Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN Lagu-lagu tradisioal Pahang ini dikenali juga dengan nama lagu-lagu rakyat enam yang tidak dapat

dikesan tentang tarikh kewujudannya. Namun apa yang nyata ialah lagu ini telah diketahui sejak dahulu lagi dan ianya diwarisi turun temurun secara lisan dari satu generasi ke generasi yang lain. Namun bagaimanapun sejak akhir-akhir ini lagu-lagu ini telah hampir hilang kerana ramai dari orang-orang tua sudah meninggal dunia. Sepanjang satu penyelidikan yang dijalankan selama kira-kira enam tahun iaitu dari tahun 1976 hingga 1982 lagu-lagu ini masih boleh dikesan. Kampung-kampung tradisional di sepanjang Sungai Pahang banyak menyimpan rahsia mengenai lagu-lagu ini. Orang-orang tua yang dikunjungi, jika kena dengan pendekatannya akan mudah sekali menyanyikan, memberikan senikata lagu-lagu berkenaan kepada kita serta sejarah dan salasilah lagu-lagu yang dimaksudkan itu. Lagu-lagu ini juga terdapat di kampung-kampung yang jauh di pendalaman khususnya di kawasan Tembeling, Maran dan Temerloh.

ASAL-USUL LAGU INDUNG Tarian Anak Indung merupakan persembahan ritual masyarakat Ulu Tembeling yang berhubung rapat dengan alam pertanian khususnya sawah padi dan padi huma. Bentuk persembahan dan nyanyian dalam persembahan ini jelas mengambarkan ciri-ciri penyatuan dan konsep gotong-royong masyarakat lampau yang masih diteruskan. Anak Indung dalam beberapa hal amat mirip dan bertalian dengan permainan Tari

Pulai, Tari Saba dan Tari Nur Sakit di Ulu Dungun. Kebanyakan lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Anak Indung di Ulu Tembeling adalah sama dengan lagu-lagu yang dinyanyikan dalam persembahan Tari Pulai, Tari Saba dan Nur Sakit. Berkemungkinan jarak antara Ulu Dungun dengan Ulu Tembeling agak berdekatan telah mempengaruhi tradisi ini. Terdapat dua kumpulan Anak Indung yang bergiat aktif iaitu

di Kampung Bantal dan Kampung Pulau Besar. Walaupun begitu, terdapat perbezaan asal-usul di kedua-dua kampung tersebut. Kumpulan Anak Indung Kampung Bantal mempercayai bahawa Anak Indung berasal daripada Gunung Tujuh manakala Kumpulan dari Pulau Besar pula menyatakan ia merupakan warisan nenek moyang mereka dari Pagar Ruyung, Sumatera. Dalam persembahan kumpulan Kampung Bantal, setiap penyanyi akan memegang sebatang cangkul pendek yang dipanggil kiut. Apabila selesai tari dipersembahkan , para pemain dalam bulatan akan melagakan kiut masing-masing sambil meninggikan suara masing-masing dengan sebutan auooo secara serentak sebagai tanda menamatkan sesebuah lagu. Dalam

persembahan kumpulan Kampung Pulau Besar, para pemain tidak semestinya berada di dalam bulatan tetapi boleh disesuaikan menjadi barisan yang memanjang mengikut ruang yang ada. Didalam bentuk asalnya Tarian Indung adalah cara orang dahulu kala Ulu Tembeling menggembelingkan hiburan kepada aktiviti kerja mereka. Dengan itu aktiviti kerja adalah lebih penting dari aktiviti-aktiviti yang lain. Sambil berkerja mereka akan menghiburkan diri dengan menyanyi dan berpantun. Seperti biasa mereka akan diusik dan mengusik sambil berbalas-balas pantun. Dengan demikian kerja yang meletihkan itu tidak akan membosankan.

Dalam persembahan Anak Indung, terdapat lebih kurang 36 hingga 38 buah lagu yang dinyanyikan. Antaranya lagu-lagunya ialah Anak Indung, Gubang atau Kubang, Ya Mahidin, Dendang Dayang Adik, Ya Radin, Abang Raja Muda atau Abang Indera Putera, Puteri Bongsu atau Adik Puteri Ayu, Timang Burung, Buai, Adik, Pinang Muda, Kapal Tujuh, Tengku Panglima dan sebagainya. Kini, ianya tidak lagi diamalkan di sawah padi atau di huma tetapi telah bertukar menjadi acara sambutan apabila pembesar negeri naik ke Hulu Tembeling.

