Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN

DAN KHIDMAT MASYARAKAT

BIL NAMA PELAJAR NOMBOR SEMESTER PROGRAM


MATRIK
1 TANALATSHMIE A/P D20151071557 6 ISMP BAHASA TAMIL
SANDRASAGRAN DENGAN KEPUJIAN
2 THINESWARI A/P GANESON D20151071552 6 ISMP BAHASA TAMIL
DENGAN KEPUJIAN
3 LOGGENTHIINY A/P D20151071554 6 ISMP BAHASA TAMIL
SUBRAMANIAM DENGAN KEPUJIAN
4 WONG YOKE HIN D20151070517 6 ISMP SAINS SUKAN
DENGAN KEPUJIAN
5
6

KURSUS : CPR 2011 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


NAMA PENSYARAH : DR SYED SOFIAN BIN SYED SALIM
Pengarah Program: Roshamfitri Bin Samsuri
No Telefon: 013-6431841
Email: ayiesamsuri@gmail.com

KERTAS KERJA
Kem Kepimpinan dan Khidmat Masyarakat Kelab Pembimbing Rakan Sebaya
Universiti Pendidikan Sultan Idris

TARIKH
12 Mei 2018

TEMPAT
Ruang Legar FBK
Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI

ANJURAN
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, UPSI
dan
Pusat Kokurikulum, UPSI
1.0 PENGENALAN
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Pendidikan Sultan Idris diberi kepercayaan untuk
menganjurkan sebuah kem untuk mencungkil sifat kepimpinan dan meningkatkan kemahiran
insaniah dalam diri setiap ahi kelab. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diadakan adalah untuk
melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat
membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional,
di samping melatih mereka membantu diri sendiri. Justeru, Kelab PRS berhasrat untuk
mengadakan kem pemantapan bagi memenuhi hasrat kelab. Matlamat kem ini adalah
memastikan setiap ahli PRS menjadi mahasiswa dan mahasiswi yang berketerampilan dari segi
mental, fizikal, rohani dan intelek. Di samping itu, kem pemantapan ini dapat meningkatkan
kemahiran mereka dari segi mengurus, memimpin dan melaksanakan aktiviti dalam persatuan
atau kelab yang dianggotai.

2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan daripada
Pusat Kokurikulum dengan tujuan berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk peruntukan kewangan dari


Pengarah Pusat Kokurikulum.
1.2 Memohon kelulusan sebarang peralatan dan tempat bagi memastikan kelancaran
program.

3.0 MISI
3.1 Merapatkan jalinan silaturrahim sesama ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
3.2 Membina semangat setiakawan dan saling bekerjasama dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang disediakan yang mana lebih tertumpu kepada aktiviti luar.

4.0 MATLAMAT KEM


4.1 Memberi kefahaman terhadap konsep kepimpimnan yang efisien dan
berketerampilan kepada peserta.
4.2 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan dalam pengurusan
organisasi yang berkesan.
4.3 Merapatkan hubungan antara ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya UPSI
5.0 OBJEKTIF KEM
Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan
kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang
perlu dicapai.

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.


Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam
sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti
perpaduan dan kemiskinan.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi.


Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara),
menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan
berinteraksi secara berkesan dan mampu berintekasi menggunakan bahasa
antarabangsa.

5.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang


hayat.
Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, meneroka
isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan mengumpul
maklumat secara kendiri.

5.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme.
Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya, melaksanakan
tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap
kesukarelawanan.

5.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kiritkal, penyelesaian masalah dan


pendekatan saintifik.
Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat, mengenal pasti dan mensintesiskan
masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang tepat.
5.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukan
untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.

5.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan.


Mencambah idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan
matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan kemampuan
untuk, melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan
menyerahkan/menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain.

5.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif.


Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah nilai
dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 12 Mei 2018
Hari : Sabtu
Tempat : Ruang Legar, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI

7.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini dijalankan untuk semua ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Kumpulan A yang
berjumlah 77 orang pelajar.
8.0 TENTATIF PROGRAM
SABTU (12 MEI 2018)
Waktu Aktiviti

7.45 pagi Pendaftaran

8.00 pagi Senam robik

8.30 pagi Ice breaking

9.00 pagi Dodgeball (sukan)

10.00 pagi LDK 1

10.45 pagi Energyzer

11.00 pagi Rehat

11.30 pagi LDK 2

12.15 Tengah hari Energyzer

12.30 Tengah hari Rehat

1.00 tgh hari Makan tengah hari / Solat zuhur

2.00 petang LDK 3

3.30 petang LDK 4

5.00 petang Majlis Penutup

6.00 petang Bersurai


9.0 ANGGARAN KEWANGAN
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
 Pendapatan (A)
BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1 Sumbangan Pusat Kokurikulum RM 1517 RM 1517
UPSI
Jumlah Pendapatan (A) RM 1517

