatan
origami?
2. Adakah kaedah lipatan origami dapat membantu murid dalam aktiviti pengurusan
diri murid?
3. Adakah minat murid dapat ditarik untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran
dan pembelajaran menerusi kaedah lipatan origami?

Sorotan Literatur

Menerusi kajian lepas yang dirujuk bertajuk Kaedah Latihan Koordinasi Mata dan Tangan dengan teknik
FINBLO untuk meningkatkan kemahiran mewarna murid prasekolah, Nor Hashimah Hashim dan Yahya
Che Lah(2007) menyatakan bahawa kecerdasan bodily-kinesthetics ialah kebolehan seseorang
menggunakan tubuh badan bagi mencairkan idea dan perasaan seperti pelukis, pengukir, pelakon, ahli
sukan dan pakar bedah.
Di samping itu, melalui kajian yang telah dibuat oleh Muhammad Firdaus Bin Zahari (2012)
yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Motor Halus Jari Tangan Murid Masalah Pembelajaran
Penglihatan Tahun 3 Dalam Bidang Membuat Corak Dan Rekaan Menerusi Teknik Lipatan Dan
3

Guntingan menyatakan bahawa masalah lemah dalam kemahiran motor halus bahagian jari jemari
harus dititikberatkan dan tidak boleh dipandang mudah oleh guru-guru.
Siti Nor Aisyah binti Rahman (2012) dalam kajian yang dilaksanakan yang bertajuk Bermain
Doh Meningkatkan Kemahiran Motor Halus Murid Masalah Pembelajaran menyatakan dengan
membantu murid yang mempunyai masalah motor halus dengan kaedah yang sesuai dapat menguatkan
otot jari sekaligus dapat melancarkan aktiviti menulis dan meningkatkan koordinasi mata dan tangan.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

















Rajah 1.carta alir kitaran pemikiran dan model lewin 1946 dan laidlaw 1992.

Langkah 1 : Analisis Temubual









Rajah 1. Model kitaran laidlaw 1992

Langkah 1: Analisis Temubual

Pengkaji menjalankan temubual bersama dengan guru kelas yang mengajar peserta kajian. Hasil temubual
mendapati, terdapat murid yang menghadapi masalah koordinasi mata-tangan yang agak serius. Oleh itu,
temubual dijalankan bagi mendapatkan maklumat dari guru kelas yang mengajar peserta kajian.




MENGENAL PASTI ASPEK
AMALAN
Kumpul data untuk
kenal pasti aspek yang
ingin ditambah baik
MERANCANG
Merancang pelan
tindakan untuk
menambah baik
amalan
Merancang
pengumpulan data
TINDAKAN
Laksanakan pelan tindakan
MELIHAT KESAN
TINDAKAN
Mengumpul data tentang
kesan tindakan
REFLEKSI
Menganalisis dan
menilai
Membuat refleksi
mengenai
keberkesanan
tindakan
4

Langkah 2:Senarai Semak

Pengkaji telah menetapkan intervensi yang boleh diberikan kepada peserta kajian. Pengkaji menggunakan
instrumen senarai semak semasa pemerhatian dijalankan. Terdapat dua kitaran dijalankan oleh pengkaji
semasa menjalankan kajian. Pengkaji memberikan latihan lipatan origami kepada subjek kajian sebanyak
tiga kali seminggu selama empat minggu.

Langkah 3: Rekod Anekdot

Pengkaji menggunakan rekod anekdot untuk melihat perubahan dan peningkatan yang berlaku kepada
subjek kajian sepanjang latihan dan intervensi yang dijalankan. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat
merakamkan bukti perubahan yang berlaku ke atas peserta kajian dan dijadikan bukti dalam kajian ini.

Langkah 3: Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi mengukur tahap awal penguasaan peserta kajian terhadap kaedah lipatan
origami ini. Ujian ini diadakan pada awal minggu pertama bagi membuktikan adakah kaedah lipatan
origami mampu membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid berkenaan. Latihan yang
berterusan diberikan kepada peserta kajian untuk melihat keberkesanan peserta kajian yang dikaji.

Langkah 4: Ujian pos

Ujian pos telah dilaksanakan sebanyak dua kali. Ujian pos yang pertama menunjukkan hasil yang tidak
memuaskan pengkaji. Oleh itu pengkaji kemudiaannya melakukan penambahbaikan pada intervensi pada
kitaran pertama dan menjalankannya pada kitaran yang berikutnya. Melalui penambahbaikkan itu, dilihat
kedua-dua peserta kajian menunjukkan keputusan yang sangat baik dan meningkat.

Dapatan Dan Refleksi
Kaedah Senarai Semak

Senarai semak digunakan sebelum intervensi dimulakan. Melalui senarai semak ini, pengkaji dapat
mengetahui perkara yang dapat diperbaiki melalui intervensi yang bakal dijalankan.

Jadual 1. Keputusan senarai semak sebelum













Peserta kajian Skor markah senarai semak awal Peratusan (%)
M1 7/18 39%
M2 8/18 44%
5

Jadual 1 menerangkan tentang keputusan markah senarai semak yang diperolehi oleh kedua-dua peserta
kajian. Senarai semak menunjukkan bahawa skor markah M2 lebih baik berbanding skor markah
diperolehi M1. Pengakaji dapat merumuskan bahawa, koordinasi mata dan tangan M2 adalah lebih baik
berbanding M1. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan intervensi kepada kedua-dua peserta kajian untuk
membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan peserta kajian berkenaan.



Rajah 2. Markah yang diperolehi oleh kedua-dua peserta kajian dalam senarai semak awal

Ujian Pra

Jadual 2. Keputusan Analisis Pencapaian Peserta Kajian Dalam Ujian Pra

Peserta kajian Skor markah ujian pra Peratusan (%)



M1 3/8 37%

M2 3/8 37%


Jadual 2 menunjukkan hasil keputusan ujian pra yang dijalankan oleh pengkaji. Berdasarkan keputusan
ujian tersebut, pengkaji dapati terdapat banyak kelemahan yang terdapat pada kedua-dua subjek kajian
yang memerlukan intervensi yang berterusan bagi meningkatkan koordinasi mata tangan subjek kajian.



0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
45%
50%
M1 M2
Markah Senarai Semak
M1 M2
6



Rajah 3 Peratusan antara ujian pra kitaran 1 dan kitaran 2 M1 dan M2

Rajah 3 menunjukkan keputusan ujian pra yang telah dijalankan kepada kedua-dua subjek kajian.
Berdasarkan graf yang ditunjukkan, pengkaji dapat merumuskan bahawa kedua-dua subjek kajian
berada pada tahap kemahiran yang sama sebelum intervensi dijalankan kepada subjek kajian berkenaan.
Oleh itu, intervensi dijalankan kepada subjek kajian berkenaan bagi meningkatkan koordinasi mata dan
tangan berdasarkan aspek lipatan origami yang diuji oleh pengkaji.

Ujian Pos

Jadual 3. Keputusan Analisis Pencapaian Murid dalam Senarai Semak Ujian Pos
Subjek Kajian Ujian Pos
Kitaran 1
Peratusan
(%)
Ujian Pos
Kitaran 2
Peratusan (
%)
M1 2/8 25 7/8 88
M2 3/8 38 5/8 63



0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
M1 M2
UJIAN PRA
M1 M2
7



Rajah 3 Perbandingan peratusan ujian pasca kitaran 1 dan kitaran 2 M1 dan M2

Berdasarkan keputusan ujian pos berdasarkan jadual tersebut, dapat disimpulkan bahawa terdapat
kenaikan yang ketara dalam ujian pos pada kitaran yang terakhir. Aspek yang dinilai semasa ujian pos
itu dapat dilaksanakan dengan baik oleh subjek kajian setelah intervensi dijalankan ke atas subjek
kajian. Oleh itu, pengkaji beranggapan bahawa koordinasi moto dan tangan subjek kajian telah
meningkat dan dibuktikan dengan senarai semak dan temubual bersama dengan guru kelas subjek
kajian berkenaan. Murid menjadi lebih fokus semasa berada didalam kelas dan mampu mengurus diri
dengan baik sebelum melaksanakan intervensi. Ini menunjukkan bahawa kaedah lipatan origami ini
mampu membantu murid dari aspek pengurusan diri dan berjaya meningkatkan koordinasi moto dan
tangan.

Senarai Semak Akhir

Jadual 4. Keputusan senarai semak setelah menjalani intervensi

Peserta kajian

Skor Markah Senarai Semak Akhir

Peratus (%)

M1

17/18

94%
M2 16/18 89%


kitaran 1 kitaran 2
M1 25% 38%
M2 88% 63%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
Ujian pos
M1 M2
8



Rajah 4. Keputusan senarai semak akhir

Berdasarkan rajah di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa kaedah lipatan origami dapat
meningkatkan koordinasi mata dan tangan peserta kajian. Melalui senarai semak yang sama yang
digunak pada awal kajian menunjukkan, terdapat peningkatan yang begitu ketara kepada kedua-dua
peserta kajian setelah intervensi dijalankan. Senarai semak tersebut mendapat persetujuan dari guru
yang berada di kelas peserta kajian berkenaan.

Kesimpulan
Murid-murid yang berada dikelas pendidikan khas merupakan murid yang mempunyai pelbagai
keistimewaan. Oleh itu kepakaran guru memainkan peranan yang amat penting dalam membantu
menguruskan masalah yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah
menjalankan satu kajian bagi membantu peserta kajian dalam mengurangkan masalah koordinasi mata
dan tangan menggunakan kaedah demonstrasi lipatan origami. Berdasarkan dapatan kajian yang
diperolehi, dapat disimpulkan bahawa kaedah demonstrasi lipatan origami dapat membantu murid yang
menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Latihan dan intervensi yang diberikan mampu
meningkatkan keupayaan mata dan tangan peserta kajian kerana mata dan tangan berfungsi dalam satu
masa yang sama bagi menyiapkan lipatan origami. Oleh itu, latihan lipatan origami yang berterusan
mampu untuk mengurangkan masalah koordinasi mata dan tangan tanpa melibatkan kos peralatan yang
tinggi. Kajian ini mudah dilaksanakan sekiranya terdapat murid yang mengalami masalah koordinasi
mata dan tangan yang agak serius. Kesimpulannya, kajian kaedah lipatan origami ini dapat membantu
mengurangkan masalah koordinasi mata dan tangan dengan baik tanpa melibatkan kos dan peralatan
yang banya







0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
M1 M2
Senarai Semak Akhir
M1 M2
9

Rujukan

Senarai Rujukan

Abd Ghafar bin Md Din (2003) . Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan : Prinsip Dan Amalan
Pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2009 ). Dokumen Standard Prasekolah: Kementerian Pelajaran
Malaysia

Chor Fook Meng dan Jiazah bt Muhammad. (2011) Kajian Tindakan : Konsep Dan Amalan Dlm
Pengajaran. Selangor, Multimedia Sdn Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Peyelidikan. Shah Alam : Mc Graw-Hill ( Malaysia) Sdn. Bhd.

Dr.Zulkifli Hj. Ismail, Dr Lean Hamzah Sendut (1996). Penyakit Kanak-Kanak A- Z : Panduan Untuk
Ibubapa. Singapore Time Books International.

Ee Ah Meng. (1999 ). Siri Diploma Perguruan, Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan ,
Guru dan Sekolah. 2
nd
. Ed . Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

En Abd Rahim b. Talib. (2006). HBSL 1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

Jan Tusan (2007). Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Kaedah Demonstrasi
Dalam Menguasai Pengguunaan Alat Pengukuran Dan Unit S.1 Di Kalangan
Pelajar Tingkatan 1. Tesis tidak diterbitkan, Fakulti Sains dan Pendidikan Asas Universiti
Terbuka Malaysia

Jamila K.A Mohamed. ( 2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak- Kanak Istimewa. Kuala Lumpur :
PTS Professional Sdn . Bhd

Muhammad Firdaus bin Zahari ( 2012). Meningkatkan Kemahiran Motor Halus Tangan Murid
Masalah Penglihatan Tahun 3 Dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan Menerusi Teknik
Lipatan dan Guntingan. Tesis tidak diterbitkan, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Ng Ying Shya.(2004). PenggunaanAlat Bahan Bantu Mengajar di Kalangan Guru Guru
Teknikal Sekolah Menengah Teknik Negeri Kedah. : Tesis diterbitkan
Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah. ( 2007). Panduan Pendidikan Prasekolah : Selangor : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.





10

Laman Web

Angelo Montagnino, Tajuk tidak dinyatakan ( n.d). Diperoleh Mei 27, 2014 dari
https://nfb.org/images/nfb/publications/fr/fr26/issue2/fr07sum07.htm

Anis Ibarahim.(2011). Kaedah Pengumpulan Data Pemerhatian. Diperoleh Jun 1,2014
darihttp://www.slideshare.net/wonderwhy/kaedah-pengumpulan-data-pemerhatian

Mari Berkawand. (2011). Latihan Koordinasi Mata-Tangan. Diperoleh Jul 16,2014 dari
http://mari-berkawand.blogspot.com/2011/02/latihan-koordinasi-mata- tangan.html


Mohd Saifullah. ( 2009). Model Kajian Tindakan. Diperoleh April 19, 2014 dari
http://saifuldpliukm.blogspot.com/2009/11/model-kajian-tindakan-kemmis- metaggart.html

Shelly Anand. (2002). Kaedah Pemerhatian. Diperoleh Jun 4,2014 dari
http://www.slideshare.net/nym_namrod/kajian-tindakan-kaedah-pengumpulan-datakajian-tindakan

Sylwya Melvyn Sylvester. Namrod Polois. Kaedah Pengumpulan Data Kajian
Tindakan.Diperoleh Jun 1, 2014 dari http://www.slideshare.net/nym_namrod/kajian-tindakan-
kaedah-pengumpulandata-kajian-tindakan

Wan Noraini Wan Muhammad. (2009). Aktiviti 13 : Teori, Strategi & Kaedah Pembelajaran.
Diperoleh April 19, 2014 dari http://wannoorainiwmp51992.blogspot.com/
















11

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MEMBUNYIKAN
HURUF KONSONAN MENGGUNAKAN KAEDAH FONIK DALAM KALANGAN MURID
PENDIDIKAN KHAS
oleh
Ahmad Khusairi Bin Ahmad Anwar
Puan Farah Dilla Binti Ramli

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan
membunyikan huruf konsonan menggunakan kaedah fonik. Peserta kajian terdiri daripada 4
orang murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di salah
sebuah sekolah di daerah Bachok, Tinjauan awal mendapati bahawa murid-murid ini lemah
dalam subjek Bahasa Melayu khususnya kemahiran yang melibatkan penguasaan mengenal
dan membunyikan huruf konsonan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara kualititatif dan
kuantitatif. Tindakantindakan yang dijalankan adalah seperti Fonik Muzik (FOMU), Fonik
Seni (FOSE), dan Fonik Main (FOMA). Model penyelidikan tindakan adalah berasaskan
Model Penyelidikan Lewin pada tahun 1946 dan Laidlaw pada tahun 1992. Instrumen utama
kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos, manakala pemerhatian, senarai semak,
analisis dokumen dan nota lapangan adalah untuk menyokong data utama serta
dipersembahkan secara kualitatif. Dapatan kajian telah menunjukkan peningkatan
pencapaian peserta kajian dalam menguasai kemahiran mengenal dan membunyikan huruf
konsonan. Dapatan menunjukkan peningkatan daripada 24.0 peratus (purata keseluruhan
ujian pra) kepada 80.0 peratus (purata keseluruhan ujian pos) menjadikan peningkatan
sebanyak 56.0 peratus secara keseluruhan. Manakala dapatan pemerhatian dan senarai
semak mendapati terdapat perubahan yang positif daripada aspek tingkah laku dan minat
peserta kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Hasil kajian
memperlihatkan bahawa kaedah fonik mampu meningkatkan penguasaan kemahiran peserta
kajian dalam mengenal dan membunyikan huruf konsonan dengan tepat serta mampu menarik
minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang
membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.
Menurut Gargiulo (2003), pendidikan khas merujuk kepada program pengajaran khusus yang memerlukan
penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan
murid yang tidak mampu belajar seperti murid biasa. Menurut Jabatan Pendidikan Khas (1999) antara
masalah yang sering timbul dalam kalangan murid pendidikan khas ialah masalah membaca perkataan,
mengeja suku kata, kesalahan dalam bunyi ujaran perkataan yang dibaca dan juga kesalahan dalam
menafsir makna perkataan. Antara punca utama masalah ini berlaku ialah murid tidak mengenal simbol-
simbol huruf dengan baik, masalah dalam membunyikan suku kata perkatan dan kerap kali bertukar
simbol dalam sesuatu perkataan serta masalah pada sistem arbitrari murid itu sendiri.
Kemahiran membaca merupakan salah satu tunjang kemahiran utama dalam 3M, iaitu yang terdiri
daripada kemahiran mengira, membaca dan menulis. Kemahiran membaca sangat penting dalam diri
seseorang individu kerana ia merupakan antara faktor utama pemerolehan ilmu itu berlaku dalam diri
seseorang khususnya bagi seorang kanak-kanak. Hal ini kerana, proses perkembangan kemahiran
12

membaca berada di tahap yang optimum semasa pada peringkat pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak, WeitrnW(1994). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan
merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca
dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan
maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa,gaya kognitif
dan pengalaman membaca (Yahya 2005).

Fokus Kajian
Isu Kajian
Berdasarkan pengalaman yang telah pengkaji lalui semasa mengajar di sekolah, pelbagai kategori
masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas. Contohnya daripada aspek kognitif, psikomotor,
efektif dan juga tingkah laku murid. Dalam subjek Bahasa Melayu khususnya, masalah pembelajaran yang
paling ketara dapat dilihat ialah murid-murid mengalami masalah mengenal dan membunyikan huruf
konsonan dengan betul. Sebagai contoh murid mengalami masalah untuk mengenal dan membunyikan
huruf- huruf seperti b, d, c, m, n dan p. Masalah yang berlaku ini adalah disebabkan kekeliruan murid
dalam menghubungkan bentuk atau simbol dengan bunyi huruf itu sendiri. Jika masalah ini dibiarkan
berterusan, ia boleh menyumbang kepada implikasi yang buruk berkaitan perkembangan pembelajaran
murid tersebut. Ini kerana jika seseorang tidak mengenal huruf maka peringkat pembelajaran yang
seterusnya seperti kemahiran mengenal suku kata, perkataan dan ayat juga tidak boleh dikuasai dengan
baik. Disebabkan kesukaran yang dihadapi ini juga, murid akan menjadi cepat bosan dan kurang minat
untuk belajar dan serta menujukkan tingkahlaku yang tidak terkawal di dalam kelas.

Tujuan kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid meningkatkan penguasaan kemahiran
mengenal dan membunyikan huruf konsonan. Kajian ini juga bertujuan untuk menarik minat murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Objektif kajian

I. Meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf konsonan
b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,r,s,t,v,w, y, dan z dalam kalangan murid pendidikan khas dengan
menggunakan kaedah fonik.
II. Meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan kajian

I. Adakah penguasaan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf konsonan dapat ditingkatkan
dengan menggunakan kaedah fonik dalam kalangan murid pendidikan khas?
II. Adakah minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan.
Sorotan Literatur

Kajian yang dilakukan oleh Felicia Michael (2012) yang bertajuk Biskut Huruf Meningkatkan
Prabacaan merupakan satu kajian yang dibuat untuk membantu menyelesaikan masalah murid-murid yang
belum mengenal huruf pada peringkat pra-sekolah. Untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf,
beliau telah menggunakan kaedah ulian doh bagi membentuk huruf. Huruf-huruf yang dijadikan kajian
beliau ialah huruf b,d,p,q,l,m,n dan g. Pada akhir kajian beliau, dapatan kajian telah membuktikan
penggunaan doh sangat membantu murid-murid pra-sekolah dalam mengenal dan menyebut huruf kecil.
13


Selain itu, Mazita Bahari (2009) telah menjalankan satu kajian tindakan yang bertajuk Mengatasi
Masalah Murid Tidak Mengenal Huruf. Kajian ini telah beliau jalankan bagi membantu 10 orang murid
dari tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Betau, Pahang. Sekolah Kebangsaan Betau merupakan sebuah
sekolah orang asli di negeri Pahang. Beliau telah menggunakan modul pembelajaran alpahabet I Know
U. Setelah dua bulan menggunakan modul tersebut, terdapat peningkatan dalam kemahiran murid
mengenal dan membaca huruf

Hariz Zamzari (2011) dalam penyelidikan yang bertajuk Penggunaan Multimedia Dalam
Meningkatkan Kefahaman Huruf Dalam Kalangan murid Pra-sekolah telah menumpukan penggunaan
bahan multimedia sebagai langkah menguasai kelemahan mengingat dan mengenal huruf di sebuah
sekolah di Petaling Jaya. Dalam kajian beliau, kana-kanak pra- sekolah didedahkan dengan penggunaan
multimedia berupa CD interaktif serta persembahan PowerPoint. Murid didedahkan sebanyak 6 kali
dimana mereka berpeluang mengggunakan multimedia sebagai medium pembelajaran. Keputusan ujian
pasca telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan kanak-
kanak lebih seronok belajar jika diransang dengan bahan aktiviti yang pelbagai.

Mohammad Abdul Fatah Mohamed Seth (2011) telah melakukan satu kajian yang bertajuk
Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Mengenal huruf a hingga z. Dengan menggunakan Teknik
Nyanyian. Kajian ini telah dijalankan terhadap 6 orang murid pra sekolah dalam tempoh dua minggu.
Dalam kajiannya, beliau telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
Teknik Nyanyian sebanyak tiga kali selama 30 minit Daripada data yang dianalisis didapati kesemua
responden menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pos berbanding ujian pra. 4 orang responden
telah memperolehi markah penuh dengan menunjukkan peningkatan markah yang tinggi bagi kategori
menunjuk huruf dalam ujian pos. Hasil kajian menunjukkan bahawa Teknik Nyanyian yang adalah sangat
berkesan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal huruf ahingga z secara rawak.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Rajah 1: Carta alir kitaran pemikiran dan model Lewin (adaptasi dari Lewin, 1946 an Laidlaw, 1992

Pengkaji telah memilih model kajian tindakan Kurt Lewin (1946) untuk dijadikan sebagai model dalam
kajian tindakan ini. Berdasarkan model ini saya telah merancang pelaksanaan tindakan seperti berikut:

Langkah 1: Mengenal Pasti Aspek Ramalan

Seramai empat orang peserta kajian terlibat dengan ujian pra yang diadakan. Peserta kajian diminta
menyebut huruf konsonan berdasarkan kad huruf yang ditunjuk oleh guru. Pemerhatian terhadap tingkah
laku dan minat peserta kajian juga direkodkan pada senarai semak dan nota lapangan.
14

Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian
PESERTA
KAJIAN
JANTINA KATEGORI UMUR
1 Lelaki Slow Learner 10 tahun
2 Lelaki ADHD 10 tahun
3 Lelaki Slow Learner 10 tahun
4 Lelaki Slow Learner 10 tahun

Langkah 2: Merancang Tindakan

Pengkaji merancang tindakan yang akan diaplikasikan bagi meningkatkan pengusaan kemahiran peserta
kajian. Pengkaji telah memilih kaedah fonik sebagai intervensi utama. Kaedah Fonik akan dilaksanakan
menggunakan tiga tindakan yang berbeza iaitu tindakan Fonik Muzik, Fonik Seni, dan Fonik Main.

Langkah3: Tindakan/Implementasi

Pengkaji melaksanakan tindakan terhadap peserta kajian yang terlibat. Tiga tindakan yang berteraskan
kaedah fonik telah dipilih.

Tindakan 1 (Fonik Muzik)

Pelaksanaan tindakan telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama bagi peserta kajian 1 dan 2.
Manakala sesi kedua disertai oleh peserta kajian 3 dan 4. Tedapat 3 fasa utama ketika setiap sesi
dijalankan. Fasa pertama ialah, pengenalan iaitu pengkaji akan menayangkan video lagu kepada peserta
kajian. Kemudian pengkaji akan menyanyi lagu yang dimainkan beserta dengan teknik asosiasi yang telah
ditetapkan bagi setiap huruf yang dibunyikan

Fasa kedua, fasa perkembangan pula memerlukan peserta kajian turut serta di dalam aktiviti
tindakan yang dilaksanakan. Peserta kajian akan mengikut rentak lagu yang dimainkan serta dalam masa
yang sama mengaplikasikan teknik asosiasi yang tertentu. Fasa yang terakhir pula iaitu fasa pengukuhan,
peserta kajian diminta membunyikan kad imbas yang dipegang oleh pengkaji sambil mengaplikasikan
teknik asosiasi yang dipelajari semasa fasa satu dan dua sebelum ini.

Aktiviti :
1. Perkenalkan bunyi huruf yang akan diajar tanpa menunjukkan simbol atau huruf tersebut. Sebut
bunyi dengan jelas beberapa kali.
2. Tanyakan pelajar bunyi yang didengar dan minta pelajar menyebut bunyi dengan betul. Ulang
sebut bunyi sehingga mantap.
3. Perkenalkan simbol atau huruf yang diajar sambil menyebut ini bunyi...... Bukannya
menggunakan ini huruf
4. Guru menayangkan video lagu animasi kepada murid sebagai terapi muzik
5. Melakonkan aksi asas latihan asosiasi bagi setiap bunyi huruf yang disebut.
Bahan Bantu Tindakan :
1. Video lagu huruf
2. Kad imbas

Tindakan 2 (Fonik Seni)

Pelaksanaan tindakan telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama bagi peserta kajian 1 dan 2.
Manakala sesi kedua disertai oleh peserta kajian 3 dan 4. Tedapat 3 fasa utama ketika setiap sesi
15

dijalankan. Tema seni yang akan saya gunakan adalah bentuk-bentuk huruf konsonan. Fasa pertama ialah,
pengenalan iaitu saya akan memberikan mereka hasil-hasil karya seni yang berkaitan dengan teknik yang
akan dilakukan pada hari tersebut. Seterusnya, saya membuat demonstrasi bagaimana untuk menghasilkan
karya tersebut yang bertemakan bentuk-bentuk huruf konsonan. Dalam masa yang sama juga saya akan
menerangkan kepada peserta kajian tentang bahan-bahan dan alatan yang akan mereka aplikasikan pada
fasa yang seterusnya.

Fasa kedua, fasa perkembangan di mana peserta kajian mula menghasilkan karya masing-masing.
Peserta kajian akan diminta menghasilkan bentuk huruf berdasarkan bunyi huruf yang disebut oleh saya.
Dan dalam masa yang sama, pada masa-masa yang tertentu, saya juga akan meminta peserta kajian untuk
membunyikan huruf yang dihasilkan oleh mereka. Fasa yang terakhir pula iaitu fasa pengukuhan. Dalam
fasa yang terakhir ini sesi apresiasi seni akan dijalankan. Peserta kajian diminta menceritakan tentang hasil
karya yang dibuat yang merangkumi aspek pilihan warna, alatan dan bahan yang digunakan Pada sesi
apresiasi ini jugalah, sesi pengukuhan akan dilaksanakan iaitu dengan cara peserta kajian akan diminta
membunyikan huruf yang dihasilkannya pada karya

Aktiviti :
1. Murid berada dalam keadaan yang selesa
2. Guru memperkenalkan aktiviti terapi seni yang akan dijalankan
3. Sebagai contoh aktiviti capan, mozek, catan, kolaj dan mewarna.
4. Murid akan mengaitkan hasil seni yang dihasilkan dengan simbol dan bunyi huruf yang terlibat.
5.
Bahan Bantu Tindakan :
1. Kertas lukisan
2. Gam
3. Gunting
4. Pensel Warna
5. Warna air
6. Kertas Warna

Tindakan 3 (Fonik Main)

Pelaksanaan tindakan telah dibahagikan kepada satu sesi sahaja. Iaitu keempat-empat peserta kajian akan
menjalani tindakan pada masa yang sama.Fasa pertama ialah, pengenalan dimana saya akan menerangkan
syarat dan peraturan permainan kepada peserta kajian yang terlibat dalam tindakan yang akan dijalankan
tersebut.

Fada kedua pula, fasa perkembangan, peserta kajian akan mengambil bahagian di dalam aktiviti
tindakan Fonik Main yang dijalankan. Semasa fasa ini dijalankan, penting bagi saya memastikan peserta
kajian dapat melibatkan diri secara sepenuhnya di dalam aktiviti. . Dalam fasa ini, saya perlu berhati-hati
dan peka terhadap sebarang arahan yang diberikan saya . Hal ini supaya arahan yang diberi jelas, tepat dan
mudah difahami oleh peserta kajian

Fasa yang terakhir pula iaitu fasa pengukuhan, peserta kajian diminta membunyikan kad imbas
yang dipegang oleh saya sambil mengaplikasikan teknik asosiasi yang dipelajari semasa tindakan yang
lepas.Selain itu, peserta kajian juga diminta menulis bentuk huruf bagi setiap huruf yang disebut oleh
saya. Walaupun ia merupakan kemahiran menulis, namun secara tidak langsung ia dapat memberikan
gambaran yang jelas dalam struktur kognitif peserta kajian iaitu perkaitan di antara bentuk dan juga bunyi
huruf.

Aktiviti :
16

1. Guru akan menerangkan tujuan, peraturan, dan masa permainan.
2. Guru juga akan menerangkan cara permainan dimainkan.
3. Murid-murid menjalankan aktiviti permainan
4. Guru memainkan peranan mengawas, memerhati dan membimbing.
5. Guru menilai hasil permainan
6. Guru berbincang dengan murid-murid tentang aktivit permainan yang dijalankan.
7. Guru menjalankan aktiviti pengukuhan

Bahan Bantu Tndakan :
1. Gelung besar
2. Kotak Dadu
3. Kad imbas

Setiap satu tindakan akan disertakan dengan ujian tindakan. Ia adalah bertujuan mengukur
perkembangan semasa peserta kajian dan juga keberkesanan tindakan yang diaplikasikan. Setelah selesai
semua tindakan dilaksanakan, peserta kajian akan terlibat dengan ujian pos. ujian pos akan ditadbir
dengan prosedur dan cara yang sama semasa ujian pra dijalankan.

Langkah 4: Mengumpul Data Tentang Kesan Tindakan Yang Telah Dijalankan

Pengkaji mengumpul data tentang kesan setelah tindakan dijalankan. Instrumen yang digunakan adalah
berbentuk ujian, pemerhatian, analisis dokumen dan senarai semak akan digunakan dalam kaedah
pengumpulan data bagi setiap perkembangan peserta kajian yang terlibat.

Langkah 5: Membuat refleksi terhadap tindakan

Pengkaji akan membuat refleksi mengenai keberkesanan tindakan berdasarkan data yang dikumpul.
Pengkaji juga akan menggunakan triangulasi data yang diperolehi dari kaedah pengumpualan data yang
berbeza dalam membuat hubungkait penguasaan kemahiran dengan tingkah laku seta minat peserta kajian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Dapatan Dan Refleksi

Analisis Objektif 1
Bagi menjelaskan lagi tahap penguasaan kemahiran peserta kajian, satu rubrik peatusan markah telah
dibina. Rubrik pemarkahan ini akan digunakan bagi menentukan gred dan kategori peserta kajian
berdasarkan pencapaian markah yang diperolehi peserta kajian di dalam ujian pra dan pos yang
dijalankan.

Jadual 2: Rubrik Peratusan Markah

SKALA GRED KATEGORI
90-100 A+ CEMERLANG
80-89 A-
70-79 B+ BAIK
60-69 B-
50-59 C+ SEDERHANA
40-49 C-
30-39 D LEMAH
20-29 E SANGAT LEMAH
17

10-19 F
0-9 G GAGAL

Hasil analisis ujian pra dan pos yang telah dilaksanakan akan menjawab objektif pertama kajian ini
sama ada berjaya dicapai ataupun tidak. Jadual di bawah menunjukkan dapatan perbandingan hasil
daripada ujian pra dan pos yang dilaksanakan. Tujuan instrumen ini dilaksanakan terhadap peserta kajian
adalah untuk pengkaji membanding beza pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
dijalankan.

Jadual 3 : Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos


Jadual 2 jelas menunjukkan terdapat perbezaan hasil daripada ujian pra dan pos yang dijalankan.
Berdasarkan analisis yang dibuat, berlaku peningkatan tahap penguasaan kemahiran mengenal dan
membunyikan huruf konsonan yang dihadapi sebelum ini. Peningkatan gred dalam kalangan peserta
kajian turut berlaku berdasarkan ujian pra dan pos yang diambil. Analisis pada ujian pra menunjukkan
tiga orang peserta kajian berada pada kategori tahap sangat lemah. Manakala seorang lagi peserta kajian
berada pada tahap lemah.

Hasil analisis ujian pos yang dibuat menujukkan peningkatan yang ketara terhadap penguasaan
keempat-empat peserta kajian . Berbanding penguasaan peserta kajian yang ditunjukkan dalam ujian pra,
dua orang peserta kajian berjaya meningkatkan kemahiran mereka di tahap yang cemerlang manakala dua
orang lagi peserta kajian di tahap yang baik. Maklumat ini dapat dibuktikan melalui purata keseluruhan
ujian pra iaitu sebanyak 24.0 peratus telah meningkat kepada 80.0 peratus setelah ujian pos dijalankan.
Menjadikan sebanyak 56.0 peratus purata keseluruhan pencapaian peserta kajian dapat dicapai. Data ini
dapat dilihat dengan jelas lagi berdasarkan Rajah 2 di bawah. Graf bar berwarna merah mewakili
pencapaian semasa ujian pra manakala bar berwarna hijau pula mewakili pencapaian semasa ujian pos
iaitu setelah tindakan dijalankan.



Murid

Ujian Pra

Ujian Pos

Peningkatan Pencapaian
Markah
(19)
Peratus
(%)
Markah
(19)
Peratus
(%)
Markah
(19)
Peratus
(%)
Peserta
Kajian 1
4 21.0 14 74.0 10 53.0
Peserta
Kajian 2
7 37.0 19 100.0 12 63.0
Peserta
Kajian 3
2 11.0 12 63.0 8 52.0
Peserta
Kajian 4
5 26.0 16 84.0 11 58.0
18



Rajah 2 : Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Ujian Pos

Berdasarkan analisis instrumen ujian pra dan pos yang dilaksanakan, terbukti peserta kajian telah
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf konsonan berdasarkan tiga
keadah tindakan yang berteraskan kepada kaedah fonik.Secara tidak langsung juga hasil data yang
diperolehi telah dapat mencapai matlamat objektif satu kajian. Hasil keberkesanan bagi ketiga-tiga
tindakan yang dijalankan boleh dilihat dengan lebih jelas lagi berdasarkan graf pada Rajah 3 dibawah.




Rajah 3: Analisis Pencapaian Markah Ujian Tindakan

Analisis Dapatan Tindakan 1 (FOMU)

Merujuk kepada keputusan ujian tindakan satu yang telah dijalankan. peserta kajian telah dapat
mengembangkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf setelah tindakan Fonik Muzik
dilaksanakan. Berdasarkan permerhatian dan senarai semak yang berjaya saya perolehi, peserta kajian 1
telah menonjolkan minat yang semasa aktiviti tindakan dilaksanakan.

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3 Peserta Kajian 4
Ujian Pra 21 37 11 26
Ujian Pos 74 100 63 84
0
20
40
60
80
100
120
M
a
r
k
a
h

(

%
)


Perbandingan Markah Ujian Pra dan
Ujian Pos
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3 Peserta kajian 4
Tindakan 1 53 74 32 58
Tindakan 2 63 84 53 68
Tindakan 3 74 95 63 79
0
20
40
60
80
100
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Analisis Pencapaian Markah Ujian
Tindakan
19

Ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian terhadap penglibatannya yang aktif dan memberikan
respon yang baik semasa awal sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Faktor perubahan tingkah
laku positif ini juga telah mempengaruhi pencapaian peserta kajian. Buktinya,peserta kajian 1 telah
berjaya mengenal dan membunyikan 10 huruf mewakili sebanyak 53 peratus di dalam ujian tindakan 1.
Namun begitu, peserta kajian 1 masih lagi menghadapi masalah dalam mengekalkan tumpuan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hanya dalam tempoh 30 minit pertama sahaja peserta kajian
dapat memberikan fokus yang sepenuhnya. Selepas daripada itu, peserta kajian 1 mula menunjukkan
tanda-tanda untuk mula hilang minat dalam pengajaran yang disampaikan.

Hasil dapatan juga menunjukkan peserta kajian 2 dapat melibatkan diri secara aktif di dalam
intervensi yang dijalankan. Peserta kajian 2 merupakan murid yang mengalami masalah ADHD ataupun
hiperaktif. Berdasarkan pemerhatian nota lapangan yang diperolehi ,sikap dan emosinya yang mudah
berubah membuatkan beliau mudah hilang fokus di dalam kelas. Menurut American Psichiatric
Association (APA) 1994, ADHD adalah tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara
berulang-ulang atau berterusan. Menurut Hosrnbsy (1995) pula hiperaktif dan lemah dalam sosial
membuatkan kanak-kanak yang mengalami ADHD akan disisih atau tidak diterima oleh rakan sebaya
yang lain.

Perkara ini turut berlaku pada peserta kajian 2. Hasil dapatan yang diperolehi, peserta kajian 2
mempunyai kekerapan yang tertinggi dalam sikap dan tingkah laku negatif. Namun begitu, dengan
menggabungkan jalinkan muzik dan juga teknik asosiasi, peserta kajian 2 mula dapat melibatkan diri
dengan aktif dan mampu mengikuti segala pergerakan daripada muzik yang dipasang. Sikap dan
tingkahlaku yang ditunjukkan peserta kajian 2 juga turut dinyatakan oleh Yasmin Hussain (2013), bahawa
muzik dapat memberikan keberkesanan ke atas mental dengan mengurangkan stress, memberi ketenangan
dan peningkatan dari aspek sosial. Hasilnya peserta kajian 2 dapat mengikut tindakan dengan baik dan
terbukti apabila peserta kajian 2 berjaya mengenal dan membunyikan 14 huruf yang mewakili 74 peratus
secara keseluruhan.

Dapatan kajian juga menunjukkan, peserta kajian 3 juga turut memberikan respon dan penglibatan
diri yang baik semasa tindakan dijalankan. Peserta kajian 3 merupakan peserta yang mempunyai masalah
bahasa yang kritikal. Masalah utama yang dihadapi oleh peserta kajian 3 ialah sebutan yang sengau. Hal
ini membuatkan murid disekelilingnya tidak memahami percakapan beliau. Hasil daripada senarai semak
yang dijalankan sebelum tindakan dijalankan, peserta kajian 3 mempunyai personaliti yang sentiasa
menyendiri dan kerap termenung di dalam kelas. Namun semasa tindakan 1 ini dijalankan, peserta kajian
3 mula menunjukkan perubahan daripada seorang yang pasif menjadi lebih aktif semasa tindakan
dijalankan.

Grafik dan video yang turut disertakan dengan lagu telah memberikan satu impak kepada peserta
kajian 3. Menurut model Howard Gardner (1943) Teori Kecerdasan Pelbagai, kecerdasan visual ruang
yang ada pada manusia membolehkan manusia mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual,
peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Perubahan sikap dan tingkah laku yang ditonjolkan itu telah
dapat diterjemah melalui perkembangan kemahiran mengenal huruf dan bunyi. Peserta kajian 3 telah
berjaya menguasai 6 simbol dan bunyi huruf mewakili sebanyak 32 peratus secara keseluruhan.

Peserta kajian 4 juga menunjukkan penglibatan yang aktif semasa tindakan 1 dijalankan. Peserta
kajian merupakan salah seorang murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang lemah. Hasil dapatan
pemerhatian struktur yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kesediaan belajar peserta kajian 4 berada
adalah sangat kurang. Peserta kajian 4 juga seorang yang kurang percaya terhadap diri sendiri.

20

Namun,hasil dapatan tindakan 1 yang dijalankan, peserta kajian 4 memperolehi 11 markah yang
mewakili sebanyak 58 peratus secara keseluruhan. Ini menunjukkan tindakan intervensi yang
dilaksanakan dapat mengembangkan kemahiran mengenal huruf dan bunyi konsonan.

Hasil analisis data secara keseluruhan tindakan 1 pula menunjukkan terdapat perbezan dan
persamaan data dalam ujian tindakan yang dijalankan. Keempat-empat peserta kajian berjaya mengenal
dan membunyikan huruf /b/, /c/, /d/, /k/, /s/ dengan baik. Berbeza pula dengan huruf /v/ dan /z/ yang gagal
dibunyikan oleh kesemua peserta kajian yang terlibat. Bagi huruf /f/, /g/ dan /p/ pula, hanya peserta
kajian 3 sahaja yang tidak berjaya mengenal dan membunyikannya dengan baik. Manakala ketiga-tiga
peserta kajian yang lain berjaya mengenal dan membunyikan bunyi huruf tersebut dengan baik..
Hasil ujian tindakan juga menunjukkan hanya peserta kajian 1dan 2 sahaja yang berjaya mengenal dan
membunyikan huruf /m/. Huruf /h/ dan /t/ pula hanya berjaya dibunyikan oleh peserta kajian 2 dan 3.
Bagi huruf /l/, /w/, /y/ pula hanya berjaya dibunyikan oleh peserta kajian 2 sahaja. Selain itu, hanya
peserta kajian 4 sahaja yang berjaya mengenal dan membunyikan huruf /j/ dengan baik. Huruf /n/ pula
hanya berjaya dibunyikan oleh peserta kajian 3 sahaja. Selain itu hanya peserta kajian 1 sahaja yang
berjaya mengenal dan membunyikan huruf /r/ dengan baik.

Analisis Dapatan Tindakan 2 (FOSE)

Merujuk kepada keputusan ujian tindakan 2 yang telah dijalankan. peserta kajian telah dapat
mengembangkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf setelah tindakan Fonik Seni
dilaksanakan. Peserta kajian 1 telah memperolehi markah sebanyak 63 peratus. Antara faktor utama
penglibatan peserta kajian ialah peserta kajian 1 mempunyai kemahiran asas yang baik daripada segi
aspek psikomotor khususnya psikomotor halus. Menurut Maier (1980), kemahiran motor ialah kebolehan
mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Kemahiran
motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan
tangan, jari-jari tangan dan kaki. Kemahiran ini juga secara tidak langsung telah memberikan impak
positif kepada peserta kajian 1 dalam mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Hal ini dapat
dibuktikan berdasarkan ujian tindakan 2 yang telah dilaksanakan. Peserta kajian 1 telah berjaya
memperolehi 12 markah yang mewakili sebanyak 63 peratus. Peningkatan sebanyak 10 peratus telah
berlaku berbanding ujian tindakan1 yang dijalankan sebelum ini.

Peserta kajian 2 juga berjaya memperolehi sebanyak 16 markah yang mewakili sebanyak 84
peratus secara keseluruhan. Peningkatan sebanyak 10 peratus telah berlaku. Peserta kajian 2 juga turut
mempunyai asas kemahiran psikomotor yang bagus. Berdasarkan data yang dinyatakan sebelum ini,
peserta kajian 2 merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai ADHD ataupun hiperaktif. Menurut
Gacgiulo, R.M (2003), sebilangan besar murid yang mudah hilang tumpuan ialah murid ADHD dan juga
Autisme. Selain itu, Marilyn Friend (2005) mengatakan, gangguan dalam proses pembelajaran yang
disebabkan oleh masalah tingkah laku berlaku terutamanya kategori bagi kanak-kanak Autisme dan
Hiperaktif. Namun berdasarkan triagulasi data senarai semak dan pemerhatian yang diperolehi, peserta
kajian 2 mula menunjukkan ciri-ciri mematuhi dan mendengar arahan dengan baik semasa tidakan 2
dijalankan.

Jika sebelum ini peserta kajian 2 kerap mengganggu dan membuat bising di dalam kelas.
Tindakan Fonik Seni yang dijalankan telah memberi ruang dan peluang kepada peserta kajian 2 untuk
menikmati keseronokan ketika beraktiviti dan meluahkan perasaan di dalam karya yang dihasilkan.
Perkara ini jelas membuktikan telah membantu peserta kajian 2 fokus dalam dalam sesi tindakan yang
dijalankan untuk mengembangkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf konsonan.

Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi, peserta kajian 3 telah menujukkan peningkatan
kemahiran dan respon yang baik yang baik sepanjang tindakan dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang
21

lalu, peserta kajian 3 mempunyai personaliti sentiasa termenung dan pasif di di dalam kelas. Crow dan
Crow (1981) beprendapat bahawwa personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan
daya penarik yang dimlikinya. Gage dan Beliner (1984) pula berpendapat personaliti merangkumi segala
aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan integrasi trait-trait,keupayaan, motif, sikap, pendapat,
kepercayaan, pemikiran, kognitif emosi dan ciri-ciri seseorang. Masalah sengau pada bahasa yang
diujarkan telah memberikan impak yang sangat besar pada peserta kajian 3. Sikapnya yang rendah diri dan
pemalu begitu dilihat begitu ketara sekali berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan berbanding
dengan tiga peserta kajian yang lain.

Tindakan Fonik Seni yang dijalankan telah memberi peserta kajian 3 kesan positif yang saya
harapkan selama ini. Beliau mula melibatkan diri bersama murid-murid yang lain semasa sesi tindakan
dijalanakan. Peserta kajian 3 juga turut memberi tindak balas terhadap soalan yang diajukan saya semasa
sesi tindakan dijalankan. Sebagai contoh peserta kajian 3 telah memberi respon kepada saya semasa saya
mengajukan soalan tentang campuran satu warna dengan satu warna yang lain. Hal ini jelas membuktikan
tindakan Fonik Seni yang dijalankan telah mewujudkan iklim kreativiti dan ekspresif serta sebagai
medium komunikasi peserta kajian 3. Minat dan respon yang ditunjukkan peserta kajian 3 dalam tindakan
2 telah berjaya membantu beliau dalam mengembangkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf.
Buktinya, peserta kajian telah berjaya memperolehi 10 markah iaitu sebanyak 53 peratus. Peningkatan
sebanyak 21 peratus telah berjaya diperolehi peserta kajian 3 dan merupakan peratus peningkatan yang
tertinggi berbanding peserta kajian yang lain.

Peserta kajian 4 juga turut menunjukkan penglibatan yang aktif sepanjang tindakan Fonik Seni
dijalakan. Kemahiran psikomotor peserta kajian 4 adalah sangat baik. Aspek ini juga telah membantu
peserta kajian 4 yang sebelum ini mempunyai sikap rendah diri untuk memberikan daya saing yang tinggi
semasa tindakan 2 dijalankan. Selain itu juga, peserta kajian 4 menunjukkan penguasaan aspek manipulasi
alatan dan bahan yang baik berbanding peserta kajian lain. Sebagai contoh beliau telah menggunakan daun
dan ranting kayu sebagai bahan dalam menghasilkan karya teknik capan. Keyakinan dan sikap berdaya
saing yang ditunjukkan telah bejaya membantu peserta kajian 4 membentuk satu konsep kendiri dalam diri
beliau untuk bersedia meningkatkan prestasi dalam kemahiran bahasa khususnya. Buktinya, melalui ujian
tindakan 2 yang dijalankan, peserta kajian 4 telah memperolehi 68 peratus. Peningkatan sebanyak 10
peratus telah ditunjukkan oleh peserta kajian 4 berbanding ujian tindakan yang diadakan sebelum ini

Hasil analisis ujian tindakan 2 menunjukkan terdapat perubahan dari segi penguasaan kemahiran
mengenal dan membunyikan huruf konsonan dalam kalangan peserta kajian. Bagi huruf /b/, /c/, /d/, /k/, /l/,
dan /s/, keempat-empat peserta kajian berjaya mengenal dan membunyikan huruf tersebut dengan baik.
Manakala huruf /z/ pula gagal dikuasai dengan baik oleh semua peserta kajian. Bagi huruf /f/, /g/, /m/, /p/,
dan /t/. hanya peserta kajian 3 sahaja yang tidak berjaya mengenal dan membunyikannya dengan baik.
Manakala ketiga-tiga peserta kajian yang lain berjaya mengenal dan membunyikan bunyi huruf tersebut
dengan baik.. Berbeza pula dengan huruf /h/ dan /v/ yang berjaya dibunyikan oleh kesemua peserta kajian
kecuali peserta kajian 1 sahaja yang gagal mengenal dan membunyikannya dengan baik. Bagi huruf /n/
pula, hanya peserta kajian 2 dan 3 sahaja yang berjaya mengenal dan membunyikannya huruf tersebut
dengan baik. Selain itu, Huruf /r/ pula hanya peserta kaijan1 dan 3 sahaja yang berjaya mengenal dan
membunyikannya dengan baik. Bagi huruf /j/ pula, hanya peserta kajian 4 sahaja yang berjaya mengenal
dan membunyikan huruf tersebut dengan baik. Bagi Huruf /w/ dan /y/ pula hanya berjaya dikuasai oleh
peserta kajian 2.

Analisis Dapatan Tindakan 3 (FOMA)

Berdasarkan analisis ujian tindakan 3 yang telah dijalankan, peserta kajian 1 telah berjaya memperolehi
sebanyak 14 markah iaitu mewakili sebanyak 74 peratus. Hasil dapatan yang diperolehi juga peserta
kajian 1 menunjukkan murid mendengar arahan guru dengan baik sepanjang proses pengajaran dan
22

pembelajaran dijalankan. Peserta kajian 1 juga turut mempamerkan reaksi yang gembira semasa
berlangsungnya aktiviti yang dijalankan.

Sikap dan tingkahlaku yang dipamerkan oleh peserta kajian 1 telah turut diperkatakan oleh
Sigmund Freud (1968) yang memandang main sebagai sesuatu cara untuk mengurangkan emosi
kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan yang salah dalam dunia khayalan.
Dengan sikap dan tingkahlaku yang ditonjolkan, peserta kajian 1 telah bejaya mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hasilnya, peserta kajian 1 berjaya mencapai peningkatan
sebanyak 11 peratus berbanding ujian tindakan yang telah dijalankan sebelum ini.

Peserta kajian 2 berjaya memperolehi sebanyak 18 markah yang mewakili sebanyak 95 peratus
secara keseluruhan. Peningkatan sebanyak 11 peratus telah berlaku. Peserta kajian 2 juga turut mempunyai
asas kemahiran psikomotor yang bagus. Kesemua aktiviti didalam tindakan 3 telah dapat dilaksanakan
dengan baik oleh peserta kajian 2. Menurut Hornsby (1995), murid yang mempunyai ciri-ciri ADHD
(Masalah kurang tumpuan, hiperaktiviti atau impulsiviti) yang teruk juga akan menyebabkan tingkah laku
antisosial mereka bertambah dan interaksi sosial mereka menurun. Itulah antara tujuan utama tindakan
Fonik Main dijalankan secara koperatif supaya memberi peluang kepada peserta kajian untuk berinteraksi
di antara satu sama lain dalam mengembangkan potensi mereka secara holistik dan seimbang. Selain
untuk mencapai objektif kajian yang dijalankan, ia juga untuk memenuhi keperluan peserta kajian dalam
menyediakan pengalaman belajar yang optimum dan bermakna.

Berdasarkan data triagulasi yang diperoleh, peserta kajian 3 juga turut memberikan respon dan
penglibatan diri yang baik semasa tindakan Fonik Main dilaksanakan. Peserta kajian 3 telah berjaya
memperolehi 12 markah iaitu sebanyak 63 peratus secara keseluruhan. Berlaku peningkatan sebanyak 10
peratus berbanding ujian tindakan yang diambil sebelum ini. Sara Smilansky (1968) melihat main aspek
kognitif dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapat meningkatkan keupayaan
kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-kanak itu menggunakan bahan atau peralatan
mainan itu sendiri. Perkara ini jelas menunjukkan peserta kajian 3 berjaya mengembangkan kemahiran
mengenal huruf dan bunyi berdasarkan tindakan Fonik Main yang dilaksanakan.

Berdasarkan analisis ujian tindakan yang dilaksanakan, terdapat beberapa perubahan daripada segi
penguasaan kemahiran murid dalam mengenal dan membunyikan huruf konsonan. Bagi huruf /b/, /c/,/d/,
/h/, /k/, /l/, /m/, /p/, /s/, dan /t/ kesemua peserta kajian berjaya menunjukkan penguasaan yang bagus dalam
mengenal dan membunyikan huruf konsonan tersebut. Manakala bagi huruf /f/, /g/, /h/ dan /j/ pula
kesermua peserta kajian berjaya mengenal dan membunyikan huruf dengan baik kecuali peserta kajian 3.
Huruf /n/ dan /z/ pula hanya berjaya dikuasai oleh pesera kajin 2 dan 3 sahaja. Selain itu, kesemua peserta
kajian berjaya mengenal dan membunyikan huruf /r/ dengan baik kecuali peserta kajian 4. Bagi huruf /v/
pula hanya peserta kajian 1 yang gagal mengenal dan membunyikannya dengan baik. Berbeza pula
dengan huruf /w/, hanya peserta kajian 2 sahaja yang berjaya mengenal dan membunyikan huruf dengan
baik











23








Jadual 4 : Perbandingan Purata Markah Peserta Kajian Bagi Setiap Ujian Yang Dijalankan

Analisis Objektif 2

Triangulasi adalah satu keperluan dalam kajian kualitatif. Triangulasi bermaksud integrasi cara yang
berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat
subjektif akan lebih meyakinkan dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul. Dalam kajian ini,
pengkaji telah menggunakan instrumen senarai semak tingkah laku negatif dan postif hasil pemerhatian
yang telah dijalankan.


TINDAKAN

PURATA
(%)
Ujian Pra 24.0
Tindakan 1 54.0
Tindakan 2 67.0
Tindakan 3 78.0
Ujian Pos 80.0

Tindakan
Sebelum
Tindakan
Jumlah
Kekerapan
Keseluruhan
Selepas
Tindakan
Jumlah
kekerapan
keseluruhan
Murid
1

2

3

4

1

2

3

4
Sikap Dan Tingkah Laku


Sikap
Dan
Tingkah
Laku
Negatif
Menggangu Rakan / / / 3 / 1
Membuat Bising / / 2 / / 2
Termenung / 1
Malas / / 2
Kurang Memberi Tumpuan / / / / 4 / 1
Bermain / / / 3 /

Jumlah Kekerapan Individu
4 5 3 3 15 2 2 0 1 4


Sikap
Dan
Tingkah
Laku
Positif
Memberi Tumpuan / 1 / / / / 4
Suka Bertanya 0 / / 2
Patuh Kepada Arahan / 1 / / / / 4
Menunjukkan Minat Yang Tinggi 0 / / / / 4
Rajin / / 2 / / / / 4
Berusaha Meningkatkan Prestasi 0 / / / 3

Jumlah Kekerapan Individu
0 2 1 1 4 5 5 5 6 21
24

Jadual 5 : Senarai Semak Tingkah Laku Positif Dan Negatif Peserta Kajian

Berdasarkan maklumat pada Jadual 4, berlaku perubahan kekerapan bagi kedua-dua tingkah laku positif
dan negatif. Bagi tingkah laku negatif, 15 kali kekerapan tingkah laku yang telah ditonjolkan oleh peserta
kajian. Namun setelah tindakan dijalankan, dapatan menujukkan berlaku perubahan yang ketara bagi
tingkah laku negatif. Pengurangan tingkah laku negatif telah berlaku iaitu hanya 4 kali kekerapan yang
ditonjolkan oleh peserta kajian semasa proses PdP berlangsung. Tingkah laku postif juga turut
menunjukkan peningkatan yang ketara. Sebanyak 21 kekerapan tingkah laku positif telah ditonjolkan oleh
peserta kajian setelah tindakan dijalankan. Berbeza dengan kekerapan sebelum tindakan dijalankan iaitu
sebanyak 4 kekerapan sahaja yang ditonjolkan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan, perubahan
minat dan tingkah laku yang positif yang ditunjukkan peserta kajian turut memberi impak kepada
peningkatan penguasaan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf konsonan.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian tindakan yang telah pengkaji jalankan ke atas empat orang peserta kajian, pengkaji
telah mendapati bahawa penguasaan kemahiran peserta kajian dalam mengenal dan membunyikan huruf
konsonan berjaya ditingkatkan dengan menggunakan kaedah fonik. Ia juga turut dibantu dengan
pelaksanaan tiga tindakan berbeza yang berteraskan kaedah fonik. Hasil triangulasi data yang dapat
disimpulkan, peserta kajian menunjukkan tingkah laku yang positif adalah disebabkan mereka berminat
untuk mengikuti aktiviti PdP yang dijalankan. Minat yang timbul adalah disebabkan faktor penguasaan
kemahiran mengenal dan membunyikan huruf peserta kajian yang semakin meningkat dengan pelaksanaan
tindakan yang dijalankan.

Rujukan
BUKU

American Psichiatric Association (APA) 1994. Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad (2011). Pengantar
Pendidikan Khas. USM, Pulau Pinang. Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Abdul Fatah Mohamed Seth (2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Mengenal Huruf A Hingga
Z Dengan Menggunakan Teknik I Know U. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KRM 2011

Crow dan Crow (1981). Mok Soon Sang. (2010) Perkembangan Kanak-Kanak. Ipoh, Perak. Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.

Felicia Michael (2012). Biskut huruf Meningkatkan Prabacaan. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP Pemulihan amb Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. Tahun 2012.

Gage dan Beliner (1984). Shahabuddin hashim, Dr Rohizani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad (2010).
Pedagogi Strategi Dan Teknik Mengajar Yang Berkesan. Minden Pulau Pinang.
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Gargiulo (2003). K.A Razhiyah (2006). Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar? Bentong, Pahang. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Hornsby (1995). Mohd Zuri Ghani. Aznan Che Ahmad (2011). Pengantar Pendidikan Khas. USM, Pulau
Pinang. Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Howard Gardner (1943). Mok Soon Sang. (2010) Perkembangan Kanak-Kanak. Ipoh, Perak. Penerbitan
25

Multimedia Sdn Bhd.

Kurt Lewin (1946) Ahmad Sabry Bin Othman (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Jalan
Kuchai Lama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Maier (1980). Ahmad Subki Miskon. Syed Ismail Syed Mustapa (2011). Murid Dan Alam Belajar. Jalan
Kuchai Lama, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur . Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Marilyn Friend (2005). Mohd Sharani Ahmad (2006). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Batu
Caves, Selangor Darul Ehsan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Sara Smilansky (1968). Ahmad Subki Miskon. Syed Ismail Syed Mustapa (2011). Murid Dan Alam
Belajar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Freemind Horizons Sdn. Bhd.


Sigmund Freud (1968). Yasmin Hussain (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan. Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd.

Snyders (1986); Wiig & Semel (1964). Cecil D.Mercer; Ann R.Mercer; Paige C. Pullen.Teaching
Students. With Learning Problems. Eight edition (2011) Persons. United States of America.

Weitrn (1994). Mok Soon Sang. (2010) Perkembangan Kanak-Kanak. Ipoh, Perak Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.
.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang. PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Laman Web

Mazita Bahari (2009). Mengatasi MASALAH MURID TIDAK MENGENAL HURUF. DIAKSES PADA
15 JULAI 2014 daripada
http://transformasiguru1malaysia.blogspot.com/2012/09/kajian-tindakan-mengatasi-masalah-murid.html











26





MENULIS DENGAN KEMAS DAN CANTIK
MENGGUNAKAN KAEDAH SMART WRITING


Mohd Zulhelmi Bin Zulkpli
Cik Siti Fatimah Binti Salleh


Abstrak

Kajian ini dijalankan dijalankan untuk melihat bagaimana cara dalam meningkatkan
kemahiran menulis perkataan dengan kemas dan cantik di kalangan murid pendidikan
khas Tahun 2. Data diperolehi dengan menggunakan analisis dokumen, pemerhatian dan
senarai semak. Fokus kajian ialah murid tidak dapat menulis perkataan dengan kemas
dari aspek bentuk, tulisan condong, tulisan ketar dan saiz dengan mengambil kira cara
genggaman pensel, kedudukan dan postur badan ketika menulis. Melalui penggunaan
kaedah Smart Writing dapatan menunjukkan peserta kajian kajian menulis perkataan
dengan kemas dan cantik. Hasil kajian menunjukkan kaedah ini meningkatkan
kemahiran menulis perkataan dengan kemas. Selain daripada itu,kaedah ini boleh
digunakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis rangkai kata dan ayat
tunggal. Rumusan, penggunaan kaedah ini meningkatkan kemahiran menulis perkataan
dengan kemas dan cantik dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa
Malaysia..

