Anda di halaman 1dari 2

Konsep dan Definisi Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasan Fizikal

1.0 Pengenalan
Kecergasan biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti seperti sukan dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kecergasan sebenarnya meliputi semua aspek iaitu kecergasan jasmani,
kecergasan emosi, kecergasan rohani, dan kecergasan intelek. Dalam konteks ini, keceergasan dikaitkan
dengan sukan iaitu lebih kepada kecergasan jasmani ataupun kecergasan fizikal. Kecergasan boleh
memfaktori kejayaan seseorang dalam melakukan sesuatu aktiviti atau pertandingan yang melibatkan
fizikal. Jurulatih-jurulati harus memahami konsep kecergasan agar dapat mendidik anak murid mencapai
tahap pencapaian yang optimum
2.0 Konsep Kecergasan Menyeluruh (Total Fitness)
Menurut Haji Gapor Ahmad, kecergasan merupakan keupayaan dan kemampuan seseorang melakukan
sesuatu dengan sempurna. Kecergasan meliputi aspek fisiologikal, psikologikal, dan sosiologikal.
Kecergasan keseluruhan ataupun total fitness boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani
kehidupan yang sempurna dan keupayaan memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.
Maka dengan itu, kecergasan ini adalah meliputi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial yang
mana berkait rapat antara satu sama lain. Umpama lidi sebatang mudah dipatahkan, setiap aspek
tersebut adalah penting yang mana sekiranya salah satu daripada aspek tersebut terjejas, maka aspekaspek yang lain juga akan terjejas.
2.1 Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal ialah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikan harian menggunakan masa lapang dengan lebih efektif disamping mempunyai lebiha
tenaga untuk tujuan kecemasan.
2.2 Kecergasan mental
Kecergasan emntal adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk
meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi seceara optimal.
2.3 Kecergasan sosial
kecergasan sosial adalah keupayaan idividu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan
perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup seuma pihak yang terlibat dalam
perhubungan ini.
2.4 Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan seharian serta perasaan kendiri
secara membina, proaktif, dan optimisk.
2.5 Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak
berlandaskan kepercayaan seta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna
dan konstruktif.

Kepentingan Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal

Komponen Kecergasan Fizikal

Anda mungkin juga menyukai