 Perbelanjaan (B)
BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH
1. Hadiah dan sijil Hamper
RM 15 x 12 RM180

2. Publisiti Banner (RM 80 x 1 keping) RM 80


3. Aktiviti Board : RM 3 x 10 unit RM 30
Riben : RM 2 x 10 RM 20
Kad Manilla : RM 1 x 10 RM 10
Belon: RM3 x 4 paket RM 12
Tepung: RM3 x 4 paket RM 12
Gula-gula: RM2.50 x 8 RM 20

4. Makanan
Hari pertama
Makanan tenghari RM 5 X 81 RM 405
Minum petang RM 3 X 81 RM 243
Makan malam RM 5 X 81 RM 405

Kontigensi RM 100
Jumlah Keseluruhan RM 1517

Pendapatan (A) RM 1517 – Perbelanjaan (B) RM 1517 = RM 0.00


10.0 KEPERLUAN PERALATAN
Pihak kami amat mengharapkan agar pihak tuan juga dapat memberikan kelulusan untuk
menggunakan peralatan seperti yang dinyatakan di bawah ini:

BIL KEPERLUAN PERALATAN JUMLAH


1 Walkie-Talkie 5
2 Healer 2
3. Bas 2

11.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENSYARAH
Dr Syed Sofian Bin Syed Salim
Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris

PENGARAH PROGRAM
Roshamfitri Bin Samsuri
D20151070469

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM


Nur Azirah Binti Kamaruzaman
D20151071098

SETIAUSAHA
Nur Fatihah Binti Masri
D20151070440

BENDAHARI
Muhamad Amirul Amin Bin Abdul Razak
D20151070459

AJK PROTOKOL DAN JEMPUTAN


Arma Ibwana Binti Ibrahim Yahya
D20151070724
Siti Thahirah Binti Muhd Sukri
D20151070872
AJK PENGANGKUTAN
Muhammad Anwar Bin Mohd Fadzil
D20151070472
Tuan Nur'ain Afiqah Binti Tuan Kamaruzani
D20151070465

AJK PUBLISITI DAN INFORMASI


Elron Bin Justin
D20151070512
Bonaventure Rabius
D20151070515

AJK MAKANAN
Nurul Azeeza Shahida Binti Saari
D20142069003
Muhamad Azlan Bin Rosly
D20151071543

AJK KEBAJIKAN, KESELAMATAN, KEROHANIAN


Idin Firdaus Bin Mohamad Sopian
D20151070502
Nurul Izzati Hanis Binti Mohd Zamani
D20151070458

AJK HADIAH DAN CENDERAHATI


Nor Nadzirah Binti Halim
D20151070845
Wan Ahmad Amzar Bin Wan Zain
D20151071166

AJK AKTIVITI
Mohamad Asyraf Bin Zainuddin
D20151071531
Muhammad Hariz Bin Fauzi
D20151071513

AJK PERALATAN DAN LOGISTIK


Nik Abdul Aziz Bin Ibrahim
D20151071525
Nurul Syazwanie Binti Ayob
D20151070467
AJK PERSIAPAN TEMPAT
Wan Muhammad Mirza Syakir Bin Wan Rosly
D20151071507
Shamsul Amirul Bin Said
D20151071527

AJK PENDAFTARAN
Siti Nadia Amira Binti Zamri
D20151070888
Mohd Aliff Bin Mansor
D20151071514

12.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan jawatankuasa pelaksana agar program ini mendapat sokongan
daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Pihak penganjur juga
berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan dengan berlangsungnya
program ini dapat melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang prihatin dengan persekitaran,
masyarakat dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturrahim tanpa mengira
agama, bangsa dan warna kulit. Pengalaman yang amat bernilai di samping dapat menambah
lagi ilmu pengetahuan kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI lantas menjadikan program ini
sebagai tapak dalam membangunkan kemahiran insaniah. Semoga usaha yag dirancang ini
mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
Disediakan oleh: Nur Fatihah Binti Masri,
Setiausaha,
Kem Kepimpinan dan Khidmat Masyarakat Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya,
CPR2011,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Tandatangan : ............................................
Tarikh : .......................................................
Disemak oleh: Prof Madya Dr Syed Sofian Bin Syed Salim,
Pensyarah Kelab Pembimbing Rakan Sebaya,
CPR2011,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Tandatangan : ............................................
Tarikh : .......................................................
REFLEKSI PROGRAM KEM KEPIMPINAN
DAN KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA : TANALATSHMIE A/P SANDRASAGRAN

