Anda di halaman 1dari 3

Puisi Tradisional: Pantun Dua Kerat (Nasihat) Maksud Rangkap 1 Hajat untuk memperoleh sesuatu sekiranya diizinkan.

Rangkap 2 Orang yang banyak bercakap akan cenderung bercakap sesuatu yang tidak benar. Rangkap 3 Harapan seseorang agar surat yang diutuskan mendapat balasan. Rangkap 4 Orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh kejayaan. Rangkap 5 Pemikiran yang cerdas memudahkan kefahaman sesuatu ilmu. Rangkap 6 Keberanian melakukan sesuatu perlu disertai dengan keberanian menanggung risiko. Rangkap 7 Orang yang terakhir bertanggung jawab mengemaskan tempat yang telah digunakan. Rangkap 8 Keinginan memperoleh sesuatu perlu disertai dengan usaha. Rangkap 9 Kesalahan atau kesilapan yang dilakukan akan memburukkan nama seseorang. Rangkap 10 Seseorang yang telah ditegur dan menerima hukuman tidak akan melakukan kesilapan lagi pada masa akan datang.

Tema

Nasihat kepada semua lapisan masyarakat untuk tujuan kebaikan.

Persoalan 1. 2. 3. 4. 5. Persoalan keinginan memperoleh sesuatu. Persoalan keburukan orang yang banyak bercakap. Persoalan kepentingan usaha untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Persoalan kejian masyarakat terhadap orang yang suka menipu dan mencuri. Persoalan risiko yang perlu ditanggung oleh orang yang berani melakukan sesuatu.

Bentuk 1. 2. 3. 4. Pantun ini terdiri daripada 10 rangkap. Terdapat dua baris dalam setiap rangkap. Setiap baris mengandungi empat hingga enam perkataan. Setiap baris mengandungi lapan hingga dua belas suku kata.

Gaya Bahasa 1. Imej alam daun keladi, buah cempedak, ayam, itik 2. Repitisi Pecah kaca pecah gelas 3. Metafora Hati terang Unsur bunyi 1. Asonansi pengulangan vokal a Pecah kaca pecah gelas 2. Aliterasi pengulangan konsonan g Kumbang jarak kumbang jagung 3. Rima Rima akhir terikat dengan rima aa Contoh: Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi.

Nilai 1. Nilai Keberanian keberanian dalam menanggung risiko. 2. Nilai bertanggung jawab Tanggung jawab dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. 3. Nilai kerajinan Kerajinan dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan memperoleh kejayaan 4. Nilai kejujuran Kejujuran dan sikap amanah yang dituntut oleh masyarakat. 5. Nilai kebijaksanaan Kebijaksanaan akal fikiran memudahkan kefahaman sesuatu ilmu.

Pengajaran 1. Kita haruslah berani menanggung risiko dalam melakukan sesuatu pekerjan agar kita tidak kecewa seandainya hasil yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan. 2. Kita haruslah bertanggung jawab dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan agar pekerjaan itu tidak bertangguh. 3. Kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu agar mudah memperoleh kejayaan. 4. Kita haruslah menyemai sikap jujur dan amanah dalam diri agar kita diterima oleh masyarakat. 5. Kita hendaklah saling menegur antara satu sama lain agar kita tidak melakukan kesilapan.

Latihan Baca Pantun Dua Kerat (Nasihat) dengan teliti, jawab soalan-soalan yang berikut dengan jawapan yang sesuai. 1. Apakah yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam rangkap yang kelima. 2. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam rangkap yang kesembilan.

Jawapan 1. Pengarang ingin menyampaikan bahawa pemikiran yang cerdas memudahkan kefahaman sesuatu ilmu. 2. Pengajaran yang terdapat dalam rangkap kesembilan ialah kita hendaklah menyemai sikap jujur dan amanah dalam diri agar kita dihormati oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai