Anda di halaman 1dari 1

Cadangan Kajian Lanjutan

Cadangan untuk melakukan kajian lanjutan akan dicadangkan di dalam bahagian ini. Ini

kerana, kajian ini mempunyai batasan tertentu seperti jenis sekolah, bilangan sampel, kaedah

metodologi dan sebagainya. Kajian ini dibataskan kepada murid-murid sekolah menengah

sahaja. Oleh kerana kajian ini membataskan sebuah jenis sekolah sahaja, secara keseluruhan,

kepentingan sekolah vernakular hanyalah dapat dilihat daripada persepsi pelajar-pelajar ini

sahaja. Jadi pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dapat dijalankan di beberapa

sekolah menengah agar dapat mendapat hasil yang merangkumi yang lebih menyeluruh lagi.

Bukan itu sahaja, kajian ini mengkhususkan kepentingan kewujudan sekolah vernakular,

cara-cara menginteraksikan dengan kaum lain dan peranan subjek bahasa kebangsaan. Jadi

pengkaji ingin membuat kajian lanjutan dengan memfokuskan pada bahagian yang lain,

contohnya pencapaian akademik sekolah vernakular yang menyumbang ke arah

pembangunan negara dari segi pendidkan global.

Pengkaji juga ingin menggunakan kaedah kualitatif melalui cara temubual dengan memilih

informan-informan yang terdiri daripada pelajar dalam mendapatkan hasil data yang lebih

koheren untuk kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai