Anda di halaman 1dari 2

Hambur Kepala

Kemahiran yang keempat ialah kemahiran Hambur Kepala. Murid-murid

seharusnya telah mempelajari dan boleh melakukan pergerakan dirian kepala

sudut sebelum mencuba pergerakan hambur kepala ini. Bagi memulakan

lakuan, berdiri tegak dan mencangkung separuh jadi. Dari lakuan separuh

cangkung gerakkan badan ke hadapan dan melonjak dengan kedua-dua belah

kaki. Sebaik sahaja kedua-dua belah tangan mencecah tilam, letakkan

bahagian dahi di hadapan tapak tangan. Angkat kedua-dua belah kaki serentak

secara lurus sehingga berada dalam lakuan dirian kepala sudut. Bahagian

punggung terus bergerak sehingga melepasi kepala .

Kedudukan badan adalah tidak seimbang dan disebabkan itu, peserta

hendaklah menghayun kedua-dua belah kakinya dengan kuat ke belakang

untuk melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan menolak sekuat-kuatnya

untuk membantu pergerakan badan dan mendarat dalam kedudukan berdiri

dengan tangan lurus ke atas.

Kedudukan tangan dan kepala adalah berbentuk segitiga semasa berada di

dalam keadaan dirian kepala sudut. Pergerakan menghayun kaki bermula dari
bahagian punggung. Tangan menolak lantai dengan kuat semasa menghambur.

Kaki dibuka sedikit dan lutut dibengkokkan semasa mendarat.

Sebelum dapat menguasai lakuan ini, latihan ansur maju adalah penting dan

perlu dilakukan secara berulang-ulang agar murid dapat kuasai asas dan

mampu mengguasai lakuan ini sepenuhnya. Untuk aktiviti ansur maju yang

boleh dilakukan ialah melakukan dirian kepala sudut secara berulang-ulang.

Semasa dalam kedudukan dirian kepala sudut, apabila bahagian punggung

melepasi kepala, hayun kaki dengan kuat ke hadapan dengan disokong oleh

pasangan. Kemudian balik kepada gaya berdiri. Lakukan separuh cangkung,

tukar kepada dirian kepala sudut dan terus menghambur. Latihan hambur

kepala ini bermula dari gaya berdiri dan kemudian diikuti dengan berlari

perlahan-lahan.

Untuk aktiviti ini, guru boleh membuat aktiviti guling depan dan tukar kepada

hambur kepala, imbangan dekam dan tukar kepada hambur kepala serta

melakukan pergerakan hambur kepala di atas peti lombol yang tingginya

cuma setingkat.

Anda mungkin juga menyukai