Anda di halaman 1dari 63

Pelbagai etnisiti, pelbagai budaya, satu bangsa: Pengalaman Malaysia

Abstrak

Di AMBANG merdeka ke-48 ini amat sesuai kiranya kita berfikir sejenak tentang proses pembudayaan dan hubungannya dengan jati diri. Pembudayaan dan jati diri adalah dua istilah yang sering dilaung-laungkan, tetapi erti dan kesannya kepada kehidupan mungkin belum sejauhmana dapat dihalusi atau difahami ke arah bersedia mendaulatkan negara bangsa.

Budaya biasanya dimengertikan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan murni. Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jati diri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan.

Dalam konteks inilah, misalnya, kesungguhan kaum Tionghua berniaga melahirkan generasi orang Cina yang cekal dan berjaya dalam dunia dagangan. Kebolehan berniaga pada kaum Cina adalah salah satu sifat jati diri mereka. Dalam pengertian ini juga kita melihat budaya memperoleh ilmu dari Barat begitu diutamakan sehingga kita rela mempromosikan pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran atau bahasa ilmu.

Kini Amerika Syarikat dan Eropah mampu mengeskport dan mendagangkan ilmu yang mereka peroleh mengikut percaturan dan formula mereka. Institusi pengajian tinggi mereka menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari negara ketiga. Dengan ilmu yang kita peroleh

pula, kita menjana masyarakat kita. Malangnya, salah satu daripada eksport mereka, iaitu jati diri melalui amalan integriti agak perlahan muncul dan merebak ke dunia sebelah sini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa institusi pengajian Barat bukan hanya mengeksport ilmu pengetahuan moden tetapi juga cara hidup mereka yang dijalin melalui muzik, filem, penerbitan dan media lain.

Justeru Amerika dan Eropah akan sentiasa mengeksport dua komoditi utama - ilmu pengetahuan dan budaya mereka. Dan yang ketiga ialah pemikiran mereka. Menerusi cabang-cabang inilah kita di dunia sebelah sini harus berhati-hati dan bijaksana dalam proses memilih yang mana wajar ditelan dan yang mana harus diluahkan agar jati diri kita tetap utuh. Ini mudah diperkatakan tetapi amat sukar diamalkan.

Bagaimanakah kita harus membudayakan kembali informasi dan ilmu yang kita peroleh dari punca-punca luaran itu? Proses ubah suai dalam pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan itu amat menjadi pokok kepada tamadun kita di zaman mendatang. Sesungguhnya pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan harus dicanai dengan efisien dan berkesan. Jika tidak, jati diri negara bangsa akan berkecai. Mereka ada American Idol, kita pun lekas-Iekas membuat acuan menirunya. Apa yang mereka luahkan melalui Fear Factor, kita pun nanti menelannya bulat-bulat, sekalipun membaham ulat, jengking dan kala bukan budaya kita.

Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya hidup adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik dan berguna kepada individu atau masyarakat. Di atas tarikan dan kebergunaan inilah kita membuat penilaian dan akhirnya meniru hak orang, lalu melakukan apa yang orang luaran itu amalkan.

Kemanusiaan sejagat sebenarnya tidak salah dalam mengejar ilmu tetapi bagaimana ilmu atau informasi itu harus dicanai semula supaya mewujudkan jati diri negara bangsa, ia adalah sesuatu yang tidak semua berjaya melaksanakannya. Jika proses 'meniru' ini beroperasi secara mendadak dan melibatkan sebahagian besar lapisan masyarakat, terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau akultrasi budaya.

Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar. Naluri rasa, bau dan sentuh juga penting tetapi ia agak mengekori amalan manusia yang tampak dan didengar. Dalam konteks ini, alam hiburan - filem dan muzik, misalnya, menjadi punca pengaruh yang paling hadapan. Soalan turutannya tentulah bagaimanakah harus kita mencanai semula sajian luaran ini supaya sesuai dengan acuan jati diri bangsa Malaysia?

Jika proses 'canai semula' ini diketepikan, sebagaimana memang besar juga bilangannya dalam masyarakat kita yang tidak mahu mendukungnya, kita akan kerugian besar. Kita akan terus ada negara bangsa tetapi dikhuatiri ia diisi persepsi dan amalan yang tidak berjati diri. Ini bererti, masyarakat yang mendagangkan ilmu, amalan dan produk sosial mereka itu akhirnya akan menembusi daya fikir dan daya penerimaan masyarakat yang meniru mereka bulat-bulat.