Pengenalan

Secara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi
menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan
bersifat mekanikal.Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , ialah mencatat kata-kata
dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga
bermaksud melahirkan perasaan fikiran dan lain-lain dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat
atau mengarang.Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur
berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula
merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk
melahirkan fikiran dan perasaan.Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap
tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan
segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca
di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada
tulisan begitu juga sebaliknya.Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang
terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya
27

membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika
masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.

Fokus Kajian
Isu Kajian
Daripada refleksi rancangan pengajaran dan pembelajaran, didapati peserta kajian tidak mendapat
menguasai kemahiran menulis dengan baik iaitu tulisan yang ditulis oleh peserta kajian adalah tidak
kemas dan tersusun meskipun mereka meniru setiap tulisan perkataan yang terdapat di papan putih.Selain
itu ialah cara peserta kajian memegang pensel. Hal ini dapat memberi kesan terhadap hasil tulisan yang
dilakukan oleh peserta kajian. Peserta kajian memegang pensel adalah dengan cara yang kurang betul dan
tidak sesuai untuk melakukan akitiviti menulis. Cara genggaman pensel yang dilakukan oleh peserta
kajian juga adalah kurang sesuai dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan baik. Apa yang dapat
diperhatikan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti menulis, peserta
kajian duduk dengan keadaan yang kurang betul untuk menulis. Ada peserta kajian yang duduk
bertongkatkan kepala semasa menulis, ada yang duduk membongkokkan badan ke atas meja semasa
menulis dan ada yang menulis dalam keadaan kepala diletakkan di atas meja. Hal ini memberi kesukaran
terhadap gaya penulisan dan memberi kesan terhadap hasil tulisan peserta kajian itu sendiri. Jika masalah
ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, peserta kajian akan terus melakukan kesalahan yang
berulang-ulang dan melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Masalah
menulis juga ada hubung kait membaca dan daya ingatan kesannya peserta kajian tidak akan memahami
maksud perkataan yang ditulis. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mengubah dengan melakukan
beberapa tindakan agar masalah ini dapat dikurangkan sekaligus meningkatkan produktiviti pengajaran di
dalam kelas dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Matlamat utama pengkaji, murid-murid dapat
membaiki penulisan mereka sebelum mereka melangkah kaki ke sekolah menengah.

Objektif Kajian
Objektif kajian dilaksanakan adalah:
Meningkatkan kemahiran menulis dengan lebih cantik dan kemas dalam kalangan murid
pendidikan khas.
Mengenal pasti cara yang terbaik untuk meningkatkan kekemasan tulisan dalam kemahiran
menulis murid pendidikan khas.
Soalan Kajian
Bagaimanakah cara untuk membantu menulis dengan lebih cantik dan kemas dalam
kalangan murid pendidikan khas?

Sejauh manakah peningkatan kekemasan tulisan dalam kemahiran menulis murid
pendidikan khas dapat dilaksanakan dengan tindakan yang diperoleh?

Sorotan Literatur

Tinjauan literatur menunjukkan bahawa terdapat banyak kajian-kajian lepas berkaitan dengan masalah
penggunaan kemahiran menulis iaitu masalah tulisan yang tidak kemas. Noraini (2010) yang telah
menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Jitra, Kedah. Semasa berada di sekolah ini, beliau
membuat pemerhatian terhadap seorang murid tahun 2 yang menghadapi masalah dalam kemahiran
menulis tidak kemas.
28

Satu kajian telah dijalankan berkenaan dengan mengapa perkara ini berlaku. Dapatan
menunjukkan kesilapan cara murid ini memegang pensel tidak betul dan kedudukan postur badan
semasa menulis menjadi faktor tulisannya menjadi tidak kemas. Hasil tunjuk ajar dan teknik yang
betul, masalah ini berjaya diatasi dan murid ini dikeluarkan dari kelas pemulihan untuk mengikuti
pembelajaran di kelas biasa dalam tahun tiga nanti.
Manakala Juliana (2008) dalam kajiannya membaiki tulisan murid tahun tiga dalam Bahasa
Cina menggunakan kaedah Ansur Maju. Kaedah ini melibatkan sembilan langkah yang perlu
dilaksanakan iaitu bermula dengan postur badan murid , cara memegang pensel, kedudukan lengan
semasa menulis, dan seterusnya langkah-langkah dalam aktiviti menulis. Beliau mendapati kaedah ini
amat berkesan dan berjaya mengatasi masalah tersebut berpandukan keputusan bilangan murid yang
dapat menulis tanpa kesilapan selepas kaedah Ansur Maju dijalankan terhadap 18 orang (80%)
daripada murid tahun tiga telah dapat menguasai tulisan Bahasa Cina dengan baik.
Kajian yang telah dijalankan Yusof (2010) ke atas seorang murid Program Pendidikan Khas
yang menghadapi masalah ejaan dan tulisan yang tidak kemas. Kaedah motivasi, peneguhan positif dan
mengajar teknik memegang pensel dengan betul telah berjaya mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid ini. Kaedah motivasi dan peneguhan ini banyak memberi kesan kepada murid tersebut. Apabila
murid dapat menulis dengan baik iaitu dari segi ejaan dan perkataan yang sempurna, maka dia akan
diberi peluang untuk bermain komputer riba.
Ghazali Yusri dan Ahmad (2006) pula telah menjalankan kajian berkenaan dengan
Kemahiran Menulis Tulisan Arab Di Kalangan Pelajar UITM; Kelemahan dan Cara Mengatasinya.
Kajian beliau mendapati bahawa langkah pertama yang boleh mengatasi kelemahan menulis ialah
dengan memberi latihan-latihan yang bersesuaian dengan menggunakan teknik latih tubi. Pendekatan
yang menyeluruh dan teknik yang sesuai juga penting dalam menentukan tulisan menjadi kemas.
Selain itu sikap motivasi dan gaya pembelajaran juga adalah penting kepada pelajar dalam mengatasi
kelemahan mereka.


Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Pengkaji telah memilih Model Reka Bentuk Laidlaw sebagai rujukan untuk melaksanakan kajian tindakan
ini. Model ini telah diperkenalkan pada tahun 1992. Berikut adalah perancangan tindakan saya:

Aktiviti 1:
Pada aktiviti ini, peserta kajian akan diberi gambar-gambar cara memegang dan menggengam pensel
dengan betul. Peserta kajian akan dibimbing terlebih dahulu supaya pergerakan peserta kajian akan lebih
terkawal dengan arahan guru. Selepas itu, peserta kajian akan menconteng menggunakan pensel di kertas
putih bersaiz A4. Sementara itu, murid akan melakukan simulasi sendiri berpandukan gambar-gambar
memegang pensel dengan betul. Hal ini dilakukan selama seminggu pada minggu pertama sepanjang
sebulan berada di sekolah. Sepanjang minggu tersebut, peserta kajian akan diberi latihan mengikuti
aktiviti ini. Pada hari terakhir untuk minggu itu juga, pengkaji menjalankan pemerhatian berbentuk senarai
semak bagi bertujuan menilai sejauh mana intervensi tersebut memberi kesan terhadap perubahan atau
peningkatan kekemasan tulisan peserta kajian serta cara mereka menggengam pensel dan postur badan
yang betul ketika menulis.

Aktiviti 2 :
Langkah kedua dan juga pada minggu kedua, peserta kajian akan menulis dan melukis gambar dengan
menyambung titik untuk membentuk huruf serta gambar. Pengkaji menyediakan beberapa lembaran kerja
yang membentuk gambar menggunakan sambungan titik-titik. Hal ini bertujuan meransang gaya menulis
29

peserta kajian dan berusaha untuk mengurangkan masalah ketar-ketar ketika menulis. Gambar di lembaran
kerja ini digunakan untuk menarik perhatian murid supaya turut serta dan melakukan aktiviti ini. Selepas
itu, pengkaji memberikan lembaran kerja menyambung titik membentuk huruf seterusnya membentuk satu
perkataan dan ayat. Hal ini sebagai latih tubi bagi murid untuk membiasakan diri menulis mengikut
bentuk huruf yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pengkaji melakukan senarai semak pada
hari akhir minggu tersebut di mana pengkaji akan menilai lembaran kerja yang diberi sebagai
penanda aras pencapaian pengkaji sepanjang minggu tersebut.
Aktiviti 3 :
Untuk langkah ketiga dan juga pada minggu ketiga, peseerta kajian akan diberi latih tubi untuk menulis
ayat pendek di atas kertas bergaris dua. Hal ini membantu peserta kajian menulis mengikut bentuk dan
huruf yang ditulis adalah bertepatan. Pada masa yang sama, pengkaji menekankan murid menulis sambil
mengeja huruf-huruf yang ditulis supaya dapat mengingat bentuk huruf dengan betul.Selain itu, pengkaji
perlu sentiasa menegur dan membetulkan setiap kali tingkah laku menjauhkan kerusi dari badan atau
duduk hanya di hujung kerusi dilakukan . Hal ini bertujuan membiasakan peserta kajian dengan
kedudukan jarak dan keselesaan untuk menulis dengan baik. Segala perlaksanaan yang dilakukan murid
sepanjang minggu tersebut akan direkod di dalam senarai semak seperti minggu-minggu yang
sebelumnya.
Aktiviti 4 :
Langkah terakhir sekali adalah peserta kajian menulis di kertas lembaran kerja bergaris satu. Sebelum itu,
gaya dan posisi badan haruslah diteliti dengan betul oleh pengkaji. Malah , cara genggaman pensel yang
betul dititik beratkan. Peserta kajian diminta menulis perkataan berdasarkan kad perkataan yang
disediakan. Hal ini kerana sepanjang hampir empat minggu peserta kajian sudah didedahkan dengan cara
menulis dan latih tubi yang berkala, sudah pasti akan menunjukkan beberapa perubahan yang positif
mahupun yang negatif.


Dapatan dan Refleksi

Peserta kajian telah berjaya meningkatkan kekemasan tulisan dengan kemas dan cantik


Jadual 1: Hasil Keputusan Ujian Pos
Sampel Masalah 1:
Saiz dan
bentuk
huruf yang
tidak
seragam
Masalah 2:
Postur
badan ketika
menulis/cara
genggaman
pensel
Masalah 3:
Tidak
menulis di
atas garisan
lurus
Murid 4:
Tulisan
ketar
Masalah 5:
Tulisan
condong
Skor
Markah
Murid 1 X X / X / 3/5

Murid 2 X / X X X 4/5

Murid 3 X X X X / 4/5


30

/ = Masalah yang dikesan
X = Tiada masalah
*Murid merujuk kepada peserta kajian





Rajah 1: Keputusan Markah Berdasarkan Ujian Pos

Analisis Keputusan Ujian Pos
Dapatan Ujian Pos menunjukkan peningkatan kekemasan tulisan peserta kajian. Keadaan ini menunjukkan
proses intervensi yang dijalankan berjaya membantu mereka. Namun, masih terdapat beberapa masalah
yang terdapat meskipun intervensi sudah dilaksanakan kepada peserta kajian. Walaupun begitu, secara
keseluruhan didapati intervensi ini berjaya meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian. Rajah
dibawah menunjukkan masalah-masalah yang berjaya dipulihkan dan juga yang tidak berjaya dipulihkan:

Jadual 2: Keputusan Selepas Intervensi
0
1
2
3
4
5
M 1 M 2 M 3
Sampel Masalah 1:
Saiz dan
bentuk
huruf yang
tidak
Masalah 2:
Postur
badan
ketika
menulis/cara
Masalah 3:
Tidak
menulis di
atas
garisan
Murid 4:
Tulisan
ketar
Masalah 5:
Tulisan
condong
31



Ruangan yang bertanda ( - ) menunjukkan masalah yang tidak dapat dipulihkan
Murid merujuk kepada peserta kajian

Peserta kajian pertama telah memperoleh sebanyak 3/5 daripada markah keseluruhan. Selepas
menjalani proses intervensi, peserta kajian ini berada pada tahap tidak kemas. Meskipun begitu, peserta
kajian ini telah berjaya menunjukkan beberapa peningkatan dalam hasil tulisannya. Sebelum ini beliau
mempunyai masalah yang sangat teruk berbanding selepas intervensi. Masalah yang dapat diatasi oleh
peserta kajian ini adalah saiz dan bentuk huruf yang seragam yang sudah boleh ditulis dengan lebih baik.
Malah tulisan ketar sudah boleh diatasi oleh peserta kajian. Masalah yang tidak dapat diatasi pula
memerlukan lebih banyak bimbingan di masa hadapan supaya hal ini dapat ditingkatkan meskipun
mengambil masa
Bagi peserta kajian kedua pula, berdasarkan dapatan Ujian Pra menunjukkan bahawa beliau
dikategorikan pada tahap tulisan tidak kemas. Namun, terdapat perubahan pada dapatan Ujian Pos dimana
beliau sudah boleh dikategorikan berada pada tahap tulisan yang kemas. Tetapi, peserta kajian ini
perlukan lebih latih tubi dan bimbingan dalam meningkatkan kekemasan tulisannya seperti postur badan
ketika menulis dan genggaman pensel. Mungkin sudah menjadi tabiat peserta kajian ini untuk menulis
dengan postur badan sedemikian dan mungkin berasa selesa dengan keadaan sedemikian.
Manakala bagi peserta kajian ketiga pula, dapatan Ujian Pos memaparkan peningkatan tahap
kekemasan tulisan. Peserta kajian berjaya dipulihkan beberapa masalah seperti saiz dan bentuk huruf yang
tidak seragam dan postur badan serta genggaman pensel ketika menulis. Hal ini menunjukkan beberapa
perubahan positif terhadap hasil kerja peserta kajian selepas intervensi. Namun demikian, peserta kajian
masih tidak dapat memperbaiki masalah tulisan condong.

Jadual 3: Perbandingan Keseluruhan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Nama Murid Ujian Pra
Markah
( / 5 )
Tahap
Kekemasan
Ujian Pos
Markah
( / 5 )
Tahap
Kekemasan
1 Murid 1 1 Buruk 3 Tidak Kemas
2 Murid 2 2 Sangat Tidak Kemas 4 Sederhana Kemas
3 Murid 3 2 Sangat Tidak Kemas 4 Sederhana Kemas

*Murid merujuk kepada peserta kajian

seragam genggaman
pensel
lurus
Murid 1 Berjaya Berjaya - Berjaya -
Murid 2 Berjaya - Berjaya Berjaya Berjaya
Murid 3 Berjaya Berjaya Berjaya Berjaya -
32


Rajah 2: Perbandingan Markah Antara Ujian Pra Dan Ujian Pos

Di akhir kajian, dapat dilihat bahawa terdapat perbezaan antara markah pada Ujian Pra dan markah pada
Ujian Pos bagi setiap peserta kajian. Ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan jumlah markah
dan peningkatan tahap kekemasan. Bagi peserta kajian pertama, beliau telah menunjukkan peningkatan
kepada 3 markah berbanding dapatan semasa UJian Pra. Peningkatan ini disebabkan kerana dua masalah
yang dihadapi peserta kajian dapat diatasi. Meskipun tahap kekemasan peserta kajian berada dalam tahap
yang sederhana, peningkatan jelas dilihat melalui keputusan Ujian Pos.
Bagi peserta kajian kedua pula, hampir kesemua masalah yang dihadapi dapat diatasi kecuali
postur badan dan genggaman pensel ketika menulis sahaja yang tidak berjaya dipulihkan. Hal ini mungkin
dapat di atasi dengan latih tubi yang berkala serta bimbingan guru yang sentiasa prihatin terhadap masalah
peserta kajian.
Bagi peserta kajian ketiga juga turut menunjukkan peningkatan dari 2/5 kepada 4/5 markah.
Hal ini berlaku setelah perlaksanaan intervensi terhadap peserta kajian ini. Namun demikian, peserta
kajian ini memerlukan lebih bimbingan terhadap masalah tulisan condong kerana hal ini masih belum
dapat diperbaiki. Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian keseluruhan menunjukkan bahawa
kaedah Smart Writing ini telah berjaya meningkatkan kekemasan tulisan peserta kajian yang dipilih
iaitu tiga orang murid pendidikan khas. Perlaksanaan kaedah ini juga telah membantu saya mewujudkan
satu suasana pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis yang lebih selesa dan kondusif. Selepas
perlaksanaan kaedah ini juga, murid kelihatan lebih bermotivasi untuk belajar menulis dari sebelumnya.
Secara kesimpulannya, kajian untuk meningkatkan kekemasan tulisan dalam kemahiran menulis telah
berjaya dijalankan dan mencapai hasil yang ditetapkan.

Rujukan

Mohd Fauzi Saem (2010). Penyelesaian Masalah Dalam Matematik. Diakses pada 17 Mac 2013 daripada
http://azifauzi.blogspot.com/2010/04/penyelesaian-masalah-dalam-matematik.html
Mohd Haris Din (2011). Kaedah Penggunaan Kata Kunci dan Melukis Gambarajah Bar dalam
menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Mohd Fahmi Zamri (2012). Meningkatkan Kebolehan Murid Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat
melalui Kata Kunci Bervisual. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Ary,D. & Acer, L. ( 1999 ). Introduction to Research in Education.California : Wordworth.Fraenkel, J.R.
& Wallen , N.E. ( 2008 ). How to Design and Evaluate Research in Education .
Edisi ke 7. New York: McGraw-Hill Higher Education.
0
1
2
3
4
5
M 1 M 2 M 3
Ujian Pra perbandingan Ujian Pos
33

Noraini (2010). Cantik Tak Tulisan Saya. Penyelidikan Tindakan Pismp Pendidikan Khas 2010.IPG
Kampus Darul Aman
Ghazali Yusri dan Ahmad (2006) .Kemahiran Menulis Tulisan Arab Di Kalangan Pelajar UITM;
Kelemahan dan Cara Mengatasinya. Penyelidikan Tindakan 2006
Holmes, R., Hazadiah Mohammad Dahan, Habibah Ashari ( 2008 ). A Guide to Research in
the Social Sciences. Petaling Jaya,Malaysia : Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Edisi
Pelancaran.
Lembaga Peperiksaan Malaysia ( 2010 ). Capaian di http://apps2.moe.gov.my/lpm/ pada 14 Julai 2014
Sharifah Saad, Siti Hazlifah Hilaluddin (2012). Penggunaan Buku Garis Empat Dengan Kaedah Line And
Space Secara Bimbingan Individu Bagi Meningkatkan Kekemasa Tulisan Kanak-Kanak
Prasekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP, 3(5).
Elliot, Adelman (1991). Action Research For Education Change, Buckingham: Open
University Press. http://www.scrib.com/doc/51290178/10/main-dan-kanak-kanak. Mohamad
Khairul et.al (2010).

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM DAN MENULIS NOMBOR 1 HINGGA 10
DALAM KALANGAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASLAH PEMBELAJARAN

MOHD ISMAREZZA BIN ISMAIL
DR ABDULLAH BIN YUSOFF

Abstrak

Kemahiran mengecam dan menulis nombor sangat penting kerana ia merupakan kemahiran
asas sebelum murid-murid belajar tentang pengiraan dan konsep nombor yang lain.
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran mengecam dan
menulis nombor 1 hingga 10 melalui kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad) dalam
kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Peserta kajian terdiri
daripada tiga orang murid Pendidikan Khas, sekolah di daerah Bachok, Kelantan yang
mempunyai masalah mengecam dan menulis nombor nominal 1 hingga 10. Kaedah
SOBATAKA digunakan untuk merangsang deria penglihatan dan psikomotor bagi membantu
menarik minat murid-murid belajar seterusnya mengharapkan fokus pembelajaran murid-
murid dapat dikekalkan sepanjang proses pembelajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pengumpulan data dibuat melalui ujian pra dan pos,soal selidik dan pemerhatian. Untuk
melihat hasil intervensi ujian pra dan pos telah dijalankan ke atas peserta kajian. Hasil analisis
data mendapati semua peserta kajian berjaya menunjukkan peningkatan yang amat baik dalam
mengecam dan menulis nombor secara urutan. Soal selidik yang dijalankan kepada peserta
kajian juga menunjukkan dapatan data yang diperolehi mempunyai peningkatan dengan
menggunakan kaedah SOBATAKA dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan
pemerhatian melalui senarai semak bagi mendapatkan perubahan tingkah laku dan respon
yang telah mengalami peningkatan positif. Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa peserta
kajian menunjukkan peningkatan minat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengecam
dan menulis nombor 1 hingga 10 yang telah dijalankan. Keputusan kajian yang telah
dijalankan menunjukkan penggunaan kaedah SOBATAKA sangat membantu murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lemah dalam mengecam dan menulis nombor
satu hingga 10 sama ada secara urutan.

Pengenalan
34

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting untuk dipelajari oleh murid murid di
sekolah. Hal ini kerana matematik merupakan elemen penting yang membantu melancarkan kehidupan
seharian bermula dari sekecil kecil operasi hingga sampai ke masalah yang melibatkan rumusdan
formula tertentu. Penekanan mengenai kepentingan matematik bukan hanya berfokus kepada murid aliran
perdana sahaja tetapi turut tertumpu kepada murid Pendidikan Khas.Kurikulum untuk murid masalah
pembelajaran bertujuan untuk membina pemahaman tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan dan memahami idea Matematik yang mudah. Menurut Jabatan Pendidikan Khas Kementerian
Pelajaran Malaysia oleh Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011) seorang guru perlu
memperkenalkan angka 0 hingga 9 kepada murid bermasalah pembelajaran. Guru boleh merancang isi
pengajaran berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan ke atas murid. Melalui ujian itu guru boleh
menggunakan pelbagai teknik atau kemahiran dalam membantu murid mengenal dan mengecam nombor
yang diajar.Konsep nombor terdiri daripada mengenal nombor dan memadankan simbol dengan objek.
Membilang adalah proses yang melibatkan hubungan satu dengan lain atau padanan objek. Hubungan ini
melibatkan benda dengan simbol, sama ada dalam bentuk simbolik atau tertulis. Murid - murid
diperingkat awal biasanya membilang dalam bentuk hafalan tanpa kefahaman. Contohnya kanak-kanak
menyanyi satu, dua, tiga, empat, siapa cepat dia dapat. Tetapi kemungkinan mereka belum memahami
konsep 1, 2, 3 dan 4. Kebolehan mengira secara hafalan bukanlah bererti murid - murid sudah dapat
mengaitkan antara kuantiti dengan fungsi. Sebaliknya Rashidah (2012) menyatakan bahawa proses
mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan
dua benda dan seterusnya.Kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini adalah untuk menigkatkan
kemahiran mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10. Kemahiran yang hendak dikuasai boleh
dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis pendekatan salah satunya belajar melalui kad simbol.
Selain itu, masalah persepsi visual dalam kalangan murid-murid pendidikan khas menjejaskan
pembelajaran matematik kerana perhubungan beberapa perkara yang dikesan secara visual sangat
diperlukan untuk pembelajaran matematik. Koordinasi mata tangan diperlukan untuk meletakkan nombor
di tempat yang tertentu. Kemahiran dalam mengenal nombor yang dijalankan dalam kajian ini ialah
merangkumi kemahiran menyebut dan mengecam nombor. Hal ini kerana ia saling berkait antara satu
sama lain. Menurut Baharin Shamsudin (2008) mengecam bererti mengenal, mengingat kembali rupa
seseorang atau benda atau sesuatu yang telah dilihat sebelumnya. Ia merupakan kemahiran yang paling
penting untuk kanak-kanak pendidikan khas untuk mengenal nombor.

Fokus Kajian

Isu Kajian

Fokus kajian yang diketengahkan dalam kajian ini melibatkan kemahiran mengecam dan menulis nombor
1 hingga 10. Peserta kajian di dalam kelas Pendidikan Khas ini tidak dapat mengecam dan menulis
nombor 1 hingga 10 dengan baik. Pengkaji memilih untuk menumpukan kemahiran mengecam dan
menulis nombor 1 hingga 10 kerana ia merupakan asas kepada mata pelajaran Matematik. Pengkaji
mensasarkan muridmurid dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengecam dan menulis nombor 1
hingga 10 sebelum ke kemahiran yang berikutnya.Kaedah yang ingin digunakan ialah kaedah
SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad). Pengkaji menggunkan kaedah ini kerana peserta kajian selalu
tertukar dan tidak dapat mengecam dan menulis nombor yang ditunjukkan. Pengkaji menggunakan bahan
maujud kerana ia memudahkan peserta kajian untuk memahami dan mengenal bentuk nombor yang
ditunjukkan serta peserta kajian dapat menulis nombor yang dilihat berdasarkan bahan maujud yang
ditunjukkan.SOBATAKA telah diilhamkan melalui pengalaman harian kanak-kanak. Kaedah
SOBATAKA berjaya menarik minat peserta kajian dan menghilangkan rasa bosan untuk belajar
seterusnya mengubah sikap peserta kajian yang sangat pasif menjadi aktif dan ingin mencuba sesuatu
yang baru.
35

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10 dalam
kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

Objektif Kajian

i. Meningkatkan kemahiran murid-murid pendidikan khas dalam mengecam nombor 1 hingga 10 secara
urutan
ii. Meningkatkan kemahiran murid-murid pendidikan khas dalam menulis nombor 1 hingga 10 secara
urutan.
iii. Meningkatkan minat murid- murid pendidikan khas dalam mengecam dan menulis nombor 1 hingga
10.

Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi mencapai objektif kajian
iaitu;

i. Bagaimanakah kemahiran murid-murid pendidikan khas dalam mengecam nombor 1 hingga 10 secara
urutan dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah SOBATAKA ?
ii. Bagaimanakah kemahiran murid-murid pendidikan khas dalam menulis nombor 1 hingga 10 secara
urutan dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah SOBATAKA
iii. Adakah minat murid-murid pendidikan khas dalam mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10
secara urutan dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah SOBATAKA ?

Sorotan Literatur

Tinjauan kajian ini berdasarkan sumber kajian lepas yang diperolehi oleh pengkaji Hanim, (2012). Kajian
ini dijalankan untuk memudahkan murid mengingat dan menulis bentuk nombor satu hingga sembilan
berdasarkan objek. Kajian ini dilakukan oleh Hanim Binti Jamaludin bertempat di Sekolah Kebangsaan
FELDA Rentam,28300 Triang, Pahang. Kajian ini dilakukan terhadap dua orang murid Tahun Satu Arif,
Sekolah Kebangsaan Felda Rentam iaitu Afiq dan Najehah. Dapatan kajian menunjukkan Afiq dan
Najehah dapat menulis dengan tepat nombor yang disebut, juga mengingat objek-objek yang dikaitkan.
Oleh itu, penyelidik syorkan kaedah ini digunakan bagi membantu murid yang tidak mengenal nombor
dalam kajian yang akan penyelidik jalankan. Menurut Ball (1992) dalam Kamarul Ariffin (2011) cara
terbaik bagi kanak-kanak mempelajari matematik adalah dengan berinteraksi dengan bahan-bahan maujud
yang membantu kanak-kanak lebih memahami matematik. Hal ini disokong oleh Kennedy dan Tipps
(1994) yang menyatakan bahawa dengan menggunakan bahan maujud, konsep matematik mudah untuk
difahami walaupun konsep-konsep matematik yang sukar dan bahan maujud membolehkan murid
mengaitkan konsep matematik yang lebih abstrak. Penggunaan bahan maujud dapat membantu murid-
murid prasekolah dalam pengajaran matematik, terutamanya dalam mengenalkan konsep awal nombor. Ini
disokong dalam Kamarul Ariffin (2011) yang menyatakan bahawa guru matematik di seluruh dunia
mendapati konsep-konsep matematik lebih mudah diajar dengan cara murid mempelajarinya dengan
menggunakan bahan maujud.

Menurut Nani Menon dan Rohani Abdullah (2008), pada peringkat awalnya, kanak-kanak memang akan
menghafal urutan nombor tanpa mengetahui makna disebalik nombor-nombor yang disebutkan. Oleh itu,
pengalaman menggunakan bahan konkrit penting bagi meningkatkan kefahaman konsep nombor dan
perkaitan dengan bilangan. Terdapat banyak kajian berkaitan dengan pengajaran guru telah dijalankan di
36

sekolah rendah dan di sekolah menengah di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran Matematik.
Kesimpulannya, kajian-kajian di atas telah menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai pendekatan dan
bahan bantu mengajar yang boleh diamalkan oleh guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi
membantu murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran mengecam nombor satu hingga
sepuluh. Kajian kad nombor ini juga menunjukkan bahawa inovasi dilaksanakan meningkatkan mutu dan
strategi pengajarannya dengan lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid-
murid pendidikan khas tersebut.








Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
























Rajah 1: Gegelung Kajian Tindakan Laid Law (1992).

1.Tinjauan Masalah
Alat Kajian:
a) Pemerhatian sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran

Masalah: murid tidak dapat mengecam
dan menulis nombor 1 hingga 10

2.Perancangan
Menghasilkan kad
kaedah SOBATAKA
(Sorong Bas Tarik Kad)
5.Refleksi
Rumusan, kekuatan dan
kelemahan, pengajaran
dan pembelajaran

GELUNG 1
3.Tindakan
Melaksanakan Tindakan
a) Kutipan data sebelum
intervensi (ujian pra)
b) Pelaksanaan Intervensi (kad
nombor SOBATAKA,soal
selidik dan pemerhatian)
c) Kutipan data selepas intervensi
(ujian pos, soal selidik)

4. Penilaian
Perbezaan antara sebelum
dan selepas intervensi:
a) Ujian Pra dan Pos
b) Soal Selidik
c) Pemerhatian


37

Penyelidikan tindakan ini dirancang mengikut pusingan proses Penyelidikan Tindakan Laidlaw (1992).
Pusingan proses ini dimulakan dengan cara penyelidik mengenal pasti aspek amalan yang ingin ditambah
baik dengan cara mengumpul data pra melalui ujian pra yang dijalankan. Kemudian, data dikumpul
setelah ujian pra dijalankan Pengkaji juga telah melaksanakan rancangan pelan tindakan cara untuk
mengatasi masalah yang telah dikenalpasti dengan membuat tinjauan literatur berkaitan masalah dan
tindakan yang digunakan.
Fasa fasa tindakan yang dijalankan dalam penyelidikan ini:

Fasa Aktiviti

Fasa 1 Menyorong bas sambil menyebut nombor secara urutan
menggunakan kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad)
Fasa 2 Menyorong bas dan melekatkan nombor secara urutan menggunakan
kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad).

Fasa 3 Menulis nombor dalam ruangan kosong pada
kad SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad).

Fasa 4 Menulis nombor 1 hingga 10 di atas lembaran kerja
berdasarkan kad SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad)
Dapatan Dan Refleksi

Keputusan Ujian Pra

Dapatan setelah Ujian Pra yang dijalankan sebelum intervensi melalui kaedah SOBATAKA
dilaksanakan terhadap peserta kajian ditunjukkan pada jadual 4.

PESERTA
KAJIAN
M1 M2 M3
Markah (%) 36 43 21
Pencapaian Lemah Lemah Lemah
Gred D C E
Jadual 4 : Markah Ujian Pra

Keputusan Ujian Pra

38


Rajah 2: Graf Bar Keputusan Ujian Pra

Berdasarkan graf bar di atas, berikut adalah markah yang diperolehi peserta kajian dalam melakukan ujian
pra. Markah yang diambil berdasarkan ujian pra mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10 mengikut
urutan yang mempunyai 1 soalan. Markah dikumpul dalam peratusan untuk memudahkan data dianalisis.
Markah peserta kajian yang mewakili M1, M2 dan M3 dapat dilihat berdasarkan graf yang ditunjukkan.
Markah yang diperolehi berada di bawah peratusan yang lemah iaitu M1 36%, M2 43% dan M3 21%.
Markah yang ditetapkan saya untuk baik 70% - 100%, sederhana 50% - 69%, lemah 20% - 49% dan
sangat lemah 0% - 19%. M3 merupakan peserta kajian yang paling rendah dalam menjawab soalan Ujian
Pra yang dijalankan. Manakal M2 merupakan peserta kajian yang paling tinggi dalam menjawab Ujian Pra
yang dijalankan dan M1 dapat menjawab lebih baik daripada M3 tetapi masih berada dalam pencapaian
gagal kerana tidak melepasi skala markah yang ditetapkan. Berdasarkan pencapaian yang ditetapkan M1
mendapat gred D menerusi 35% markah yang diperolehi, M2 mendapat gred C dan merupakan peserta
kajian yang lulus menerusi 43% markah yang diperolehi manakal M3 mendapat gred E menerusi markah
21% yang diperolehi.

Keputusan Ujian Pos

Ujian Pos telah dijalankan kepada peserta kajian yang mewakili M1,M2 dan M3 setelah intervensi melalui
kaedah SOBATAKA digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang digunakan
dalam Ujian Pra digunakan dalam Ujian Pos untuk meilhat prestasi peserta kajian setelah menggunakan
kaedah SOBATAKA pada sesi akhir pengajaran dan pembelajaran. Markah dikumpul dan direkodkan
seperti yang dilakukan dalam Ujian Pra. Dapatan data Ujian Pos yang dijalankan selepas intervensi
dijalankan melalui kaedah SOBATAKA ditunjukkan dalam jadual 5.

Murid M1 M2 M3
Markah (%) 71 79 50
Pencapaian Baik Baik Sederhana
Gred B B C
Jadual 5. Markah Ujian Pos

0
10
20
30
40
50
M1 M2 M3
Peratusan Ujian Pra (%)
Peratusan Ujian
Pra (%)
39


Rajah 3 : Graf Bar Keputusan Ujian Pos

Berdasarkan graf bar di atas, berikut adalah markah yang diperolehi peserta kajian dalam melakukan ujian
pos. Markah yang diambil berdasarkan ujian pos mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10 mengikut
urutan yang mempunyai 1 soalan. Markah dikumpul dalam peratusan untuk memudahkan data dianalisis.
Markah peserta kajian yang mewakili M1, M2 dan M3 dapat dilihat berdasarkan graf yang ditunjukkan.
Markah yang diperolehi menunjukkan peningkatan berbanding keputusan markah ujian pra. M1
memperoleh 71%, M2 memperoleh 79% dan M3 memperoleh 50%.Berdasarkan pencapaian yang
ditetapkan M1 mendapat gred B menerusi 71% markah yang diperolehi, M2 mendapat gred B dan
merupakan peserta kajian yang lulus menerusi 79% markah yang diperolehi manakal M3 mendapat gred C
menerusi markah 50% yang diperolehi.







Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos







Jadual 6 : Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Jadual 6 dapatan menunjukkan perbezaan pencapaian markah Ujian Pra dan Ujian Pos yang
diperolehi oleh M1, M2 dan M3. Perbezaan tertinggi setelah menduduki kedua dua ujian ini dikenalpasti
berlaku terhadap M2 dengan mencatat perbezaan sebanyak 36% setelah menjalani intervensi melalui
kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad). M1 pula muncul sebagai peserta kajian kedua yang
mempunyai perbezaan tertinggi dengan mencatatkan perbezaan markah sebanyak 35%. Manakala M3
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
M1 M2 M3
Peratus Ujian Pos (%)
Peratus Ujian Pos (%)
Perserta
Kajian
Ujian
Pra(%)
Gred Ujian Pos(%) Gred Perbezaan(%)
M1 36 D 71 B 35
M2 43 C 79 B 36
M3 21 E 50 C 29
40

mencatatkan perbezaan sebanyak 29%. Perbezaan yang berlaku dapat dapat membuktikan penguasaan
peserta kajian dalam kemahiran mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10 secara urutan.



Rajah 4 : Graf Bar Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Rajah 6, dapatan menunjukkan pencapaian yang diperolehi oleh peserta kajian dalam Ujian
Pra dan Ujian Pos. Perbandingan dapat dilihat dari aspek perbezaan pencapaian markah peserta kajian
dalam kedua dua ujian tersebut. Secara keseluruhannya, pencapaian dalam Ujian Pra jelas menunjukkan
peserta kajian masih lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran mengecam dan menulis nombor 1hingga
10 dengan lancar. Namun begitu setelah intervensi melalui kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik
Kad) dilaksanakan, pencapaian peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Hal ini dapat
dibuktikan melalui pencapaian markah yang ditunjukkan oleh peserta kajian setelah Ujian Pos yang
dijalankan.Kesimpulannya, berdasarkan perbandingan di atas keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos, dapatan
data yang diperolehi membuktikan kedua dua objektif yang dibentuk di awal kajian telah dapat dicapai.




Kesimpulan

Berdasarkan kajian tindakan yang telah saya jalankan ke atas tiga orang peserta kajian, saya dapati
bahawa penguasaan murid dalam kemahiran mengecam dan menulis nombor satu hingga 10 ditingkatkan
dengan menggunakan kaedah SOBATAKA (Sorong Bas Tarik Kad). Minat murid dalam mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat apabila saya menggunakan kaedah
SOBATAKA ini. Saya bersetuju dengan Mohamad Haniff Bin Hj Abdul Murad (2013) yang
menyatakan bahawa kaedah permainan dapat meningkatkan penguasaan murid bermasalah pembelajaran
dalam kemahiran mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10. Oleh hal yang demikian, penggunaan
kaedah SOBATAKA telah banyak membantu murid-murid pendidikan khas dalam menyelesaikan
masalah mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10. Walaupun pada mulanya peserta kajian tidak tahu
apakah kegunaan kad bas yang telah pengkaji sediakan. Namun begitu, setelah menjalani kesemua fasa
intervensi kemajuan peserta kajian dalam kemahiran mengecam dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan
menggunakan kaedah SOBATAKA dapat dilihat pada perbandingan ujian pra dan ujian pos. Ini
menunjukkan peserta kajian ini lebih fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas
pelaksanaan intervensi kaedah SOBATAKA ini. Selepas beberapa fasa intervensi permainan tersebut,
0
20
40
60
80
100
M1 M2 M3
Ujian Pra (%)
Ujian Pos (%)
41

peserta kajian kelihatan sudah boleh mengecam dan menulis betul dan tidak lagi meneka nombor yang
ditunjukkan. Minat mereka juga semakin meningkat terhadap matapelajaran Matematik.

Rujukan

Ahmad, M. Z. (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Saifulnizam, (2013), Meningkatkan Penguasaan Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10 Terhadap Murid
Slow Learner Menggunakan Kaedah Cuisenaire. Kelantan : Intstitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus
Kota Bharu.
Ahmad, M. Z. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Nor Ainin. (2012), Meningkatkan Kemahiran Mengecam Nombor 1 Hingga 10 Dalam Kalangan Murid
Prasekolah Dengan Penggunaan Kad Nombor Kertas Pasir. Kelantan : Intstitut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Kota Bharu.
Baharom, H. N. (2007). Kamus Dewan (edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hoon, L. Y. (2013). Pengenalan kepada Pendekatan Kuantitatif dalam Penyelidikan Tindakan. Sabah:
Universiti Malaysia Sabah.
Hussain, Y. (2010). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Keow, C. L. (2011). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Lay Yoon Fah, K. C. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Tindakan.
Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Othman, A. (2010). Kamus Komprehensif Bahasa melayu. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Ting Leng Siong, A. S. (2013). Pennyelidikan Tindakan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons sdn. Bhd.
Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan
Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Feez, S. (2010). Montessori and Early Childhood: A Guide for Students.London: SAGE Publication
Ltd.Feldman, J.R. (1991). A survival guide for preschool teacher.The Center for Applied Reaserch in
Education. New York

Kamarul Ariffin Bin Lokman (2011). Penggunaan Bahan Maujud dapat Membantu Murid Menguasai
Konsep Tambah Matematik Prasekolah. Institut Pendidikan Guru, KPM

Muhammad Aminillah Mustapha ( 2011). Kajian Tindakan : Penggunaan Komputer Dalam Memahami
Konsep Nombor 1-10. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nur Maslin Binti Mansor (2010). Kajian Tindakan : Penggunaan Glass Marble Dapat Meningkatkan
Kemahiran Menulis Nombor 1 Hingga 10.Insitut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Laman Sesawang

http://math-primary.blogspot.com/2011/07/mengenal-dan-menyebut-nombor-bulat.html
http://sutisna.com/jurnal/jurnal-kependidikan/pendekatan-cspa-untuk-membantu-siswa-memahami-
nilai-tempat-bilangan-cacah-di-kelas-2-sekolah-dasar/
http://www.scribd.com/doc/112845680/NURUL-SAADAH
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/10/penulisan-sorotan-literatur-literature.html
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-main.html
http://norhayatid20112054380.blogspot.com/2012/12/keperluan-terapi-untuk-murid-pendidikan.html
42

http://epkhas.ses.usm.my/lesson-plan/operasi-tambah-ayat-matematik

































MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA KV+KVK DENGAN PAPAN SELIT MELALUI
KAEDAH BERMAIN
Nur Izzatol Binti Ismail
Noor Zamrina Binti Jusoh
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat keberkesanan
penggunaan papan selit melalui beberapa aktiviti permainan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan KV+KVK dalam kalangan murid-murid bermasalah
pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Bachok, Kelantan.
Kajian yang dijalankan ini melibatkan dua orang murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan daripada kelas Kasih 3.
Kajian ini menggunakan model reka bentuk Lewin dan Laidlaw. Data dikumpulkan melalui
beberapa kaedah iaitu pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan analisis lembaran kerja. Ujian pra
telah dilakukan kepada kedua-dua orang peserta kajian sebelum intervensi dijalankan. Selepas
ujian pra, murid menjalani proses pembelajaran dengan menggunakan papan selit melalui
43

kaedah bermain. Murid-murid yang merupakan peserta kajian akan belajar mengeja dan
menyebut perkataan KV+KVK dengan memadankan gabungan suku kata KV dan KVK yang betul
pada papan selit yang disediakan semasa bermain. Sepanjang tempoh proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, pemerhatian dilakukan terhadap tingkah laku dan respon murid
terhadap intervensi yang dijalankan. Terdapat empat aktiviti intervensi dalam kajian ini dan
peserta kajian diberi lembaran kerja pada setiap kali selesai dua intervensi dilaksanakan. Setelah
selesai kesemua intervensi murid-murid akan diberi ujian pos yang sama seperti ujian pra pada
awal kajian. Markah yang diperolehi daripada ujian pos menunjukkan peningkatan berbanding
markah daripada ujian pra. Hal ini menunjukkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK
dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran telah dapat ditingkatkan. Pengkaji berharap
kajian ini dapat digunakan lagi secara meluas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di sekolah bagi meningkatkan penguasaan kemahiran membaca khususnya mengeja dan
menyebut perkataan KV+KVK untuk murid-murid sekolah rendah terutama murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran.

Pengenalan
Penguasaan dalam kemahiran membaca merupakan salah satu masalah utama yang dihadapi oleh murid-
murid bermasalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan salah satu punca utama kegagalan murid-murid
di sekolah. Murid-murid berkeperluan khas juga akan menghadapi masalah dalam penguasaan kemahiran
lain seperti kemahiran menulis dan kemahiran mengira. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008),
masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Menurut Yahya
(2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta
dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Kesimpulannya, kita
perlu mengetahui bahawa kemahiran asas bahasa terutama kemahiran membaca amat penting untuk
dikuasai supaya murid-murid tidak ketinggalan dalam pelajaran dan tidak terkecuali kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran.





Fokus Kajian

Kajian ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran membaca KV+KVK dalam kalangan
murid-murid bermasalah pembelajaran. Fokus pada kajian tindakan ini adalah untuk membetulkan
kesalahan ejaan dan sebutan perkataan KV+KVK bagi dua orang murid PPKI Kasih. Kedua-dua peserta
kajian ini mempunyai kategori masalah yang sama iaitu lembam (slow learner). Peserta kajian sudah
boleh mengeja, membaca dan menulis perkataan KV+KV dengan baik. Apabila pengkaji meningkatkan
kemahiran yang lebih tinggi iaitu mengeja dan membaca perkataan KV+KVK, peserta kajian tidak dapat
mengeja dan membacanya dengan baik. Kemahiran membaca perkataan dengan betul berkait rapat dengan
kemahiran mengeja. Apabila diteliti dengan masalah peserta kajian, dapat dilihat bahawa untuk
membolehkan membaca, peserta kajian perlu menguasai ejaan yang betul.


Objektif Kajian

44

Meningkatkan kemahiran mengeja perkataan KV+KVK dengan menggunakan papan selit.
Meningkatkan kemahiran menyebut perkataan KV+KVK dengan menggunakan papan selit.


Soalan Kajian

Adakah kemahiran mengeja perkataan KV+KVK dapat ditingkatkan dengan penggunaan papan
selit?

Adakah kemahiran menyebut perkataan KV+KVK dapat ditingkatkan dengan penggunaan
papan?


Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada golongan-golongan berikut :

Murid

Kajian ini dapat membantu murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran membaca perkataan
KV+KVK dengan baik. Di samping itu, kajian ini juga dapat memberi peluang kepada murid untuk
memperbaiki kesalahan menggugurkan konsonan terakhir dan menggantikan dengan huruf yang lain. Ini
penting supaya murid tidak terus tercicir dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak sukar untuk
meneruskan pembelajaran kemahiran membaca yang seterusnya. Kajian ini turut membantu meningkatkan
minat murid untuk menguasai kemahiran membaca dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai
di samping dapat memaksimumkan pelbagai deria murid seperti kemahiran mendengar, melihat, sentuhan
dan rasa.

Guru

Kajian ini membantu guru mengenal pasti dan memahami masalah yang dihadapi oleh murid dalam
kemahiran membaca khususnya menyebut dan mengeja. Ia juga membantu guru dari segi amalan
pengajaran. Guru dapat mempelbagaikan corak pengajaran dan meningkatkan kualiti mengajar dengan
penggunaan papan selit huruf dan gambar yang sesuai. Selain itu, melalui kajian ini guru dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik melalui kaedah bermain yang
digunakan.


Masyarakat

Mewujudkan interaksi dua hala yang positif dengan komunikasi lebih berkesan antara guru dengan murid-
murid. Hubungan sosial antara guru dan murid akan lebih mesra dan bersifat penyayang. Murid dapat
meningkatkan hubungan interaksi dengan masyarakat keran berasa lebih berkeyakinan tinggi atas
kemahiran yang dimiliki. Masyarakat tidak akan memandang rendah terhadap keupayaan golongan
berkeperluan khas ini.


Sorotan Literatur

Sharifah Azura Syed Hassan (2006) telah melakukan kajian terhadap murid-murid aliran perdana tahun 2
di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya. Kajian yang dibuat adalah untuk meningkatkan kemahiran
45

Fasa 1
- Mengenal pasti
Isu
Fasa 2
-Merancang
Tindakan
Fasa 3
-Pelaksanaan
Tindakan
Fasa 4
-Mengumpul dan
Analisis Data
Fasa 5
-Refleksi
membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf adalah
sifar. Tinjauan awal yang dilakukan oleh pengkaji telah menunjukkan murid-murid tidak dapat membaca
perkataan yang mengandungi KVK+KVK. Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan
pengetahuan sedia ada juga digunakan untuk memudahkan urusan pembelajaran murid. Pengkaji telah
membekalkan dengan satu perkataan yang bermula dengan perkataan mudah sehingga kepada perkataan
yang agak susah seperti penggunaan dan tradisional. Teknik yang digunakan berjaya menarik minat
murid untuk membaca. Dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa murid-murid dapat membaca ayat
yang mengandungi suku kata KV+KVK dan KVK+KVK dengan mudah tanpa perlu mengeja.

Isfayuni Zulkifli (2013) telah membuat satu kajian ke atas murid-murid bermasalah pembelajaran di salah
sebuah sekolah di Gemas, Negeri Sembilan. Subjek kajian terdiri daripada tiga orang murid yang berusia
sekitar 10 hingga 12 tahun. Kajian yang dilakukan adalah merupakan kajian kes dan berkenaan masalah
murid untuk menguasai kemahiran menulis perkataan KV+KVK. Melalui kajian tersebut, Isfayuni telah
dapat mengesan bahawa murid-murid mempunyai masalah untuk menyampaikan kembali apa yang
dibacanya dalam bentuk tulisan. Murid-murid yang menjadi subjek kajian sudah boleh mengeja dan
menyebut suku kata KV dan KVK, namun mereka gagal untuk menulis dengan betul. Pengkaji telah dapat
mengesan melalui lembaran kerja yang dibuat dan murid-murid telah tercicir huruf-huruf tertentu dalam
penulisan mereka. Kajian ini mempunyai kaitan dengan kajian yang saya jalankan iaitu meningkatkan
kemahiran membaca perkataan KV+KVK dengan papan selit melalui kaedah bermain.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Kumpulan Sasaran

Kajian ini telah dijalankan ke atas dua orang murid bermasalah pembelajaran di PPKI sebuah sekolah di
daerah Bachok, Kelantan. Kedua-dua orang murid ini berumur dalam lingkungan 12 hingga 13 tahun dan
daripada kelas Kasih 3. Mereka berdua mempunyai masalah yang sama iaitu tidak dapat mengeja dan
menyebut perkataan KV+KVK dengan betul. Murid-murid ini juga mempunyai ciri-ciri yang agak
berbeza antara satu sama lain iaitu murid lelaki yang sangat aktif manakala murid perempuan seorang
yang pasif.

Reka Bentuk Kajian
Berdasarkan permasalahan dan objektif kajian, saya telah memilih Model Reka Bentuk Lewin dan
Laidlaw bagi kajian tindakan ini. Terdapat lima peringkat dalam lingkaran pelaksanaan tindakan yang
diperkenalkan oleh Model Lewin dan Laidlaw. Rajah 1 menunjukkan lingkaran Model Lewin dan Laidlaw
yang telah diguna bagi melaksanakan kajian tindakan ini.









46








Rajah 1 : Model Lewin dan Laidlaw


Pelaksanaan Tindakan

Mengenal pasti isu / masalah
Sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pengkaji dapat mengesan dua
orang murid daripada tahun 3 PPKI Kasih yang bermasalah ketika membaca perkataan KV+KVK.
Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang dilakukan, murid-murid tidak mengeja perkataan yang diberi
dengan betul. Mereka hanya menyebut bunyi perkataan tersebut setelah melihat gambar yang ditunjukkan.
Contohnya, setelah guru menunjukkan gambar gajah, murid gagal mengeja suku kata KV+KVK dengan
betul. Mereka akan menyebut huruf yang dipaparkan sahaja tanpa membunyikannya mengikut suku kata
satu persatu, dan terus kepada bunyi penuh perkataan tersebut iaitu gajah. Murid juga akan menggugurkan
huruf konsonan.

Merancang Tindakan
Setelah yakin dengan masalah kajian, pengkaji telah mula merancang tindakan atau intervensi yang
mampu meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KVK dalam Bahasa Melayu. Pengkaji dapat
mengenal pasti beberapa langkah terbaik bagi memastikan masalah peserta kajian dapat diselesaikan
secara berkesan. Hal ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah kumpulan sasaran, bahan bantu
mengajar yang akan digunakan dan kaedah bermain semasa pembelajaran.



MINGGU PERKARA TINDAKAN

1

Fasa 1
(Pra)
Permerhatian
Ujian pra



2
Papan selit + Puzzle
Papan selit + Dam
Lembaran kerja





Papan selit + Kotak muzik
Fasa 2
(Pelaksanaan Intervensi
Papan Selit Melalui Kaedah
Permainan)
47













Jadual 1 : Prosedur Tindakan

Pelaksanaan Tindakan
Bagi memastikan kajian tindakan ini berjalan lancar, pengkaji telah melaksanakan beberapa intervensi
menggunakan papan selit yang dihasilkan. Terdapat empat intervensi yang telah dijalankan iaitu
permainan puzzle, permainan dam ular, permainan kotak muzik dan permainan pancing ikan. Kesemua
pelaksanaan intervensi yang dijalankan merupakan aktiviti permainan yang menggunakan papan selit bagi
membantu kemahiran membaca perkataan KV+KVK peserta kajian. Penjelasan mengenai intervensi yang
dijalankan adalah seperti berikut :-

Pelaksanaan tindakan 1 : Papan selit + permainan puzzle
Aktiviti pertama yang dijalankan ialah permainan puzzle bersama dengan papan selit. Murid diberi pilihan
untuk memilih salah satu sampul berwarna yang ditunjukkan oleh guru. Dalam sampul berwarna tersebut
terdapat kad puzzle yang perlu dicantum bagi membentuk gambar haiwan. Setelah berjaya mencantumkan
kad puzzle yang diberikan oleh guru, murid diminta menyebut nama haiwan tersebut. Selepas itu, murid
perlu menyelit kad gambar haiwan pada papan selit yang disediakan. Seterusnya murid perlu memadankan
kad suku kata bergerak KV dengan kad suku kata bergerak KVK pada papan selit yang kedua.

Pelaksanaan tindakan 2 : Papan selit + permainan dam ular
Murid-murid diberikan penanda diri masing-masing untuk digunakan dalam permainan dam ular. Guru
menerangkan cara bermain dam ular dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid. Murid mula melontar
dadu dan menggerakkan penanda mengikut bilangan yang diperolehi pada dadu. Murid yang bergerak
sehingga sampai ke petak ular dan tangga perlu menjawab soalan daripada guru sebelum meneruskan
permainan. Soalan yang perlu dijawab oleh murid ialah mengeja salah satu perkataan KV+KVK yang
diuji dalam kajian tindakan ini.

3 Papan Selit + Pancing ikan
Lembaran kerja


4

Fasa 3
(Pasca)

Pelaksanaan Ujian Pos
48


Pelaksanaan tindakan 3 : Papan selit + permainan kotak muzik
Aktiviti intervensi yang ketiga dijalankan dengan lebih menarik lagi iaitu bersama iringan muzik. Murid-
murid dikehendaki menggerakkan kotak misteri yang diberi oleh guru sepanjang muzik dipasang. Setiap
murid perlu peka mendengar bila guru memberhentikan bunyi muzik dan murid yang sedang memegang
kotak misteri tersebut dikehendaki menjawab soalan terdapat dalamnya. Kesemua soalan yang
disediakan bagi menguji kemahiran murid dalam mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK dengan
betul.

Pelaksanaan tindakan 4 : Papan selit + permainan pancing ikan
Guru memperkenalkan alat dan bahan yang digunakan dalam aktiviti pancing ikan iaitu joran pancing,
permainan ikan dan kad nombor. Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa mereka perlu
mendapatkan ikan menggunakan joran yang disediakan. Ikan yang ada telah dilabelkan dengan kad
nombor yang mewakili setiap nama haiwan. Murid-murid perlu mengeja dan menyebut nama haiwan
daripada perkataan KV+KVK tersebut dengan menggunakan papan selit sama seperti aktiviti intervensi
sebelum ini. Kad suku kata bergerak KV dan KVK dipadankan dengan pasangan yang betul bagi
membentuk perkataan KV+KVK nama-nama haiwan.

Mengumpul dan Menganalisis Data

Dalam kajian yang dilakukan, pengkaji telah menggunakan kaedah pengumpulan data yang relevan
dengan kajian iaitu pemerhatian, analisis ujian pra dan ujian pos, dan analisis lembaran kerja. Dapatan
yang diperolehi dianalisis bagi menentukan kajian yang dijalankan berjaya mengikut objektif kajian atau
sebaliknya.

Refleksi

Dalam peringkat ini, rumusan tentang hasil analisis dapatan kajian dihuraikan. Rumusan yang dibuat
membantu pengkaji dalam mengesan kekuatan dan kelemahan yang wujud di sepanjang proses
pelaksanaan kajian. Dalam bahagian refleksi juga mengandungi penilaian serta pandangan pengkaji
sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan seterusnya memberi peluang untuk menilai sama ada
kajian yang dijalankan menepati objektif kajian atau tidak.


Dapatan Dan Refleksi

Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
Jadual :
Murid Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
L 42% 75%
P 37% 48%
49

Perbandingan Markah Ujian Pra dengan Ujian Pos
Ujian pra (%)

Ujian pos (%)

90


75


60


45


30


15


Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos















Rajah 2 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual dan graf di atas, kedua-dua orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatan
peratusan markah yang agak berbeza antara ujian pra dengan ujian pos. Daripada analisis data bagi ujian
pra dan ujian pos ini, kemahiran membaca khususnya menyebut dan mengeja boleh ditingkatkan melalui
penggunaan papan selit melalui kaedah bermain. Peserta kajian L telah memperolehi 42% dalam ujian pra
dan 75% dalam ujian pos. Peserta kajian P pula telah memperolehi 37% dalam ujian pra dan 48% dalam
ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 33% bagi peserta kajian L dan 11% bagi peserta kajian
P. Peserta kajian yang berjaya menunjukkan peningkatan yang memberansangkan ialah peserta L kerana
mencatatkan markah yang lebih tinggi dengan perbezaan lebih ketara berbanding peserta P. Ini
membuktikan bahawa kesan daripada penggunaan papan selit melalui permainan berjaya meningkatkan
kemahiran membaca perkataan KV+KVK. Ini sekaligus menjawab kedua-dua objektif kajian yang telah
ditetapkan oleh pengkaji.

Murid L Murid P
50

0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Perbandingan Lembaran Kerja
Perbandingan Pemerhatian Mengikut Minggu
Murid L

Murid P




5


4


3


2


1


0











Rajah 3 : Perbandingan Lembaran Kerja 1 dan 2
Berdasarkan graf di atas, peserta kajian L telah memperolehi 84% markah untuk lembaran kerja 1 dan
82% markah untuk lembaran kerja 2. Peserta kajian P pula mendapat 57% markah untuk lembaran kerja 1
dan 63% markah untuk lembaran kerja 2. Graf menunjukkan peningkatan markah untuk peserta kajian L
dan secara analisisnya dia telah berjaya meningkatkan pencapaian mengikut item dalam lembaran kerja
yang diberi. Ini kerana item dalam lembaran kerja yang diberi telah disusun bermula daripada soalan
mudah kepada yang lebih sukar. Bagi peserta kajian P pula, graf memperlihatkan peratus peningkatan
yang lebih tinggi iaitu dengan kenaikan sebanyak 6%. Dapatan ini sekaligus telah menjawab objektif
kajian yang ditetapkan iaitu mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK dengan penggunaan papan selit
melalui kaedah bermain.










Murid L Murid P
Lembaran
kerja 1
Lembaran
kerja 2
Minggu 1 Minggu 3 Minggu 2
51

Rajah 4 : Perbandingan Pemerhatian Senarai Semak

Rajah menunjukkan keputusan pemerhatian yang dikumpul sepanjang empat intervensi dilaksanakan
mengikut lima item yang diperhati. Item-item tersebut ialah mendengar arahan, aktif semasa pdp, boleh
mengeja dan menyebut perkataan KV+KVK yang diminta serta fokus terhadap pembelajaran.
Berdasarkan keputusan graf di atas, terdapat peningkatan positif yang ditunjukkan oleh kedua-dua peserta
kajian. Peserta kajian L lebih menunjukkan kekerapan tingkah laku positif berbanding dengan peserta
kajian P. Hal ini kerana peserta kajian P sering kali gagal memberikan tumpuan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan dan mengakibatkan dia kurang menguasai kemahiran mengeja dan menyebut
pada awal tempoh pemerhatian.

Kesimpulan
Rumusan Dapatan
Rumusan dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran membaca
perkataan KV+KVK dengan menggunakan papan selit melalui kaedah bermain. Berdasarkan hasil analisis
melalui ujian pra dan ujian pos, pengkaji mendapati terdapat peningkatan dalam kemahiran mengeja dan
menyebut perkataan KV+KVK kedua-dua peserta kajian. Selain itu, kajian ini turut menunjukkan
perubahan positif dalam diri peserta kajian dengan meningkatkan minat, tumpuan dan motivasi untuk
belajar.
Penambahbaikan
Penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan penggunaan bahan bantu mengajar papan selit ini ialah ia
boleh disesuaikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran perkataan yang lain dalam
bahasa Melayu. Di samping itu, penambahbaikan juga dapat dilakukan dengan menerapkan unsur
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pembelajaran agar lebih menarik dan mengikut
perkembangan semasa.

Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian ini boleh dilanjutkan dengan memberi peluang kepada murid-murid pra sekolah pendidikan khas
dan aliran perdana untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran membaca. Papan selit dan
permainan-permainan yang digunakan dalam kajian ini turut boleh diaplikasikan dalam matapelajaran
Matematik. Guru boleh mengajar operasi tolak dan tambah menggunakan papan selit dan menggantikan
kad suku kata dengan kad nombor. Aktiviti permainan yang menarik juga boleh dilaksanakan untuk
meminta murid menyelesaikan soalan pengiraan dalam matapelajaran Matematik. Selain itu, kajian
lanjutan perlu dijalankan terhadap peserta kajian yang lebih besar bagi mendapatkan kajian yang
mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

Rujukan

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kertas kerja di Konvesyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

Clark dan Cutler. (1990). Pemulihan Khas Kaedah Pengajaran Bacaan. Diperolehi dari
http://gpkhas.blogspot.com pada 3 April 2014.
52


Isfayuni Zulkifli. (2013). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis KV+KVK melalui
Kad Gambar dan Perkataan. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Melaka.

