Anda di halaman 1dari 13

Soalan KBAT Tahun 5

1.

Sebagai seorang murid,apakah tindakan yang


boleh dibuat di sekolah kamu bagi mengelakkan
kes demam denggi berlaku?

Jawapan:
Menjalankan kempen membersihkan persekitaran
sekolah bagi mengelakkan tempat air yang bertakung.

2.

Apakah yang akan berlaku sekiranya situasi


tersebut terjadi ?Ramalkan.

Jawapan:
Populasi ayam akan pupus kerana telur ayam tidak
direndamkan dan telur tidak dapat menetas untuk
menghasilkan anak-anak ayam.
Populasi penyu akan berkurangan kerana telur penyu
yang tidak ditutupidan terdedah lebih mudah
ditemui,dimakan atau dirosakkan oleh haiwan lain.

Telur juga tidak dieramkan dengan sempurna dan


tidak banyak telur yang dapat menetas untuk
menghasilkan anak anak penyu.
3.Kanci merupakan haiwan yang diancam kepupusan di
Malaysia.Bina satu rantai makanan yang bermula
daripada pengeluar sehingga haiwan yang memakan
kancil. Bagaimanakah kamu dapat membantu negara kita
untuk membendung kepupusan kancil?

Jawapan:

tumbuhan dimakan oleh kancil dimakan oleh ular .


Menyokong kerajaan dalam pemburuan haram haiwan
yang hampir pupus dan penebangan hutan secara haram .

4.Pak Amin seorang pesawah. Dia telah mengusahakan


sawah sejak 25 tahun lepas. Sawah padinya subur dan
dia berjaya mendapat hasil yang banyak setiap
tahun.Bagaimanakah Pak Amin dapat menanam pokok
padi dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak?

Jawapan:

Pak Amin menguruskan sawahnya menggunakan kaedah


kawalan musuh perosak secara biologi dan organik

5.Mengapakah kebanyakan biji benih berada di dalam


buah?Apakah tumbuhan yang biji buahnya berada di
luar buah?Mengapa?
Jawapan:

Mudah dipencarkan oleh haiwan yang memakan


buahnya
Biji gajus berada di luar kerana jus buahnya
mengandungi jus yang boleh membantutkan
kesuburan biji benih
6.Fikirkan satu situasi di mana bentuk tenaga berubah
daripada tenaga kimia kepada tenaga keupayaan kepada
tenaga kinetik kepada tenaga bunyi dan tenaga haba.
Jawapan:

Budak yang sudah makan nasi menaiki


gelongsor,kemudian menuruni gelongsor.

7.Selain sumber air,apakah sumber tenaga yang boleh


dibaharui yang sesuai digunakan di Malaysia?Berikan
alasan kamu.
Jawapan:

Biojisim,hujan,angin dan ombak .Sumber tenaga ini


mudah didapati.
8.Akma,Mei Kuan,Ijan dan Nathan sedang berdiri di
hadapan cermin yang digantung pada dinding.Apakah
yang dapat dilihat oleh mereka?Jelaskan.

Jawapan:

Akma dapat melihat Nathan dan Ijan,Ijan dapat


melihat Mei Kuan ,dan Nathan dapat melihat Akma.

9.Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik yang boleh


memberikan manfaat kepada kehidupan
seharian.Bagaimanakah cara penjimatan sumber tenaga
elektrik yang boleh kita amalkan bagi memastikan
kelestarian hidup?
Jawapan:

1.Tutup suis jika perlatan elektrik sudah tidak


digunakan lagi.
2.Gunakan lampu,televisyen dan peralatan elektrik yang
menggunakan LED kerana teknologi ini menjimatkan
tenaga elektrik dan tahan lama.

10.Kamu diberi lima biji mentol dan dua biji sel kering
untuk membina litar elektrik lengkap.Apakah yang akan
kamu lakukan untuk mendapatkan nyalaan mentol yang
paling malap pada litar elektrik yang kamu pasang ?
Jelaskan tindakan kamu.

Jawapan:

Pasang litar secara bersiri .Mentol yang paling jauh


daripada sel kering paling malap kerana mentol ini
menerima tenaga paling kurang.

11.Sebiji mentol akan menyala dengan cerah

Jika disambungkan dengan dua sel kerig dalam satu


litar elektrik.Tetapi jika dua sel kering dtambah kepada
litar elektrik tersebut,didapati mentol tidak menyala
.Mengapa?

