Anda di halaman 1dari 8

DENDAM

(SHARIZA A RAHMAN)

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

 Sinopsis

 Cerpen  ‘Dendam’  ini  mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah.
Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku
latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia
dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan
adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu Along juga menolak adik
sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan
Angah tidak sempat untuk mengadu.

             Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah
dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan
melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri
mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan
yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri
ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan
adiknya.

             Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila
rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu
putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu
putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah
juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan
menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

             Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah
dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah.
Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along
menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada
pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan
Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang
memutuskan rantai ibu. Along memeluk  Angah kerana rasa terharu dan menyedari
kasih sayang antara adik beradik.

  Tema

Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan kekeluargaan. Hubungan Along,


Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit pertentangan. Along marah kepada abah
dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.

 Persoalan

1.   Persoalan hubungan kekeluargaan.


   Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam cerpen ini terutama
   ketika makan. Mereka sekeluarga selalu makan bersama-sama.

 2.   Persoalan kebencian kepada adik.

      Contoh:  Along sangat membenci adiknya yang sering menconteng dan
mengoyakkan buku latihannya sehingga dimarahi gurunya.

 3.    Persoalan kasih sayang antara adik dan kakak.


Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan menandakan kasih
sayang antara kedua beradik tersebut.

 
 Plot

Permulaan

Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru
dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti
dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk
membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along
memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh
di atas sofa lalu menangis.

Perkembangan

Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi  Along kerana
membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan
kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu lahap oleh api dendam yang membara.
Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukan. Along
juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya.  Along memohon
agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana
dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya.  Ibu mengatakan
Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar
pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan , Along menghalau adiknya dari
ruang tamu.

Klimaks

Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu
menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk
membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak
mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah
disebat dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian

Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju
kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang
ayah. Along memohon kemaafan daripada  Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya,
Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatiannya.

Teknik Penceritaan

1.  Dialog

Contoh:  “Nak jadi samseng!  Senang-senang koyakkan buku Along.”

“Angah Cuma tengok saja…”

2.  Imbas kembali.

Contoh:  Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya
pada cuti yang lalu.

3.  Monolog dalaman.

     Contoh:  Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?

Watak dan Perwatakan

Along

  Cepat meradang terutama kepada adiknya.

  Sering memarahi adiknya yang melakukan kesalahan.

  Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan.

  Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan


adiknya yang mengoyakkan wang ayahnya.

Angah
  Gelaran Hantu Kecil yang diberikan oleh Along.

  Berwajah comel.

  Suka mengoyakkan kertas, buku, dan majalah.

  Wajahnya pucat apabila dimarahi.

  Buah hati ibu.

Abah

  Seorang yang tegas.

  Memukul adik dengan tali pinggang.

Emak

  Suka menyebelahi adik.

  Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah membawa tuah.

  Bersikap garang kepada Along.

Latar

Masa

1.  Malam

Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut


marah      akan sesuatu.

2.  Tengah hari.

Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara
tawa     nakal Angah.
 

Tempat

1.  Ruang tamu

Contoh:  Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan  buku


latihannya.

 2.  Di rumah

     Contoh:  Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.

 3.  Di meja makan

Contoh:  Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan malam.

 4.  Di katil

Contoh:  Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.

Masyarakat

1.  Masyarakat Pelajar

Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku latihan
sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.

 2.  Masyarakat Guru

Contoh:  Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along
kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.

3.  Masyarakat Pengamal Undang-Undang

Contoh:  Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya supaya adil
dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya.

Gaya Bahasa
1.  Sinkope

Contoh:  Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku )  Dan tanpa
kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.

 2.  Kata Ganda

Contoh:  Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut


marah akan sesuatu.

 3.  Peribahasa

     Contoh:  Berat sebelah,tebal muka, menagih kasih.

 4.  Metafora

     Contoh:  Penjuru hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.

 5.  Personifikasi

     Contoh:  Hatiku dijurus lahar beracun.

 6.  Antomomisia (memperlihatkan sifat sesaorang)

    Contoh: Hantu kecil

 7.  Totologi (Perulangan untuk penegasan)

     Contoh:  Benci. Aku benci.

 Nilai

1.  Nilai kasih sayang


Contoh:  Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan kasih
sayang dan perhatianku.

 2.  Nilai berdikari


 Contoh:  Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang dikoyakkan
oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.

3.  Nilai hemah tinggi


Contoh:  Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata yang
baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.

4.  Nilai hormat menghormati


Contoh:  Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan ditampar oleh
kakaknya.

5.  Nilai kesyukuran


Contoh:  Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat membenci
adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.

 
Pengajaran

1.  Kita harus bersabar dengan kerenah adik kita


 Contoh:  Apabila malam semakin larut, aku memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku
dilanda resah.  Perlahan-lahan aku menghampiri Angah yang sedang lena di katil
comelnya.

 2.  Kita janganlah mempercayai tilikan.


 Contoh:  Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan bidan yang membidankan
kelahiran Angah.  Aku sungguh hairan melihat ayah dan ibu masuk dalam golongan
intelek, masih percaya kepada tilikan yang mengatakan Angah akan membawa tuah
kepada keluarga.

 3.  Kita janganlah memperbesarkan perkara-perkara yang kecil


 Contoh:  Perkara macam itu pun engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah
adik engkau.

 4.  Kita hendaklah  mempunyai sikap sayang menyayangi antara ahli keluarga.
 Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk dan mencium pipi Angah. Buat pertama
kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.

 5.  Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.

     Contoh:  Along dan Angah saling bermaafan antara satu sama lain.

 
 

Anda mungkin juga menyukai