Apabila proses akultrasi budaya ini yang boleh dianggap sebagai penjajahan minda sudah menyeluruh dan meliputi pelbagai lapisan kehidupan masyarakat penerima, maka apa yang dipekikkan sebagai jati diri tidak akan bererti banyak lagi. Pada masa itu kita sebenarnya sudah 'dijajah' sekali lagi, cuma kali ini tidak melalui peluru dan senjata. Ketangkasan kita bertindak dengan bijak dalam soal mempertahankan sosiobudaya ini amat dirasai pada saat ini.

(Petikan daripada ucapan Datuk. Sri. Dr Rais Yatim sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 48.)

Pengenalan Kebudayaan

Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.

Memahami Kebudayaan Secara Umum

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan. "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat." (Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999)

Bidang Kebudayaan (Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman)

Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah).

Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya.

Fikiran / idea Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan.

Kesenian dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )

Bidang Kebudayaan

Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alatalat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubatubatan dan perabot.

Nilai dan NormaSeperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, folkways & mores, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilainilai keagamaan dan bersopan santun.

Pengenalan

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat.

Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini.

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket diRaja yang antik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih penting sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya kreatif penciptanya.

Pakaian Kaum Melayu

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

Busana Pulau Pinang

Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Kaum Melayu terkenal dengan Baju Kebaya Labuh dan Baju Kurung dan kaum lelaki memilih Baju Melayu Cekak Musang. Kaum India pula dengan jaket dan baju dalam yang dipadankan dengan kain pelikat dan topi dan kaum wanitanya memilih Baju Kebaya Labuh atau Baju Kebaya Pendek Bersulam. Kaum Cina pula dengan Samfoo dan Cheongsam manakala golongan Baba lebih senang memakai Samfoo yang dipadan dengan seluar dan

Nyonya Pulau Pinang lebih menggemari Baju Kebaya Pendek berkain batik ataupun berkebaya Labuh Nyonya.

Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya

Lelaki m emakai pakaian cara barat yang dipadankan dengan kain samping dan tarbus, pakaian yang digemari oleh Melayu Peranakan. Wanitanya memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batik dan selendang, pakaian yang digemari oleh kaum Nyonya dan Chettiar

Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang berantai

Baju Kebaya Labuh dari kain satin disulam tebuk motif bunga cempaka dipadankan dengan kain batik sarung

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang dan samping songket jalur berdiri. Wanita berbaju Kebaya Sulam dan kain batik.

Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman

motif bunga-bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja tangan ini

Kebaya Sulam motif bunga kekwa dipadankan dengan kain batik blok motif bunga kekwa juga. Kebaya jarang yang dulunya dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik di sebelah dalam

Pakaian Nyonya muda dari Pulau Pinang, Baju Kebaya Sulam dan kain batik sarung motif pohon bunga matahari dan kakinya bunga menjalar

Baju Kebaya Sulaman motif bunga yang dipakai bersama anak baju. Kain sarung motif fantasi bunga-bungaan

Baju Melayu Cekak Musang yang dipadankan dengan samping songket dan songkok

Pakaian lelaki Melayu Peranakan dari Pulau Pinang, Baju Kot yang dipadankan dengan seluar pantaloon, kain sarung pelikat serta tarbus Arab atau songkok

Lelaki Cina memakai pakaian bangsawan Cina. Bajunya besar dipadankan dengan seluar yang dibuat dari kain satin hitam atau putih

Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabur

Wanita Chettiar atau wanita Nyonya menggayakan Baju Kebaya Labuh kasa jarang beserta anak baju putih kolar tinggi dan kain batik. Sapu tangan adalah pelengkap pakaian yang lazimnya disangkut di atas bahu. Kerongsangnya dikenali sebagai kerongsang berantai dan memakai tiga batang cucuk sanggul bunga

