Anda di halaman 1dari 19

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA: CERPEN

ANTOLOGI ANAK BUMI TERCINTA : CERPEN

BAHAGIAN D: CERPEN

SAYANG AYAH
Omar Mamat

Sinopsis

Cikgu Bustam meminta para pelajarnya menyediakan sebuah karangan yang bertajuk “SAYA SAYANG
AYAH”.. Angamah, salah seorang murid tahun enam Kenanga tidak dapat menyiapkan karangan seperti
dikehendaki oleh Cikgu Bustam.Hal ini kerana dia keliru dengan sikap ayahnya yang bengis dan sering
memukulnya.Keganasan ayahnya selama ini tidak pernah diceritakannya kepada orang lain.Walau
bagaimanapun, kesengsaraan yang dialaminya itu berakhir apabila ayah tirinya meninggal dunia akibat
kemalangan di tempat kerjanya.Peristiwa ini menyerlahkan kasih sayang Angamah terhadap ayah tirinya
yang sering menyeksanya itu apabila dia menjerit ungkapan “SAYA SAYANG AYAHHHHH”.

Tema

* KASIH SAYANG
Kasih sayang seorang anak yang begitu mendalam terhadap ayahnya. Walaupun ayahnya itu ialah ayah
tiri yang sering mendera dan memukulnya. Angamah tetap menyayanginya selayaknya sebagai seorang
ayah. Kanak-kanak seperti Angamah yang bersih dan suci hatinya masih dapat memaafkan segala
perlakuan ayahnya itu terhadap dirinya, apatah lagi apabila dia menerima khabar kematian tragis
ayahnya itu.

Persoalan
1. Tanggungjawab seorang guru dan ibu bapa.
Contoh:
2. Kepentingan pendidikan.
Contoh:
3. Keganasan dalam keluarga.
Contoh:
4. Kemiskinan yang membelenggu kehidupan.
Contoh:

Watak dan perwatakan

Watak utama

Angamah
kanak-kanak berbangsa India
sering dipukul oleh ayah tirinya
belajar dalam darjah enam Kenanga
anak sulung dalam keluarga
sering ponteng sekolah kerana menderita kesakitan dan malu kerana dipukul oleh ayahnya serta
ditugaskan menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
Tidak suka hal peribadinya diketahui umum kerana akut dimarahi oleh ayahnya
hidup dalam ketakutan dan kesedihan
bijak dalam pelajaran
bertanggungjawab
penyayang walaupun kerap dipukul dan dimarahi oleh ayah tirinya tetapi angamah tetap menyayangi
lelaki tersebut
pendiam dan suka termenung
 rajin

Watak sampingan

Cikgu Bustam
berusia dalam lingkungan empat puluhan
guru kelas dan guru Bahasa Melayu Angamah
penyayang
 bertanggungjawab
berusaha untuk menyelesaikan masalah Angamah
prihatin terhadap masalah murid-muridnya
disayangi oleh murid-muridnya

Ayah
ayah tiri Angamah
Berbadan sasa, berwajah bengis
Garang terhadap Angamah
Tidak berperi kemanusiaan
Tiada belas kasihan
Pemabuk
Pernah bekerja sebagai pemandu lori dan kini sebagai buruh binaan
Mati akibat kemalangan di tempat kerja

Emak
Ibu kandung Angamah
Tiada sifat keibuan
Sering membiarkan Angamah didera oleh suaminya
Menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak yang masih kecil kepada Angamah
Telah berpisah dengan ayah Angamah dan berkahwin lain
Bekerja membantu suami demi memenuhi keperluan hidup

Guru Besar
bertanggungjawab
mudah diajak berunding
 bersimpati dengan nasib yang menimpa Angamah
baik hati

Dahlan
 ketua Kelas Enam Kenanga
patuh akan arahan guru
bertanggungjawab terhadap tugas

Jamiliah,Judith dan Anwar


rakan sekelas Angamah
 berbangga dengan ibu bapa masing-masing
aktif dalam perbincangan dalam kelas

Plot

1. Permulaan:
Cikgu Bustam menyuruh murid-muridnya menulis karangan yang bertajuk ‘Saya Sayang Ayah‘
Angamah mendiamkan diri apabila diajukan soalan tentang perasaannya terhadap ‘ayah’
2. Perkembangan:
Angamah gelisah kerana dia tidak tahu menulis karangan seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Bustam
Ingatannya melayang kepada peristiwa semalam dan sebelumnya. Ayahnya sering memukul
Angamah.
Ketua Kelas Angamah memungut buku karangan , Angamah tidak menghantar buku dan dipanggil
oleg Cikgu Bustam
Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang bengkak. Cikgu Bustam membawa Angamah
berjumpa guru besar untuk mengetahui puncanya.
3. Perumitan:
Angamah memberitahu Cikgu Bustam dan guru besar bahawa dia selalu dipukul oleh ayah tirinya
4. Puncak Cerita:
Angamah menerima berita tentang kemalangan yang menimpa ayahnya di sekolah
Angamah dibawa ke hospital
Ayah tiri Angamah meninggal dunia
Angamah menjerit menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya

5. Peleraian Cerita:
mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
Angamah sedar bahawa dia tidak akan didera lagi
Walau bagaimanapun, Angamah tetap menyayangi ayahnya.

