Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI KECERGASAN - SENAMAN PAGI

/ AEROBIK

Aktiviti ini berlangsung pada hari kedua iaitu pada 6 Oktober 2012, bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi. Selepas selesaikan menunaikan solat subuh, para peserta dikehendaki menukar pakaian mereka kepada pakaian sukan untuk aktiviti senaman pagi. Aktiviti senaman pagi ini dikendalikan oleh Puan Norliza Hadran dan Puan Mazilah Mustaffa beserta dengan guru-guru yang berminat.

Semua peserta perkhemahan lengkap berpakaian sukan untuk aktiviti ini. Mereka nampak lebih bersedia dan ceria untuk mengikuti aktiviti ini. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk Mencergaskan minda agar kekuatan fungsi otak dapat ditingkatkan serta menenagkan fikiran Mengurangkan tekanan dengan bersenam dapat membantu mengurangkan tekanan dan stress. Ini akan membolehkan kita berasa lebih selesa dan sihat
Menjamin kesihatan- bersenam sebegini dapat memperkuatkan

sistem

imunisasi badan

Aktiviti senaman penting dalam kehidupan. Ia akan memberi pelbagai faedah seperti mengurangkan tekanan, menjamin kesihatan, mengurangkan berat badan, juga menenangkan fikiran, membina jisim otot, meningkatkan kekuatan tulang dan menjamin kehidupan yang sejahtera. Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti senaman ini dapat menyumbang dalam usaha untuk menjamin gaya hidup yang sihat.

Senaman pagi ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan regangan. Kemudian peserta melakukan aktiviti senamrobik mengikut jurulatih dengan alunan

irama muzik 1Murid 1Sukan. Walau bagaimanapun aktiviti yang dijalankan ini amat menyeronokkan.

JURULATIH SENAMROBIK

MEMBUAT REGANGAN

SENAMROBIK DIMULAKAN

AKTIVITI KENDURAN

Anda mungkin juga menyukai