Nurul Nadiah binti Che Adnan Wan Nur Fadhlin Sakina binti Wan Razuli
Mak Yong berasal dari negara Patani Darussalam. Negara ini sekarang dijajah Thailand sejak 1902 M, hingga saat ini. Sejarah Mak Yong adalah sejarah seni budaya melayu Patani yang sangat indah dan tersendiri cermelang yang masih hidup di sanubari masyarakat melayu Patani. Oleh kerana itu ia diwarisi secara tidak langsung oleh rakyat jelata pencinta seni budaya melayu Patani ini. Mak Yong tidak dapat dipastikan tarikh dan siapa pengasas Mak Yong.
Tapi walau bagaimana pun, fakta menunjukkan ia berdiri lebih daripada 800 tahun dan mungkin lebih awal lagi. Menurut buku Hikayat Patani bahawa Mak Yong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) lebih 200 tahun yang lalu. Kemudian berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah Perlis) sampai ke negeri Sumudra Pasai dan hingga ke Pulauan Riau (Indonesia).
Tujuan
Hiburan Cara perubatan (music therapy) * Mak Yong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Sembah guru Kini Mak Yong dipersembahkan dalam bentuk tarian untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa.
Mak Yong juga berkaitan dengan dua alam iaitu alam dunia dan alam ghaib (alam kayangan Dewa-Dewi)
Terbahagi kepada 5 kumpulan :
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Andera Dewa
Kumpulan 3
Kumpulan 4
Kumpulan 5
Persembahan Mak Yong biasanya berlanjutan 3 5 malam. Ini menepati satu ciri sastera rakyat. Ia juga boleh dianggap sebagai penglipur lara. Kini, ada dikatakan sudah ada 30 buah cerita Mak Yong mungkin kerana cerita 12 itu dikembangkan setelah persembahan Mak Yong menjadi pendek iaitu selama 2 jam sahaja.
9. Dialog antara Pak Yong dan Peran 10. Pak Yong menyanyi lagu berkhabar. 11. Dialog. 12. Nyanyian Peran. 13. Dialog. 14. Nyanyian Peran. 15. Dialog. 16. Lagu barat cepat 17. Dialog Peran 1 dan 2
18. Lagu Tok Wak 19. Dialog Pak Yong 20. Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan dipersembahkan
Pak Yong selaku watak utama atau teraju dalam persembahan akan memperkenalkan dirinya, negaranya, asal usulnya, istananya dan mimpinya melalui lagu Ela.
MAK YONG
PERAN
MAK INANG
HULUBALANG TUA
DAYANG
Sekarang tidak ada ramai yang pengamalnya, kerana seni ini susah untuk perseorangan, pelakonnya memerlukan suara merdu dan nyaring, serta memerlukan ramai orang jumlahnya 15-20 orang termasuk pemain muziknya. Generasi yang tersohor pada tahun 60an ialah Mok Yong Che Ning dan pada 70an disambung anaknya Che Judah.
Banyak sekali terdapat kisah-kisah sumbang di akhirakhir tahun 70an dan 80an kerana pemuda di usia begini sangat ghairah dengan budaya hindustan yang menggilai di kalangan penari-penari joget (wanita) dari pertunjukan seni budaya kepada lebihkan hiburan semata-mata Pendek kata salah guna peranan seni itu tanpa mementingakan nilai-nilai luhur (akhlak, agama dan budaya melayu Patani) sehingga masyarakat Patani dilabel sebagai penari dikelab malam. Sejak itu masyarakat mula anggap seni budaya Mak Yong sebagai bukan pertunjukan kebudayaan lagi.
Setelah pengaruh wayang gambar (filem hindustan) yang menjadi siulan anak muda sangat meluas, menggelapkan masa depan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa kini rata-rata persembahannya meniru gaya watak hero dan heroin Hindustan berkasih dan lagu-lagunya ala hindustan.
Keseluruhan cerita bertemakan berbuat baik dibalas baik, buat jahat lambat laun mendapat musibah.
Raja Muda Kesukma Jaya dan pengasuhnya terus mencari dimana datang suara burungburung itu. Lalu berjumpalah kumpulan burung-burung yang sedang mandi-manda dengan asyiknya di kolam itu. Dengan tidak melengahkan masa dicampakkan Jala kepada burung-burung tersebut lalu terkena pada tuan puteri Jerijit Emas. Burung-burung lain(Inang) terbang pulang dan mengadu kepada Nenek Pendita. Nenek Pendita menjelma menjadi seekor kucing hutan untuk pergi menyelamatkan Tuan Puteri Jerijit Emas.
Ketika Raja Muda Kesukma Jaya sedang asyik bermain dengan burung yang ditangkapnya (Tuan Puteri Jerijit Emas) itu, tiba-tiba sepantas kilat Nenek Pendita yang menjelma menjadi kucing hutan telah menyambar Tuan Puteri Jerijit Emas lalu dibawa lari bersembunyi di dalam sebuah gua. Nenek Pendita menyihirkan pintu gua dengan beratus-ratus ekor ular berbisa.
Raja Kesukma Jaya mencari burung yang dibawa lari itu dan beliau temui sebuah gua yang mengandungi beratus-ratus ekor ular berbisa. Dengan kuasa kesaktian yang ada pada Raja kesukma Jaya beliau telah Berjaya masuk ke dalam gua tersebut. Raja Kesukma Jaya berjaya menemui Tuan Puteri Jerijit Emas lalu mereka jatuh cinta dan berkahwin.
KESIMPULAN
Seni Mak Yong perlu dikekalkan dan diwarisi serta dikembangkan oleh kita sebagai pewaris yang wujud di Tanah Melayu.
RUJUKAN
Budiey. (2012). Sinopsis cerita mak yong puteri jerijit emas. http://www.budiey.com/sinopsiscerita-mak-yong-puteri-jerijit-emas/. Diakses pada 30 Jun 2013. Evy. (2011). Tarian mak yong. http://evygurlz.blogspot.com/2011/09/tarian-mak-yong.html. Diakses pada 30 Jun 2013. Kelab Pencinta Sejarah Kelantan. (2012). Seni budaya Kelantan: Mak Yong. http://sejarahkelantan.com/tag/mak-yong/. Diakses pada 29 Jun 2013. Mak Yong. (2011). https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/ms/warisan-tidakketara/program-kesedaran/persembahan-warisan-seni/mak-yong. Diakses pada 29 Jun 2013. Mohd Hafiz Abd Mutalib. (2012). Pewaris seni tari mak yong. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0417&pub=Utusan_Malays ia&sec=Timur&pg=wt_01.htm. Diakses pada 29 Jun 2013. Wikipedia. (n. d.). Mak Yong. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mak_Yong. Diakses pada 29 Jun 2013. Zubin. (2012). Cerita mak yong Kelantan. http://makyongdancetheatre.blogspot.com/2012/03/cerita-mak-yong-kelantan-cerita-cerita.html. Diakses pada 29 Jun 2013. Zumo. (2007). Mak Yong. http://makyong-malaysia.blogspot.com/. Diakses pada 29 Jun 2013.