BAHAGIAN D: CERPEN
SAYANG AYAH
Omar Mamat
Sinopsis
Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan sebuah karangan yang bertajuk “SAYA SAYANG
AYAH”.. Angamah, salah seorang murid tahun enam Kenanga tidak dapat menyiapkan karangan seperti
dikehendaki oleh Cikgu Bustam.Hal ini kerana dia keliru dengan sikap ayahnya yang bengis dan sering
memukulnya.Keganasan ayahnya selama ini tidak pernah diceritakannya kepada orang lain.Walau
bagaimanapun, kesengsaraan yang dialaminya itu berakhir apabila ayah tirinya meninggal dunia akibat
kemalangan di tempat kerjanya.Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah terhadap ayah tirinya
yang sering menyeksanya itu apabila dia menjerit ungkapan “SAYA SAYANG AYAHHHHH”.
Tema
* KASIH SAYANG
Kasih sayang seorang anak yang begitu mendalam terhadap ayahnya. Walaupun ayahnya itu ialah ayah
tiri yang sering mendera dan memukulnya. Angamah tetap menyayanginya selayaknya sebagai seorang
ayah. Kanak-kanak seperti Angamah yang bersih dan suci hatinya masih dapat memaafkan segala
perlakuan ayahnya itu terhadap dirinya, apatah lagi apabila dia menerima khabar kematian tragis
ayahnya itu.
Persoalan
1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa.
Contoh:
2. Kepentingan pendidikan.
Contoh:
3. Keganasan dalam keluarga.
Contoh:
4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan.
Contoh:
Watak utama
Angamah
kanak-kanak berbangsa India
sering dipukul oleh ayah tirinya
belajar dalam darjah enam Kenanga
anak sulung dalam keluarga
sering ponteng sekolah kerana menderita kesakitan dan malu kerana dipukul oleh ayahnya serta
ditugaskan menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
Tidak suka hal peribadinya diketahui umum kerana akut dimarahi oleh ayahnya
hidup dalam ketakutan dan kesedihan
bijak dalam pelajaran
bertanggungjawab
penyayang walaupun kerap dipukul dan dimarahi oleh ayah tirinya tetapi angamah tetap menyayangi
lelaki tersebut
pendiam dan suka termenung
rajin
Watak sampingan
Cikgu Bustam
berusia dalam lingkungan empat puluhan
guru kelas dan guru Bahasa Melayu Angamah
penyayang
bertanggungjawab
berusaha untuk menyelesaikan masalah Angamah
prihatin terhadap masalah murid-muridnya
disayangi oleh murid-muridnya
Ayah
ayah tiri Angamah
Berbadan sasa, berwajah bengis
Garang terhadap Angamah
Tidak berperi kemanusiaan
Tiada belas kasihan
Pemabuk
Pernah bekerja sebagai pemandu lori dan kini sebagai buruh binaan
Mati akibat kemalangan di tempat kerja
Emak
Ibu kandung Angamah
Tiada sifat keibuan
Sering membiarkan Angamah didera oleh suaminya
Menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil kepada Angamah
Telah berpisah dengan ayah Angamah dan berkahwin lain
Bekerja membantu suami demi memenuhi keperluan hidup
Guru Besar
bertanggungjawab
mudah diajak berunding
bersimpati dengan nasib yang menimpa Angamah
baik hati
Dahlan
ketua Kelas Enam Kenanga
patuh akan arahan guru
bertanggungjawab terhadap tugas
Plot
1. Permulaan:
Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk ‘Saya Sayang Ayah‘
Angamah mendiamkan diri apabila diajukan soalan tentang perasaannya terhadap ‘ayah’
2. Perkembangan:
Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam
Ingatannya melayang kepada peristiwa semalam dan sebelumnya. Ayahnya sering memukul
Angamah.
Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan , Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil
oleg Cikgu Bustam
Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak. Cikgu Bustam membawa Angamah
berjumpa guru besar untuk mengetahui puncanya.
3. Perumitan:
Angamah memberitahu Cikgu Bustam dan guru besar bahawa dia selalu dipukul oleh ayah tirinya
4. Puncak Cerita:
Angamah menerima berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya di sekolah
Angamah dibawa ke hospital
Ayah tiri Angamah meninggal dunia
Angamah menjerit menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya
5. Peleraian Cerita:
mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
Angamah sedar bahawa dia tidak akan didera lagi
Walau bagaimanapun, Angamah tetap menyayangi ayahnya.
Latar
Latar tempat
Gaya Bahasa
1. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami
2. Terdapat penggunaan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini
Simile:
1. Ayah macam dirasuk syaitan
2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak
3. Suara yang bagaikan halilintar
Personifikasi:
1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga
2. Kelas jadi hidup
3. Wajah cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya
4. Matahari telah condong ke darat
5. bola matanya beralih ke arah jalan
6. tali pinggang sebesar dua jari hinggap ke punggungnya
7. seorang anak gadis yang sedang meniti ke alam remaja
Hiperbola:
1. Tengking ayah bagaikan halilintar
2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya
3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi
Perulangan:
1. Saya sayang ayah
2. Dia tidak mahu
Sinkof:
1. nangis
2. tak
3. nak
Simpulan bahasa
1. kurus melidi
2. ekor kuda
metafora
1. bola mata
2. ayah selaku payung dalam rumahtangga
3. malam yang semakin larut
Nilai Murni
1. Kasih sayang
Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya
Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya
Angamah mengenang jasa ayah tirinya membesarkannya
2. Bertanggungjawab
Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menghulurkan bantuan kepada Angamah
sebaik sahaja mengetahui bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya.
3. Bersimpati
Warga sekolah yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Angamah
4. Patuh
Angamah patuh pada arahan ibunya agar menjaga adik-adiknya yang masih kecil di rumah sepanjang
masa ibu dan bapanya keluar bekerja walaupun terpaksa ponteng sekolah
5. Baik hati
Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh dendam terhadap ayahnya yang sering
memukul dan memarahinya tanpa sebab.
Pengajaran
PERTEMUAN
Faizati Mohd Ali
Sinopsis
Mun ke sebuah gerai dengan harapan untuk mendapat sedikit makanan kerana terlalu lapar. Namun,
Mun untuk diterajang oleh pemilik gerai tersebut. Kelaparan memaksa Mun untuk terus berusaha untuk
mencari sesuatu. Mun berjumpa dengan Jonny yang tingal di sebuah rumah yang besar dan cantik.
Mereka berdua bercerita tentang dua dunia yang terlalu asing bagi mereka.Mun dan Jonny berhasrat
untuk bertukar tempat bagi menikmati kehidupan yang asing bagi mereka itu.Nasib Mun malang apabila
terpaksa menghadapi kesakitan kerana dibelasah dengan teruk oleh tuan Jonny. Mun berputus asa,
tetapi akhirnya muncul sepasang suami isteri yang membela nasib Mun yang telah lama menderita itu.
Tema
Keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperolehi dalam kehidupan sebenar. Contohnya Mun
yang merempat berjumpa dengan Johnny yang hidup mewah tetapi terkurung. Mereka cuba untuk
bertukar kehidupan masing-masing, Mun cuba untuk hidup mewah tanpa memperdulikan soal kelaparan
manakala Johnny cuba untuk merasa kebebasan hidup Mun.
Persoalan
Mun
• seekor kucing liar
• kucing kurap yang hidup merempat/ kurus dan kotor
• hidup menderita / geledah tong sampah untuk mencari makanan atau mencari sisa-sisa makanan di
gerai-gerai
• sering dimaki hamun dan disepak terajang oleh manusia
• berangan untuk hidup mewah seperti Johnny walaupun hidup terkurung
• Baik hati
• Semakin tidak faham dengan sikap manusia
• Diselamatkan oleh sepasang suami isteri
Mimi
• budak kecil yang ditemui oleh Mun di sebuah gerai
• baik hati
• belas kasihan.
Tuan Johnny
• Lelaki bertubuh sasa
• Menyayangi Johnny sesungguh hati
• Marah dengan kehadiran Mun di rumahnya
• Memukul Mun dengan kayu dan menyepak Mun hingga cedera
Latar masa
• Waktu siang
Latar tempat
• Gerai makan
• Kawasan kurungan Johnny
• Di tepi jalan raya
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tiada perasaan belas kasihan terhadap haiwan.
• Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
• Kehidupan haiwan yang mewah
• Kehidupan haiwan yang serba kekurangan
Gaya Bahasa
Simile
• Satu gaya bahasa kiasan yang berfungsi sebagai kata perbandingan.
• Melibatkan kata-kata perbandingan seperti seolah-olah, umpama, bak, bagai, seperti dan sebagainya.
Contoh :
1. Tidak seperti Mun, hidup diladungi derita setiap masa
2. Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan
Personifikasi
• Satu gaya bahasa kiasan yang membawa sifat orang kepada sesuatu objek
• Gaya bahasa ini juga dikenali sebagai perorangan, (mengorangkan yang bukan orang,yakni memberi
sifat ataupun ayat dalam yang sama ataupun berlainan.
Contoh:
1. Simpati pun semakin malu untuk mempamerkan wajah
2. hati Mun berbisik, memujuk perut yang sudah menjerit lagi
3. Keperitan menghiris tanpa simpati
4. Kegarangan hujan
5. Deruman enjin kenderaan manampar pendengaran Mun
Hiperbola
• satu perbandingan yang melampau
1. Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga diri Mun, menyelinap ke seluruh saraf
2. anak matanya menjelajah dada langit
Perulangan
• Penggunaan kata atau ayat yang berulang-ulang dalam sesebuah penulisan.
• Perulangan ini boleh melibatkan perkataan ataupun
ayat dalam situasi yang sama ataupun berlainan.
Bahasa Inggeris
• Flea color
• Damn
Istilah sains
• Feline Leukemia
• Felina Panleukopenia
• Rabies
• Ear mites
Sinkof
• Perkataan singkatan
1. nak
2. tak
3. tapi
Plot
1.Permulaan
Mun cuba mendapatkan makanan di sebuah gerai
Dihalau oleh tuan punya gerai
Selongkar tong sampah berhampiran
2. Perkembangan
Mun disergah oleh seekor anjing
Mun jumpa rumah besar dan cuba memasukinya
Mun dan Johnny berkenalan
3. Perumitan
Jonny dan Mun bersetuju untuk bertukar tempat tetapi hajat mereka tidak kesampaian
4. Puncak
Mun dibelasah oleh tuan Jonny sehingga mengalami kecederaan yang parah
5. Peleraian
Mun diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang baik hati dan mereka bercadang untuk membawa
Mun ke klinik haiwan
Nilai Murni
Berbelas kasihan
Hati manusia seharusnya mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan seperti Mun
Bertanggungjawab
Sepasang suami isteri yang bertanggungjawab dalam memastikan Mun mendapat rawatan akibat
daripada kecederaan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah sayang akan makhluk tuhan dan berusaha untuk hidup dalam suasana yang harmoni.
2. Kita harus menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
3. Kita harus melaporkan perbuatan penganiayaan yang berlaku di sekeliling kita kepada pihak yang
berkuasa.
4. Kita hendaklah menolong mereka yang lemah dan memerlukan bantuan daripada kita dengan hati
yang ikhlas
DUGONG
Hizairi Othman
Sinopsis
Nak Dugong gentar apabila mendengar keluhan Tuk Dugong yang mengatakan bahawa kaum mereka
semakin pupus. Nak dugong ingin berbicara dengan lebih lanjut dengan Tuk Dugong apabila Nak
Dugong 1 dan Nak Dugong ll mengajak pergi ke seberang laut. Mereka sedang menikmati makanan di
situ apabila Nak Dugong ll menjerit meminta tolong. Nak Dugong mendapati Nak Dugong l terperangkap
di dalam jaring sementara Nak Dugong ll terkena lembing. Pada masa yang sama, Tuk Dugong
menghampiri Nak Dugong dan menasihatikannya agar meninggalkan kawasan itu. Tuk Dugong bertindak
menyelamatkan Nak Dugong yang hampir terkena lembing manusia. Walau bagaimanapun, Tuk Dugong
berjaya ditangkap oleh manusia. Nak Dugong meninggalkan kawasan itu dengan rasa kesal dan sedih
yang amat sangat.
Tema
• kerakusan manusia demi kepentingan diri.
Tema cerpen ini ialah nafsu manusia yang mengancam mahluk yang lain.