SEMESTER :6

PROGRAM : IZAJAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA


TAMIL) DENGAN KEPUJIAN
KURSUS : CPR 2011 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
REFLEKSI

Pada 12 Mei saya telah mengambil bahagian dalam Program Pembimbing Rakan

Sebaya Di University Pendidikan Sultan Idris. Saya juga memilih sebagai ajk persiapan tempat

dalam program tersebut. Oleh yang demikian saya membuat refleksi bagi program tersebut.

SEBELUM PROGRAM.

Sebelum mengadakan program kita membuat perbincangan dalam kelas dan memilih

seorang pelajar sebagai pengarah program tersebut. Nama pelajar tersebut ialah Roshamfitri

Bin Samsuri. Selepas memilih pengarah tersebut pengarah program telah membuat beberapa

mesyurat antara pelajar dalam kelas tersebut. Pengarah program juga memilih ahli

jawatankuasa bagi setiap aktiviti. Oleh itu saya memilih sebagai ajk persiapan tempat. Di

samping itu, pengarah juga memilih Sekolah Jenga di Pahang sebagai tempat program. Sebagai

ajk kita sudah membuat beberapa plan untuk membuat aktiviti di sekolah tersebut. Tetapi

akhirnya, program itu tidak dijalankan di sekolah tersebut disebabkan pilihan raya pada masa

tersebut. Oleh itu pengarah program telah memilih upsi sebagai tempat menjalankan program.

Oleh sebab itu, kita mengadakan 3 mesyuarat. Mesyuarat yang akhir pengarah kita

mengagihkan beberapa kerja bagi setiap ajk program tersebut. Akhirnya program itu telah

dijalankan di RUANG LEGAR FBK.

SEMASA PROGRAM

Program telah dijalankan pada 12 mei di ruang legar fbk. Program telah dijalankan pada

pukul 8.00am di tempat tersebut. Oleh ajk pendaftaran mengadakan pendaftaran dengan pelajar

upsi. Selepas pendaftaran, kita telah membuat senam robik dengan kawan kawan sekalinya. Di

samping itu, ajk makanan telah mengedarkan sarapan pagi. Selepas mengadakan sarapan pagi

ajk aktiviti membuat LDK pertama dengan bertema pengurusan masa. Dalam LDK pertama

telah mengadakan dua aktiviti yang dinamakan sebagai sambutlah kasih dan musang
berjanggut. Bagi permainan tersebut 8 kumpulan telah terlibat dan setiap kumpulan itu

memainkan permainan dengan penuh semangat. Di samping itu, aktiviti yang keduanya ialah

musang berjanggut. Selain itu, ajk aktiviti juga telah mengadakan LDK kedua bertema dengan

motivasi. Dalam LDK 2 juga aktiviti dibahagikan dengan 2 iaitu belon sayang dan I love

Malaysia. Dalam aktiviti juga kita mudah mendapat tahui tentang Negara kita sendiri. Setiap

kumpulan telah membincangkan tentang negeri yang dapat. Tambahan pula, bagi LDK 3 juga

mengadakan banyak aktiviti dengan bertema pengurusan masa. Aktiviti dijalankan seperti

‘EXPLORE RACE’. Bagi aktiviti ini kita ada 4 slot. Kita satu kumpulan perlu menghabiskan

semua slot dalam masa yang singkat. Bagi aktiviti ini semua ahli kumpulan perlu bekerjasama

bagi menghabiskan semua slot. Jika tidak ada pengurusan masa dan kerjasama antara kumpulan

kita tidak boleh menjalankan aktiviti ini tersebut. Oleh itu, dalam aktiviti ini semua kumpulan

telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Justeru LDK 4 adalah motivasi. Bagi

melahirkan nilai motivasi ajk aktiviti telah menjalankan beberapa aktiviti seperti chap kalichap

sebagai energizer, bulatan motivasi bagi melahirkan nilai motivasi, permainan dengan kad dan

semakin jauh semakin sayang. Aktiviti semua ini perlulah melahirkan nilai motivasi dengan

semua pelajar.

Selepas habis semua aktiviti kita mengadakan majlis bersurai. Pada masa itu kita

melakukan majlis tersebut secara formal. Pensyarah program tersebut memberi hadiah hadiah

yang dimenangi oleh beberapa kumpulan. Selepas memberi hadiah program kita bersurai.

