Anda di halaman 1dari 6

JUSTIFIKASI INOVASI PERTAMA (6.08.

2014)

1. Refleksi P&P lalu

a) Guru Guru yang mengajar KH sebelum ini menyatakan mereka mengalami

kesukaran untuk membuat projek kerana ramai murid yang tidak akan

membawa peralatan yang diminta. Hanya segelintir pelajar sahaja yang akan

membawa. Ini menyebabkan projek tidak dapat dilakukan dengan berkesan.

b) Murid Murid didapati tidak berminat dengan matapelajaran KH kerana

sebelum ini mereka hanya diminta untuk melukis gambar projek seperti

urutan memasang kit model dan sebagainya. Apabila mereka diminta untuk

menyediakan bahan untuk membuat gubahan bunga mereka didapati sangat

berminat dan seronok untuk membuat gubahan tersebut.

c) Isi kandungan pelajaran Isi kandungan pelajaran haruslah mengikuti minat

dan kebolehan pelajar. Guru harus merancang isi kandungan mengikut

kehendak dan minat murid supaya dapat mengelakkan kebosanan.

d) Persekitaran Persekitaran haruslah mendorong minat pelajar untuk belajar

dengan sempurna agar tidak mengganggu perhatian mereka semasa belajar.

2. Objektif kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran murid di mana murid dapat

menghasilkan sebuah gubahan bunga daripada botol plastic di samping


mengenalpasti kegunaan bahan kitar semula dan juga dapat mengenalpasti barang

buangan dan hasil projek yang boleh digubah.

3. Kumpulan sasaran

Pengajaran inovasi ini melibatkan 31 orang murid yang terdiri daripada lelaki dan

perempuan. Murid-murid ini tidak ada pengalaman membuat projek menggunakan

bahan buangan sebelum ini. Mereka didapati belajar KH berdasarkan pada buku

teks dan hanya membuat projek yang melibatkan lukisan sahaja. Ini adalah pertama

kali mereka melibatkan diri untuk menghasilkan satu gubahan bunga yang

menggunakan botol plastic.

3. Laporan Perlaksanaan inovasi P&P

Guru memilih tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek dimana murid

dikehendaki membuat sebuah gubahan bunga yang menggunakan botol plastic.

Pada mulanya murid didedahkan dengan gambar-gambar dan video

pembuangan sampah. Murid disoal apakah alternative lain yang boleh digunakan

selain membuang sampah di tempat-tempat tertentu. Murid menjawab perlu

lakukan kitar semula.

Dari situ guru meminta murid mengasingkan jenis bahan buangan mengikut

kategori seperti kertas, tin aluminium, botol platik, dan kaca. Murid menerangkan

jenis-jenis warna tong sampah mengikut kategori masing-masing.

Setelah itu murid ditunjukkan cara-cara membuat gubahan dengan

menggunakan botol plastic. Murid diminta membuat projek ini di dalam


kumpulan. Setelah 50 minit murid-murid dapat menghasilkan sebuah gubahan

yang sangat cantik. Murid-murid didapati sangat terharu apabila melihat hasil

gubahan mereka. Hasil gubahan tersebut adalah seperti berikut:


JUSTIFIKASI INOVASI KE DUA (3.9.2014)

4. Refleksi P&P lalu

e) Guru Oleh kerana ini adalah inovasi kedua yang saya lakukan didalam

kelas murid saya dapati agar senang untuk mengawal dan menarik minat

pelajar terhadap pengajaran saya. Saya meminta mereka membawa

peralatan yang diperlukan terlebih dahulu dan murid memberikan sokongan

yang penuh kepada saya untuk melakukan projek ini. Ada dua kumpulan

yang tidak menyediakan peralatan yang diminta dengan sempurna

menyebabkan guru terpaksa menyediakan peralatan-peralatan tersebut untuk

mereka.

f) Murid Murid tidak sabar menunggu waktu ini kerana mereka sangat

berminat untuk membuat masakan ringkas lebih-lebihlagi dengan

menggunakan teknik inovasi. Semasa membuat projek ini murid-murid

mengambil bahagian dengan penuh dedikasi dan sangat aktif dalam

kumpulan. Boleh dikatakan hampir kesemua murid mengambil bahagian di

dalam kumpulan walaupun membuat tugasan yang kecil..

g) Isi kandungan pelajaran Isi kandungan pelajaran sangat menepati

kehendak murid dan minat mereka boleh dilihat semasa mereka membuat

kerja di dalam kumpulan.Aktiviti menghias masakan juga boleh

menampakkan kreativiti murid-murid tersebut di mana hiasan yang dibuat

adalah berbeza mengikut kumpulan masing-masing.


h) Persekitaran Semasa melakukan aktiviti ini murid kelas lain serta guru-guru

yang lain juga berminat untuk melihat aktiviti ini. Ini menimbulkan persekitaran

yang seronok di mana ada murid yang ingin tahu bagaimana cara hendak

membuat makanan tersebut di rumah mereka. Ada juga guru yang meminta

saya mengajar mereka cara membuat makanan inovasi tersebut supaya

mereka dapat membuatnya di rumah.

5. Objektif kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menanamkan minat murid untuk mencipta sesuatu

yang baru semasa menyediakan makanan di rumah dan juga menggunakan inovasi

di dalam penyediaan makanan. Mereka juga ditanam dengan bakat menghasilkan

barang jualan. Ini akan membantu mereka pada masa kelak di mana murid-murid ini

boleh menjadi usahawan sekiranya ada minat dan bakat di dalam penyediann

makanan dan jualan makanan di samping dapat membantu ibu di rumah untuk

menghasilkan makanan yang berupa inovasi untuk menarik perhatian keluarga.

3. Kumpulan sasaran

Pengajaran inovasi ini melibatkan 31 orang murid yang terdiri daripada lelaki dan

perempuan. Walaupun murid-murid mempunyai pengalaman membantu ibu mereka

di rumah tetapi inilah pertama kalinya mereka membuatnya sendiri. Mereka akan

didedahkan dengan cara penyediaan dan jualan secara kecil-kecilan.


6. Laporan Perlaksanaan inovasi P&P

Guru memilih tajuk Merancang Dan Menyediakan Jualan dimana murid

dikehendaki membuat satu makanan inovasi yang mungkin tidak pernah dilihat

atau dimakan oleh mereka sebelum ini.. Pada mulanya murid didedahkan

dengan contoh-contoh makanan yang terdapat di pasaran dan di kedai-kedai

makanan baik dari segi penjaja kecil atau restoran. Murid diminta untuk

menamakan makanan-makanan yang dilihat dan contoh-contoh lain yang tidak

terdapat pada gambar..

Selepas itu murid diminta untuk melihat cara penyediaan makanan inovasi

(ROTI TUNA INOVASI) yang ditunjukkan oleh guru. Murid dibahagikan dalam

kumpulan. Setelah duduk di dalam kumpulan murid diminta untuk menyediakan

semua peralatan dan bersiap-sedia dengan memakai apron, topi dan sebagainya

sebagai persediaan untuk memasak.

Seterusnya murid melakukan aktiviti projek memasak roti tuna inovasi dengan

dibantu oleh guru di dalam kumpulan. Murid diminta untuk menjaga kebersihan

sepanjang tempoh mereka menyediakan makanan tersebut. Setelah siap membuat

makanan tersebut murid diminta untuk menghiaskan makanan tersebut mengikut

idea kumpulan masing-masing.

Murid diberi masa selama 10 minit untuk bergerak di kawasan sekolah untuk

aktiviti penjualan makanan secara kecil-kecilan. Seterusnya murid menyatakan

keuntungan yang dapat di dalam kumpulan dan guru menasihati mereka supaya

menggunakan wang tersebut untuk kebajikan kelas.

Anda mungkin juga menyukai