Anda di halaman 1dari 3

CERPEN SAYANG AYAH Omar Mamat Sinopsis Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan sebuah karangan yang

bertajuk SAYA SAYANG AYAH.. Angamah, salah seorang murid tahun enam Kenanga tidak dapat menyiapkan karangan seperti dikehendaki oleh Cikgu Bustam.Hal ini kerana dia keliru dengan sikap ayahnya yang bengis dan sering memukulnya.Keganasan ayahnya selama ini tidak pernah diceritakannya kepada orang lain.Walau bagaimanapun, kesengsaraan yang dialaminya itu berakhir apabila ayah tirinya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerjanya.Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah terhadap ayah tirinya yang sering menyeksanya itu apabila dia menjerit ungkapan SAYA SAYANG AYAHHHHH. Tema KASIH SAYANG Kasih sayang seorang anak yang begitu mendalam terhadap ayahnya. Walaupun ayahnya itu ialah ayah tiri yang sering mendera dan memukulnya. Persoalan 1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa. 2. Kepentingan pendidikan. 3. Keganasan dalam keluarga. 4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan. Watak dan perwatakan Watak utama Angamah - kanak-kanak berbangsa India , sering dipukul oleh ayah tirinya belajar dalam darjah enam Kenanga - anak sulung dalam keluarga & sering ponteng sekolah, menderita kesakitan dan malu kerana dipukul oleh ayahnya serta ditugaskan menjaga adik-adiknya yang masih kecil. - Tidak suka hal peribadinya diketahui& umum kerana akut

dimarahi oleh ayahnya - hidup dalam ketakutan dan& kesedihan - bijak dalam pelajaran , bertanggungjawab & penyayang - walaupun kerap dipukul dan dimarahi oleh ayah tirinya tetapi Angamah tetap menyayangi lelaki tersebut - pendiam dan suka termenung & rajin Cikgu Bustam - berusia dalam lingkungan& empat puluhan - guru kelas dan guru Bahasa Melayu Angamah ,penyayang & bertanggungjawab - berusaha untuk menyelesaikan masalah Angamah - prihatin& terhadap masalah murid-muridnya Ayah - ayah tiri Angamah - Berbadan sasa, berwajah& bengis - Garang terhadap Angamah& Tidak berperi kemanusiaan & - Tiada belas kasihan & Pemabuk - Pernah bekerja sebagai pemandu lori dan kini& sebagai buruh Binaan . Mati akibat kemalangan di tempat kerja Emak - Ibu kandung Angamah & Tiada sifat keibuan& - Sering membiarkan Angamah didera oleh suaminya - Menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil kepada Angamah - Telah berpisah dengan ayah& Angamah dan berkahwin lain - Bekerja membantu suami demi memenuhi keperluan hidup Guru Besar - bertanggungjawab & mudah diajak berunding - bersimpati dengan nasib yang menimpa Angamah baik hati Plot 1. Permulaan: Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya& menulis karangan yang bertajuk Saya Sayang Ayah 2. Perkembangan: - Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan seperti

yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam - Ingatannya melayang kepada peristiwa semalam dan sebelumnya. - Ayahnya sering memukul Angamah. - Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan , Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil oleg Cikgu Bustam - Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak. Cikgu Bustam membawa Angamah berjumpa guru besar untuk mengetahui puncanya. 3. Perumitan: Angamah memberitahu Cikgu Bustam dan guru besar bahawa dia selalu dipukul oleh ayah tirinya 4. Puncak Cerita: Angamah& menerima berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya di sekolah. Angamah dibawa ke hospital. Ayah tiri Angamah meninggal dunia. Angamah menjerit menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya 5. Peleraian Cerita: Mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah Angamah sedar bahawa dia tidak akan didera lagi Walau bagaimanapun, Angamah tetap menyayangi ayahnya. Latar Latar tempat bilik darjah tahun Enam Kenanga rumah Angamah bilik guru bilik guru besar hospital

terhadap ahli keluarganya sendiri

Gaya Bahasa Simile: 1. Ayah macam dirasuk syaitan 2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak Personafikasi: 1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga 2. Kelas jadi hidup Hiperbola: 1. Tengking ayah bagaikan halilintar 2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya 3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi Simpulan bahasa 1. kurus melidi 2. ekor kuda Nilai Murni 1. Kasih sayang . Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya. 2. Bertanggungjawab Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menghulurkan bantuan kepada Angamah sebaik sahaja mengetahui bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya. 3. Baik hati Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh dendam terhadap ayahnya yang sering memukul dan memarahinya tanpa sebab. Pengajaran 1. Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita 2. Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini 3. Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa 4. Kita mesti prihatin dan bersimpati serta bersedia untuk

Latar masa berlangsung lebih kurang tiga hari Latar masyarakat - masyarakat yang bertanggungjawab terhadap manusia di sekelilingnya - masyarakat pelajar yang patuh akan arahan dan teguran guru - segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab walaupun

menolong mereka yang memerlukan bantuan 5. Ibu bapa merupakan orang yang harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan melindungi dan menumpahkan kasih-sayang kepada anak-anak

Anda mungkin juga menyukai