Jawapan:

Mentol tidak menyala kerana tenaga elektrik yang


melalui litar terlalu tinggi hingga menyebabkan wayar
filafilem terbakar atau

Tersilap menyambung bateri pada litar atau


menerima tenaga paling kurang
Bateri yang ditambah rosak

Ada mentol yang terbakar

12.Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik air


adalah berbahaya.Mengapa?Sebagai seorang pengurus
hotel,apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil untuk menggunakan peralatan elektrik di dalam
bilik air?

Jawapan:
Arus elektrik boleh melalui ir dan peralatan elektrik
yang perlu diperbuat daripada logam.Antara langkah
keselamatan yang boleh diambil ialah memastikan semua
peralatan bilik air diperbuat daripada plastik atau
getah.

13.Ahmad meletakkan satu botol air mineral kosong


kedalam bahagian sejuk beku peti sejuk selama 2
jam.Terangkan apa yang terjadi kepada botol air
tersebut.

Jawapan:

Botol air tersebut kemek sedikit kerana udara dalam


botol telah mengecut apabila berada di dalam peti
sejuk.

14.Ais yang dikisar untuk dijadikan air batu campur


wujud dalam dua keadaan .Apakah dua keadaan jirim
tersebut?Bagaimanakah caranya para peniaga
mengekalkan keadaan ais ketika cuaca panas?

Jawapan:

Pepejal dan cecair


Simpan ais di dalam peti sejuk,bekas polisterina,abuk
kayu,dan jawapan yang sesuai.

15.El Nino menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan


air.Mengapakah keadaan ini berlaku?Bagaimanakah
langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi
menghadapi masalah ini?

Jawapan:
1.Simpan bekalan air yang mencukupi
2.Berjimat cermat menggunakan air dan jangan
membazir
3.Pembenihan hujan
4.Memproses air sungai atau laut untuk dijadikan air
dirawat dan boleh digunakan oleh manusia,haiwan dan
tumbuhan

16.Apakah yang akan berlaku jika air yang tersejat daei


Bumi dan terlepas ke ruang atmosfera Bumi?

Jawapan:

Kitar air semulajadi terganggu dan mungkin akan


menyebabkan Bumi menjadi kering kontang dan suhu
Bumi meningkat dan menyebabkan semua hidupan mati
dan pupus.

17.Kitaran air semulajadi sangat penting bagi


membekalkan sumber air bersih kepada hidupan di
Bumi.Apakah peranan kita bagi memastikan kitaran
semula jadi ini tidak terjejas?
Jawapan:

1.Menjaga keberihan sungai dan laut supaya tidak


tercemar
2.Menjalankan pembalakan dan penerokaan hutan secara
berhemah
3.Menghijaukan Bumi dengan menanam pokok di kawasan
yang telah diteroka.

18.Berdasarkan pengetahuan yang telah kamu pelajari


tentang keadaan dan perubahan jirim ,bantu Nisa untuk
membentuk coklat yang pelbagai bentuk seperti gambar
di sebelah.

Jawapan:

Bentuk-bentuk coklat yang pelbagai dan menarik ini


boleh dihasilkan dengan menggunakan acuan coklat
pelbagai bentuk .Coklat boleh dicairkan menggunakan
dua bekas bertingkat. Tuang ke dalam acuan dan
biarkan sejuk .Sifat cecair (coklat panas ) yang
mengikut bentuk membolehkan coklat boleh dihasilkan
dalam pelbagai bentuk.

19.Apakah cara yang boleh kamu gunakan untuk menguji


sifat kimia bahan jika kamu kehabisan kertas litmus?

Jawapan:

Ekstrak bunga raya atau kertas pH


20.Bagaimana kita tahu yang Bumi berputar dari Barat
ke Timur?

Jawapan:

Kita dapati Matahari terbit dari arah Timur dan


terbenam di sebelah Barat.

21.Mengapakah bentuk Bulan kelihatan sama pada harihari tertentu?

Jawapan:

Bentuk Bulan kelihatan sama pada sesuatu malam kerana


peredaran Bulan mengelilingi Bumi adalah perlahan
berbanding dengan putaran Bumi .Jadi pada suatu
malam ,perubahan bentuk Bulan,adalah sedikit sahaja
dan akan kelihatan sama.

kukuh dan kuat?


Jawapan:
Memastikan strukturyang dibina mempunyai reka
bentuk stabil.

Anda mungkin juga menyukai