Latar

Latar tempat

bilik darjah tahun Enam Kenanga


tempat Angamah menerima ilmu dari Cigku Bustam
tempat di mana Angamah diminta oleh Cikgu Bustam menyatakan perasaan kasih terhadap ayahnya
rumah Angamah
tempat Angamah selalu didera oleh ayahnya
 bilik guru
Cikgu Bustam memanggil Angamah untuk bertanyakan sebab mengapakah tangannya bengkak
bilik guru besar
hal Angamah dibawa ke pengetahuan guru besar
hospital
ayah Angamah dibawa ke hospital setelah ditimpa kemalangan
Latar masa
berlangsung lebih kurang tiga hari
bermula pada suatu hari di dalam kelas tahun Enam Kenanga ketika cikgu Bustam menyuruh murid-
muridnya menyiapkan sebuah karangan.
berakhir pada suatu hari ketika mayat ayah Angamah dibawa pulang ke rumah
Latar masyarakat
masyarakat yang bertanggungjawab terhadap manusia di sekelilingnya
sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Cikgu Bustam ketika membantu Angamah apabila
mengetahui yang Angamah sentiasa didera
 masyarakat pelajar yang patuh akan arahan dan teguran guru mereka
 murid-murid tahun enam Kenanga yang patuh pada arahan guru mereka Cikgu Bustam
segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab walaupun terhadap ahli keluarganya sendiri
Sikap ibu dan ayah Angamah yang sentiasa meletakkan beban menjaga adik-adiknya yang masih kecil
sehingga terpaksa mengabaikan pendidikan

Gaya Bahasa
1. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami
2. Terdapat penggunaan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini

Simile:
1. Ayah macam dirasuk syaitan
2. Jalur biru yang lurus itu seperti berombak
3. Suara yang bagaikan halilintar

Personifikasi:
1. Suara guru itu menyentuh cuping telinga
2. Kelas jadi hidup
3. Wajah cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya
4. Matahari telah condong ke darat
5. bola matanya beralih ke arah jalan
6. tali pinggang sebesar dua jari hinggap ke punggungnya
7. seorang anak gadis yang sedang meniti ke alam remaja

Hiperbola:
1. Tengking ayah bagaikan halilintar
2. Bergema hingga dirasakan hampir memecahkan anak telinganya
3. Ayah memandang dengan bola mata yang berapi

 Perulangan:
1. Saya sayang ayah
2. Dia tidak mahu

Sinkof:
1. nangis
2. tak
3. nak

Simpulan bahasa
1. kurus melidi
2. ekor kuda

metafora
1. bola mata
2. ayah selaku payung dalam rumahtangga
3. malam yang semakin larut

Nilai Murni

1. Kasih sayang
Kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya
Angamah tidak berdendam walaupun sering didera oleh ayahnya
Angamah mengenang jasa ayah tirinya membesarkannya

2. Bertanggungjawab
Cikgu Bustam menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan menghulurkan bantuan kepada Angamah
sebaik sahaja mengetahui bahawa anak muridnya itu sering menjadi mangsa dera ayahnya.

3. Bersimpati
Warga sekolah yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa Angamah
4. Patuh
Angamah patuh pada arahan ibunya agar menjaga adik-adiknya yang masih kecil di rumah sepanjang
masa ibu dan bapanya keluar bekerja walaupun terpaksa ponteng sekolah

5. Baik hati
Angamah yang cukup mulia hatinya kerana tidak menaruh dendam terhadap ayahnya yang sering
memukul dan memarahinya tanpa sebab.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa sayang dan berbaik sesama kita


2. Kita harus bertanggungjawab dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini
3. Kita harus sentiasa patuh akan nasihat dan kata-kata ibu bapa
4. Kita mesti prihatin dan bersimpati serta bersedia untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan
5. Ibu bapa merupakan orang yang harus melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak dengan melindungi dan menumpahkan kasih-sayang kepada anak-anak

PERTEMUAN
Faizati Mohd Ali

Sinopsis

Mun ke sebuah gerai dengan harapan untuk mendapat sedikit makanan kerana terlalu lapar. Namun,
Mun untuk diterajang oleh pemilik gerai tersebut. Kelaparan memaksa Mun untuk terus berusaha untuk
mencari sesuatu. Mun berjumpa dengan Jonny yang tingal di sebuah rumah yang besar dan cantik.
Mereka berdua bercerita tentang dua dunia yang terlalu asing bagi mereka.Mun dan Jonny berhasrat
untuk bertukar tempat bagi menikmati kehidupan yang asing bagi mereka itu.Nasib Mun malang apabila
terpaksa menghadapi kesakitan kerana dibelasah dengan teruk oleh tuan Jonny. Mun berputus asa,
tetapi akhirnya muncul sepasang suami isteri yang membela nasib Mun yang telah lama menderita itu.

Tema

Keinginan untuk mendapatkan sesuatu yang sukar diperolehi dalam kehidupan sebenar. Contohnya Mun
yang merempat berjumpa dengan Johnny yang hidup mewah tetapi terkurung. Mereka cuba untuk
bertukar kehidupan masing-masing, Mun cuba untuk hidup mewah tanpa memperdulikan soal kelaparan
manakala Johnny cuba untuk merasa kebebasan hidup Mun.

Persoalan

1. Sesuatu yang dianggap baik ada keburukannya


• Sesuatu yang indah dikatakan menyeronokkan
• Berbeza dengan hakikat sebenar
Contoh: Mun ingin hidup seperti Johnny (hidup terkurung tetapi cukup segalanya) tetapi bagi Johnny
hidup bebas seperti Mun satu keinginannya.

2. Tiada lagi perikemanusiaan


• sikap yang kian terpinggir dalam kehidupan masyarakat
• bersikap materialistik
Contoh: Mun yang telah lali dengan caci maki dan sepak terajang manusia sehingga Mun tidak lagi
percaya adanya manusia yang bersimpati dengan nasibnya.
Watak dan Perwatakan

Mun
• seekor kucing liar
• kucing kurap yang hidup merempat/ kurus dan kotor
• hidup menderita / geledah tong sampah untuk mencari makanan atau mencari sisa-sisa makanan di
gerai-gerai
• sering dimaki hamun dan disepak terajang oleh manusia
• berangan untuk hidup mewah seperti Johnny walaupun hidup terkurung
• Baik hati
• Semakin tidak faham dengan sikap manusia
• Diselamatkan oleh sepasang suami isteri

Amadeus Gonzales Johnhem ( Jonny )


• Kucing baka Parsi
• Ibu bapanya pernah menjadi juara dalam pertandingan kucing
• Berbulu panjang dan lebat
• Dijaga dengan rapi oleh tuannya/diberi ubat dan suntikan bagi melindunginya daripada penyakit
• Masih belum mengenal dunia yang sebenarnya
• Hidup terkurung
• Ingin hidup bebas seperti Mun

Mimi
• budak kecil yang ditemui oleh Mun di sebuah gerai
• baik hati
• belas kasihan.

Pemilik gerai makan


• Wakil manusia yang bersifat tidak berperikemanusiaan
• Memukul Mun tanpa belas kasihan

Tuan Johnny
• Lelaki bertubuh sasa
• Menyayangi Johnny sesungguh hati
• Marah dengan kehadiran Mun di rumahnya
• Memukul Mun dengan kayu dan menyepak Mun hingga cedera

Sepasang suami isteri


• Wakil manusia yang baik hati
• Berasa simpati dengan nasib malang Mun
• Mengutuk perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan Mun terlantar
kesakitan
• Menyelamatkan Mun yang cedera parah dengan menghantar Mun ke klinik haiwan
Latar

Latar masa
• Waktu siang

Latar tempat
• Gerai makan
• Kawasan kurungan Johnny
• Di tepi jalan raya

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang tiada perasaan belas kasihan terhadap haiwan.
• Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
• Kehidupan haiwan yang mewah
• Kehidupan haiwan yang serba kekurangan

Gaya Bahasa

Simile
• Satu gaya bahasa kiasan yang berfungsi sebagai kata perbandingan.
• Melibatkan kata-kata perbandingan seperti seolah-olah, umpama, bak, bagai, seperti dan sebagainya.
Contoh :
1. Tidak seperti Mun, hidup diladungi derita setiap masa
2. Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan yang melukakan

Personifikasi
• Satu gaya bahasa kiasan yang membawa sifat orang kepada sesuatu objek
• Gaya bahasa ini juga dikenali sebagai perorangan, (mengorangkan yang bukan orang,yakni memberi
sifat ataupun ayat dalam yang sama ataupun berlainan.
Contoh:
1. Simpati pun semakin malu untuk mempamerkan wajah
2. hati Mun berbisik, memujuk perut yang sudah menjerit lagi
3. Keperitan menghiris tanpa simpati
4. Kegarangan hujan
5. Deruman enjin kenderaan manampar pendengaran Mun

 Hiperbola
• satu perbandingan yang melampau
1. Kepedihan menjalar mengisi setiap rongga diri Mun, menyelinap ke seluruh saraf
2. anak matanya menjelajah dada langit

Perulangan
• Penggunaan kata atau ayat yang berulang-ulang dalam sesebuah penulisan.
• Perulangan ini boleh melibatkan perkataan ataupun
ayat dalam situasi yang sama ataupun berlainan.

 Bahasa Inggeris
• Flea color
• Damn

Istilah sains
• Feline Leukemia
• Felina Panleukopenia
• Rabies
• Ear mites

 Sinkof
• Perkataan singkatan
1. nak
2. tak
3. tapi

Plot

1.Permulaan
Mun cuba mendapatkan makanan di sebuah gerai
Dihalau oleh tuan punya gerai
Selongkar tong sampah berhampiran

2. Perkembangan
Mun disergah oleh seekor anjing
Mun jumpa rumah besar dan cuba memasukinya
Mun dan Johnny berkenalan

3. Perumitan
Jonny dan Mun bersetuju untuk bertukar tempat tetapi hajat mereka tidak kesampaian

4. Puncak
Mun dibelasah oleh tuan Jonny sehingga mengalami kecederaan yang parah

5. Peleraian
Mun diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang baik hati dan mereka bercadang untuk membawa
Mun ke klinik haiwan

Nilai Murni

Berbelas kasihan
Hati manusia seharusnya mempunyai sifat belas kasihan terhadap haiwan seperti Mun

 Bertanggungjawab
Sepasang suami isteri yang bertanggungjawab dalam memastikan Mun mendapat rawatan akibat
daripada kecederaan.

Sayang kepada binatang.


Kita tidak seharusnya membiarkan haiwan yang tercedera begitu sahaja. Berilah rawatan yang
sewajarnya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah sayang akan makhluk tuhan dan berusaha untuk hidup dalam suasana yang harmoni.
2. Kita harus menjalankan tugas kita dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
3. Kita harus melaporkan perbuatan penganiayaan yang berlaku di sekeliling kita kepada pihak yang
berkuasa.
4. Kita hendaklah menolong mereka yang lemah dan memerlukan bantuan daripada kita dengan hati
yang ikhlas

DUGONG
Hizairi Othman

Sinopsis

Nak Dugong gentar apabila mendengar keluhan Tuk Dugong yang mengatakan bahawa kaum mereka
semakin pupus. Nak dugong ingin berbicara dengan lebih lanjut dengan Tuk Dugong apabila Nak
Dugong 1 dan Nak Dugong ll mengajak pergi ke seberang laut. Mereka sedang menikmati makanan di
situ apabila Nak Dugong ll menjerit meminta tolong. Nak Dugong mendapati Nak Dugong l terperangkap
di dalam jaring sementara Nak Dugong ll terkena lembing. Pada masa yang sama, Tuk Dugong
menghampiri Nak Dugong dan menasihatikannya agar meninggalkan kawasan itu. Tuk Dugong bertindak
menyelamatkan Nak Dugong yang hampir terkena lembing manusia. Walau bagaimanapun, Tuk Dugong
berjaya ditangkap oleh manusia. Nak Dugong meninggalkan kawasan itu dengan rasa kesal dan sedih
yang amat sangat.
Tema
• kerakusan manusia demi kepentingan diri.
Tema cerpen ini ialah nafsu manusia yang mengancam mahluk yang lain.

Persoalan

1. Dilema kepupusan spesis haiwan laut


Contoh: Dugong adalah hidupan laut yang semakin pupus kerana diancam oleh manusia untuk
mendapatkan daging,lemak,gading,dan kulit dugong untuk dijual

2. Sikap dan tindakan manusia


Contoh: Sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan dan sanggup membunuh dengan kejam demi
kepentingan dan keuntungan mereka.Peristiwa kematian Nak Dugong I dan Nak Dugong II serta Tuk
Dugong dapat dibuktikan.

3. Pengorbanan dan tanggungjawab


Contoh: Tuk Dugong telah menyelamatkan Nak Dugong yang merupakan pewaris generasi dugong yang
diancam kepupusan.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Nak Dugong

Sensitif
Ketika Tuk Dugong bertanyakan asal-usul dan hal ibu bapanya.Secara tiba-tiba dia berasa sedih dan
ingin menangis ketika dia teringat akan nasib ibu bapanya yang mati terbunuh akibat terkena kipas kapal.

 Menghormati orang yang lebih tua dan dewasa


Nak Dugong menghormati Tuk Dugong kerana dia telah banyak mengajarnya tentang kehidupan Dugong
yang penuh cabaran dan bahaya.

Pendendam
Peristiwa Nak Dugong menyerang bot manusia yang menagkap Nak Dugong I dan Nak Dugong II.

Setia Kawan dan simpati


Nak Dugong menghargai persahabatannya dengan Nak Dugong I dan II,walaupun baru berkawan
dengan Nak Dugong I dan II dia tetap hendak menyelamatkan mereka tetapi telah dihalang oleh Tok
Dugong.

Mudah Terpedaya
Nak dugong terperangkap dalam bahaya sewaktu di sebelah barat kerana sikapnya mudah terpedaya
oleh kata-kata Nak Dugong I dan II bertindak terburu-buru dan buruk sangka Nak Dugong cuba
menyelamatkan Nak Dugong I dan II dan Nak Dugong menganggap Cik Dugong suka melayan jantan.

Watak-watak Sampingan

1. Tuk Dugong
Bersikap terbuka
menceritakan pengalaman dan pengetahuanya kepada Nak Dugong mengenai sejarah dugong yang
menjadi buruan manusia

Bersyukur kepada tuhan


Dialog diantara Tuk Dugomg dengan Nak Dugongdapat dilihatkan keredhaan dan kesyukuran Tuk
Dugong terhadap takdir tuhan.Cthnya,dia bergitu marah apabila Nak Dugong mempersoalkan takdir yang
ditentukan oleh tuhan.

Ikhlas dan sanggup berkorban


Pengorbanan yang dilakukan oleh Tuk Dugong kepada Nak Dugong dengan ikhlas demi menjaga
generasinya supaya tidak pupus

Berani dan kuat semangat


Tuk Dugong berani menyelamatkan Nak Dugong drpd rejaman lembing,walaupun keadaan Tuk Dugong
cedera parah,namun sempat menyondol bot sehingga beberapa orang terhumban ke dalam laut.

3. Cik Dugong

Isteri kepada Ngah Dugong


 Bersikap sabar
Dia memberi nasihat kepada Nak Dugong, tetapi dia tidak mendengar nasihat Cik Dugong malah Nak
Dugong memarahi Cik Dugong
Tidak menyimpan dendam
Cik Dugong tidak mengambil hati dengan kata-kata Nak Dugong yang menyakitkan hatinya.

3. Nak Dugong I dan Nak Dugong II


 Nakal
tidak mahu mendengar nasihat dugong yang lebih tua.
Terburu-buru dan tidak berhati-hati
Mereka melakukan sesuatu tanpa berfikir tentang bahaya yang menanti dan hanya mementingkan
kelazatan makanan.

Plot

1. Permulaan
Tuk Dugong dan Nak Dugong bercakap tentang ancaman hidup yang sedang mereka hadapi.
2. Perkembangan
Nak Dugong 1 dan Nak Dugong 2 mencabar Nak Dugong supaya menyertai mereka pergi ke seberang
laut
3. Perumitan
Nak Dugong 2 terkena lembing sementara Nak Dugong 1 terperangkap di dalam jaring dan di tangkap
oleh manusia.
4. Puncak
Tuk Dugong terbunuh dalam usahanya untuk menyelamatkan Nak Dugong.
5. Peleraian
Nak Dugong berenang meninggalkan kawasan itu dangan hati yang sangat sedih.

