Anda di halaman 1dari 15

TEORI KEBANGKITAN DALAM SUKAN

PENGENALAN
Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang
melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta
kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti
tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang
sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan
merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang
sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999), m.s. 3 Modul Pengenalan kepada psikologi
sukan pula merumuskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik
tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini
membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira
segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlit, jurulatih, pegawai serta penonton
digelanggang atau padang permainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau
mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.
Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita :

Menyatakan sesuatu tingkah laku

Menerangkan tingkah laku tersebut

Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Keadaan seseorang atlit diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan


kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlit. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi
sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta
kesan langsung terhadap atlit serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat
secara tidak langsung di luar gelanggang permainan.

KEBIMBANGAN (ANXIETY)
Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh
mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang
dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut
menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan
kebimbangan.
Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan
mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan
Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu
di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan
perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini
menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang
sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala
kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu
(Shaharudin 2001).
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
1.

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)

Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu
itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.
2.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)

Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir
situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan
meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.
3.

Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)

Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku
akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian
sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).
4.

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)

Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang
terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut.
Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot.
Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta
mendatangkan kesan kepada prestasi individu.
PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN
Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan
juga membangkitkan ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah
daripada busurnya, seorang pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan
penalty dan seorang pemain badminton ingin melakukan pukulan deras (smash) pada
kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan tersebut belum diketahui. Tekanan dalam
sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan berlakunya sifat ketidakpastian.
Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya
akan meningkatkan kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor
yang jelas meningkatkan tahap kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu
pertandingan, semakin tinggi tekan dan seseorang akan mudah menjadi bimbang.
Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri
mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala
tindak balas atau respons yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan
meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah dipengaruhi
oleh kebimbangan berasaskan situasi.
Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap
kebimbangan meningkat dalam suatu situasi yang teruja.
1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang
boleh mengugat ego atlit tersebut.
2.

Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton
yang mengancam harga diri seseorang.

3. Bimbang akan ancaman fizikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana
seseorang pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher
yang boleh mencederakannya.

4.

Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan
perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh
menimbulkan tekanan dan kebimbangan.

5.

Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah
diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa
pertandingan.
MENGUKUR KEBIMBANGAN
Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997),
cara yang paling popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang
soal selidik. Cara ini mudah ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan
yang berkaitan dalam inventori yang disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik
mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam kajiannya serta amat praktikal dari
sudut psikologi sukan gunaan.
Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan
maklumat tentang tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh
digunakan adalah dengan pemerhatian terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan
fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti terhadap perubahan tingkah laku seperti
perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali membasahkan bibir yang kering
serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan perlakuan yang berkaitan
dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh Lowe (1973)
dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.
Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tandatanda kebimbangan. Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada
otot merupakan tanda-tanda fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan.
Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari sudut fisiologikal buat masa ini agak
terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini. Bagaimanapun dengan
perkembangan pesat dalam dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas
dalam masa yang terdekat ini akan memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk
mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal


dan fisiologikal digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut
Karteroliotis dan Gill (1987) perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam
mengukur kebimbangan seketika adalah rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang
sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika. Kemungkinan besar, pengu-kuran
serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur kebimbangan seketika akan
memberikan maklumat yang bercanggah.
Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat
dengan kebimbangan menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri.
Justeru itu, kebimbangan perlu dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara
unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn
dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi kebimbangan.
Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan
Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa
inventori (soal selidik) yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut
ini. Antara yang terkenal adalah Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang
dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton (1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan
kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan somatik seketika (somatic
state anxiety).
Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu
pertandingan itu bermula. la dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998).
CSAI-2 membantu kita menilai tahap ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini.
Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat perubahan dari segi tahap kebimbangan
para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu pertandingan bermula.
Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula
tinggi dan berterusan tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula.
Kebimbangan somatik pula bermula rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu
pertandingan bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus
meningkat sehingga hampir pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa
minit perlawanan berlangsung, kebimbangan somatik akan menurun manakala

kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik, bergantung kepada kedudukan semasa
sepanjang tempoh permainan.
Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas
Prestasi
Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika
kompetitif dan kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi
kebimbangan seketika individu. Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif
seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff,
Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara kebimbangan somatik seketika
dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).
Semakin meningkat kebimbangan kognitif seketika maka semakin menurun
prestasi atlit terbabit. Sebaliknya semakin meningkat tahap kebimbangan somatik
seketika, semakin meningkat prestasi individu sehingga ke satu tahap yang optimum.
Peningkatan tahap kebimbangan seketika melebihi tahap optimum ini akan menyebabkan
penurunan prestasi atlit terbabit (Cox, 1998). Penggunaan CSAI-2 membantu kita
memahami perkaitan di antara multi- dimensi kebimbangan dan prestasi. Kesannya, kita
memahami bahawa kebimbangan seketika kognitif sebenarnya mendatangkan kesan yang
negatif terhadap prestasi seseorang atlit.
TEORI KEBIMBANGAN
Ciri-ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan
sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya, serta untuk
mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan
kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan
kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalam konteks yang sama kerana kebangkitan
sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam
bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara
kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlit.
1.

Teori Dorongan

Teori Dorongan telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956).
Asalnya, teori ini melihatperkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan
pembelajaran. la didasarkan kepada formula berikut:

Teori Dorongan merupakan teori yang menjelaskan tentang persaingan di antara


respons yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran. Dorongan atau keinginan yang
kuat yang dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan.
Dalam konteks ini, perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan (kebangkitan) dilihat
dalam bentuk linear.
Teori Dorongan beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
(a)

Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.

(b)

Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan
respons yang paling dominan.

(c)

Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang
dominan lazimnya kurang tepat atau salah.

(d)

Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan
lazimnya tepat atau betul.
Untuk memahami teori ini, kita boleh mengaplikasikan prinsip teori berkenaan
dalam kehidupan kita. Pertamanya, peningkatan tahap kebangkitan selalunya membantu
atlit yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlit atau pemain
muda (kurang berkemahiran). Justeru itu, jurulatih kepada pasukan yang barn atau muda
perlu mengurangkan tekanan (kebangkitan) serta tahap kebimbangan agar atlit mereka
dapat beraksi dengan baik. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan
peluang kejayaan atlit atau pemain baru (muda) ini serta meningkatkan keyakinan diri
mereka.

Bagi atlit yang berpengalaman pula, peningkatan tahap kebangkitan diperlukan


untuk membantu mereka melakarkan kejayaan dalam setiap aktiviti mereka. Kekurangan
tahap kebangkitan dan tekanan akan menyebabkan mereka mengambil mudah tugasan
yang perlu dilaksanakan. Kesannya, prestasi mereka menjadi kurang baik.
Perkara yang sama juga boleh dikaitkan dengan proses melakukan kemahiran yang
mudah dan kompleks. Contohnya, kemahiran mudah seperti mengangkat berat atau
melakukan tekan tubi memerlukan tahap kebangkitan yang tinggi untuk memastikan atlit
melaksanakannya dengan berkesan. Sebaliknya, kemahiran yang kompleks serta yang
memerlukan ketepatan seperti menembak, memanah atau ketika melakukan putting
dalam permainan golf, atlit memerlukan tahap kebangkitan yang rendah untuk
mendapatkan hasil yang diingini.
Teori ini menarik perhatian ramai pada tahap awal ketika ia mula diperkenalkan, tetapi
beransur menjadi kurang popular serta dikritik oleh ramai pengkaji. Andaian teori ini
yang menjelaskan bahawa prestasi dan kebimbangan berinteraksi dalam satu garisan yang
lurus telah ditolak serta dipertikaikan kesahihannya. Ramai pengkaji berpendapat prestasi
manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga ke satu
tahap. Apabila melebihi tahap ini, peningkatan kebimbangan (kebangkitan) yang
berterusan akan menyebabkan prestasi atlit berkenaan jatuh sama seperti gagasan Teori
U-Terbalik. Ini telah mencetuskan beberapa pendekatan atau teori barn yang cuba melihat
perkaitan di antara prestasi dan tahap kebimbangan (kebangkitan).
2.