Persoalan
Watak utama
Nak Dugong
Sensitif
Ketika Tuk Dugong bertanyakan asal-usul dan hal ibu bapanya.Secara tiba-tiba dia berasa sedih dan
ingin menangis ketika dia teringat akan nasib ibu bapanya yang mati terbunuh akibat terkena kipas kapal.
Pendendam
Peristiwa Nak Dugong menyerang bot manusia yang menagkap Nak Dugong I dan Nak Dugong II.
Mudah Terpedaya
Nak dugong terperangkap dalam bahaya sewaktu di sebelah barat kerana sikapnya mudah terpedaya
oleh kata-kata Nak Dugong I dan II bertindak terburu-buru dan buruk sangka Nak Dugong cuba
menyelamatkan Nak Dugong I dan II dan Nak Dugong menganggap Cik Dugong suka melayan jantan.
Watak-watak Sampingan
1. Tuk Dugong
Bersikap terbuka
menceritakan pengalaman dan pengetahuanya kepada Nak Dugong mengenai sejarah dugong yang
menjadi buruan manusia
3. Cik Dugong
Plot
1. Permulaan
Tuk Dugong dan Nak Dugong bercakap tentang ancaman hidup yang sedang mereka hadapi.
2. Perkembangan
Nak Dugong 1 dan Nak Dugong 2 mencabar Nak Dugong supaya menyertai mereka pergi ke seberang
laut
3. Perumitan
Nak Dugong 2 terkena lembing sementara Nak Dugong 1 terperangkap di dalam jaring dan di tangkap
oleh manusia.
4. Puncak
Tuk Dugong terbunuh dalam usahanya untuk menyelamatkan Nak Dugong.
5. Peleraian
Nak Dugong berenang meninggalkan kawasan itu dangan hati yang sangat sedih.
Latar
Latar Tempat
Gua
Tempat tinggal Nak Dugong untuk berehat,tidur dan makan
Arah barat Lautan
Tempat menjadi medan tumpahnya darah Tuk Dugong tewas oleh tusukan lembing ketika
menyelamatkan Nak Dugong.Tempat ini jugalah Nak Dugong I dan Nak Dugong II mati ditangkap oleh
manusia.
Lautan Afrika Barat
Tempat ibu bapa Nak Dugong terkorban akibat terkena kipas kapal.
Latar Masa
Zaman Moden
kerana banyak manusia yang bersikap tamak dan tanpa belas kasihan terhadap haiwan.
Dalam masa 2 hari
Latar Mayarakat
Masyarakat hidupan laut yang mempunyai panggilan dan pangkat.
Cth:- ikan bilis sebagai NakBilis, ikan tuna Sebagai Kak Tuna.
Masyarakat ikan dugong yang bersatu hati memikifkan kesinambungan keturunan mereka.
Masyarakat ikan dugong yang mementingkan makanan tanpa mementingkan keselamatan diri
Gaya Bahasa
Penggunan Diksi
i. Pengulangan
Sedang aku menjenguk-jenguk di sekitar gua(Hal. 87)
ii. Sinkof
Emm,kami nak ke sebelah barat(hal. 87)
Tapi sebelum itu,kau mesti ikut aku ke rumah Tuk dugong (hal. 87)
Penggunaan Ayat
.Ayat Pendek
Cik Dugong menjanda sekarang (hal. 84)
Aku segera memintas (hal. 86)
Ayat seru
i. ``Sini pun ada !” (hal. 87)
ii.``Tuk Dugong !” (hal. 90)
Ayat Tanya
``Kamu berasal dari mana Nak Dugong?” (hal 84)
Inversi
Baru semalam Ngah Dugong mati tersangkut dipukat manusia (hal 84 )
Personafikasi
tapi nampaknya mata ini berdegil (hal 86)
Simile
bagai pahlawan ,aku membelah air dengan deras (hal. 91)
Dispersonafikasi
aku terhenti dan seolah – olah beku (hal. 93)
Peribahasa
Takut nanti habis, terbuang saja sepahnya (hal. 88)
Metrafora
Daku tiba-tiba menyemarak dengan api dendam (hal. 90)
Nilai Murni
Kasih Sayang
Nak Dugong sedih apabila mengenangkan dirinya yang telah kehilangan kasih sayang ibu bapanya yang
telah mati.
Baik Hati dan Tolong menolong
Nak Dugong yang cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II.Sikap ini juga dapat dilihat pada Tuk
Dugong yang telah menyelamatkan Nak Dugong dan menyebabkan dia terkorban.
