Anda di halaman 1dari 4

1

ANTOLOGI SEJADAH RINDU – CERPEN HIPERTENSI

A. SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan seorang pelajar bernama Aiman Aqil yang sangat meminati bidang
penerokaan sains angkasa lepas. Cerita dimulakan dengan kisah Aiman yang berehat di rumah
banglo keluarganya yang terletak di lereng bukit yang sudah tergondola akibat kerja-kerja
penerokaan dan pembangunan tanah. Kemudian, cerita ini berkisarkan tentang peristiwa masa
lalu yang ditempuhi oleh Aiman sepanjang perjalanan hidupnya. Aiman teringat kembali
peristiwa Cikgu Faridah mengajarnya dan murid-murid sekelasnya yang lain berkaitan dengan
Teori Graviiti yang dicetuskan oleh Isaac Newton dalam sesi pengajaran subjek Sains tersebut,
berlaku perdebatan idea antara Aiman dengan Cikgu Faridah sehingga suasana di dalam kelas itu
menjadi riuh. Cikgu Faridah menggelar Aiman sebagai professor disebabkan kepintarannya dan
dia mempunyai daya berfikir yang tinggi serta matang berbanding dengan rakan-rakannya yang
lain.
Aiman juga teringat akan kisah dirinya sebagai anak sulung dan mempunyai dua orang
adik perempuan, iaitu Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah. Ketika di rumah, Aiman selalu menyindir
adik-adiknya yang kurang bijak menyelesaikan masalah matematik. Ketika menuntut di sekolah
rendah, Aiman teringat akan perbuatannya yang selalu ponteng sekolah akibat berasa bosan dan
jelek dengan silibus sekolah rendah yang dikatakan tidak setanding dengan daya pemikirannya
yang cerdik dan pintar pada waktu itu. Disebabkan Aiman dikurniakan daya berfikir yang tinggi,
dia gemar menyakat kawan-kawannya yang agak lambat menyelesaikan latihan terutamanya
bagi mata pelajaran Matematik. Perbuatannya yang suka menyakat kawan-kawannya dan
merayau di dalam kelas itu menyebabkan Aiman selalu ditegur oleh guru kelas. Guru kelas
Aiman melaporkan perkara itu kepada ibu bapa Aiman. Ibu dan bapa Aiman berasa marah
apabila mengetahui hal tersebut. Bapa Aiman telah merotan Aiman pada bahagian pinggul
sehinggga lebam.
Aiman telah ponteng kelas disebabkan lebam pada pinggulnya yang belum hilang.
Kesempatan itu digunakan oleh Aiman untuk berhalusinasi tentang dunia penerokaan Sains
angkasa lepas. Dalam imaginasinya itu, usianya pada waktu itu telah ditambah sepuluh tahun.
Sebatang pohon nyiur dara di penjuru banglonya diandaikan sebagai tempat berlepas ke
angkasa lepas dengan menggunakan sebuah kapal angkasa Soyuz. Sikap peliknya terhadap dunia
penerokaan Sains angkasa lepas dengan menjadikan pohon kelapa dara sebagai lokasi imaginasi
telah diketahui oleh ibu dan bapanya. Kesudahannya, pinggul Aiman dirotan lagi oleh bapanya.
Ibunya memprotes tindakan bapanya itu di dalam hati saja.
Aiman semakin galak membayangkan dirinya sebagai seorang angkasa yang telah diberi
peluang mengikuti latihan intensif di bawah program Aeroangkasa bersama-sama dengan pihak
Rusia. Aiman membayangkan dirinya sebagai seorang angkasawan yang mendarat di bulan
dengan menaiki kapal angkasa Soyuz dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Aiman berpendapat
bahawa dia perlu membuat kajian saintifik di Stesen Angkasa Antarabangsa itu terlebih dahulu
sebelum meneroka bulan. Seterusnya, daya imaginasi Aiman semakin meluas apabila dia
membayangkan dirinya berada di ruang udara angkasa bulan tanpa udara. dengan berpakaian
lengkap sebagai seorang angkasawan, dia melihat ciri-ciri fizikal dan keadaan bulan yang
sebenar.
Setelah Aiman meningkat remaja, daya imaginasinya terhadap dunia penerokaan sains
angkasa lepas itu masih kuat. Keadaan itu menyebabkan bapanya yang tegas dan kasar itu