Latar

Latar Tempat
Gua
Tempat tinggal Nak Dugong untuk berehat,tidur dan makan
Arah barat Lautan
Tempat menjadi medan tumpahnya darah Tuk Dugong tewas oleh tusukan lembing ketika
menyelamatkan Nak Dugong.Tempat ini jugalah Nak Dugong I dan Nak Dugong II mati ditangkap oleh
manusia.
Lautan Afrika Barat
Tempat ibu bapa Nak Dugong terkorban akibat terkena kipas kapal.
Latar Masa
 Zaman Moden
kerana banyak manusia yang bersikap tamak dan tanpa belas kasihan terhadap haiwan.
Dalam masa 2 hari

Latar Mayarakat
Masyarakat hidupan laut yang mempunyai panggilan dan pangkat.
Cth:- ikan bilis sebagai NakBilis, ikan tuna Sebagai Kak Tuna.
Masyarakat ikan dugong yang bersatu hati memikifkan kesinambungan keturunan mereka.
Masyarakat ikan dugong yang mementingkan makanan tanpa mementingkan keselamatan diri

Gaya Bahasa

cerpen ini banyak menggunakan gaya bahasa bercerita. Contohnya:


Hatiku mula panas. Aku memang sudah lama berlalu dengan Cik Dugong. seboleh-bolehnya tidak mahu
bertegur sapa.

gaya bahasa dialog digunakan juga. Contohnya:


“apa dosa kita, Tuk Dugong”
“Bodoh nya kau, Nak Dugong! Tu daging kau tu, hidangan enak bagi mereka.
Lemak kita dijadikan minyak. Begitu juga nasib kulit kita dan gading kita.”

Pemilihan kata (diksi) cerpen ini indah dan berkesan. Contohnya:


bagaimana Tuk Dugong dapat memahami ombak yang bergelora didadaku ini?
Entah mengapa mulutku terkunci mendengar

Penggunan Diksi
i. Pengulangan
Sedang aku menjenguk-jenguk di sekitar gua(Hal. 87)
ii. Sinkof
Emm,kami nak ke sebelah barat(hal. 87)
Tapi sebelum itu,kau mesti ikut aku ke rumah Tuk dugong (hal. 87)

Penggunaan Ayat
.Ayat Pendek
Cik Dugong menjanda sekarang (hal. 84)
Aku segera memintas (hal. 86)

Ayat seru
i. ``Sini pun ada !” (hal. 87)
ii.``Tuk Dugong !” (hal. 90)

Ayat Tanya
``Kamu berasal dari mana Nak Dugong?” (hal 84)

Inversi
Baru semalam Ngah Dugong mati tersangkut dipukat manusia (hal 84 )

 Personafikasi
tapi nampaknya mata ini berdegil (hal 86)

 Simile
bagai pahlawan ,aku membelah air dengan deras (hal. 91)

 Dispersonafikasi
aku terhenti dan seolah – olah beku (hal. 93)

 Peribahasa
Takut nanti habis, terbuang saja sepahnya (hal. 88)

 Metrafora
Daku tiba-tiba menyemarak dengan api dendam (hal. 90)

Nilai Murni

Kasih Sayang
Nak Dugong sedih apabila mengenangkan dirinya yang telah kehilangan kasih sayang ibu bapanya yang
telah mati.
Baik Hati dan Tolong menolong
Nak Dugong yang cuba menyelamatkan Nak Dugong I dan II.Sikap ini juga dapat dilihat pada Tuk
Dugong yang telah menyelamatkan Nak Dugong dan menyebabkan dia terkorban.
Menghormati orang tua dan lebih dewasa
Nak Dugong amat menghormati Tuk Dugong
Persahabatan dan setia kawan
Nak Dugong sangup membantu Nak Dugong I dan II tetapi telah dihalang oleh Tuk Dugong.
Pengorbanan dan tanggungjawab
Ini dapat dibuktikan oleh tindakan Tuk Dugong menyelamatkan Nak Dugong.

Pengajaran

 Kita perlulah mengambil berat terhadap hidupan laut seperti


dugong yang semakin pupus.
Kita janganlah bersikap kejam terhadap hidupan laut sebagai
manusia membunuh yang sanggup membunuh dugong untuk mengaut untung.
kita janganlah memburu hidupan laut untuk mendapatkan
keuntungan.
Kita perlulah berhati-hati dan berfikir tentang kesan sesuatu
tindakan sebeblum bertindak,terutama yang melibatkan nyawa.

HIKAYAT MAT JENIN


Mohd Ismail Sarbini

Sinopsis

Mat jenin seorang anak yatim piatu yang sering menjadi bahan ejekan pelajar-pelajar di sekolahnya.Mat
Jenin diejek kerana dia miskin dan memakai pakaian yang bertampal-tampal untuk ke sekolah.Ejekan ini
menyebabkan Mat Jenin hampir hilang semangat untuk belajar.Mat Jenin belajar sehingga tingkatan tiga
sebelum menjadi pemanjat kelapa.Atas nasihat Cikgu Rosli,Mat Jenin bekerja di restoran abangnya.Di
situ ,Mat Jenin belajar cara untuk berniaga dengan majikannya,Haji Sapudin.Dia berjaya membuka
restorannya sendiri.Mat Jenin akhirnya berkahwin dengan seorang wartawan yang bernama Raja Nor
Mustaqimah.Mat Jenin sangat gembira kerana dia berjaya dalam hidup dan juga perniagaannya.

Tema
Kegigihan dalam mencapai matlamat hidup.
Contohnya seorang anak muda bernama Mat Jenin telah mula menceburkan diri dalam bidang
perniagaan dari bawah dengan bekerja di sebuah restoran kemudian setelah lima tahun bekerja beliau
membuka restorannya sendiri. Pada mulanya perniagaan agak lembab tetapi beransur maju berkat
keazaman yang ada dalam diri Mat Jenin untuk meraih kejayaan.
Persoalan

1. Keyakinan diri untuk mencapai impian


Keyakinan diri yang ditunjukkan oleh Mat Jenin untuk meraih kejayaan. Beliau menjadikan majikannya,
Haji Sapudin sebagai idolanya dalam menimba ilmu perniagaan. Akhirnya beliau berjaya.

2. Sikap positif untuk mengubah nasib diri


Pengalaman hidup susah sedari kecil membantu Mat jenin bersikap positif bagi mengubah nasib dirinya.
Nasihat gurunya, Cikgu Rosli membuka matanya untuk berusaha menjadi seorang ahli perniagaan yang
berjaya.

3. Kepentingan ilmu pengetahuan.


Ketabahan mengharungi dugaan hidup.
Kasih sayang.
Kemiskinan.

Watak dan perwatakan

Mat Jenin
Yatim piatu setelah kematian ibu bapa ketika berusia 5 tahun
Tinggal bersama datuk dan nenek di Kampung Kelapa Condong
Umur 7 tahun, neneknya pula meninggal dunia
Umur 15 tahun, datuknya meninggal dunia
Tiada semangat untuk belajar selepas kematian datuknya
Berasal daripada keluarga pemanjat kelapa terkenal
Sering diejek ketika di sekolah
Selepas SRP berhenti sekolah dan menjadi pemanjat kelapa
Bekerja di restoran milik abang cikgu Rosli
Gigih
Berjaya memiliki restoran sendiri
Berani menanggung sebarang risiko
Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

Cikgu Rosli
Bekas guru Mat Jenin semasa di tingkatan 3
Adik Haji Sapudin
Pendorong kejayaan Mat Jenin
 Baik hati
Akhirnya menjadi pensyarah di maktab perguruan selepaslulus universiti

Haji Sapudin
Abang Cikgu Rosli
Bekas majikan Mat Jenin
Memiliki 2 buah restoran
Membantu Mat Jenin mengenali dan mengendalikan perniagaan
Jujur dalam perniagaan
Gigih berusaha
 Seorang peniaga berjaya

Raja Nor Mustaqimah


Seorang wartawan yang menemuramah Mat Jenin
Wanita yang cantik, tinggi lampai dan berkulit hitam manis
Berkahwin dengan Mat Jenin

Datuk Mat Jenin


Memberi semangat kepada Mat Jenin agar tidak berputus asa
Bertanggungjawab memelihara Mat Jenin sejak Mat Jenin kematian kedua ibu bapanya.

Plot

1. Permulaan
Latar belakang Mat Jenin yang kematian kedua ibu dan bapanya diikuti dengan kematian nenek dan
datuknya
 Setelah menjadi anak yatim, Mat Jenin dijaga oleh datuk dan neneknya
 Datuknya banyak memberi galakan kepadanya untuk terus bersekolah
Selepas menduduki SRP datuknya meninggal dunia

2. Perkembangan
Berhenti sekolah dan bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa
Bertemu Cikgu Rosli dan menggalakkan Mat Jenin berhijrah ke bandar untuk menimba pengalaman
Mat Jenin bekerja di restoran Haji Sapudin (abang Cikgu Rosli) sambil menuntut ilmu perniagaan
daripadanya.
Mat Jenin membuka restoran sendiri.

3. Perumitan
Pada awal pembukaan restorannya, Mat Jenin mengalami kerugiaan.
Mat Jenin berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Raja Nor Mustaqim.

4. Puncak
Mat Jenin berjaya dalam perniagaan
 Berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah

5. Peleraian
Mat Jenin menyambut kelahiran anak sulung
Mat Jenin pergi ke majlis perasmian cawangan restorannya ketiga.
Dirasmikan oleh seorang menteri

Latar

Latar Tempat

Kampung Kelapa Condong.


- Kampung Mat Jenin dibesarkan
Sekolah Kampung Kelapa Condong.
- Mat Jenin belajar hingga ke tingkatan tiga
Pasar Sehari Pekan Kelapa Condong.
 Restoran Selera Terbuka.
- Restoran milik Haji Sapudin
- Tempat Mat Jenin menimba ilmu perniagaan
Rumah Mat Jenin.
Restoran Mat Jenin.

Latar Masa

Berkisar sekitar tempoh 25 tahun


Bermula semasa Mat Jenin masih bersekolah di sekolah rendah.
Berakhir pada suatu hari apabila Mat Jenin bergegas untuk menghadiri majlis perasmian cawangan
restorannya di Bandar K.

Latar Masyarakat

Terdiri daripada masyarakat desa


Keluarga Mat Jenin tergolong dalam kelompok miskin tetapi amat pentingkan pelajaran
Masyarakat yang tabah dan gigih dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Masyarakat yang tahu menggunakan dan menghargai ilmu pengetahuan yang dimilikinya
Masyarakat yang sanggup membantu orang lain demi melihat bangsanya berjaya dalam hidupnya.