Menghormati orang tua dan lebih dewasa
Nak Dugong amat menghormati Tuk Dugong
Persahabatan dan setia kawan
Nak Dugong sangup membantu Nak Dugong I dan II tetapi telah dihalang oleh Tuk Dugong.
Pengorbanan dan tanggungjawab
Ini dapat dibuktikan oleh tindakan Tuk Dugong menyelamatkan Nak Dugong.
Pengajaran
Sinopsis
Mat jenin seorang anak yatim piatu yang sering menjadi bahan ejekan pelajar-pelajar di sekolahnya.Mat
Jenin diejek kerana dia miskin dan memakai pakaian yang bertampal-tampal untuk ke sekolah.Ejekan ini
menyebabkan Mat Jenin hampir hilang semangat untuk belajar.Mat Jenin belajar sehingga tingkatan tiga
sebelum menjadi pemanjat kelapa.Atas nasihat Cikgu Rosli,Mat Jenin bekerja di restoran abangnya.Di
situ ,Mat Jenin belajar cara untuk berniaga dengan majikannya,Haji Sapudin.Dia berjaya membuka
restorannya sendiri.Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan seorang wartawan yang bernama Raja Nor
Mustaqimah.Mat Jenin sangat gembira kerana dia berjaya dalam hidup dan juga perniagaannya.
Tema
Kegigihan dalam mencapai matlamat hidup.
Contohnya seorang anak muda bernama Mat Jenin telah mula menceburkan diri dalam bidang
perniagaan dari bawah dengan bekerja di sebuah restoran kemudian setelah lima tahun bekerja beliau
membuka restorannya sendiri. Pada mulanya perniagaan agak lembab tetapi beransur maju berkat
keazaman yang ada dalam diri Mat Jenin untuk meraih kejayaan.
Persoalan
Mat Jenin
Yatim piatu setelah kematian ibu bapa ketika berusia 5 tahun
Tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Kelapa Condong
Umur 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia
Umur 15 tahun, datuknya meninggal dunia
Tiada semangat untuk belajar selepas kematian datuknya
Berasal daripada keluarga pemanjat kelapa terkenal
Sering diejek ketika di sekolah
Selepas SRP berhenti sekolah dan menjadi pemanjat kelapa
Bekerja di restoran milik abang cikgu Rosli
Gigih
Berjaya memiliki restoran sendiri
Berani menanggung sebarang risiko
Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah
Cikgu Rosli
Bekas guru Mat Jenin semasa di tingkatan 3
Adik Haji Sapudin
Pendorong kejayaan Mat Jenin
Baik hati
Akhirnya menjadi pensyarah di maktab perguruan selepaslulus universiti
Haji Sapudin
Abang Cikgu Rosli
Bekas majikan Mat Jenin
Memiliki 2 buah restoran
Membantu Mat Jenin mengenali dan mengendalikan perniagaan
Jujur dalam perniagaan
Gigih berusaha
Seorang peniaga berjaya
Plot
1. Permulaan
Latar belakang Mat Jenin yang kematian kedua ibu dan bapanya diikuti dengan kematian nenek dan
datuknya
Setelah menjadi anak yatim, Mat Jenin dijaga oleh datuk dan neneknya
Datuknya banyak memberi galakan kepadanya untuk terus bersekolah
Selepas menduduki SRP datuknya meninggal dunia
2. Perkembangan
Berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa
Bertemu Cikgu Rosli dan menggalakkan Mat Jenin berhijrah ke bandar untuk menimba pengalaman
Mat Jenin bekerja di restoran Haji Sapudin (abang Cikgu Rosli) sambil menuntut ilmu perniagaan
daripadanya.
Mat Jenin membuka restoran sendiri.
3. Perumitan
Pada awal pembukaan restorannya, Mat Jenin mengalami kerugiaan.
Mat Jenin berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Raja Nor Mustaqim.
4. Puncak
Mat Jenin berjaya dalam perniagaan
Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah
5. Peleraian
Mat Jenin menyambut kelahiran anak sulung
Mat Jenin pergi ke majlis perasmian cawangan restorannya ketiga.
Dirasmikan oleh seorang menteri
Latar
Latar Tempat
Latar Masa
Latar Masyarakat
Gaya Bahasa
Simile
1. Matanya seperti bintang timur.
2. Macamlah aku ni anak monyet yang baru ditangkap dari hutan
3. bagaikan matahari telah hancur dan tidak muncul lagi
Personafikasi
1. Pertanyaan itu pun mengetuk-ngetuk benakku.
2. matahari terus meninggi dan melemparkan sinar teriknya
3. tikaman sinar matahari
4. pokok-pokok dab rumah di kiri kanan jalan berlari-lari ke belakang
5. deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah
Hiperbola
1. Terasa bagai matahari telah hancur dan tidak akan muncul lagi.
2. kata-kata Haji Sapaudin mengetuk-ngetuk gegendang telingaku
Perulangan
1. Tak kenal penat, tak kenal malu.
Simbolik
1. Kudis.
Sinkof
1. Guruku
2. Tau
3. Nak
Puisi
Mat Jenin orang pelupa,
Nak kawin puteri raja,
Jatuh dari pokok kelapa,
Kesian dia.
Nilai Murni
Kegigihan.
Ketabahan.
Kerajinan.
Kejujuran.
Tolong-menolong.
Pengajaran
Kita hendaklah mengamalkan semangat tolong-menolong dalam keluarga dan masyarakat agar kita
dapat hidup dengan aman dan harmoni.
Kita harus menghargai budi dan pemberian orang lain terhadap kita dengan seikhlas hati.
Kita tidak harus mengeji mereka yang hidup dalam Kemiskinan.
Kita hendaklah menghormati mereka yang lebih tua daripada kita.
Kita harus bertanggungjawab dan jujur dalam mengejar matlamat hidup.
RAHSIA
Shazmee Rizal Agus Salim
Sinopsis
Seorang pencerita membongkar rahsia Amar ketika berdepan dengan kegawatan apabila pesawat yang
mereka naiki menghadapi masalah teknikal.Amar yang bersama dengan anaknya,Zulfakar dalam
penerbangan itu diminta untuk membantu Kapten Rashid mengendalikan pesawat tersebut.Mereka
terpaksa mendaratkan pesawat itu di sebuah lapangan terbeng lama,Lapangan Terbeng Qu kerana
mereka kekurangan minyak.Mereka berjaya melakukan pendaratan tetapi pesawat tersebut meletup
sejurus selepas mendarat.Amar tidak dapat menyelamatkan Zulfakar .Peristiwa ini menyebabkan dia
sering ke tempat penuh kenangan itu pada setiap kali dia merindui Zulfakar.Namun akhirnya Amar sedar
bahawa dia terpaksa menerima hakikat kehilangan anak kesayangannya itu dan merelakan
pemergiannya.
Tema
Kasih sayang dan penorbanan seorang ayah kepada anaknya yang dikasihi.
Persoalan
Watak Utama
Amar
a) Penyayang dan bertanggungjawab
i. Amar seorang ayah yang penyayang sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
ii. Dia bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang.
b) Sering menghadapi konflik dan tekanan jiwa
Setelah kemalangan yang menyebabkan anaknya terkorban jiwanya tertekan.
c) Pandai menyembunyikan perasaan cemas
Ketika dia melihat bahagian bawah pesawat terbakar dia menyembunyikan perasaannya daripada
pengetahuan penumpang-penumpang dan anaknya.
d) Juru terbang yang berpengalaman.
Dia dapat mengendalikan pendaratan kecemasan daripada meletup di udara.
e) Kehilangan anak dalam kemalangan pesawat
Dia tidak sempat menyelamatkan anaknya ketika kapal terbang hampir meletup.
Watak Sampingan
Kapten Rashid
a) Rakan sejawat Amar.
b) Ketua juru terbang
c) Tenang menghadapi keadaan cemas
Dia tenang keadaan cemas ketika mengendali pesawat yang sudah mula terbakar
d) Berpengalaman
Dia dapat mengendalikan pesawat yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan ke Bandar
Tzon.
e) Bertanggungjawab dan gigih
Dia berusaha untuk menentukan pesawat dapat mendarat dengan selamat.