SELEPAS PROGRAM

Selepas habis program kita membuat kebersihan dengan ajk 3k. saya telah

membershikan beberapa tempat dengan kumpulan saya tersebut. Di samping itu, kita juga

mengambil gambar dengan kawan kawan sekali. Tambahan pula, kita juga mengadakan

taklimat dengan pengarah. Akhirnya , lepas habis taklimat kita pulang ke rumah tersebut.
NAMA : THINESWARI A/P GANESON

SEMESTER :6

PROGRAM : IZAJAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (BAHASA


TAMIL) DENGAN KEPUJIAN
KURSUS : CPR 2011 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
REFLEKSI PROGRAM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Sebelum aktiviti

Sebelum aktiviti ini, semua ajk dan peserta lain membuat mesyuarat untuk membincang di

mana program tersebut akan dilaksanakan. Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk

membuat program ini di SMK Jengkak di Pahang. Seterusnya, kami tidak dapat membuat

program tersebut di sekolahnya disebabkan oleh beberapa halangan. Sedemikiannya, kami

bercadang untuk membuat programnya di UPSI. Selepas itu, kami telah menghadiri beberapa

mesyuarat. Kami membincang tentang pelaksanaan program tersebut. Pada masa yang sama,

kami juga berbincang tentang bayaran semua peserta untuk melaksanakan programnya.

Semasa aktiviti

Semasa aktiviti, semua peserta berkumpul di tempat IPSI, ruang legar FBK pada pukul 8 pagi.

Selepas itu, semua peserta telah membuat pendaftaran dan mendapat baju Pembimbing Rakan

Sebaya. Setelah membuat pendaftaran, kami telah membuat senaman robik. Selepas itu, semua

peserta diberi sarapan pagi. Seterusnya, ajk aktiviti mulakan LDK 1, iaitu membuat aktiviti

pertama iaitu, “Sambutlah kasih”. Objektif bagi aktiviti ini adalah untuk menyelesaikan

masalah serta menguruskan masa dengan betul dan keduanya adalah mewujudkan kerjasama

dalam kumpulan. Seiring itu, aktiviti kedua iaitu “Musang Berjanggut”. Objektif bagi aktiviti

ini adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam kumpulan, melatih peserta untuk

menyempurnakan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan dan objektif yang seterusnya

adalah untuka meningkatkan kemahiran berfikir. LDK 2 adalah bertema motivasi. Aktivitinya

adalah “Belon Sayang” . Aktiviti ini dilaksanakan untuk mewujudkan kerjasama dan

keseronakan dan keduannya adalah mampu menjaga amanah yang diberikan dalam kalangan

peserta. Seterusnya adalah aktiviti “I LOVE MALAYSIA” telah dilaksanakan. Aktiviti ini

dilaksanakan untuk mengetahui perkara berkaitan Negara, mengetahui isu-isu semasa dan
mencapai matlamat dalam usaha memupuk semangat kenegaraan dalam kalangan peserta.

Setelah itu, kami mengambil bahagian dalam LDK 3. Aktiviti yang seterusnya dalam LDK 3

adalah berkaitan dengan pengurusan masa. Aktiviti ini juga berkaitan dengan menguruskan

masa dengan sistematik. Seterusnya, aktiviti AKU, DIA dan KAMU telah dilaksanakan.

Objektif bagi aktiviti tersebut adalah mengalakkan ahli merancang masa dengan teliti dan dapat

mengaplikasikannya secara sistematik. Seterusnya adalah LDK 4. Mula-mulanya semua

peserta membuat suatu energizer iaitu” CHAP KALICHAP”. Objektif bagi aktiviti ini adalah

untuk memupuk kemahiran berfikir dan memupuk semangat berkerjasama dalam kumpulan.

Setelah itu, aktiviti “KAD” dilaksanakan. Aktiviti ini dilaksanakan untuk meningkatkan

kemahiran motivasi secara verbal dan meningkatkan kemahiran berfikir. Seterusnya adalah

aktiviti “SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG”. Aktiviti ini mempunyai dua objektif, iaitu

meningkatkan kemahiran insaniah dan menguji ketangkasan dan daya fokus.

Selepas aktiviti

Setelah mengambil bahagian dalam semua aktiviti, kami mengadakan ucapan Professor.

Pemenang mendapat hadiah. Selepas itu, Sesi pengambilan gambar dengan professor telah

dibuat. Seterusnya, kami diberi wang pulangan. Ketua program telah membuat sedikit refleksi

kepada para peserta. Seterusnya, kami membersihkan tempat tersebut bersama-sama.


SURAT KELULUSAN
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai