Anda di halaman 1dari 3

TAHUN 1

1. Bandingkan model biri-biri dengan gambar biri-biri?

Model Gambar
3 dimensi 2 dimensi
Deria penglihatan, sentuhan Deria penglihatan

2. Apakah yang akan berlaku sekiranya manusia dan haiwan tiada tempat perlindungan?
Manusia dan haiwan akan mudah dijangkiti oleh penyakit dan sering diancam bahaya.

3. Apakah akan terjadi sekiranya manusia dan haiwan tidak mendapat makanan?
Manusia dan haiwan tidak berupaya membuat kerja akan mengalami penyakit tertentu dan
masalah pertumbuhan.
Jika langsung tidak mempunyai makanan, manusia dan haiwan akan mati.

4. Apakah akan terjadi jika kita tidak mendapat udara dan air?
Jika tidak ada udara, kita akan mati dengan segera.
Jika kita tidak mendapat air, kita akan haus atau dahaga. Jika air kehabisan dalam tempoh
tertentu, kita akan mati.

5. Bagaimanakah Linda mengetahui objek yang disentuh ialah lampu suluh?


Pengalaman melihat dan menyentuh lampu suluh.

6. Apakah alat yang dapat membantu membaca dengan lebih jelas?


Cermin mata

7. Tanpa akar, pokok akan tumbang. Mengapa?


Akar dapat memegang pokok dengan kuat pada tanah iaitu dengan cara memasuki jauh ke
dalam tanah. Pokok tidak tumbang.

8. Mengapakah magnet dibuat dalam pelbagai bentuk?


Magnet dibuat dalam pelbagai bentuk untuk disesuaikan dengan pelbagai kegunaan dalam
kehidupan seharian kita.

9. Dalam satu permainan, klip kertas bercampur dengan bedak di dalam pinggan. Fikirkan satu cara
yang mudah untuk mengasingkan klip kertas daripada campuran bedak?
Kita dapat asingkan klip kertas daripada campuran bedak dengan menggunakan magnet. Ini
adalah kerana magnet dapat menarik klip kertas tetapi tidak dapat menarik bedak.

10. Dimanakah jenis-jenis tanah ini biasanya dijumpai?


Tanah kebun – kawasan kebun sayur
Tanah liat – kawasan sawah padi
Tanah pasir – di pantai atau di gurun
11. Berapakah segi empat sama yang diperlukan untuk membentuk sebuah kubus?
Enam

Tahun 2

1. Adakah ukut lilit kepala kamu sama dengan rakan kamu? Mengapa?
Tidak. Tumbesaran manusia tidak sama antara satu sama lain walaupun umur mereka sama
kerana perbezaan tarikh lahir, pemakanan, gaya hidup, persekitaran dan lain-lain.

2. Mengapakah kamu perlu melepaskan semula siput kebun lepas penyiasatan?


Siput kebun ialah specimen hidup. Melepaskan siput kebun selepas penyiasatan merupakan nilai
murni dan menjaga keseimbangan habitat.

3. Adakah saiz tapak tangan, tinggi dan berat kamu sama dengan rakan kamu? Mengapa?
Tidak. Saiz tapak tangan, tinggi dan berat tidak sama kerana ciri-ciri diwarisi daripada ibu bapa
atau keturunan. Selain itu, factor lain seperti pemakanan dan persekitaran juga mempengaruhi
ciri yang berbeza.

4. Apakah kebaikan apabila tumbesaran manusia berbeza?


Terdapat kepelbagaian dalam kalangan manusia dan dapat memberi kelebihan ketika
menjalankan aktiviti tertentu seperti melakukan aktiviti bersukan dan lain-lain.

5. Perhatikan gambar rajah di atas, bagaimanakah cara monyet membiak dan memastikan anak-
anaknya terus hidup?
Monyet membiah dengan cara melahirkan anak. Anak-anak monyet merupai induknya. Induk
monyet menjaga anak-anaknya dengan menyusui dan memberi anaknya makan untuk
memastikan anak-anaknya terus hidup.

6. Adakah kunang-kunang boleh dijadikan sumber cahaya? Mengapa?


Kunang-kunang bukan sumber cahaya kerana kunang-kunang hanya mengeluarkan cahaya pada
waktu-waktu tertentu sahaja.

7. Adakah cahaya penting kepada manusia? Mengapa?


Ya. Cahaya penting kepada manusia kerana kebanyakan aktiviti harian dilakukan dengan
bantuan cahaya. Contohnya, melihat, bersukan, melakukan kerja, bermain dan sebagainya.

8. Amin dan Khairul masing-masing menghalakan cahaya lampu ke sebatang pokok dari arah yang
berbeza. Berapakah bayang-bayang pokok yang terbentuk? Mengapa?
Terdapat dua bayang-bayang terbentuk kerana terdapat dua sumber cahaya yang dihalang oleh
satu objek (pokok).

9. Bagaimanakah suasana di pesta jika tiada bekalan elektrik.


Gelap.
10. Apakah yang berlaku kepada kecerahan mentol dalam litar sekiranya litar dibiarkan lengkap
selama satu hari? Mengapa?
Kecerahan mentol semakin malap kerana sel kering semakin kekurangan tenaga.

11. Ramalkan punca mentol dalam litar lengkap Kugan yang masih tidak menyala.
Pemegang mentol yang rosak/ bahagian konduktor pada wayar putus atau rosak/ pemegang sel
kering rosak/ suis rosak.

12. Apakah yang akan terjadi jika tiada air di Bumi?


Bumi akan kering, tumbuhan dan haiwan akan mati. Suhu bumi menjadi tinggi.

13. Apakah yang akan berlaku jika set binaan dipasang tanpa merukuk manual bergambar?
Mengambil masa yang lebih lama untuk disiapkan.

14. Komponen set binaan daripada kumpulan kamu hilang. Apakah tindakan kamu? Mengapa?
Saya akan segera memberitahu guru kerana bentuk model binaan tidak dapat dihasilkan jika
komponen tidak mencukupi.

Anda mungkin juga menyukai