Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENCEGAHAN

KOMUNITI BEBAS DADAH


TARIKH :
28 FEBRUARI 2017

TEMPAT :
SMK BANDAR, KOTA TINGGI

ANJURAN :
KOPERASI SMK BANDAR KOTA TINGGI
MAJLIS KAUNSELOR SEKOLAH SMK BANDAR KOTA TINGGI
RUMAH KOMUNITI DAERAH KOTA TINGGI

DENGAN KERJASAMA :
ASTAKA PADU SDN. BHD.
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA TINGGI
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA TINGGI
RUMAH KOMUNITI DAERAH KOTA TINGGI
1. TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan dan
kelulusan bagi melaksanakan program tersebut yang mengfokuskan golongan
belia, beliawanis, remaja dan pelajar sekolah.

2. LATAR BELAKANG
2.1 Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah
seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sungguhpun
masalah dadah bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung
dari peringkat awal ia akan memberi kesan kepada sesuatu kawasan. Masalah
dadah berkait rapat dengan masalah kesihatan dan keselamatan.

2.2 Strategi jangka panjang ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada golongan
belia untuk sama-sama menangani permasalahan dadah di dalam komuniti
setempat.

2.3 Secara umumnya, golongan belia adalah golongan yang berisiko terlibat
dengan dadah dan perlu diberi kefahaman dan kemahiran di dalam usaha
mencegah penyalahgunaan dadah. Golongan belia ini akan menjadi agen
perubahan dan penggerak di dalam membantu kerajaan melaksanakan
program-program pencegahan dadah.

3. MATLAMAT
Mengupayakan golongan belia untuk bertindak secara proaktif dalam menangani
masalah dadah dan seterusnya mewujudkan kawasan bebas dadah.
4. OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran kepada golongan
belia tentang peranan mereka untuk menangani masalah dadah dalam
komuniti mereka;
4.2 Meningkatkan penglibatan golongan belia supaya bersama-sama membanteras
dadah; dan
4.3 Mengurangkan masalah dadah agar dapat mewujudkan komuniti bebas dadah.

5. KAEDAH
5.1 Perkongsian
5.2 Pameran
5.3 Tayangan video antidadah
5.4 Ceramah antidadah
5.5 Motavasi

6. KUMPULAN SASAR
Pelajar dan Komuniti setempat : 300 orang

7. TARIKH, TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM


7.1 Tarikh Program : 28 Februari 2017
7.2 Tempat Program : SMK Bandar, Kota Tinggi

8. TENTATIF PROGRAM
Seperti di lampiran A

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Seperti di Lampiran B
10. OUTCOME YANG DISASARKAN
10.1 Tahap pengetahuan, kefahaman serta kemahiran para peserta tentang peranan
mereka untuk menangani masalah dadah dalam komuniti mereka meningkat.
10.2 Penglibatan golongan belia dalam membanteras dadah meningkat.
10.3 Masalah dadah dalam komuniti dapat dikurangkan.

11. IMPLIKASI JIKA TIDAK DILAKSANAKAN


11.1 Golongan belia tidak akan mempunyai pengalaman membantu ahli masyarakat
setempat yang telah terjebak dengan penyalahgunaan dadah.
11.2 Golongan belia tiada pengetahuan dan tiada faham dan jelas tentang peranan
dan tanggungjawab mereka dalam kesukarelaan antidadah.

12. KESIMPULAN
Diharapkan program ini dapat memupuk semangat kepada golongan belia bagi
membantu pihak AADK untuk perlaksanaan program-program pencegahan dadah. Di
samping itu juga penglibatan golongan belia dalam aktiviti kesukarelaan antidadah
dapat terus dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam usaha membantu kumpulan
sasar yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan AADK.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NORAMALINA BINTI ROS) (HAYATI BINTI HASHIM)


Guru Kaunseling, Pengurus Koperasi,
SMK Bandar, Kota Tinggi SMK Bandar, Kota Tinggi
Tarikh : Tarikh :

Disokong oleh :

(PARIDAH BINTI AZAD DIN)


Pengetua,
SMK Bandar, Kota Tinggi
Tarikh :
Lampiran A

TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI
28.2.2017 8.00 – 8.30 pagi - Pendaftaran Peserta
- Perkongsian pengalaman : “Senario Dadah
Semasa dan Cabaran Masakini” Oleh PRS AADK
8.30 - 10.30 pagi - Ceramah antidadah
- Tayangan video antidadah
- Pameran antidadah
- Persembahan Teater Monodrama
10.30 pagi – 12.00 t/hari
- Persembahan Buskers dari Karisma Band
- Ucapan aluan oleh Pengerusi Rumah Komuniti
Daerah Kota Tinggi
- Ucapan perasmian oleh YB Datuk Ahli Parlimen
12.00 t/hari – 1.00 petang Kota Tinggi
- Penyampaian cenderahati
- Jamuan makan VIP
- Bersurai
Nota : Minum pagi diedar semasa acara pada jam
9.30 pagi
Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI PERBELANJAAN JUMLAH


1 Jamuan Pagi 300 orang RM 3.00 x 300 orang RM 900.00
2 Sewa Dewan, RM 500.00
Kelengkapan kerusi dan
meja
3 Sewaan PA system & 4 1 set RM 500.00 RM 500.00
unit cordless mikrofon
4 Banner 1 RM 120.00 RM 120.00
5 Saguhati perkongsian 1 RM 100.00 RM100.00
6 Bayaran Teater RM 3000.00 RM 3000.00
7 Jamuan makan tengahari 100 orang RM 10.00 x 100 orang RM 1000.00
8 Cenderahati perasmi 1 orang RM 150.00 RM 150.00
9 Saguhati Karisma Band RM 500.00 RM 500.00
10 Perbelanjaan luar jangka RM 1000.00 RM 1000.00
JUMLAH RM 7770.00

Anda mungkin juga menyukai