Kamarudin Haji Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya. Longman Malaysia
Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur :
Percetakan Avanco Sdn Bhd.

Sharifah Azura Syed Hassan. (2006). Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid
Tahun Dua melalui Kaedah Stesen. Tesis yang tidak diterbitkan.

Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.





























53


MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENYUSUN NOMBOR
MELALUI PERMAINAN POOL BALL

Mohamad Adib Faiz Bin Omar
Dr. Abdullah Yusoff

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan bagi menangani masalah menyusun nombor 1
hingga 5 dalam tertib menaik dan menurun dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran melalui permainan pool ball. Kajian ini telah dilaksanakan di
sebuah sekolah di Daerah Bachok, Kelantan. Kajian ini melibatkan 3 orang peserta kajian
yang terdiri daripada murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran iaitu seramai 2
orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berusia dalam lingkungan 9 hingga
11 tahun. Kajian ini mengaplikasikan model reka bentuk Laidlaw (1992). Instrumen bagi
mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, ujian pra dan pos.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pemerhatian melalui senarai semak
dilakukan bagi menilai penglibatan peserta kajian. Ujian pra pula dijalankan ke atas peserta
kajian sebelum pendekatan permainan pool ball diperkenalkan. Melalui data yang
diperoleh, peserta kajian tidak dapat menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik dan
menurun dengan betul. Setelah intervensi dijalankan, peserta kajian dikehendaki menjalani
ujian pos. Pencapaian mereka dalam ujian pos menunjukkan peningkatan berbanding
pencapaian dalam ujian pra. Penglibatan peserta kajian dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran juga menunjukkan perubahan yang positif selepas intervensi dilaksanakan.
Hasil dapatan kajian selama 4 minggu telah membuktikan bahawa permainan pool ball
dapat membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menyusun nombor dalam
tertib menaik dan menurun disamping penglibatan mereka dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Matematik.

PENGENALAN
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan
kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan
lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-
kanak. Melalui teknik ini, ia akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam
sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai
perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa.
Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik
dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan,
kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan
yang menggembirakan. Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat
untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi
semakin baik. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara berkaitan aktiviti
permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik.
54


FOKUS KAJIAN

Isu Kajian

Berdasarkan pengalaman mengajar semasa praktikum, terdapat beberapa orang murid yang
mengalami masalah dalam kemahiran Matematik. Kemahiran Matematik merupakan salah satu kemahiran
yang penting untuk dikuasai oleh setiap murid terutaamanya Pendidikan Khas.


Tujuan Kajian

Fokus saya pada kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan peserta kajian dalam
menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik dan menurun melalui permainan Pool Ball semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pendidikan Khas. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk
memberi peluang kepada peserta kajian untuk merasai suasana pembelajaran yang aktif dan
menyeronokkan. Hal ini kerana, sebelum ini mereka tidak begitu aktif melibatkan diri dalam aktiviti di
dalam kelas.Suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan akan dapat menjadikan peserta kajian
lebih berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.


Objektif Kajian

1. Meningkatkan kebolehan peserta kajian menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik
dengan permainan Pool Ball.
2. Meningkatkan kebolehan peserta kajian menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun
dengan permainan Pool Ball.
3. Meningkatkan penglibatan peserta kajian dalam pembelajaran Matematik melalui permainan
Pool Ball.


Soalan Kajian

1. Sejauhmanakah kebolehan peserta kajian menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik dapat
ditingkatkan dengan permainan Pool Ball?
2. Sejauhmanakah kebolehan murid menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun dapat
ditingkatkan dengan permainan Pool Ball?
3. Sejauhmanakah pengibatan peserta kajian terhadap pembelajaran Matematik dapat ditingkatkan
dengan permainan Pool Ball?










55



SOROTAN KAJIAN


Norsaidatul Hafizah (2011) telah menjalankan kajian di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur iaitu sebuah prasekolah yang terletak di sekitar Cheras. Kajian ini melibatkan seramai lima
orang murid prasekolah dari Kelas Prasekolah Anggerik sebagai sampel pengkaji. Kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti cara yang berkesan dalam mengatasi masalah komunikasi interpersonal dalam
kalangan murid-murid prasekolah. Pengkaji telah menggunakan kaedah kajian dengan menggunakan
pendekatan permainan Music Dice. Hasil kajian mendapati bahawa sampel kajian yang dipilih oleh
pengkaji telah berjaya meningkatkan tahap dan kemahiran komunikasi interpersonal mereka. Dari sudut
akademik pula, murid-murid tersebut telah dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
dengan sebaiknya. Kajian ini sangat berkait rapat dengan kajian pengkaji iaitu berkaitan keberkesanan
aktiviti permainan dalam meningkatkan penguasaan menyusun nombor dalam turutan menaik dan
menurun di samping mengurangkan tingkah laku pasif subjek kajian. Pengkaji juga akan mengaplikasikan
kaedah kajian melalui pendekatan permainan dengan menggunakan pool ball dalam kajian ini.

Nur Hidayah Nabila (2011) pula telah menjalankan sebuah kajian yang dilakukan ke atas murid-
murid prasekolah di sebuah sekolah di negeri Selangor. Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid
daripada kelas prasekolah tersebut sebagai sampel kajiannya. Pengkaji menjalankan kajian ini bagi
mengenalpasti cara yang boleh membantu dalam meningkatkan penguasaan konsep nombor dalam
kalangan murid prasekolah. Pengkaji memilih untuk menggunakan pendekatan aktiviti permainan dalam
meningkatkan penguasaan konsep nombor dalam kalangan murid-murid prasekolah. Hasil dapatan
daripada kajian yang dilakukan mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam penguasaan simbol dan
nilai nombor dalam kalangan murid prasekolah terbabit. Pengkaji turut menggunakan permainan dalam
kajiannya sebagai langkah intervensi bagi mencapai objektif kajian.

Seterusnya, kajian yang turut menggunakan pendekatan melalui teknik bermain turut dilakukan
oleh Linah (2009). Linah telah menjalankan kajian di sebuah sekolah yang terletak di negeri Sarawak iaitu
di daerah Kuching. Kajian ini melibatkan seramai empat orang murid daripada kelas pemulihan Tahun
Tiga sebagai sampel kajiannya. Kajiannya yang bertajuk, Belajar Sambil Main dilaksanakan bagi
membantu dalam meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di
samping memperbaiki kemahiran membaca dalam kalangan murid-muridnya. Pengkaji menekankan
teknik bermain yang digunakan dalam mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan olehnya. Kajian
yang dilaksanakan ini turut mempunyai perkaitan dengan kajian yang dilakukan pengkaji. Pengkaji turut
mengaplikasikan aktiviti permainan dalam mencapai objektif kajian yang telah disasarkan.














56



PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Reka Bentuk Kajian

Saya telah memilih Model Reka Bentuk Laidlaw sebagai rujukan untuk melaksanakan kajian tindakan ini.
Model ini telah diperkenalkan pada tahun 1992. Terdapat lima fasa yang digariskan dalam model ini
seperti Rajah 1 dibawah :



Rajah 1 : Model Reka Bentuk Laidlaw (1992)

Pelaksanaaan Tindakan

1. Fasa 1 (Mengenalpasti Isu dan Masalah)
Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam melaksanakan kajian adalah mengenalpasti terlebih dahulu
amalan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas dan membuat tinjauan terhadap
masalah yang menjadi fokus kajian. Tinjauan awal masalah juga dibuat melalui perbualan secara tidak
langsung bersama guru-guru Pendidikan Khas di kelas tersebut. Pada masa yang sama, pengkaji juga
akan menentukan kumpulan sasaran yang terlibat sebagai peserta kajian. Selepas itu barulah pengkaji akan
menentukan kaedah atau langkah mengatasi yang paling sesuai untuk mengatasi masalah yang
dikenalpasti.
2. Fasa 2 (Merancang Tindakan)
Seterusnya, pengkaji akan merancang pelan tindakan terhadap kajian yang akan dilaksanakan berdasarkan
maklumat dan masalah yang telah ditentukan. Perancangan yang dilakukan meliputi pemilihan instrumen
kajian untuk mengumpul maklumat dan merekod data kajian, penyediaan prosedur dan jadual kerja
pelaksanaan, serta anggaran kos kajian. Perancangan yang rapi akan melicinkan lagi kerja-kerja mengkaji
serta memastikan bahawa dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai kesahan yang jitu. Selain itu,
perancangan tindakan ini perlulah dirancang dengan teliti serta melibatkan pemikiran yang kritis agar
Fasa 1
Mengenal
Pasti Isu
Fasa 2
Merancang
Tindakan
Fasa 3
Perlaksanaan
Tindakan
Fasa 4
Mengumpul
Dan
Menganalisis
Data
Fasa 5
Refleksi
57

dapat mencari idea dan kaedah penyelesaian yang terbaik dan berkesan. Oleh itu, pengkaji akan meneliti
kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian pengkaji untuk dijadikan rujukan dan pencetus idea.

3. Fasa 3 (Perlaksanaan Tindakan)
Selesai merancang, pengkaji akan melaksanakan pelan tindakan dengan apa yang telah direncanakan.
Perlaksanaan melibatkan proses tertentu seperti melaksanakan ujian pra dan ujian pos, pemerhatian
berdasarkan senarai semak, pengaplikasian aktiviti yang dicadangkan iaitu permainan Pool Ball serta
kerja-kerja merekod data menggunakan instrumen yang sesuai. Setiap dapatan perlu direkod dengan
sistematik untuk memudahkan pengkaji membuat analisis dan penulisan laporan akhir.
4. Fasa 4 (Pengumpulan Data)
Setelah pelaksanaan prosedur kajian disempurnakan, segala rekod dapatan akan dikumpul. Dapatan kajian
akan digunakan untuk menganalisis setiap perubahan dan perkembangan dari awal sehingga selesai kajian.
Melalui analisis juga, pengkaji akan dapat mengenalpasti langkah seterusnya yang akan diambil untuk
memperbaiki mutu kajian. Segala dapatan akan didokumentasikan dalam bentuk graf dan rajah yang
sesuai untuk memudahkan pembaca memahami dan mentafsirkanya.
5. Fasa 5 (Refleksi)
Pada langkah terakhir ini, kesemua data yang diperolehi akan dianalisis secara terperinci dan
didokumentasikan dalam bentuk jadual, rajah dan graf. Melalui dapatan tersebut, pengkaji akan dapat
mengenalpasti adakah aktiviti yang digunakan berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Kemudian, pengkaji akan membuat refleksi mengenai kajian yang telah dilaksanakan dari awal hingga
akhir. Melalui refleksi tersebut, pengkaji akan dapat mengenalpasti segala kelemahan dan kekuatan
pendekatan yang telah dijalankan serta sebarang kekangan yang wujud semasa melaksanakan kajian.
Tambahan pula, pengkaji juga boleh mengemukakan sebarang cadangan dan penambahbaikan untuk
kajian-kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang.

MINGGU PERKARA TINDAKAN
1 Tinjauan awal - 2 kali ujian pra : menyusun nombor 1-5 tertib menaik
dan menurun
- Pemerhatian : senarai semak penglibatan murid semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran

2 Tindakan 1 - 3 sesi pengajaran dan pembelajaran tertib menaik
menggunakan permainan pool ball
- Ujian pos selepas setiap sesi pengajaran (3 kali): tertib
menaik
- Pemerhatian setiap sesi pengajaran (3kali): senarai
semak penglibatan murid
- Analisis tindakan 1

3 Tindakan 2 - 3 sesi pengajaran dan pembelajaran tertib menurun
menggunakan permainan pool ball
- Ujian pos selepas setiap sesi pengajaran (3 kali): tertib
menurun
- Analisis tindakan 2
58


4 Minggu Analisis Data - Membuat analisis keseluruhan kajian tindakan 1 dan
tindakan 2 mengikut objektif kajian yang telah
ditetapkan
Rajah 2 : Proses pelaksanaan tindakan sepanjang kajian
DAPATAN DAN REFLEKSI

Objektif 1 :
1. Meningkatkan kebolehan peserta kajian menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik
dengan permainan Pool Ball.
Bagi mencapai Objektif 1, pengkaji telah menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos ke atas Peserta
Kajian (PK). Melalui kedua-dua ujian ini, pengkaji telah mendapat data sebelum dan selepas menjalankan
intervensi. Kedua-dua ujian pra dan pos ini dijalankan dalam bentuk lembaran kerja yang mengandungi 10
soalan bagi menguji kefahaman dan penguasaan peserta kajian dalam menyusun nombor 1 hingga 5 dalam
tertib menaik. Ujian pra dijalankan sebelum intervensi dilaksanakan, manakala ujian pos dijalankan
setelah tamat setiap sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan intervensi permainan
pool ball.











Rajah 3 : Markah Keseluruhan Ujian pra dan pos tertib menurun

Berdasarkan Rajah 3, jelas menunjukkan subjek kajian telah mengalami peningkatan dalam
kemahiran menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik setelah menjalani intervensi permainan
Pool Ball. Melalui pengamatan saya, peningkatan dalam pencapaian mereka dipengaruhi oleh faktor
rasa seronok untuk mengikuti sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan setelah
intervensi permainan Pool Ball dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh, pendekatan baru yang digunakan
oleh pengkaji dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajiantelah menarik minat mereka
untuk menumpukan perhatian dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, dapat dibuktikan bahawa Objektif Kajian 1 iaitu
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Ujian Pos 3
PK 1 25 50 70 80
PK 2 35 60 80 90
PK 3 15 30 50 60
25%
50%
70%
80%
35%
60%
80%
90%
15%
30%
50%
60%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
P
e
r
a
t
u
s
a
n

M
a
r
k
a
h

Ujian Pra dan Pos
MARKAH KESELURUHAN UJIAN PRA DAN POS
(TERTIB MENAIK)
PK 1 PK 2 PK 3
59

meningkatkan kebolehan peserta kajian menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menaik dengan
permainan Pool Ball telah tercapai dengan jayanya.


Objektif 2 :
2. Meningkatkan kebolehan peserta kajian menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib meurun
dengan permainan Pool Ball.
Bagi mencapai Objektif 2, pengkaji juga telah menggunakan instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos ke
atas peserta kajian sama seperti objektif 1 . Melalui kedua-dua ujian ini, pengkaji telah mendapat data
sebelum dan selepas menjalankan intervensi. Kedua-dua Ujian Pra dan Pos ini dijalankan dalam bentuk
lembaran kerja yang mengandungi 10 soalan bagi menguji kefahaman dan penguasaan subjek kajian
dalam menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun. Ujian Pra dijalankan sebelum intervensi
dilaksanakan, manakala Ujian Pos dijalankan setelah tamat setiap sesi interaksi pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan intervensi permainan Pool Ball.


Rajah 4 : Markah Keseluruhan Ujian pra dan pos tertib menurun
Secara keseluruhan kesemua subjek kajian telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik seperti
rajah 2. Melalui pengamatan pengkaji, peningkatan dalam pencapaian mereka dipengaruhi oleh faktor rasa
seronok untuk mengikuti sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan setelah intervensi
permainan Pool Ball dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh, pendekatan baru yang digunakan oleh
pengkaji dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh subjek kajian telah menarik minat mereka
untuk lebih menumpukan perhatian dan memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Melalui intervensi permainan Pool Ball, subjek kajian lebih aktif menyertai aktiviti yang disediakan
semasa sesi interaksi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini kerana lazimnya murid
berkeperluan khas meminati aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan seperti aktiviti permainan. Oleh
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2 Ujian Pos 3
SK 1 20 40 50 70
SK 2 25 50 60 80
SK 3 15 20 50 60
20%
40%
50%
70%
25%
50%
60%
80%
15%
20%
50%
60%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
P
e
r
a
t
u
s
a
n

M
a
r
k
a
h

Ujian Pra dan Pos
MARKAH KESELURUHAN UJIAN PRA DAN POS
(TERTIB MENURUN)
SK 1 SK 2 SK 3
60

yang demikian, jelas menunjukkan bahawa Objektif Kajian 2 iaitu meningkatkan kebolehan peserta kajian
menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun dengan permainan Pool Ball telah berjaya dicapai.


Obektif 3 :
1. Meningkatkan penglibatan peserta kajian terhadap pembelajaran Matematik melalui permainan
Pool Ball.
Bagi mencapai objektif yang ketiga, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian berdasarkan
senarai semak ke atas peserta-peserta kajian. Senarai semak ini mengandungi 10 item yang telah di
gariskan sebagai panduan kepada pengkaji bagi menilai minat subjek kajian terhadap pengajaran dan
pembelajaran Matematik.

Rajah 5 :Markah Keseluruhan Pemerhatian
Rajah 3 menunjukkan perbandingan peratusan markah yang diperolehi oleh ketiga-tiga subjek
kajian dalam pemerhatian tinjauan awal tingkah laku dan tiga siri pemerhatian bagi setiap intervensi yang
dilaksanakan dalam 3 sesi penganjaran dan pembelajaran.
Menurut pengamatan pengkaji, perbezaan markah bagi setiap subjek kajian adalah disebabkan
oleh faktor kognitif dan kecegasan fizikal subjek kajian. Di samping itu juga, kecerdasan pelbagai yang
berbeza dalam diri individu turut mempengaruhi markah akhir subjek kajian tersebut. Oleh itu,
Berdasarkan Rajah dan Jadual di tersebut, jelas membuktikan bahawa subjek kajian mempamerkan
peningkatan dalam menunjukkan minat dan memberikan tumpuan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik berlangsung. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa Objektif Kajian 3
iaitu meningkatkan penglibatan peserta kajian terhadap pembelajaran Matematik melalui permainan Pool
Ball telah dapat dicapai dengan sangat baik.


Tinjauan Awal Pemerhatian 1 Pemerhatian 2 Pemerhatian 3
SK 1 30 60 80 90
SK 2 20 60 70 90
SK 3 15 50 60 80
30%
60%
80%
90%
20%
60%
70%
90%
15%
50%
60%
80%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
100%
P
e
r
a
t
u
s
a
n

M
a
r
k
a
h

Pemerhatian
MARKAH KESELURUHAN PEMERHATIAN
(SENARAI SEMAK)
SK 1 SK 2 SK 3
61




KESIMPULAN

Rumusan Dapatan

Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan, dapatlah saya rumuskan bahawa pendekatan yang telah
digunakan dengan memperkenalkan permainan Pool Ball telah banyak memberi kesan yang positif dan
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap peserta kajian dalam menyusun nombor 1
hingga 5 dalam tertib menaik dan menurun. Selain itu, melalui permainan Pool Ball juga, penglibatan
peserta kajian dalam sesi pengajaran pembelajaran Matematik telah dapat ditingkatkan dengan sangat
baik. Oleh itu, suasana pembelajaran di dalam bilik darjah akan lebih aktif dan bermakna.

Cadangan Penambahbaikan Amalan

1. Mempelbagaikan cara dan aktiviti yang lebih menarik dalam permainan Pool Ball.
2. Menyediakan tempat yang lebih kondusif dan selesa dalam menjalankan permainan Pool Ball.
3. Menyediakan ganjaran atau hadiah kepada peserta kajian yang dapat menyelesaikan tugasan
dengan betul serta menujukkan komitmen yang tinggi dalam setiap aktiviti.

Cadangan Kajian Lanjutan

1. Tempoh masa kajian yang lebih panjang.
2. Guru boleh mengaplikasikan permainan Pool Ball ini dalam kesemua pengajaran topik dalam
Matematik mahupun dalam matapelajaran lain.


RUJUKAN

Chua Tee Tee, K. B. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Choong Lean Keow. (2011) Asas Penyelidikan Tindakan Selangor, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University
Nur Hidayah Nabila Binti Ripin (2011). Pengaplikasian Permainan Tradisional Dapat Meningkatkan
Penguasaan Konsep Nombor Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Diakses pada 26 Mac
2014 daripada http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011/11/abstrak-kajian-tindakan-pismp-
sem-8-b.html
Linnah Summase (2009). Belajar Sambil Bermain . Diakses pada 26 Mac 2014 daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2009/10%20Linah.pdf
Norsaidatul Hafizah Binti Mahad (2011). Penggunaan Permainan Musical Dice Membantu
Meningkatkan Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Murid Prasekolah. Diakses pada 26
62

Mac 2014 daripada http://researchipbmm2008.blogspot.com/2011/11/abstrak-kajian-tindakan-
pismp-sem-8-b.html


Nor Zira Shafie & Nor Bahariah Baharin (2009). Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Melalui Kaedah Permainan Di Dalam Kelas 4 Dedikasi
SMK Bandar Runching. Diakses pada 26 Mac 2014 daripada
http://malingall.blogspot.com/2009/11la poran-kajian-tindakan-2-kolokium-09.html
Norazura Tukira, Juliza, Adira Mohd @ Ariffin dan Siti Hazwani Mohamad Rozi (2010). Teori
Kecergasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Diakses
pada 27 Mac2014 daripada http://www.scribd.com/doc/31126414/Teori-Kecerdasan-Pelbagaian-
untuk-penglibatan-Aktif-Pelajar
Fadilah Mahabob & Siti Sara Abdul Rahman (2009). Meningkatkan Tingkah Laku Positif Di Kalangan
Pelajar Di Dalam Kelas Dengan Menggunakan Teknik Peneguhan Skinner. Diakses pada 27 Mac
2014 daripada http://idyllicmardhiah.blogspot.com/2009/11/tugasan-3-laporan-pembentangan-
kolokium.html




















63




MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA DAN MEMBACA PERKATAAN KVK+KV
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH HIGH FIVE

Siti Nor Azah Binti Azizan
Tn Haji Shaari Bin Nawi

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan kaedah High Five
dalam meningkatkan penguasaan mengeja dan membaca perkataan kvk+kv dalam kalangan
murid-murid khas. Kajian ini telah dilaksanakan kepada murid khas tahun 4 Seroja di Sekolah
Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua, Pasir Mas, Kelantan. Tinjauan awal mendapati peserta kajian
sering kali melakukan kesalahan sewaktu mengeja dan membaca perkataan kvk+kv. Kesalahan
yang sering dilakukan adalah seperti mengeja perkataan kvk+kv dengan pola suku kata yang
salah. Contohnya kun+ci menjadi ku+nci. Malah, mereka melakukan kesalahan dalam membaca
perkataan kvk+kv dengan menggunakan bahasa dialek. Contohnya kunci menjadi konci. Peserta
kajian yang dipilih bagi kajian ini terdiri daripada 5 orang murid khas. Keseluruhan peserta
kajian yang terlibat adalah lelaki. Kajian ini menggunakan reka bentuk model Laidlaw (1992).
Data dikumpul melalui ujian pra dan pos, lembaran kerja dan ujian lisan. Selepas ujian pra
diberikan, sesi tindakan intervensi pertama menggunakan kaedah fonik digunakan bagi
memberikan gambaran awal pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran mengenal bunyi
huruf. Intervensi seterusnya menggunakan kaedah High Five dilaksanakan sebanyak tiga kali.
Selepas tamat setiap satu sesi intervensi, lembaran kerja diberikan. Dapatan data yang diperolehi
daripada lembaran kerja menunjukkan berlakunya peningkatan markah. Peratusan peningkatan
paling minimum sebanyak 35% dan peratusan maksimum sebanyak 70%. Peningkatan ini
membuktikan bahawa kajian yang dijalankan berjaya memberi perubahan yang positif kepada
peserta dalam membantu penguasaan mengeja dan membaca perkataan kvk+kv dan meningkatkan
penguasaan kemahiran mengeja dan membaca perkataan kvk+kv dengan betul menggunakan
kaedah High Five. Pengkaji berharap agar kajian ini akan digunakan secara meluas bagi
mengatasi masalah murid-murid khas dalam mengeja dan membaca perkataan kvk+kv.

Pengenalan
Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam Siri Pendidikan Logman Pedagogi Bahasa, membaca ialah
memindahkan tulisan kepada suara. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil isi dan
fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Membaca adalah tindakan seseorang mengeja dan
menghubungkan bunyi-bunyi huruf, suku kata, perkataan, ayat dan cerita. Dalam proses mempelajari
bacaan, murid-murid bermasalah pembelajaran sering kali melakukan kesilapan seperti peninggalan,
bacaan songsang, bacaan ulangan, bacaan gantian, bacaan tambahan, tidak kenal huruf dan salah sebutan
(Zuri & Azman 2011). Membaca adalah satu proses yang kompleks yang mana sesuatu isi atau maklumat
yang bermakna disampaikan melalui lambang-lambang bertulis. Hal ini kerana proses membaca terdiri
daripada gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori, proses pengamatan, proses
bahasa, dan proses kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara
keseluruhan. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai akan memberikan kesan yang positif kepada
murid dalam meningkatkan sesuatu kemahiran yang dipelajari. Menurut Omardin (1999), penggunaan
64

bahan bantu mengajar memberi sumbangan besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan guru dan murid. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan
pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang berubah mengikut peredaran masa. Justeru itu,
penggunaan bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu guru dalam mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan.
Fokus Kajian
Isu Kajian
Fokus utama dalam kajian ini adalah berkaitan dengan kemahiran membaca. Tujuan utama dalam kajian
ini adalah membantu peserta kajian mengeja dan membaca perkataan kvk+kv dengan betul. Terdapat
masalah dalam proses mengeja dan membaca perkataan kvk+kv yang dihadapi oleh peserta kajian. Di situ
mereka lebih mengeja dan membaca perkataan kvk+kv kepada kv+kvk. Contohnya kunci dieja menjadi
ku+nci. Malahan peserta kajian juga mempunyai sedikit kekeliruan di dalam penguasaan bunyi huruf.
Contohnya bunyi vokal i dan e. Contoh perkataan mereka terkeliru ialah gincu dieja menjadi gencu.
Masalah ini juga boleh dikaitkan dengan faktor dialek. Kebiasaannya, mereka mempunyai masalah atau
kekeliruan untuk dari segi huruf vokal seperti i menjadi e, u menjadi o dan sebaliknya. Begitu juga
dengan huruf j dengan g,m dengan n.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkapli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca menjadikan murid
lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka
dalam menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid ialah setiap perkataan yang
ingin disebut perlu dieja. Kadang kala perkataan yang dieja akan menghasilkan bunyi yang berbeza.
Perkataan yang gagal dibunyikan akan ditinggalkan. Hasil daripada permasalahan tersebut maka timbullah
pola bacaan yang merangkak-rangkak.
Tujuan Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan membantu peserta kajian dalam penguasaan kemahiran mengeja dan
membaca. Kemahiran mengeja dan membaca penting dalam membina keyakinan dan motivasi peserta
kajian untuk belajar. Sekiranya mereka lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca akan memberikan
kesan yang buruk kepada tahap kognitif, sosial dan emosi mereka. Sehubungan itu, pendedahan dalam
kemahiran mengeja dan membaca akan mendidik mereka dan senang bergaul dengan rakan sebaya kerana
tiada penghalang dari segi kognitif dalam membina hubungan persahabatan. Sekiranya kemahiran ini tidak
dapat dikuasai, perasaan rendah diri akan ada pada diri mereka.
Objektif Kajian
1. Membantu peserta kajian dalam penguasaan mengeja dan membaca perkataan kvk+kv dengan
betul.
2. Meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan
kvk+kv dengan betul menggunakan kaedah High Five.
Soalan Kajian
1. Adakah peserta kajian dapat menguasai kemahiran mengeja dan membaca perkataan kvk+kv
dengan betul menggunakan kaedah High Five?
2. Apakah punca masalah peserta kajian tidak dapat mengeja dan membaca perkataan kvk+kv?
Sorotan Literatur
Menurut Dr. Yahya Bin Othman (2012) dalam kajiannya yang bertajuk pelaksanaan pengajaran mengajar
menggunakan kaedah fonik peringkat prasekolah di Brunei Darussalam . Beliau mengkaji seramai 69
murid prasekolah dan ditinjau kepada tiga buah sekolah yang berbeza dan berpendapat masalah membaca
dapat dikurangkan melalui padanan huruf dengan bunyi secara berperingkat. Penekanan lebih ditumpukan
65

kepada bunyi huruf, dengan itu, semasa menunjukkan kad huruf, murid akan membacanya dalam bentuk
fonik dan membunyikan huruf tersebut.
Dalam kajian tindakan ini juga pengkaji telah merujuk kajian yang telah dijalankan oleh Dyg Marzuin
Binti Awang Ismail di salah sebuah sekolah di negeri Selangor (2009) yang bertajuk kiraan jari dalam
membantu murid pemulihan tahun dua membaca perkataan kvkv dengan menggunakan kaedah
penggunaan warna bagi membezakan suku kata. Hal ini secara tidak langsung membantu dan
memudahkan murid untuk mengenal, membaca perkataan mengikut suku kata dengan betul.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam pelaksanaan kajian tindakan ini diambil daripada model reka
bentuk kajian yang dipelopori oleh Laidlaw (1992).

Rajah 1 : Model Laidlaw (1992)
Kumpulan Sasaran
Kajian yang dilakukan adalah di kelas Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua.
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih lima orang peserta kajian untuk dijadikan kajian. Kajian
dilakukan berkaitan dengan mengeja dan membaca perkataan kvk+kv. Kajian ini melibatkan 5 orang
peserta kajian lelaki. Kesemua peserta kajian ini merupakan anak jati kelahiran Kelantan dan masing-
masing bertutur dalam dialek Kelantan yang pekat.
Prosuder Pelaksanaan Tindakan
Mengenal Pasti Masalah
Masalah peserta mula dikenal pasti melalui ujian diagnostik yang dilakukan pada awal tindakan.
Manakala pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Lembaran kerja dilihat dan dinilai dari segi kesalahan yang dilakukan dan kuiz dilakukan pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dalam kuiz ini, pengkaji menggabungkan kesemua kemahiran membaca
suku kata dari v+kv, kvk, kv+kv, kv+kvk dan kvk+kv. Kesemua instrumen tersebut adalah bukti bagi
mengesahkan masalah peserta kajian.
Perancangan Tindakan
Fasa 1
Mengenal
Pasti Isu
Fasa 2
Merancang
Tindakan
Fasa 3
Perlaksanaan
Tindakan
Fasa 4
Mengumpul Dan
Menganalisis
Data
Fasa 5
Refkeksi
66

Pengkaji telah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sepanjang tempoh kajian
dengan menggunakan kaedah High Five. Tindakan tindakan yang telah dirancang adalah seperti
berikut:

Tarikh Sesi Pengajaran Dan
Pembelajaran
Perancangan Tindakan
Minggu 1 1 Membunyikan huruf menggunakan kaedah fonik
berbantukan video lagu fonik dan buku skrap
Minggu 2 2 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah ;High
Five dengan berbantukan kad gambar dan kad perkataan
Minggu 3 3 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah High
Five berbantukan kad ceraian suku kata
Minggu 4 4 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah High
Five berbantukan puzzle huruf kvk+kv

Jadual 1 : Perancangan tindakan
Pelaksanaan Tindakan

Rajah 2 : Carta Alir Pelaksanaan Tindakan

Mengumpul dan Menganalisis Data
Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan empat instrumen bagi mengutip data-data untuk
dianalisis. Instrumen yang digunakan adalah ujian pra, ujian pos, ujian lisan dan lembaran. Data-data ini
dikumpul dan diubah ke dalam bentuk jadual dan rajah agar lebih sistematik dan tersusun.
Refleksi
Proses membuat refleksi memerlukan pengkaji mengimbas kembali pengalaman yang dilalui sepanjang
kajian dijalankan. Semasa membuat refleksi, pengkaji menilai kembali amalan pengajaran yang dilakukan,
Ujian Pra
Sesi P&P 1
'bunyikan saya'
menggunakan
kaedah fonik
Sesi P&P 2
menggunakan kaedah
'High Five'
berbantukan kad
gambar dan kad
perkataan
Seisi P&P 3
Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan
kaedah High Five
berbantukan kad ceraian
suku kata
Sesi P&P 3
Pengajaran dan
pembelajaran
menggunakan kaedah
High Five berbantukan
puzzle huruf kvk+kv
Ujian Pos
Mengumpul Dan
Menganalisis
Data
Refleksi
67

menilai keberkesanan teknik dan alat bantu mengajar yang digunakan dan banyak lagi. Selain itu, melalui
refleksi juga memberi peluang kepada pengkaji meningkatkan kualiti kendiri pengkaji melalui kajian yang
dijalankan.

Dapatan Dan Refleksi
Hasil dapatan data daripada lembaran kerja, ujian pos, ujian pra dan ujian lisan dianalisis bagi melihat
keberkesanan kaedah High Five yang digunakan sepanjang sesi tindakan dilakukan. Hasil dapatan data
menunjukkan berlaku peningkatan positif oleh peserta kajian dalam penguasaan kemahiran mengeja dan
membaca perkataan kvk+kv dan peningkatan penguasaan mereka dalam kemahiran mengeja dan
membaca perkataan kvk+kv dengan betul menggunakan kaedah High Five. Peningkatan ini dapat
dilihat dengan jelas pada rajah dibawah :


Rajah 3 : Graf peratus pencapaian peserta kajian dalam LK 1, LK 2 Dan LK 3
Secara puratanya berdasarkan rajah 3 di atas memberi gambaran berkaitan dengan penguasaan mengeja
dan membaca perkataan kvk+kv oleh peserta kajian. Pengkaji telah melakukan 3 lembaran kerja. Di dalam
lembaran kerja pertama boleh dilihat penguasaan peserta kajian dalam mengeja dan membaca perkataan
kvk+kv. Dalam lembaran kerja pertama ini memberikan kemahiran asas atau pengenalan berkaitan
dengan suku kata pertama kvk+kv iaitu kvk. Di mana Peserta kajian perlu mengisi ruangan kosong
tersebut berdasarkan gambar yang diberikan.
Pada lembaran kerja pertama menunjukkan tahap penguasaan peserta kajian adalah lemah di mana gred
yang paling ramai peserta kajian perolehi adalah adalah gred E. Manakala yang paling maksimum adalah
gred D yang diperolehi oleh PK 4 dan PK 5. Di sini memperlihatkan tahap penguasaan peserta kajian
adalah lemah dan memerlukan bantuan pengkaji untuk menolong mereka dalam menyiapkan lembaran
kerja.
Lembaran kerja yang kedua adalah mengenai warnakan perkataan kvk+kv yang betul berdasarkan gambar
yang telah diberikan. Di dalam lembaran kerja ini memerlukan peserta kajian mengenal pasti ejaan
perkataan kvk+kv dengan betul. Di mana, peserta kajian perlu menggunakan kemahiran mengeja dan
15%
20%
15%
30% 30% 30%
35%
25%
45%
55%
45%
55%
35%
60%
70%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
Peratus Pencapaian Peserta Kajian Dalam LK 1, LK 2 Dan LK 3
LK 1 LK 2 LK 3
68

membaca dengan baik bagi menentukan perkataan kvk+kv yang betul. Di dalam lembaran kerja ini
menampakkan perubahan yang baik dari lembaran kerja 1. Di mana terdapat perubahan gred iaitu gred D
untuk 3 orang peserta kajian dan gred C 2 orang murid.
Lembaran kerja ketiga pula berkaitan dengan menulis perkataan kvk+kv yang telah dipecahkan suku
katanya. Peserta kajian perlu mengenal pasti ejaan yang betul dan mengisi ruangan tersebut berdasarkan
gambar yang telah diberikan. Gred dalam lembaran kerja ini menunjukkan peningkatan yang positif,
peserta kajian telah berjaya ke gred B dan c. Manakala gred yang paling rendah adalah gred D yang
mempunyai nilai peratusan sedikit sahaja untuk mencapai gred C.


Rajah 4 :Graf perbandingan peratusan markah ujian lisan 1 dan ujian lisan 2

Ujian lisan diberikan kepada peserta kajian dalam menilai tahap penguasaan kemahiran mengeja dan
membaca perkataan kvk+kv. Ujian lisan dilakukan sebanyak dua kali iaitu sebelum, semasa dan selepas
intervensi. Antara item utama yang dinilai dalam ujian lisan ini ialah mengenal huruf, mengeja,
membatang dan membaca perkataan. Sebanyak 20 perkataan kvk+kv dimuatkan dalam ujian lisan ini.
Pada ujian lisan pertama terdapat 3 peserta kajian mempunyai jumlah peratusan yang sama iaitu sebanyak
55%. Peserta kajian yang terlibat ialah PK 1, PK2 dan PK 4. Bagi PK 5 menunjukkan peratusan yang baik
semasa ujian lisan 1. PK 5 berjaya mendapat 74%. Pengaruh utama markah yang diperolehi disebabkan
kemahiran mengenal huruf yang baik. Namun mereka lemah dalam mengeja, membatang dan membaca
perkataan kvk+kv yang jarang didengari. Contohnya, camca, garfu dan warna. Malah faktor dialek juga
mempengaruhi prestasi kemahiran mengeja dan membaca perkataan kvk+kv. Contohnya cikgu menjadi
cekgu. Bagi PK 3 markah yang diperolehi adalah rendah berbanding yang lain. PK 3 mengutip peratus
sebanyak 55%. Terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh PK 3. Di mana, kekeliruan dalam
bunyi huruf begitu memberi kesan kepadanya. Contohnya huruf j dengan g. Bagi PK 5 menunjukkan
peratusan yang baik semasa ujian lisan 1. PK 5 berjaya mendapat 74%.
Dalam ujian lisan kedua dapat dilihat peningkatan markah, peratusan dan gred antara ujian lisan 1 dan
ujian lisan 2. Pada awalnya persamaan markah dilihat pada PK 1, PK 2 dan PK 4. Namun perbezaan
markah dilihat pada ujian lisan 2. Bagi PK 1, jumlah peratusan yang diperolehi ialah sebanyak 65%.
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
80%
90%
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
55% 55%
45%
55%
74%
65%
70%
55%
70%
82%
Perbandingan Peratusan Markah Ujian Lisan
1 Dan Ujian Lisan 2
ujian lisan 1 ujian lisan 2
69

Perubahan gred dapat dilihat dengan ketara iaitu dari gred C ke gred B. Manakala peningkatan peratusan
yang paling ketara dapat dilihat pada PK 2 PK 4. Pada awalnya, peratusan yang diperolehi sama dengan
PK 1. Peratusan markah yang diperolehi sebanyak 70% dan perubahan gred dari C ke gred B. Bagi PK 3
pula, jumlah peratusan yang diperolehi sebanyak 55%. Grednya juga meningkat dari gred D ke gred C.
Peratusan markah yang paling tinggi diperolehi oleh PK 5 sebanyak 82%. Gred yang diperolehi juga
meningkat dari gred b ke gred A. Peratusan markah meningkat kerana peserta kajian dapat menguasai
kemahiran mengeja dan membaca dengan baik. Tidak timbul kekeliruan semasa mengeja perkataan
kvk+kv. Dengan itu, tahap membaca perkataan kvk+kv dapat diatasi dengan baik.


Rajah 5: Graf perbandingan peratusan markah ujian pra dan ujian pos
Ujian pos dilakukan selepas intervensi dilakukan. Ujian ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan
kaedah menggunakan High Five dalam mengeja dan membaca perkataan kvk+kv. Pada peringkat ini,
pengkaji mendapati terdapat perubahan atau peningkatan di antara ujian pra dan ujian pos. Bagi peserta
kajian pertama, didapati perubahan peratusan markah meningkat dari 26% ke 44%. Manakala peserta
kajian kedua meningkat peratusan markah dari 26% ke 48%. Peserta kajian ketiga juga menunjukkan
peningkatan yang baik dari 20% ke 38%. Manakala peserta kajian keempat menunjukkan jumlah
peratusan yang meningkat dari 30% ke 56%. Peratusan yang paling tinggi dalam ujian pra 1 dan ujian pos
1 ialah peserta kajian kelima iaitu jumlah peratusan ujian pra 2 sebanyak 36% meningkat ke 64% pada
ujian pos 2.
Di dalam ujian ini pengkaji telah menyediakan 50 item soalan kepada sampel kajian. Semua soalan
tersebut adalah melibatkan kemahiran mengeja dan membaca perkataan kvk+kv sahaja. Berdasarkan graf
5, perubahan yang positif telah ditunjukkan oleh peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan mengeja
dan membaca perkataan kvk+kv dengan betul menggunakan kaedah High Five. Peserta kajian telah
memberikan tumpuan yang baik semasa proses intervensi yang dijalankan. Mereka mampu mengeja dan
membaca perkataan kvk+kv dengan baik.
Kesimpulan
26% 26%
20%
30%
36%
44%
48%
38%
56%
64%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
PK 1 PK 2 PK 3 PK 4 PK 5
Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pos
Ujian pra Ujian pos
70

Rumusan Dapatan
Secara ringkasnya, tindakan intervensi yang dijalankan berjaya memberi impak positif kepada peserta
kajian. Melalui dapatan yang diperolehi, penguasaan peserta kajian dalam kemahiran mengeja dan
membaca perkataan kvk+kv meningkat setelah kaedah High Five digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kebolehan peserta kajian membaca dengan betul sesuatu perkataan dan mengeja perkataan
tersebut mengikut suku kata yang betul ternyata memberikan kesan positif kepada pencapaian peserta
kajian dalam menguasai kemahiran mengeja dan membaca perkataan kvk+kv. Melalui hasil analisis
lembaran kerja, ujian pra dan pos dan ujian lisan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
Penambahbaikan
1. Meluaskan lagi penggunaan kaedah High Five dalam pengajaran dan pembelajaran.
2. Memberikan peneguhan positif setelah peserta kajian dapat menguasai dengan baik kaedah High
Five dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan kvk+kv.
3. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar.
Cadangan Kajian Tindakan
Di dalam kajian lanjutan ini, pengkaji mencadangkan agar tempoh kajian dipanjangkan supaya kajian ini
dapat dilakukan dengan lebih teliti dan teratur. Di samping itu, pengkaji mencadangkan agar kajian ini
diperluaskan dengan mewujudkan kolaborasi antara guru dan ibu bapa. Guru Pendidikan Khas boleh
mengatur pertemuan dengan ibu bapa dan menerangkan dengan lebih mendalam mengenai kaedah High
Five agar mereka lebih faham dan boleh menggunakan teknik ini untuk mengajar anak mereka di rumah.
Pemantauan dan bimbingan oleh ibu bapa di rumah mampu memberikan impak yang besar bagi
pencapaian peserta kajian dalam pelajaran.
Rujukan
Abdul Rasid Jamain & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen
Pendidikan Nasional : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dyg Marzuin Awang Ismail. (2012). Kiraan jari dalam membantu murid pemulihan tahun 2 mengeja dan
membatangkan perkataan kvkv. Diperolehi pada Mac 31, 2014 dari
http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:nLtLX7HP_RQJ:www.ipbl.edu.my/porta
l/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PEM/12%2520dyg%2520marzuin.pdf+&cd=2&hl=en&ct=clnk
&gl=my
Kamarudin, (1998). Pedagogi Bahasa Kuala Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mohd Zuri Ghani & Azman Che Ahmad. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Kelantan : Penerbitan Universiti Sains Malaysia
Omardin Ashaari. (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Yahya Othman. (2012). Pelaksanaan Pengajaran Membaca Menggunkan Kaedah Fonik Peringkat
Prasekolah Di Brunei Darussalam. Diperolehi pada Mac 31, 2014 dari
https://www.google.com.my/?gws_rd=cr&ei=ndJfU_K1ApP98QXx-
YCYAQ#q=teknik+membaca+menggunakan+fonem



71





GARISAN 4
Nur Amirah binti Zailaini
Puan Che Noorwani bt Che Wil

Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk meningkatkan kekemasan tulisan frasa mudah
yang terdiri dari suku kata v kv, kvk dan kv kv dalam kalangan murid Tahun 2. Kajian ini
dijalankan di salah sebuah sekolah yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini
melibatkan 2 orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang berumur 11 dan 13
tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk model Laidlaw yang diperkenalkan pada tahun
(1992). Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pos, analisis
dokumen dan pemerhatian berdasarkan senarai semak. Ujian pra telah dijalankan kepada
murid sebelum kaedah Garisan 4 diperkenalkan. Sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan, pemerhatian melalui senarai semak dilakukan terhadap tingkah
laku murid. Selain itu, lembaran kerja juga diberikan setiap kali selepas intervensi dijalankan.
Markah daripada lembaran kerja ini meningkat setiap kali selepas intervensi dijalankan.
Selepas kesemua intervensi dijalankan, murid dikehendaki untuk menjalani ujian pos. Markah
daripada ujian pos ini menunjukkan peningkatan berbanding markah di dalam ujian pra.
Keputusan ini membuktikan bahawa kaedah garisan 4 ini telah memberikan perubahan
positif dalam aspek kekemasan tulisan murid. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kajian ini
dapat digunakan secara meluas di dalam kelas bagi membantu murid meningkatkan kekemasan
tulisan mereka.
Pengenalan

Chua (1992), telah menyatakan bahawa pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai satu program
pendidikan yang dirancang khas untuk murid berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal, sosial, atau
emosi bagi mereka yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak
mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Bahasa Malaysia pula merupakan antara
subjek yang perlu dikuasai oleh semua rakyat di Malaysia. Dalam pembelajaran Bahasa Malaysia telah
dibahagikan kepada dua kemahiran utama iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Menurut
Kamus Dewan, kemahiran didefinisikan sebagai kepandaian dan kecekapan seseorang individu.
Manakala berbahasa pula membawa maksud mempunyai bahasa, menggunakan bahasa dan bercakap
dalam sesuatu bahasa. Maka, kemahiran berbahasa boleh boleh disimpulkan sebagai sesuatu kebolehan
atau kepandaian seseorang individu.
Secara umumnya, menulis merupakan satu perlakuan yang menggunakan pen, pensel atau sebarang alat
tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea atau pernyataan. Ann Raimes (1983) dalam Juliana (2009),
telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques and Teaching Writing
iaitu merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan, memberi peluang
kepada pelajar menerokai bidang bahasa dan memperluas pengetahuan, melahirkan idea dan
menggunakan seluruh anggota mekanis(mata, akal, tangan dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Fokus Kajian
72


Kajian yang dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada permasalahan menulis murid pendidikan khas.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pegkaji telah melihat bahawa peserta kajian tidak menunjukkan
minat setiap kali aktiviti menulis dijalankan oleh guru. Setelah pemerhatian dilaksanakan, peserta kajian
tidak menggemari aktiviti ini kerana mereka mempunyai tulisan yang tidak kemas dan sukar untuk
difahami. Ini telah membuat mereka kehilangan motivasi dan semangat untuk menulis.
Pengkaji ingin menjalankan satu kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran menulis peserta kajian
ini dalam menulis frasa mudah vkv dan kvk dan kvkv. Ini kerana, peserta kajian sudah boleh mengeja
suku kata ini dengan baik tetapi tidak mampu menulisnya dengan kemas. Selain itu, peserta kajian juga
dilihat tidak menulis dengan kedudukan postur badan dan cara genggaman pensil yang betul. Oleh itu,
kajian tindakan pengkaji ini akan memfokuskan kepada intervensi yang boleh diambil dalam
meningkatkan kemahiran menulis frasa mudah vkv, kvk dan kvkv murid pendidikan khas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung seterusnya meningkatkan minat mereka dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Objektif Kajian
1. Membantu murid meningkatkan kemahiran menulis frasa mudah vkv, kvk dan kvkv
menggunakan teknik garisan 4.

2. Meningkatkan kekemasan tulisan dengan menggunakan teknik garisan 4 secara ansur maju.

3. Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti kemahiran menulis.
Soalan Kajian
1. Adakah murid akan dapat meningkatkan kemahiran menulis frasa mudah vkv, kvk dan kvkv
dengan menggunakan teknik garisan 4.

2. Adakah kekemasan tulisan dapat ditingkatkan melalui kaedah garisan 4 secara ansur maju?

3. Adakah minat murid dalam aktiviti kemahiran menulis dapat ditingkatkan dengan menggunakan
teknik garisan 4?
Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini ia diharapkan dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid di dalam kelas. Melalui
pendekatan yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, tahap kognitif murid akan dapat
berkembang dengan baik sejajar dengan perkembangan kemahiran motor murid. Ini kerana perkembangan
dari aspek kognitif dan psikomotor haruslah seiring agar perkembangan murid akan berlaku dengan baik.
Fokus murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan dapat ditingkatkan kerana minat murid
terhadap sesi pembelajaran meningkat.
Bagi guru-guru kajian ini diharap dapat membantu guru dalam usaha untuk mempelbagaikan teknik
pengajaran mereka dalam kelas. Guru juga akan dapat memperbaiki pengajaran mereka dan menggunakan
kaedah yang lebih sesuai sewaktu mengajar di dalam kelas. Hal ini penting kerana sebagai guru
berkemungkinan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk memastikan setiap kaedah yang
digunakan sewaktu mengajar adalah kaedah yang paling terbaik untuk mengatasi murid yang mempunyai
masalah tertentu. Oleh itu, melalui kajian ini ianya diharap dapat membantu guru mengatasi masalah
murid ketika di dalam kelas. Kesinambungan daripada kajian ini berkemungkinan akan melahirkan idea-
idea baru yang lebih baik untuk dipraktikkan oleh guru kepada murid mereka. Ini sangat memberi impak
positif kepada mutu pendidikan di negara kita di mana kualiti pengajaran dan pembelajaran akan
meningkat dan ini menjadi satu perkara yang baik kepada perkembangan negara secara umumnya.
73





Sorotan Literatur
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang harus dikuasai dengan baik oleh murid. Pelbagai
aspek dan pendekatan harus dipraktikkan untuk memastikan murid mampu untuk menguasai kemahiran
ini. Kajian lepas yang telah dikenalpasti dapat dihubungkaitkan dengan isu kajian saya ialah kajian yang
dijalankan oleh Norizan (2005) dalam Tiong Houng Ching (2005) yang bertajuk Kemahiran Menulis
Secara Kaedah Ansur Maju menunjukkan bahawa mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-
kanak menggunakan kaedah ansur maju membolehkan kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, teratur
serta kurang kesilapan berlaku dalam menulis huruf di atas garisan. Steve Graham (2006) dalam kajiannya
memberi tindak balas mengenai tulisan (handwiting) dimana tulisan adalah berfokus kepada pencapaian
kemahiran, membina kebolehan dan keupayaan murid serta keberkesanan pendekatan menulis huruf.
Pendekatan yang digunakan pula haruslah bertujuan untuk membantu murid yang mempunyai masalah
dalam tulisan.
Faizal (2012) dalam kajiannya yang bertajuk Teknik menulis huruf dengan betul meningkatkan
kekemasan tulisan murid telah membuat kajian di salah sebuah sekolah berkaitan masalah kekemasan
tulisan murid. Kajian ini mendapati bahawa setelah murid diajar tentang cara untuk menulis huruf yang
betul, murid telah dapat meningkatkan kekemasan tulisan mereka. Data berkaitan kajian ini telah didapati
dengan menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan senarai semak. Melalui kajian ini, saya telah
mendapat maklumat mengenai perlaksanaan tindakan yang dilakukan oleh pengkaji untuk meningkatkan
kekemasan tulisan murid. Perlaksanaan ini telah dapat saya aplikasi dan ubahsuai berdasarkan kepada
masalah yang dihadapi oleh murid saya.
Maria Mcdalin (2012) dalam kajiannya juga telah menggunakan set lompat untuk membantu murid
memperbaiki kekemasan tulisan dari aspek jarak perkataan. Menurut kajian, set lompat iaitu dengan
menggunakan jari untuk menjarakkan tulisan murid membantu untuk memperbaiki kekemasan tulisan
murid. menurut Sasson (2006) pula, guru-guru kurang memberi perhatian yang sewajarnya dalam proses
pengajaran kemahiran menulis serta pengajaran yang tidak sesuai boleh membantutkan keupayaan pelajar
untuk menulis dan seterusnya sikap guru yang tidak memahami tabiat buruk pelajar ketika menulis
menjadikan kemahiran akademik murid tidak berkembang.
Seterusnya, Afendi (2012) dalam kajiannya mengenai Penggunaan buku garis tiga dan bimbingan
individu untuk memperbaiki masalah menulis huruf terbalik telah menyatakan bahawa murid yang tidak
dapat menulis dengan baik akan menyebabkan mereka hilang keyakinan dan kepercayaan pada diri untuk
menulis. Melalui kajian ini, saya telah dapat melihat bahawa sekiranya masalah kekemasan tulisan murid
ini tidak dibendung, ia akan meninggalkan satu kesan negatif dalam diri murid iaitu tidak yakin pada diri.
Perlaksanaan pengkaji dalam menjalankan kajian ini telah banyak membantu saya untuk memilih
intervensi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh murid saya.
Menurut Levine (1987) dalam Sharoon & Dawne (2002), menyatakan bahawa cara memegang pensil (alat
tulis) akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Tulisan yang kemas dan rapi boleh
meningkatkan keyakinan dan memberi motivasi kepada individu yang menulis. Selain itu, ianya juga akan
dapat menjadikan pembacanya lebih berminat untuk membaca tulisan tersebut. Selain itu, kelak
kemahiran menulis ini akan digunakan sebagai salah satu alat untuk berinteraksi apabila murid terdedah
masyaakat luar dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

74

mengenalpasti
isu
meracang
tindakan
melaksana
tindakan
mengumpul dan
menganalisis
data
membuat
refleksi






Perancangan Dan Pelaksanaan

Reka bentuk kajian
Setelah meneliti kesemua model, pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian dengan menggunakan
model Laid Law (1992) yang merangkumi 5 peringkat utama iaitu mengenalpasti isu, merancang
tindakan, melaksana tindakan, mengumpul dan menganalisis data dan membuat refleksi.













Rajah 1 : Model penyelididkan tindakan Laidlaw (1992)
Fasa 1 : Mengenalpasti isu
Bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid, terdapat beberapa teknik yang telah pengkaji
gunakan iaitu melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan lembaran kerja murid. Pengkaji telah melakukan
pemerhatian terhadap amalan pembelajaran yang dilakukan oleh murid ketika berada di dalam kelas. Satu
senarai semak telah digunakan sewaktu pemerhatian dijalankan.
Seterusnya, bagi mengukuhkan data yang diperolehi melalui pemerhatian, pengkaji juga telah
mengumpulkan lembaran kerja murid sebagai bahan bukti bagi mengukuhkan lagi data yang telah
diperolehi daripada instrumen yang digunakan sebelum ini. Lembaran kerja ini telah dinilai menggunakan
skala untuk melihat sejauh mana pencapaian murid dalam kemahiran menulis.
Fasa 2 : Merancang tindakan
Dalam fasa kedua ini, setelah mengenalpasti masalah pengkaji mula merancang pelan tindakan bagi
intervensi yang sesuai untuk mencapai objektif kajian dengan baik. Oleh itu, perancangan yang teliti
sangat diperlukan. Pengkaji telah merancang tiga aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran pengkaji
75

sebagai intervensi bagi membolehkan murid menulis frasa mudah yag terdiri daripada suku kata vkv, kvk
dan kvkv dengan baik.
Fasa 3 : Melaksanakan tindakan
Dalam fasa ketiga ini, pengkaji melaksanakan tindakan seperti mana yang telah dirancang pada fasa
sebelumnya. Dalam usaha meningkatkan kemahiran menulis murid dalam menulis frasa mudah yang
terdiri dari suku kata vkv, kvk dan kvkv , tiga intervensi telah dilaksanakan oleh pengkaji iaitu menulis
perkataan vkv, kvk dan kvkv di atas garisan empat bersaiz besar (A3), latihan menulis perkataan vkv,kvk
dan kvkv di atas kertas bergaris empat dan latihan menulis frasa mudah vkv, kvk dan kvkv di atas kertas
bergaris empat.
Jadual 1 :Jadual pelaksanaan teknik garisan 4
Minggu Tindakan
1 Melaksanakan ujian pra.
Memperbetulkan dan menunjukkan postur badan yang betul semasa
menulis kepada murid pada setiap kali aktiviti menulis.

2 Guru menunjukkan kepada murid cara menulis dengan
menggunakan kertas garis empat bersaiz A3.
Murid melakukan aktiviti menulis dengan menggunakan kertas garis
empat bersaiz besar.
Murid melakukan latih tubi menyalin perkataan v + kv di atas kertas
garis empat bersaiz A3.
Murid melakukan latih tubi menyalin perkataan kvk di atas kertas
garis empat bersaiz A3.
Murid melakukan latih tubi menyalin perkataan kvkv di atas kertas
garis empat bersaiz A3.
Murid melakukan latih tubi menyalin ayat mudah di atas kertas garis
empat bersaiz A3.
Senarai semak pemerhatian dijalankan.
Lembaran kerja diberikan.

3 Murid melakukan latih tubi menyalin perkataan v + kv kertas garis
empat
Murid melakukan latih tubi menyalin perkataan kvk di atas kertas
garis empat.
Murid melakukan latih tubi menyalin perkataan kv kv di atas kertas
garis empat.
Senarai semak pemerhatian dijalankan.
Lembaran kerja diberikan.

4 Murid melakukan latih tubi menyalin frasa mudah yang terdiri dari
suku kata vkv, kvk dan kvkv di atas kertas garis empat.
Senarai semak pemerhatian dijalankan.
Lembaran kerja diberikan.
Ujian pos

Fasa 4 : Mengumpul data
76

30
35
25
40
50
65 65
55
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Kekemasan
bentuk huruf
Jarak antara
huruf
Jarak antara
perkataan
Keseragaman
tulisan
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Ciri-ciri
Markah Ujian pra
Markah Ujian pos
35
25
30
25
70
65
70
55
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Kekemasan
bentuk huruf
Jarak antara
huruf
Jarak antara
perkataan
Keseragaman
tulisan
M
a
r
k
a
h

(
%
)

Ciri-ciri
Markah Ujian pra
Markah Ujian pos
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen utama dalam mengumpul data. Ketiga-tiga
instrumen ini adalah bertujuan untuk pengkaji melihat sekiranya berlaku peningkatan terhadap kemahiran
menulis setelah intervensi dijalankan atau tidak. Antara instrumen dan teknik yang digunakan ialah ujian
pra dan ujian pos, senarai semak pemerhatian dan analisis lembaran kerja. Dapatan daripada kesemua data
ini telah diubah kepada bentuk jadual dan graf bagi melihat peratusan peningkatan sebelum dan selepas
intervensi dijalankan.
Fasa 5 : Membuat refleksi
Dalam fasa kelima ini pengkaji telah membuat refleksi terhadap dapatan kajian yang telah dijalankan.
Pengkaji telah menilai dan membuat kesimpulan terhadap segala dapatan kajian yang diperoleh serta
permasalahan yang dihadapi sepanjang kajian ini dijalankan. Dengan membuat refleksi ini, pengkaji telah
dapat menilai sejauh mana keberkesanan tindakan yang dijalankan kepada murid ini dan membuat
penambahaikan melalui refleksi yang diperoleh.
Dapatan Dan Refleksi
Objektif 1 : Membantu murid meningkatkan kemahiran menulis frasa mudah vkv, kvk dan kvkv
menggunakan teknik garisan 4.
Perbandingan keputusan ujian pra dan pos
Rajah 2 : Keputusan ujian pra dan pos peserta kajian A
Rajah 3 : Keputusan ujian pra dan pos peserta kajian B
77

Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3
peserta kajian A 25 50 65
peserta kajian B 30 50 70
0
10
20
30
40
50
60
70
80
P
e
r
a
t
u
s

%

Peratus keputusan hasil lembaran kerja
peserta kajian A
peserta kajian B
Rajah di atas menunjukkan perbandingan ujian pra dan ujian pos bagi peserta kajian A dan peserta kajian
B bagi ciri-ciri yang telah dianalisis oleh saya iaitu aspek kekemasan bentuk huruf, jarak antara huruf,
jarak antara perkataan dan keseragaman tulisan setelah intervensi dijalankan. Pencapaian peserta kajian
terhadap keempat-empat aspek ini dilihat meningkat. Bagi peserta kajian A, telah menunjukkan
peningkatan sebanyak 20% bagi aspek kekemasan bentuk huruf, 30% bagi aspek jarak antara huruf, 40%
bagi aspek jarak antara perkataan dan 15% bagi aspek keseragaman tulisan. Bagi peserta kajian B telah
menunjukkan peningkatan 35% bagi aspek kekemasan bentuk huruf, 40% bagi aspek jarak antara huruf,
40% bagi aspek jarak antara perkataan dan 30% bagi apek keseragaman tulisan.

