Anda di halaman 1dari 3

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Kepelbagaian kaum yang wujud di dalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran sebenar

r tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam masyarakat. Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa isu penting di dalam bilik darjah. Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi. Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh dikatakan sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses yang menggambarkan realiti budaya majmuk di Malaysia. Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat. Faktor-Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia FAKTOR KELAS SOSIAL Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat. FAKTOR JANTINA Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka. Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik. FAKTOR DARIPADA KUMPULAN MINORITI DAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama ialah dari kumpulan

etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain.

Mereka adalah kaum Siam, Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Siam contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada sekolah yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT. Mereka hanya mempunyai pilihan untuk menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah tersebut. Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingkah laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah. Isu-Isu Utama Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia JURANG PENDIDIKAN

Jurang yang utama ialah jurang diantara bandar dan luar bandar dimana ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah Orang Asli dan pedalaman.

Jurang seterusnya ialah jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid. Jurang ini ialah jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemaha murid dalam menguasai 3 M. Seterusnya ialah jurang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas. ORANG ASLI, INDIGENOUS DAN MASYARAKAT PEDALAMAN Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan. Orang Asli satu komuniti yang kaya dengan ilmu pengetahuan mengenai lama semulajadi. Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dalam pendidikan adalah yang tertinggi. Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli. Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana beranggapan mencari nafkah lebih menjadi keutamaan dari mendapatkan pendidikan.

Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang. Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu Tersebut di dalam Bilik Darjah. 1. Mengawal dan menguruskan bilik darjah 2. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran 3. Tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja.

4. Memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. 5. Menggalakkan murid murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya.

6. Menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan. 7. Peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid. 8. Mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid. 9. Merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. 10. Bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina.

11. Mampu melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. 12. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan apabila wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki dalam sesetengah mata pelajaran. Selain itu, , seperti matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

http://babacream0934.blogspot.com/2013/10/isu-pendidikan-pengertian-pendidikan.html

Anda mungkin juga menyukai