Gaya Bahasa

Pengarang menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.


 Terdapat penyelitan bahasa kiasan yang memperkayakan lagi gaya bahasa cerpen ini.

Simile
1. Matanya seperti bintang timur.
2. Macamlah aku ni anak monyet yang baru ditangkap dari hutan
3. bagaikan matahari telah hancur dan tidak muncul lagi

Personafikasi
1. Pertanyaan itu pun mengetuk-ngetuk benakku.
2. matahari terus meninggi dan melemparkan sinar teriknya
3. tikaman sinar matahari
4. pokok-pokok dab rumah di kiri kanan jalan berlari-lari ke belakang
5. deringan loceng menghalau Raja Nor Mustaqimah

Hiperbola
1. Terasa bagai matahari telah hancur dan tidak akan muncul lagi.
2. kata-kata Haji Sapaudin mengetuk-ngetuk gegendang telingaku

Perulangan
1. Tak kenal penat, tak kenal malu.

 Simbolik
1. Kudis.

Sinkof
1. Guruku
2. Tau
3. Nak

 Puisi
Mat Jenin orang pelupa,
Nak kawin puteri raja,
Jatuh dari pokok kelapa,
Kesian dia.

Nilai Murni

Kegigihan.
 Ketabahan.
Kerajinan.
Kejujuran.
 Tolong-menolong.

Pengajaran

Kita hendaklah mengamalkan semangat tolong-menolong dalam keluarga dan masyarakat agar kita
dapat hidup dengan aman dan harmoni.
Kita harus menghargai budi dan pemberian orang lain terhadap kita dengan seikhlas hati.
Kita tidak harus mengeji mereka yang hidup dalam Kemiskinan.
Kita hendaklah menghormati mereka yang lebih tua daripada kita.
Kita harus bertanggungjawab dan jujur dalam mengejar matlamat hidup.

RAHSIA
Shazmee Rizal Agus Salim

Sinopsis

Seorang pencerita membongkar rahsia Amar ketika berdepan dengan kegawatan apabila pesawat yang
mereka naiki menghadapi masalah teknikal.Amar yang bersama dengan anaknya,Zulfakar dalam
penerbangan itu diminta untuk membantu Kapten Rashid mengendalikan pesawat tersebut.Mereka
terpaksa mendaratkan pesawat itu di sebuah lapangan terbeng lama,Lapangan Terbeng Qu kerana
mereka kekurangan minyak.Mereka berjaya melakukan pendaratan tetapi pesawat tersebut meletup
sejurus selepas mendarat.Amar tidak dapat menyelamatkan Zulfakar .Peristiwa ini menyebabkan dia
sering ke tempat penuh kenangan itu pada setiap kali dia merindui Zulfakar.Namun akhirnya Amar sedar
bahawa dia terpaksa menerima hakikat kehilangan anak kesayangannya itu dan merelakan
pemergiannya.

Tema

Kasih sayang dan penorbanan seorang ayah kepada anaknya yang dikasihi.

Persoalan

a) Kekuatan mental dan emosi sewaktu menghadapi dugaan


Amar mengamal emosin dan ketakutanya sewaktu bersama-sama Kepten Rashid mengendali pesawat
yang rosak untuk membuat perbuatan kecemasan.
b) Ilmu pengetahuan dan pengalaman
Amar dan Kaptan Rashid menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada untuk menyelamatkan pesawat
meletup di udara.
c) Tindakan dan sikap manusia
Sikap penumpang yang berlumba-lumba mahu menyelamatkan diri masing-masing dalam suasana
cemas dan kelam-kabut.
d) Hati dan Perasaan
Hati Amar berbelah bagi antara kepentingan diri dan keluarga atau pesawat yang diancam bahaya.Ketika
itu,perasaan penumpang dalam keadaan yang sangat cemas.
e) Kepercayaan kepada hantu atau puaka.
Penduduk setempat amat percaya kepada hantu dan menanggap tapak Landasan Kapal Terbang yang
merakam peristiwa ngeri itu berhantu dan boleh membawa malapetaka kepada mereka.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Amar
a) Penyayang dan bertanggungjawab
i. Amar seorang ayah yang penyayang sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
ii. Dia bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang.
b) Sering menghadapi konflik dan tekanan jiwa
Setelah kemalangan yang menyebabkan anaknya terkorban jiwanya tertekan.
c) Pandai menyembunyikan perasaan cemas
Ketika dia melihat bahagian bawah pesawat terbakar dia menyembunyikan perasaannya daripada
pengetahuan penumpang-penumpang dan anaknya.
d) Juru terbang yang berpengalaman.
Dia dapat mengendalikan pendaratan kecemasan daripada meletup di udara.
e) Kehilangan anak dalam kemalangan pesawat
Dia tidak sempat menyelamatkan anaknya ketika kapal terbang hampir meletup.

Watak Sampingan

Kapten Rashid
a) Rakan sejawat Amar.
b) Ketua juru terbang
c) Tenang menghadapi keadaan cemas
Dia tenang keadaan cemas ketika mengendali pesawat yang sudah mula terbakar
d) Berpengalaman
Dia dapat mengendalikan pesawat yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan ke Bandar
Tzon.
e) Bertanggungjawab dan gigih
Dia berusaha untuk menentukan pesawat dapat mendarat dengan selamat.