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN (POLITIK) Masyarakat Ulu Tembeling percaya bahawa tarian Indung adalah warisan dari Puteri bunian 7 beradik yang pernah satu ketika dulu tinggal di gunung Tujuh, Ulu Tembeling. Gunung Tujuh adalah kerajaan yang diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Besar dan dikelilingi oleh bukit-bukit yang diberi nama Bukit Beringin, Bukit Saleh, Bukit Baiduri, Bukit Langsat dan Bukit Karim. Raja Besar memerintah dengan adil dan rakyat hidup aman dan damai. Pada suatu hari Raja Besar bercadang untuk berhuma menanam padi. Maka semua rakyat telah dikerah menebas, menebang, memerun dan menuggal padi. Maka apabila padi sudah membesar Mak Inang dan Dayang-dayang yang mengasuh Puteri Tujuh beradik juga telah turun membantu merumput padi. Oleh kerana mereka turun saban hari maka Puerti Tujuh beradik merasa sunyi dan juga bosan. Mereka hendakkan hiburan serta bersuka-sukaan dengan Mak Inang dan para pengasuh mereka.

Pada suatu malam ketika Puteri bertujuh beradu, mereka bermimpi didatangi seorang Puteri yang mengajar mereka menyanyi dan menari lagu Anak Indung, dalam khayal mereka pandai menyanyi dan menarikan lagu itu. Keesokkannya mereka mencadangkan kepada Inang pengasuh untuk menyanyikan dan menarikan lagu itu semasa mereka turun berhuma. Ini jelas menunjukkan sistem pemerintahan pada masa itu yang diketuai oleh seorang raja yang adil dan kerkuasa mutlak pada

rakyatnya apabila mengarahkan semua rakyatnya menebas, menebang, memerun dan menunggal padi untuk menanam padi. Sistem dimana

pemerintahan ini juga lebih dikenali seperti sistem

autokrasi

rakyat tiada kuasa untuk membuat pilihan dan tidak berhak untuk mengingkari setiap arahan yang dikeluarkan oleh raja.

PAKAIAN DAN PEKERJAAN Pertanian memanglah menjadi punca utama masyarakat Melayu lama dalam menyambung hidup dari hasil-hasil yang didapati. Begitu juga dengan penternakan serta menangkap ikan di laut lepas. Dalam lagu Indung ini kita dapat melihat pekerjaan utama masyarakat pada masa itu ialah bertanam padi, menternak ayam dan sapi serta menangkap ikan di laut itu jelas digambarkan atau menjadi ilham kepada pencipta lagu ini. Hal ini dapat kita lihat misalnya dalam lagu Indung iaitu

Dari lagu ini juga kita mendapati bahawa bercucuk tanam tentunya menjadi satu kegiatan ekonomi pada masa itu walaupun kemungkinan yang ada ialah ekonomi sekadar cukup makan. Pada masa itu juga segala apa yang dilakukan tentulah menjadi ilham atau sumber inspirasi dalam mencipta kata-kata dalam lagu ini. Tambahan juga dalam lagu Indung-indung ini juga digambarkan masyarakat pada masa itu selain bercucuk tanam, mereka turut berdagang dengan berjalan kaki dan membawa sesuatu yang digalas. Kalau tidak barang-barang yang akan diperdagangkan, maka yang digalas itu ialah bekalan semasa perjalanan. Walau apa bentuk pengembaraan itu, atau apa juga yang dibawa, matlamat yang sebenarnya tetap ada. Ini dapat dilihat dalam rangkap lagu IndungIndung:

Sebulan dagang menggalas lalu Jejak ditikam mati juga.

Rangkap di atas menunjukkan dagang yang lalu sebulan dahulu meninggalkan jejak perjalanan yang dilaluinya. Inilah pengembaraan pengembaraan ahli dalam Masyarakat malayu lama itu. Selain itu pakaian yang dipakai oleh masyarakat pada masa itu adalah pakaian yang sesuai digunakan untuk ke sawah .

KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Kesusateraan atau seni bahasa masuk salah satu cabang kesenian. Bangsa-bangsa Nusantara sebelum kedatangan orang Hindu ternyata telah mempunyai kebudayaan yang tinggi juga. Mereka telah mengenali ilmu falak yang perlu untuk pelayaran. Kalau tidak tentu mereka tidak akan mendiami pulau-pulau yang berjauhan letaknya di seluruh kepulauan Austrinesia. Dalam kesenian mereka telah mengenali wayang, gamelan, telah mengenal ilmu metrik dan telah pandai membatik. Mereka telah mempunyai susunan desa (negeri) yang teratur dan terdapat juga masyarakat yang bercucuk tanam atau bersawah ladang. Demikianlah dalam hubungan ini, kita akan melihat apakah gambaran budaya masyarakat Melayu lama ini dengan perkaitan dalam lagu Indung-Indung dari Pahang ini memperkatakan apakah bentuk yang secara langsungnya akan kehidupan masyarakat yang