Objektif 2 : Meningkatkan kekemasan tulisan dengan menggunakan teknik garisan 4 secara ansur maju
Perbandingan keputusan lembaran kerja 1,2 dan 3

Rajah 4 : Keputusan lembaran kerja A dan B

Berdasarkan rajah di atas, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang baik di dalam
lembaran kerja yang diberikan selepas intervensi dijalankan. Peserta kajian A telah menunjukkan
peningkatan markah daripada 25% pada lembaran kerja pertama meningkat kepada 50% pada lembaran
kerja kedua dan 65% pada lembaran kerja yang ketiga. Bagi peserta kajian B pula, dia telah memperolehi
30% markah bagi lembaran kerja pertama dan meningkat kepada 50% markah pada lembaran kerja kedua
dan seterusnya 70% markah bagi lembaran kerja yang ketiga.






78

Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3
peserta kajian A 25 50 65
peserta kajian B 30 50 70
0
10
20
30
40
50
60
70
80
P
e
r
a
t
u
s

%

Peratus keputusan senarai semak
pemerhatian
peserta kajian A
peserta kajian B
Objektif 3 : Meningkatkan minat murid terhadap aktiviti kemahiran menulis.
Analisis senarai semak pemerhatian

Rajah 5 : Keputusan senarai semak pemerhatian A dan B
Sebanyak 5 item telah diperhatikan sepanjang pelaksanaan kaedah garis 4 ini dijalankan. Antara item
tersebut ialah berkaitan dengan minat murid terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran guru, murid
aktif sewaktu aktiviti dijalankan, murid bersedia untuk belajar, murid cuba untuk melakukan sendiri tanpa
bantuan guru dan murid menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru kepada mereka. Berdasarkan rajah di
atas, peratusan markah senarai semak peserta kajian A dan B semakin meningkat. Peserta kajian A yang
pada mulanya hanya menunjukkan 20% dalam item yang diperhatikan telah meningkat kepada 80%
sewaktu tindakan 3 dijalankan. Begitu juga bagi peserta kajian B di mana mendapat 40% sewaktu
tindakan 1 telah melonjak kepada 100% pada tindakan yang ketiga. Secara keseluruhannya, telah berlaku
peningkatan positif yang ditunjukkan oleh kedua-dua peserta kajian. Peningkatan ini telah memberikan
makna kepada saya kerana murid telah menyukai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
diketengahkan.

Kesimpulan
Cadangan penambahbaikan
Walaupun kajian ini dilihat sudah berjaya, namun aspek penambahbaikan tetap harus diambil kira. Perkara
ini penting agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan. Aspek penambahbaikan
pertama ialah saya mencadangkan agar ABM garis empat yang digunakan haruslah dibuat dengan lebih
menarik agar murid tidak bosan ketika intervensi dijalankan. Peneguhan positif juga boleh diberikan
kepada murid sekiranya murid dapat menguasai kemahiran ini. Seterusnya, aktiviti ini juga seronok
dijalankan sekiranya ia melibatkan secara berkumpulan berbanding peserta kajian melaksanakannya
secara individu.


79


Cadangan kajian lanjutan
Cadangan pertama saya dalam kajian lanjutan ialah agar memanjangkan tempoh masa bagi kajian ini
dijalankan. Hal ini kerana sekiranya tempoh kajian dipanjangkan, prestasi murid akan dapat dilihat dengan
lebih baik. Selain itu, kajian ini juga boleh cuba untuk diaplikasikan bagi ayat-ayat yang terdiri daripada
suku kata yang lebih panjang dan sukar.

Rujukan

Afendi. (2012). Mengatasi Kelemahan Menulis Huruf Terbalik Menggunakan Buku Garis Tiga Dan
Kedah Pengulangan Bimbingan Individu. Seminar penyelidikan IPGM KBL ms 201-216
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua, Y. P. (2006). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Faizal. (2012). Teknik Menulis Huruf Dengan Betul Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid. Seminar
penyelidikan IPGM KBL ms 231-246

Juliana Ling Chu Chen. (2009). Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 Dalam Mata Pelajaran Bahasa Cina
Dengan Kaedah Ansur Maju. Seminar penyelidikan IPGM KBL ms 146-156

Kamaruddin Hj. Husin. (1996). Pedagogi Bahasa. Selangor Darul Ehsan. Longman Malaysia.

Levine, M.D.(1987). Developmental Variation and Learning Disorderr. Cambridge, Massachusetts:
Educators Publishing Service, Inc.

Maria Mcdalin (2012). Penggunaan Set Lompat Dalam Membantu Menjarakkan Tulisan Murid
Pemulihan Tahun 2. Seminar Penyelidikan IPGM KBL 2012 ms 191-202

Mariayee A/P Suppiah (2011). Meningkatkann Kemahiran Mennulis Bentuk Dalam Bahasa Malaysia
Bagi Murid Tahun 1. Seminar Penyelidikan IPGM KBL

Steve Graham. (2006). Handbook of Writing Research. Mendeley: The Guilford Press.
Tiong Houng Ching. (2005). Membaiki Tulisan Pelajar Tingkatan Peralihan Dengan Kaedah
Ansur Maju. Seminar Penyelidikan Tindakan 2005, Sri Aman, Sarawak, ms 84-96








80


CIKGU SAYA NAK DUA BINTANG

MOHAMAD HAIRUL SAUFE BIN JAINI
NIK AZHAR BIN AB RAHMAN

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah lambat menyiapkan lembaran kerja.Tujuan
kaijan ini juga adalah untuk mengkaji masalah lembaran kerja yang tidak lengkap dan tidak
kemas yang dihadapi oleh murid Sindrom Down semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Seramai tiga orang murid di Kelas Integrasi Pendidikan Khas di sebuah sekolah
dalam Jajahan Pasir Mas telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan untuk
meningkatkan motivasi murid Sindrom Down untuk menyiapakn lembaran kerja dalam masa
yang ditetapkan. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat murid Sindrom Down menyiapkan
lembaran kerja dengan lengkap dan kemas dengan mengunakan token ekonomi Bintang
Saya. Model kajian ini adalah berasaskan reka bentuk Lewin dan Laid Law sebagai asas
kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian dan data berbentuk dokumen yang telah
dilaksanakan. Hasil data melalui pemerhatian masa peserta kajian meyiapkan lembaran
kerja mendapati penurunan masa yang diambil oleh setiap peserta kajiandalam menyiapkan
lembaran kerja untuk mencapai objektif. Analisis data berbentuk dokumen juga menunjukan
markah peningkatan,dimana R1 dari 20% sebelum intervensi dijalankan telah meningkat
kepada 80%. Markah peningkatan ini juga ditunjukkan oleh R2 dari 0% kepada 80% dan R3
dari 20% kepada 80%. Keputusan kajian menunjukan kaedah token ekonomi Bintang saya
berkesan meningkatkan motivasi murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja
dalam masa yang telah ditetapkan dan menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap dan
kemas.

Pengenalan

Menurut Kidwell (2004), lembaran kerja dapat memberikan kesan yang segera dalam pencapaian dan
pemahaman yang baik terutamanya dalam mengingati fakta, meningkatkan kefahaman, lebih baik dalam
pengurusan maklumat, dan sebagai latihan pengayaan kurikulum. Walau bagaimanapun, murid
pendidikan khas masalah pembelajaran kurang berjaya dalam menyempurnakan lembaran kerja yang
guru berikan. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan penting dalam usaha memupuk sikap positif
untuk menyiapkan lembaran kerja dalam diri murid pendidikan khas. Kaedah pemberian lembaran kerja
oleh guru mestilah mampu memotivasikan diri murid untuk menyempurnakan lembaran kerja serta sedar
tentang kepentingan dan faedah lembaran kerja yang diberikan.

Menjurus kepada motivasi murid, motivasi adalah bersifat dalaman dimana motivasi perlulah berapada
di tahap yang optimum untuk membolehkan seseorng itu berjaya. Tanpa motavasi yang mendorong diri
seseorng untuk berjaya, segala gerak kerja akan dilihat hambar dan tidak berada pada tahap yang
optimum. Motivasi dapat ditingkatkan melalui pelbagai cara sama ada dari aspek dorongan dari luar
atau dalaman. Murid pendidikan khas juga memerlukan motivasi yang membolehkan mereka
menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak pengurusan dengan lebih proaktif.




81




Fokus Kajian

Kajian tindakan yang dijalankan ini berfokuskan kepada cara untuk meningkatkan motivasi murid
Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan guru dalam masa yang telah ditetapkan
dan menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap dan kemas.

Isu Kajian

Melalui pengalaman mengajar saya semasa fasa praktikum yang lalu, saya dapati ramai murid yang
menghadapi masalah untuk menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang telah ditetapakn dan hasil
lembaran kerja yang tidak lengkap dan comot. Bagi saya isu ini amat penting untuk dikaji dan diatasi
kerana kegagalan murid untuk menyiapkan lembaran kerja yang pada masa yang ditetapkan menggangu
proses pembelajaran dan pengajaran murid, dimana guru tidak berpeluang untuk membuat langkah
penutup yang merupakan langkah akhir dalam sesi pembelajaran dan pengajaran murid.

Tujuan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan amalan lembaran kerja yang tidak
siap pada masa yang ditetapkan dan lembaran kerja yang tidak lengkap dan comot dalam kalangan murid
PPKI kelas 3 SKOT 2.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah :
Meningkatkan motivasi murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja pada masa yang
telah ditetapkan
Meningkatkan usaha murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap dan
kemas

Soalan Kajian

Adakah aplikasi token ekonomi Bintang Saya dapat membantu meningkatkan motivasi
murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan?
Adakah pelaksanaan token ekonomi Bintang Saya dapat meningkatkan usaha murid
Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja murid dengan lengkap dan kemas?

Sorotan Literatur

Token Ekonomi
Terdapat ramai penyelidik yang pernah menjalankan kajian berkaitan sikap murid-murid dalam
menyiapkan lembaran kerja. Terdapat pelbagai kaedah yang telah digunakan bagi mengatasi masalah ini
dan salah satunya adalah melalui token ekonomi seperti yang dijalankan oleh Idyani (2010), Ainul (2008),
dan Jie (2011). Peneguhan yang berbentuk positif dan negatif telah diperkenalkan oleh Skinner (2011).
Menurut Hiang (2005) menyatakan bahawa token merupakan salah satu bentuk peneguhan positif yang
boleh diberikan kepada murid untuk membentuk tingkah laku mereka. Menurut beliau ganjaran seperti
token, hadiah ataupun pujian boleh diberikan kepada murid yang berkelakuan baik, prestasi baik dalam
82

pembelajaran dan menunjukkan kemajuan yang memuaskan serta membolehkan murid mengelakkan diri
daripada akibat yang tidak diingini seperti berasa malu.

Noriati et.al (2009), turut menyokong pendapat beliau bahawa peneguhan positif seperti pujian, galakan
dan ganjaran dapat merangsang keberangkalian tingkah laku yang diinginkan diteruskan adalah tinggi.
Berdasarkan kajian-kajian ini dapat saya katakan pengunaan peneguhan positif amatlah penting untuk
murid pendidikan khas kerana mereka akan mudah terasa dan mudah juga untuk didorong melakukan
tingkah laku yang positif.

Kepentingan Motivasi
Fuller dan Taylor (2008) menyatakan bahawa motivasi adalah sesuatu yang tidak boleh diberikan kepada
seseorang tetapi harus diperkembangkan dalam diri setiap individu itu sendiri. Motivasi murid untuk
menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru dapat ditingkatkan jika mereka berasa seronok untuk
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Begitu juga dengan lembaran kerja yang guru berikan, lembaran
kerja yang menarik dan mudah difahami oleh murid dapat menarik murid untuk menyiapkan lenbaran
kerja mereka dan melihat hasil yang telah mereka laksanakan. Robiah (2001) percaya bahawa kita perlu
membina pemikiran yang gembira untuk berasa gembira.

Keberkesanan Lembaran Kerja
Dalam kajian ini, lembaran kerja telah diberikan secara berkala berdasarkan kefahaman murid dan
kebolehkan murid untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Fadzilah (2010) menyatakan bahawa
beberapa orang pengkaji seperti Harris Cooper, James J. Lindsay dan Scott Greenhouse dari University Of
Missouri dalam satu kajian, mereka bersependapat bahawa semakin banyak lembaran kerja yang Berjaya
disiapkan, semakin tinggi prestasi akademik mereka terutamanya murid gred 6-12. Hal ini turut disokong
oleh Gill dan Schlossman (2004), pada awal tahun 1960-an, ibu bapa percaya bahawa kerja rumah atau
lembaran kerja yang cukup penting kecemerlangan akedamik anak mereka. Voorhis (2003) pula
menyatakan bahawa interaksi murid dengan murid-murid lain dan penglibatan ibu bapa adalah faktor
penting dalam memastikan keberkesanan lembaran kerja yang diberikan.

Kajian Cooper, Robinson, dan Patall (2006) melaporkan bahawa guru mestilah mengelakkan daripada
memberikan lembaran kerja yang terlalu banyak kepada murid. Mereka mencadangkan bahawa panjang
dan kesukaran kerja rumah haruslah bersesuaian dengan kebolehan murid. Oleh itu, 5 hingga 10 minit
amatlah sesuai untuk murid menyiapkan lembaran kerja mereka. Untuk murid pendidikan khas pula masa
yang diperlukan mungkin lebih sedikit juga dibandingkan dengan murid biasa kerana mereka memerlukan
bimbingan guru untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan.

Pengkaji berpendapat lembaran kerja yang baik dan bersesuaian dengan murid Pendidikan Khas adalah
mengikut tahap kebolehan mereka dan mereka mampu untuk menyiapkan lembaran kerja tersebut.
Lembaran kerja untuk murid pendidikan khas haruslah mengandungi arahan yang mudah dan tidak
terlalubanyak helaian lembaran kerja yang diberikan, cukup sekadar mampu untuk menguji kefahaman
murid berkenaan dengan tajuk yang diajarkan pada hari tersebut.

Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajarn Sindrom Down
Menurut Cuncha 1992 pula Sindrom Down adalah satu keadaan dimana berlakunya masalah pada
perkembangan fizikal dan mental pada kanak-kanak kerana disebabkan ketidak normalan kromosom.
Seterusnya, menurut JW.Chaplin 1995 Sindrom down adalah satu kerosakkan atau kecacatan pada fizikal
dan masalah dalam fungsi mental.Ciri-ciri fizikal yang dimaksudkan adalah mempunyai lidah yang tebal
dan retak-retak atau terbelah mempunyai wajah yang datar atau ceper dan matanya sepet. Sedangkan
menurut Kartini dan Gulo 1987 pula sindrom down adalah satu bentuk kecacatan pada mental,disebabkan
83

oleh satu kromosom tambahan.Memiliki IQ yang mana biasanya dibawah 50.Seterusnya mempunyai sifat-
sifat dan ciri-ciri fizikal yang berbeza yang sangat ketara,salah satu yang paling menonjol adalah matanya
yang serong ke atas.

Menurut Wong,Sindrom Down ialah penyakit genetik disebabkan oleh kromosom tambahan nombor 21
pada kromosom yang terdapat pada seseorang kanak-kanak.Dalam kandungan ibu,anak akan menerima 46
kromosom,23 dari ibu dan 23 dari bapa.Dalam kes sindrom down anak menerima satu kromosom lebih
iaitu 'kromosom 21' dan menjadikan jumlah kromosom sebagai 47.
Oleh itu, berdasarkan pendapat daripada para pengkaji yang telah mengkaji penyakit ini dapat dirumuskan
bahawa sindrom down merupakan satu penyakit genetik yang berlaku disebabkan oleh lebihan kromosom
iaitu sebanyak 47 pasang. Saya berpendapaat walaupun mereka mempunyai tahap IQ yang rendah, tetapi
dengan langkah yang betul kita mampu memotivasikan mereka untuk tetap berjaya dalam kehidupan
mereka.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Metodologi/Reka bentuk kajian
Pengkaji telah memilih model Lewin dan Laid Law sebagai asas rujukan untuk melaksanakan kajian
tindakan ini. Terdapat lima fasa yang digariskan dalam model ini bagi menjana reka bentuk kajian, iaitu
mengenalpasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan tindakan, pengumpulan data dan
membuat refleksi. Secara tunasnya model ini menjadi panduan kepada pengkaji sepanjang melaksanakan
kajian untuk memperolehi dapatan kajian yang tetap dan berkualiti.














Rajah 1: Contoh





Rajah 1: Reka bentuk Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan muridmurid bermasalah pembelajaran dari kelas 3, Sekolah Kebangsaan Othman
Talib 2 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Integrasi seramai 3 orang. Kumpulan sasaran adalah
Mengenal
Pasti Aspek
Amalan
Merancang
Tindakan
Melaksanakan
Tindakan
Mengumpul
Data
Membuat
Refleksi
Terhadap
Tindakan
84

muridmurid yang mempunyai masalah Sindrom Down, dua lelaki dan seorang perempuan dalam
lingkungan umur 8 hingga 10 tahun.


Jadual 1: Maklumat asas peserta kajian
Bil Peserta kajian Jantina Kategori
masalah
Kod
1 Peserta kajian 1 Lelaki Sindrom Down R1
2 Peserta kajian 2 Perempuan Sindrom Down R2
3 Peserta kajian 3 Lelaki Sindrom Down R3

Tindakan Pertama
Dalam tindakan pertama pengkaji telah mengunakan peneguhan positif iaitu dengan memberikan kata-
kata semangat dan pujian kepada setiap peserta kajian semasa peserta kajian sedang melaksanakan dan
selepas peserta kajian menyiapkan lembaran kerja yang telah diberikan. Berikut adalah kata-kata semangat
dan pujian yang diberikan kepada peserta kajian.

Jadual 2 : kata-kata semangat dan pujian kepada peserta kajian











Tindakan Kedua
Dalam tindakan kedua pengkaji telah mengunakan penguhan positif token ekonomi Bintang Saya. Token
ekonomi digunakan supaya dapat menarik minat peserta kajian untuk menyiapkan lembaran kerja mereka
dengan lebih cepat, lengkap dan kemas. Penerangan telah diberikan secara terperinci berkaitan cara
penglibatan peserta kajian dalam Bintang Saya untuk memastikan mereka memahaminya dengan jelas.
Pengkaji juga telah menampal papan Bintang Saya di dinding kelas 3 bertujuan untuk menunjukan
jumlah token yang telah peserta kajian perolehi. Tindakan ini adalah untuk meningkatkan motivasi peserta
kajian untuk bersaing antara mereka dan berusaha untuk mendapatkan token bintang yang telah pengkaji
sediakan.

Langkah perlaksanaan token ekonomi Bintang Saya

1. Pengkaji menunjukan sumi jeli perisa buah - buahan kepada peserta kajian sebagai motivasi untuk
menarik minat peserta kajian semasa mereka memulakan lembaran kerja.
2. Untuk mendapatkan satu sumi jeli perisa buah - buahan peserta kajian mesti mendapatkan dua
bintang pada papan Bintang Saya.
3. Bintang diberikan kepada peserta kajian yang menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang telah
ditetapkan.
Bil Kata kata semangat dan pujian yang diberikan kepada peserta
kajian
1 Bagus
2 Tahniah
3 Kerja yang amat baik
4 Hebatnya
5 Kemasnya
6 Cantik
7 Kerja yang bagus
85

4. Bintang diberikan kepada peserta kajian yang menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap dan
kemas.
5. Peserta kajian akan menampal bintang berwarna pada papan Bintang Saya mengikut warna
nama peserta kajian.
6. Sumi diberikan setelah peserta kajian mendapat dua bintang pada papan Bintang Saya.

Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data terbahagi kepada dua kategori iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini telah
mengunakan kedua-dua kaedah tersebut dengan mengunakan insrtumen pemerhatian, dan data berbentuk
dokumen (lembaran kerja) untuk melihat keberkesanan token ekonomi yang dipilih.

Dapatan Dan Refleksi Kajian
Analisis Data
Objektif 1 : Meningkatkan motivasi murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja pada masa
yang telah ditetapkan

Keputusan Pemerhatian
Berikut adalah analisis masa peserta kajian menyiapakan lembaran kerja berdasarkan minggu secara
keseluruhan.

























Rajah 2: Analisi Keseluruhan Pola Masa Peserta Kajian Meyiapkan Lembaran Kerja

Menurut Rajah 2, secara keseluruhan peneguhan yang diberikan kepada peserta kajian telah memberikan
kesan positif. Setiap peserta kajian telah dapat mengurangkan masa untuk menyiapkan lembaran kerja
R1 R2 R3
Minggu 1 25 23 21
Minggu 2 20 20 18
Minngu 3 15 17 15
Minggu 4 15 14 15
0
5
10
15
20
25
30
M
i
n
i
t

Analisis Pemerhatian Pola Tempoh Masa Peserta Kajian
Menyiapkan Lembaran Kerja
Minggu 1 Minggu 2 Minngu 3 Minggu 4
86

bersesuaian dengan tahap keberjayaan yang telah di tetapkan oleh pengkaji. R1 sebelum intervensi
dijalankan mengambil masa selama 25 minit untuk menyiapkan satu set lembaran kerja yang diberikan,
setelah tindakan kedua dibuat pada minggu ketiga dan keempat kajian dijalankan, berlaku penurunan
sebanyak 10 minit menjadikan jangka masa yang diambil oleh R1 untuk menyiapkan lembaran kerja
adalah 15 minit.
R2 pula sebelum intervensi dijalankan telah mengambil jangka masa selama 23 minit untuk menyiapkan
satu set lembaran kerja yang diberikan. Setelah tindakan kedua dijalankan pada minggu ketiga dan
keempat jangka masa akhir R2 untuk menyiapkan lembaran kerja adalah 14 minit. Telah berlaku
menurunan sebanyak 9 minit dari jangka masa sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan. R2
juga telah mencapai tahap keberjayaan intervensi yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
R3 sebelum intervensi dijalankan mengambil masa selama 21 minit untuk menyiapkan lembaran kerja
yang diberikan oleh guru. Selepas tindakan kedua dijalankan pada minggu ketiga dan keempat berlaku
penurunan jangka masa yang diambil oleh R3 untuk menyiapkan lembaran kerja sebanyak 6 minit
menjadikan jangka masa keseluruhan untuk R3 selepas intervensi adalah 15 minit untuk menyiapkan
lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Jangka masa ini telah mencapai tahap keberjayaan yang telah
ditetapkan oleh pengkaji.
Berdasarkan penurunan masa ini, pengkaji boleh katakan yang peserta kajian menyukai ganjaran yang
telah pengkaji sediakan, setiap seorang dari peserta kajian sungguh teruja untuk mendapatkan dua bintang
supaya mendapat ganjaran yang ditawarkan. Peserta kajian telah menyiapkan lembaran kerja mereka
dengan bersungguh-sungguh dan memberikan daya saing antara satu sama lain untuk mendapatkan
ganjaran setelah menyiapkan tugasan mereka.

Objektif 2 : Meningkatkan usaha murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap
dan kemas.

Keputusan Data Berbentuk Dokumen
Data berbentuk dokumen yang digunakan dalam kajian ini adalah lembaran kerja peserta kajian. Dokumen
ini digunakan sebagai instrument untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan peserta
kajian dan turut menyokong analisis dapatan kajian ini. Analisis dokumen ini turut menyokong analisis
pemerhatian tempoh masa peserta kajian menyiapkan lembaran kerja mereka.















Rajah 3: Gambar Lembaran Kerja Peserta Kajian Minggu Keempat Tindakan Kedua

87


Berdasarkan Rajah 3, pada minggu keempat telah menunjukan yang peserta kajian mampu menyiapkan
lembaran kerja dengan lengkap dan kemas. Ini menunjukan tindakan kedua telah mencapai objektif
dimana meningkatkan motivasi murid untuk menyiapkan lembaran kerja dengan kemas. Ini juga
menunjukkan bahawa walaupun saya mengunakan lembaran kerja yang berbeza tetapi masih mengunakan
tindakan kedua iaitu token ekonomi peserta kajian masih bermotivasi untuk menyiapkan lembaran kerja
dengan kemas.

Dengan menganalisis dokumen lembaran kerja murid ini pengkaji dapat menyatakan bahawa tindakan
kedua adalah cara yang terbaik bagi peserta kajian untuk meningkatakan motivasi mereka semasa di
dalam kelas. Daripada analisis ini juga, pengkaji dapat menyatakan bahawa kesemua peserta kajian lebih
tertarik kepada peneguhan positif untuk dijadikan dorongan motivasi semasa mereka menyiapkan
lembaran kerja. Token ekonomi yang menarik,dapat dilihat,dirasa dan mempunyai daya penarik kepada
murid mampu untuk meningkatkan motivasi murid di dalam kelas.

Keputusan pemerhatian
Pengkaji telah mengunakan jadual skan untuk merekod setiap item kepada setiap peserta kajian untuk
memudahkan pengkaji menganalisis data. Kod 1 hingga 5 berikut adalah menunjukkan item yang ingin di
perhatikan pada lembaran kerja peserta kajian.
1. Menyipakan lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan
2. Lembaran kerja masih dalam keadaan elok
3. Lembaran kerja siap mengikut arahan soalan
4. Hasil lembaran kerja responden kemas
5. Responden mengunakan pelbagai warna dan media semasa menyiapkan lembaran kerja










Berikut adalah graf peningkatan markah lembaran kerja peserta kajian dari minggu pertama sebelum
intervensi dijalan sehingga minggu keempat pengulangan tindakan kedua.







Peserta
kajian
Skan
1 2 3 4 5 Jumlah Peratus
(%)
R1
R2
R3
20
60
80 80
0
60
80 80
20
60
80 80
0
20
40
60
80
100
Minggu 1 minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
P
E
R
A
T
U
S

MINGGU
Graf Keseluruhan Pemarkahan Peserta
Kajian
R1 R2 R3
88










Rajah 4: Graf Peningkatan Skor Markah Lembaran Kerja Peserta Kajian

Berdasarkan Rajah 4, setelah data dikumpulkan dan dianalisis oleh pengkaji, telah berlaku peningkatan
sebelum intervensi di jalankan dan selepas intervensi tindakan kedua dijalankan. Ini nenunjukan yang
tindakan kedua telah berjaya meningkatkan motivasi peserta kajian untuk menyiapkan lembaran kerja
dengan lengkap dan kemas. Daripada analisis ini juga dapat disimpulkan bahawa peneguhan positif token
ekonomi dapat menarik minat murid untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan kepada mereka.
R1 sebelum intervensi di jalankan hanya mendapat skor markah 20 peratus dan setelah intervensi
dijalankan dan diulangi R1 telah dapat mengekalkan skor markah sebanyak 80 peratus. R2 pula sebelum
intervensi dijalankan bermula dengan 0 peratus dan setelah intervensi kedua dijalankan dan diulangi telah
mendapat skor markah 80 peratus. R3 sebelum intervensi dijalankan mendapat 20 markah untuk skor
markah lembaran kerja dan telah meningkat kepada 80 peratus setelah intervensi kedua dijalankan,R3 juga
telah mengekalkan skor markah ini setelah intervensi kedua diulang.

Ini telah menunjukan tindakan kedua telah berjaya meningkatkan movitasi peserta kajian untuk
menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Walaupun lembaran kerja yang berbeza dan mengunakan
media yang berbeza, tetapi dengan mengunakan intervensi peneguhan positif token ekonomi kepada
peserta kajian, tahap motivasi peserta kajian dapat dikekalkan. Ini menunjukan keberkesanan intervensi
peneguhan positif token ekonomi kepada setiap peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini.

Kesimpulan

Rumusan dapatan
Soalan Kajian Pertama : Adakah aplikasi token ekonomi Bintang Saya dapat membantu meningkatakan
motivasi murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja dalam masa yang telah ditetapkan.
Hasil dapatan kajian menunjukkan peserta kajian telah dapat mengurangkan jangka masa yang diambil
untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Dimana sebelum dan selepas intervensi ini dijalankan,
pemerhatian masa peserta kajian untuk menyiapkan lembaran kerja telah diambil. Didapati R1 dan R3
sebelum intervensi ini dijalankan mengambil masa selama 25 minit untuk R1 dan 21 minit untuk R3
dalam menyiapkan lembaran kerja dan selepas intervensi dijalankan berlaku penurunan jangka masa yang
diambil oleh kedua dua peserta kajian. Menjadikan masa yang diambil oleh R1 dan R3 untuk
menyiapkan lembaran kerja adalah 15 minit setiap seorang. Manakala R2 pula sebelum intervensi
mengambil masa selama 23 minit untuk menyiapkan lembaran kerja dan selepas intervensi dijalankan R2
hanya mengambil masa selama 14 minit masa yang diambil untuk menyiapakan lembaran kerja yang
diberikan.

Berdasarkan dapatan kajian ini jelas menunjukan penurunan dalam jangka masa yang diambil oleh peserta
kajian untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Ini menunjukan penurunan masa yang positif
dalam jangka masa yang diambil untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dan peningkatan
motivasi murid untuk menyiapkan lembaran kerja pada masa yang ditetapkan 17 minit dan kebawah. Hal
89

ini menunjukan persoalan kajian yang pertama meningkatakn motivasi murid Sindrom Down untuk
menyiapkan lembaran kerja pada masa yang telah ditetapkan telah dapat di jawab.

Soalan Kajian Kedua : Adakah pelaksanaan token ekonomi Bintang Saya dapat meningkatkan usaha
murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja murid dengan lengkap dan kemas?
Hasil dapatan kajian menunjukkan peserta kajian telah dapat menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap
dan kemas sebelum intervensi dan selepas intervensi bagi data berbenduk dokumen dan permerhatian
lembaran kerja murid. Dimana didapati R1 dan R3 sebelum intervensi dijalankan hanya mendapat 20%
pada markah lembaran kerja mereka dan selepas intervensi dijalankan berlaku meningkatan menjadikan
markah keseluruhan bagi R1 dan R3 masing masing mendapat 80%. Manakala bagi R2 pula sebelum
intervensi dijalankan hanya mendapat 0% pada hasil lembaran kerja yang dihantar semula dan selepas
intervensi dijalankan R2 telah mendapat 80% dalam lembaran kerja yang berjaya disempurnakan.

Dapatan data daripada instrument kajian yang telah digunakan telah menunjukkan peratusan peningkatan
yang positif bagi ketigatiga peserta kajian setelah intervensi dijalankan. Dapatan kajian yang diperoleh
dari instrument kajian telah menjawab persoalan kajian yang kedua dimana token ekonomi Bintang Saya
dapat meningkatkan motivasi murid Sindrom Down untuk menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap
dan kemas.
Rujukan

Ahmah zahri jamil. 2002. Bahasa Melayu dan Budaya. Dewan Bahasa. Aida walqui.
Contextual factors in second language acquisition. Eric digest. Ms 01-05.
Akhiar pardi dan shamsina shamsuddin. 2011. Pengatar penyelidikan tindakan dalam
penyelidikan. Puchong: penerbit multimedia.Bahagian teknologi pendidikan. Modul kajian
tindakan teknologi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
A.Yahya. 2005. Teori-teori kognitif. Diperoleh pada 6 Julai 2014, daripada
http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf
Barret, J. and whitehead, J. 1985. Supporting teacher in their classroom research. Univisity of
Bath: School of Education.Broofield, s. 1995. Becoming a critical reflective teacher. San
Francisco: Jossey Bass
Carr, w and Kemmis S.1986.
Becoming Critical, Education, Knowledge and Action Research.Lewes: Falmer Press.
Charmaz, K. 1995. Grounded theory. In J.A. Smith, R. Harre, and L. V.
Langenhove (Eds). Rethinking Method in Psychology, Ms 27-48.
Chu Tee Tee dan Koh Boh Boon. 1992. Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad. Pengantar
Pendidikan Khas, penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011.
Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamad. 2011.
Kajian Tindakan: Konsep Dan Amalan Pengajaran. Puchong: penerbit Multimedia.
Choong Lean Keaw. 2011.
Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Cohen, L. and Manion, L. 1980.
Research methods in education. Landon: Croom Helim.
Corno & Xu, 2004; Coutts. An analysis on individu education development;
The basic for personal oriented action research. In shipman, M. (Ed).Education Research:
principle, Policies and Practiecs. Lewes: Flamer.
Concha 1992, JW.Chaplin 1995, Kartini dan Gulo 1987. Mohd Zuri Ghani,
Aznan Che Ahmad.
90

Pengantar Pendidikan Khas, penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011

Dr John Longdon Down. Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad. Pengantar
Pendidikan Khas, penerbit Universiti Sains Malaysia, 2011
Eliot, john. 1991.
Action Research for Education Change. Buckingham: Open University Press.
Fuller dan Taylor 2008. Supporting teacher in their classroom research. Univisity of
Bath: School of Education.Broofield, s. 1995. Becoming a critical reflective teacher. San
Francisco: Jossey Bass
Gill dan Schlossman 2004. An analysis on individu education development;
The basic for personal oriented action research. In shipman, M. (Ed).Education Research :
principle, Policies and Practiecs. Lewes: Flamer.
Hurlock (Muhd Mursyid Zulkefli, 2010) Teori-teori kognitif. Diperoleh pada 6 Julai
2014, daripada http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf
Jean dan Jack 2010
Action Research for Education Change. Buckingham: Open University Press.
Johnson 2005.
Action Research for Education Change. Buckingham: Open University Press.
Kamus Dewan. Edisi keempat .2005. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kidwell 2004. Teaching Student With Learning Problem, di tulis oleh Cecil
D.Mercer,Ann R. Mercer, Paige C.pullen : Pearson Education
Kemmis, S. and McTaggart, R. (Eds). 1990.
The action research reader Victoria: Deakin University
Lewin K.1948.
Resolving Social Conflicts; Selected Papers on Group Dynamics. New York: Harper & Row
Siti Khadijah. 2009. Ulasan Kajian Tindakan 2. Diakses melalui
http://sitikhadijahrafli.blogspot.com/. Diakses pada 29 mac 2014.
Whitehead, J. 1985.
An analysis on individu education development; The basic for personal oriented action research.
In shipman, M. (Ed).Education Research : principle, Policies and Practiecs. Lewes : Flamer.
















91














MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGECAM HURUF a, b, c, d dan e
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Nur Ain Binti Husni
Dr. Abdullah Bin Yusoff

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan kerana peserta kajian tidak dapat mengecam huruf a, b,
c, d dan e dengan baik. Tujuan kajian ini dilakukan untuk meningkatkan kebolehan
mengecam huruf a, b, c, d dan e dalam kalangan murid Tahun 3 Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Pasir
Puteh, Kelantan. Kajian ini melibatkan 5 orang peserta kajian yang terdiri 4 orang murid
lelaki dan seorang murid perempuan. Kajian ini menggunakan Reka Bentuk Model Laidlaw
yang diperkenalkan pada tahun (1992). Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini ialah
lembaran kerja awal, lembaran kerja akhir dan pemerhatian. Lembaran kerja awal telah
dijalankan kepada peserta kajian sebelum teknik warna digunakan dalam mengecam huruf
a, b, c, d dan e diperkenalkan. Sepanjang peserta kajian menjawab lembaran kerja,
pengkaji akan membuat pemerhatian untuk memerhatikan tingkahlaku yang dilakukan oleh
peserta kajian. Dapatan yang diperoleh daripada perbandingan markah lembaran kerja
awal dan lembaran kerja akhir menunjukkan berlakunya peningkatan markah. Keputusan ini
membuktikan bahawa teknik warna yang digunakan untuk meningkatkan kebolehan
mengecam huruf a, b, c, d dan e telah memberikan perubahan positif kepada peserta
kajian. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini akan digunakan secara meluas bagi membantu
murid mengecam huruf yang dihadapi oleh kebanyakan murid pendidikan khas.

Pengenalan

Menurut Mohd Zuri Gani (2011) Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran adalah murid yang
mempunyai masalah di dalam pembelajaran yang telah didiagnos dan telah disahkan oleh doktor yang
bertauliah bahawa mereka mempunyai masalah di dalam pembelajaran dan tidak dapat belajar di aliran
perdana. Walaupun begitu, murid- murid ini bukan tidak boleh terlibat dalam pembelajaran tetapi mereka
memerlukan teknik dan kaedah yang berbeza untuk digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid- murid ini memerlukan satu teknik dan kaedah pembelajaran yang tersendiri untuk
membantu mereka untuk meningkatkan tahap penguasaan mereka di dalam pelajaran dan seterusnya
menjadikan mereka seorang manusia yang dapat berdikari untuk digunakan dalam kehidupan seharian
mereka. Pendapat ini disokong oleh Yasmin (2006) pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu
menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira
92

kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Mengecam huruf adalah salah satu kemahiran yang penting
sejak awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian, pendedahan awal asas bacaan kepada murid- murid
perlulah disediakan supaya dapat mengelakkan kanak- kanak menjadi buta huruf. Namun begitu, tidak
semua murid dapat menguasai kemahiran asas ini dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi murid yang
mengalami masalah pembelajaran seperti murid Pendidikan Khas.

Fokus Kajian

Isu Kajian

Pengkaji telah menjalankan lembaran kerja awal kepada peserta kajian dan mendapati mereka tidak
dapat menyebut huruf dengan betul apabila ditunjuk oleh pengkaji dan mereka juga tidak dapat
memberikan jawapan yang betul pada hampir semua soalan pada lembara kerja awal yang diberikan
oleh pengkaji. Pengkaji juga membuat pemerhatian berdasarkan senarai semak dari segi tingkah laku
peserta kajian dan mendapati banyak tingkah laku negatif yang dilakukan oleh mereka ketika lembaran
kerja dilaksanakan ke atas mereka.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kebolehan mengecam huruf a, b, c d
dan e dengan menggunakan teknik warna dalam setiap aktiviti yang dijalankan ke atas peserta kajian.

Objektif Kajian
i. Meningkatkan kebolehan mengecam huruf a, b, c, d dan e melalui teknik warna.
ii. Meningkatkan kebolehan menyebut huruf a, b, c, d dan e melalui teknik warna.
iii. Meningkatkan tumpuan murid melalui penggunaan teknik warna semasa menjawab lembaran
kerja.

Soalan Kajian
i. Adakah kebolehan murid dalam mengecam huruf a, b, c, d dan e meningkat setelah
menggunakan pengunaan teknik warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
i. Adakah kebolehan murid menyebut huruf a, b, c, d dan e meningkat setelah menggunakan
teknik warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
ii. Adakah tumpuan murid dapat ditingkatkan semasa menjawab lembaran kerja dengan penggunaan
teknik warna yang digunakan?

Sorotan Literatur

Dalam kajian Zaridah (2009) yang dijalankan di Sk Seri Manjung. Beliau menggunakan warna biru untuk
huruf besar pada setiap permulaan ayat. Penggunaan teknik warna ini berjaya membantu murid
meningkatkan penguasaan murid dalam menggunakan huruf besar pada permulaan ayat. Oleh itu, dalam
kajian yang dijalankan telah dijalankan, pengkaji menggunakan teknik warna sebagai langkah untuk
membantu peserta kajian dalam mengecam huruf iaitu warna biru untuk huruf a, warna merah untuk
huruf b, warna kuning untuk huruf c, warna hijau untuk huruf d dan warna ungu untuk huruf e
dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penggunaan warna- warna yang telah dinyatakan di atas digunakan
untuk memudahkan pemahaman peserta kajian untuk mengecam dan membezakan huruf a, b, c, d
dan e.

Satu lagi kajian berkenaan penggunaan warna pada bahan bantu mengajar telah dijalankan oleh Norma
(2004). Hasil kajian beliau telah berjaya meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Matematik
melalui penggunaan warna dalam bahan bantu mengajar. Dalam kajian Muhammad Syafiq Saroni (2012)
93

juga turut menggunakan teknik warna dalam penggunaan bahan bantu mengajar berkesan yang mampu
untuk meningkatkan lagi minat dan tumpuan murid di dalam kelas. Oleh itu, pengkaji menggunakan
warna sebagai satu langkah untuk memudahkan murid mengingat huruf dengan menggunakan warna dan
seterusnya membantu meningkatkan tumpuan murid untuk mengecam dan menyebut huruf a, b, c, d
dan e.

Menurut Noraziah dalam (Zaini Khairudin, 2012) alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian
yang padu dalam proses pengajaran bahasa. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara
guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses
pemahaman mereka. Pendapat ini juga disentuh dalam jurnal Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad
(2002) adalah penting guru- guru membantu kanak- kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan
huruf- huruf secara visual dengan menggunakan alat bantu mengajar.

Seterusnya dalam kajian Yusmira (2011) menggunakan huruf blok sebagai alat bantu mengajar untuk
meningkatkan kemahiran mengenal dan mengecam huruf konsonan. Justeru itu, dalam usaha untuk
mengatasi masalah peserta kajian dalam mengenal huruf a, b, c, d dan e pengkaji juga telah
menggunakan alat bantu mengajar iaitu kad huruf berwarna supaya peserta kajian akan lebih mudah untuk
membuat pengecaman. Tujuan penggunaan kad huruf berwarna untuk membantu peserta kajian
membezakan antara huruf a, b, c, d dan e dalam kajian ini.
Menurut Swartz (2005) dalam jurnalnya menyatakan penggunaan doh menyediakan aktiviti yang menarik
dan pengalaman yang berharga kepada kanak- kanak dan mereka dapat mempelajari sesuatu dengan cepat
melalui manipulasi bahan di mana mereka boleh melihat kesan di hadapan mereka. Pendapat ini turut
disokong oleh Felicia Micheal (2012) dalam kajian beliau yang dilaksanakan ke atas murid- murid
prasekolah untuk membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam menyebut dan mengenal huruf kecil
melalui penggunaan doh. Oleh yang demikian, berdasarkan daripada kajian- kajian di atas, pengkaji
menggunakan doh yang berwarna untuk membentuk huruf a, b, c, d dan e dalam usaha membantu
peserta kajian mengecam huruf- huruf tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan peringkat
prabacaan peserta kajian.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Mengenal Pasti Isu

Masalah atau isu utama berkaitan telah dikenal pasti melalui instrumen pemerhatian dan lembaran kerja
awal. Hasil daripada lembaran kerja awal dan pemerhatian yang dijalankan membuktikan peserta kajian
masih lagi tidak mengecam dan menyebut huruf a, b, c, d dan e.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan meliputi fokus kajian, objektif kajian, kumpulan sasaran, pelaksanaan tindakan, penilaian
dan analisis data. Berikut merupakan jadual penerangan dan pelaksanaan tindakan.

Jadual 1: Pelaksanaan Tindakan

BIL PERANCANGAN HURAIAN PENGUMPULAN DATA
1 Mengenal Pasti
Isu/ Masalah
Mengenal pasti masalah
Menentukan kumpulan
sasaran
Menetapkan objektif kajian
Pemerhatian
Lembaran kerja awal
94

2 Pelaksanaan
aktiviti 1
Kad Imbasan
Huruf Berwarna
Memperkenalkan warna biru,
merah, kuning, hijau dan ungu
Memaparkan kad imbasan
huruf berwarna a, b, c,
d dan e.
Pengkaji menerangkan setiap
warna mewakili satu huruf.
Pemerhatian 1
Lembaran kerja akhir 1
3 Pelaksanaan
aktiviti 2
Membentuk Huruf
Menggunakan Doh
Berwarna
Kad huruf berwarna diberikan
kepada setiap murid.
Murid membentuk huruf
menggunakan warna yang
mewakili huruf pada kertas
huruf dan secara bebas.
Pemerhatian 2
Lembaran kerja akhir 2
4 Pelaksanaan
aktiviti 3 Gaul
dan Pilih
Murid menggaul kotak yang
berisi ping pong dan
mengambil sebiji ping pong
berwarna
Murid perlu memilih kad- kad
huruf yang telah diselerakkan.
Tampal kad huruf pada rumah
huruf.
Pemerhatian 3
Lembaran kerja akhir 3
5 Penilaian Melihat pencapaian murid Pemerhatian 4
Lembaran kerja akhir 4
Analisis Data Menganalisis dapatan maklumat
Lembaran kerja awal dan Lembaran kerja akhir
Pemerhatian

Mengumpul dan Menganalisis Data

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data yang relevan dengan kajian
yang dilakukan iaitu pemerhatian, lembaran kerja awal dan lembaran kerja akhir. Dapatan yang diperolehi
dianalisis bagi menentukan kajian yang dijalankan berjaya mengikut objektif kajian atau sebaliknya.

Refleksi
Dalam peringkat ini, rumusan tentang hasil analisis dapatan kajian dihuraikan. Rumusan yang dibuat
membantu pengkaji dalam mengesan kekuatan dan kelemahan yang wujud sepanjang proses pelaksanaan
kajian. Dalam bahagian refleksi juga mengandungi penilaian serta pandangan pengkaji sebelum, semasa
dan selepas kajian dilaksanakan seterusnya memberi peluang kepada pengkaji untuk menilai sama ada
kajian yang dijalankan mencapai objektif kajian atau tidak.

Dapatan Dan Refleksi

Objektif 1: Murid dapat mengecam huruf a, b, c, d dan e melalui teknik warna dengan betul
95

33
40
47
20
27
78
70
85
63
72
0
20
40
60
80
100
M1 M2 M3 M4 M5
Perbandingan Lembaran Kerja Awal dan Lembaran Akhir
Lembaran Kerja Awal Lembaran Kerja Akhir





.









Rajah 1: Perbandingan keputusan lembaran kerja awal dan lembaran kerja akhir

Dalam rajah 1 di atas, dapat dilihat berlakunya peningkatan markah bagi kelima- lima peserta kajian
setelah intervensi menggunakan teknik warna digunakan dalam tiga aktiviti yang dijalankan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. M1 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 45% manakala M2 telah
meningkat sebanyak 30%. M3 telah meningkat sebanyak 38% dan M4 telah meningkat sebanyak 43% dan
M5 telah meningkat sebanyak 45%. Oleh yang demikian, dapat dibuktikan bahawa objektif kajian 1 iaitu
membantu peserta kajian mengecam huruf a, b, c, d dan e menggunakan teknik warna dengan
betul telah tercapai dengan jayanya.




Objektif 2: Murid boleh menyebut huruf a, b, c, d dan e melalui teknik warna yang digunakan
dengan betul.
96

3 3
4 4
3
1 1 1 1 1
0
1
2
3
4
5
M1 M2 M3 M4 M5
Perbandingan Perubahan Tingkah Laku
Pemerhatian Awal Pemerhatian Akhir
M1 M2 M3 M4 M5
Pemerhatian Awal 2 1 1 2 3
Pemerhatian Akhir 5 5 5 5 5
2
1 1
2
3
5 5 5 5 5
0
5
Perbandingan Pemerhatian Awal dan Pemerhatian Akhir
Pemerhatian Awal Pemerhatian Akhir

Rajah 2: Perbandingan pemerhatian awal dan pemerhatian akhir

Dalam rajah 2 di atas, dapat dilihat berlakunya peningkatan markah bagi kelima- lima peserta kajian
setelah intervensi menggunakan teknik warna digunakan dalam tiga aktiviti yang dijalankan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Kesemua peserta kajian berjaya menyebut huruf a, b, c, d dan e di
pemerhatian akhir yang dijalankan. M1 telah menunjukkan peningkatan markah sebanyak 3 markah
manakala M2 telah meningkat sebanyak 4 markah. M3 telah meningkat sebanyak 4 markah dan M4 telah
meningkat sebanyak 3 markah dan M5 telah meningkat sebanyak 2 markah. Oleh yang demikian, dapat
dibuktikan bahawa objektif kajian 2 iaitu murid boleh menyebut huruf a, b, c, d dan e melalui teknik
warna yang digunakan dengan betul telah tercapai dengan jayanya.










Objektif 3: Meningkatkan tumpuan murid melalui penggunaan teknik warna dalam setiap aktiviti untuk
mengecam huruf a, b, c, d dan e.

Rajah 3: Perubahan Tingkah Laku Awal dan Akhir

97

Pada peringkat awal sebelum intervensi menggunakan teknik warna dalam setiap aktiviti dijalankan, M1
melakukan 3 tingkah laku negatif semasa meyiapkan lembaran kerja yang diberikan dan berkurangan
kepada 1 tingkah laku positif pada pemerhatian akhir iaitu menyiapkan tugasan tanpa bertanya kepada
guru dan rakan.

M2 juga melakukan 3 tingkah laku negatif semasa meyiapkan lembaran kerja yang diberikan pada
pemerhatian awal dan berkurangan kepada 1 tingkah laku positif pada pemerhatian akhir iaitu menyiapkan
tugasan tanpa bertanya kepada guru dan rakan.

M3 melakukan 4 tingkah laku negatif semasa menyiapkan lembaran kerja yang diberikan pada
pemerhatian awal dan berkurangan kepada 1 tingkah laku positif pada pemerhatian akhir iaitu menyiapkan
tugasan tanpa bertanya kepada guru dan rakan.

M4 melakukan 4 tingkah laku negatif semasa meyiapkan lembaran kerja yang diberikan pada pemerhatian
awal dan berkurangan kepada 1 tingkah laku positif pada pemerhatian akhir iaitu menyiapkan tugasan
tanpa bertanya kepada guru dan rakan.

M5 melakukan 3 tingkah laku negatif semasa meyiapkan lembaran kerja yang diberikan pada pemerhatian
awal dan berkurangan kepada 1 tingkah laku positif pada pemerhatian akhir iaitu menyiapkan tugasan
tanpa bertanya kepada guru dan rakan.

Kesimpulan

Rumusan Dapatan
Berdasarkan kajian tindakan yang telah pengkaji jalankan terhadap peserta kajian, pengkaji mendapati
bahawa berlaku peningkatan pencapaian pada lembaran kerja akhir yang telah dijalankan berbanding
semasa lembaran kerja awal. Peningkatan dari segi menyebut huruf a, b, c, d dan e juga
meningkat pada pemerhatian akhir berbanding semasa pemerhatian awal dilaksanakan. Peningkatan
markah yang diperolehi ini menunjukkan bahawa tindakan dan intervensi yang telah pengkaji gunakan
dalam kajian ini berkesan dan dapat mencapai objektif kajian. Hasil analisis kesemua data menunjukkan
kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji telah dapat membantu peserta kajian mengecam huruf a, b, c,
d dan e.

Cadangan Penambahbaikan Amalan
1) Perisian Paint
Pengkaji ingin mencadangkan penggunaan Perisian Paint di samping penggunaan alat kajian yang
telah pengkaji gunakan bagi memantapkan pemahaman dan meningkatkan daya ingatan peserta
kajian terhadap penggunaan teknik warna semasa mengecam huruf. Selain dapat meningkat daya
ingatan peserta kajian dalam mengecam huruf, murid juga berasa seronok dan mengurangkan
kebosanan mereka terhadap bahan bantu belajar.

2) Aktiviti Berkumpulan
Pengkaji juga ingin mencadangkan agar guru-guru atau pengkaji lain melakukan aktiviti- aktiviti
yang telah dijalankan secara berkumpulan pada kajian akan datang. Kajian ini dilaksanakan oleh
peserta kajian secara kendiri. Sekiranya aktiviti- aktiviti tersebut dijalankan di dalam kumpulan
secara langsung akan membentuk interaksi antara peserta kajian dan mereka akan saling bantu-
membantu antara satu sama lain semasa tindakan sedang dilaksanakan.

Rujukan

98

Ai Hong Chen & Noor Suriani Mohamad (2002). Kekeliruan Mengecam Huruf B-D-P-Q Di Kalangan
Kanak- Kanak Prasekolah. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas.

Felicia Micheal (2012). Biskut Huruf Meningkatkan Prabacaan. Koleksi Artikel Penyelididikan Tindakan
PISMP Prasekolah amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL.

Muhammad Syafiq Saroni (2012). Saya Suka Kalau Dia Cantik. Diperoleh pada 12 Mac 2014
http://www.scribd.com/doc/167606244/k-tindakan-Seni-Dlm-Tingkah-Laku

Norma (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun 5
di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Swartz, M.l. (2005). Playdough: Whats standard about it?
www.journal.naeyc.org/about/permission.aspTee Tee Chua, Boh Boon Koh, (2009).

Wan Fatmawati (2012). Jom Mengecam ABC. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP KG(BM)
amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL.

Yasmin Hussain (2011). Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan
Khas. Diperoleh pada 12 Mac 2014.
http://istimewapendidikankhas.blogspot.com/2011_01_01_archive.html

Yusmira (2011). Meningkatkan Kemahiran Mengenal dan Mengecam Huruf Konsonan Melalui Huruf
Blok dalam Kalangan Murid Masalah Pembelajaran. Jabatan Pendidikan Khas, Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Zaini Khairudin (2012). Peningkatan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang Menggunakan Carta
Rumah Tiga Tingkat Murid Tahun 3. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu.
Zaridah (2009). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2 Pandai
Menggunakan Teknik Warna. Diperoleh pada 12 Mac 2014.
http://zaridahzuber.blogspot.com/2009_05_04_archive.html.

TABUNG SYILING EMAS

Shazana Binti Suhaimin
Noor Zamrina Binti Jusoh

Abstrak

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan bagi menangani masalah tingkah laku negatif dalam
kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran melalui penggunaan token
ekonomi. Kajian ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah di Daerah Bachok, Kelantan. Kajian ini
melibatkan 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran iaitu seramai 4 orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berusia
dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Kajian ini mengaplikasikan model reka bentuk Laidlaw
(1992). Instrumen bagi mengumpul data yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian.
Data pemerhatian tersebut direkodkan dalam bentuk jadual kekerapan tingkah laku negatif dan
senarai semak. Pemerhatian awal bagi meninjau kekerapan tingkah laku telah dijalankan
sebelum intervensi dilaksanakan. Setelah pemerhatian awal dibuat, intervensi menggunakan
pendekatan token ekonomi sebanyak tiga kali telah dijalankan. Semasa proses intervensi
99

dijalankan, pemberian dan penarikan token dilakukan bagi mengurangkan tingkah laku negatif
dan meningkatkan minat serta tumpuan peserta kajian dalam mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran. Hasil dapatan kajian selama 4 minggu telah membuktikan bahawa penggunaan
token ekonomi dapat membantu dalam mengurangkan tingkah laku negatif peserta kajian di
samping meningkatkan minat dan tumpuan mereka dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Saya mencadangkan agar pendekatan token ekonomi ini dapat digunakan dalam
kalangan murid pendidikan khas mahupun murid arus perdana secara menyeluruh agar tingkah
laku negatif dalam kalangan murid-murid tersebut dapat dikurangkan.

Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), tingkah laku boleh didefinisikan sebagai sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Terdapat
segelintir murid berkeperluan khas yang mengalami masalah tingkah laku sewaktu sesi pengajaran
dijalankan. Mereka mengalami masalah tingkah laku yang pelbagai seperti mengganggu rakan, hilang
tumpuan sewaktu belajar, kurang keyakinan diri dan banyak lagi masalah tingkah laku yang berlaku dalam
kalangan murid pendidikan khas. Menurut Levin dan Nolan (2004) tingkah laku bermasalah boleh
didefinisikan sebagai tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi
psikologi mahupun fizikal. Menurut Ragbir (2008) dalam Sheila (2006), tingkah laku bermasalah boleh
dikategorikan kepada dua bahagian iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku postif
merupakan perbuatan murid yang ingin tahu secara ekstrem, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif atau
hiperaktif. Bagi tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga kategori lagi iaitu tingkah laku distruktif,
tingkah laku distruptif dan tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif dipamerkan
dengan perbuatan secara sindiran atau fizikal. Tingkah laku distruptif pula dipamerkan dengan
mengganggu kelancaran perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Manakala bagi tingkah laku
bergantung melibatkan tingkah laku kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Menurut Sheila
(2006), murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa serta memerlukan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran berbanding murid biasa dan normal. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah tingkah laku
negatif dalam kalangan murid berkeperluan khas, pedekatan yang menarik seperti token ekonomi boleh
digunakan kerana mereka lebih tertarik dengan ganjaran dan akan terlatih untuk berkelakuan baik.


Fokus Kajian
Isu Kajian

Berdasarkan pengalaman pengkaji semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah
sekolah di Daerah Bachok, Kelantan, pengkaji mendapati bahawa hampir kesemua murid berkeperluan
khas di sana mempunyai masalah tingkah laku negatif yang boleh mengganggu kelancaran sesi pengajaran
dan pembelajaran. Mereka hanya mengawal tingkah laku mereka sekiranya penyelaras pendidikan khas
berada di dalam kelas kerana murid-murid tersebut takut dimarahi. Namun, mereka tidak menghiraukan
teguran atau denda yang diberikan oleh guru-guru lain. Masalah ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang
usaha bagi mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku negatif tersebut. Di samping itu juga, murid
mudah bosan dan tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan.

Tujuan Kajian

Kajian tindakan ini akan dilaksanakan bertujuan bagi membantu murid-murid pendidikan khas dalam
mendapatkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan efektif. Fokus saya pada kajian tindakan ini
adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif peserta kajian melalui penggunaan token
100

ekonomi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pendidikan Khas. Di samping itu juga,
penggunaan token ekonomi digunakan bagi meningkatkan minat dan tumpuan peserta kajian dalam
mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, di samping memberi peluang kepada mereka mendapatkan
iklim belajar yang lebih sihat.

Objektif Kajian
4. Mengurangkan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh peserta kajian melalui penggunaan token
ekonomi.
5. Meningkatkan minat dan tumpuan peserta kajian untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan token ekonomi

Soalan Kajian
4. Adakah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh peserta kajian dapat dikurangkan melalui
penggunaan token ekonomi?
5. Adakah minat dan tumpuan peserta kajian dapat ditingkatkan dengan menggunakan token
ekonomi?

Sorotan Literatur
Atiqa Nabila (2013) telah membuat kajian terhadap 3 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi
Masalah Pembelajaran yang berusia antara 11 hingga 12 tahun. Kajiannya berkaitan masalah tingkah laku
negatif yang dipamerkan oleh murid tersebut semasa semasa menjawab lembaran kerja. Kajian ini
mengaplikasikan penggunaan token. Melalui kajian ini, pengkaji tersebut mendapati bahawa terdapat
kadar penurunan dari sudut tingkah laku negatif dan berlaku peningkatan dari sudut kualiti dan kuantiti
soalan yang dijawab pada lembaran kerja. Keputusan kajian menunjukkan kaedah token ekonomi
berkesan dalam mengurangkan tingkah laku negatif dan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti jawapan
pada lembaran kerja murid-murid berkeperluan khas. Kajian ini berkait rapat dengan kajian saya iaitu
berkaitan keberkesanan penggunaan token ekonomi dalam mengurangkan tingkah laku negatif dalam
kalangan murid berkeperluan khas.
Siti Umairah (2013) pula telah membuat kajian terhadap seorang murid perempuan Program Pendidikan
Khas Integrasi Masalah Pembelajaran yang menghadapi masalah tingkah laku negatif. Melalui
pemerhatian, Siti Umairah mendapati bahawa responden sering menunjukkan sikap tidak berminat untuk
belajar, termenung, bermain-main pensel warna dan berjalan-jalan sekitar kelas. Melalui kajian, Siti
Umairah mendapati bahawa tingkah laku negatif berjaya dikurangkan melalui pendekatan Terapi Seni.
Selain itu juga, kemahiran Pendidikan Seni murid turut berjaya ditingkatkan melalui pelbagai teknik bagi
menarik perhatian subjek kajian. Kajian juga mendapati hubungan antara pengkaji tersebut dengan subjek
kajian menjadi bertambah baik. Hal ini dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan. Kajian ini berkait rapat dengan kajian saya iaitu berkaitan keberkesanan penggunaan
sesebuah pendekatan seperti token ekonomi yang sesuai dalam mengurangkan tingkah laku negatif dalam
kalangan murid berkeperluan khas.
Noor Hajeera (2013) turut melaksanakan kajian terhadap murid daripada Program Pendidikan Khas
Integrasi Masalah Pembelajaran. Kajiannya juga mengenai masalah tingkahlaku negatif murid tersebut
yang mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru terutamanya bagi
matapelajaran Matematik. Kajian ini melibatkan dua orang murid berkeperluan khas kategori autisme dan
disleksia yang berusia 11 dan 13 tahun. Nor Hajeera juga akan menggunakan pendekatan kaedah bermain
dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif yang dihadapi oleh subjek kajian dalam masa yang
sama ingin meningkatkan minat murid untuk belajar serta bersosial dengan rakan yang lain. Antara kaedah
bermain yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan permainan dart, belon bertuah, bowling dan
101

dam ular. Melalui kajiannya juga, Noor Hajeera mendapati bahawa penggunaan kaedah permainan berjaya
menangani tingkah laku negatif murid berdasarkan penurunan kekerapan tingkah laku negatif tersebut.
Kajian ini berkait rapat dengan kajian saya iaitu berkaitan keberkesanan penggunaan sesebuah pendekatan
yang sesuai seperti penggunaan token ekonomi dalam mengurangkan tingkah laku negatif di samping
meningkatkan motivasi untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid
berkeperluan khas.


Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Reka Bentuk Kajian

Sebagai panduan bagi saya menjalankan kajian ini nanti, saya memilih untuk melaksanakannya dengan
berpandukan daripada Model Reka Bentuk Laidlaw (1992).














Rajah 1 : Model Reka Bentuk Laidlaw (1992)




Pelaksanaan Tindakan
Fasa 1
Mengenal
Pasti Isu
Fasa 2
Merancang
Tindakan
Fasa 3
Perlaksanaan
Tindakan
Fasa 4
Mengumpul Dan
Menganalisis
Data
Fasa 5
Refleksi
102



Rajah 2 : Carta Alir Prosedur Pelaksanaan Tindakan


Pelaksanaan Intervensi

MINGGU PERKARA TINDAKAN
1 Tinjauan awal tingkah laku - 3 kali pemerhatian : kekerapan tingkah laku dan senarai
semak
2 Minggu Intervensi 1 - Pemberian atau penarikan token
- 3 kali pemerhatian : kekerapan tingkah laku dan senarai
semak
- Pengiraan token dan penebusan ganjaran
- Analisis minggu intervensi 1
3 Minggu Intervensi 2 - Pemberian atau penarikan token
- 3 kali pemerhatian : kekerapan tingkah laku dan senarai
semak
- Pengiraan token dan penebusan ganjaran
- Analisis minggu intervensi 2
4 Minggu Intervensi 3 - Pemberian atau penarikan token
- 3 kali pemerhatian : kekerapan tingkah laku dan senarai
semak
- Pengiraan token dan penebusan ganjaran
- Analisis minggu intervensi 3
- Membuat analisis keseluruhan kajian selama 4 minggu
Jadual 1 : Proses pelaksanaan intervensi sepanjang kajian




Dapatan Dan Refleksi
Kenal Pasti Tingkah Laku Sasaran
Tinjauan Awal : Kekerapan Tingkah Laku Sasaran
Pemilihan Token
Peraturan Bilik Darjah
Pemberian, Penarikan Token & Rekod Kekerapan Tingkah Laku
Ganjaran
Analisis Tingkah Laku
103


Analisis Objektif 1 : Mengurangkan tingkah laku negatif yang dilakukan oleh peserta kajian melalui
penggunaan token ekonomi.

PESERTA
KAJIAN
PEMERHATIAN
AWAL
INTERVENSI 1 INTERVENSI 2 INTERVENSI 3
Murid A 14 11 10 7
Murid B 14 13 11 6
Murid C 15 13 8 6
Murid D 15 15 9 4
Murid E 16 14 10 5
Jadual 2 : Analisis kekerapan tingkah laku negatif



Rajah 3 : Analisis Keseluruhan Tingkah Laku Negatif

Pemerhatian telah dijalankan ke atas kelima-lima peserta kajian sepanjang intervensi dilaksanakan. Setiap
sesi pemerhatian mengambil masa selama sejam dan telah dijalankan sebanyak 3 kali seminggu dalam
Pemerhatian Awal bagi memerhatikan tingkah laku negatif peserta kajian sebelum intervensi
dilaksanakan. Perkara yang sama juga dilakukan bagi Intervensi 1, Intervensi 2 dan Intervensi 3. Data
pemerhatian yang dijalankan direkodkan dalam bentuk jadual kekerapan tingkah laku.

Melalui dapatan hasil kajian yang dijalankan seperti dalam Jadual 2 dan Rajah 3, jelas menunjukkan
bahawa terdapat penurunan kekerapan tingkah laku negatif yang diamalkan oleh setiap peserta kajian.
Melalui pemerhatian yang dijalankan, kekerapan tingkah laku negatif peserta kajian telah direkodkan
dalam jadual kekerapan tingkah laku negatif. Murid A dan Murid B masing-masing menurun daripada 14
kekerapan kepada 6 kekerapan sahaja. Murid C menurun daripada 15 kekerapan kepada 6 kekerapan dan
Murid D menurun daripada 15 kekerapan kepada 4 kekerapan sahaja. Manakala Murid E pula menurun
daripada 16 kekerapan kepada 5 kekerapan.

0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E
K
e
k
e
r
a
p
a
n

Analisis Kekerapan Tingkah Laku Negatif
Pemerhatian Awal
Intervensi 1
Intervensi 2
Intervensi 3
104

Analisis Objektif 2 : Meningkatkan minat dan tumpuan peserta kajian untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan token ekonomi

PESERTA
KAJIAN
PEMERHATIAN
AWAL
INTERVENSI 1 INTERVENSI 2 INTERVENSI 3
Murid A 1 2 5 7
Murid B 2 4 6 7
Murid C 2 3 7 7
Murid D 1 1 4 6
Murid E 1 3 5 6
Jadual 3 : Analisis Keseluruhan Minat dan Tumpuan Peserta Kajian



Rajah 4 : Analisis Minat dan Tumpuan Peserta Kajian

Pemerhatian telah dijalankan ke atas kelima-lima peserta kajian sepanjang intervensi dilaksanakan. Setiap
sesi pemerhatian mengambil masa selama sejam dan telah dijalankan sebanyak 3 kali seminggu dalam
Pemerhatian Awal bagi mengenalpasti tahap minat dan tumpuan peserta kajian terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran yang sedang berlangsung sebelum intervensi dilaksanakan. Perkara yang sama juga
dilakukan bagi Intervensi 1, Intervensi 2 dan Intervensi 3. Data pemerhatian yang dijalankan direkodkan
dalam bentuk senarai semak.

Melalui dapatan hasil kajian yang dijalankan seperti dalam Jadual 3 dan Rajah 4, jelas menunjukkan
bahawa terdapat peningkatan dalam tahap minat dan tumpuan setiap peserta kajian. Terdapat 7 item yang
dinilai bagi mengenal pasti tahap minat dan tumpuan peserta kajian. Murid A meningkat daripada 1
kekerapan kepada 7 kekerapan. Murid B meningkat daripada 2 kekerapan kepada 7 kekerapan. Murid C
meningkat daripada 2 kekerapan kepada 7 kekerapan. Manakala Murid D dan Murid E masing-masing
meningkat daripada 1 kekerapan kepada 6 kekerapan.



0
1
2
3
4
5
6
7
8
Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E
Analisis Senarai Semak
Pemerhatian Awal
Intervensi 1
Intervensi 2
Intervensi 3
105

Kesimpulan
Rumusan Dapatan

Berdasarkan kajian tindakan selama 4 minggu yang telah dijalankan oleh pengkaji ke atas lima orang
peserta kajian, jelas menunjukkan bahawa tingkah laku negatif yang sering diamalkan oleh peserta kajian
telah berjaya dikurangkan dengan menggunakan pendekatan token ekonomi. Minat dan tumpuan murid
dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat apabila saya menggunakan
penggunaan token ekonomi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya bersetuju dengan Sheila (2006)
yang menyatakan bahawa murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa serta memerlukan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbanding murid biasa dan normal. Oleh itu, bagi
mengurangkan masalah tingkah laku negatif dalam kalangan murid berkeperluan khas, pedekatan yang
menarik seperti token ekonomi boleh digunakan kerana mereka lebih tertarik dengan ganjaran dan akan
terlatih untuk berkelakuan baik.

Cadangan Penambahbaikan Amalan

4. Meluaskan lagi penggunaan token ekonomi dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar
waktu pengajaran dan pembelajaran.
5. Menggunakan token ekonomi kepada semua murid-murid secara menyeluruh dalam mengawal
tingkah laku bermasalah yang diamalkan murid-murid.
6. Menggunakan ganjaran penebusan token yang lebih pelbagai dan mengikut minat dan kesukaan
murid.

Cadangan Kajian Lanjutan

3. Tempoh masa kajian yang lebih panjang.
4. Guru perlu mengaplikasikan pendekatan token ekonomi dengan lebih lama sehingga tingkah laku
negatif dapat dihapuskan dan tingkah laku positif terus dikukuhkan.
5. Mengurangkan kebergantungan murid terhadap token ekonomi melalui pelbagai cara setelah
tingkah laku negatif dapat dikurangkan.

Rujukan
Atiqa Nabila (2013). Token Ekonomi. Buku Koleksi Prosiding Kajian Tindakan IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka Tahun 2013, ms105-122.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Tingkah Laku. Diakses pada 23 ogos 2014 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tingkah+laku

Levin, J. dan Nolan, J. F. (2004). Principles of Classroom Management : A Professional Decision-making
Model. Boston, MA : Pearson Education, Inc.

Noor Hajeera Binti Che Mee. (2013). Menangani Masalah Tingkah Laku Negatif Murid Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Melalui Kaedah Permainan. Buku Koleksi Prosiding
Kajian Tindakan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Tahun 2013, ms. 57 - 73.

Sheila Devaraj, Samsilah Roslan. (2006). Apa Itu Disleksia?. Batu Caves : PTS Professional Sdn. Bhd.

Siti Umairah Binti Othman. (2013). Ekspresi Karya Nani : Terapi Seni Dalam Mengawal Tingkah Laku
Kanak-Kanak Sindrom Down. Buku Koleksi Prosiding Kajian Tindakan IPG Kampus Perempuan
Melayu Melaka Tahun 2013, ms. 238 - 250.

106

MENINGKATKAN PSIKOMOTOR MURID PALSI SEREBRUM
DENGAN KAEDAH TERAPI FISIO

MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHAMAD ARIFIN
PUAN FARAH DILLA BINTI RAMLI

Abstrak

Kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa ataupun sederhana
dari segi mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkah laku sosial ataupun
emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan. Kajian ini merupakan kajian
tindakan terhadap peserta kajian dari kategori Palsi Serebrum yang mengalami masalah
berdiri dengan stabil dan berjalan perlahan. Intervensi yang dilaksanakan ialah
berkonsepkan Terapi Fisio. Intervensi yang dilaksanakan ialah mengurut, senaman
memanaskan badan, berjalan di dalam gelung dan mengalih objek antara dua tempat.
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah pemerhatian, senarai semak dan
rakaman video. Setelah intervensi keempat dilaksanakan, peserta kajian mampu
mengurangkan tingkah laku memegang kerusi daripada 19 kali kepada 4 kali semasa
berdiri stabil dalam jangka masa 10 minit. Peserta kajian telah mengurangkan masa
untuk berjalan daripada 8 minit kepada 4 minit 38 saat dalam jarak 20 meter. Ini terbukti
bahawa intervensi keempat yang merupakan aktiviti Terapi Fisio iaitu mengalihkan objek
antara dua tempat mampu untuk mengatasi masalah peserta kajian untuk berdiri stabil
dan berjalan perlahan.

Pengenalan

Kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak biasa ataupun sederhana dari segi mental,
keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi
dan pelbagai kekurangan. Definisi Pendidikan Khas ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah,
teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak-kanak berkeperluan
khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dari aspek keupayaan
mental, keupayaan system deria termasuklah system saraf atau otot, dari aspek fizikal, aspek tingkah laku
social, aspek emosi, aspek komunikasi dan pelbagai kelemahan lain sehinggakan mereka memerlukan
amalan-amalan di sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya mereka boleh
berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Pendidikan khas juga satu program yang dirancang
khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan muri-murid khas. Palsi Serebrum yang dipanggil Cerebral
Palsy (CP) dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana
bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan
seseorang mengalami kerosakan. Terapi Fisio yang diubahsuai diamalkan dalam pendidikan khas bagi
membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor
halus untuk pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, melempar bola
dan sebagainya. Terapi fisio ini boleh juga didefinisikan sebagai satu rawatan atas ketidakupayaan kepada
sesorang individu dengan egen-egen fizikal dan kaedah seperti mengurut, manipulasi alatan, latihan
teraputik, ransangan penyejukan dan pemanasan, terapi hidro, dan ransangan menggunakan elektrik dan
cahaya.




107

Fokus Kajian

Isu Kajian

Pengalaman praktikum di dua buah sekolah ini membuka mata pengkaji untuk melihat permasalahan yang
dialami oleh murid berkeperluan khas. Pengkaji telah mengenalpasti seorang peserta kajian Pendidikan
Khas yang mengalami ketidakupayaan fizikal yang menyekat perkembangan motor terutamanya
kemahiran motor kasar. Peserta kajian mengalami masalah dalam gerakan motor disebabkan
perkembangan koordinasi motor yang lambat. Peserta kajian mengalami kesukaran untuk melakukan
aktiviti seperti berdiri secara stabil, berjalan dengan betul dan peserta kajian juga berjalan sangat perlahan.
Masalah motor kasar yang dialami oleh peserta kajian menghalang dirinya daripada melakukan
pergerakan lokomotor dengan baik tidak seperti rakan-rakannya yang lain. Sebagai seorang guru yang
mengajarnya, pengkaji dapat melihat peserta kajian untuk bermain bersama rakan yang lain namun
ketidakupayaan yang dialami ini menghalangnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran
yang dirancang oleh pengkaji. Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian sangat jelas dapat dilihat ketika
waktu rehat bermula. Sepatutnya rehat bermula pada jam 9.40 pagi dan tamat pada jam 10.10 pagi.
Disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, kesemua murid Pendidikan Khas mula rehat
pada jam 9.30 pagi dan tamat seperti biasa. Ini kerana peserta kajian mengambil masa purata 20 minit
untuk berjalan ke kantin yang jaraknya dalam lingkungan 80 meter daripada kelas Pendidikan Khas.
Dengan berpandukan masalah ini, pengkaji ingin melaksanakan kajian terhadapnya supaya peserta kajian
dapat berdiri dengan stabil dan berjalan dengan laju tanpa bergantung harap kepada orang lain. Pengkaji
memfokuskan kajian ini kepada kemahiran motor kasar melalui aktiviti berjalan kerana aktiviti berjalan
merupakan asas kepada perkembangan motor kasar yang lain. Kemahiran ini perlu ditekankan terlebih
dahulu sebelum peserta kajian didedahkan dengan kemahiran motor kasar yang lain. Apabila kemahiran
ini sudah diperoleh barulah kemahiran motor kasar yang lain ditingkatkan secara berperingkat bersesuaian
dengan keperluan dan keupayaan peserta kajian.

Tujuan Kajian

Kajian ini telah memfokuskan untuk membantu peserta kajian supaya boleh berdiri dengan stabil selama
mungkin dan berjalan ke kantin kurang daripada 20 minit yang pada kebiasaannya. Dengan menggunakan
kaedah Terapi Fisio yang dibantu oleh guru perempuan dan pembantu pengurusan murid, pengkaji akan
melaksanakan langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut.

Objektif Kajian

i. Mengurangkan kekerapan tingkah laku memegang kerusi semasa berdiri secara stabil selama 10
minit kurang daripada 5 kali.
ii. Mengurangkan jangka masa untuk berjalan dalam jarak 20 meter kurang daripada purata 5 minit.

Soalan Kajian

1) Adakah peserta kajian mampu untuk mengurangkan kekerapan tingkah laku memegang kerusi
semasa berdiri secara stabil selama 10 minit kurang daripada 5 kali?
2) Adakah peserta kajian mampu untuk mengurangkan masa berjalan sepanjang 20 meter kurang
daripada jangka masa purata 5 minit?





108


Sorotan Literatur

Berdasarkan kajian Muhd Zulhri Bin Mat Rani (2012) yang mana kajiannya bertajuk Meningkatkan
Kemahiran Motor Kasar (Berlari) Murid Cerebral Palsy Menggunakan Kaedah Stesen, kajian yang
dilaksanakan dengan menggunakan aktiviti Pendidikan Jasmani untuk meningkatkan kemahiran motor
kasar iaitu berlari. Kajian ini dilaksanakan dengan dua orang peserta kajian yang mempunyai masalah
Palsi Serebrum. Data dikumpul melalui ujian pra dan pos serta pemerhatian. Pemerhatian dan keputusan
yang diperoleh adalah lemah iaitu di bawah 39% sebelum intervensi dilaksanakan. Intervensi yang
dilaksanakan merupakan kaedah stesen yang diaplikasi daripada kaedah stesen pembelajaran yang
dilaksanakan dalam pembelajaran Pendidikan Khas. Setelah intervensi dilaksanakan, skor pemerhatian
dan ujian pra dan pos menunjukkan peningkatan bagi kedua-dua murid. Keputusan kajian menunjukkan
kaedah stesen yang digunakan berkesan dalam meningkatkan aktiviti berlari.
Berdasarkan Kajian Mohd Amir Hafiz Bin Ghani (2013) yang bertajuk Meningkatkan Pergerakan
Lakuan Motor Kasar Daya Tahan Otot Kaki Dengan Kaedah Latihan Lompatan Kotak Pelbagai
Ketinggian Inovasi, kajian yang dijalankan merupakan suatu kajian berbentuk eksperimental. Dalam
kajian ini, peserta kajian dikehendaki melakukan satu program latihan lompatan kotak pelbagai ketinggian
inovasi (box drills) selama 4 minggu dengan kekerapan latihan empat kali seminggu. Objektif utama
kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur keberkesanan latihan lompatan kotak pelbagai ketinggian
inovasi (box drills) dalam meningkatkan daya tahan otot kaki peserta kajian. Satu pengujian, iaitu ujian
lompatan lutut separuh bengkok akan dijalankan ke atas peserta kajian sebelum dan selepas latihan
lompatan kotak pelbagai inovasi diberikan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
skor markah yang dicapai oleh peserta kajian dalam ujian lompatan lutut separuh bengkok sebelum dan
selepas menjalani program latihan lompatan kotak pelbagai ketinggian yang menggunakan kaedah ansur
maju. Ini menunjukkan terdapat peningkatan tahap daya tahan otot peserta kajian dalam meningkatkan
pergerakan lokomotor peserta kajian seperti melompat menggunakan sebelah kaki selepas menjalani
latihan selama empat minggu. Min skor bagi ujian lompat lutut separuh bengkok telah meningkat dari 43.3
kepada 65.2 ulangan dan kadar peningkatan adalah sebanyak 20.1% setelah ujian pos dijalankan.

Perancangan Dan Pelaksanaan







RAJAH 1: Kemmis dan McTaggart (1988)
MEREFLEK
Muhasabah/mereflek
bagi melihat kekuatan
dan kelemahan P&P
sendiri
MEMERHATI
Mengumpul dan
menganalisis data bagi
menilai keberkesanan
tindakan BERTINDAK
Melaksana tindakan bagi
mengatasi masalah yang
menjadi fokus
MERANCANG
Merancang tindakan
intervensi bagi mengatasi
masalah yang dihadapi
atau fokus
GELUNG 1
GELUNG 2
109

Kajian tindakan yang pengkaji akan laksanakan ialah berdasarkan kepada Model Reka Bentuk Kajian oleh
Stephen Kemmis (1983) dan McTaggart(1988). Pengkaji melaksanakan intervensi berdasarkan model ini
adalah seperti berikut :
Gelung 1 : Urutan
Pada gelung pertama ini, pengkaji akan meminta bantuan guru perempuan dan pembantu pengurusan
murid untuk mengurut otot-otot dan sendi-sendi peserta kajian selama 15 minit setiap sesi. Sesi urutan
akan dilaksanakan selama dua kali dalam satu hari iaitu pada waktu pagi dan juga selepas rehat. Intervensi
ini akan dilaksanakan setiap hari pada minggu pertama. Ujian akan dilaksanakan pada hari terakhir
persekolahan. Intrumen pengumpulan data yang digunakan dalam ujian yang dilaksanakan ialah
pemerhatian, senarai semak dan juga rakaman video.
Gelung 2 : Senaman Regangan Badan
Pada gelung kedua ini, pengkaji akan meminta peserta kajian melakukan senaman regangan badan yang
digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Semasa melaksanakan intervensi ini, peserta kajian
akan turut serta semasa aktiviti memanaskan badan. Pengkaji telah memfokuskan bahagian anggota bawah
badan iaitu dari bahagian pinggang hingga kaki. Jika peserta kajian berasa sakit ataupun letih, peserta
kajian akan berehat seketika di atas kerusi yang telah disediakan. Intervensi in dilaksanakan selama satu
sesi pada setiap hari pada minggu kedua. Setelah intervensi ini selesai dilaksanakan, ujian akan
dilaksanakan pada hari terakhir. Intrumen yang digunakan dalam ujian ini ialah pemerhatian, senarai
semak dan rakaman video.
Gelung 3 : Berjalan Melangkah Gelung
Pada gelung ketiga ini, peserta kajian akan berjalan melangkah gelung rotan yang telah disusun. Sebanyak
lima gelung rotan besar telah disusun dalam garisan yang lurus. Peserta kajian diminta berjalan melangkah
gelung rotan dan berjalan ulang alik sebanyak tiga kali. Intervensi ini dilaksanakan bagi menguatkan daya
tahan otot kaki peserta kajian. Intervensi ini dilaksanakan selama dua sesi setiap hari pada minggu ketiga.
Pada hari terakhir minggu ketiga, ujian akan dilaksanakan. Intrumen yang digunakan untuk mengumpul
data dalam ujian ini ialah pemerhatian, senarai semak dan juga rakaman video.
Gelung 4 : Mengalihkan Objek Dari Tempat A Ke Tempat B
Pada gelung keempat ini, pengkaji akan meminta peserta kajian berjalan mengambil objek di dalam
gelung A dan masukkan ke dalam gelung B. Jarak antara gelung A dengan gelung B ialah 10 meter.
Langkah ini dilaksanakan supaya peserta kajian dapat melatih otot dan sendi kaki untuk bergerak dengan
lebih aktif. Intervensi ini akan dilaksanakan selama dua sesi setiap hari pada minggu keempat. Ujian akan
dilakansakan pada hari terakhir minggu keempat. Intrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam
ujian ini ialah pemerhatian, senarai semak dan rakaman video.

Dapatan Dan Refleksi

Analisis Objektif 1: Mengurangkan kekerapan tingkah laku memegang kerusi semasa berdiri secara
stabil dalam jangka masa 10 minit kurang daripada 5 kali.

Intervensi Pertama

Saya telah melaksanakan intervensi pertama pada minggu pertama kajian dilaksanakan. Intervensi
pertama ini merupakan aktiviti terapi fisio untuk mengurut peserta kajian. Aktiviti ini dilaksanakan dua
sesi pada setiap hari persekolahan. Data yang telah dikumpul dengan menggunakan borang senarai semak
yang dilaksanakan secara pemerhatian. Data yang diambil pada minggu pertama ialah seperti berikut :
110


Tingkah Laku
Murid
Kekerapan memegang kerusi semasa berdiri statik
dalam jangka masa 10 minit.
Peserta Kajian 15

Jadual 1
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya laksanakan setelah intervensi pertama ini, saya dapati bahawa
objektif pertama iaitu untuk mengurangkan kekerapan peserta kajian memegang kerusi semasa berdiri
stabil tidak tercapai. Menurut pemerhatian saya juga, didapati peserta kajian tidak suka dengan intervensi
pertama kerana kemerosotan dari segi rekod kehadiran peserta kajian ke sekolah. Setelah hari kedua saya
melaksanakan intervensi pertama ini, peserta kajian tidak hadir ke sekolah dalam masa dua hari berturut-
turut iaitu hari Selasa dan juga Rabu. Setelah saya menemu bual ayah peserta kajian, didapati peserta
kajian merengek kesakitan disebabkan oleh aktiviti yang dilaksanakan. Berdasarkan data yang dikumpul,
terbuktilah bahawa intervensi pertama tidak sesuai dilaksanakan kerana objektif pertama tidak dapat
dicapai dan juga telah mengundang kesakitan kepada peserta kajian. Intervensi kedua harus dirancang dan
dilaksanakan.
Intervensi Kedua
Intervensi kedua dilaksanakan setelah intervensi pertama tidak berjaya. Intervensi kedua dilaksanakan
dengan menggunakan aktiviti memanaskan badan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Intervensi
ini dilaksanakan selama satu sesi pada setiap hari dan dilaksanakan pada minggu yang kedua. Data yang
dikumpul setelah intervensi ini dilaksanakan ialah dengan menggunakan senarai semak sama seperti yang
digunakan dalam intervensi pertama. Data dikumpul merupakan seperti berikut:
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan memegang kerusi semasa berdiri statik
dalam jangka masa 10 minit.
Peserta Kajian 19

Jadual 2
Menurut pemerhatian saya, berdasarkan data yang dikumpul dengan menggunakan senarai semak dalam
Jadual 2 di atas, objektif pertama tidak tercapai. Ini kerana kekerapan tingkah laku peserta kajian lebih
kerap berbanding objektif yang ingin dicapai iaitu kurang daripada 5 kali. Data ini telah disokong dengan
kekerapan sesi intervensi dilaksanakan. Intervensi ini tidak berjaya kerana kekerapan sesi yang
dilaksanakan hanya sekali setiap hari selama 10 minit. Selama 10 minit tersebut, aktiviti memanaskan
badan ini tidak dapat membantu peserta kajian mengurangkan tingkah laku kekerapan memegang kerusi
kerana tidak dapat memberi impak yang besar kepada peserta kajian untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Oleh itu, intervensi ketiga harus dirancang dan dilaksanakan.
Intervensi Ketiga
Intervensi ketiga telah dilaksanakan setelah intervensi pertama dan kedua tidak berjaya dilaksanakan.
Intervensi ketiga merupakan aktiviti berkonsepkan kemahiran berjalan mengikut halangan yang diberikan.
Dalam konteks intervensi yang telah saya rancangkan, peserta kajian diminta berjalan melangkah gelung
rotan yang disediakan secara ulang alik selama tiga kali. Lima gelung rotan disediakan dan peserta kajian
diminta berjalan mengikut gelung rotan tersebut selama tiga kali secara ulang alik. Intervensi ini
dilaksanakan selama dua sesi setiap hari selama seminggu dan dilaksanakan pada minggu ketiga. Data
111

yang dikumpul hasil daripada pemerhatian dengan menggunakan senarai semak sama seperti yang
digunakan semasa intervensi pertama dan kedua. Data yang dikumpul merupakan seperti berikut :
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan memegang kerusi semasa berdiri statik
dalam jangka masa 10 minit.
Peserta Kajian 8

Jadual 3

Berdasarkan Jadual 3 diatas, jelas menunjukkan bahawa objektif pertama tidak tercapai. Ini kerana
kekerapan peserta kajian memegang kerusi masih lagi tinggi berbanding objektif yang telah ditetapkan.
Walaupun kekerapan 8 kali tersebut telah menurun dan boleh dikatakan rendah, akan tetapi masih lagi
belum mencapai objektif. Mungkin intervensi ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap ataupun dalam
jangka masa yang lama. Dengan ini, saya perlu melaksanakan intervensi yang baru untuk meneruskan
kajian supaya objektif pertama dapat dicapai.
Intervensi Keempat
Intervensi keempat telah dilaksanakan setelah intervensi ketiga tidak berjaya dilaksanakan. Intervensi
keempat merupakan aktiviti berkonsepkan main iaitu mengalih objek daripada dua tempat dalam jarak 10
meter. Intervensi ini telah dirancang dengan mengambil kira konsep ansur maju dan juga proses untuk
menarik perhatian peserta kajian supaya lebih seronok melaksanakan intervensi. Intervensi ini
dilaksanakan selama dua sesi setiap hari dan telah dilaksanakan selama seminggu pada minggu keempat
iaitu minggu yang terakhir. Data yang dikumpul masih lagi sama seperti intervensi sebelum ini iaitu
menggunakan pemerhatian dan juga senarai semak. Data yang dikumpul seperti berikut :
Tingkah Laku
Murid
Kekerapan memegang kerusi semasa berdiri statik
dalam jangka masa 10 minit.
Peserta Kajian 4

Jadual 4

Berdasarkan data yang telah dikumpul dalam Jadual 4 diatas, objektif pertama telah tercapai. Data yang
dikumpul menunjukkan bahawa kekerapan tingkah laku peserta kajian memegang kerusi selama 10 minit
apabila berdiri secara statik telah berkurang bawah daripada objektif yang ditetapkan. Dengan aktiviti
yang dirancang dan kekerapan aktiviti dilaksanakan, sedikit sebanyak telah memberi impak kepada
peserta kajian dan objektif telah tercapai.
Jadual Senarai Semak
Data yang telah dikumpul daripada keempat-empat intervensi telah saya kemukakan dalam bentuk jadual
bersama supaya dapat melihat kejayaan peserta kajian dalam mencapai objektif pertama yang telah
ditetapkan. Jadual ini menunjukkan keempat-empat data yang telah dikumpul selama empat minggu
berdasarkan empat intervensi. Data yang telah dikumpul adalah seperti berikut :


112

Tingkah Laku
Murid
Kekerapan memegang kerusi semasa berdiri statik
dalam jangka masa 10 minit mengikut minggu.
M1 M2 M3 M4
Peserta Kajian 15 19 8 4

Jadual 5

Menurut pemerhatian yang boleh dilihat berdasarkan data yang dikumpul, peserta kajian telah
menunjukkan kemajuan mengikut intervensi yang dilaksankan. Berdasarkan intervensi pertama, objektif
pertama tidak dapat dicapai kerana kekerapan tingkah laku peserta kajian memegang kerusi semasa berdiri
statik dalam jangka masa 10 minit telah dikira iaitu sebanyak 15 kali. Kekerapan tingkah laku tersebut
telah meningkat menjadi 19 kali setelah intervensi kedua dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa
intervensi tersebut tidak sesuai dilaksanakan. Kemudian, setelah intervensi ketiga dilaksanakan, kekerapan
tingkah laku peserta kajian menurun kembali menjadi 8 kali. Walaupun tidak mencapai objektif, namun
intervensi ini boleh dilaksanakan sebagai permulaan untuk mengatasi masalah peserta kajian dan
dilaksanakan pada jangka masa yang lama. Seterusnya, dengan perlaksanaan intervensi yang keempat,
objektif pertama telah tercapai apabila kekerapan tingkah laku peserta kajian memegang kerusi hanya
sebanyak 4 kali sepanjang 10 minit tersebut semasa berdiri statik.
Graf
Data yang dikumpul berdasarkan Jadual 5 di atas, telah diterjemahkan dalam bentuk graf garisan. Graf
garisan ini digunakan supaya dapat melihat dengan jelas keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan.
Data yang dikumpul telah diterjemah dalam bentuk graf garisan seperti berikut :

Graf 1

Berdasarkan Graf 1 di atas, jelas menunjukkan bahawa tingkah laku peserta kajian berubah-ubah
mengikut intervensi yang dilaksanakan. Intervensi pertama yang dilaksanakan iaitu aktiviti mengurut,
telah menunjukkan kekerapan tingkah laku tersebut masih lagi tinggi. Setelah dilaksanakan intervensi
kedua, kekerapan tingkah laku peserta kajian semakin meningkat. Ini kerana, kesan intervensi kepada
peserta kajian sangat kurang berbanding intervensi pertama. Boleh dikatakan intervensi ini tidak
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
KEKERAPAN TI NGKAH LAKU PESERTA KAJI AN MEMEGANG KERUSI
DALAM JANGKA MASA 10 MI NI T SEMASA BERDI RI SECARA STATI K
113

seharusnya dilaksanakan. Peserta kajian juga tidak menyukai aktiviti yang dilaksanakan semasa intervensi.
Seterusnya graf menunjukkan kekerapan tingkah laku peserta kajian semakin menurun menjadi 8 kali. Ini
menunjukkan peserta kajian telah menuju ke arah mencapai objektif. Walaupun inervensi ini tidak
berjaya, tetapi peserta kajian menyukai dengan intervensi yang dilaksanakan. Akhir sekali menunjukkan
graf semakin menurun. Kekerapan tingkah laku peserta kajian menurun kepada 4 kali. Ini bermakna,
objektif pertama telah tercapai.
Secara kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa, intervensi keempat telah berjaya dilaksanakan dengan
mencapai objektif yang ditetapkan. Dengan melihat dan menganalisis rekod kehadiran peserta kajian ke
sekolah, semasa minggu ketiga dan keempat telah menunjukkan bahawa peserta kajian telah hadir ke
sekolah setiap hari selama seminggu. Ini jelas menunjukkan bahawa intervensi berkonsepkan pergerakan
dan permainan sangat disukai oleh peserta kajian. Intervensi tersebut juga tidak akan memberi kesakitan
kepada peserta kajian. Berbanding dengan intervensi ketiga, intervensi keempat merupakan intervensi
yang paling sesuai dilaksanakan.
Analisis Objektif 2: Mengurangkan masa peserta kajian berjalan dalam jarak 20 meter kurang daripada 5
minit.
Intervensi Pertama
Intervensi pertama merupakan aktiviti terapi fisio. Intervensi ini merupakan aktiviti mengurut. Aktiviti ini
dilaksanakan pada dua sesi pada setiap hari pada minggu pertama. Intervensi ini dilaksanakan dengan
bantuan guru dan pembantu perempuan. Ini kerana peserta kajian tidak selesa diurut oleh saya ataupun
guru lelaki yang lain. Setelah intervensi ini dilaksanakan, saya menggunakan pemerhatian bersama senarai
semak untuk mengumpul maklumat. Data ini telah saya buktikan kesahihan dengan rakaman video yang
dirakam semasa proses ujian dilaksanakan. Data yang dikumpul ialah seperti berikut :
Tingkah Laku
Murid
Masa yang diambil oleh peserta kajian untuk
berjalan dalam jarak 20 meter.
Peserta Kajian 7 minit 26 saat

Jadual 6

Pemerhatian yang boleh dibuat berdasarkan data yang dikumpul dalam Jadual 6 di atas ialah peserta kajian
dapat berjalan dengan masa 7 minit 26 saat dalam jarak 20 meter. Semasa intervensi ini dilaksanakan,
peserta kajian tidak hadir ke sekolah selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Selasa dan Rabu.
Menurut ibu bapanya, peserta kajian tidak suka dengan intervensi yang dilaksanakan kerana
mengakibatkan badannya berasa sakit. Oleh itu, intervensi ini bukan sahaja tidak mencapai objektif yang
ditetapkan, juga tidak sesuai dilaksanakan kerana peserta kajian berasa tidak selesa dan menyebabkannya
sakit-sakit badan. Oleh itu, intervensi yang lain perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif ini.
Intervensi Kedua.
Intervensi kedua merupakan aktiviti berbentuk terapi fisio. Intervensi kedua merupakan aktiviti
memansakan badan yang digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Intervensi ini
dilaksanakan selama satu sesi setiap hari pada minggu kedua. Data telah dikumpul menggunakan
intrumen pemerhatian dan senarai semak berpandukan rakaman video semasa ujian dilaksanakan. Data
yang dikumpul ialah seperti berikut :

114

Tingkah Laku
Murid
Masa yang diambil oleh peserta kajian untuk
berjalan dalam jarak 20 meter.
Peserta Kajian 6 minit 57 saat

Jadual 7

Pemerhatian yang boleh dilaksanakan berdasarkan data dalam Jadual 7 di atas ialah peserta kajian dapat
berjalan selama 6 minit 57 saat dalam jarak 20 meter. Semasa intervensi ini dilaksanakan, peserta kajian
tidak boleh melaksanakan secara seratus peratus kerana peserta kajian tidak dapat berdiri secara statik.
Peserta kajian senang jatuh semasa melaksanakan intervensi ini. Kerusi terpaksa digunakan semasa
intervensi ini dilaksanakan supaya peserta kajian boleh melakukannya dalam keadaan yang selesa. Kesan
intervensi ini kepada peserta kajian tidak begitu ketara kerana peserta kajian tidak suka melakukan
intervensi ini. Intervensi yang dilaksanakan tidak mampu mencapai objektif. Oleh itu, intervensi
seterusnya harus dilaksanakan supaya objektif mampu dicapai di samping membantu memberi kesan yang
optimum kepada peserta kajian.
Intervensi Ketiga
Intervensi ketiga merupakan aktiviti terapi fisio berkonsepkan ansur maju. Intervensi yang dilaksanakan
merupakan aktiviti berjalan di dalam 5 gelung rotan yang disediakan. Intervensi ini dilaksanakan selama
dua sesi setiap hari pada minggu ketiga. Data yang dikumpul semasa ujian menguji masa dilaksanakan
ialah dengan menggunakan pemerhatian dan senarai semak bersama rakaman video. Data yang dikumpul
dalam ujian masa tersebut ialah seperti berikut :
Tingkah Laku
Murid
Masa yang diambil oleh peserta kajian untuk
berjalan dalam jarak 20 meter.
Peserta Kajian 5 minit 25 saat

Jadual 8

Pemerhatian yang boleh dinyatakan berdasarkan Jadual 8 ini ialah peserta kajian berjalan dalam jangka
masa 5 minit 25 saat dalam jarak 20 meter. Semasa intervensi ini dilaksanakan, peserta kajian kelihatan
gembira. Ini kerana intervensi yang dilaksanakan berkonsepkan pergerakan. Pada minggu ini, kehadiran
peserta kajian ke sekolah penuh kerana suka melaksanakan intervensi. Intervensi ini boleh dianggap
berjaya jika intervensi ini kerap kali dilakukan ataupun dalam jangka masa yang lama. Bagaimanapun,
intervensi ini masih tidak mampu mencapai objektif yang ditetapkan iaitu kurang daripada 5 minit. Oleh
itu, intervensi yang lain harus dilaksanakan.
Intervensi Keempat
Intervensi keempat merupakan aktiviti terapi fisio berkonsepkan pergerakan. Intervensi ini merupakan
aktiviti berulang alik mengalih objek dari tempat A ke tempat B. Intervensi ini dilaksanakan selama dua
sesi setiap hari pada minggu keempat. Data yang dikumpul semasa ujian masa yang dilaksanakan ialah
dengan menggunakan intrumen pemerhatian dan senarai semak berpandukan rakaman video. Data yang
dikumpul berdasarkan ujian ini ialah seperti berikut :


115

Tingkah Laku
Murid
Masa yang diambil oleh peserta kajian untuk
berjalan dalam jarak 20 meter.
Peserta Kajian 4 minit 38 saat

Jadual 9

Pemerhatian yang boleh dinyatakan berdasarkan data dalam Jadual 9 di atas ialah peserta kajian berjalan
selama 4 minit 38 saat dalam jarak 20 meter. Semasa intervensi ini dilaksanakan, peserta kajian memberi
reaksi dan kesan yang positif kerana peserta kajian suka melaksanakannya. Pada minggu ini, kehadiran
peserta kajian ke sekolah penuh. Oleh itu, intervensi yang dilaksanakan ini mampu membantu peserta
kajian mencapai objektif yang ditetapkan.
Jadual Senarai Semak
Data yang telah dikumpul semasa keempat-empat ujian masa yang dilaksanakan telah dinyatakan dalam
jadual secara bersama. Jadual ini digunakan supaya dapat melihat keberkesanan intervensi yang
dilaksanakan secara menyeluruh berdasarkan masa yang dikumpul. Data keseluruhan ialah seperti berikut:
Tingkah Laku
Murid
Masa yang diambil oleh peserta kajian untuk berjalan dalam jarak 20 meter.
M1 M2 M3 M4
Peserta Kajian 7 minit 26 saat 6 minit 57 saat 5 minit 25 saat 4 minit 38 saat

Jadual 10

Pemerhatian yang boleh dinyatakan berpandukan data yang dikumpul dalam Jadual 10 di atas ialah masa
peserta kajian berjalan semakin singkat. Namun, masa yang singkat tersebut disebabkan oleh intervensi
yang dilaksanakan. Apabila melihat pada data minggu 1, peserta kajian telah berjalan dalam jangka masa
7 minit 26 saat. Ini disebabkan oleh ketidaksuaian intervensi yang dilaksanakan. Intervensi tersebut telah
membuatkan peserta kajian berasa sakit-sakit badan. Pada minggu 2 pula, peserta kajian telah berjalan
dalam jangka masa 6 minit 57 saat. Jangka masa menjadi berkurang setelah intervensi ini dilaksanakan
tetapi masih belum mencapai tahap yang diinginkan kerana objektif tidak dapat dicapai. Ini kerana
intervensi yang dilaksanakan tidak memberi impak yang maksima kepada peserta kajian. Pada minggu
ketiga pula, masa peserta kajian berjalan ialah 5 minit 26 saat. Sememangnya intervensi ini berjaya
dilaksanakan namun masih belum mampu mencapai objektif. Intervensi ini berjaya jika dilaksanakan
dalam jangka masa yang lama. Pada minggu terakhir iaitu pada minggu keempat pula, peserta kajian telah
berjalan dalam jangka masa 4 minit 38 saat. Intervensi ini telah membantu peserta kajian mencapai impak
maksimum kerana memerlukan peserta kajian berjalan ulang alik serta berada dalam keadaan stabil untuk
mengambil objek. Oleh itu, intervensi keempat merupakan intervensi yang paling sesuai dilaksanakan.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian tindakan yang telah saya laksanakan, kedua-dua objektif kajian telah tercapai. Saya
telah mendapati bahawa tingkah laku peserta kajian memegang kerusi semasa berdiri stabil telah
berkurang kepada 4 kali. Saya juga mendapati bahawa masa yang diambil oleh peserta kajian untuk
berjalan dalam jarak 20 meter telah berkurang kepada 4 minit 38 saat. Ini bermakna peserta kajian telah
meningkatkan kestabilan diri semasa berdiri dan juga meningkatkan kelajuan semasa berjalan. Dengan
kajian yang saya laksanakan ini, terbukti bahawa kaedah Terapi Fisiso mampu merawat individu Palsi
116

Serebrum supaya dapat meningkatkan psikomotor kasar dan halus pada diri mereka. Walaupun terdapat
intervensi yang tidak sesuai dilaksanakan, namun intervensi tersebut dapat diubahsuai mengikut
kesesuaian semasa dan bergantung kepada tahap masalah yang dialami oleh peserta kajian. Kini, peserta
kajian mampu berjalan dengan lebih laju tanpa bergantung kepada orang dan objek sekeliling.
Walaubagaimanapun, tindakan susulan perlu dilaksanakan supaya peserta kajian dapat meningkatkan lagi
tahap psikomotor kasar pada dirinya dan konsisten.

Rujukan

Akhiar Pardi Dan Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan Dalam
Penyelidikan Tindakan Pendidikan. Puchong : Penerbitan Multimedia.

Cook & Cook. (2005). HBS1103 Modul Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran,
Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur, Meteor Doc, Sdn.Bhd.

Dunn J.M. (1997). Special Physical Education (Adapted Individualized Develepmont) 7
th
Edition,
London

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa, Kuala Lumpur,
PTS Professional Publishing, Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lay Yoon Fah Dan Khoo Chwee Hoon, 2013, Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif
Dalam Penyelidikan Pendidikan, University Malaysia Sabah.

Mohd Amir Hafiz Bin Ghani. (2013). Meningkatkan Pergerakan Lakuan Motor Kasar Daya Tahan
Otot Kaki Dengan Kaedah Latihan Lompatan Kotak Pelabagai Ketinggian Inovasi, Institut
Perguruan Kampus Kota Bharu.

Mohd Zulhri Bin Mat. (2012). Meningkatkan Kemahiran Psikomotor Kasar (Berlari) Murid
Cerebral Palsy Menggunakan Kaedah Stesen, Institut Perguruan Kampus Kota Bharu.

Pemikiran Dan Model Stephen Kemmis, Ting Leng Siong, Ahmad Sabry Bin Othman Dan
Tinghun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.

Richard A. Schmidt.(1991). Motor Control And Learning : A Bihavioral Emphasis,
United States of America.

Wimick J.P. (2005). Adapted Physical Of Education And Sport (4
th
Edition), United States Of America.







117

CIKGU DAH TAK TERBALIK LAGI

Hairul Azwan Bin Abdul Razak
Noorwani Binti Che Will

Abstrak

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan
kaedah VAKT dalam menangani masalah kesukaran menulis angka yang ditulis terbalik dihadapi
oleh murid-murid yang mengalami masalah jenis kesukaran Matematik iaitu diskalkulia. Kajian ini
telah dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Tumpat, Kelantan. Tinjauan awal mendapati
bahawa, murid-murid ini sering kali menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dalam keadaan terbalik.
Peserta kajian ini melibatkan tiga orang murid lelaki Program Pendidikan Khas Integrasi yang
mengalami masalah lembam. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk Model Laidlaw (1992).
Penggumpulan data dilakukan melalui Ujian Pra, Ujian Pos dan juga pemerhatian. Kajian ini
melibatkan empat sesi pengajaran yang berbeza. Penggunaan kaedah VAKT ini hanya dijalankan
pada sesi pengajaran kedua, ketiga dan keempat. Semasa sesi intervensi dilakukan, pemerhatian
telah dibuat dari aspek tahap keberkesanan murid menulis angka dengan menulis dengan betul dan
minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Keputusan yang diperolehi
hasil daripada Ujian Pra, Ujian Pos dan pemerhatian ini menunjukkan peningkatan selepas
intervensi dilakukan. Hasil daripada analisi Ujian Pra dan Ujian Pos didapati bahawa secara
puratanya, peratusan pencapaian murid sebelum intervensi adalah 22% iaitu dibawah pencapaian
lulus dan setelah diberikan intervensi dilaksanakan hasilnya meningkat kepada 52%. Begitu juga
dengan keputusan yang diperolehi daripada pemerhatian. Peningkatan ini menunjukkan keputusan
positif dalam menangani masalah menulis angka secara terbalik. Pengkaji berharap agar kajian ini
akan digunakan secara meluas bagi mengatasi menulis angka secara terbalik yang dihadapi murid-
murid diskalkulia ini.
Pengenalan
Kebiasaannya, masalah kanak-kanak menulis abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah
disleksia. Sebaliknya apabila menyentuh berkenaan permasalahan dengan angka ataupun nombor
yang dialami oleh kanak-kanak ini disebut sebagai diskalkulia.
Menurut Aznan Che Ahmad dan Mohd Zuri Ghani (2011) peserta kajian yang mengalami jenis
kesukaran matapelajaran Matematik boleh diklasifikasikan sebagai diskalkulia. Jenis kesukaran
Matematik (diskalkulia) ini sebenarnya terdiri daripada gabungan disleksia dan akalkulia.
Akalkulia ini merujuk kepada masalah yang dihadapi kanak-kanak yang tidak dapat melakukan
operasi yang melibatkan angka dan simbol Matematik.
Oleh yang demikian, pengkaji mengambil keputusan untuk menguji kaedah dan teknik yang
paling bersesuaian untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan
kaedah pelbagai deria iaitu menggunakan kaedah VAKT, V-visual (penglihatan), A-auditori
(pendengaran), K-kinestatik (pergerakkan) dan T-tektil (sentuhan). Kajian ini dijalankan untuk
melihat sejauhmanakah keberkesanan dan kesesuaian intervensi ini yang dijalankan ke atas
ketiga-tiga peserta kajian dengan menggunakan kaedah VAKT dalam mengatasi masalah yang
dihadapi oleh peserta kajian ini. Disamping itu juga, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh
manakah intervensi yang digunakan dapat menarik minat peserta kajian dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.


118

Fokus Kajian
Fokus Kajian
Melalui kajian ini, pengkaji menfokuskan kepada mengatasi kesilapan dalam menulis angka
terbalik pada tahap maksimum daripada berulang kembali pada masa akan datang. Hal ini
berikutan 3 orang peserta kajian tahap 2 yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun Program
Pendidikan Khas Integrasi kerap kali melakukan kekerapan dan kesilapan menulis angka secara
terbalik semasa pengajaran dan pembelajaran pengkaji berlangsung serta semakan lembaran kerja
dengan menggunakan kaedah multisensory iaitu kaedah VAKT.

Isu Kajian
Pengkaji terfikir bahawa ketiga-tiga peserta kajian ini mampu dan mempunyai potensi yang sangat cerah
dalam mengurangkan kesilapan dan juga kekerapan menulis angka secara terbalik secara kerap jika diberi
galakkan, dorongan, bimbingan dan motivasi serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul.
Tambahan pula jika tidak dibendung pada peringkat awal ketiga-tiga peserta kajian ini akan terus
ketinggalan dan keciciran dalam matapelajaran Matematik terutama dalam menulis bentuk angka yang
betul. Peserta kajian yang dipilih ini dapat membezakan nombor dan boleh menyebut dengan betul
nombor yang ditunjukkan oleh pengkaji dalam soalan-soalan berkaitan dengan mengenal angka mengikut
kebolehan peserta kajian. Namun begitu, apabila diminta untuk menulis nombor yang dikenalpasti
kesukaran peserta kajian seperti angka 5,7 dan 9 peserta kajian gagal dalam menulis angka dengan betul
dan masalah angka terbalik berlaku.

Tujuan Kajian
Objektif Kajian
I. Membantu peserta kajian menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dengan betul.
II. Meningkatkan minat peserta kajian menulis angka 5,7 dan 9 dengan betul

Soalan Kajian
Merujuk kepada objektif-objektif kajian di atas, soalan kajian telah dibina seperti berikut:
I. Adakah peserta kajian dapat menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 dengan betul setelah menggunakan
kaedah VAKT?
II. Adakah minat peserta kajian dapat ditingkatkan dalam menulis bentuk angka 5, 7 dan 9 melalui
kaedah VAKT?

Definisi I stilah
Kaedah VAKT
VAKT merupakan singkatan daripada:
V- Visual (Penglihatan)
A-Auditory (Pendengaran)
K- Kinestatik (Pergerakkan)
T- Tektil (Sentuhan)

Menurut Anis Syuhada (2012) kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggunakan pelbagai deria
ataupun disebut multisensori. Kaedah VAKT menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan
tulisan (kinestetik) dan tektil (sentuhan). Dalam kaedah ini peserta kajian melihat dan menyebut perkataan
sambil menulis angka tersebut berdasarkan ingatannya.
119

Sorotan Literatur
Angka Terbalik
Menurut Siti Norfadilah (2012) dalam kajiannya mengenai masalah menulis angka terbalik mendapati
bahawa dengan penggunaan bahan bantu mengajar, kesemua peserta kajian kelihatan berfokus dan
berminat untuk belajar. Rentetan daripada itu, masalah minat dan hilang fokus dapat dikurangi. Selain itu,
penggunaan kaedah secara berulangkali dapat meningkatkan kefahaman peserta kajian namun tidak
menarik minat peserta kajian untuk melakukannya tetapi ia bergantung kepada guru itu sendiri untuk
menjadikan cara tersebut mampu menarik minat peserta kajian peserta kajian.
Sumiyati (2009) telah membuat kajian di salah sebuah sekolah berkaitan menulis nombor dan
abjad terbalik yang melibatkan seorang peserta kajian di kalangan murid Pemulihan Khas. Kajian ini
mendapati peserta kajian menunjukkan ciri-ciri khusus yang dikenalpasti oleh guru melalui pemerhatian
dan senarai semak. Melalui kajian ini, Sumiyati telah menggunakan teknik latih tubi melalui kaedah surih
untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Kajian yang telah dilaksanakan ini juga teknik latih tubi dapat
meningkatkan tahap pengamatan dan juga tahap kefokusan peserta kajian untuk lebih memahami
pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah VAKT
Masalah semasa menulis angka merupakan masalah lazim yang berlaku kepada peserta kajian Pendidikan
Khas ini. Hal ini sebegini telah dikategorikan sebagai diskalkulia. Menurut Nadhirah(2013), yang
menggunakan kaedah VAKT iaitu visual(pendengaran), auditori(pendengaran), kinestatik(pergerakkan)
dan tektil (sentuhan) yang menggunakan kesemua pelbagai deria dapat meningkatkan ingatan peserta
kajian dalam jangka masa panjang dan juga daya fokus serta tumpuan peserta kajian dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Tambahan pula, Anis Syuhada (2012) dalam kajiannya yang menggunakan kaedah VAKT
terhadap lima orang peserta kajian dalam masalah kekeliruan abjad telah menunjukkan keberhasilan
peningkatan perubahan markah yang ketara peserta kajian setelah menggunakan kaedah ini melalui
aktiviti yang menggunakan kad huruf tebuk dan plastisin sebagai bahan bantu mengajar multisensori.
Perubahan positif kepada kesemua peserta kajiannya telah menunjukkan bahawa penggunaan kaedah
pelbagai deria dapat meningkatkan kefahaman murid dan juga dapat menarik minat peserta kajian dalam
penglibatan kesemua aktiviti yang lebih berfokus dan mempunyai matlamat yang jelas.












120

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan

Reka Betuk Kajian: Model Laidlaw (1992)

Mengenalpasti Isu
Dalam mengenalpasti isu kajian ini, pengkaji telah membuat Ujian Diagnostik Matematik. Melalui hasil
daripada Ujian Diagnostik dan lembaran kerja peserta kajian yang melibatkan angka 1 hingga 10 yang
telah dibuat ke atas peserta kajian didapati beberapa orang peserta kajian telah dikenalpasti mengalami
masalah dalam menulis angka 5,7 dan 9. Selain daripada itu, pemerhatian berstruktur turut dijalankan
untuk melihat minat peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran

Merancang Tindakan
Pengkaji telah merancang satu pelan tindakan yang dijalankan sepanajang kajian pengkaji. Bermula sesi
pertama P&P tanpa menggunakan kaedah VAKT dan seterusnya membuat ujian pra, kemudian pengkaji
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah VAKT pada minggu pertama.
Bagi P&P sesi kedua yang menggunakan kaedah VAKT ini pengkaji membuat aktiviti menulis nombor di
atas permukaan pasir. Selesai P&P bagi sesi kedua, pengkaji menjalankan ujian Pos 1 kepada kesemua
peserta kajian. Markah bagi ujian tersebut ini direkodkan. Pada sesi ketiga pengkaji telah menjalankan
P&P kedua dengan aktiviti membentuk nombor dengan menggunakan doh sebagai bahan bantu mengajar
pengkaji yang mengekalkan konsep kaedah VAKT dalam P&P. Pada sesi keempat, pengkaji jalankan pula
P&P aktiviti menulis nombor menggunakan warna air mengikut garisan nombor yang putus-putus. Selesai
sahaja P&P ujian Pos 2 diberikan. Segala data daripada ujian pra, ujian pos 1 dan 2 serta keputusan
pemerhatian yang telah pengkaji jalankan sepanjang 4 sesi pengajaran dan pembelajaran pengkaji
kumpulkan dan analisis satu persatu. Akhir sekali barulah pengkaji melakukan refleksi mengenai kajian
yang telah pengkaji jalankan.



1.Mengenalpasti Isu
2. Merancang
Tindakan
3. Pelaksanaan
Tindakan
4. Mengumpul &
Menganalisis
Data
5.Refleksi
121

Pelaksanaan Tindakan

Pada peringkat ini, pengkaji telah melaksanakan strategi penyelidikan pengkaji. Rawatan klinikal akan
diberikan selepas ujian pra iaitu sebelum ujian pos dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkahyang
dijalankan semasa rawatan klinikal

P&P Sesi Kedua- (kaedah VAKT berdasarkan aktiviti menulis nombor di atas Permukaan Pasir).



P&P Sesi 3 (Membentuk Nombor Dengan Menggunakan Doh)




Peserta kajian melihat angka yang ditunjukkan oleh pengkaji sambil
menyebut angka 5, 7 dan 9 tersebut berulang kali.
(melibatkan penglihatan dan pendengaran murid)
Peserta kajian diberi nombor 5,7 dan 9 yang diperbuat dengan
polistrin untuk disentuh dan dipegang
(melibatkan penglihatan, pendengaran dan sentuhan)
Menerangkan cara penggunaan bahan bantu mengajar kepada peserta
kajian
Peserta kajian di minta untuk menulis nombor yang dipegang di atas
permukaan pasir
Peserta kajian
melihat dan
menyebut angka
yang ditunjukkan
oleh pengkaji
peserta kajian
membulatkan doh
menggelek doh
sehingga panjang
dan sederhana
halus
membentuk angka
dengan doh di atas
nombor polistrin
122

P&P Sesi Keempat (Menulis Nombor Menggunakan Warna Air)


Mengumpul dan Menganalisis Data
Dalam kajian ini, setiap objektif yang ditetapkan mempunyai instrumen yang boleh dianalisis bagi melihat
samada objektif tersebut tercapai ataupun tidak. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu ujian pra dan ujian pos serta senarai semak pemerhatian. Data-data ini dikumpul
bermula pada awal kajian dilaksanakan. Kemudian dapatan diperoleh dan dianalisis dengan lebih
terperinci supaya hasil yang diperoleh dapat menentukan keputusan kajian ini.

Refleksi/Kesimpulan
Dalam peringkat refleksi ini, pengkaji cuba membuat rumusan tentang apa yang telah dirancang dan
dilaksanakan oleh pengkaji samada berjaya atau tidak. Melalui refleksi juga, pengkaji dapat melihat
kekuatan dan kelemahan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. rentetan daripada itu, penambahbaikan
dalam perancangan dapat dilakukan. Tambahan pula, kesimpulan daripada kajian tindakan ini dapat dibuat
samada mengikut dan menepati objektif kajian yang dirangka ataupun tidak di samping menyatakan
luahan perasaan pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan.

Dapatan dan Refleksi
Keberkesanan ini dilihat melalui kedua-dua instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra, ujian pos,
pemerhatian. Keberkesanan penggunaan kaedah VAKT ini jelas dilihat dari segi perubahan markah dalam
ujian pra daripada purata keseluruhan markah ujian pos dari minggu 1 sehingga minggu ke-3 rawatan
dijalankan. Perubahan yang berlaku adalah peningkatan markah bagi kesemua peserta kajian. Graf di
bawah menunjukkan perbandingan antara ujian pra dan purata keseluruhan ujian pos.


Peserta kajian melihat angka yang ditunjukkan oleh pengkaji.Peserta kajian
menyebut angka yang ditunjukkan
Peserta kajian diterangkan penggunaan berus warna dan warna air
Peserta kajian diberikan kertas lukisan yang angkanya mempunyai garis
putus-putus untuk memudahkan peserta kajian membentuk dan mengingat
angka tersebut.
123



Rajah 1: Peratusan Purata Keseluruhan Ujian Pra dan Pos

Daripada rajah yang ditunjukkan di atas, boleh dilihat berlakunya peningkatan yang amat
memberangsangkan bagi setiap kesemua peserta kajian. Bagi peserta kajian pertama peningkatan jelas
berlaku walaupun hanya sedikit iaitu daripada 13% kepada 40%. Peserta kajian kedua pula menunjukkan
peningkatan yang boleh dikatakan cukup baik iaitu daripada 33% kepada 64%. Manakala bagi peserta
kajian ketiga pula, peningkatan yang dilihat sama seperti peserta kajian pertama iaitu perubahan
peningkatan jelas berlaku daripada 20% hingga 47%.
Daripada analisis data bagi ujian pra dan juga ujian pos in, didapati peningkatan yang ditunjukkan oleh
semua peserta kajian telah membuktikan bahawa kaedah VAKT sememangnya memberikan impak yang
positif dalam usaha mengatasi masalah menulis angka terbalik yang dialami oleh peserta-peserta kajian
ini. Penggunaan kaedah VAKT ini tidak sesuai digunakan sekiranya tiada perubahan peningkatan markah
yang berlaku diantara Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan.
Bagi instrumen pemerhatian pula, pengkaji telah menggunakan pemerhatian dalam melihat peningkatan
perubahan peserta kajian apabila mereka membentuk angka. Pada minggu pertama, peserta kajian masih
memerlukan bimbingan daripada pengkaji, namun pada minggu kedua dan seteusnya, murid mampu
membentuk angka dengan betul secara sendiri tanpa bimbingan daripada pengkaji.