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN PERDAGANGAN


MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
2

seringkali menampar Aiman yang masih kuat berangan-angan sehingga menyebabkan dia
menjadi gagap. Bagi mengatasi masalah Aiman yang gagap dalam pertuturan, ibu dan bapa
Aiman telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi. Aiman
terdengar suara ghaib yang mengajaknya agar berpijak di bumi yang nyata, iaitu kepada Ilahi.
Aiman berasa bahawa ibu dan bapanya tidak perlu lagi membawanya untuk mengikuti latihan
intensif dan latihan terapi itu. Akhirnya, Aiman sedar akan kesilapan yang terlalu jauh
berimaginasi lalu memanjatkan doa dan mengharapnya ke hadrat Ilahi.

B. TEMA
bertemakan "keinginan yang tinggi dalam bidang yang diingini sehingga menyebabkan seseorang
berimaginasi". Contohnya; Aiman sangat meminati bidang aeroangkasa sehingga berimaginasi
mendarat ke bulan dengan menaiki kapal Soyuz yang diterbangkan dari Stesen Angkasa
Antarabangsa.

C. PERSOALAN

i. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Cth - ibu bapa Aiman menghantar
Aiman untuk mendapat rawatan intensif dan terapi setelah Aiman gagap pertuturannya.
ii. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah sesuatu perkara. Cth - Aiman mampu
menyelesaikan masalah matematik murid tingkatan 5 walaupun dia baru berada di
sekolah rendah.
iii. Rasional dalam membuat sebarang keputusan. Cth - guru Aiman mengambil tindakan
tegas menegur Aiman yang suka merayau-rayau di dalam kelas serta melaporkan
perbuatan Aiman kepada ibu bapanya.
iv. Sikap tanggungjawab guru kepada anak muridnya. Cth - cikgu faridah mengajar
matematik kepada Aiman dan murid-muridnya yang lain dengan bersungguh-sungguh.
v. Impian dan angan-angan yang tidak kesampaian. Cth - Impian Aiman untuk menjadi
seorang angkasawan tidak kesampaian kerana apa yang berlaku pada dirinya hanyalah
imaginasinya sahaja.
vi. Perasaan dendam akibat kesalahan masa lampau. Cth - Aiman menyimpan rasa dendam
kepada bapanya yang telah menampar serta merotannya kerana sikapnya yang suka
mengganggu murid lain serta suka berimaginasi.

D. WATAK & PERWATAKAN

a. Aiman Aqil:
 berwajah cengkung dan jari-jemarinya yang kurus runcing.
 anak sulung daripada 3 beradik.
 gagap semasa bercakap. Cth - mulutnya akan menganga lebar sebelum kata-kata dapat
dikeluarkan dari mulutnya.
 seorang yang pintar. Cth - boleh menyelesaikan masalah matematik murid sekolah
menengah walaupun masih berada di sekolah rendah.
 suka menyakat orang lain. Cth - di sekolah Aiman suka menyakat rakannya yang lambat
menyelesaikan masalah matematik.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN PERDAGANGAN


MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
3

 bercita-cita tinggi. Cth - bercita-cita untuk menjadi angkasawan terkenal seperti Neil
Armstrong.
 suka memberontak. Cth - Aiman akan ponteng sekolah apabila dirotan oleh ayahnya
setelah diadukan sikapnya yang suka merayau di dalam kelas.
 pendendam. Cth - menyimpan dendan terhadap bapanya yang sering merotan dan
menamparnya.
 insap dengan kesilapannya. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu suka
berimaginasi dan akhirnya berserah kepada Tuhan.

b. Bapa Aiman
 seorang jurutera makenikal.
 seorang yang bertanggungjawab. Cth - menghantar Aiman yang gagap untuk
mendapatkan rawatan intensif dan terapi.
 bengis dan garang. Cth - pernah merotan dan menampar Aiman kerana kedegilan
anaknya.
 seorang yang penyayang. Cth - berusaha memulihkan pertuturan Aiman yang gagap
dengan menghantar untuk mendapat rawatan intensif dan terapi.