Zulfakar
a) Anak Amar dan Siti Zubaidah
b) Patuh kepada orang tua
Dia tidak membantah ketika Amar terpaksa ke ruang juru terbang pesawat dan meninggalkannya di
bawah pengawasan pramugari.
c) tidak sabar
dia tidak sabar untuk berjumpa dengan ibunya.

Plot

 Permulaan
Seorang pembocor rahsia menceritakan rahsia orang yang bernama Amar
Perkembangan
Dalam kisah tersebut,Amar berdiri di sebuah pondok kawalan lapangan terbang lama sambil
mengenang kembali peristiwa pahit dalam hidupnya
Perumitan
Amar terkenang semasa dia dan anaknya,Zulfakar dalam sebuah pesawat yang sedang menghadapi
masalah teknikal.Amar diminta untuk membantu juruterbang pesawat tersebut iaitu kapten Rashid .
Dalam kenangannya,Amar masih ingat kegawatan yang mereka hadapi apabila mereka terpaksa
membuat pendaratan cemas.
Puncak
Amar dan Kepten Rashid berjaya mendarat di Lapangan Terbang Qu tetapi pesawat itu meletup
beberapa ketika selepas pendaratan tersebut.
Peleraian
Pembocor rahsia(kemungkinan Amar sendiri)
memberitahu bahawa lapangan terbang itu tidak berhantu seperti yang didakwa oleh penduduk
tempatan.Lembaga yang mereka sangka hantu itu sebenarnya ialah Amar sendiri yang sering pergi ke
tempat itu kerana merindui anaknya,Zulfakar.

Latar

Latar Tempat
• Lapangan Terbang QU.
• Pondok kawalan Lapangan Terbang QU.
• Di dalam pesawat Boeing 737.
• Ruangan kokpit pesawat.

Latar Masa
• Berlangsung dalam sehari.
• Bermula pada suatu hari apabila pengarang mula bercerita tentang kisah di sebalik Lapangan Terbang
QU.

Latar Masyarakat
• Masyarakat yang menderita kerana kehilangan orang yang tersayangi
• Masyarakat yang terpaksa akur dan tabah ketika berdepan dengan kemasan
• Segelintir masyarakat yang mempercayai sesuatu yang karut

Gaya Bahasa

a) Diksi
i. Bahasa Inggeris
Amar menggerakan control column ke kanan dan melihat heading indi cator 25 darjah (hal 113)
ii. Bahasa Arab
Siapa ana? Nama ana? Tidak perlulah (hal 110)

b) Pengulangan
Panas
Tidak tahulah aqmar, panas oleh kebosanan atau panas oleh kerinduan (hal 110)

c) Pengunaan Ayat
i. Ayat Tanya
``Abi,mengapa Abi diam?Abi demamkah?(hal 110)
ii. Ayat seru
``Err… kita telah terputus hubungan dengan menara Kawalan di Lapangan Terbang Xu.(hal 114)
iii. Ayat pendek
Lonceng pemindahan berdering (hal 119)
iv. Ayat panjang
Amar tidak tahu dalam ruang sekecil itu,yang berhenyak- henyak sesama mereka masih manusia atau
apa!Mereka telah melompat dari kerusi ke kerusi (hal 120)
d) Personafikasi
Cuma pada ruang yang agak tinggi masih kelihatan tiada rumput nan melintuk-lintuk menjamah butir
hujan (hal 110)

e) Simile
i. Ruang penumpang pesawat ini bagaikan tempat simpan mayat (hal 112)
ii. Pedihnya bagai disengat sekawan tembuan (hal 121)

f) Inversi
Dilantai pesawat terdapat lubang tidak tutup rapat (hal 116)

g) Metafora
Air kedukaan itu berbaur dengan manik-manik hujan (hal 112)
Nilai Murni
a) Kerjasama dan tolong-menolong
Amar dan Kaptan Rashid berkerjasama mengendalikan pesawat yang hendak mendarat
b) Kasih Sayang
Amar sangat sayang akan anaknya sehingga dia tidak dapat menerima hakikat kematian anaknya.
c) Bertanggungjawab
Amar dan Kaptan Rashid bertanggungjawab memastikan pesawat mendarat dengan selamat dan
penumpang berada dalam keadaan tenang
d) Ketenangan dan ketabahan
Amar dan Kaptan Rashid bergitu tenang mengendalikan pesawat yang hampir meletup itu
e) Bersyukur kepada tuhan
Amar bersyukur kerana semua penumpang terselamat walaupun anaknya terkorban

Pengajaran

a) Bersikap tenang ketika menghadapi suasana cemas


Kita perlulah tenang apabila menghadapi situasi yang cemas supaya setiap tindakan yang kita lakukan
tidak membahayakan orang lain
b) Menghidari sikap terburu-buru dan mementingkan diri sendiri
Jika diamalkan sikap tersebut akan merugikan diri sendiri kerana masyarakat tidak akan kukuh jika
anggotanya hanya bersikap begini.Cthnya penumpang pesawat yang terburu-buru keluar tanpa
memikirkan orang lain.
c) Bertawakal kpd tuhan
ketika menerima musibah atau dugaan.Cthnya Amar bertawakal kepada tuhan agar mereka selamat
setelah Amar dan Kaptan Rashid berusaha bersungguh-sungguh mengendalikan pesawat itu.
d) Tidak mudah percaya kepada khabar angin atau cerita tentang hantu dan penunggu
Penduduk setempat membuat cerita bahawa ada hantu di padang itu yang mencari anaknya yang hilang.

Anda mungkin juga menyukai