Minat

Bagi melihat aspek minat ini pengkaji telah menggunakan senarai semak sebagai instrument
pengumpulan data untuk pemerhatian. Hasil keputusan daripada pemerhatian tersebut dicatatkan di dalam
senarai semak yang ditetapkan. Terdapat lapan item yang pengkaji perhatikan bagi mengukur minat murid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Item tersebut adalah:


13
33
20
40
64
47
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
P1 P2 P3
P
e
r
a
t
u
s

Purata Keseluruhan Ujian Pra dan Ujian Pos
ujian pra
Markah Purata Ujian Pos
124

1. Adakah murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
2. Adakah murid memberi tindak balas terhadap soalan yang diajukan oleh guru
3. Adakah murid terlibat secara aktif semasa menjalankan aktiviti pembelajaran sedang
dilaksanakan
4. Adakah murid mendengar arahan guru dengan baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran
5. Adakah murid berani untuk mencuba melakukan tugasan sendiri
6. Adakah murid berminat untuk mengikut pelajaran seterusnya
7. Adakah murid gembira semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran
8. Adakah Murid berminat untuk melakukan lembaran kerja yang diberikan

Jadual 1: Perbezaan min sesi 1, sesi 2, sesi 3 dan sesi 4

Pada sesi kedua hingga sesi keempat P&P yang menggunakan kaedah VAKT telah berlakunya
peningkatan
yang memberangsangkan. Pada sesi pertama iaitu pengajaran tanpa menggunakan kaedah VAKT hanya
mendapat 1.8 sahaja purata keseluruhan. Hal ini disebabkan pengajaran adalah seperti biasa tanapa
menggunakan kaedah VAKT. Pada sesi kedua bermulalah peringkat menggunakan kaedah VAKT. Pada
sesi ini berlakunya peningkatan purata daripada 1.8 kepada 2.8. Pada sesi ini murid berminat untuk
mengikut pengajaran namun tidak mencapai target yang dikehendaki disebabkan penggunaan pasir secara
umumnya kurang menarik disebabkan peserta kajian sudah biasa menggunakan pasir untuk melukis pada
waktu riadah dan tidak mempunyai pelbagai warna. Pada sesi ketiga berlaku peningkatan daripada 2.8 ke
3.8. Peningkatan ini begitu memberangsangkan apabila pengkaji menggunakan doh pelbagai warna yan
menarik sebagai bahan bantu mengajar. Murid amat berminat untuk membentuk abgka yang disuruh. Pada
Bil Item soalan Sesi 1 Sesi
2
Sesi
3
Sesi
4
1 Adakah peserta kajian memberikan tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung

2

3

4

4.7
2 Adakah peserta kajian memberi tindak balas terhadap soalan
yang diajukan oleh guru

2

2.7

3.7

4.7
3 Adakah peserta kajian terlibat secara aktif semasa menjalankan
aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan

1.7

2.7

4

4.7
4 Adakah peserta kajian mendengar arahan guru dengan baik
semasa proses pengajaran dan pembelajaran

2


2.7

3.7

5
5 Adakah peserta kajian berani untuk mencuba melakukan
tugasan sendiri


1.7

2.7

3.7

5
6 Adakah peserta kajian berminat untuk mengikut pelajaran
seterusnya


2

3

4

4.7
7 Adakah peserta kajian gembira semasa berlangsungnya proses
pengajaran dan pembelajaran


2

3

4

5
8 Adakah Peserta kajian berminat untuk melakukan lembaran
kerja yang diberikan


1

2.3

3.3

4
Purata Keseluruhan 1.8 2.8 3.8 4.7
125

sesi keempat pula peningkatan sekali lagi berlaku dengan baik disebabkan penggunaan warna air. Murid
begitu teruja untuk melakukan aktiviti. Murid begitu aktif dan berminat untuk menjalani aktiviti P&P.
Justeru penggunaan aktiviti yang berlainan dan jarang digunakan mampu menarik minat murid dalam
mengikuti P&P kerana sifat murid pendidikan khas mempunyai daya ingatan yang singkat dan mudah
berasa bosan.

Kesimpulan

Rumusan Dapatan

Rumusan data kajian tindakan yang dapat pengkaji buat adalah penggunaan kaedah VAKT ini
membantu peserta kajian dalam menangani masalah keterbalikkan angka yang dihadapi oleh
peserta kajian. Bedasarkan analisis ujian pra dan ujian pos, peningkatan markah yang berlaku
menunjukkan peserta kajian berupaya menulis angka dengan baik. Selain itu, murid juga
menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Hal ini disebabkan kaedah VAKT ini telah menarik minat peserta
kajian untuk belajar. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan instrument-instrumen
pengumpulan data yang digunakan.


Penambahbaikan Amalan

Pelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Kaedah VAKT ini boleh diberi penambahbaikan dengan penggunaan bahan bantu yang pelbagai supaya
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan efektif serta fleksibel digunakan oleh semua murid
dengan menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar yang dapat memenuhi kewajaran
kaedah VAKT ini iaitu gabungan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan pergerakkan yang sangat
membantu murid-murid ini dalam meningkatkan pencapaian murid-murid.
Aktiviti Berkumpulan
Melalui kajian yang telah pengkaji jalankan ini, pengkaji tidak menjalankan aktiviti secara berkumpulan
tetapi lebih bersifat individu. Pengkaji mencadangkan bahawa kaedah VAKT ini boleh dilakukan secara
berkumpulan agar menwujudkan suasana yang lebih menyeronokkan dalam bekerjasama antara satu sama
lain dalam penglibatan murid-murid secara menyeluruh.

Cadangan Kajian lanjutan
Tempoh Masa Kajian

Cadangan pengkaji yang pertama agar kajian ini boleh dijalankan pada kumpulan peserta yang sama
dalam masa yang panjang untuk melihat sama ada tempoh keberkesanan VAKT dalam menangani
masalah keterbalikkan angka boleh dikekalkan. Kajian lanjutan juga perlu dijalankan ke atas peserta
yang lebih besar dan ditetapkan latar belakang peserta bagi mendapatkan kesahan yang tinggi.

Memperluaskan Kajian dalam Subjek Lain

Kajian juga boleh dijalankan untuk subjek-subjek yang lain seperti Bahasa Melayu, Pendidikan
Agama dan sebagainya bagi murid-murid yang bermasalah pembelajaran. Kajian ini boleh
diperluasakan untuk digunakan oleh semua murid tidak kira apa jua masalah ketidakupayaan untuk
mereka hadapi contohnya diperluaskan kepada kanak-kanak yang mengalami cerebral palsi, autism
dan ketidakupayaan lain.

126


Rujukan
Anis Syuhada Binti Nazeri (2012). Pengkaji Lihat, Pengkaji Dengar, Pengkaji Sentuh, Pengkaji Buat Dan
Pengkaji Dapat.Kajian Tindakan IPG Kmapus Kota Bharu
Faraha Latifah Binti Mohd (2006). Kajian Warna: Kecenderungan Pemilihan Warna Oleh Kanak-Kanak.
Universiti Malaysia Sarawak
Mohd Zuri Ghani,Aznan Che Ahmad(2011). Pengantar Pendidikan Khas Pulau Pinang. MPH
Distributor Sdn Bhd.
Nadhirah Yaakob (2013). Sebut Betul Tulis Salah. Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu
Nor Zanina Bt Mohamed Zaki(2011). Meningkatkan Penguasaan Murid Bermasalah Pembelajaran
Dalam Aktiviti Penambahan Melalui Kaedah membilang Menggunakan Bahan Maujud. Kajian Tindakan
IPG Perempuan Melayu Melaka
Siti Norfadhilah (2012). Penggunaan Poket Nombor Dalam Mengatasi Masalah Keterbalikkan Angka.
Kajian Tindakan IPG Kampus Kota Bharu
Sumiyati Abdul Halim Jikem (2009). Nombor Dan Abjad Terbalik. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan IPGM KBL ms.189-198 Dimuat turun pada 27 Mac 2014


















127


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BERPOLA KV+KV DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH BERGRED
Siti Nazirah Binti Hasbullah
Tuan Haji Shaari Bin Nawi

Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid Pendidikan Khas Tahun
3 Anggerik dalam kemahiran membaca perkataan berpola KV+KV. Tinjauan awal mendapati
murid sukar untuk membaca dan membatangkan suku kata kata KV+KV yang diajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini melibatkan 4 orang murid
Pendidikan Khas Tahun 3 Anggerik daripada sebuah sekolah di daerah Pasir Mas,Kelantan
sebagai peserta kajian. Fokus kajian ini ialah untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran
membaca perkataan KV+KV menggunakan Kaedah Bergred dan meningkatkan tumpuan murid
dalam menguasai kemahiran membaca perkataan berpola KV+KV. Kaedah Bergred ini
mengaplikasikan konsep belajar secara berperingkat atau ansur maju daripada aktiviti
pembelajaran yang mudah kepada aktiviti pembelajaran yang lebih sukar. Kajian ini dijalankan
berpandukan model kajian tindakan Laidlaw(1992). Kaedah ujian pra dan ujian pos, ujian lisan
dan pemerhatian melalui senarai semak digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Keputusan
kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan murid terhadap kemahiran membaca perkataan
KV+KV dalam ujian pos yang dilakukan dan daya tumpuan murid dapat dipertingkatkan melalui
penggunaan Kaedah Bergred ini. Penggunaan Kaedah Bergred yang telah digunakan dapat
membantu murid menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan lebih mudah dan
senang. Selain daripada itu juga, kaedah ini juga dapat memberi kesedaran kepada guru dan pihak
sekolah dalam pemilihan kaedah dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian terutamanya bagi
murid pendidikan khas bagi meningkatkan kefahaman mereka.
Pengenalan
Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca
terutamanya dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas. Hal ini perlu diatasai kerana kegagalan
menguasai kemahiran ini akan menganggu penguasaan kemahiran lain. Menyedari hakikat ini, kajian
tindakan ini dibuat adalah untuk membantu murid yang mempunyai masalah dalam penguasaan
kemahiran membaca dengan baik. Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua
mata pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kegagalan menguasai kemahiran
membaca menyebabkan seseorang murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka
tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Haris dan Sipay (1980) menyifatkan proses
membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak
atau bertulis. Definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca
adalah satu proses yang kompleks. Oleh yang demikian, kemahiran membaca amat penting untuk dikuasai
oleh murid-murid sebagai persediaan untuk menguasai dan memahami kemahiran dan pembelajaran yang
lain. Oleh sebab itulah, guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid supaya
menguasai kemahiran ini terutamanya untuk murid Pendidikan Khas ini secara khususnya dengan baik.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat menarik minat murid untuk belajar dan seterusnya
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka seterusnya dapat membetulkan
salah tanggapan mereka bahawa subjek Bahasa Malaysia membosankan dan tidak menyeronokkan.

128


Fokus Kajian
Isu Kajian
Kajian ini dilaksanakan adalah berfokuskan kepada masalah penguasaaan kemahiran membaca yang
melibatkan pola suku kata KV+KV dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Selaras dengan sifat
semulajadi kanak-kanak yang gemar menerokai sesuatu yang baru, maka kajian ini menggunakan konsep
belajar secara berperingkat atau ansur maju dari aktiviti pembelajaran yang mudah kepada aktiviti
pembelajaran yang lebih sukar bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca
perkataan berpola KV+KV ini. Saya mendapati bahawa sebilangan peserta kajian mengalami masalah
dalam membatangkan suku kata KV dengan betul serta bermasalah dalam mengingati suku kata yang
dibatangkan sebelum menjadi perkataan.
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca terutamanya pada perkataan
yang berpola KV yang sering menjadi masalah kepada murid kelas 3 Anggerik. Kajian ini patut diberi
perhatian yang serius kerana jika masalah ini diabaikan dan dipandang remeh, dikhuatiri murid akan
berterusan berada di tahap yang lemah dan mereka tidak akan dapat keluar dari kelompok murid yang buta
huruf dan jauh ketinggalan dalam arus pendidikan. Hakikatnya murid-murid yang mengalami masalah
membaca tersebut sebenarnya mampu untuk menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai. Hal ini bergantung kepada usaha dan bantuan guru sebagai
pemangkin kemajuan murid.

Objektif Kajian

1) Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca perkataan berpola suku kata
KV+KV dengan menggunakan Kaedah Bergred
2) Meningkatkan tumpuan murid dalam menguasai kemahiran membaca perkataan berpola KV+KV
melalui Kaedah bergred yang digunakan.
Persoalan Kajian
1) Adakah tahap penguasaan kemahiran murid membaca perkataan berpola KV+KV meningkat
dengan menggunakan Kaedah Bergred?
2) Adakah tumpuan murid dalam menguasai kemahiran membaca perkataan berpola KV+KV dapat
dipertingkatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui Kaedah Bergred yang
digunakan?
Sorotan Literatur
Siti Hajar Abd.Aziz (1996) mengemukakan bahawa definisi membaca mencukupi : pertama, membaca
merupakan satu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh
pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Selain itu, Nik Mohd Asri (2012)
telah menjalankan kajian tentang meningkatkan penguasaan membaca perkataan berpola suku kata
KV+KV, KV+KVK, KVK+KV, dan KVK+KVK. Dapatan kajian beliau telah menunjukkan peningkatan
penguasaan murid yang amat baik melalui teknik tindakan melibatkan nyanyian, permainan bahasa dan
juga teknik latih tubi. Dapatan kajian ini juga ialah menunjukan perubahan tingkah laku yang positif
daripada tingkat laku yang negatif dalam kalangan murid. Oleh yang demikian, dapat dilihat teknik
tindakan yang digunakan dalam kalangan beliau amat berkesan dalam meningkatkan penguasaan
membaca dalam kalangan murid.

129

Abdillah (2009) pula telah menjalankan kajian bertajuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat
Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka KV+KV+KV ke atas Sembilan orang murid
Tahun Tiga di SK Ratus, Kuching yang merupakan murid-murid Permulihan Khas. Beliau telah
menggunakan kaedah Latih Tubi, Aktiviti Nyanyian dan Aktiviti Bacaan Bergred dalam meningkatkan
kemahiran membaca terhadap responden yang dikaji. Dapatan Ujian pos menunjukkan peningkatan
prestasi berbanding ujian pra yang dijalankan.
Permainan kad suku kata gabungan yang digunakan oleh pengkaji di dalam aktiviti yang dilaksanakan
merupakan satu teknik permainan bahasa yang menarik yang boleh digunakan sebagai bantuan bagi
membantu murid dalam belajar kemahiran membaca. Permainan kad suku kata gabungan ini mudah untuk
dipraktikkan dan mempunyai kebolehtadbiran serta kebolehgunaan yang tinggi. Hal ini demikian kerana
pengkaji boleh menggunakan kaedah suku kata gabungan ini di dalam mahupun di luar kelas serta mudah
dan senang untuk dipelajari oleh mana-mana responden yang baru mempelajari kemahiran membaca
perkataan berpola KV+KV. Ini disokong dengan beberapa kajian yang telah dilakukan dalam
membuktikan bagaimana permainan bahasa dapat meningkatkan kemampuan belajar dan kebanyakan dari
mereka menunjukkan hasil yang positif seperti kajian Nor Fatihah binti Nordin (2009). Keputusan kajian
beliau menunjukkan bahawa permainan bahasa boleh meningkatkan penyertaan murid sehingga
membantu mereka untuk memahami pelajaran yang diajar. Hal itu membuktikan pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menyenangkan dan menarik kepada murid.
Menurut Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003) yang mengatakan bahawa minat
berkembang daripada aktiviti yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada
aktiviti-aktiviti seterusnya. Minat seseorang murid akan dapat dikenalpasti apabila seseorang murid itu
mempunyai pengalaman yang tersedia ada dalam kehidupan mereka. Berdasarkan kepada pengalaman
yang ada mampu mengatasi kekurangan di dalam kecerdasan seseorang. Ia dapat dipertingkatkan apabila
mendapat dorongan daripada ibubapa, guru serta rakan-rakan semasa proses pembelajaran.
Kesimpulannya, berdasarkan sorotan kajian ini, jelaslah bahawa ramai pendidik yang sangat cakna dengan
permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid terutamanya murid Pendidikan Khas. Peningkatan
penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV dan peningkatan daya tumpuan murid melalui
penggunaan Kaedah Bergred ini telah menjadi fokus kajian saya pada kali ini dan diharap kajian ini
sedikit sebanyak membantu dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi kayu ukur
kecemerlangan taraf pendidikan negara kita.
Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Kumpulan Sasaran
Peserta kajian yang terlibat dalam kajian saya ialah murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) di salah sebuah sekolah sekitar daerah Pasir Mas. Peserta kajian adalah sebanyak 4 orang, terdiri
daripada dua murid lelaki dan dua murid perempuan. Peserta kajian ini ditempatkan di program
pendidikan khas di atas masalah fizikal dan slow learner.
Reka Bentuk Kajian
Model reka bentuk yang dipilih untuk kajian ini adalah diambil daripada Model Laid Law (1992). Model
kajian ini mempunyai satu kitaran dan di dalam kitaran mempunyai lima langkah iaitu mengenalpasti isu,
merancang tindakan, melaksana tindakan, pemerhatian dan refleksi. Pelan tindakan yang dilaksanakan
adalah seperti pada Rajah 1:

130


Rajah 1: Model Laidlaw (1992)
Mengenalpasti Isu
Masalah yang dihadapi oleh murid dikenalpasti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Masalah utama yang dikenalpasti ialah murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan
berpola KV+KV
Merancang Tindakan
Saya telah merancang untuk menggunakan Kaedah Bergred iaitu satu kaedah pembelajaran secara
berperingkat atau ansur maju dari aktivti pembelajaran yang mudah kepada yang lebih susah. Terdapat 5
tindakan intervensi yang telah dirancang dengan menggunakan Kaedah Bergred ini iaitu tindakan
intervensi Namakan Saya, Kenali Saya, Pilih Saya, Lengkapkan Saya, dan Bacalah Saya.

Mengenalpasti Isu
- Kenalpasti masalah murid
- Pemerhatian awal
Perancangan
- Merancang aktiviti
- Prosedur pelaksanaan
- Instrumen dan prosedur pengumpulan
data
menetukan cara penilaian

Melaksanakan Tindakan
- Menggunakan Kaedah Bergred
1) "Kenali Saya"
2) "Namakan Saya"
3) "Pilih Saya"
4) "Lengkapkan Saya"
5) "Bacalah Saya"

Kaedah Pengumpulan Data
- Ujian Pra dan Ujian Pos
- Ujian lisan
- Pemerhatian melalui senarai semak

Refleksi
- Merumus dapatan
- Cadangan penambahbaikan
- Cadangan kajian lain


131

Pelaksanaan Tindakan
Tindakan 1: Namakan Saya
Peserta kajian diperkenalkan dengan konsep asas abjad iaitu pengenalan kepada abjad vokal dan
konsonan. Kemudiannya peserta kajian diperkenalkan pula dengan bacaan suku kata KV dengan
menggunakan kaedah nyanyian suku kata. Teknik bacaan suku kata telah diajar kepada peserta kajian
terlebih dahulu sebelum mereka diajar dengan teknik nyanyian suku kata. Semua peserta kajian diberikan
dengan buku suku kata untuk membantu peserta kajian bagi lebih mengingati dan memahami suku kata
yang diajar.
Tindakan 2: Kenali Saya
Kemudiannya, peserta kajian diperkenalkan kembali dengan latihan pengecaman bunyi suku kata tetapi
disertai dengan gambar untuk mengukuhkan pembelajaran yang telah diajar pada intervensi yang pertama.
Pengkaji membaca terlebih dahulu mengeja ejaan perkataan bergambar tersebut sebelum diikuti oleh
peserta kajian. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi ingatan peserta kajian terhadap pengecaman bunyi
huruf dan suku kata yang dieja oleh pengkaji
Tindakan 3: Pilih Saya
Peserta kajian telah disediakan dengan suku kata KV yang betul dan peserta kajian hanya perlu mencari
suku kata KV yang seterusnya bagi membentuk perkataan bermakna yang dikehendaki. Pengkaji meminta
peserta kajian mengambil kad suku kata KV yang tidak diperlukan untuk dicabut dan mengabungkan suku
kata yang terpisah bagi membentuk perkataan yang bermakna. Seterusnya peserta kajian diminta
membunyikan satu persatu suku kata yang digabungkan sebelum membaca perkataan tersebut.
Tindakan 4: Lengkapkan Saya
Peserta kajian perlu mengenalpasti suku kata yang sesuai untuk digabungkan bagi membentuk perkataan
berdasarkan gambar yang dipaparkan. Peserta kajian perlu memasukkan gabungan suku kata ke dalam
poket yang disediakan dan seterusnya diminta untuk membaca perkataan yang telah lengkap digabungkan
itu dengan betul.
Tindakan 5: Bacalah Saya
Peserta kajian dikehendaki berada dalam satu bulatan kumpulan dan bergilir-gilir untuk membina dan
membaca sebanyak mana perkataan yang dibina pada pada papan Bacalah Saya tanpa bimbingan
daripada guru. Peserta kajian perlu membina perkataan berdasarkan suku kata yang terdapat di sekeliling
papan Bacalah Saya yang terdapat di hadapan peserta kajian.
Mengumpul dan Menganalisis Data
Semua data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan instrumen yang telah
ditetapkan. Setelah kesemua data diperoleh, maka analisis data telah dijalankan secara terperinci supaya
segala penurunan mahupun peningkatan prestasi peserta kajian dapat dilihat melalui persembahan data
seperti jadual dan rajah. Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pos,
ujian lisan dan pemerhatian melalui senarai semak.
Membuat Refleksi
Refleksi ini bertujuan membantu pengkaji menilai proses kajian yang telah dilaksanakan dan
keberkesanan intervensi yang digunakan serta sejauh mana kajian ini dapat dilaksanakan kepada murid-
murid yang menghadapi masalah yang dikenalpasti. Tambahan lagi, refleksi ini dapat memberi kesedaran
kepada pengkaji sama ada tindakan yang telah diambil membuahkan hasil yang positif atau sebaliknya.
Sekiranya tidak berhasil, tindakan penambahbaikan atau tindakan susulan perlu diambil dengan segera.
132

Dapatan Dan Refleksi
Hasil dapatan bagi ujian Pra dan ujian Pos perlu dianalisis dan dibandingkan. Hal ini bertujuan
untuk mendapatkan keputusan yang signifikan bagi melibat perubahan atau peningkatan peserta
kajian dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dua suku kata berpola KV+KV setelah
pelaksanaan tindakan Kaedah Bergred selama tempoh yang ditetapkan. Berikut adalah jadual
yang menunjukkan perbandingan skor peratusan markah Ujian Pra dan Ujian Pos.

Jadual 1: Perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pos



0
20
40
60
80
100
120
PK1 PK2 PK3 PK4
Perbandingan Peratusan Markah Mengikut Ujian Pra
dan Ujian Pos
Peratusan Markah Ujian
Pra
Peratusan Markah Ujian
Pos
PESERTA
KAJIAN
Markah Ujian Pra
(%)
Markah Ujian Pos
(%)
Peratusan
Peningkatan (%)

PK1 30% 83% 53%
PK2 17% 65% 48%
PK3 43% 100% 57%
PK4 22% 70% 48%
Paras Lemah
Peserta Kajian
83
43
100
70
22
30
65
17
Rajah 1 : Perbandingan Peratusan Markah ujian Pra dan Ujian Pos
133

Kesemua peserta kajian mengalami peningkatan markah pada ujian pos. Buktinya ketinggian bar palang
bagi ujian pos untuk setiap peserta kajian melepasi garisan paras lemah yang ditetapkan dengan dengan
perbezaan yang agak ketara. Peratusan markah PK1 meningkat dari 30% kepada 83% menjadikan jumlah
peningkatan sebanyak 53%. Begitu juga dengan peratusan PK2 yang meningkat daripada 17% kepada
65%. Peratusan PK3 adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 57% iaitu daripada 43% kepada 100%.
Peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian PK3 begitu membanggakan. Peratusan bagi PK4 pula
meningkat sebanyak 48 % daripada 22% kepada 70%. Ini membuktikan penggunaan Kaedah Bergred
sangat membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran membaca perkataan berpola KV+KV.
Keputusan ujian pelaksanaan tindakan


Rajah 2: Keputusan Perbandingan Purata Markah bagi Kelima-lima Ujian Pelaksanaan Tindakan.
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3 Tindakan 4 Tindakan 5
Perbandingan Purata Markah Ujian Perlaksanaan
Tindakan
Tindakan 1
Tindakan 2
Tindakan 3
Tindakan 4
Tindakan 5

PESERTA
KAJIAN
UJIAN
TINDAKAN
1
UJIAN
TINDAKAN
2
UJIAN
TINDAKAN
3
UJIAN
TINDAKAN
4
UJIAN
TINDAKAN
5
PERATUS % PERATUS % PERATUS % PERATUS % PERATUS %
PK1 27% 43% 70% 83% 93%
PK2 17% 33% 60% 70% 80%
PK3 33% 57% 80% 90% 100%
PK4 23% 40% 67% 83% 90%
69.25
81.5
90.75
1.5
Tindakan
43.25
25
Jadual 2: Peratusan markah kelima-lima Ujian Pelaksanaan Tindakan
134

Berdasarkan perbandingan purata markah keseluruhan kelima-lima ujian tindakan diatas, terbukti bahawa
kemahiran membaca perkataan berpola KV+KV dalam kalangan peserta kajian meningkat dengan
menggunakan Kaedah Bergred ini. Hal ini kerana jika dilihat pada perbandingan purata markah
keseluruhan pada kelima-lima ujian tindakan diatas jelas menunjukkan setiap kali pelaksanaan tindakan
intervensi dilakukan, terdapat peningkatan yang ditunjukkan pada purata markah ujian tindakan peserta
kajian. Hal ini bermakna, penggunaan aktiviti intervensi Namakan Saya sebagai intervensi untuk
Tindakan Pertama, Kenali Saya sebagai intervensi Tindakan Kedua, Pilih Saya sebagai Tindakan
Ketiga, Lengkapkan Saya sebagai Tindakan Keempat dan Bacalah Saya sebagai Tindakan Kelima
menunjukkan peningkatan kemahiran membaca perkataan KV+KV dalam kalangan peserta kajian.
Daya Tumpuan Murid
Bagi melihat peningkatan tumpuan murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan,
instrumen pemerhatian telah digunakan untuk melihat kekerapan memberi tumpuan peserta kajian dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Terdapat 9 item yang akan dinilai dari pemerhatian
yang dijalankan. Senarai semak digunakan bagi membuat pemerhatian terhadap tingkah laku tidak
memberi tumpuan tersebut. Pemerhatian dibuat sebelum intervensi dan selepas intervensi dijalankan
setelah penggunaan Kaedah Bergred dilaksanakan. Rajah dibawah menunjukkan peningkatan tumpuan
murid terhadap pembelajaran yang dijalankan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.


Rajah 3: Perbandingan kekerapan Tingkah Laku Tidak Memberi Tumpuan Sebelum dan Selepas
Intervensi.



0
2
4
6
8
10
12
14
16
PK1 PK2 PK3 PK4
Perbandingan Skor Pemerhatian Sebelum dan Selepas
Intervensi
Skor Sebelum
Skor Selepas
13
5
15
5
11
2
15
8
135

Berdasarkan rajah 3 di atas, graf bar menunjukkan secara jelas penurunan kepada bilangan kekerapan
tingkah laku tidak memberi tumpuan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Penurunan secara
mendadak ini menunjukkan peningkatan peserta kajian memberi tumpuan dalam aktiviti bacaan yang
dijalankan. Ini sekaligus membuktikan bahawa pelaksanaan tindakan intervensi Kaedah Bergred yang
menggunakan konsep belajar secara berperingkat atau ansur maju dari aktiviti yang mudah kepada yang
lebih susah ini sekaligus dapat menarik tumpuan peserta kajian untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya
terhadap aktiviti bacaan yang dijalankan. Pengkaji juga mendapati peserta kajian lebih cakna dan fokus
dalam aktiviti bacaan yang dijalankan. Hal ini terbukti apabila peserta kajian PK1 telah mencatat
penurunan skor pemerhatian kekerapan tidak memberi tumpuan sebanyak 8 penurunan iaitu daripada skor
markah 13/15 bilangan kekerapan kepada 5/15 selepas intervensi dijalankan. Peserta kajian PK2 pula
mencatat penurunan skor pemerhatian kekerapan tidak memberi tumpuan sebanyak 10 penurunan iaitu
daripada skor markah 15/15 bilangan kekerapan kepada 5/15 selepas intervensi dijalankan. Peserta kajian
PK2 ini menunjukkan penurunan skor pemerhatian kekerapan tingkah laku tidak memberi tumpuan yang
paling tinggi berbanding peserta kajian yang lain. Peserta kajian PK3 pula mempamerkan bilangan 11/15
kekerapan tingkah laku tidak memberi tumpuan sebelum intervensi dijalankan. Namun selepas intervensi
dijalankan peserta kajian PK3 ini menunjukkan momentum fokus yang lebih efisyen berbanding peserta
kajian yang lain apabila mencatat penurunan sehingga 2/15 bilangan kekerapan tidak memberi tumpuan.
Peserta kajian PK4 pula menunjukkan penurunan sebanyak 7 kekerapan selepas intervensi dijalankan iaitu
daripada skor markah 15/15 kepada 8/15.
Kesimpulan
Perbincangan dan Refleksi
Berdasarkan keseluruhan data yang telah dianalisis melalui tiga kaedah pengumpulan data iaitu melalui
ujian pra dan ujian pos, ujian lisan dan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak, pengkaji dapat
membuat rumusan ringkas bahawa berlaku peningkatan pada penguasaan kemahiran membaca perkataan
berpola KV+KV melalui penggunaan Kaedah Bergred yang digunakan ini. Selain itu, kaedah yang
dilaksanakan ini juga turut memberi impak yang positif terhadap tumpuan serta keseronokan murid dalam
mempelajari subjek Bahasa Malaysia terutama dalam kemahiran membaca ini yang dirasakan sangat sukar
bagi mereka. Peserta kajian juga kelihatan sangat mudah untuk dikawal dan mereka lebih memberi
tumpuan kepada setiap arahan guru selepas tindakan intervensi dijalankan. Pendedahan suasana
pembelajaran yang berbeza memberi semangat dan daya penarik kepada peserta kajian untuk memberi
tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Justeru itu, amalan pengajaran yang
ringkas, mudah dan kreatif oleh guru sangat penting bagi memberi impak yang efektif terhadap
penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV dalam kalangan murid terutama bagi murid
pendidikan khas.
Cadangan Penambahbaikan
Bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih baik, beberapa penambahbaikkan boleh dilakukan oleh guru ke
atas murid yang mengalami masalah membaca ini. Latih tubi membunyikan huruf dan suku kata berupaya
membantu murid mengecam bunyi suku kata dengan betul. Ini sekaligus dapat membantu mereka
membatangkan suku kata dan membaca perkataan dengan baik terutamanya bagi perkataan yang
mempunyai pola suku kata terbuka ini. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seperti
penggunaan Power Point dan audio boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar. Hal ini kerana
penggunaan aplikasi Power Point atau audio berupaya menarik tumpuan murid khususnya murid-murid
Pendidikan Khas ini untuk memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Selain itu, saya mencadangkan supaya setiap aktiviti diberi peneguhan secara kerap dan guru haruslah
sentiasa mengulangi pembelajaran yang lalu kepada murid di samping memperkenalkan perkara yang
baru.

136


Cadangan Kajian Lanjutan
Maka diharapkan untuk kajian selanjutnya pengkaji dapat memperluaskan skop kajian kepada
membaca perkataan yang melibatkan perkataan dua suku kata yang mengandungi suku kata tertutup.
Diharapkan juga Kaedah Bergred yang digunakan dalam kajian ini dapat diperkemaskan lagi dan
dijadikan sebuah modul pengajaran yang boleh digunakan oleh semua guru. Kaedah ini sangat berkesan
dan memerlukan tempoh masa yang berterusan. Selain itu, pengkaji lain yang ingin menyambung kajian
saya, perlulah merancang tempoh masa yang sesuai atau dipanjangkan masa pelaksanaan untuk setiap
aktiviti yang berlangsung bagi membantu murid meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca
perkataan ini.
Rujukan
Abdillah (2009), Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan
Tiga Suku Kata Terbuka KV+KV+KV. Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBI.
Tahun 2009. Institut Pendidikan Guru Kampus Bati Lintang Sarawak 72.78
Aspalaila Maslinda. (2006). Meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi
perkataan gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK. Jurnal Kajian Tindakan
Negeri Johor 2006. Sekolah Rendah Johor 1-8
Nik Mohd Asri (2012) Meningkatkan Penguasaan Membaca Perkataan Berpola Suku Kata KV+KVK,
KVK+KV dan KVK+KVK. Laporan Penyelidikan Tindakan Nov 2012. Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn Hashim Musa. Abdul Hamid (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur DAwama Sdn. Bhd.
Nor Fatihah binti Nordin (2009) Penggunaan Kaedah Permainan Bahasa dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Tahun Lima. Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Open University Malaysia.
Ros Adila (2012) Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata KV+KV bagi Murid
Tahun 4. Laporan Penyelidikan Tindakan Nov 2012. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu.
Roziah Abd Hamid (2005) Meningkatkan Kemahiran Membaca murid-murid Tahun 1 dengan Latih Tubi
Menggunakan Suku Kata dan Gambar. Prosiding Seminar penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Kedah 92-99
Siti Hajar Abd. Aziz (1996). Permainan Bahasa untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Siti Rosmah Saripah (2006) Ting-ting Minda Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan
Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV+KVK. Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal
Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah. 1-14





137


MEMBANTU MURID MENGENAL NOMBOR 6 HINGGA 9

Siti Aisyah Binti Khalid
Dr. Abdullah Bin Yusoff

Abstrak

Kajian ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 dengan
menggunakan kad imbasan nombor serta peneguhan seperti gunting, penebuk lubang dan riben
sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini melibatkan 3 orang murid Pendidikan Khas yang
berusia 10 hingga 12 tahun daripada sebuah sekolah di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Kajian ini
dijalankan berpandukan model kajian tindakan Laidlaw yang telah diperkenalkan pada tahun
1992. Bagi mengumpul data, kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan
analisis dokumen. Kanak-kanak gemarkan sesuatu yang menarik, boleh disentuh dan boleh direka
cipta, oleh itu, pengkaji menggunakan kad imbasan nombor berwarna-warni dan diinovasikan
melalui penggunaan pelbagai alat peneguhan berupa gunting, penebuk lubang dan riben sebagai
bahan bantu mengajar dengan melaksanakan 3 aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Kajian
ini juga bertujuan untuk meningkatkan tumpuan dan kebolehan psikomotor halus murid di
samping mewujudkan suasana pembelajaran langsung yang menarik. Setelah menjalankan
intervensi, ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam kemahiran mengenal
nombor 6 hingga 9 dengan memperoleh keputusan ujian pos yang baik berbanding dengan ujian
pra. Ini menunjukkan kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 dalam kalangan murid Pendidikan
Khas bermasalah pembelajaran telah dapat ditingkatkan. Oleh itu, pada masa akan datang,
pengkaji berharap kajian ini dapat digunakan lagi secara meluas serta lebih bermakna dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi meningkatkan penguasaan mengenal nombor
dalam kalangan murid Pendidikan Khas.

Pengenalan

Matematik merupakan mata pelajaran yang ingin difokuskan dalam kajian ini. Penguasaan asas nombor
merupakan elemen asas dalam Matematik yang perlu dikuasai oleh murid bagi memudahkan mereka untuk
menjalani kehidupan seharian. Murid bermasalah pembelajaran mempunyai tahap kognitif yang rendah
menyebabkan mereka sukar menguasai kemahiran tersebut. Murid ini juga berbeza dengan murid biasa
dalam beberapa aspek seperti fizikal, intelek dan sosial, bentuk badan dan koordinasi motor. Dalam aspek
sosial, murid bermasalah pembelajaran ini mempunyai tahap tumpuan yang singkat terhadap apa yang
diterima oleh mereka. Murid bermasalah pembelajaran juga mempunyai tahap kognitif yang rendah
menyebabkan mereka sukar menguasai sesuatu isi pembelajaran walaupun melibatkan topik yang rendah.
Menurut Rohani Abdullah (2003), urutan perkembangan pembelajaran Matematik di dalam komponen
kognitif melalui tiga tahap yang pertama tahap konkrit di mana ia menggunakan bahan maujud dan objek,
kedua pula adalah tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram manakala tahap yang ketiga adalah
tahap simbol iaitu penggunaan 1, 2, 3 dan seterusnya. Maka ini jelas menunjukkan penguasaan tiga tahap
ini penting dikuasai oleh kanak-kanak bagi menguasai konsep nombor seterusnya persediaan kepada
pembelajaran Matematik yang lebih tinggi. Menurut Rohani Abdullah et.al (2004), pada peringkat awalnya
kanak-kanak akan menghafal turutan nombor tanpa mengetahui sebarang makna di sebalik nombor-
nombor yang disebut. Oleh itu, pengalaman daripada melakukan aktiviti praktik atau lebih dikenali sebagai
hands on penting bagi meningkatkan lebih kefahaman konsep nombor kerana pembelajaran berkaitan
nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman.

138



Fokus Kajian
Isu Kajian
Sewaktu menjalankan latihan praktikum di sebuah sekolah di daerah Pasir Puteh, Kelantan, pengkaji telah
menghadapi masalah murid tidak mengenal nombor 6 hingga 9 semasa mengajar mata pelajaran
Matematik. Apabila mengajar tajuk 2.0 Nombor bulat dalam lingkungan 10, tiga orang murid tidak
mengenal simbol nombor 6 hingga 9 yang ditunjukkan. Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, mereka mampu menyebut nombor 6 hingga 9 dengan baik tetapi apabila
ditunjukkan nombor tersebut secara rawak, mereka tidak dapat menamakan nombor tersebut dengan betul
malah keliru dan tertukar dengan nombor yang lain. Sebagai contoh, semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran, pengkaji telah menggunakan ketinting nombor. Semasa pengkaji menyebut nombor 1
sehingga 5 secara rawak, mereka boleh melompat di atas nombor tersebut dan menyebut nombor dengan
betul. Tetapi apabila pengkaji menyebut nombor 6 hingga 9 pula, mereka kelihatan teragak-agak untuk
melompat, malah apabila sudah melompat mereka tidak dapat menyebut, tertukar dan keliru terhadap
simbol nombor tersebut. Apabila masalah ini terjadi, pengkaji terpaksa mengajar topik yang sama bagi
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Kesannya, murid berasa bosan dan tidak memberikan
tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Mereka mengganggu rakan, keluar dari
kelas dan mengambil alat permainan seperti lego untuk bermain. Pengkaji merumuskan bahawa murid-
murid hanya menghafal tanpa mengenal simbol nombor tersebut. Kebanyakan daripada mereka sudah
mengenali nombor 1 hingga 5, oleh itu pengkaji memfokuskan nombor 6 sehingga 9 sahaja kerana tahap
murid yang sangat rendah dan mereka memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk menguasai
kemahiran mengenal nombor ini.
Tujuan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal nombor 6 hingga 9
dengan mudah. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tumpuan dan kebolehan psikomotor halus
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif yang berikut:
I. Objektif umum:
Murid dapat mengenal nombor 6 hingga 9 dengan betul
II. Objektif khusus:
1. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9
2. Meningkatkan tumpuan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
3. Meningkatkan kebolehan psikomotor halus murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran
Soalan Kajian
1. Adakah kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 dapat ditingkatkan?
2. Adakah tumpuan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan?
3. Adakah kebolehan psikomotor halus murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
dipertingkatkan?

139




Sorotan Literatur

Berdasarkan kajian Brownell (dalam Nur Syamira 2013), keupayaan untuk menangani masalah dalam
operasi nombor dapat diatasi melalui penguasaan konsep asas Matematik. Kegagalan menguasai konsep
asas nombor dengan baik akan menimbulkan rasa benci dalam diri kanak-kanak terhadap kemahiran
menyelesaikan operasi nombor. Hal ini turut disokong oleh Nik Aziz (1992), yang mengatakan
pemahaman kepada sesuatu konsep akan membantu murid mengaplikasikannya dalam topik Matematik
yang lain. Matematik merupakan contoh pemikiran logik untuk membentuk konsep nombor kanak-kanak
yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-
kanak. Menguasai kemahiran asas Matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang
murid. Hal ini kerana Matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Hal ini disokong oleh Easter
(2012), menyatakan banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran Matematik
untuk menyelesaikannya. Oleh itu, adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran asas terutamanya kemahiran mengenal nombor agar mereka boleh menjalani
kehidupan dengan lebih terancang dan selesa.

Siti Nabila (2012) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk melihat sejauh mana tumpuan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah terapi main. Hasil yang diperoleh
menunjukkan kaedah terapi main mampu meningkatkan daya tumpuan terhadap murid bermasalah
pembelajaran. Beliau juga menyatakan tumpuan adalah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian
peserta kajian kerana terdapat hubungan positif antara tumpuan semasa belajar dengan pencapaian dalam
Matematik.

Noriati et.al (2009:34) menyatakan pembelajaran langsung merujuk kepada learning-by-doing, iaitu
murid akan belajar jika mereka melakukan aktiviti pembelajaran secara langsung. Oleh itu, dalam hal ini
murid akan lebih mudah memahami sesuatu konsep yang ingin diajar oleh guru melalui aktiviti praktikal
yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian yang dijalankan oleh Broody dan
Ginsburg (dalam Nurul Amirah dan Zaidatun, 2008) ke atas kanak-kanak menunjukkan bahawa bagi
menggalakkan pembelajaran yang bermakna kepada pelajar, pengajaran Matematik perlu dimulakan
dengan pengalaman sebenar belajar menggunakan BBM yang mampu membantu penguasaan konsep
Matematik yang lebih mantap. Oleh tu, keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak belajar melalui
proses semasa membuat sesuatu aktiviti. Dalam erti kata lain, kanak-kanak belajar melalui kegiatan
membuat sesuatu aktiviti secara praktikal.
Yusnia (2013), kemahiran psikomotor melibatkan gabungan koordinasi pergerakan otot-otot kecil dengan
organ-organ deria, contohnya pergerakan otot di jari-jari tangan dengan mata. Aktiviti yang melibatkan
otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot
menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain seterusnya memberi impak
yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya konsentrasi murid-murid
Pendidikan Khas. Khadijah et.al (2006), telah memetik pendapat Thorndike menyatakan rangsangan dan
gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang akan menguasai sesuatu
kemahiran jika dia membuat latihan berulang kali kerana melalui pengulangan dia akan dapat
mengingatinya dengan lebih mudah.
Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Kumpulan Sasaran

140

Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki yang mengikut
Program Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran. Ketiga-tiga peserta kajian tidak mempunyai masalah
dalam kecatatan fizikal dan mampu untuk menjalankan semua aktiviti yang dirancang.


Reka Bentuk Kajian

Kajian tindakan ini dilaksanakan berdasarkan Model Reka Bentuk Laidlaw (1992). Model ini terhasil
setelah berlaku pengubahsuaian daripada Model Penyelidikan Kurt Lewin 1946 (Rosinah Edinin, 2011).









Mengenalpasti Isu
Masalah yang dihadapi oleh murid dikenalpasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
dilaksanakan dan juga dalam ujian diagnostik. Masalah utama yang dikenalpasti ialah peserta kajian tidak
dapat mengenal nombor 6 hingga 9, tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dan mempunyai kebolehan psikomotor halus yang lemah.
Merancang Tindakan
Pengkaji telah merancang 3 tindakan dengan setiap aktiviti yang berbeza. Tindakan 1 ialah aktiviti Jom
Sebut dan Gunting, Tindakan 2 ialah aktiviti Mari Menebuk Lubang, dan Tindakan 3 ialah aktiviti
Mari Menganyam.
Pelaksanaan Tindakan
Berikut merupakan tindakan yang dilakukan:
Langkah 1: Ujian Diagnostik
Ujian Diagnostik dijalankan semasa praktikum semester lepas untuk mengetahui masalah peserta
kajian.
Langkah 2: Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan kepada peserta kajian untuk membuat pemerhatian terhadap pengecaman
mereka dalam mengenal nombor 6 hingga 9. Ia dijalankan sebelum Tindakan 1, 2 dan 3 dilaksanakan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 3: Tindakan 1 - Aktiviti Jom Sebut dan Gunting
Peserta kajian ditunjukkan kad imbasan 6 hingga 9 yang bersaiz besar dan berwarna-warni secara
berselerak pada papan putih dan dikehendaki mengenalpasti dan mengambil kad imbasan
berdasarkan nombor yang disebut guru. Peserta kajian yang berjaya mengambil nombor yang betul
dikehendaki menyebut nombor tersebut. Sekiranya betul peserta kajian diberi peneguhan berupa
gunting untuk menggunting kad imbasan nombor tersebut. Peserta kajian yang tidak berjaya,
Tinjauan
- Mengenalpasti isu
Perancangan
- Merancang
tindakan
Tindakan
- Melaksanakan
tindakan
Penilaian
- Mengumpul dan
menganalisis data
Refleksi
- Rumusan
Rajah1: Model Reka Bentuk Laidlaw (1992)

141

dikehendaki berusaha mengenalpasti dan mengambil kad imbasan nombor dengan betul berdasarkan
nombor yang disebut guru sehingga berjaya.




Langkah 4: Lembaran Kerja 1
Selepas melakukan Aktiviti 1, murid akan diberikan dengan Lembaran Kerja 1 bagi melihat tahap
kemahiran mereka dalam mengenal nombor setelah menjalani intervensi.
Langkah 5: Tindakan 2 - Aktiviti Mari Menebuk Lubang
Peserta kajian dikehendaki menyebut nombor yang telah berjaya digunting berdasarkan warna yang
disebut guru. Sekiranya berjaya menyebut nombor berdasarkan warnanya dengan betul, peserta
kajian akan diberi peneguhan iaitu penebuk untuk menebuk lubang pada sekeliling nombor yang
telah digunting tersebut. Bagi nombor yang seterusnya, peserta kajian tidak akan menyebut nombor
yang sama kerana nombor tersebut sudah ditebuk. Oleh itu, peserta kajian akan berusaha menyebut
nombor dengan betul.
Langkah 6: Lembaran Kerja 2
Lembaran kerja 2 diberikan kepada peserta kajian selepas melakukan intervensi dalam Aktiviti 2 bagi
melihat perbandingan antara Lembaran Kerja 1 dan Lembaran Kerja 2.
Langkah 7: Tindakan 3 - Aktiviti Mari Menganyam
Guru akan menyebut salah satu nombor yang telah digunting dan ditebuk dan peserta kajian perlu
peka terhadap sebutan guru. Peserta kajian perlu mengangkat dan menyebut nombor berdasarkan
sebutan guru terhadap satu-persatu nombor yang telah digunting dan ditebuk. Sekiranya peserta
kajian berjaya mengangkat dan menyebut nombor yang betul kepada guru, peneguhan berupa riben
akan diberikan dan peserta kajian berpeluang menyulam nombor pada lubang yang telah ditebuk.
Langkah 8: Lembaran Kerja 3
Selapas melaksanakan Aktiviti 3, murid akan diberikan dengan Lembaran Kerja 3 untuk melihat
sejauh mana pencapaian murid setelah melakukan aktiviti di dalam Tindakan 3
Langkah 9: Ujian Pos
Ujian Pos diberikan pada minggu keempat iaitu selepas selesai ketiga-tiga intervensi ke atas peserta
kajian untuk membuat pemerhatian terhadap pengecaman mereka dalam mengenal nombor 6 hingga
9.

Mengumpul dan Menganalisis Data

Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada ujian pra, ujian pos,
pemerhatian menggunakan senarai semak dan analisis dokumen. Dapatan yang diperolehi telah dianalisis
dan ditafsir bagi menentukan kajian yang dijalankan telah berjaya atau sebaliknya. Data ini dikumpul
selama empat minggu, yakni sepanjang kajian ini dijalankan.

Membuat Refleksi

Di peringkat refleksi, pengkaji cuba merumuskan apa yang telah difahami atau dipelajari tentang proses
pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan amalan mengajar yang telah dilaksanakan. Semasa
membuat refleksi, pengkaji cuba menilai, menghurai dan memikirkan secara menyeluruh segala aspek
yang berkaitan dengan permasalahan pengajaran dan pembelajaran serta reaksi pengkaji dan peserta kajian
semasa kajian dilaksanakan.

Kesimpulan

142

Model Laidlaw (1992) merupakan model yang telah dipilih oleh pengkaji dalam kajiannya kerana ia
bertepatan dengan apa yang ingin pengkaji jalankan sepanjang proses pelaksanaan kajian tindakan iaitu
membantu murid meningkatkan kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 menggunakan aktiviti learning
by doing. Melalui penggunaan Model Laidlaw (1992) ini, pengkaji dapat menjalankan kajiannya dengan
lebih teratur, licin dan berstruktur dan semestinya mudah difahami oleh pembaca kelak.


Dapatan Dan Refleksi

Keberkesanan

Keputusan Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos


Rajah 2: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Rajah 2 di atas menunjukkan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos. Keputusan Ujian Pra bagi
ketiga-tiga peserta kajian pada mulanya sangat rendah kerana masing-masing memperolehi keputusan
kurang daripada 40%. Keputusan Ujian Pra bagi peserta kajian 1 ialah 32% sebelum menjalani intervensi.
Selepas intervensi diberikan, keputusan Ujian Pos meningkat apabila peserta kajian mendapat 84%.
Peningkatan peratus sebanyak 52% iaitu daripada 32% menjadi 84%. Manakala keputusan Ujian Pra bagi
peserta kajian 2 ialah 28% berbanding dengan Ujian Pos iaitu 80%. Ini menunjukkan peningkatan
sebanyak 52% iaitu daripada 28% menjadi 80%. Bagi peserta kajian 3 pula, jumlah markah bagi Ujian Pra
ialah 36% meningkat kepada 92%. Ini menunjukkan peningkatan paling tinggi berbanding peserta kajian
yang lain iaitu sebanyak 56%. Keputusan Ujian Pos bagi ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan
peningkatan berbanding dengan Ujian Pra. Hal ini menunjukkan tindakan yang dilaksanakan berjaya
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal nombor. Peningkatan yang
ditunjukkan membuktikan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran langsung yang bersifat praktikal
dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 ini sememangnya memberi impak positif
kepada peserta kajian. Hal ini bermakna, objektif kajian yang pertama iaitu meningkatkan kemahiran
mengenal nombor 6 hingga 9 adalah berjaya dan tercapai. Sekiranya tidak berlaku peningkatan markah
antara Ujian Pra dan Ujian Pos, ini bermakna kaedah praktikal yang menggunakan kad imbasan nombor,
gunting, penebuk lubang dan riben sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai digunakan
dalam meningkatkan kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 murid-murid bermasalah pembelajaran.




PK1 PK2 PK3
ujian pra 32 28 36
ujian pos 84 80 92
0
20
40
60
80
100
P
e
r
a
t
u
s

%

Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos
143





Pemerhatian berdasarkan senarai semak
Keputusan Perbandingan Senarai Semak Mengenal Nombor 6 hingga 9


Rajah 3 menunjukkan perbandingan peratus mengenal nombor 6 hingga 9 berdasarkan pemerhatian
dengan menggunakan senarai semak sebelum dan selepas intervensi. Pencapaian yang baik dapat dilihat
dengan meningkatnya markah antara ketiga-tiga peserta kajian. Markah tertinggi yang diperoleh sebelum
intervensi ialah 25%. Manakala markah tertinggi selepas intervensi ialah 100%. Ini menunjukkan peserta
kajian 1 dan 3 berjaya mengenal semua simbol nombor yang ditunjukkan manakala peserta kajian 2
memperoleh 75% kerana berjaya mengenal 3 nombor sahaja. Peserta kajian 1, 2 dan 3 menunjukkan
peningkatan sebanyak 75%. Secara keseluruhannya, melalui perbandingan senarai semak diatas, kesemua
peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam mengenal nombor 6 hingga 9. Oleh itu, hal ini dapat
membuktikan bahawa aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji sangat sesuai untuk diaplikasikan kepada
murid bermasalah pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal nombor 6 hingga
9.

Keputusan Perbandingan Senarai Semak Tumpuan Murid Sebelum dan Selepas Intervensi


0
20
40
60
80
100
PK1 PK2 PK3
sebelum intervensi 25 0 25
selepas intervensi 100 75 100
P
e
r
a
t
u
s

%

Perbandingan Senarai Semak Mengenal Nombor 6 hingga 9
PK1 PK2 PK3
sebelum intervensi 20 40 20
selepas intervensi 100 100 100
0
20
40
60
80
100
P
e
r
a
t
u
s

%

Perbandingan Senarai Semak Tumpuan Murid
Sebelum dan Selepas Intervensi
Rajah 3: Perbandingan Senarai Semak Mengenal Nombor 6 hingga 9
144

Rajah 4: Keputusan Perbandingan Senarai Semak Tumpuan Murid Sebelum dan Selepas Intervensi
Rajah 4 menunjukkan peratus bagi keputusan senarai semak yang telah dijalankan untuk melihat tumpuan
murid sebelum dan selepas intervensi. Graf di atas memperlihatkan peningkatan tumpuan yang mendadak
daripada sebelum intervensi sehingga selepas intervensi dijalankan. Sebelum intervensi, peserta kajian 1
dan 3 yang pada mulanya hanya mendapat 20% dan berjaya mendapat markah penuh selepas intervensi
dijalankan iaitu iaitu 100%. Manakala bagi peserta kajian 2 pula, sebelum intervensi peserta kajian
mendapat 40% berbanding dengan selepas intervensi, peserta kajian berjaya mencapai keputusan 100%.
Kesimpulannya, ketiga-tiga peserta kajian telah memberikan tumpuan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran mengenal nombor 6 hingga 9 melalui aktiviti learning by doing dijalankan. Peserta kajian
memberi tumpuan mungkin kerana pengkaji menggunakan alat-alat peneguhan yang memerlukan murid
menggunakan koordinasi mata-tangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Jadi,
benarlah kenyataan Yusnia (2013) yang mengatakan aktiviti terapi memberi impak yang besar dalam
menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya konsentrasi murid-murid Pendidikan Khas.
Begitu juga Messbauer, Pagliano & Verheul (dalam Yusnia, 2013), berpendapat bahawa terapi bertujuan
meningkat potensi seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri
pada ransangan motivasi seterusnya dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. Jadi, hal ini
menunjukkan bahawa aktiviti yang melibatkan kebolehan psikomotor halus yang telah diaplikasikan oleh
pengkaji mampu meningkatkan tumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Keputusan Perbandingan Senarai Semak Kebolehan Psikomotor Halus Sebelum dan Selepas Intervensi

Rajah 5: Perbandingan Senarai Semak Kebolehan Psikomotor Halus Sebelum dan Selepas Intervensi
Rajah 5 menunjukkan peratus bagi keputusan senarai semak untuk melihat kebolehan psikomotor halus
peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian 1
memperoleh 20% berbanding dengan selepas intervensi dijalankan iaitu mendapat keputusan sebanyak
100%. Begitu juga bagi peserta kajian 2 yang pada mulanya hanya mendapat 20% sebelum intervensi dan
berjaya mendapat markah penuh selepas intervensi iaitu 100%. Manakala bagi peserta kajian 3 pula,
sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian mendapat markah paling rendah iaitu 0% kerana mempunyai
kebolehan psikomotor halus yang sangat lemah. Hal ini mungkin kerana peserta kajian tidak pernah
menjalani terapi motor halus dan tidak pernah didedahkan dengan alat-alat berkaitan dengan terapi motor
halus. Justeru keadaan ini menyebabkan peserta kajian tidak pandai memegang alat-alat yang disediakan
dalam aktiviti. Tetapi selepas intervensi dijalankan, peserta kajian 2 menunjukkan peningkatan yang
mendadak dan berjaya mencapai keputusan 100%. Kesimpulannya, ketiga-tiga peserta kajian berjaya
memperoleh markah penuh bagi analisis kebolehan psikomotor halus semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mengenal nombor 6 hingga 9 dengan menggunakan alatan seperti gunting, penebuk lubang
serta riben sebagai peneguhan dan bahan bantu mengajar. Peningkatan kebolehan psikomotor halus ini
0
20
40
60
80
100
PK1 PK2 PK3
sebelum intervensi 20 20 0
selepas intervensi 100 100 100
P
e
r
a
t
u
s

%

Perbandingan Senarai Semak Kebolehan Psikomotor
Halus Sebelum dan Selepas Intervensi
145

berlaku kerana peserta kajian telah membuat aktiviti menggunting, menebuk dan menganyam secara
berulang-ulang pada kad imbasan nombor 6 hingga 9. Jadi, benarlah apa yang dinyatakan oleh Yusnia
(2013) bahawa aktiviti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang lama dan perlu dilakukan
berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid boleh melakukan sendiri tanpa
bantuan orang lain. Begitu juga dengan Khadijah et.al (2006), telah memetik pendapat Thorndike yang
menyatakan bahawa rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-
ulang. Oleh itu, seseorang akan menguasai sesuatu kemahiran jika dia membuat latihan secara berulang
kali kerana melalui pengulangan dia akan dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih mudah.
Analisis Dokumen
Perbandingan Keputusan Lembaran Kerja 1, 2 dan 3

Rajah 6: Perbandingan Keputusan Lembaran Kerja 1, 2 dan 3
Rajah 6 menunjukkan keputusan Lembaran Kerja yang telah dilaksanakan oleh peserta kajian. Untuk
Lembaran Kerja 1, peserta kajian 1 dan 3 masing-masing memperoleh 20% manakala peserta kajian 2
memperoleh 40%. Secara keseluruhannya, dalam Lembaran Kerja 1 peserta kajian memperoleh markah di
antara 20% hingga 40%. Bagi Lembaran Kerja 2 pula, peserta kajian 1 mendapat 60%, peserta kajian 2
pula mendapat 40% dan peserta kajian 3 ialah 80%. Bagi keputusan Lembaran Kerja 2 peserta kajian 1
meningkat sebanyak 40% iaitu daripada 20% menjadi 60%. Peserta kajian 2 tidak menunjukkan
peningkatan iaitu mendapat markah yang sama bagi Lembaran Kerja 1 dan 2 iaitu 40%. Hal ini mungkin
kerana peserta kajian belum menguasai kemahiran mengenal nombor 6 hingga 9 dan masih keliru dengan
nombor-nombor tersebut. Tambahan lagi, Lembaran Kerja 2 lebih tinggi aras kesusahannya berbanding
Lembaran Kerja 1. Peserta kajian 3 pula meningkat sebanyak 60% iaitu daripada 20% menjadi 80%. Bagi
Lembaran Kerja 3 pula, peserta kajian 1 menunjukkan peningkatan sebanyak 40% iaitu 60% menjadi
100%. Peserta kajian 2 memperoleh keputusan yang menaik jika dibandingkan dengan Lembaran Kerja 2
iaitu 40% menjadi 80%. Peningkatan sebanyak 40%. Manakala bagi peserta kajian 3, keputusannya juga
menunjukkan peningkatan iaitu 80% menjadi 100%. Kesimpulannya, semua peserta kajian menunjukkan
peningkatan untuk semua lembaran kerja yang diberikan sekaligus membuktikan bahawa intervensi yang
dijalankan dapat membantu murid dalam melaksanakan lembaran kerja mengenal nombor 6 hingga 9.

Kesimpulan
Rumusan
Saya berharap kajian ini dapat membantu murid dalam mengenal nombor 6 hingga 9 dengan mudah.
Melalui kaedah menggunakan kad imbasan nombor 6 hingga 9 beserta peneguhan yang mampu membantu
meningkatkan kebolehan psikomotor halus murid iaitu gunting, penebuk lubang dan riben sebagai Bahan
Bantu Mengajar, ia bukan sahaja dapat menarik minat murid kerana menggunakan aktiviti yang
memerlukan pergerakan motor halus yang aktif malah ianya merupakan satu inovasi dan kaedah dalam
menghasil serta mengaplikasikan BBM yang mampu membantu murid bermasalah pembelajaran
PK1 PK2 PK3
Lembaran Kerja 1 20 40 20
Lembaran Kerja 2 60 40 80
Lembaran Kerja 3 100 80 100
0
20
40
60
80
100
P
e
r
a
t
u
s

%

Perbandingan Keputusan Lembaran Kerja 1, 2 dan 3
146

meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenal nombor 6 hingga 9. Di samping mewujudkan aktiviti
yang menyeronokkan dan memerlukan pergerakan psikomotor halus secara maksimum, penggunaan kad
imbasan nombor serta alat peneguhan ini juga bertindak sebagai ganjaran kepada murid, kerana pada
setiap aktiviti mereka perlu mengaplikasikannya dan selepas menjalankan ketiga-tiga aktiviti, mereka
boleh menggantung dan mempamerkan hasil karya daripada kad imbasan yang dihasilkan dalam bentuk
mobail di dalam kelas. Penggunaan kad imbasan nombor serta peneguhan seperti gunting, penebuk lubang
dan riben ini dapat memberi banyak kesan yang positif kepada murid dan juga kepada proses pengajaran
dan pembelajaran.
Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan ialah mengubah saiz kad imbasan nombor supaya lebih kecil bagi memudah
dan mempercepatkan proses menggunting, menebuk dan menganyam nombor tersebut. Ia juga dapat
menjimatkan masa guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengelakkan murid
dari berasa bosan. Walaupun saiz diubah namun kemahiran mengenal nombor masih mampu dilihat
terhadap murid. Seterusnya, unsur teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga boleh diterapkan
semasa proses pengajaran seperti menggunakan suara kartun untuk menyebut nombor.