Zulfakar
a) Anak Amar dan Siti Zubaidah
b) Patuh kepada orang tua
Dia tidak membantah ketika Amar terpaksa ke ruang juru terbang pesawat dan meninggalkannya di
bawah pengawasan pramugari.
c) tidak sabar
dia tidak sabar untuk berjumpa dengan ibunya.
Plot
Permulaan
Seorang pembocor rahsia menceritakan rahsia orang yang bernama Amar
Perkembangan
Dalam kisah tersebut,Amar berdiri di sebuah pondok kawalan lapangan terbang lama sambil
mengenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya
Perumitan
Amar terkenang semasa dia dan anaknya,Zulfakar dalam sebuah pesawat yang sedang menghadapi
masalah teknikal.Amar diminta untuk membantu juruterbang pesawat tersebut iaitu kapten Rashid .
Dalam kenangannya,Amar masih ingat kegawatan yang mereka hadapi apabila mereka terpaksa
membuat pendaratan cemas.
Puncak
Amar dan Kepten Rashid berjaya mendarat di Lapangan Terbang Qu tetapi pesawat itu meletup
beberapa ketika selepas pendaratan tersebut.
Peleraian
Pembocor rahsia(kemungkinan Amar sendiri)
memberitahu bahawa lapangan terbang itu tidak berhantu seperti yang didakwa oleh penduduk
tempatan.Lembaga yang mereka sangka hantu itu sebenarnya ialah Amar sendiri yang sering pergi ke
tempat itu kerana merindui anaknya,Zulfakar.
Latar
Latar Tempat
• Lapangan Terbang QU.
• Pondok kawalan Lapangan Terbang QU.
• Di dalam pesawat Boeing 737.
• Ruangan kokpit pesawat.
Latar Masa
• Berlangsung dalam sehari.
• Bermula pada suatu hari apabila pengarang mula bercerita tentang kisah di sebalik Lapangan Terbang
QU.
Latar Masyarakat
• Masyarakat yang menderita kerana kehilangan orang yang tersayangi
• Masyarakat yang terpaksa akur dan tabah ketika berdepan dengan kemasan
• Segelintir masyarakat yang mempercayai sesuatu yang karut
Gaya Bahasa
a) Diksi
i. Bahasa Inggeris
Amar menggerakan control column ke kanan dan melihat heading indi cator 25 darjah (hal 113)
ii. Bahasa Arab
Siapa ana? Nama ana? Tidak perlulah (hal 110)
b) Pengulangan
Panas
Tidak tahulah aqmar, panas oleh kebosanan atau panas oleh kerinduan (hal 110)
c) Pengunaan Ayat
i. Ayat Tanya
``Abi,mengapa Abi diam?Abi demamkah?(hal 110)
ii. Ayat seru
``Err… kita telah terputus hubungan dengan menara Kawalan di Lapangan Terbang Xu.(hal 114)
iii. Ayat pendek
Lonceng pemindahan berdering (hal 119)
iv. Ayat panjang
Amar tidak tahu dalam ruang sekecil itu,yang berhenyak- henyak sesama mereka masih manusia atau
apa!Mereka telah melompat dari kerusi ke kerusi (hal 120)
d) Personafikasi
Cuma pada ruang yang agak tinggi masih kelihatan tiada rumput nan melintuk-lintuk menjamah butir
hujan (hal 110)
e) Simile
i. Ruang penumpang pesawat ini bagaikan tempat simpan mayat (hal 112)
ii. Pedihnya bagai disengat sekawan tembuan (hal 121)
f) Inversi
Dilantai pesawat terdapat lubang tidak tutup rapat (hal 116)
g) Metafora
Air kedukaan itu berbaur dengan manik-manik hujan (hal 112)
Nilai Murni
a) Kerjasama dan tolong-menolong
Amar dan Kaptan Rashid berkerjasama mengendalikan pesawat yang hendak mendarat
b) Kasih Sayang
Amar sangat sayang akan anaknya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
c) Bertanggungjawab
Amar dan Kaptan Rashid bertanggungjawab memastikan pesawat mendarat dengan selamat dan
penumpang berada dalam keadaan tenang
d) Ketenangan dan ketabahan
Amar dan Kaptan Rashid bergitu tenang mengendalikan pesawat yang hampir meletup itu
e) Bersyukur kepada tuhan
Amar bersyukur kerana semua penumpang terselamat walaupun anaknya terkorban
Pengajaran