Teori U-Terbalik
Teori ini menjelaskan bahawa perkaitan di antara kebangkitan dan

prestasi boleh dilihat dalam bentuk kurvilinear atau U-Terbalik. Walaupun ia sering
dianggap sebagai satu teori atau hipotesis, beberapa orang penyelidik seperti Duffy
(1957) dan Malmo (1959) menganggap ia sebagai satu fakta yang menjelaskan tentang
perkaitan antara kebangkitan dan prestasi.
Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908) yang menggunakan tikus
untuk melihat perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta

kesannya ke atas prestasi. Dalam kajian ini, prestasi merujuk kepada bilangan percubaan
yang diperlukan oleh tikus berkenaan untuk memilih petak yang lebih cerah dari dua
petak yang disediakan. Elemen kebangkitan terdiri dari kejutan elektrik pada tahap
intensiti yang rendah, sederhana tinggi dan tinggi manakala tahap kesukaran diasaskan
kepada perbezaan kecerahan petak yang boleh dimanipulasikan kepada rendah, sederhana
dan tinggi.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa bilangan praktis yang diperlukan untuk
membezakan petak berkenaan meningkat apabila tahap kecerahan petak berkenaan
semakin rendah (hampir sama). Dapatan ini menghasilkan Hukum Yerkes dan Dodson
yang menjelaskan bahawa perlakuan yang mudah dipelajari, boleh dibentuk di bawah
tekanan yang tinggi, manakala perlakuan yang sukar mungkin boleh dibentuk di bawah
tekanan yang rendah (Cox, 1998).
Berdasarkan Hukum Yerkes dan Dodson tahap kebangkitan yang tinggi
diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang
melibatkan penggunaan otot besar (gross motor skill) atau menggunakan tenaga yang
tinggi, contohnya acara angkat berat. Bagi sukan yang memerlukan ketepatan atau
kemahiran halus seperti menembak, memanah atau putting bola golf, tahap kebangkitan
yang rendah diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Setiap acara sukan mempunyai tahap kebangkitan optimumnya yang tersendiri
untuk menghasilkan pencapaian yang terbaik. Bagaimanapun, semuanya tertakluk kepada
prinsip U-Terbalik, iaitu prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap
yang terlalu rendah atau terlalu tinggi, manakala prestani terbaik hanya boleh dicapai
apabila kebangkitan berada pada tahap sederhana atau optimum.
Satu lagi elemen yang perlu diberikan perhatian dalam usaha untuk memahami
perkaitan antara kebangkitan dan prestasi adalah tahap kemahiran atau skala individu.
Sebagai contoh, seorang novis (individu yang barn menceburi serta mempelajari satu
sukan baru) sedang mempelajari satu kemahiran atau pergerakan barn sukan pilihannya.
Menurut Hukum Yerkes dan Dodson, tidak kira sama ada kemahiran yang dipelajarinya
itu merupakan kemahiran yang mudah seperti memukul bola golf atau yang sukar seperti
kemahiran menggelecek dalam hoki tahap kebangkitan yang optimum bagi individu
novis sepatutnya lebih rendah dari pemain yang sudah mahir atau pakar dalam sukan

berkenaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Konsep inilah yang menjelaskan
bagaimana pemain yang berpengalaman atau pakar dalam sesuatu acara beraksi dengan
baik dalam situasi yang kompetitif jika dibandingkan dengan pemain novis (Oxendine,
1970).
Banyak kajian yang dilakukan untuk menilai perkaitan di antara kebangkitan dan
prestasi menyokong Teori U-Terbalik ini. Klavora (1978), Sonstroem dan Bernardo
(1982) dalam kajian mereka terhadap pemain bola keranjang mendapati prestasi pemain
bola keranjang meningkat apabila tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum,
sederhana dan merosot apabila tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah atau meningkat
terlalu tinggi. Gould, Petlichkoff, Simon dan Vevera (1987) dan Burton (1988) juga
mendapati bahawa prestasi terbaik dalam acara menembak pistol dan renang berkait rapat
dengan kebimbangan somatik. Ini selari dengan gagasan Teori U-Terbalik seperti yang
dijelaskan di atas.
Dari sudut pergerakan motor, Beuter dan Duda (1985) mendapati peningkatan
tahap kebangkitan menyebabkan pergerakan kanak-kanak merosot atau menjadi tidak
licin jika dibandingkan ketika tahap kebangkitan mereka pada tahap yang optimum atau
sederhana. Kajian dalam bidang yang lain seperti menilai pendengaran (Stennet, 1957),
masa reaksi (Lansing, Schwartz dan Lindsley, 1956) dan kestabilan tangan (Martens dan
Landers, 1970) turut menyokong gagasan Teori U-Terbalik ini.
Gagasan Teori U-Terbalik juga berkait rapat dengan Teori Penggunaan Kin
Easterbrook seperti yang dijelaskan dalam Bab 3. Menurut Teori Penggunaan Kin
Easterbrook, kemampuan menilai kin yang terdapat di persekitaran berkait rapat dengan
tahap kebangkitan individu. Masalah gangguan atau hilang tumpuan serta pengurangan
prestasi akan dapat diatasi sekiranya tahap kebangkitan berada pada tahap yang optimum.
Bagaimanapun sekiranya tahap kebangkitan menjadi terlalu rendah, kesemua kin yang
terdapat di persekitaran sama ada yang relevan atau yang tidak relevan akan diproses oleh
individu terbabit. Kesannya prestasi tidak meningkat. Prestasi juga akan merosot
sekiranya tahap kebangkitan semakin meningkat. Ini akan menyebabkan kemampuan
menilai kin secara objektif dan teratur tidak berlaku dan kesannya prestasi merosot secara
mendadak. Justeru itu, tahap kebangkitan perlu diawasi bagi mendapatkan prestasi yang
optimum.

3.

Teori Zon Berfungsi yang Optimum Hanin (ZBO)


Teori ini hampir sama pendekatannya dengan Teori U-Terbalik. Bagaimanapun,

perbezaan yang ketara bertumpu kepada premis Teori U-Terbalik yang menyatakan
bahawa tahap kebimbangan yang sederhana berkait rapat dengan prestasi terbaik atlit.
Teori Zon Berfungsi yang Optimum (ZBO) diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia,
Yuri Hanin mengandaikan bahawa tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi
seseorang atlit adalah berbeza dengan atlit yang lain. Menurut Hanin (1989), tahap
optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlit ada yang bermula pada tahap
yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.
Hanin (1989) juga menjelaskan bahawa setiap atlit mempunyai ZBOnya yang
tersendiri. ZBO atlit yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik manakala
prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi
berada di bawah atau melepasi tahap ZBO. Justeru itu, perbezaan utama di antara ZBO
dan Teori U-Terbalik adalah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlit.
Menurut Hanin (1989), titik berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan
mungkin juga tidak. la wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik yang pasti seperti
yang diutarakan oleh Teori U-Terbalik. Beberapa kajian terkini menyokong gagasan ZBO
(Hanin, 1989; Hanin dan Syrja, 1995).
3.

Teori Pembalikan
Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara prestasi dan

kebimbangan, interpretasi individu atau atlit yang terbabit perlu diambil kira untuk
mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap kebangkitan yang tinggi atau
rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada
situasi yang dihadapi. Dalam keadaan "mengelakkan kebimbangan" atlit biasanya ingin
berada pada tahap kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara
dalam keadaan "mencari tahap kebangkitan" atlit lazimnya mencari keseronokan atau
sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlit boleh membalikkan interpretasi
mereka terhadap kebangkitan (menjelaskan nama teori ini). Tahap kebangkitan yang
tinggi atau rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negatif pada

ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan yang ketara
di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlit dan tahap kebangkitan yang
sebenarnya.
Model Bencana Fazey dan Hardy
Gagasan yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy (1988) mencabar gagasan Teori
U-Terbalik yang mengandaikan bahawa:
(i)

Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan


sedikit prestasi atlit.