Cadangan Kajian Lanjutan
Pada masa akan datang, penggunaan kad imbasan nombor sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM)
mungkin boleh dipertingkatkan lagi dengan menggunakan kad yang mempunyai permukaan yang berbeza-
beza bagi mewakili setiap simbol nombor 6 hingga 9 dan boleh disentuh melalui deria sentuhan. Guru
juga boleh mempelbagaikan alat peneguhan seperti menggunakan gunting, penebuk lubang dan riben
pelbagai corak. Hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan tumpuan dan minat murid terhadap aktiviti
mengenal nombor, malah ianya dapat memberi satu keseronokkan dan juga pengalaman baru kepada
murid-murid.
Rujukan

Easter G. Lambagan. (2012). Kemahiran Asas Matematik. Akses pada 22 Ogos 2014, dari
http://www.scribd.com/doc/78918258/Kemahiran-Asas-Matematik.
Khadijah Rohani Mohd Yunus et.al. (2006). HBEF2103 Piskologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open
Universiti Malaysia.
Nik Aziz Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid Dan Alam Belajar.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nur Syamira Bt Mohamad Shukri. (2013). Tambah Sampai Pandai. Tesis tidak diterbitkan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Malaysia.
Nurul Amirah Mohd Razali dan Zaidatun Tasir. (2008). Rekabentuk Sistem Pembelajaran Konsep
Nombor Berasaskan Pendekatan PermainanYang Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak. Akses pada 18 Mac 2014, dari http://eprints.utm.my/7988/1/EDUPRES_(F3)_8.pdf
Rohani Abdullah. (2003). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sabri Ahmad. (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Siti Nabila Binti Azman. (2012). Meningkatkan Daya Tumpuan Murid Masalah Pembelajaran Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Terapi Main. Tesis tidak
diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Malaysia.
Yusnia. (2013). Perkembangan Kemahiran Motor Halus Kanak-kanak Tadika Dalam Menggunting Dan
Faktor Yang Mempengaruhinya. Akses pada 24 Ogos 2014 dari
147

http://www.scribd.com/doc/128425185/BAB-2-TESIS-Perkembangan-Kemahiran-Motor-Halus-
Kanak-kanak-Tadika-Dalam-Menggunting-Dan-Faktor-Yang-Mempengaruhinya



MENGURANGKAN MASALAH TINGKAH LAKU DISTRUPTIF MURID PENDIDIKAN KHAS
DENGAN PENGGUNAAN BILIK EKSPLORASI CAHAYA

Mohd Izzat Syafiq Bin Ramlan
En Nik Azhar Bin Ab Rahman


Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku distruptif murid-
murid pendidikan khas. Tujuan kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti jenis peneguhan
yang berkesan samada peneguhan positif ataupun peneguhan negatif. Kajian ini telah
dijalankan ke atas tiga orang peserta kajian di salah sebuah sekolah di daerah Pasir Mas,
Kelantan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang murid
lelaki. Masalah yang dihadapi oleh peserta kajian adalah sindrom down. Tinjauan awal
mendapati bahawa murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah distruptif ini kerap
untuk mengganggu rakan-rakan di dalam kelas terutamanya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian, temubual, rakaman video dan
gambar. Model kajian ini adalah berasaskan Model Stephen Kemmis dan Mc Taggart yang
diadaptasi daripada pandangan Lewin. Lewin menyarankan empat prosedur utama dalam
sesebuah kajian iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Instrumen yang telah
digunakan terhadap kedua-dua objektif ialah dengan menggunakan data kualitatif iaitu
dengan menggunakan pemerhatian dan temubual. Hasil daripada dapatan kajian ini telah
diukur dengan menggunakan perubahan peratusan respons tingkah laku murid dan hasil
temubual guru. Terdapat tiga langkah intervensi yang telah dilaksanakan iaitu time-out, bilik
snoezelen dan bilik gelap. Proses time-out ini hanyalah dilakukan di dalam kelas sahaja
manakala snoezelen dan bilik gelap dijalankan di dalam sebuah bilik yang dikenali sebagai
bilik eksplorasi cahaya. Dapatan data menunjukkan bahawa ketiga-tiga intervensi ini dapat
mengurangkan tingkah laku distruptif murid pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Peneguhan positif iaitu penggunaan dalam bilik snoezelen mendatangkan
pengurangan yang lebih baik berbanding dengan peneguhan negatif iaitu penggunaan bilik
gelap. Kajian ini diharapkan dapat digunakan secara meluas dan diolah dengan lebih kreatif
bagi mengurangkan masalah distruptif murid-murid pendidikan khas.

Pengenalan

Kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan
disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses
pembelajaran. Tingkah laku merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang individu. Tingkah laku
negatif adalah merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses
pembelajaran dalam kelas. Ini adalah kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka
mengganggu rakan lain malah kanak-kanak ini sering memberontak di dalam kelas dan merupakan antara
148

contoh tingkah laku negatif. Tingkah laku distruptif adalah contoh tingkah laku negatif yang kebiasaannya
wujud bagi kanak-kanak pendidikan khas iaitu sikap mengganggu.








Fokus Kajian

Isu kajian

Kajian ini berfokus kepada penggunaan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif bagi
mengurangkan masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan murid pendidikan khas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Isu kajian ini dikenalpasti semasa pengkaji mengajar di dalam kelas 4.
Terdapat tiga orang murid pendidikan khas di kelas tersebut sering melakukan tingkah laku disruptif
seperti tidak membuat tugasan yang diberikan, mengambil barangan rakan serta mengganggu murid lain
di dalam kelas. Disebabkan hal itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah
peneguhan positif iaitu penggunaan bilik snoezelen dan peneguhan negatif iaitu time-out dan bilik gelap.
Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990), tingkah laku bermasalah adalah tingkah laku yang menggangu
perjalanan kehidupannya. Jika dilihat daripada konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk
kepada sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Tujuan kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah tingkah laku distruptif murid pendidikan khas di
Sekolah Kebangsaan Othman Talib 2, Pasir Mas, Kelantan.

Objektif Kajian

i) Mengurangkan masalah tingkah laku distruptif murid pendidikan khas semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
ii) Mengenalpasti jenis peneguhan yang sesuai bagi mengurangkan tingkah laku distruptif murid
pendidikan khas.

Soalan kajian

i) Adakah masalah tingkah laku distruptif murid pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dikurangkan?
ii) Apakah jenis peneguhan yang sesuai untuk mengurangkan masalah tingkah laku distruptif
murid pendidikan khas?

Kepentingan Kajian

1. Pengkaji dapat memodifikasikan tingkah laku distruptif murid daripada tingkah laku tidak baik
kepada tingkah laku yang lebih baik.
2. Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif di dalam bilik darjah
supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan dan penuh ceria.
149

3. Memperbaiki hubungan baik di antara guru dan murid supaya muri menjadi lebih tekun untuk
belajar.
4. Meningkatkan minat murid dengan pemberian pelbagai jenis peneguhan.







Sorotan Literatur

Kajian mengenai masalah tingkah laku
Kajian juga telah dilakukan oleh tiga orang pelajar daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia iaitu Saadah, Salwan dan Roslee (2009). Kajian mereka adalah bertajuk Kaedah Menangani
Kanak-Kanak Bermasalah Tingkahlaku. Di dalam kajian ini, mereka memfokuskan kepada masalah
tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada ciri-ciri seperti tingkah laku ganas dan
pasif.

Kajian mengenai pengurusan tingkah laku
Kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar daripada Universiti pendidikan Sultan Idris yang
bertajuk Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Pra-Sekolah oleh Bayrei et al. (2008). Mereka
menyatakan bahawa peneguhan merupakan salah satu daripada aspek penting di dalam menguruskan
sesebuah tingkah laku. Melalui peneguhan ini boleh mengurangkan masalah dengan serta merta jika
menggunakan teknik dan strategi yang sesuai. Oleh itu, pemilihan terhadap peneguhan juga penting
supaya ia bersesuaian dengan murid pendidikan khas di dalam mengurangkan masalah tingkah laku
mereka.

Kajian mengenai bilik snoezelen
Kajian dilakukan oleh Siti Azian (2010) mengenai corak tingkahlaku kanak-kanak bermasalah
pembelajaran di bilik snoezelen. Kajian kualitatif ini dilaksanakan dengan melakukan pemerhatian ke atas
kanak kanak bermasalah pembelajaran di sebuah Sekolah Pendidikan Khas terpilih di Kuala Lumpur.
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mendokumentasikan perlakuan motor kanak-kanak, mencatat
corak interaksi kanak-kanak dengan lima peralatan snoezelen yang terdapat di dalam bilik snoezelen, serta
memerhati corak interaksi sosial antara kanak-kanak semasa berada di dalam kumpulan. Seramai lima
orang subjek dengan purata umur 11 tahun terlibat dalam kajian ini. Senarai semak tingkah lakukanak-
kanak bermasalah pembelajaran ketika di dalam bilik snoezelen digunakan sebagai instrumen kajian.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Metodologi / Reka Bentuk Kajian
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih kaedah Model Stephen Kemmis dan Mc Taggart.
Model ini merupakan hasil daripada perkembangan idea Lewin. Untuk menjalankan sesuatu kajian, Lewin
menyarankan empat prosedur utama dalam sesuatu kajian. Prosedur tersebut adalah merancang, bertindak,
memerhati dan merefleks. Model Kemmis dan Mc Taggrt telah menyarankan agar proses ini
menggunakan tindakan gelungan spiral. Gelungan spiral ini bermula dengan satu, kemudian akan menjadi
asas kepada satu isu lain dan satu persoalan akan terjawab akan dan menjana persoalan-persoalan baru.
Kajian yang menggunakan gelungan spiral ini bermula daripada proses perancangan, tindakan,
pemerhatian dan refleksi. Proses refleksi (imbas kembali) yang dilakukan oleh guru terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas merupakan titik tolak kajian ini. Guru perlu memberi
150

perhatian kepada setiap kelebihan dan kelemahan di dalam kelas. Rajah 1 menunjukkan kitaran bagi reka
bentuk kajian.




Rajah 1: Contoh kaedah perancangan berpandukan model Kemmis dan Mc Taggart

1. Merancang
Bagaimanakah guru dapat mengurangan masalah tingkah laku distruptif subjek kajian
2. Bertindak
Memberikan peneguhan positif dan negatif melalui konsep terapi.
Peneguhan positif: memasukkan peserta kajian ke dalam bilik snoezelen 3 minit
Peneguhan negatif: memasukkan peserta kajian ke dalam bilik gelap selama 1 minit
3. Memerhati
Membuat pemerhatian kepada perubahan tingkah laku sampel kajian
4. Merefleks, Adakah tindakan yang dilakukan berhasil atau tidak?


Kumpulan Sasaran
Seramai 3 orang murid sahaja sebagai peserta kajian Ini adalah kerana murid ini mempunyai masalah
distruptif yang agak berat di dalam kelas pendidikan khas. Murid-murid yang dipilih terdiri daripada dua
orang murid perempuan dan seorang murid lelaki

Pelaksanaan Langkah 1
Langkah 1 ini dikenali sebagai langkah time-out. Di dalam langkah ini, peserta kajian diberikan satu
peneguhan negatif iaitu dengan cara mengasingkan peserta kajian daripada rakan-rakan yang lain semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, peserta kajian akan berasa terasing dan tidak boleh
untuk mengganggu rakan-rakan yang lain. Pengasingan ini dilakukan selama 1 minit sahaja untuk melihat
gelagat dan perubahan yang berlaku semasa proses ini dijalankan.
Untuk peringkat pertama, pengkaji mengasingkan secara psikologi sahaja, di mana pengkaji hanya
menghasut rakan-rakan di dalam kelas untuk tidak melayan peserta kajian. Apa sahaja pertanyaan oleh
peserta kajian tidak disahut dan membiarkan peserta kajian bersendirian. Pengkaji telah melihat daripada
perubahan dengan apa yang akan dilakukan oleh peserta kajian jika tidak dilayan oleh guru dan rakan-
rakan yang lain.

Bagi peringkat kedua pula, pengkaji telah mengasingkan peserta kajian jauh sedikit daripada rakan-rakan
yang lain. Peserta kajian diletakkan di sebelah guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji
telah menyediakan satu kerusi khas di hadapan kelas dan meminta peserta kajian untuk duduk di sebelah
pengkaji. Langkah ini dilakukan sebanyak dua kali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu
kedua.
Ke kitaran kedua
jika intervensi gagal
dan seterusnya
151





Perlaksanaan Langkah 2
Langkah perlaksaan di dalam langkah kedua ini adalah dengan cara memberikan peneguhan positif.
Pengkaji akan mengemukakan kepada peserta kajian bahawa terdapat satu bilik gelap yang dipenuhi
dengan lampu warna-warni. Bilik berlampu ini juga dikenali sebagai bilik snoezelan. Dengan bantuan
pembantu pengurusan murid pendidikan khas, pengkaji meminta peserta kajian untuk dimasukkan ke
dalam bilik snoezelen selama 3 minit sahaja. Dari segi psikologinya, perkara yang disukai oleh murid
pendidikan khas ini tidak boleh diberikan di dalam tempoh yang lama. Hal ini bertujuan untuk melihat
perubahan tingkah laku peserta kajian dalam masa yang ditetapkan.


Setelah selesai masuk ke dalam bilik snoezelen selama 3 minit, peserta kajian diletakkan bersama rakan-
rakan yang lain. Dengan ini pengkaji dapat memerhatikan perubahan tingkah laku peserta kajian adakah
peserta kajian masih mengganggu rakan-rakan setelah masuk ke dalam bilik snoezelan. Jikalau peserta
kajian dapat menunjukkan perubahan tingkah laku setelah masuk ke dalam bilik snoezelen, guru akan
memberikan peluang untuk masuk ke dalam bilik snoezelan dengan lebih lama setelah selesai kelas.
Langkah diulang pada pengajaran kedua.

Perlaksanaan Langkah 3
Di dalam perlaksanaan langkah 3 ini, pengkaji telah menggunakan peneguhan negatif untuk
memodifikasikan tingkah laku peserta kajian. Oleh itu, pengkaji telah memilih untuk menguji
keberkesanan bilik gelap. Melalui penggunaan bilik gelap ini, pengkaji berasa yakin bahawa peserta kajian
akan berasa takut untuk tinggal di dalam bilik yang gelap. Bagi perlaksaannnya, pengkaji telah
memasukkan peserta kajian ke dalam bilik gelap dengan bantuan pembantu pengurusan murid pendidikan
khas selama 1 minit
.
Setelah selesai masuk ke dalam bilik gelap selama 1 minit, pengkaji meletakkan peserta kajian bersama
rakan-rakan yang lain. Dengan ini pengkaji dapat memerhatikan perubahan tingkah laku peserta kajian
adakah peserta kajian masih mengganggu rakan-rakan setelah masuk ke dalam bilik gelap. Jikalau peserta
kajian tidak dapat melakukan perubahan tingkah laku, guru akan memasukkan peserta kajian ke dalam
bilik tersebut dengan tempoh lebih lama.

Pengumpulan data
Untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan tidak diragui kesahihan keputusan yang diperoleh,
pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen sebagai bukti pemerolehan data. Antara instrumen yang
pengkaji gunakan adalah dengan menggunakan emerhatian berstruktur dan juga temubual. Antara alat
yang telah pengkaji gunakan untuk pembuktian adalah seperti berikut:
1. Rakaman video dan audio
2. Borang senarai semak (skan)
3. Senarai semak kekerapan
4. Temubual

Hasil Dapatan Dan Refleksi

Objektif 1 : Mengurangkan masalah tingkah laku distruptif murid pendidikan khas semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.

a) Pemerhatian berstruktur
152

Pada objektif 1 pengkaji memfokuskan kepada mengurangkan masalah tingkah laku distruptif murid-
murid pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang telah pengkaji gunakan
adalah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian berstruktur ini memfokuskan kepada pengiraan kekerapan
dan peratusan serta susunan mengikut keutamaan (ranking). Pengkaji telah menggunakan jadual bersama
sepuluh jenis reaksi untuk mengenalpasti tahap pengurangan masalah distruptif peserta kajian. Jadual ini
disediakan bagi setiap langkah intervensi yang pengkaji telah lakukan. Jangkaannya, semakin tinggi
kekerapan yang yang dicapai, semakin kerap tingkah laku distruptifnya.

Objektif yang telah ditetapkan di dalam setiap intervensi adalah mencapai kekerapan reaksi 4 daripada 10
barulah iaberjaya. Hasil kutipan data pengkaji adalah melalui dua kali pengajaran dalam seminggu dan
setiap intervensi yang pengkaji jalankan dibahagikan mengikut minggu selama sebulan. Minggu pertama
dengan memerhati sifat distruptif murid, minggu kedua dengan intervensi pengasingan (time-out), minggu
ketiga dengan intervensi memasukkan murid ke dalam bilik snoezelen dan minggu terakhir dengan
memberikan peneguhan negatif iaitu memasukkan murid ke dalam bilik gelap. Intervensi ini dilakukan
pada setiap pengajaran dan pembelajaran. Setelah menjalankan pemerhatian selama empat minggu, hasil
data yang telah pengkaji susun dan dihuraikan secara keseluruhan berdasarkan jadual pada kedua-dua sesi
pengajaran adalah seperti berikut:
Sifat distruptif yang dilihat adalah:

1 Memukul rakan
2 Mengusik rakan
3 Mengambil barang-barang rakan
4 Menjerit
5 Mengeluarkan kata-kata kesat
6 Tidak membuat tugasan yang diberikan
7 Tidak memberikan respon kepada arahan guru
8 Tidak mendengar arahan guru
9 Membuat bising
10 Ketawa dengan kuat.


Peserta Kajian
Jumlah Kekerapan
Sebelum
Intervensi
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3
P 1 P 2 P 1 P 2 P 1 P2
Peserta Kajian 1 9 8 8 6 6 5 4
Peserta Kajian 2 8 7 7 5 4
Peserta Kajian 3 6 6 6 4 4

*P1 dan P2: Pengajaran pertama dan kedua
Jadual 1: Jumlah Kekerapan Pengurangan Masalah Distruptif Murid Pendidikan Khas Pada Pengajaran
Pertama dan kedua
Jadual 1 menunjukkan Jumlah kekerapan pengurangan masalah distruptif murid pendidikan khas pada
pengajaran pertama dan kedua. Pengajaran dilakukan sebanyak dua kali pada setiap intervensi adalah
untuk menguji keberkesanan setiap intervensi supaya ia betul-betul berkesan. Data menunjukkan bahawa
terdapat pengurangan bagi ketiga-tiga peserta kajian jika dibandingkan dengan sebelum intervensi.
Semasa intervensi pertama peserta kajian 1 dan 2 mencatatkan pengurangan sebanyak satu reaksi.
Manakala, peserta kajian 3 tidak mengalami perubahan. Ketiga-tiga peserta kajian tidak mencapai
indikator 4 daripada 10 reaksi dan diteruskan pada pengajaran kedua dengan intervensi yang sama.
Semasa Pengajaran kedua pada intervensi pertama menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian tidak
terdapat pengurangan reaksi. Maka, ketiga-tiga peserta kajian terus untuk menjalani intervensi kedua

153

Semasa intervensi kedua menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian telah mengalami pengurangan 2
reaksi berbanding dengan intervensi yang pertama. Bagi peserta kajian 3, ia telah mencapai indikator 4
daripada 10 reaksi. Peserta kajian sepatutnya berhenti daripada melakukan intervensi, namun, untuk
memastikan keberkesanan pada intervensi kedua ini, peserta kajian juga akan mengikuti intervensi ini
pada pengajaran kedua.

Pada pengajaran kedua memperlihatkan bahawa peserta kajian 1 tidak mengalami perubahan iaitu masih
sebanyak 6 daripada 10 reaksi. Jadi, peserta kajian 1 akan terus untuk menjalani intervensi ketiga. Bagi
peserta kajian 2 dan 3 pula, kedua-dua peserta kajian ini telah mencapai indikator yang ditetapkkan
dengan 4 daripada 10 indikator dan diberhentikan intervensi terhadap meraka. Namun, jikalau mereka
akan mengalami peningkatan pada masa akan datang, mereka akan terus menjalani intervensi ketiga.

Pada intervensi ketiga menunjukkan hanya peserta kajian 1 sahaja yang menjalani intervensi ketiga ini. Ia
menunjukkan penurunan satu reaksi daripada enam reaksi yang ditunjukkan sebelum ini. Pada pengajaran
kedua, pengkaji mendapati peserta kajian sudah tidak mahu masuk ke dalam bilik gelap. Ini adalah kerana
apabila sudah diberikan amaran sahaja peserta kajian telah tunduk dan takut. Jadi, ia tidak dapat
diteruskan dan pengkaji melihat terdapat satu penurunan reaksi setelah diberikan amaran untuk
memasukkan peserta kajian ke dalam bilik gelap iaitu tidak menganggu rakan. Secara keseluruhan bagi
peserta kajian 1 berkurangan nilai kekerapannya kepada 4 daripada 10 reaksi. Ini mendatangkan berita
baik dan intervensi ditamatkan. Jika ketiga-tiga daripada peserta kajian terus untuk melakukan sikap
distruptif, maka guru boleh menggunakan ketiga-tiga langkah intervensi kerana ketiga-tiganya
mendatangkan pengurangan reaksi negatif. Objektif pengkaji tercapai.

b) Temubual
Temubual ini dijalankan secara berstruktur kepada dua orang pembantu pengurusan murid dan juga
seorang guru pembimbing. Ketiga-tiga responden ini sering bersama pengkaji semasa pengkaji
menjalankan intervensi disamping membantu di dalam pengurusan di dalam intervensi dijalankan. Hasil
dapatan temubual telah disusun pada grafmengikut kod 1-5dan keratan ayat oleh reponden.


Bagi responden 1, beliau telah menyatakan persetujuan penguran tingkah laku distruptif melalui:

Ya, sememangnya ketiga-tiga intervensi ini dapat mengurangkan tingkah laku distruptif murid
pendidikan khas di sekolah ini.

T1R1A1

Responden 2 pula adalah melalui:

Ya, sememangnya dari mata saya. Ketiga-tiga intervensi yang dijalankan sangat sesuai. Saya sebagai
pembantu pengurusan murid juga nampak pengurangan itu berlaku dan pengkaji mengunakan langkah
dengan baik.
T1R2A1

Responden 3:

Ya! Memang berkurang pun. T1R3A1

Bagi menjelaskan lagi keberkesanan temubual yang dijalankan, pengkaji telah meneliti bilangan kod-kod
seperti rajah dibawah:

154


Rajah 2: Jumlah bilangan kod yang dikumpul melalui trasnkripsi temubual ketiga-tiga responden.

Penentuan kod :

Kod 5: Intervensi yang dijalakan tidak sesuai dan harus ditukar.
Kod 4: Murid kelihatan tidak suka dengan langkah intervensi dan peneguhan yang dijalankan.
Kod 3: Intervensi sesuai dan perlu memperbaiki faktor persekitaran.
Kod 2: Intervensi berkesan dengan faktor bimbingan daripada pembantu pengurusan murid dan
Guru.
Kod 1: Intervensi sangat sesuai dan berkesan serta dapat mengurangkan tingkah laku distruptif.

Sebagai kesimpulannya, terdapat tiga belas jumlah kod 1 yang telah dicatat daripada ketiga-tiga
responden. Oleh itu, ia melebihi skor-skor yang lain. Terdapat juga tiga pada kod 2 yang menunjukkan
keberkesanan bantuan daripada guru dan pembantu penguruan murid. Kod 3 dengan dua kekerapan yang
menunjukkan perlunya memperbaiki dari segi persekitaran intervensi dan kod 4 dengan dua kekerapan
menunjukkan murid tidak suka dengan intervensi yang dikenakan terhadap mereka. Jadi, ketiga-tiga
intervensi ini sememangnya mendatangkan kepada pengurangan tingkah laku distruptif murid pendidikan
khas di sekolah ini dengan bukti tiga belas bilangan pada kod 1. Objektif pengkaji untuk melihat
pengurangan masalah tingkah laku distruptif murid pendidikan khas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran telah tercapai.

Objektif 2: Mengenalpasti jenis peneguhan yang sesuai bagi mengurangkan tingkah laku distruptif murid
pendidikan khas.

a) Pemerhatian berstruktur
Pada objektif kedua ini pengkaji ingin mengenalpasti jenis peneguhan yang sesuai bagi mengurangkan
tingkah laku distruptif murid pendidikan khas. Peneguhan ini terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif
dan juga peneguhan negatif. Pengkaji telah memilih di antara dua intervensi yang sesuai di dalam
kajiannya iaitu bilik snoezelen mewakili peneguhan positif dan bilik gelap mewakili peneguhan negatif.
Time-out juga dikira sebagai peneguhan negatif, namunpengkajitidak mengambil kira kerana semasa
intervensi ini dijalankan, dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian telah gagal pada
intervensi ini. Oleh itu, intervensi kedua dan ketiga lebih sesuai digunakan untuk melihat perbandingan
jenis peneguhan yang sesuai bagi mengurangkan tingkah laku distruptif murid pendidikan khas. Hasil
dapatan telah disusun pada rajah seperti berikut:

0
5
10
15
Kod 1 Kod 2 Kod 3 Kod 4 Kod 5
Jumlah Bilangan Kod yang dikumpul Melalui Transkripsi
Temubual Ketiga-tiga Responden
Nilai skor
155



Rajah 3: Perbezaan Jumlah Peserta Kajian Yang Berjaya semasa Peneguhan Positif Dan Negatif


Rajah 3 menunjukkan perbandingan di antara peneguhan positif dan juga peneguhan negatif dan jumlah
peserta kajian. Bagi peneguhan positif seramai 2 daripada 3 peserta kajian telah berjaya semasa intervensi
dijalankan. Jadinya, peratus yang ditunjukkan adalah sebanyak 75%. Bagi peneguhan negatif pula,
menunjukkan hanya seorang daripada tiga peserta kajian sahaja yang berjaya semasa pemberian
peneguhan dijalankan. Sebagai kesimpulannya, peserta kajian 2 dan 3 lebih sesuai dengan pemberian
peneguhan positif, manakala subjek kajian 1 lebih sesuai dengan peneguhan negatif. Jadi, melalui data
yang diperolehi, pengkaji telah memilih peneguhan positif lebih baik daripada peneguhan negatif. Bilik
snoezelen lebih mendatangkan kesan baik kepada murid pendidikan khas berbanding bilik gelap. Objektif
pengkajitercapai.

b) Temubual
Kaedah pemerolehan data ini dikenalpasti melalui hasil temubual dan menyatakan sebab daripada jenis
peneguhan yang dipilih. Pilihan yang diberikan adalah di antara peneguhan positif iaitu intervensi di
biliksnoezelen dan juga peneguhan negatif di bilik gelap. Hasil data temubual telah dirumuskan pada rajah
4.



Rajah 4: Bilangan Responden Yang Memilih Samada Jenis Peneguhan Positif Atau Peneguhan Negatif.
75%
25%
0
0.5
1
1.5
2
2.5
Peneguhan positif Peneguhan Negatif
Perbezaan Jumlah Peserta Kajian yang Berjaya Dalam
Peneguhan Positif Dan Negatif
Peneguhan positif Peneguhan Negatif
2
1
0
0.5
1
1.5
2
2.5
Peneguhan positif Peneguhan negatif
J
u
m
l
a
h

R
e
s
p
o
n
d
e
n

Jenis peneguhan
Pilihan Jenis Peneguhan Melalui Data Temubual
Peneguhan positif Peneguhan negatif
156


Rajah 4 menunjukkan bilangan responden yang memilih samada jenis peneguhan positif atau peneguhan
negatif. Seramai dua daripada tiga responden telah memilih bilik snoezelen lebih baik daripada bilik
gelap. Manakala hanya seorang responden sahaja telah memilih biik gelap sebagai jenis peneguhan yang
terbaik. Sebagai kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa peneguhan positif telah dikenalpasti sebagai
jenis peneguhan yang terbaik bagi mengurangkan masalah tingkah laku distruptif di sekolah ini. Hasil
temubual mendatangkan jawapan yang cukup kuat kerana ia diperhatikan daripada pihak luar dan
bukanlah daripada pihak pengkaji. Jadi, Objektif yang pengkaji inginkan iaitu mengenalpasti jenis
peneguhan yang sesuai bagi mengurangkan tingkah laku distruptif murid pendidikan khas telah tercapai

Kesimpulan
Rumusan Dapatan
Daripada dapatan kajian ini, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa kajian yang dilakukan ini sesuai
dengan murid-murid yang menghadapi masalah tingkah laku distruptif. Ketiga-tiga intervensi yang
dijalankan bermula dengan proses time-out, masuk ke dalam bilik snoezelen dan bilik gelap
mendatangkan pengurangan reaksi distruptif. Jadi, ketiga-tiga intervensi ini mendatangkan kesan. Kaedah
yang paling menunjukkan kesan yang terbaik adalah semasa pemberian peneguhan positif iaitu
memasukkan murid ke dalam bilik snoezelen selama 3 minit. Dengan adanya lampu-lampu di dalam bilik
tersebut membuatkan murid menjadi suka dan tertarik untuk bermain. Murid pendidikan khas ini tidak
sama seperti murid normal yang lain. Dengan cara yang berbeza ini dapat membantu mereka di dalam
mengurangkan masalah tingkah laku ini.
Rujukan

Bayrie (2008). Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Pra Sekolah. Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hamidah Narawi & Azribah (2009). Kajian Tindakan Tempoh Masa Interval Masalah Tingkah
Laku Distruptif Pelajar Normal dan Pendidikan Khas
Lee Shok Mee (1994).Asas Pendidikan 2: Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang (2012). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Saadah Surah, Salavan Sudirman & Roslee Ahmad (2009). Kaedah Menangani Kanak-Kanak
Bermasalah Tingkah Laku, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sarah Bailon, Erik van Diepen & Richard Prettyman (2002). Advances In Psychiatric
Treatment: Multisensori Therapy In Psychiatric Care. Diakses pada 10 Februari 2012
dari http://apt.rcpsych.org.
Siti Azian Abdullah (2010). Corak Tingkahlaku Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
Di Bilik Snoezelen, Fakulti Pendidikan UTM.
Van Weert (2005, Spreeuwenberg PMM,Ribbe MW, Bensing JM.Effects of snoezelen,
integrated in 24 h dementia care, on nursing-patient communication during morning care. Patient
Education and Conselling 2005;58:316326.







157


Meningkatkan Penguasaan Murid Dalam Kemahiran Menjarakkan Antara Perkataan Dalam
Tulisan Dengan Menggunakan Kaedah Jari

Edmund Anak Austrus
Cik Siti Fatimah Binti Salleh

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Slow Learner) menjarakkan antara
perkataan dalam tulisan dengan menggunakan kaedah jari. Objektif kajian adalah untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menjarakkan perkataan dengan betul dalam
tulisan dan mengatasi masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan dalam kalangan murid
Pendidikan Khas. Kajian tindakan ini telah saya jalankan di sebuah sekolah di Daerah Pasir
Mas, Kelantan. Peserta kajian yang dipilih adalah terdiri daripada tiga orang murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran (Slow Learner) yang berumur lingkungan 9 hingga 11 tahun iaitu
seorang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Kajian tindakan ini telah menggunakan
reka bentuk Kajian Stephen Kemmis & McTaggert (1988). Data dikumpul melalui ujian pra dan
ujian pos, senarai semak, analisis dokumen (hasil kerja peserta kajian) dan temu bual. Tindakan
yang dijalankan adalah menyalin semula ayat mudah dan petikan mudah dengan menggunakan
kaedah jari semasa menulis bagi menjarakkan perkataan yang ditulis. Selain itu, tindakan ini
juga mengaplikasikan kaedah token sebagai peneguhan kepada murid untuk mewujudkan jarak
bagi setiap antara perkataan yang ditulis. Hasil analisis data mendapati bahawa peserta kajian
mempamerkan peningkatan dalam menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan menggunakan
kaedah jari melalui aktiviti menyalin semula ayat mudah dan petikan mudah. Tulisan ketiga-tiga
peserta kajian adalah lebih kemas dan mudah dibaca. Penggunaan kaedah jari dalam melatih
murid-murid dalam tulisan diharapkan dapat memberikan manfaat secara optima kepada semua
pihak. Bagi cadangan kajian lanjutan, pengkaji berhasrat untuk memperkemaskan lagi tulisan
mereka dengan menggunakan alat pemegang pensel khas. Selain itu, pengkaji juga ingin
memfokuskan cara penggunaan huruf kecil dan huruf besar semasa menulis untuk kajian
seterusnya.

Pengenalan

Pendidikan Khas merupakan satu pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas (Kauffman & Hallahan, 2005). Kanak-kanak berkeperluan khas ini ditempatkan di
dalam kelas khas sesuai dengan kemampuan kognitif mereka dan dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan mereka. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran
dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Menurut Jamila K.A Mohamed
(2005), menyatakan pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan khas ini dirancang secara tersendiri iaitu
dilaksanakan secara teratur serta dinila keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan
keperluan khas mencapai tahap berdikari yang tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan. Dalam kajian
ini, pengkaji telah memfokuskan kepada kemahiran asas dalam Bahasa Melayu bagi bidang Pendidikan
Khas iaitu kemahiran menulis. Seperti yang kita sedia maklum, kurikulum Bahasa Melayu bagi Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menyediakan sukatan pelajaran yang mengandungi unit-unit
yang berkesinambungan. Oleh itu, sekiranya murid tidak berjaya untuk menguasai konsep pada sub unit
awal maka adalah sukar bagi mereka untuk mengikuti sub unit yang seterusnya kerana sub unit seterusnya
adalah kebiasaannya lanjutan bagi sub unit yang sebelumnya.

158



Fokus Kajian

Isu Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran asas menulis. Perkara
ini dikenalpasti melalui kecenderungan murid menulis tanpa menjarakkan antara perkataan dalam tulisan.
Masalah ini telah menyebabkan murid tidak dapat membaca dan memahami apa yang ditulis kerana
perkataan yang ditulis terlalu rapat dalam tulisan. Hal ini menjelaskan bahawa kelemahan menulis
menyebabkan peserta kajian menghadapi masalah untuk memahami perkataan yang hendak dizahirkan
semasa membaca. Masalah ini juga menyebabkan murid tidak dapat membina ayat yang bermakna
sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran menulis perkataan
dengan jarak yang terlalu rapat ini juga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas kerana
pengkaji terpaksa memberikan tumpuan dan pemerhatian yang lama terhadap murid-murid yang
mempunyai masalah dalam kemahiran menulis ini. Pengkaji juga mendapati bahawa murid-murid ini akan
hilang fokus kerana kurang yakin dengan kebolehan mereka untuk menulis dengan baik. Mereka mudah
berputus asa kerana telah menghabiskan banyak masa dalam aktiviti menulis namun teknik dan strategi
penulisan yang digunakan adalah tetap tidak betul. Keadaan ini menyebabkan mereka menghabiskan masa
dengan mengganggu rakan dan bermain di dalam kelas.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis murid iaitu menjarakkan
perkataan dengan betul dalam tulisan. Kajian ini juga untuk mengatasi masalah menjarakkan perkataan
dalam tulisan dalam kalangan murid Pendidikan Khas.

Objektif Kajian

Objektif am kajian ini adalah supaya murid dapat menjarakkan perkataan dengan betul dalam tulisan.

Kajian ini mempunyai objektif khusus seperti berikut:
1. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menjarakkan perkataan dengan betul dalam
tulisan dengan menggunakan kaedah jari.
2. Mengatasi masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan dalam kalangan murid Pendidikan Khas.

Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
1. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menjarakkan perkataan dengan
betul dalam tulisan?
2. Adakah masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan dapat diatasi?

Sorotan Literatur

Dapatan kajian oleh Abdul Rasid & Zulkafli (2011), menjelaskan murid bermasalah dalam kemahiran asas
menulis berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran lisan. Ketidakupayaan
murid menguasai kedua-dua kemahiran membaca dan menulis ini pasti memberikan masalah kepada
mereka untuk melahirkan ekspresi melalui tulisan. Kelemahan tersebut menyebabkan murid tidak
berminat untuk terus belajar serta memperbaiki kelemahan kemahiran menulis walaupun mereka
159

mempunyai potensi untuk berjaya setanding dengan rakan-rakan mereka yang dianggap pintar cerdas dan
berkebolehan.

Yusof dan Walter (2010), dalam hasil dapatan kajian mereka menyatakan bahawa gabungan pegangan
pensel dan tatacara yang betul banyak membantu peserta kajian mereka daripada membuat kesalahan dari
segi abjad dan juga keseragaman dari segi saiz huruf yang ditulis. Yusop dan Walter (2010),
menggunakan pensel untuk membantu peserta kajian mereka membuat ruang perkataan. Namun, pengkaji
telah mengubahsuai penggunaan kaedah dari sebatang pensel kepada mengguna kaedah jari.

Syarmina Ellias (2012), dalam hasil dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penggunaan jari dalam
menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan lebih mudah dan mampu meningkatkan keyakinan peserta
kajian semasa menulis. Penggunaan jari ini didapati merupakan kaedah yang mudah digunakan dan tidak
memerlukan kos.

Maria Macdalin (2012), dalam hasil dapatan kajian beliau pula menunjukkan bahawa penggunaan Set
Lompat telah berjaya membantu peserta kajian untuk menghasilkan tulisan yang mempunyai jarak.
Penggunaan Set Lompat ini memerlukan peserta kajian menyebut perkataan lompat di setiap hujung
perkataan yang ditulis dan juga menggunakan jari dan pensel sebagai alat untuk menjarakkan perkataan.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Reka Bentuk Kajian

Pengkaji telah memilih model Stephen Kemmis dan Mc Taggert untuk melaksanakan kajian tindakan ini.
Menurut Kemmis & Mc Taggert (1988), kajian tindakan bermula dengan langkah-langkah yang
mengandungi merancang (plan), bertindak (action), memerhati (observe) dan mereflek (reflect).
Berdasarkan model ini, pengkaji telah merancang pelaksanaan tindakan seperti berikut:

Rajah 1: Carta Alir Pemikiran Model Stephen Kemmis dan Mc Taggert (1988)

Merancang Tindakan



Merefle
k
Meranca
ng
Bertinda
k
Memerh
ati
Merefle
k
Meranc
ang
Bertinda
k
Memerh
ati
Kitaran
Kitaran
Semak
Semula
160

Setelah mengenal pasti fokus kajian iaitu peserta kajian mengalami masalah dalam menjarakkan perkataan
dalam tulisan. Pengkaji telah merancang untuk memperkenalkan kaedah jari untuk mengatasi masalah
menjarakkan perkataan dalam tulisan yang dialami oleh peserta kajian. Seterusnya, pengkaji juga telah
merancang aktiviti intervensi iaitu Satu Jarak, Satu Token yang melibatkan 5 tindakan iaitu menyalin
semula satu ayat mudah, menyalin semula dua ayat mudah, menyalin semula tiga ayat mudah, menyalin
semula empat ayat mudah dan menyalin semula petikan mudah dengan menggunakan kaedah jari.


Pelaksanaan Tindakan


Rajah 2: Langkah-langkah Pelaksanaan Tindakan

Aktiviti Satu Jarak, Satu Token
TARIKH/HA
RI
MASA
PELAKSANAAN
TINDAKAN
10/7/2014
(Khamis)
Minggu Pertama Tindakan 1:
Menyalin semula satu ayat mudah dengan menggunakan kaedah
jari
13/7/2014
(Isnin)
Minggu Kedua Tindakan 2:
Menyalin semula dua ayat mudah dengan menggunakan kaedah jari
16/7/2014
(Khamis)
Minggu Kedua Tindakan 3:
Menyalin semula tiga ayat mudah dengan menggunakan kaedah
jari
20/7/2014
(Isnin)
Minggu Ketiga Tindakan 4:
Menyalin semula empat ayat mudah dengan menggunakan kaedah
jari.
24/7/2013
(Khamis)
Minggu Ketiga Tindakan 5:
Menyalin semula petikan mudah menggunakan kaedah jari.

Jadual 1 : Tempoh masa pelaksanaan langkah rawatan atau tindakan

Memerhati

Pengkaji akan menggunakan instrumen seperti ujian pra, ujian pos, senarai semak, analisis hasil kerja
peserta kajian dan temu bual untuk mengumpulkan data kajian yang diperlukan dan seterusnya
menganalisis data yang diperolehi tersebut.

Membuat Refleksi

Langkah 1:
Ujian Pra
Langkah 2:
Aktiviti
Intervensi :
"Satu Jarak,
Satu
Token"
Langkah 3:
Ujian Pos
Langkah 4:
Senarai
Semak
Langkah 5:
Analisis
Hasil Kerja
Langkah 6:
Temu Bual
161

Melalui hasil dapatan data yang telah dianalisis, pengkaji akan membuat refleksi terhadap semua tindakan
yang telah pengkaji jalankan. Di dalam refleksi ini, pengkaji akan membuat analisis data-data yang telah
diperolehi dan mengenal pasti objektif kajian yang telah berjaya dicapai setelah tindakan dijalankan ke
atas peserta kajian.

Dapatan Dan Refleksi

Berikut merupakan jadual keputusan bagi ujian pra.

Bil Peserta Kajian Peratus Markah (%) Gred Tahap
1.
2.
3.
A
B
C
50
44
58
C
C
C
Baik
Baik
Baik

Jadual 2: Keputusan Bagi Ujian Pra


Rajah 3: Graf Keputusan Pencapaian Ujian Pra

Berdasarkan keputusan ujian pra dalam rajah diatas, ketiga-tiga peserta kajian yang dipilih menunjukkan
prestasi tulisan yang kurang memuaskan. Peserta kajian A telah mendapat markah sebanyak 50 %.
Manakala peserta kajian B telah mendapat markah sebanyak 44 % dan peserta kajian C telah mendapat
markah sebanyak 58%. Markah yang diperolehi tersebut adalah hasil daripada analisis empat bahagian
menyalin ayat mudah yang terkandung di dalam ujian pra yang telah dijalankan. Empat bahagian tersebut
iaitu ialah menyalin satu ayat mudah, menyalin dua ayat mudah, menyalin tiga ayat mudah dan menyalin
empat ayat mudah. Semakan dan pembahagian markah bagi setiap bahagian tersebut berpandukan jumlah
jarak antara setiap perkataan yang betul dan sesuai dalam setiap ayat.

Setelah menjalankan intervensi ke atas ketiga-tiga peserta kajian, saya telah menjalankan ujian pos untuk
melihat peningkatan tahap penguasaan kemahiran murid menjarakkan perkataan dalam tulisan. Saya telah
melakukan penyemakan ke atas ujian pos yang telah disiapkan peserta kajian. Berikut merupakan jadual
keputusan bagi ujian pos.

Bil Peserta Kajian Peratus Markah (%) Gred Tahap
1.
2.
3.
Peserta Kajian A
Peserta Kajian B
Peserta Kajian C
77
90
88
B
A
A
Sederhana
Cemerlang
Cemerlang

Jadual 3: Keputusan Bagi Ujian Pos
0
20
40
60
80
100
Peserta Kajian
A
Peserta Kajian
B
Peserta Kajian
C
P
e
n
c
a
p
a
i
a
n

1
0
0
%

Peserta Kajian
Keputusan Ujian Pra
Peserta Kajian A
Peserta Kajian B
Peserta Kajian C
162




Rajah 4: Keputusan Pencapaian Ujian Pos


Rajah 7 di atas adalah merupakan keputusan ujian pos ketiga-tiga peserta yang menunjukkan
perkembangan yang amat memuaskan dan positif. Peserta kajian A telah mendapat markah sebanyak 77%
manakala peserta kajian B telah mendapat markah sebanyak 90%. Peserta kajian c pula telah mendapat
markah sebanyak 85%. Peningkatan markah ini telah menunjukkan bahawa intervensi yang dilaksanakan
amat berkesan dan banyak membantu memperbaiki kemahiran menulis peserta kajian iaitu menjarakkan
perkataan dalam tulisan. Intervensi menggunakan kaedah jari dan pengaplikasian kaedah token sebagai
peneguhan dapat membantu peserta kajian untuk menulis perkataan dalam tulisan dengan kadar jarak yang
sesuai dan seterusnya memudahkan peserta kajian untuk membaca dengan jelas dan lancar.

Analisis Senarai Semak

Item-item di dalam senarai semak yang saya gunakan adalah untuk membuat penilaian terhadap
peningkatan tahap penguasaan kemahiran peserta kajian menjarakkan antara perkataan dengan
menggunakan kaedah jari dan keselesaan peserta kajian dalam menggunakan kaedah jari untuk
mewujudkan ruang antara perkataan semasa aktiviti menyalin ayat mudah dan petikan berlangsung.

Senarai semak ini saya gunakan sebanyak dua kali iaitu pada awal penggunaan kaedah jari dan setelah
beberapa kali menggunakan kaedah jari. Kaedah ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan rakan
sepenyelidik bagi mendapat bukti yang sah dan mepunyai kepercayaan yang tinggi. Keputusan senarai
semak yang telah saya gunakan ini adalah secara individu dan peserta kajian yang saya gunakan adalah
seramai 3 orang. Saya telah membuat analisis dan ulasan tentang perubahan yang dialami oleh peserta
kajian dalam penggunaan kaedah jari untuk menjarakkan perkataan dalam tulisan berdasarkan bilang
jawapan Ya bagi senarai semak 1 dan senarai semak 2.


BIL
PESERTA KAJIAN BILANGAN JAWAPAN YA
SENARAI SEMAK 1 SENARAI SEMAK 2
1. A 3 5
2. B 2 5
3. C 1 5

Jadual 4: Keputusan Analisis Keseluruhan bagi Senarai Semak 1 dan Senarai Semak 2
0
20
40
60
80
100
Peserta Kajian
A
Peserta Kajian BPeserta Kajian C
P
e
n
c
a
p
a
i
a
n

1
0
0
%

Keputusan Ujian Pos
Peserta Kajian A
Peserta Kajian B
Peserta Kajian C
163



Rajah 5: Graf Perbandingan Peningkatan Tahap Penguasaan Peserta Kajian Menjarakkan Perkataan
Dan Keberkesanan Kajian Dengan Menggunakan Kaedah Jari Berdasarkan Bilangan Jawapan Ya
Berdasarkan pada perbandingan keputusan analisis kedua-dua senarai semak, ianya menunjukkan
peningkatan terhadap jawapan Ya ketiga-tiga peserta kajian. Keputusan daripada senarai semak 2 dibuat
setelah penggunaan beberapa kali kaedah jari untuk menjarakkan perkataan dalam tulisan. Oleh itu,
keputusan kedua-dua senarai semak ini dapat membuktikan bahawa tahap penguasaan kemahiran peserta
kajian menjarakkan perkataan dalam tulisan meningkat setelah penggunaan beberapa kali kaedah jari
semasa menulis. Selain itu, ia juga membuktikan bahawa masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan
dapat diatasi dengan menggunakan kaedah jari. Perubahan ini telah menjadi satu kejayaan kepada saya
dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran peserta kajian menjarakkan perkataan dalam tulisan
dan seterusnya mengatasi masalah yang berlaku sebelum ini.

Analisis Hasil Kerja Peserta Kajian

Saya telah menyemak hasil kerja peserta kajian iaitu lembaran kerja dan buku latihan peserta kajian untuk
menilai tahap perkembangan peserta kajian dalam menguasai kemahiran yang diajar. Melalui kaedah
analisis hasil kerja peserta kajian, semua hasil kerja ketiga-tiga peserta kajian dianalisis untuk melihat
peningkatan kemahiran mereka menjarakkan perkataan dalam tulisan. Analisis ini dilakukan sebanyak dua
kali iaitu analisis buku latihan peserta kajian sebagai hasil kerja 1 dan analisis lembaran kerja peserta
kajiansebagai hasil kerja 2 bagi setiap peserta kajian. Keputusan kedua-dua analisis hasil kerja peserta
kajian telah dinilai berdasarkan skala rubrik yang telah disediakan.

Analisis hasil kerja peserta kajian ini dilakukan untuk melihat peningkatan tahap penguasaan ketiga-tiga
peserta kajian iaitu peserta kajian A, peserta kajian B, dan peserta kajian C setelah intervensi dan ujian pos
dijalankan sebelum ini.

0
1
2
3
4
5
Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C
B
i
l
a
n
g
a
n

J
a
w
a
p
a
n

"
Y
a
"

Graf Perbandingan Peningkatan Tahap Penguasaan Peserta Kajian
Menjarakkan Perkataan Dalam Tulisandan Keberkesanan Kajian Dengan
Menggunakan Kaedah Jari Berdasarkan Bilangan Jawapan "Ya"
Senarai Semak 1
Senarai Semak 2
164


Rajah 6: Keputusan Hasil Analisis Kerja Peserta Kajian (Pencapaian 1 & Pencapaian 2)

Rajah 9 menunjukkan keputusan pencapaian 1 dan pencapaian 2 hasil analisis hasil kerja peserta kajian.
Hasil kerja peserta kajian dalam bentuk buku latihan dan lembaran kerja yang diberikan latihan yang
sama iaitu menyalin semula ayat mudah dan petikan mudah dan rekod hasil kerja peserta kajian tersebut
direkodkan sebagai pencapaian 1 bagi latihan yang disediakan dalam buku latihan dan pencapaian 2 bagi
latihan dalam lembaran kerja. Keputusan pencapaian tersebut yang melibatkan peserta kajian A, peserta
kajian B dan peserta kajian C telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Hasil
analisis kerja peserta kajian ini secara langsung menjawab objektif kajian yang pertama dan kedua iaitu
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menjarakkan perkataan dengan betul dalam tulisan
dengan menggunakan kaedah jari secara berterusan dan seterusnya mengatasi masalah menjarakkan
perkataan dalam tulisan dalam kalangan murid Pendidikan Khas.


Analisis Temu Bual

Saya telah melaksanakan temu bual bersama-sama dengan peserta kajian, guru Pendidikan Khas dan rakan
sepenyelidik bagi mengenalpasti sama ada tahap penguasaan murid menjarakkan perkataan meningkat
dengan penggunaan kaedah jari. Selain, temu bual ini juga membantu saya untuk mendapatkan maklum
balas bagi mengenal pasti sama ada masalah peserta kajian menjarakkan antara perkataan dalam tulisan
dapat diatasi dengan berjaya. Saya telah menjalankan temu bual berstruktur dengan menggunakan soalan
yang sama untuk mendapatkan maklum balas daripada peserta kajian, guru Pendidikan Khas dan rakan
sepenyelidik. Saya telah menjalankan rakaman temu bual pada 5 Ogos, 6 Ogos dan 7 Ogos 2014 di Kelas
Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan A. Berikut merupakan transkrip temu bual tersebut.

0
20
40
60
80
100
Peserta
Kajian A
Peserta
Kajian B
Peserta
Kajian C
Pencapaian 1 Hasil Kerja Peserta
Kajian
70 85 85
Pencapaian 2 Hasil Kerja Peserta
Kajian
80 95 90
P
e
n
c
a
p
a
i
a
n

1
0
0
%

Keputusan Hasil Analisis Kerja Peserta Kajian
(Pencapaian 1 & Pencapaian 2 )
Pengkaji: Adakah kamu dapat menjarakkan perkataan dalam tulisan
dengan menggunakan kaedah jari?
Peserta Kajian A: Ya cikgu. Tulisan saya ada jarak sekarang.
(TBPKA: Baris 007)

Pengkaji: Bagaimanakah perkembangan tulisan kamu setelah kamu
didedahkan dengan kaedah jari dalam menjarakkan antara perkataan?
Peserta Kajian A: Cantik dan kemas tulisan saya cikgu. Cikgu Nadia pun puji
(TB4PKA: Baris 010)
165




Rajah 7: Transkrip Temu Bual Peserta Kajian

Melalui analisis data temu bual di atas, jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan
peningkatan dalam penguasaan kemahiran menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan betul
menggunakan kaedah jari. Perkembangan ini telah membantu mereka untuk menghasilkan tulisan yang
lebih kemas dan cantik berbanding dengan hasil tulisan mereka sebelum kaedah jari diperkenalkan.
Dapatan ini juga membuktikan bahawa masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan telah dapat diatasi.
Selain itu, peningkatan tahap penguasaan ketiga-tiga peserta kajian ini juga membantu meningkatkan
kemahiran membaca mereka. Hal ini menjelaskan bahawa jarak antara setiap perkataan yang berjaya
diwujudkan membolehkan mereka membaca ayat mudah dan petikan mudah yang ditulis dengan lebih
berkesan. Ini membuktikan bahawa peningkatan dalam kemahiran menulis ini telah mampu meningkatkan
kemahiran membaca peserta kajian secara tidak langsung.


Rajah 8: Transkrip Temu Bual Guru Pendidikan Khas
Pengkaji: Adakah kamu dapat menjarakkan perkataan dalam tulisan
dengan menggunakan kaedah jari?
Peserta Kajian B:Ya cikgu, saya dah dapat jarak tulisan saya
(TB3PKB: Baris 007)

Pengkaji: Bagaimanakah perkembangan tulisan kamu setelah kamu
didedahkan dengan kaedah jari dalam menjarakkan antara perkataan?
Peserta Kajian B: Tulisan saya semakin kemas dan cantik cikgu. Senang nak baca
dah!
(TB4PKB: Baris 010)
Pengkaji: Adakah kamu dapat menjarakkan perkataan dalam tulisan
dengan menggunakan kaedah jari?
Peserta Kajian C: Ya cikgu, senang nak buat jarak.
(TBPKC: Baris 007)

Pengkaji: Bagaimanakah perkembangan tulisan kamu setelah kamu didedahkan
dengan kaedah jari dalam menjarakkan antara perkataan?
Peserta Kajian C: Cantik dan kemas cikgu. Suka sangat!
(TB4PKC: Baris 010)
Pengkaji: Adakah murid dapat menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan
menggunakan kaedah jari?
GPK: murid sudah dapat menjarakkan perkataan yang ditulis
(TB3GPK: Baris 011-012)


Pengkaji: Bagaimanakah perkembangan tulisan murid setelah mereka didedahkan
dengan kaedah jari dalam menjarakkan antara perkataan?
GPK: .tulisan mereka semakin kemas dan cantik.lebih
mudah untuk dibaca
(TB4GPK: Baris 015-016)
166



Pengkaji: Adakah murid dapat menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan
menggunakan kaedah jari?
Rakan Sepenyelidik: Ya, murid sudah dapat menjarakkan perkataan dalam tulisan
mereka..
(TB3RS: Baris 014-015)

Pengkaji: Bagaimanakah perkembangan tulisan murid setelah mereka
didedahkan dengan kaedah jari dalam menjarakkan antara
perkataan?
Rakan Sepenyelidik: ..tulisan mereka semakin kemas dan cantik.
(TB4RS: Baris 018-020)

Rajah 9: Transkrip Temu Bual Rakan Sepenyelidik

Analisis data temu bual pada Rajah 11 dan Rajah 12 menunjukkan guru Pendidikan Khas dan rakan
sepenyelidik juga bersetuju bahawa peserta kajian telah menunjukkan penguasaan kemahiran mereka
menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan menggunakan kaedah jari. Selain itu, masalah menjarakkan
perkataan ini juga dapat diatasi dengan berjaya melalui maklum balas daripada guru Pendidikan Khas
dan rakan sepenyelidik yang bersetuju bahawa tulisan mereka semakin kemas dan cantik dengan
menggunakan kaedah jari dalam mewujudkan jarak antara perkataan semasa menulis.

Kesimpulan

Tahap penguasaan kemahiran murid menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan lebih baik semakin
meningkat setelah kaedah jari ini diperkenalkan. Selain itu, penggunaan kaedah ini jelas telah mencapai
objektif kajian iaitu membantu untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid menjarakkan
perkataan dalam tulisan dan mengatasi masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan terutamanya dalam
kalangan murid Pendidikan Khas.



1. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menjarakkan perkataan dengan
betul dalam tulisan?

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian ini, saya telah memperkenalkan kaedah jari untuk
mneingkatkan tahap penguasaan murid dalam menjarakkan perkataan dengan betul dalam tulisan. Selain
itu, aktiviti intervensi secara ansur maju iaitu daripada sedikit ke banyak dengan menggunakan kaedah jari
yang telah diperkenalkan telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan kemahiran murid
menjarakkan perkataan dalam tulisan dengan lebih baik. Penggunaan kaedah token di dalam aktiviti
intervensi ini juga mampu memberikan ransangan kepada murid-murid Pendidikan Khas untuk
menggunakan kaedah jari bagi menjarakkan perkataan dalam tulisan.

Setelah kajian ini dijalankan, terbukti bahawa wujudnya perubahan yang ketara dalam kemahiran menulis
bagi setiap peserta kajian iaitu adanya peningkatan tahap penguasaan peserta kajian menjarakkan
perkataan dengan betul dalam tulisan. Ketiga-tiga peserta kajian saya mampu menyesuaikan diri dengan
menggunakan jari sabagai alat untuk mereka menjarakkan perkataan semasa menulis. Selain itu,
peningkatan tahap penguasaan mereka dalam menjarakkan perkataan semasa menulis ini juga amat
membantu meningkatkan kemahiran membaca murid iaitu murid dapat membaca ayat dan petikan yang
ditulis dengan lebih baik apabila wujudnya ruang antara perkataan dalam tulisan mereka. Ini menjelaskan
167

bahawa jarak antara perkataan yang sesuai dalam tulisan adalah amat perlu bagi memudahkan proses
membaca.

2. Adakah masalah menjarakkan perkataan dalam tulisan dapat diatasi?

Berdasarkan dapatan temu bual, masalah menjarakkan perkataan dengan betul dalam tulisan dapat diatasi
apabila peserta kajian menyatakan bahawa tulisan mereka mempunyai jarak setelah menggunakan kaedah
jari yang telah diperkenalkan oleh saya. Selain itu, tulisan mereka lebih kemas dan cantik jika
dibandingkan sebelum penggunaan kaedah jari ini diperkenalkan. Situasi ini menunjukkan melalui
penggunaan kaedah jari masalah menjarakkan perkataan dengan betul dalam tulisan dapat diatasi dengan
berjaya. Di samping itu, peserta kajian juga semakin yakin semasa menulis dan menggunakan kaedah jari
untuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru kerana masalah menjarakkan perkataan dengan betul
dalam tulisan akhirnya dapat diatasi.

Cadangan Penambahbaikan Amalan

Penambahbaikan amalan lain yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang ialah menambah kekerapan
melaksanakan tindakan. Hal ini menjelaskan bahawa saya boleh menggunakan waktu senggang murid
untuk melaksanakan tindakan. Hal ini menjelaskan bahawa kekerapan pelaksanaan tindakan diharapkan
dapat memperkukuhkan lagi tahap penguasaan kemahiran murid terutamanya dalam kemahiran menulis.
Saya juga harus mempelbagaikan pendekatan pengajaran yang pelbagai iaitu mempelbagaikan cara
menyediakan lembaran kerja dan aktiviti-aktiviti sepanjang pengajaran saya seperti aktiviti menulis di atas
pasir. Hal ini menjelaskan bahawa menulis di atas pasir dapat memberikan keseronokkan kepada murid-
murid Pendidikan Khas di samping sebagai proses terapi yang menjadi sebagai keperluan pembelajaran
murid-murid Pendidikan Khas ini.

Cadangan Kajian Lanjutan

Bagi cadangan kajian lanjutan, saya mencadangkan dengan fokus memperkemaskan lagi tulisan peserta
kajian dengan menggunakan alat pemegang pensel khas. Alat pemegang khas ini digunakan bertujuan
untuk membolehkan peserta kajian menulis dalam keadaan baik dan mewujudkan tulisan yang lebih
kemas dan mudah untuk dibaca. Selain itu, saya juga ingin memfokuskan kepada penggunaan huruf besar
dan huruf kecil dalam tulisan. Kajian ini diberikan penekanan pada cara penggunaan huruf kecil dan huruf
besar semasa menulis. Hal ini menjelaskan bahawa peserta kajian masih mempunyai penggunaan huruf
kecil dan huruf besar yang bercampuraduk. Keadaan ini juga kerana pemilihan penggunaan huruf yang
sesuai akan mempengaruhi keseragaman saiz huruf yang dihasilkan

Rujukan

Abdul Rasid & Zulkafli. (2011). Permasalah Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-
Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1-12.

Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Bentong, Pahang:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Kauffman & Hallahan. (2005). Special Education: What It Is and Why We Need It. University of
California.

Maria Macdalin. (2012). Penggunaan Set Lompat Dalam Membantu Menjarakkan Tulisan Murid
Pemulihan Tahun 2. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2012 IPG KBL. 1-12

168

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan
pembelajaran Siri pengajian dan pendidikan Utusan. Utusan Publicationss

Syarmina Ellias. (2012). Penggunaan Jari Untuk Menjarakkan Perkataan Dalam Tulisan. Jurnal
Penyelidikan Tindakan Tahun 2012 IPG KBL. 216-230

Yusof & Walter Alvin. (2010). Disgrafia dan Cara Membantu: Kajian Kes Ke Atas Murid Program
Integrasi Pendidikan Khas. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL. 1-22



























169

MEMBANTU MURID MENGIRA DENGAN CEPAT DAN TEPAT SERTA MENINGKATKAN
MINAT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fadhila Binti Hasbi
Puan Nor Laini Binti Che Mat


Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membilang
dalam operasi tambah lingkungan 10 hingga 20 dengan cepat dan tepat menggunakan
kaedah terapi main. Sampel kajian terdiri daripada dua orang murid Tahun 4 yang
mengikuti Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dalam matapelajaran
Matematik di sebuah sekolah di daerah Bachok. Tinjauan awal mendapati bahawa
murid-murid ini lemah dalam pengiraan operasi tambah lingkungan 10 hingga 20.
Mereka juga terlalu lambat dalam proses pengiraan tersebut sehingga menyebabkan
proses pengajaran dan pembelajaran terbantut. Model penyelidikan tindakan adalah
berasaskan Model Penyelidikan Lewin pada tahun 1946 dan Laidlaw pada tahun
1992. Data dikumpul melalui instrumen ujian Pra, ujian Pos, temubual, senarai semak
dan pemerhatian. Dapatan kajian mendapati kedua-dua sampel kajian dapat
membilang operasi tambah lingkungan 10 hingga 20 dengan cepat dan tepat.
Manakala dapatan pemerhatian dan senarai semak mendapati terdapat perubahan
perkembangan minat murid semasa prosess pengajaran dan pembelajaran Matematik
berlangsung. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah terapi main mampu meningkatkan
penguasaan murid dalam membilang operasi tambah dengan cepat dan tepat serta
mampu menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengenalan

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang
membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.
Menurut Hallahan & Kaufman (2000), pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk
memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas. Kanak-kanak pendidikan khas ialah
kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak yang biasa dari segi mental, keupayaan deria,
keupayaan saraf dan otot atau fizikal, tingkah laku sosial- emosi, kebolehan berkomunikasi atau dalam
pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan pengubahsuaian dalam kurikulum di sekolah selaras
dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak tersebut. Matematik dijadikan salah satu matapelajaran teras di
semua kelas di seluruh dunia termasuklah dalam kurikulum pendidikan khas di Malaysia. Dalam konteks
Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan
khas dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor untuk mencapai perkembangan secara maksimum
dan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kraus (1990), bermain secara amnya
boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-
kanak tanpa mengira apakah hasil aktiviti itu. Penggunaan terapi main ini amat sesuai digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di mana dengan bermain kanak-kanak dapat menstimulasi
pertumbuhan otot-ototnya, kognitifnya dan juga emosinya kerana mereka bermain dengan seluruh emosi,
perasaan dan fikiran.



170


Fokus Kajian

Isu Kajian

Berdasarkan pengalaman yang telah pengkaji lalui sepanjang mengajar matapelajaran Matematik di
sebuah sekolah di daerah Bachok, pengkaji telah menemui pelbagai masalah pembelajaran dalam
Matematik di kalangan murid-murid di kelas ini. Kebanyakan murid-murid di dalam kelas ini mempunyai
masalah lembam, seorang disleksia dan seorang lagi mengalami masalah serebral palsi. Terdapat pelbagai
ragam dan masalah dalam mempelajari ilmu Matematik di kalangan mereka seperti menulis nombor
dalam kedudukan terbalik, belum dapat mengenal nombor seperti menyebut, menulis dan menunjuk
nombor yang betul serta tidak dapat mengira dengan tepat. Masalah-masalah yang mereka hadapi ini jika
dibiarkan berterusan menyebabkan murid-murid ini menganggap Matematik adalah matapelajaran yang
sukar untuk dipelajari. Mereka juga menjadi cepat bosan untuk belajar dan akan menujukkan tingkahlaku
yang tidak terkawal di dalam kelas. Isu utama yang dialami oleh pengkaji ialah terdapat beberapa murid-
murid ini tidak dapat mengira secara cepat dan tepat bagi operasi tambah dalam lingkungan 10 hingga 20.
Proses pengiraan yang agak lambat ini juga menyebabkan tempoh pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang sentiasa terjejas. Masalah ini juga turut menyebakan proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik di kalangan murid-murid ini untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi menjadi agak sukar dan
kekal dengan tajuk yang sama dalam tempoh yang agak lama. Tingkahlaku murid juga menjadi tidak
terkawal akibat tidak berminat untuk mengira.

Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu peserta kajian mempertingkatkan kemahiran dalam
mengira secara cepat dan tepat bagi operasi tambah lingkungan 10 hingga 20. Kajian ini juga bertujuan
untuk menarik minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Kajian ini dijalankan
kepada dua orang peserta kajian yang mempunyai masalah lembam. Kajian ini juga bertujuan untuk
memastikan peserta kajian ini dapat menguasai proses menambah dan seterusnya dapat meneruskan
kepada kemahiran yang lebih tinggi. Selain itu juga, tugas guru untuk mengajar mereka akan menjadi
lebih mudah.

Objektif Kajian

Objektif am kajian adalah supaya murid dapat mengira dengan cepat dan tepat serta dapat menarik
perhatian murid dalam proses mengira.
Objektif khusus kajian ini adalah supaya:
1. Murid dapat mengira dengan cepat dan tepat.
2. Minat murid dapat ditingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan berikut :
1. Sejauhmanakah murid dapat mengira dengan cepat dan tepat?
2. Adakah minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan?



171



Sorotan Literatur

Berdasarkan kajian Noor Hajeera Binti Che Mee (2013), beliau telah berjaya menangani masalah
tingkahlaku murid semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik melalui kaedah permainan. Beliau
menyatakan kepelbagaian kaedah permainan dapat menangani masalah tingkahlaku murid dan dalam
masa yang sama dapat meningkatkan minat dalam Matematik.
Mohamad Haniff Bin Hj Abdul Murad (2013) juga telah berjaya meningkatkan penguasaan murid
bermasalah slow learner dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan18 melalui kaedah permainan
selain dapat meningkatkan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Siti Laila Binti Muhamad Saidi (2013) pula melaksanakan kajian bagi membantu murid pendidikan khas
membuat pengiraan operasi tambah dalam lingkungan 10 menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
yang menarik Kajian beliau membuktikan bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran dapat
menguasai sesuatu kemahiran tersebut jika guru bijak dalam mengolah cara mengajar dan bentuk
pengajaran kepada murid sesuai dengan murid tersebut.
Berdasarkan kajian Mohamad Muhammad Naim Shafiq Bin Zahidi (2012), beliau telah berjaya
membuktikan kaedah permainan dapat membantu murid-murid pendidikan khas iaitu murid lembam
dalam penguasaan operasi tambah menarik minat murid dalam proses pengajaran operasi tambah.
Nur Shazlina Binti Yussoff (2009) dalam kajiannya, beliau telah berjaya membuktikan bahawa murid
bermasalah lembam boleh melakukan operasi tambah dalam lingkungan 10 dengan meggunakan alat
bantu mengajar yang bersesuaian.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan























REFLEKSI
-Menganalisis dan menilai
data.
-Membuat refleksi mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang telah
dikumpul.
MERANCANG
TINDAKAN
-Merancang pelan tindakan
yang akan digunakan.
-Merangka ujian
MENGUMPUL DATA
-Mengumpul data tentang kesan
tindakan yang telah dijalankan.
- Pemerhatian
-Temu bual
- Ujian pasca
TINDAKAN /
IMPLEMENTASI
-Melaksanakan pelan
tindakan yang telah
dirancang.
MENGENAL PASTI
ASPEK AMALAN
-Proses pengumpulan data
mengenai aspek yang ingin
dijadikan fokus kajian dan
ditambahbaik.
- Tinjauan awal melalui
temubual dan pemerhatian
172



Rajah 1: Carta alir kitaran pemikiran dan model Lewin (adaptasi dari Lewin, 1946 an Laidlaw, 1992)
Pengkaji telah memilih model kajian tindakan Kurt Lewin (1946) untuk dijadikan sebagai model dalam
kajian tindakan ini. Berdasarkan model ini, pengkaji telah merancang pelaksanaan tindakan seperti
berikut:
Langkah 1: Analisis temubual
Temubual dijalankan secara tidak formal dan tidak berstruktur bersama guru kelas, guru Matematik dan
pembantu pengurusan murid untuk mendapatkan maklumat berkenaan murid

Langkah 2: Permainan siapa cepat dia dapat
Peserta kajian melaksanakan aktiviti permainan bagi mengenal susunan nombor satu hingga sepuluh
dengan betul terlebih dahulu dan dijalankan pada minggu pertama.

Langkah3: Ujian Pra
Peserta kajian seramai dua orang menduduki ujian pra sebanyak 30 soalan mengenai operasi tambah
dengan peruntukan masa selama 30 minit.

Langkah 4: Permainan ketinting, permainan dam ular dan permainan susun dan sambung lego
Permainan ini dijalankan untuk membantu peserta kajian mengira dengan cepat dan tepat bagi operasi
tambah dalam lingkungan 20. Tiga permainan ini akan dilaksanakan dalam masa tiga minggu.

Langkah 5: Ujian Pos
Murid menduduki ujian pos di akhir setiap tiga permainan tersebut. Soalan yang sama seperti ujian pra
diedarkan kepada murid dan masa yang diperuntukkan juga sama iaitu 30 minit.

Langkah 6: Senarai semak
Pemerhatian tingkahlaku untuk mengesan minat, jawapan tepat melalui ujian pra dan ujian pos, masa
menjawab dengan cepat akan direkodkan di dalam senarai semak sepanjang kajian dilakukan.

Dapatan Dan Refleksi

Keputusan Temubual
Kaedah temubual ini telah dijalankan bersama tiga orang responden iaitu guru kelas, guru matapelajaran
Matematik dan juga pembantu pengurusan murid. Berdasarkan analisis transkrip temubual tersebut,
pengkaji dapat mengumpul maklumat berkenaan tahap akademik peserta kajian terutama dalam
Matematik, tingkahlaku yang ditunjukkan serta minat dalam Matematik, seterusnya bagaimana responden
mengatasi masalah akademik dan tingkahlaku yang ditunjukkan peserta kajian.

Analisis objektif 1: Murid dapat mengira dengan cepat dan tepat

Jadual 1: Dapatan senarai semak bagi masa mengira dengan cepat bagi ujian pra dan ujian pos akhir

BIL PESERTA
KAJIAN
UJIA PRA
(minit)
UJIAN POS AKHIR
(minit)
1 X 14 5
2 Y 8 10
173


Jadual 1 merupakan analisis masa mengira dengan cepat bagi ujian pra dan ujian pos 3 atau ujian pos
akhir bagi peserta kajian X dan Y. Bagi peserta kajian X, responden ini berjaya mengurangkan masa
mengira kepada lima minit. Bagi peserta kajian Y pula agak berlainan di mana semasa ujian pra, masa
mengira ialah lapan minit dan semakin bertambah kepada 10 minit pada ujian pos akhir.

Setelah meneliti masalah yang berlaku kepada peserta kajian Y ini, pengkaji mendapati peserta kajian ini
menjawab dengan sambil lewa dan kebanyakan jawapan yang diberikan adalah salah. Manakala, semasa
ujian pos akhir pula, peserta kajian ini lebih fokus untuk menjawab setiap soalan kerana telah menguasai
cara mengira operasi menambah dengan betul. Masa yang diambil untuk ujian pos bagi setiap intervensi
juga menunjukkan masa mengira bagi peserta kajian ini semakin cepat. Oleh itu, masa menjawab bagi
ujian pos akhir ini merupakan masa sebenar yang digunakan untuk menyelesaikan dan menyiapkan soalan
dengan usahanya sendiri. Rajah 1 menunjukkan dengan lebih jelas perbezaan masa menjawab ujian pra
dan ujian pos akhir bagi kedua-dua peserta kajian



Rajah 2: Perbandingan masa mengira bagi ujian pra dan ujian pos akhir


Jadual 2: Dapatan senarai semak bagi markah mengira dengan tepat bagi ujian pra dan ujian pos akhir

BIL PESERTA
KAJIAN
UJIA PRA
(%)
UJIAN POS AKHIR
(%)
1 X 70 100
2 Y 10 96

Berikut merupakan analisis bagi senarai semak markah ujian pra dan ujian pos 3 atau ujian pos akhir
peerta kajian X dan peserta kajian Y. Analisis mendapati kedua-duanya telah berjaya menunjukkan
peningkatan mengira operasi tambah dengan tepat. Rajah 2 menunjukkan dengan lebih jelas perbezaan
peratusan markah ujian pra dan ujian pos akhir bagi kedua-dua peserta kajian.

0
2
4
6
8
10
12
14
16
X Y
M
a
s
a

(
m
i
n
i
t
)

Peserta Kajian
Masa Menyiapkan Ujian Pra dan Ujian Pos Akhir
Ujian Pra
Ujian Pos Akhir
174




Rajah 3: Perbandingan markah bagi ujian pra dan ujian pos akhir
Analisis objektif 2: Minat murid dapat ditingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Minat peserta kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dianalisis berdasakan pemerhatian dan
senarai semak yang telah dijalankan dalam tiga jenis pelaksanaan intervensi iaitu permainan ketinting,
permainan dam ular dan permainan susun dan sambung lego.
Jadual 3: Dapatan senarai semak minat bagi variasi intervensi terapi main

BIL PESERTA
KAJIAN
PERMAINAN
KETINTING
(%)
PERMAINAN
DAM ULAR
(%)
PERMAINAN SUSUN
DAN SAMBUNG DAM
ULAR
(%)
1 X 25 50 75
2 Y 75 75 100

Jadual 3 ini menunjukkan perbezaan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh peserta kajian X dan peserta
kajian Y bagi permainan ketinting, permainan dam ular dan permainan susun dan sambung lego.
Terdapat peningkatan minat yang ditunjukkan berdasarkan analisis senarai semak pemerhatian.
Perubahan tingkahlaku peserta kajian ini menunjukkan bahawa mereka bertambah minat dengan aktiviti-
aktiviti terapi main yang dijalankan. Pada mulanya peserta kajian sukar untuk mendengar arahan dan
duduk tetap semasa pelaksanaan intervensi. Tetapi apabila disiplin sentiasa dibentuk dan arahan perlu
sentiasa ditepati sepanjang permainan membuatkan peserta kajian ini menunjukkan peningkatan dari segi
tingkahlaku dan keseluruhannya berminat dengan aktiviti yang dilaksanakan dan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Rujuk rajah 3 untuk melihat perbezaan minat kedua-dua responden berdasarkan
ketiga-tiga permainan dengan lebih jelas.


0
20
40
60
80
100
X Y
M
a
s
a

(
m
i
n
i
t
)

Ujian
Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Akhir
Ujian Pra
Ujian Pos Akhir
175



Rajah 4: Perbandingan minat bagi variasi terapi main

Kesimpulan

Berdasarkan kajian tindakan yang telah pengkaji jalankan ke atas dua orang peserta kajian, pengkaji
mendapati bahawa penguasaan murid dalam mengira secara cepat dan tepat bagi operasi tambah dalam
lingkungan 20 boleh ditingkatkan dengan menggunakan kaedah terapi main. Minat peserta kajian dalam
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran juga semakin meningkat apabila pengkaji menggunakan
kaedah terapi main ini. Pengkaji bersetuju dengan Mohamad Haniff Bin Hj Abdul Murad (2013) yang
menyatakan bahawa kaedah permainan dapat meningkatkan penguasaan murid bermasalah slow learner
dalam kemahiran operasi tambah. Oleh hal yang demikian, penggunaan terapi main ini telah banyak
membantu murid-murid pendidikan khas dalam menyelesaikan masalah mengira dengan cepat dan tepat
bagi operasi tambah. Walaupun pada mulanya salah seorang peserta kajian mengira dengan lebih cepat
pada ujian pra berbanding ujian pos akhir. Namun begitu, kemajuan masa menjawab dengan cepat bagi
peserta kajian ini dapat dilihat pada perbandingan ujian pos untuk ketiga-tiga jenis permainan. Ini
menunjukkan peserta kajian ini lebih fokus untuk mengira selepas pelaksanaan intervensi terapi main ini.
Selepas beberapa siri intervensi permainan tersebut, mereka kelihatan sudah memahami dengan mudah
cara mengira operasi tambah dengan betul dan dapat mengira dengan semakin cepat. Minat mereka juga
semakin meningkat terhadap matapelajaran Matematik.
Rujukan
Ahmad, M. Z. (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang.
MPH Distributors.
Ahmad, M. Z. (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang. University Sains Malaysia.
Aminah Hj Shamsudin, S. I. (2009). Kaedah Pembelajaran Khas Matematik. Selangor. Open University
Malaysia.
Arjunan, S. A. (2013). Prosiding Penyelidikan Tindakan Pendidikan Khas 2013. Melaka. Jawatankuasa
Penerbitan Jurnal Dan Karya Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Baharom, H. N. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Cecil D. Mercer, A. R. (2011). Teavhimg Students With Learning Problems. New Jersey. Pearson
Education.
Chua Tee Tee, K. B. (2001). Pendidikan Khas Dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
0
20
40
60
80
100
X Y
S
k
a
l
a

T
i
n
g
k
a
h
l
a
k
u

(
%
)

Peserta Kajian
Minat Bagi Variasi Intervensi Terapi Main
Permainan Ketinting
Permainan Dam Ular
Permainan Susun dan
Sambung Lego
176

Hoon, L. Y. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Tindakan . Sabah.
University Malaysia Sabah.
Hussain, Y. (2010). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Selangor. Pecan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
Hussein, Z. (2003). Minat Bagaimana Menyedari Dan Mengembangkannya. Kuala Lumpur. Institute
Tadbiran Awam Negara.
Keow, C. L. (2011). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Lay Yoon Fah, K. C. (2013). Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Dalam Penyelidikan Tindakan.
Sabah. Penerbit University Malaysia Sabah.
Othman, A. (2010). Kamus Komptehensif Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Razhiyah, K. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur. PTS Professional.
Sang, M. S. (2010). Literature Dan Kaedah Penyelidikan. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sharani, M. (2006). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Selangor. PTS Professional.
Ting Leng Siong, A. S. (2013). Penyelidikan Tindakan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Freemind
Horizons Sdn. Bhd.


















177

TERAPI GABUNGAN

Nur Hazirah Binti Shamsudin
Che Noorwani Bt Che Wil

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk memperbaiki cara murid menggengam pensel
dengan betul dan seterusnya meningkatkan kekemasan bentuk penulisan angka 0-9 melalui
aktiviti terapi gabungan yang pelbagai. Kajian ini telah dijalankan keatas tiga orang murid yang
mempunyai masalah dalam motor halus dari Program Pendidikan Khas di sebuah sekolah di
sekitar Pasir Puteh. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian melalui
senarai semak, ujian sebelum dan selepas intervensi, nota lapangan serta penilaian hasil
lembaran kerja peserta kajian melalui borang analisis portfolio. Aktiviti terapi gabungan yang
dijalankan adalah merangkumi terapi cara kerja dan terapi seni. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa cara menggengam pensel dengan jari jemari dengan betul dan bentuk kekemasan
penulisan angka 0-9 dapat diperbaiki dan ditingkatkan melalui intervensi yang merangkumi
pelbagai aktiviti terapi gabungan. Justeru itu, penggunaan terapi gabungan ini dapat
membantu murid merangsang dan meningkatkan penguasaan motor halus murid.

Pengenalan
Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dalam ciri-ciri
mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot, tingkah laku sosial, emosi dan juga keupayaan
komunikasi. Perbezaan yang dialami oleh murid-murid ini telah memberi kesan di dalam penguasaaan 3M
mereka. Aspek membaca, menulis dan mengira tidak dapat dikuasai dengan baik disebabkan masalah-
masalah yang tertentu. Masalah dalam aspek penulisan sebagai contoh seringkali adalah disebabkan
masalah murid tidak dapat mengecam dan membezakan abjad dan juga nombor yang hampir sama
ataupun disebut sebagai disleksia. Selain itu, mereka juga seringkali dikaitan dengan masalah pengamatan
koordinasi tangan dan mata, serta masalah dalam motor halus yang menjadi halangan untuk mereka
menulis dengan baik (Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2013).
Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan
sukar dilihat. Kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang
cepat dari segi kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan
kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,
keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan mereka. Kemahiran motor ialah
kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu
(Magill, 2001). Walaubagaimanapun, kemahiran motor halus murid Pendidikan Khas adalah lemah.
Kemahiran motor halus yang lemah bakal memberikan pelbagai masalah kepada murid-murid Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran terutamanya. Salah satu daripadanya ialah masalah menulis disebabkan
tidak dapat menggengam pensel dengan betul sewaktu menulis.
Justeru, bagi murid yang mempunyai masalah dalam motor halus, terdapat pelbagai cara dan intervensi
yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran menulis di kalangan murid-murid
Pendidikan Khas ini. Terapi cara kerja merupakan sejenis terapi yang sangat signifikan dan seringkali
digunakan untuk mengembangkan motor halus kanak-kanak. Terapi seni pula merupakan suatu terapi
yang menggunakan kepelbagaian kaedah teknik dan media yang digunakan dalam Seni Visual. Kedua-dua
terapi ini digabung jalin untuk menghasilkan aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan objektif untuk
meningkatkan penguasaan motor halus peserta kajian.
178

Fokus Kajian
Peserta kajian yang dipilih adalah tiga orang murid Pedidikan Khas Masalah Pembelajaran yang
mempunyai masalah Palsi Serebral, cacat fizikal dan juga lembam. Perkembangan motor halus subjek
kajian ini adalah melibatkan masalah fizikal yang hadir sejak lahir lagi iaitu murid Palsi Serebral yang
mempunyai masalah ketidakupayaan hemiplegia berganda yang menyebabkan bahagian kaki dan
tangannya menerima kesan ketidakupayaan (Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad, 2013). Peserta
kajian yang kedua mempunyai masalah kecacatan fizikal. Ketidakupayan yang lebih spesifik lagi yang
dihadapi oleh subjek kajian yang kedua ini ialah triplegia yang mempunyai masalah pada kaki kanannya
dan juga tangan kirinya. Hal ini memberi impak kepada penulisan subjek ini termasuklah dalam
menghasilkan penulisan angka 0-9 yang akan digunakan dalam mata pelajaran Matematik. Subjek ketiga
pula, tidak dilihat mempunyai masalah yang melibatkan fizikal yang spesifik, namun perkembangan
fizikalnya adalah tidak berkadaran dengan umurnya. Justeru, perkembangan psikomotor halus subjek ini
juga mendapat kesan kelewatan tersebut. Kesemua peserta kajian dilihat mempunyai masalah motor halus
yang menyebabkan mereka mempunyai masalah untuk menggengam pensel dengan betul dan menulis
angka 0-9 dengan betul dan kemas. Justeru, saya memfokuskan kajian ini untuk memperbaiki cara
genggaman pensel ketiga-tiga peserta kajian ini melalui pelbagai aktiviti terapi gabungan yang akan
berfungsi sebagai terapi untuk merangsang, memperkuatkan, mengembangkan motor halus peserta kajian
ini dengan lebih baik
Objektif Kajian
1. Menggengam pensel menggunakan jari jemari dengan cara yang betul
2. Meningkatkan kekemasan bentuk penulisan angka 0-9

Soalan Kajian
1. Adakah murid dapat menggengam pensel menggunakan jari jemari dengan cara yang
betul melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti terapi gabungan?
2. Adakah kekemasan bentuk penulisan angka 0-9 dapat ditingkatkan melalui pelaksanaan
aktiviti-aktiviti terapi gabungan?


Sorotan Literatur
Noraini (2009), menulis tentang kajiannya yang bertajuk Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid
Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Bahasa Melayu ada menyebut tentang persediaan awalan sebelum
menulis. Murid yang menjadi subjek kajian bagi kajiannya itu tidak menguasai konsep pra tulisan seperti
gagal memegang pensel dengan baik dan betul dan meyebabkan timbulnya masalah ketidakkemasan di
dalam penulisan mereka. Seterusnya, pengkaji juga ada menyatakan keperluan untuk guru memahami dan
memenuhi kehendak dan masalah dispraksia yang melibatkan gangguan neurologi dan menganggu sistem
koordinasi motor, mata dan tangan menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine,
1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel
secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan
bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan
mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini adalah
faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik. Hal ini memberi gambaran
sedikit sebanyak tentang beberapa perkara awalan yang perlu diberi pertimbangan sewaktu saya
merancang untuk melaksanakan tindakan bagi kajian tindakan masalaha penulisan nombor 0-9 ini.
Kekemasan menulis angka ini juga boleh dipengaruhi oleh kesediaan awal untuk menulis. Justeru, hal
tersebut perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh saya kelak.
179

Adilah (2013) dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan Kebolehan Menggunting Kepada Murid
Hiperaktif Dengan Menggunakan Teknik G-Kaf Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual telah
menggunakan pelbagai aktiviti yang melibatkan terapi fisio kepada murid Pendidikan Khas yang
mempunyai masalah ADHD. Teknik G-KAF adalah melibatkan G-gunting, K- kertas, A- Alat dan Bahan
yang pelbagai dan F-fisioterapi. Pengkaji telah mengunakan keempat-empat elemne ini di dalam kajian
tindakannya dan intervensi-intervensi yang dilakukan adalah melibatkan G-KAF ini. Melalui kajian ini,
saya mendapat maklumat yang berguna dari segi perancangan dan pelaksanaan tindakan yang dilakukan
oleh pengkaji dalam meningkatkan kemahiran menggunting sekaligus memberi idea kepada saya untuk
memulakan kajian tidakan saya ini. Saya dapat mengaplikasi dan membuat pengubahsuaian tindakan
berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh murid saya. Kajian tindakan ini dilihat hampir sama
dengan tajuk yang diketengahkan oleh saya namun dengan menggunakan pembolehubah yang berbeza
dan aktiviti terapi yang berlainan. Saya walaubagaimanapaun, berpeluang mengambil sedikit sebanyak
idea dan membuat rujukan daripada kajian ini disebabkan daerah yang ingin ditingkatkan adalah hampir
sama dan berfokuskan kepada kemahiran motor halus murid.
Carol Shand (2014) di dalam kajiannya yang bertajuk How Can I Provide Stimulus To Enhance Fine
Motor Skills And Name Recognition In Pre School Children? menyatakan tentang kepentingan aktiviti-
aktiviti yang boleh mengasah kemahiran psikomotor halus murid. Carol menegaskan tentang kegunaan
gunting dan juga tanah liat yang digunakan khusus untuk meningkatkan dan memberi latihan
perkembangan kepada psikomotor halus murid-murid pra sekolah. Subjek kajian yang menjalani aktiviti-
aktiviti yang disediakan oleh Carol ini telah memberi tindak balas yang biak. Emosi kanak-kanak tersebut
dilihat lebih stabil dan kemahiran psikomotornya telah pun ditingkatkan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh
ibu kepada subjek kajian tersebut. Justeru, saya mengambil beberapa inspirasi daripada aktiviti yang
dilakukan kepada murid pra ini dan akan dijadiakan sebagai salah satu langkah intervensi di dalam kajian
tindakan yang bakal saya jalankan kelak iaitu aktiviti yang melibatkan gunting dan juga tanah liat.
Menurut Anizu dan Ernie di dalam kajiannya yang bertajuk Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan Motor
Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrumen Movement Assessment Battery For
Children (MABC), kemahiran motor halus dan motor kasar kanak kanak adalah berbeza mengikut
kecacatan. Hal ini telah dibuktikan melalui keputusan senarai semak dan ujian yang menggunakan
instrumen MABC tersebut. Mereka juga menegaskan bahawa, prestasi kemahiran yang diperolehi kanak-
kanak ini adalah diperolehi melalui pelbagai aktiviti yang disertai oleh mereka sepanjang proses
perkembangan dan pertumbuhan mereka. Berdasarkan keputusan senarai semak, kanak-kanak slow
learner lebih menunjukkan keupayaan mereka dalam ujian-ujian yang menguji kemahiran motor halus
dan kemahiran motor kasar walaupun kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi
fokus atau perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.
Memandangkan terdapat seorang orang murid slow leraner sebagai subjek kajian saya, saya akan memberi
perhatian kepada pernyataan ini. Adakah ianya benar dan boleh diterima pakai di dalam kajian yang bakal
saya jalankan.

Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Saya telah mengadaptasi model Kurt Lewin (1948) sebagai asas untuk menghasilkan pelan tindakan bagi
kajian ini. Peringkat-peringkat tersebut bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan refleksi
(Rosinah Edinin, 2011).

180

1) Perancangan
2) Tindakan
3) Pemerhatian
4) Refleksi
























Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (Rosinah Edinin, 2011).


Langkah 1 : Perancangan

Saya telah merancang untuk menggunakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan gabungan pelbagai aktiviti
terapi seperti terapi cara kerja, dan terapi seni. Perancangan dilakukan setelah masalah atau isu kajian
telah dikenalpasti. Aspek yang dikenalpasti dalam merancang kajian tindakan adalah merancang aktiviti,
prosedur pelaksanaan, tempoh masa, alat dan bahan pengajaran yang sesuai, proses menggunakan alat
dan bahan serta proses menilai. Saya telah merancang untuk pelbagai aktiviti terapi gabungan yang
merangkumi terapi cara kerja dan juga terapi seni. Kedua-dua unsur terapi ini akan digabungkan bersama-
sama di dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Saya memilih untuk menggabungkan pelbagai aktiviti
terapi di dalam satu tindakan kerana yakin tentang keberkesanan yang lebih akan diperoleh dan aktiviti
yang dijalankan juga lebih menarik dan pelbagai. Walaubagaimanapun, aktiviti yang dirancang ini
mempunyai matlamat yang jelas dan jitu iaitu untuk meningkatkan kemahiran motor halus subjek-subjek
tersebut seterusnya membolehkan mereka menggenggam pensel dengan baik. Setelah cara genggaman
pensel dapat diperbetulakan, sekaligus dapat memperbaiki kekemasan penulisan angka 0-9 yang ditulis
oleh peserta kajian.

Langkah 2 : Tindakan
a) Sesi 1
Terapi Cara Kerja + Terapi Seni
1. Kutip duit syiling
2. Kutip kad nombor
3. Kutip nombor 3D
4. Menggoyakkan surat khabar dalam bentuk lurus dan juga mengumpalkannya menjadi bola;
2 saiz bola yang berbeza dihasilkan sebanyak bilangan nombor yang ditetapkan ( saiz
kecil 8, saiz besar -3)
Menggentel tisu dan menyiapkan kolaj nombor 0-9 menggunakan tisu tersebut
Menyurih angka 0-9 menggunakan pensel

181

b) Sesi 2
Terapi Cara Kerja + Terapi Seni
Menguli doh
Menguli doh membentuk bola menggunakan tapak tangan dan juga jari ( bilangan
bola ditetapkan berdasarkan angka 0-9)
Menguli doh membentuk bola kecil bersaiz pea menggunakan jari sahaja ( bilangan
bola ditetapkan berdasarkan angka 0-9)
Menguli doh membentuk angka 0-9
Mewarna angka 0-9 meggunakan krayon

c) Sesi 3
Terapi Cara Kerja
Menggunting straw mengikut bilangan yang dikehendaki
Menggunting angka 0-9 di atas jenis kertas yang berbeza iaitu
kertas A4,
manila kad dan
kertas keras
Mewarna angka 0-9 menggunakan cat air

(d) Sesi 4
Terapi Cara Kerja
Menulis angka 0-9 di atas permukaan yang berbeza dengan media yang berbeza
Menulis di papan hitam menggunakan kapur tulis
Menulis di papan putih menggunakan marker
Menulis di kertas menggunakan pensel


Langkah 3 : Pemerhatian
Pemerhatian secara berstruktur yang menggunakan instrumen senarai semak dilaksanakan sepanjang sesi
intervensi terapi gabungan melalui . Lembaran kerja peserta kajian digunakan untuk mengukur tahap
penguasaan menulis angka 0-9 melalui aspek bentuk dan kekemasan. Hasil pemerhatian direkod
menggunakan senarai semak, nota lapangan, dan ujian.

Langkah 4 : Refleksi
Saya telah menilai semula kelemahan dan kekuatan yang telah dikenalpasti sepanjang menjalankan kajian
ini. Proses penambahbaikan atau peneguhan telah dilakukan bagi memastikan kajian ini mencapai
matlamat yang ditetapkan. Hasil dapatan bagi kesemua instrumen yang digunakan, pengkaji mendapati
penggunaan aktiviti terapi gabungan ini dapat merangsang dan memperkembangkan motor halus murid
dan sekaligus mampu memperbaikai cara genggaman pensel murid dan membawa kepada peningkatan
pencapain bentuk dan kekemasan penulisan angka 0-9 yang ditulis oleh murid ini. Data yang diperolehi
dan dikumpul juga perlu dianlisis dan dirumuskan melalui jadual mahupun graf.







182


Dapatan Dan Refleksi


Dapatan Kajian

Dapatan kajian akan dibincangkan berasaskan soalan kajian :

Soalan Kajian 1:
Adakah murid dapat menggengam pensel menggunakan jari jemari dengan cara yang betul melalui
pelaksanaan aktiviti-aktiviti terapi gabungan?


Rajah 2: Graf Perbandingan Kekerapan Murid Menggengam Pensel Dengan Cara Salah Sepanjang
Intervensi dan Ujian Pos
Graf 1 merupakan graf yang membandingkan kekerapan subjek menggengam pensel dengan cara yang
salah sepanjang intervensi dan ujian pos dijalankan. Melalui graf ini, dapat dilihat terdapat penurunan
yang konsisten dari awal intervensi 1 sehingga ujian pos. Walaubagaimanapun, pada permulaan, sewaktu
intervensi 1 dan intervensi 2 peserta kajian A dan peserta kajian C, kekerapan kesalahan menggenggam
pensel adalah mendatar dan tidak menurun. Hal ini mungkin sekali disebabkan peserta kajian masih kekok
dan tidak mampu membiasakan diri dengan cara memegang pensel yang baru. Graf ini namun tetap
menunjukkan penurunan yang memberangsangkan dan menunjukkan kekerapan ketiga-tiga peserta kajian
melakukan kesalahan menggengam dengan tidak betul telah berjaya dikurangkan selari dengan intervensi-
intervensi yang dijalankan. Pada pemerhatian terakhir sewaktu menjalani ujian pos, peserta kajian C telah
berjaya menghapuskan cara genggaman pensel yang salah tadi. Hal ini menunjukkan intervensi yang
dilaksanakan adalah berkesan untuk kesemua peserta kajian tetapi mengambil masa yang berlainan.


7 7
5
3
2
7
6
4
2
1
6 6
4
2
0
0
1
2
3
4
5
6
7
8
Intervensi 1 Intervensi 2 Intervensi 3 Intervensi 4 Ujian Pos
J
u
m
l
a
h

K
e
k
e
r
a
p
a
n

M
u
r
i
d

M
e
n
g
g
e
n
g
a
m
m

P
e
n
s
e
l

D
e
n
g
a
n

C
a
r
a

S
a
l
a
h

Sesi
Graf Perbandingan Kekerapan Murid Menggengam
Pensel Dengan Cara Salah Sepanjang Intervensi dan
Ujian Pos
Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C
183

Soalan Kajian 2:
Adakah kekemasan bentuk penulisan angka 0-9 dapat ditingkatkan melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti
terapi gabungan?


Rajah 3: Perbandingan Markah Peratusan Kekemasan Penulisan Angka dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Graf diatas merupakan perbandingan markah untuk aspek kekemasan dalam penulisan angka 0-9 yang
telah dijalankan sewaktu ujian pra sebelum intervensi dilaksanakan dan juga ujian pos iaitu setelah
intervensi dijalankan sepenuhnya. Perbezaan dan peningkatan yang ketara di dalam markah untuk ketiga-
tiga peserta kajian dapat dilihat. Hal ini menunjukkan intervensi yang dilaksanakan telah berjaya
memperbaiki dan meningkatkan kekemasan penulisan angka dikalangan peserta kajian tersebut.


Rajah 4: Perbandingan Markah Peratus Penulisan Bentuk Angka 0-9 dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
0
50
100
Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C
P
e
r
a
t
u
s

%

Peserta Kajian
Perbandingan Markah Peratusan Kekemasan
Penulisan Angka dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra Ujian Pos
0
20
40
60
80
100
Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian C
P
e
r
a
t
u
s

%

Perbandingan Markah Peratusan Penulisan Bentuk
Angka 0-9 dalam
Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra Ujian Pos
184

Graf ini menunjukkan tentang perbandingan peratusan markah untuk aspek penulisan bentuk angka 0-9
sewaktu ujian pra dan juga sewaktu ujian pos setelah semua sesi intervensi terapi dilaksanakan. Aspek
bentuk angka 0-9 yang diberi perhatian di dalam lembaran kerja Matematik dilihat mempunyai
peningkatan setelah intervensi dilaksanakan. Ketiga-tiga peserta kajian menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan. Pesert kajian A meningkat sbanyak 50 %, peserta kajian B meningkat sebanyak 60 %
dan bagi peserta C juga meningkat sebanyak 60%. Peserta kajian A walaubagaimanapun mempunyai
markah yang paling rendah. Hal ini apabila diberi perhatian, saya dapat mengenalpasti peserta kajian A
tidak dapat melaksanakan beberapa aktiviti terapi dengan baik sepanjang intervensi dijalankan. Ianya
adalah disebabkan kondisi tangan dan jari jemarinya paling lemah dari segi motor halus kerana
mempunyai masalah Palsi Serebral. Antara ketiga-tiga peserta kajian, peserta ini memerlukan masa dan
tumpuan yang lebih lama bagi memperkuatkan dan mengembangkan motor halusnya.
Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan perbandingan markah yang diperoleh sebelum dan selepas
intervensi, markah yang diperoleh adalah meningkat dan menerangkan tentang keberkesanan aktiviti
terapi yang dijalankan.

Cadangan kajian lanjutan
Intervensi yang telah dilaksanakan masih boleh dimurnikan lagi. Kepelbagaian aktiviti yang lebih
menarik dan menjurus boleh ditambah ke dalam sesi itervensi terapi gabungan tadi. Selain itu, tempoh
intervensi yang dilaksanakan juga akan dipanjangkan dalam kajian yang seterusnya. Ini memberi ruang
kepada peserta kajian yang lemah dan lambat dalam menguasai satu-satu kemahiran yang diajar. Saya
mencadangkan agar intervensi terapi ini diintegrasikan dalam mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu,
Matematik, Pendidikan Seni. Hal ini adalah sangat bersesuaian kerana disamping mereka mempelajari isi
kandungan dan konsep sesuatu mata pelajaran, mereka juga mampu merangsang dan memperkembangakn
motor halus mereka.

Di samping itu, saya mencadangkan kajian dilakukan menggunakan peserta kajian yang lebih besar dan
ramai supaya generalisasi dapat dibuat dengan lebih tepat. Intervensi terapi gabungan ini juga dapat
digunakan kepada murid yang bermasalah dalam kemahiran motor halus dan juga murid di awal
perkembangan kanak-kanak seperti murid pra sekolah biasa ataupun murid pra sekolah Pendidikan Khas.

Kesimpulan
Berdasarkan kepada keseluruhan dapatan kajian, saya mendapati bahawa intervensi terapi gabungan yang
digunakan dalam kajian telah memberikan impak positif bagi cara menggengam pensel yang betul.
Kekerapan murid menggengam pensel dengan salah setelah melalui empat kali sesi terapi dengan aktiviti
yang berlainan adalah semakin menurun. Motor halus peserta kajian dapat dirangsang dan dikembangkan
sepanjang berlangsungnya sesi intervensi tersebut. Aspek bentuk dan kekemasan penulisan angka 0-9
seterusnya telah dapat diperbaiki dan ditingkatkan sejajar dengan kejayaan murid melaksanakan aktiviti-
aktiviti terapi yang disediakan sepanjang intervensi berlangsung. Hal ini membuktikan, motor halus di jari
jemari memainkan peranan yang penting untuk genggaman pensel yang betul dan sekaligus memberi
impak kepada bentuk dan kekemasan penulisan angka 0-9 tersebut.








185


Rujukan

Cohen, L.,Manion, L. & Morrison, K. (2000) Research Methods In Education. (5th ed). 245-246. London:
Routledge Falmer.

Magill R. (2001). Motor Learning and Control: Concepts and Application. Florida. McGraw-Hill
Humanities/Social Sciences/Languages

Mohd Anizu Mohdnor dan Ernie Suliana Md. Shariff (2010). Prestasi Kemahiran Motor Halus Dan
Motor Kasar Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran Menggunakan Instrumen Movement
Assessment Battery For Children (MABC). Master Dissertation. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad (2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang; Sinaran
Bros Sdn. Bhd.
Noraini Ombi. (2009). Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan
Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009,
ms.215-227.

Nur Adibah Binti Alias. (2013). Meningkatkan Kebolehan Menggunting Kepada Murid Hiperaktif
Dengan Menggunakan Teknik G-KAF Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Laporan
kajian tindakan pelajar PISMP semseter 8. Kedah :IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Rosinan Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Shand C. (2014). How Can I Provide Stimulus To Enhance Fine Motor Skills And Name Recognition In
Pre School Children? dicapai pada 23 April 2014, dari
http://schools.gedsb.net/ar/passion/pv/OEYC-LaunchPads/Shand.pdf













186


MEMBANTU MURID MENUNJUK NOMBOR 11, 12, 13, 14 DAN 15 DENGAN BETUL SERTA
MENINGKATKAN MINAT MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Nurul Najihah Binti Awang
Puan Nor Laini Binti Che Mat


Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai adakah murid dapat menunjukkan nombor 11, 12, 13,
14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul serta untuk melihat peningkatan minat murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui variasi kolaj. Responden terdiri daripada
dua orang murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di sebuah sekolah yang terletak di
daerah Bachok. Hasil tinjauan awal mendapati responden tidak dapat mengenal nombor dengan
baik. Ini dibuktikan oleh ujian pra yang kurang memberangsangkan. Penambahbaikkan kaedah
pembelajaran dilakukan dengan menerapkan unsur terapi seni iaitu melalui kaedah variasi kolaj.
Data dikumpulkan melalui instrumen temubual, ujian pra, ujian pos, senarai semak, analisis
dokumen dan pemerhatian. Hasil dapatan menunjukkan peningkatan peratusan skor pemarkahan
mengenal nombor meningkat dalam ujian pos berbanding ujian pra. Kajian ini membuktikan
kaedah variasi kolaj membantu murid menunjuk nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 dengan betul serta
dapat meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui variasi
kolaj. Cadangan akan datang ialah dengan menggunakan kaedah multisensori.

Pengenalan

Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan fizikal dan kognitif yang berbeza dan unik antara satu sama
lain. Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan dan ia menjadi satu daripada tanggungjawab sosial yang
penting dalam sesebuah masyarakat (Kementerian Pendidikan Malaysia (2004). Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas, mesti berlandaskan kepada kemampuan dan kebolehan
mereka. Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas
pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan
secara normal. Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan,
kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau
pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai.Konsep terapi dalam pendidikan khas pula
adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan
khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai
perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat
membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.

Fokus Kajian

Isu Kajian

Murid-murid bermasalah pembelajaran ini menghadapi pelbagai masalah yang berpunca daripada
ketidakupayaan pembelajaran yang akan mempengaruhi pencapaian murid dalam bidang akademik.
Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian yang dilakukan, peserta kajian agak ketinggalan dalam aspek
akademik berbanding rakan-rakan mereka dari kelas yang sama. Kajian yang dijalankan adalah bagi
memfokuskan tentang isu kajian iaitu permasalahan yang dihadapi murid dalam bilik darjah tersebut iaitu
masalah mengenal nombor 11, 12, 13, 14 dan 15. Seterusnya ianya berfokus bagi meningkatkan minat
187

murid dalam mata pelajaran Matematik. Dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, perlunya
guru menitikberatkan minat murid bagi memastikan objektif pembelajaran berjaya dicapai.

Tujuan Kajian

Kajian yang akan dilaksanakan lebih berfokus kepada masalah murid tidak dapat menunjukkan nombor
11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul.. Masalah ini berpunca daripada murid
sendiri iaitu daripada kategori bermasalah pembelajaran iaitu lembam. Brennan (1974), mendefinisikan
murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal sekolah seperti kumpulan sebaya
mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam
selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah. Jika
diberi bantuan seperti menggunakan pendekatan menggunakan nombor berwarna, boneka nombor dan
sebagainya, mereka boleh mengenal dan menamakan nombor dengan baik. Hal ini membuatkan pengkaji
terfikir untuk melaksanakan satu terapi seni iaitu menggunakan kaedah variasi kolaj yang sesuai dengan
tahap, minat dan kebolehan murid.

Objektif Kajian
i. Murid dapat menunjukkan nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul.
ii. Meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan Kajian

1. Adakah murid dapat menunjukkan nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan
betul?
2. Adakah minat murid dapat ditingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui variasi
kolaj?

Sorotan Literatur

Mohamad Azizi Bin Anding dan Khairul Annuar Bin Abdul Wahab (2009), telah membuat kajian di
sebuah sekolah di bandar Kuching. Kajian ini dijalankan melibatkan Modaliti Seni : Satu Intervensi
Kepada Penolakan Klien Dalam Proses Kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan perkaitan antara terapi
seni dan tahap kepuasan diri secara emosi dalam sesuatu perhubungan kaunseling. Jelas di sini,
perhubungan kaunseling ada perkaitan dengan kajian yang saya lakukan. Saya iaitu guru dan murid
sebagai responden. Menurut kajian yang dijalankan, terapi seni dapat membantu murid dari segi
pengamatan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.
Manakala Pendidikan Seni merupakan satu bidang ilmu dalam sistem pendidikan di negara kita. Herbert
Read (1997) dalam bukunya bertajuk Meaning of Art menjelaskan, Seni adalah penghasilan rupa dan
bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Manakala kanak-kanak pula
sememangnya mempunyai daya kreativiti mereka sendiri. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk belajar
seni tidak kira sama ada mereka berbakat ataupun tidak, kerana seni memberi penekanan kepada
kepentingan aktiviti mata dan tangan. (Pestalozzi, 1976-1827), seni merupakan sesuatu yang bersifat
semulajadi oleh setiap murid.

Perancangan Dan PelaksanaanTindakan

Setelah membuat penilaian daripada segenap aspek, pengkaji memilih untuk menjalankan kajian
berdasarkan model penyelidikan Kurt Lewin (1946). Menurut model penyelidikan Kurt Lewin (1946) dan
188

Laidlaw (1992), penyelidikan tindakan adalah sebagai proses lingkaran dalam beberapa tahap yang
berkaitan.




























Rajah 1 : Adaptasi dari Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992

Model kajian ini mempunyai lima langkah iaitu peringkat mengenal pasti aspek amalan, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan, mengumpul data dan membuat refleksi terhadap tindakan. Lingkaran
terhadap masalah yang diuji boleh diulang ke lingkaran kedua, ketiga dan seterusnya sehingga masalah
dapat diselesaikan. Perlaksanaan penyelidikan tindakan ini ditunjukkan pada Rajah 1(Proses Penyelidikan
Tindakan).
Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian
PESERTA
KAJIAN
JANTINA KATEGORI UMUR
A Lelaki Speechless 14 tahun
B Lelaki Slow Learner 13 tahun

Mengenal Pasti Aspek Amalan

Proses pengumpulan data dijalankan menggunakan instrumen borang temu bual, ujian pra, pemerhatian,
senarai semak, analisis dokumen dan ujian pos. Tinjauan awal dijalankan oleh pengkaji melalui instrumen
temu bual dan ujian pra. Setelah beberapa orang murid dapat dikenalpasti bermasalah dalam mengenal
MENGENAL PASTI
ASPEK AMALAN
-Proses pengumpulan data
mengenai aspek yang ingin
dijadikan fokus kajian dan
ditambah baik.
- Tinjauan awal melalui
temubual dan pemerhatian
MERANCANG
TINDAKAN
-Merancang pelan tindakan
yang akan digunakan.
-Merangka kajian
REFLEKSI
-Menganalisis dan menilai
data.
-Membuat refleksi mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang telah
dikumpul.
TINDAKAN /
IMPLEMENTASI
-Melaksanakan pelan
tindakan yang telah
dirancang.
MENGUMPUL DATA
-Mengumpul data tentang
kesan tindakan yang telah
dijalankan.
- Pemerhatian
-Temubual
- Ujian pasca
189

nombor, satu ujian pra akan dilaksanakan dengan memilih lima nombor berdasarkan ujian diagnostik yang
telah dijalankan sewaktu praktikum lepas.
Merancang Tindakan

Setelah dapatan diperolehi daripada mengenal pasti aspek amalan, pengaji merancang pelan tindakan yang
akan digunakan serta merangka ujian yang bersesuaian.

















Rajah 2: Perlaksanaan Tindakan

Tindakan / Implementasi

Tindakan seterusnya adalah dengan melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Rawatan yang
telah pengkaji lakukan adalah berfokus kepada mengenal lima nombor sahaja supaya impaknya lebih baik
dan berkesan. Masa pelaksanaan adalah lebih kurang 1 jam 30 minit setiap kali satu rawatan dijalankan.
Pengkaji telah mengaplikasikan kaedah variasi kolaj bagi membantu murid menunjukkan nombor 11, 12,
13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul. Jadual 2 adalah langkah-langkah pelaksanaan
kaedah variasi kolaj yang akan dijalankan :

















Mengenal pasti masalah peserta kajian
Menjalankan ujian pra
Pelaksanaan tindakan
Langkah 1:
Teknik kolaj menggunakan barli
Langkah 2:
Teknik kolaj menggunakan sagu berwarna
Langkah 3:
Teknik kolaj menggunakan cebisan kertas

Membuat Refleksi
190





Jadual 2 : Rawatan Variasi Kolaj


RAWATAN 1: AKTIVITI KOLAJ MENGGUNAKAN BARLI

AKTIVITI:
1. Peserta kajian merasa bahan maujud yang dibawa di dalam kotak iaitu barli.
2. Peserta kajian dan guru bersoal jawab mengenai kad nombor yang ditunjukkan.
3. Guru memberikan penerangan aktiviti menghasilkan kolaj menggunakan barli
5. Peserta kajian dikehendaki menunjukkan nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru
dengan betul.
6. Ujian pos dijalankan setelah intervensi kolaj barli selesai dilaksanakan

RAWATAN 2: AKTIVITI KOLAJ MENGGUNAKAN SAGU BERWARNA

AKTIVITI:
1. Peserta kajian dikehendaki mencari kad nombor di bawah meja
2. Peserta kajian dan guru bersoal jawab mengenai kad nombor tersebut sebagai pengukuhan lepas.
3.Guru memberikan penerangan aktiviti menghasilkan kolaj menggunakan sagu berwarna.
4.Peserta kajian dikehendaki menunjukkan nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru
dengan betul
5. Ujian pos dijalankan setelah intervensi kolaj barli selesai dilaksanakan

RAWATAN 3: AKTIVITI KOLAJ MENGGUNAKAN CEBISAN KERTAS

AKTIVITI:
1. Peserta kajian dikehendaki memancing nombor 11, 12, 13, 14 dan 15.
2. Peserta kajian dan guru menyebut dengan kuat nombor 11, 12, 13, 14, dan 15 sebagai pengukuhan
pengajaran sesi lepas
3.Guru memberikan penerangan aktiviti menghasilkan kolaj menggunakan cebisan kertas
4. Peserta kajian dikehendaki menunjukkan nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru
dengan betul
5. Ujian pos dijalankan setelah intervensi kolaj barli selesai dilaksanakan

Mengumpul Data Tentang Kesan Tindakan Yang Telah Dijalankan

Teknik pengumpulan data yang pengkaji aplikasikan untuk mendapatkan data yang terperinci dan
menyeluruh ialah temu bual, pemerhatian, senarai semak, ujian pra, ujian pos dan pengumpulan dokumen.

Temu bual

Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen yang dirasakan sesuai dengan kajian yang akan
dijalankan. Antara instrumen yang akan digunakan adalah temubual. Temu bual dilakukan terhadap
191

individu berlainan kerana setiap individu tersebut dapat membantu memberi maklumat berguna kepada
pengkaji dalam memperoleh data yang tepat untuk dianalisi di dalam kajian tindakan kelak.


Pemerhatian

Pemerhatian ini dilakukan ketika peserta kajian menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana peserta kajian dapat menunjukkan nombor 11, 12, 13,
14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul.

Ujian pra

Seterusnya, pengkaji telah menjalankan ujian pra bagi mengetahui tahap penguasaan peserta kajian dalam
mengenal nombor melalui lembaran kerja. Pada mulanya, peserta kajian akan menamakan nombor 11, 12,
13, 14 dan 15 yang ditunjukkan mengikut susunan sebagai permulaan. Selepas itu, pengkaji akan
menyebutkan huruf 11, 12, 13, 14 dan 15 secara rawak dan peserta kajian dikehendaki menunjukkan
nombor yang disebutkan dengan betul. Pengkaji juga akan meminta peserta kajian menunjukkan nombor
yang pengkaji sebutkan untuk mendapatkan data. Ujian ini dilakukan bagi mengetahui tahap penguasaan
murid dalam mengenal nombor 11, 12, 13, 14 dan 15.

Senarai semak

Senarai semak boleh digunakan setelah menjalankan rawatan. Selain itu, pengkaji akan sediakan senarai
semak untuk melihat keberkesanaan penggunaan teknik kolaj dalam membantu peserta kajian menunjuk
nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul.

Ujian pos

Akhir sekali, ujian pos akan dijalankan bagi melihat sejauh mana peserta kajian dapat menunjukkan
nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul menggunakan variasi kolaj. Hasil
bagi kedua-dua ujian ini akan dianalisis untuk membuat perbandingan bagi melihat kemajuan sebelum dan
selepas menggunakan variasi kolaj .

Dapatan Dan Refleksi

Analisis dan interpretasi data dilakukan untuk menjelaskan dapatan kajian dengan lebih teliti dan
sistematik. Data ini menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu Adakah peserta kajian dapat
menunjukkan nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan betul?Peningkatan
peratusan setiap intervensi kaedah variasi kolaj dapat dilihat dengan jelas pada Rajah 3 di bawah.




192


Rajah 3 : Graf pencapaian kaedah variasi kolaj

Perbandingan Menunjuk Nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 Yang Disebutkan Oleh Guru Semasa Ujian Pra
Dan Ujian Pos

Jadual 3 : Skor menunjuk nombor 11, 12, 13, 14, dan 15 ujian pra dan ujian pos

Peserta Kajian Ujian Skor Peratus peningkatan

Ujian Pra 1/5 (20%)
A (80%)
Ujian Pos 5/5 (100%)
Ujian Pra 1/5 (20%)
B (60%)
Ujian Pos 4/5 (80%)

Jadual 3 menunjukkan perbandingan skor ujian pra dan ujian pos setelah menjalankan intervensi variasi
kolaj. Pada ujian pra, peserta kajian A memperoleh skor satu daripada lima yang membawa kepada 20%,
manakala skor ujian pos peserta kajian A meningkat kepada lima daripada lima iaitu kesemua nombor yang
mencatatkan sebanyak 100%. Seterusnya, peserta kajian B menunjukkan skor semasa ujian pra ialah satu
daripada lima iaitu 20%, manakala skor ujian pos bagi peserta kajian B meningkat kepada tiga daripada lima
iaitu 60%. Kesimpulannya, peserta kajian menunjukkan peningkatan setelah intervensi dijalankan iaitu 80%
bagi peserta kajian A dan 40% bagi peserta kajian B.

Hasil pemerhatian sepanjang intervensi variasi kolaj dijalankan menunjukkan peningkatan skor
terhadap peserta kajian A dan peserta kajian B. Peserta kajian A menunjukkan minatnya terhadap
pendekatan variasi kolaj apabila skor pemerhatian menunjukkan skor empat daripada empat yang
merangkumi keseluruhan penilaian perhatian terhadap peserta kajian. Bagi peserta kajian B pula,
pada awalnya peserta kajian B kurang memberikan tumpuan terhadap intervensi yang dijalankan
semasa intervensi kolaj barli. Namun peningkatan skor dapat dilihat pada intervensi kolaj sagu
berwarna dan kolaj cebisan kertas iaitu empat daripada empat. Hal ini membuktikan minat peserta
kajian dapat ditingkatan melalui variasi kolaj. Rajah 4 di bawah menunjukkan peningkatan minat
peserta kajian terhadap intervensi variasi kolaj :
40
20
80
60
100
80
0
20
40
60
80
100
120
A B
J
u
m
l
a
h

S
k
o
r

(
%
)

Responden
Pencapaian Kaedah Variasi Kolaj
Barli
Sagu Berwarna
Cebisan kertas
193


Rajah 4: Graf peningkatan minat murid kaedah variasi kolaj

Kesimpulan

Usaha untuk meningkatkan daya tumpuan serta minat murid Pendidikan Khas bukanlah perkara yang mudah
untuk diuruskan oleh guru semasa proses pembelajaran. Pelbagai aspek perlu difikirkan bagi memastikan
tumpuan murid serta minat murid sepanjang proses pembelajaran adalah dalam keadan yang baik. Hal ini
adalah kerana murid pendidikan khas mempunyai masalah mereka tersendiri dan setiap seorang daripada
mereka memiliki kelebihan dan keupayaan yang berbeza dari segi kognitif, sosial dan emosi. Oleh kerana
mereka sangatlah unik, pengkaji telah memikirkan kajian yang sesuai yang boleh pengkaji aplikasikan
terhadap peserta kajian pengkaji di kelas 3.

Sebelum pengkaji menjalankan kajian, pengkaji mengkaji latar belakaang peserta kajian terlebih dahulu
serta menjalankan temu bual bersama guru dan pembantu pengurusan murid untuk mendapatkan maklumat
yang pengkaji inginkan. Hal ini penting bagi pengkaji untuk merancang intervensi yang sesuai dengan tahap
dan keupayaan peserta kajian. Hasilnya, pengkaji menerapkan terapi seni dengan mengetengahkan kaedah
variasi kolaj dalam kajian yang pengkaji jalankan bagi memastikan peserta kajian yang memiliki masalah
dalam mengenal nombor dapat menunjuk nombor 11, 12, 13, 14 dan 15 yang disebutkan oleh guru dengan
betul serta ingin meningkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui variasi
kolaj.


Rujukan


Abd. Rahim B. Talib. (2006). HBSL 1103 PengenalanPendidikanKanak-kanakMasalahPembelajaran.
Kuala Lumpur : Open University Malaysia (OUM).
Ahmad, M. Z. (2011). KaedahdanStrategiPengajaranKanak-KanakBerekeperluanKhas. Pulau Pinang:
MPH Distributors.
Hoon, L. Y. (2013). PengenalankepadaPendekatanKuantitatifDalamPenyelidikanPendidikan. Sabah:
Universiti Malaysia Sabah.
Hussain(PhD), Yasmin. (2013). TerapiDalamPendidikanKhas. Selangor: PekanIlmu Publications Sdn
Bhd.
Ibrahim, K. P. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni dalam
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Jurnal Masalah Pendidikan, (Jilid 30/1): 37-49

0
1
2
3
4
5
A B

J
u
m
l
a
h

S
k
o
r


Peserta Kajian
Skor Pemerhatian Variasi Kolaj
Kolaj Barli
Kolaj Sagu Berwarna
Kolaj Cebisan kertas
194

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan
Tindakan. Selangor: Penerbiran Multimedia.
Othman, M. N. (Januari 2013). Dewan Budaya. Terapi Seni Dalam Karya Seni Tampak, 27.

Anda mungkin juga menyukai