Anda di halaman 1dari 2

GULING HADAPAN

PENGENALAN
Peserta dalam kedudukan berdiri, lutut dibengkokkan, tangan diangkat lurus ke
hadapan dan pastikan belakang dalam keadaan tegak. ( Rajah seperti dalam lampiran
pembelajaran mikro). Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas lantai dengan jarak
seluas bahu, kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut dan menolak ke
hadapan dengan pangkal jari-jari kaki. Kepala ditundukkan ke dada, tangan
dibengkokkan dan bahu dibiarkan menyentuh lantai.
Pastikan anda tidak bergolek atas kepala. Tolakkan dari pangkal jari kedua-dua
belah kaki diteruskan sambil mengekalkan kedudukan badan yang berguling ke
hadapan sehingga berdiri atas kaki semula. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau
ke hadapan dan dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan
membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
ANSURMAJU GULING HADAPAN
1. Dari kedudukan duduk, cuba berdiri dengan menjangkaukan kedua-dua belah
tangan ke hadapan.
2. Dari kedudukan duduk pula, berguling ke belakang dan ke hadapan atas
belakang badan, kemudian cuba berdiri tanpa bantuan tangan.
3. Dari kedudukan duduk juga, berguling ke belakang dengan kedua-dua belah
tangan diluruskan ke atas kepala. dari kedudukan ini cuba berdiri dengan
mengayunkan kedua-dua belah tangan dengan keras ke hadapan dan ke bawah.
Penekanan hendaklah diberi di bahagian ayunan tangan di antara kedudukan
atas dan hadapan .
4. Ulangi pergerakan yang sama tetapi ditamatkan dengan melonjak ke udara dan
mendarat serta berdiri tegak.
5. Berdiri, kemudian cuba duduk di atas tilamdengan kedua-dua tangan
menjangkau ke hadapan. Berat badan dikekalkan pada pangkal jari kakisemasa
lutut dan pinggul dibengkokkan . punggung hendaklah diletakkan di atas tilam
seberapa rapat yang mungkin dengan tumit.
6. Berdiri, duduk dan berguling ke belakang dengan kedua-dua kaki tangan lurus di
atas kepala. Lonjak untuk berdiri dengan mengayunkan tangan ke hadapan.

7. Berdiri, mendekam, tundukkan kepala dan guling hadapan kepada kedudukan


duduk. Pergerakan ini dilakukan secara berpasangan atau individu.
8. Berdiri separuh cangkung, lengan lurus ke hadapan dan guling hadapan.
KESALAHAN-KESALAHAN DALAM GULING HADAPAN

Kepala terlalu rapat dengan jari-jari tangan. Ini akan menyebabkan pergerakan

gulingan terhentak di atas belakang badan.


Berat badan dibiarkan terlalu jauh di hadapan tangan sebelum menundukkan

kepala akan menyebabkan badan terhentak apabila berguling.


Tidak menundukkan kepala juga akan menjadikan badan dalam keadaan lurus

semasa berguling.
Bahu yang diturunkan tidak serentak juga menyebabkan gulingan yang senget.
Berdiri dengan menekankan tangan di lantai atau dengan menyilangkan kaki
merupakan pergerakan yang tidak menyilangkan kaki merupakanpergerakan
yang tidak digalakkan.

Anda mungkin juga menyukai