(ii)

Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox, 1998).
Teori atau Model Bencana mengandaikan bahawa peningkatan tahap kebangkitan
yang sedikit sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlit yang sedang
beraksi. Tekanan pertandingan serta peningkatan tahap kebangkitan yang kecil akan
menyebabkan penurunan prestasi yang mendadak. Penurunan yang mendadak ini boleh
disamakan sebagai "bencana" kepada atlit tersebut. Selepas mengalami penurunan
prestasi secara mendadak sebarang perubahan kecil dari segi kebangkitan tidak mampu
mengembalikan semula atlit ke tahap prabencana atau tahap sebelum penurunan prestasi
yang mendadak berlaku (Fazey dan Hardy; 1988).
Keistimewaan Model Bencana ini kerana sifatnya yang tiga dimensi (lihat Rajah
4.3). Kebangkitan fisiologikal diwakili oleh garis x, kebimbangan kognitif oleh garis y
dan prestasi oleh garis z. Bagi setiap titik pertemuan (koordinat) garisan x dan y terdapat
titik yang mewakili prestasi di atas bertentangan dengan koordinat tersebut. Berdasarkan
model ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan kognitif
dianggap sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).
Kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah kerana baik atau buruk,
lancar atau tidaknya prestasi seseorang atlit bergantung kepada kebimbangan kognitif.
Jika kebangkitan (kebimbangan) kognitif atlit adalah rendah, hubungan di antara
kebangkitan dan prestasi sama seperti model U-Terbalik. Bagaimanapun jika kebangkitan
fisiologi meningkat biarpun pada kadar yang sedikit akan mengakibatkan peningkatan

kebimbangan kognitif. Peningkatan ini mengakibatkan prestasi atlit jatuh dengan teruk
secara mendadak (bencana).
Perhatikan bahawa kebimbangan kognitif sebenarnya menentukan penurunan
mendadak prestasi atlit. Tambahan pula, penurunan tahap kebangkitan fisiologi walaupun
sedikit tidak berupaya untuk meningkatkan kembali tahap prestasi seperti sebelum
penurunan.
Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi (tidak berubah), penurunan tahap
kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi kepada tahap
di atas lipatan penurunan prestasi (x1). Perbezaan titik (x1) dan (x2) sebenarnya dilentukan
oleh kebimbangan kognitif. Perubahan pada garis kebangkitan fisiologi yang terputus
(lihat rajah) dikenali sebagai titik histeresis (Cox, 1998).
Satu lagi gagasan tambahan dalam model ini adalah apabila tahap kebangkitan
fisiologi rendah, peningkatan kebimbangan kognitif akan menyebabkan peningkatan
prestasi (ketinggian z adalah ketara di bahagian hadapan model jika dibandingkan di
bahagian belakang). Sebaliknya jika kebangkitan fisiologi meningkat, penurunan
kebimbangan kognitif akan meningkatkan prestasi atlit (ketinggian z adalah ketara di
bahagian belakang jika dibandingkan di bahagian hadapan model). Gagasan ini telah
disokong oleh beberapa kajian yang telah dilakukan oleh Edward dan Hardy (1996),
Hardy dan Parfitt (1991) dan Hardy Parfitt dan Pates (1994).

2. Berikan panduan seperti yang telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould (1999) untuk
mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan kepada jurulatih untuk merancang program
latihan.
1.

Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan
melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan. Dengan ini, kita dapat
melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.

2.

Para atlit merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara berseronok
dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan. Berseronok
semasa bertanding akan membantu para atlit muda mengelakkan daripada menarik diri untuk
bertanding. Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan
jangan memikirkan mengenai hasil.

3.

Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi
sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan. Contohnya, dalam latihan bola
keranjang seorang jurulatih boleh menjemput beberapa kenalan untuk melakukan oleh pemain,
mereka bolehlah diejek dan menjerit. Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri
untuk belajar menghadapi tekanan.

4.

Kebanyakan atlit mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan bimbang dan hilang
tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat. Untuk mengatasi masalah ini, seorang
atlit bolehlah berlatih dengan mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan
berterusan.

5.

Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan
kebimbangan. Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan. Jadi
fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh menguranghkan kebimbangan
semasa bertanding.

6.

Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan. Membuat
keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta
jurulatih perlu membuat keputusan. Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan
permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih
mudah.

7.

Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di
telinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan
keghairahan dan perasaan.

8.

Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya, memperkatakan atau


memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan
hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan. Contoh lain seperti Saya boleh lakukan.

Anda mungkin juga menyukai