Tradisi Asia Yang Menawan Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket diRaja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas. Melayu Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang. Cina Pakaian cheongsam atau baju panjang yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. India Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakanakan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah. Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Baba Nyonya Pendatang Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu selalunya memakai pakaian kebaya yang anggun. Baju buatan tangan ini memerlukan kepakaran bagi menyulam corakcorak yang kelihatan seakan-akan renda yang halus. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk. Ini menghasilkan hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik. Portugis-Eurasian Pakaian penduduk Portugis-Eurasia Melaka keturunan bangsa Portugis yang menetap disini mencerminkan warisan mereka. Kaum lelaki memakai jaket serta seluar panjang yang berwarna hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt lebar yang berlapis-lapis. Sarawak Negeri terbesar di Malaysia yang mempunyai pelbagai suku kaum ini mempunyai barisan pakaian tradisional yang tidak terkira jumlahnya. Pakaian yang lazim dilihat pada Orang Ulu menggunakan pelbagai corak dan motif, dan menggunakan kain tenunan tangan, kain kulit pokok, bulu ayam dan manik. Sarawak terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak, pelbagai perhiasan tradisional, serta tengkolok bulu burung. Sabah Seperti Sarawak, Sabah juga mempunyai jenis-jenis suku kaum yang pelbagai. Setiap suku kaum mempunyai pakaian serta perhiasan unik masing-masing. Bagaimanapun, suku kaum berbeza yang tinggal di kawasan yang berdekatan lazimnya memakai pakaian tradisional yang serupa. Antara perhiasan yang paling menarik termasuklah topi anyaman wanita Kadazan-Dusun, dastar kaum Bajau, dan tengkolok suku kaum Lotud yang menandakan jumlah isteri lelaki yang memakainya. Orang Asli Masyarakat Orang Asli yang lazimnya tinggal di kawasan hutan di Malaysia, memakai pakaian yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti kulit pokok terap dan skirt rumput. Perhiasan yang dipakai oleh mereka termasuklah lilit kepala yang diperbuat daripada daun yang dianyam dengan pelbagai corak.

Pengenalan Kebudayaan

Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup. MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini lebih luas. Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material. Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan. "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat." (Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia - Disember 1999) BIDANG KEBUDAYAAN (Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman) Bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui : 1 Fikiran / idea Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita-cerita lisan. 2 Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubat-ubatan dan perabot. 3 KesenianDilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman ) 4

Nilai dan NormaSeperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, folk-ways & mores, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun. Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau non-fizikal (rohaniah). Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya.

Pakaian Busana Kaum India Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Busana Sabah Gelaran Negeri di Bawah" Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang. Busana Kedah Kedah juga dikenali dengan nama "Kadaram" dan "Kataha". Pengasas kerajaan Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa yang juga memerintah Patani, Perak dan Siam. Busana Perlis Perlis sebuah negeri yang kecik dari segi keluasan tetapi kaya dari segi adat dan budaya. Busana tradisional seperti Kebaya Labuh dipadan dengan kain songket diikat kuncup dengan kepala kain diletak di depan dipadankan juga kain sutera mahupun batik. Tambah anggun dengan dokoh bertingkat dan cucuk sanggul. Busana Perak Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak. Busana Selangor Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis. Busana Wilayah Persekutuan Sesuai dengan status dan terdiri dari bandaraya Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,

Wilayah Persekutuan menyaksikan kepelbagaian pakaian masyarakat Malaysia. Meskipun dimeriahi dengan masyarakat majmuk yang dikelilingi arus pembangunan pesat dan menjadi kebanggaan Malaysia, namun pakaian tradisional masih kekal segar diwarisi masyarakatnya sehingga ke hari ini. Busana Melaka Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian. Busana Johor Kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan menyaksikan percikan pengaruh luar seperti dari Bugis, Minangkabau, Aceh dan Jawa bergabung menjadi teras budaya berpakaian Kerajaan Melayu Johor-Riau. Reka bentuk Baju Melayu Teluk Belanga dan cara memakai samping dagang luar dan dagang dalam menonjolkan ciri-ciri khas gaya berbusana Melayu Johor. Busana Pahang Riau dan pahang dua buah negeri yang berjauhan namun Bajau Riau Pahang menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri tersebut. Perhubungan politik dan sosio budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian Baju Riau Pahang yang dikenali juga sebagai Baju belah atau Baju Kebaya Turki. Potongan baju ini begitu unik dan istimewa. Berbeza dengan pesak Baju Kurung, kedua-dua bahagian tepi baju berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang. Busana Kelantan Legenda Cik Siti Wan Kembang, seorang Raja Perempuan yang memerintah negeri Kelantan di dalam kurun ke-17 menyaksikan keindahan pakaian yang tetap anggun dan manis dipakai oleh kaum wanita Kelantan. Menggunakan tiga helai kain, sehelai kain sarung songket dipakai di pinggang, sehelai kain sutera panjang dibelit di dada sebagai kemban, sehelai selendang songket panjang dilampaikan di bahu dan diperindah pula dengan perhiasan gerek seperti cucuk sanggul, dokoh, pending, tali pinggang dan gelang tangan. Busana Sarawak Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya. Busana Negeri Sembilan Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 di zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal segar dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Busana Pulau Pinang Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Busana Terengganu Terengganu sebuah negeri di Panatai Timur, terkenal dengan pembuatan songket selain dari kaya dengan hasil laut juga perusahaan logam seperti tembaga dan perak. Di sinilah berhimpunnya seniman-seniman Melayu dahulu yang mencurahkan kreativiti dan kemahiran dalam menghasilkan kraftangan orang Melayu yang amat membanggakan. Busana Kaum Cina Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana Kaum India Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs. Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permata. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli. Lelaki Punjabi

menggayakan dhoti atau kurta dan wanitanya mengenakan salwar-khameez-dupatta iaitu seluar dengan baju labuh yang diperindah dengan sulaman benang emas dan labuci.

Lelaki memakai pakaian penari Bhangra Punjabi dan wanita memakai pakaian gadis kampung Punjabi.

Pakaian lelaki golongan biasa dari Gujerat, seluarnya dari kain satin dan baju dari sutera. Wanita golongan bangsawan Monghul memakai choli dan skirt bersulam benang emas dan

labuci.

Sari, busana tradisional India yang paling disukai.

Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

Lelaki memakai Kurta Pyjama, pakaian yang terkenal di India, manakala wanita memakai sari sutera bersempadan benang perak.

Lehenge atau Ihenga, baju pendek dari baldu ditekat benang emas atau perak berhias permata. Dipadankan dengan skirt labuh satin.

Lehenge gandingan blaus sontok dan gaun kembang serta selendang panjang.

Satu lagi himpunan Lehenge yang menggandingkan blaus lengan panjang dan gaun kembang biru sedondon dipadankan dengan selendang panjang.

Pakaian lelaki bebanyakan dari Gujerat.

Pakaian lelaki Bangsawan dari utara India dari fabrik broked, berbengkung dan memakai 'turban'.

Pasangan dari utara India, lelaki memakai Kurta Pyjama dan turban mundas. Wanita memakai salwar-kameez bertekat benang emas dan taburan labuci.

Busana Kaum Cina Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai.

Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.

Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam.

Wanita memakai Samfoo merah dan seluar fabrik satin Cina.

Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.

Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.

Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.

Wanita memakai Samfoo dan seluar yang dibuat dari kain broked benang sutera. Pakaian yang digemari wanita separuh umur.

Pakaian lelaki Bangsawan, Baju Makua daripada broked Cina.

Sepasang pengantin menggayakan busana tradisional pengantin yang tampak mewah menggunakan fabrik broked Cina dan sutera serta lengkap perhiasan kepala.

Pakaian seni persembahan. Lelaki memakai Samfoo dan seluar longgar dari kain satin manakala wanita memakai Baju Shanghai dan skirt kembang juga dari kain satin.

Busana Pulau Pinang Pulau Pinang negeri yang kaya dengan warisan sejarah ini mempamerkan percikan pengaruh budaya yang diterima. Sejarah juga menyaksikan orang-orang asing seperti dari China dan India sebagai pedagang dan mencari kehidupan. Sehingga ke hari ini suasana budaya dan adat tradisi masyarakat Pulau Pinang dimiliki oleh tiga kaum terbesar di Pulau Mutiara itu iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu terkenal dengan Baju Kebaya Labuh dan Baju Kurung dan kaum lelaki memilih Baju Melayu Cekak Musang. Kaum India pula dengan jaket dan baju dalam yang dipadankan dengan kain pelikat dan topi dan kaum wanitanya memilih Baju Kebaya Labuh atau Baju Kebaya Pendek Bersulam. Kaum Cina pula dengan Samfoo dan Cheongsam manakala golongan Baba lebih senang memakai Samfoo yang dipadan dengan seluar dan Nyonya Pulau Pinang lebih menggemari Baju Kebaya Pendek berkain batik ataupun berkebaya Labuh Nyonya.

Lelaki memakai pakaian Kaum Melayu Peranakan dan wanita memakai Baju Panjang dan Baju Kecik pakaian tradisional kaum Nyonya

Lelaki memakai pakaian cara barat yang dipadankan dengan kain samping dan tarbus, pakaian yang digemari oleh Melayu Peranakan. Wanitanya memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batik dan selendang, pakaian yang digemari oleh kaum Nyonya dan Chettiar

Baju Kebaya Sulam dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung. Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga cempaka sulaman tebuk terus dan dipakai dengan kerongsang berantai

Baju Kebaya Labuh dari kain satin disulam tebuk motif bunga cempaka dipadankan dengan kain batik sarung

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang dan samping songket jalur berdiri. Wanita berbaju Kebaya Sulam dan kain batik

Baju Kebaya Sulam tebuk terus yang dipadankan dengan kain dan selendang batik. Sulaman motif bunga-bunga yang indah melambangkan kemahiran wanita Nyonya dalam kerja tangan ini

Kebaya Sulam motif bunga kekwa dipadankan dengan kain batik blok motif bunga kekwa juga. Kebaya jarang yang dulunya dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik di sebelah dalam

Pakaian Nyonya muda dari Pulau Pinang, Baju Kebaya Sulam dan kain batik sarung motif pohon bunga matahari dan kakinya bunga menjalar

Baju Kebaya Sulaman motif bunga yang dipakai bersama anak baju. Kain sarung motif fantasi bunga-bungaan

Baju Melayu Cekak Musang yang dipadankan dengan samping songket dan songkok

Pakaian lelaki Melayu Peranakan dari Pulau Pinang, Baju Kot yang dipadankan dengan seluar pantaloon, kain sarung pelikat serta tarbus Arab atau songkok

Lelaki Cina memakai pakaian bangsawan Cina. Bajunya besar dipadankan dengan seluar yang dibuat dari kain satin hitam atau putih

Baju Panjang Nyonya dari kain kasa dipakai dengan anak baju atau Baju Kecik. Baju ini dipakai dengan kain tenun Terengganu corak Pahang atau corak tapak catur bunga tabur

Wanita Chettiar atau wanita Nyonya menggayakan Baju Kebaya Labuh kasa jarang beserta anak baju putih kolar tinggi dan kain batik. Sapu tangan adalah pelengkap pakaian yang lazimnya disangkut di atas bahu. Kerongsangnya dikenali sebagai kerongsang berantai dan memakai tiga batang cucuk sanggul bunga

Di AMBANG merdeka ke-48 ini amat sesuai kiranya kita berfikir sejenak tentang proses pembudayaan dan hubungannya dengan jati diri. Pembudayaan dan jati diri adalah dua istilah yang sering dilaung-laungkan, tetapi erti dan kesannya kepada kehidupan mungkin belum sejauhmana dapat dihalusi atau difahami ke arah bersedia mendaulatkan negara bangsa. Budaya biasanya dimengertikan sebagai cara hidup yang diterima oleh sesuatu masyarakat yang di dalamnya terkandung intipati pemikiran dan amalan baik dan murni. Jati diri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jati diri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Dalam konteks inilah, misalnya, kesungguhan kaum Tionghua berniaga melahirkan generasi orang Cina yang cekal dan berjaya dalam dunia dagangan. Kebolehan berniaga pada kaum Cina adalah salah satu sifat jati diri mereka. Dalam pengertian ini juga kita melihat budaya memperoleh ilmu dari Barat begitu diutamakan sehingga kita rela mempromosikan pelbagai kaedah dan pendekatan termasuk mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran atau bahasa ilmu. Kini Amerika Syarikat dan Eropah mampu mengeskport dan mendagangkan ilmu yang mereka peroleh mengikut percaturan dan formula mereka. Institusi pengajian tinggi mereka menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari negara ketiga. Dengan ilmu yang kita peroleh pula, kita menjana masyarakat kita. Malangnya, salah satu daripada eksport mereka, iaitu jati diri melalui amalan integriti agak perlahan muncul dan merebak ke dunia sebelah sini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa institusi pengajian Barat bukan hanya mengeksport ilmu pengetahuan moden tetapi juga cara hidup mereka yang dijalin melalui muzik, filem, penerbitan dan media lain.

Justeru Amerika dan Eropah akan sentiasa mengeksport dua komoditi utama - ilmu pengetahuan dan budaya mereka. Dan yang ketiga ialah pemikiran mereka. Menerusi cabang-cabang inilah kita di dunia sebelah sini harus berhati-hati dan bijaksana dalam proses memilih yang mana wajar ditelan dan yang mana harus diluahkan agar jati diri kita tetap utuh. Ini mudah diperkatakan tetapi amat sukar diamalkan. Bagaimanakah kita harus membudayakan kembali informasi dan ilmu yang kita peroleh dari punca-punca luaran itu? Proses ubah suai dalam pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan itu amat menjadi pokok kepada tamadun kita di zaman mendatang. Sesungguhnya pembudayaan informasi dan ilmu pengetahuan harus dicanai dengan efisien dan berkesan. Jika tidak, jati diri negara bangsa akan berkecai. Mereka ada American Idol, kita pun lekas-Iekas membuat acuan menirunya. Apa yang mereka luahkan melalui Fear Factor, kita pun nanti menelannya bulat-bulat, sekalipun membaham ulat, jengking dan kala bukan budaya kita. Biasanya pembudayaan atau proses menjadikan sesuatu itu sebagai cara dan gaya hidup adalalah berpunca daripada situasi di mana barangan atau benda dari luar itu menarik dan berguna kepada individu atau masyarakat. Di atas tarikan dan kebergunaan inilah kita membuat penilaian dan akhirnya meniru hak orang, lalu melakukan apa yang orang luaran itu amalkan. Kemanusiaan sejagat sebenarnya tidak salah dalam mengejar ilmu tetapi bagaimana ilmu atau informasi itu harus dicanai semula supaya mewujudkan jati diri negara bangsa, ia adalah sesuatu yang tidak semua berjaya melaksanakannya. Jika proses 'meniru' ini beroperasi secara mendadak dan melibatkan sebahagian besar lapisan masyarakat, terutama lapisan muda, maka ia layak dipanggil cultural accultration atau akultrasi budaya. Perubahan budaya yang paling mudah berlaku ialah melalui naluri pandang-dengar. Naluri rasa, bau dan sentuh juga penting tetapi ia agak mengekori amalan manusia yang tampak dan didengar. Dalam konteks ini, alam hiburan - filem dan muzik, misalnya, menjadi punca pengaruh yang paling hadapan. Soalan turutannya tentulah bagaimanakah harus kita mencanai semula sajian luaran ini supaya sesuai dengan acuan jati diri bangsa Malaysia? Jika proses 'canai semula' ini diketepikan, sebagaimana memang besar juga bilangannya dalam masyarakat kita yang tidak mahu mendukungnya, kita akan kerugian besar. Kita akan terus ada negara bangsa tetapi dikhuatiri ia diisi persepsi dan amalan yang tidak berjati diri. Ini bererti, masyarakat yang mendagangkan ilmu, amalan dan produk sosial mereka itu akhirnya akan menembusi daya fikir dan daya penerimaan masyarakat yang meniru mereka bulat-bulat.