dimaksudkan itu melalui susunan kata-kata yang terdapat dalam lagulagu tersebut. Menyentuh tentang lagu pula ertinya kita akan membincangkan kesenian, politik, sosial dan ekonomi. Untuk kepentingan hidup manusia, pengetahuan (ilmu) dan kerajinan (teknik) saja belumlah cukup. Mereka memerlukan keindahan pula, seperti juga manusia tidak dapat hidup dengan makan dan minum sahaja, mereka menghendaki pakaian untuk menutup tubuh mereka dari serangan angin, mereka memerlukan rumah, tempat tidur, selimut, supaya janganlah kehujanan dan kedinginan. Amatlah jelas pada kita semua bahawa pentingnya sastera begini. Iaitu dalam konteks ini lagu Indung-Indung itu, yang tidak dapat kita

nafikan bahawa sastera bentuk ini merupakan tali dan hubungan kepada kita untuk mencari keadaaan-keadaan, kepercayaan-kepercayaan

pandangan hidup dan segala yang mengenai kehidupan zaman silam. Maka kadangkala dalam ungkapan-ungkapan puisi dalam lagu Indung-Indung ini kita akan dapat melihat apakah hubungan

masyarakat waktu itu dengan alam sekitarnya, interaksi antara sesama masyarakat itu sendiri, interaksi individu dalam masyarakat itu dengan dirinya sendiri . Meneliti hasil-hasil sastera begini, kita akan mengetahui akan warna kehidupan zaman itu, perkembangan kejiwaannya, perasaan, fikiran, dan gagasan masayarakat itu yang dapat pula memperkaya dan memperluaskan pandangan hidup sesuatu bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa ungkapan yang terdapat dalam lagu Indung-Indung ini menggambarkan betapa bijaknya fikiran masyarakat pada masa itu khususnya ahli masyarakat yang mencipta dalam erti menyususn kata-kata yang ada dalam lagu tersebut. Sebagaimana yang diketahui kita memang tidak dapat mengesan siapakah pengarang lagu Indung tetapi menjadi sifat sastera tradisi itu adalah milik masyarakat. Segala perlakuan masyarakat dari Ulu Tembeling serta alam sekeliling menjadi ilham penciptanya, menyusun kata-kata yang amat menarik dan menawan.Gunung-ganang nama tempat, sawah padi, keadaan cuaca, kegiatan merumput sawah padi atau huma yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat Ulu Tembeling jelas menjadi ilham orang yang mencipta susunan kata-kata dalam lagu Indung tersebut. Segala bahan itu diadunkan begitu rupa dan kemudiannya dihidangkan lalu menjadi sesuatu yang tidak lapuk zaman sehingga kini kita masih temui lagu Indung ini.

Gambaran kegiatan yang dilakukan oleh ahli masyarakat Ulu tembeling yang dimaksudkan itu contohnya kita dapat lihat melalui rangkap

Selain itu juga lagu Indung ini terdapat bukti nyata bahawa kepercayaan aminisme itu menjadi pengangan kukuh masyarakat pada waktu itu. Sesungguhnya kepercayaan tersebut memainkan peranan yang kuat dalam kehidupan seharian ahli masyarakat pada masa itu. Ternyata dalam lagu Indung-Indung, sebilah keris dapat mewarnakan sesuatu yang tidak terduga oleh akal sama sekali namun pada waktu itu, dengan kepercayaan yang kukuh itu segalanya bagaikan mungkin terjadi. Keris yang mempunyai lok tujuh belas itu dijaga dengan baik dan sempurna. Contohnya: Ai besilah dititik besilah ditinting diasap kemenyan tunggal dibasuh air belimbing buluh.

Bisanya keris tidaklah terkira Sebulan dagang menggalas lalu Jejak ditikam mati juga. Demikianlah gambaran menegnai kesaktian keris yang dimaksudkan itu. Sakti bukanlah sebarang sakti. Akibatnya terlalu besar dan bencananya

tidak tertanggung. Segala kepercayaan ini menjadi satu pengangan yang berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Melayu lama. Walaubagaimanapun pengaruh aminisme pada masa itu tidak kekal lama apabila datangnya sinar kebenaran di kalangan masyarakat Melayu itu iaitu datangnya Islam. Masyarakat Pahang juga tidak terkecuali menerima kedatangan Islam. Berdasarkan kepada hal ini kita memperoleh gambaran bahawa masyarakat Melayu waktu itu sudah mempunyai kepercayaan pegangan Islam dalam kehidupan mreka.

KESIMPULAN Dari cerita asal usul tarian Indung- Indung dapat kita simpulkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sosio-budaya masyarakat berkenaan. Elemen budaya wujud dalam sebuah masyarakat yang 'preliterate' yang jauh dari pengaruh luar. Keadaan yang terpencil dan hanya boleh dihubungi melalui sungai dalam masa berhari-hari telah memungkinkan keadaan ini.

Anda mungkin juga menyukai