c. Ibu Aiman:
 bertugas sebagai saintis bidang geologi.
 penyayang. Cth - berasa kasihan melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
 taat/ patuh kepada suami. Cth - Ibu Aiman tidak membantah apabila suaminya merotan
Aiman. Dia hanya menentang di dalam hati sahaja.
 penyabar - sabar dengan sikap suaminya mendidik Aiman dengan garang.

d. Cikgu Faridah
 Cikgu Faridah ialah guru Sains di sekolah Aiman.
 Dia seorang yang dedikasi.
 Contohnya, dia menerangkan ilmu Teori Graviti secara bersungguh-sungguh kepada
Aiman dan kawan-kawannya.
 Dia seorang yang cepat marah.
 Contohnya, wajahnya segera berubah apabila Aiman mempertikaikan teori gravity yang
diajarinya dengan kuasa Tuhan.
 Cikgu Faridah seorang yang bijak melihat potensi murid.
 Contohnya, dia menggelar Aiman sebagai professor kerana kepintaran dan kecerdikan
muridnya itu.

© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN PERDAGANGAN


MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU
4

E. GAYA BAHASA

i. Penggunaan diksi - sesuai dengan cerita. Cth - orbit, aeroangkasa, planet.


ii. penggunaan bahasa Inggeris - IQ, genius.
iii. iii.Pengulangan/ repetasi - Cth - "Tidak ada udara. Tidak ada air.
iv. Personafikasi. Cth - "Tamparan selalu singgah di pipiku"
v. Simile. Cth - "Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya"
vi. Metafora. Cth - dedaun kemaafan/ tasik hati.
vii. Sinkope. Cth - "Betapa tak bangganya?"

F. NILAI
i. Kasih sayang. Cth - Ibu aiman amat menyayangi anak-anaknya dan sedih apabila Aiman
dirotan oleh bapanya.
ii. Kebijaksanaan. Cth - Aiman dapat menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5
walaupun baru bersekolah rendah.
iii. Belas kasihan/ simpati. Cth - Ibu Aiman berasa kasihan setiap kali melihat Aiman dirotan
oleh bapanya.
iv. Dedikasi. Cth - Cikgu Faridah menerangkan Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh
kepada Aiman dan rakannya di dalam kelas.
v. Tanggungjawab. Cth - Bapa Aiman bertanggungjawab mendapatkan rawatan intensif
dan latihan terapi kepada Aiman yang telah gagap pertuturannya.
vi. Kesabaran. Cth - Ibu Aiman tetap sabar dengan sikap suaminya yang terlalu garang
ketika mendidik anak-anaknya.
vii. Keinsafan. Cth - Aiman insaf akan kesilapannya yang terlalu jauh berimajinasi lalu berdoa
kepada Allah serta kembali dalam kehidupan sebenar.
viii. Kebersihan fizikal dan mental. Cth - Aiman mengamalkan makanan seimbang dan
menjalani gaya hidup sihat.
ix. Rasional. Cth - Guru Aiman berfikiran rasional dengan menasihati Aiman yang suka
merayau supaya kembali ke tempat duduknya dan tidak mengganggu rakannya yang
lain.
G. PENGAJARAN

i. Kita mestilah menyayangi keluarga kita. Cth - Ibu Aiman menyayangi anak-anaknya dan
sedih apabila melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
ii. Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Cth - Aiman dapat
menyelesaikan masalah matematik tingkatan 5 walaupun baru berada di sekolah
rendah.
iii. Kita mestilah dedikasi dan amanah. Cth - Cikgu Faridah mengajar Teori Graviti dengan
bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya.
iv. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kesihatan keluarga kita. Cth - Bapa Aiman
mendapatkan rawatan intensir dan terapi kepada Aiman yang gagap pertuturannya.]
v. Kita mesti bersabar apabila berdepan dengan masalah. Cth - Ibu Aiman bersabar apabila
melihat Aiman dirotan oleh bapanya.
vi. Kita mestilah rasional apabila melakukan tindakan. Cth - Guru aiman menasihati Aiman
supaya duduk di kerusinya dan tidak merayau serta mengganggu rakan lain.
© HAK CIPTA TERPELEIHARA – TIDAK DIBENARKAN UNTUK TUJUAN PERDAGANGAN
MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
NOTA KOMSAS TINGKATAN 5 – ANTOLOGI SEJADAH RINDU

Anda mungkin juga menyukai