Anda di halaman 1dari 4

PEMBEZAAN MELALUI KANDUNGAN

Strategi untuk Membezakan Kandungan


APA yang kita hendak murid belajar?
(What we want the students to learn?)

Kurangkan kandungan (reduced content): Kandungan pengajaran


dikurangkan bagi murid yang murid yang berprestasi rendah dan
kandungan diperluaskan bagi murid yang berprestasi tinggi. Ini bermakna,
dalam pengajaran murid diberikan kandungan yang lebih atau kurang.

Ringkaskan kandungan (simplified content): Meringkaskan petikan


bertulis untuk murid yang berprestasi rendah dan menyediakan petikan
yang lebih mencabar untuk murid berprestasi tinggi. Ini bermakna anda
mungkin menggunakan lebih daripada satu jenis petikan pengajaran.
Contoh, dua petikan bacaan kefahaman yang berbeza.

Petikan yang mudah diakses (Accessible text): Petikan lebih mudah


diakses oleh murid dengan menekankan idea utama. Ini bermakna anda
boleh menggunakan petikan yang sama untuk semua murid tetapi untuk
murid berprestasi rendah, idea penting diwarnakan sebelum pengajaran
bermula.

Mengaitkan kandungan dengan minat murid (Link content to student


interests): Pilih kandunagn yang sepadan dengan minat murid. Murid lebih
mudah untuk membaca tentang perkara yang menjadi minat mereka.
Seorang ahli Matematik berminat untuk membaca sesuatu yang berkait
dengan Matematik, tetapi adakah anda akan membaca tentang Matematik?

Kepelbagaian kepakaran (Multiple intelligences): Mengajar kandungan


dengan cara yang berbeza bagi memenuhi gaya pembelajaran yang
digemari murid. Contoh visual, auditori dan kinestatik. Ini bermakna anda
memerlukan jenis aktiviti pembelajaran yang berbeza dalam satu
pengajaran, namun anda perlu menyasarkan untuk memuatkan pelbagai
kepakaran dalam rancangan pengajaran harian (RPH) anda.

Senarai perbendaharaan kata (Vocabulaty lists): Sedaiakan senarai


perbendaharaan kata baharu bagi murid yang berprestasi rendah.
Terjemahan adalah membantu.

Papan perkataan (Word walls): paparkan perkataan dan definisi yang


relevan dengan topic pada dinding.

Gambar (Pictures): Gunakan gambar untuk membantu murid yang


berprestasi rendah memahami kandungan.

Kamus (Dictionaries): Sediakan kamus untuk semua murid bagi setiap


tahap murid
Rangkaian global (Global connections): Masukkan elemen tentang dunia
luar ke dalam bilik darjah melalui lawatan, menggunakan media yang
pelbagai (contoh, video dan internet).

PEMBEZAAN MELAUI PROSES

Strategi untuk Membezakan Melalui Proses


BAGAIMANA kita hendak murid belajar?
(How we want the students to learn?)
Apakah proses yang digunakan untuk membantu murid belajar tentang
kandungan pelajaran?
(What processes are used to help the students learn the content?)

Kumpulan fleksibel : Gunakan kumpulan yang fleksibel (kumpulan yang


berlainan keupayaan, kumpulan mengikut kebolehan, kumpulan mengikut
kecenderungan minat) bergantung kepada tugasan yang anda mahu murid
lakukan.
Kumpulan yang berlainan keupayaan : Murid saling belajar
antara satu sama lain dalam keupayaan yang pelbagai. Lebih banyak
yang dipelajari dalam pengajaran, lebih sedikit keupayaan dan lebih
sedikit manfaatnya. Mereka sering merasa lebih selesa bertanya
soalan kepada rakan sebaya mereka.
Kumpulan kebolehan : Sekiranya perlu, murid diletakkan dalam
kumpulan keupayaan. Dengan cara ini, murid boleh melakukan
tugasan di tahap yang berbeza dan guru boleh menyediakan
bantuan dan sokongan sekiranya diperlukan.
Kumpulan kecenderungan minat : Motivasi akan meningkat
apabila murid boleh memilih kumpulan mengikut minat yang sama.

Aktiviti bertingkat (Tiered activities) : Semua murid menjalankan tugasan


dengan kepentingan pemehaman dan kemahiran yang serupa, namun pada
peringkat sokongan, cabaran atau kerumitan yang berbeza. Contohnya
murid diberikan kandungan yang sama, tetapi dengan tiga lembaran kerja
yang berbeza, dengan tahap yang berbeza. Ini dipanggil aktiviti bertingkat
di mana tugasan dibezakan kepada 3 tahap.

Aktiviti anchor (Anchor Activities): Ini adalah aktiviti yang boleh dilakukan
oleh murid setelah mereka menyelesaikan sesuatu tugasan. Aktiviti ini
termasuk projek, tugasan tambahan, permainan atau puzzle. Aktiviti ini
perlu berkait dengan objektif pembelajaran. Ia dikenali sebagai aktiviti
pengayaan. Ia hendaklah dijalankan di bilik darjah di mana murid
mempunyai aktiviti anchor setelah menyelesaikan sesuatu tugasan.

Masa (Time): Sesetengah murid diberikanmasa untuk melengkapkan


sesuatu tugasan. Murid lain diberi masa yang sedikit dan boleh meneruskan
dengan aktiviti lanjutan atau aktiviti anchor.

Terjemahan : Sediakan terjemahan untuk bahasa pertama bagi murid


yang memerlukan.

Arahan : Tuliskan satu arahan bertulis pada papan dan berikan arahan
secara lisan. Ini akan membantu murid yang mempunyai kecenderungan
visual dan auditori.

Berpusatkan minat (Interest centres) : murid meneroka bidang mengikut


minat sesuai dengan topik yang dikaji

PEMBEZAAN MELALUI PRODUK

Strategi untuk Membezakan Melalui Produk


Cara murid menunjukkan apa yang mereka belajar
(The way the students show what they have learned)

Pertimbangkan cara yang berbeza supaya murid boleh menunjuk cara


pembelajaran mereka sama ada melalui individu, berpasangan atau
berkumpulan.
Mereka boleh :
Memberi penerangan tentang pembelajaran mereka
Menulis (penulisan kreatif atau penulisna fakta)
Menggunakan gambar
Menggunakan peta minda dan penyusunan grafik yang lain
Menggunakan perisian untuk pembentangan seperti PowerPoint
Pementasan
Membina model
Menggunakan alat multimedia seperti video You Tube
Melukis poster
Menggunakan lagu
Menulis jurnal prompts
Mencipta peranan
Membina papan perkataan dan/atau perbendaharaan kata
Melibatkan mereka dalam permainan yang berstruktur dan interaktif

Beri pilihan tentang bagaimana mereka dapat menunjuk cara pembelajaran


mereka.
Mereka boleh :
Memilih untuk bekerja secara individu, berpasangan atau
berkumpulan
Memilih daripada MENU atau PAPAN PILIHAN

Anda mungkin juga menyukai