Apabila proses akultrasi budaya ini yang boleh dianggap sebagai penjajahan minda sudah menyeluruh dan meliputi pelbagai lapisan kehidupan masyarakat penerima, maka apa yang dipekikkan sebagai jati diri tidak akan bererti banyak lagi. Pada masa itu kita sebenarnya sudah 'dijajah' sekali lagi, cuma kali ini tidak melalui peluru dan senjata. Ketangkasan kita bertindak dengan bijak dalam soal mempertahankan sosiobudaya ini amat dirasai pada saat ini. Kebebasan membiarkan Internet berleluasa dengan hidangan pornografi dan hidangan bebas yang lain mesti dihentikan. Amat aneh dan merugikan jika piagam Internet kita secara membuta tuli membiarkan piagam 'bebas' ini sedangkan Perlembagaan Malaysia sendiri mengharuskan beberapa sekatan undang-undang dilakukan jika 'ketenteraman awam atau moraliti' negara terjejas. Begitu juga sajian program-program memperbodoh dan melalaikan masyarakat perlu melalui tapisan. Adegan-adegan ganas, unsur-unsur seksual, pemujaan terhadap kehidupan rambang, dan mendewa-dewakan cara hidup seksual yang bersifat kasar kesemuanya tidak akan menggenapkan jati diri warga. Tuan punya stesen-stesen radio dan televisyen perlu faham- tentang kepentingan pembudayaan bangsa Malaysia dan usaha-usaha jati diri. Begitu juga keghairahan terhadap mencacamarbakan bahasa sendiri, ia wajar diimbangi kesedaran bahasa jiwa bangsa. Syukurlah, Jawatankuasa Kabinet mengenai program-program media elektronik telah mengambil perhatian berat tentang langkah-langkah yang sedang diambil, khususnya oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Kementerian Penerangan serta kementerian yang bertanggungjawab mengenai komunikasi. Amat baik kiranya pihak berkuasa stesen-stesen televisyen dan radio swasta melakukan muhasabah diri sebelum terlewat. Yang hilang mesti dicari dan didapatkan. Yang hanyut mesti dipintas. Mari kita isi tuntutan merdeka ke-48.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara. Rasional Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsurunsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup,

lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. (ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya. (iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Objektif Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: (i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; (ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan (iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; (iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan (v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan. Penutup Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Busana Melaka Jika setiap kaum mempunyai identiti pakaian yang tersendiri, maka negeri Melaka tempat terhimpunnya budaya pelbagai kaum. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan kosmopolitan di abad ke-15 menerima bukan sahaja barangan emas, tetapi bahan tekstil seperti sutera dan broked juga mendapat perhatian. Busana tradisional masyarakat Melaka amat unik dan menarik kerana pengaruh dari Portugis, China, India juga dari Kepulauan Melayu. Pakaian Baba dan Nyonya menyerlahkan pertembungan budaya Melayu dan China bermula semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan lagenda Puteri Hang Li Po.

Lelaki memakai Baju Kurung potongan moden dengan samping dan ikat kepala. Wanita pula memakai Baju Kurung Teluk Belanga sutera yang dipadankan dengan kain sarung tapak catur

Lelaki memakai Baju Sikap sebagai pakaian pembesar dilengkapi samping dan tengkolok broked. Wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci. Kepala memakai sanggul lintang

Wanita Chettiar menggayakan Baju Kebaya sulam kasa dan kain batik wiron serta berselendang

Lelaki menggayakan Baju Melayu Cekak Musang sedondon yang dilengkapi dengan Baju Sikap baldu serta samping ikatan tindih bertemu

Baju Kurung Teluk Belanga broked yang dipadankan dengan kain sarung satin. Dada dihiasi sibar layang dari baldu bertekad manik dan labuci. Kepala memakai sanggul lintang

Baju Kebaya Labuh Kuning polos berkerongsang tiga dipadankan dengan kain batik dan selendang renda putih bersulam benang emas

Baju Kebaya Labuh biru dipadankan dengan selendang panjang renda hitam keemasan

Baju Kebaya Panjang dari kain les dan Baju Kecik juga dipadankan dengan kain batik lazimnya dari Perkalongan

Baju Panjang Nyonya dari kain les dan memakai Baju Kecik kolar tinggi. Baju panjang dipadankan dengan kain batik gerus dan sapu tangan batik Jawa

Baju Melayu Teluk Belanga yang sudah dipermodenkan, digandingkan dengan samping corak geometrik dan bengkung

Lelaki Chettiar memakai jaket putih polos berkain pelikat dan berselempang serta bersongkok Jawa yang diubahsuai

Pengantin lelaki memakai Jubah Labuh dari kain broked, sibai bertekat dan hiasan kepala tarbus berhias tajuk mahkota. Pengantin perempuan berbaju kurung broked dan kain songket, siba layang dari baldu bertekad benang emas, manik dan labuci. Hiasan kepala

Baju Panjang Nyonya dipakai dengan Baju Kecik dan kain batik sarung

Baju Kebaya Labuh potongan moden dipadankan dengan kain berbelah depan

Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping ikat pancung, bengkung dan tengkolok ikatan kreatif

Anda mungkin juga menyukai